7.0 IDAH, RUJUK DAN
IHDAD
7.1 Konsep Idah
   7.1.1 Menyatakan perngertian dan hukum idah
   7.1.2 Menentukan bahagian dan tempoh idah
   7.1.3 Mengira tempoh tamat idah.
   7.1.4 Menerangkan hak-hak wanita semasa idah
   7.1.5 Menjelaskan permasalahan idah.
   7.1.6 Memberi contoh petikan Enakmen
         Keluarga Islam mengenai idah

7.2 Konsep Rujuk
   7.2.1 Mendifinisikan rujuk.
   7.2.2 Menyatakan rukun dan syarat rujuk.
   7.2.3 Menjelaskan hukum-hukum rujuk.
   7.2.4 Menerangkan hikmah-hikmah rujuk.

7.3 Konsep Ihdad (berkabung)
   7.3.1 Mentakrifkan ihdad.
   7.3.2 Menjelaskan hukum dan cara ihdad.
   7.3.3 Menyelesaikan permasalahan berkaitan ihdad.
Nor Fadzilah bt Md Ehwan
'Iddah dari segi bahasa ialah membilang atau
menghitung.

Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang
wanita yang telah diceraikan oleh suaminya
ataupun yang kematian suaminya, maka wanita
tersebut dilarang dari berkahwin dengan
lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu
sehinggalah tempoh waktu itu berakhir.
Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita
tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.
   Hukum 'Iddah pada syara' adalah wajib ke atas setiap
    wanita yang diceraikan sama ada dengan sebab
    'Talak' ataupun dengan sebab kematian suami.

    Firman Allah, ' Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah
    menunggu dengan menahan diri (dari berkahwin selama 3 kali
    suci (dari haid)'. (Al-Baqarah : 228)
    Firman Allah lagi, 'Dan orang-orang yang meninggal dunia di
    antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri, maka
    hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (dengan
    ber'iddah) selama 4 bulan 10 hari. Kemudian apabila telah habis
    masa 'iddahnya itu, maka tidak ada salahnya bagi kamu (para
    wali) mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya
    menurut cara yang baik. Dan (ingatlah) Allah sentiasa
    mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu
    lakukan'. (Al-Baqarah : 234)
   Jenis-Jenis Iddah
    Ia terbahagi kepada 2 iaitu :
    a) Iddah Raj’ie.
    Iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk
    semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua
    sahaja.
    b) Iddah Ba’in.
   Iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk
    semula isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru.
    Ia merangkumi :

   1) Talak Tiga
    2) Li`an
    3) Fasakh
    4) Khuluk (Tebus Talak)
    5) Ila‟
    6) Isteri yang belum disetubuhi oleh bekas suami barunya.
   Bahagian 1 : Tiga kali suci.
    Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid
    dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini
    ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga
    kali suci daripada haid.
    cara kiraan :
    1. Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan
     tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.

    Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 >
    Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3
    bermula.

    2. Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat
    sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.

    Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 >
    Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4
    Bahagian 2 : Tiga bulan
a)   Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah
     perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah
     berhenti haidnya.
b)   Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari
     hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah.
c)   Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah
     perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika
     hamil.

      Firman Allah s.w.t. (maksudnya):
     “Perempuan-perempuan dari kalangan kamu
     yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang
     tempoh masa idah mereka, maka masa idah
     mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga
     idah perempuan-perempuan yang belum datang
     haid.” (al-Talaq 65:4)
   Bahagian 3 : Iddah bagi wanita yang
    kematian
                  suami.
1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG
    Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian.
    Perlu diingatkan bahawa „bulan‟ di sini ialah bulan dalam
    kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh
    itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130
    hari.
    2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG
    Keadaan ini adalah contoh keadaan isteri yang kehilangan
    suami tercinta ketika mengandung 8 bulan.
    Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat
    sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10
    hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan
    juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap
    berakhir.
    Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)
     Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke
    4, maksudnya:
    “Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka „ajal‟
    (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka
    bersalin.”

a) tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan
  ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia
  bersalin.
b) memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada
  percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia
  bersalin, maka anak hasil percampuran dengan
  benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih.
   Bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah
    haid atau telah pun habis haid, jika:
    1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka
    iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
    2. mengandung semasa diceraikan atau kematian
    suami- maka iddahnya ialah sehingga dia
    melahirkan anak atau keguguran.
    3. diceraikan iddahnya ialah 3 bulan dari
    perpisahan.
    Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4,
    maksudnya:
    “Dan bagi yang telah ya‟s (putus) dari haidh dari
    kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu,
    maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga
    bagi wanita yang belum haidh”
a)   Isteri yang berada dalam iddah Raj‟ie berhak mendapat nafkah
     dan tempat tinggal selama tempoh iddah

b)    Isteri yang berada dalam iddah Ba‟in adalah seperti berikut :

    Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal
    Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah
    Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal
     sebagaimana semasa kematian suaminya.

c)   Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat
     nafkah
      dan tempat tinggal
 Pertama, berkenaan dengan ketentuan-ketentuan masa
  menunggu (berapa lamanya) apakah tiga kali quru‟, tiga bulan,
  empat buln sepuluh hatri, sampai melahirkan, merupkan
  ketentuan yang sdah baku, yakni bersifat normatif, artinya bagi
  perempuan yang bercerai dengan suaminya diwajibkan untuk
  menahan dirinya agar agar tidak melakukan kegiatan yang
  mengarah kepada pernikahan.hal ini dimaksudkan agar
  perempuan dapat hikmah dari perceraianya dan berfikir lebih
  dalam tntang pekawinan, atau berfikir dua kali sebelum
  memutuskan untuk mencari pasangan hidup yang baru.
 Kedua, berkenaan dengan hak-hak pribadinya dalam rentang
  nasa iddah, terkait dengan kegiatanya yang diluar untuk
  pernikahan, tidak ada halangan untuk melakukan aktifitas diluar
  rumah sekalipun. Selama ia dapat menjaga dirinya dari fitnah.
  Hal ini mengingat hak individualnya tetap melekat pada dirinya
  setelah ia lepas dari ikatan pernikahan, yang menjadi manusia
  pribadi yang merdeka dan independen.

    Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i.
    (1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah
    isterinya, bersekedudukan semula dengannya dalam tempoh 'iddah
    raj'i tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan
    suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima
    ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya
    sekali.
    (2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu
    tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah
    melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak
    melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau
    kedua-duanya sekali.
    (3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu
    kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu
    kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus
    ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
Nurul Farhanah bt Othman.
   Maksud "Rujuk" ialah mengembalikan
    ikatan dan hukum perkawinan secara
    penuh setelah terjadi talak raj'i, yang
    dilakukan oleh mantan suami terhadap
    mantan isterinya dalam masa
    'iddah.Kebolehan bekas suami rujuk
    kembali kepada bekas isterinya
    tergantung pada niat atau maksudnya.
Suami boleh merujuk isteri yang
ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut::
 SUAMI
a.Hendalah seorang yang berakal.
b.Baligh.
c.Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan
paksaan daripada sesiapa.
d.Tidak murtad.
   ISTERI

a. Hendaklah yang sudah dicampuri.
b. Mestilah yang diceraikan dengan talak
   raj’ie. Bukan dengan perceraian secara
   fasakh, khuluk dan juga talak tiga.
c. Hendaklah ditentukan orangnya jika suami
   berkahwin lebih daripada satu dan telah
   menceraikan beberapa orang isterinya.
   Syarat-syarat sah kahwin semula
    selepas talak tiga ialah:

~ Selesai idah dari suami pertama.
~ Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
~ Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
~ Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati
   (habisidah).
~ Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas
  isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat
  syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.
Rukun rujuk ada tiga perkara:
 1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan
  kembali kepada isteri sama ada secara
  sarih (terang) mahupun kinayah
  (kiasan).
 2. Mutarji‟ iaitu suami yang ingin merujuk
  isteri yang diceraikannya dengan talak
  bain.
 3. Isteri iaitu perempuan yang telah
  dinikahi dengan nikah yang sah.
Hukum Rujuk
Wajib ~ Suami yang menceraikan salah seorang
        daripada isteri-isterinya dan dia belum
  menyempurnakan pembahagian giliran
  terhadap isteri yang diceraikan itu.
Haram ~ Apabila rujuk itu menjadi sebab
  mendatangkan kemudaratan kepada isteri
  tersebut.
Makruh ~Apabila perceraian itu lebih baik
        diteruskan daripada rujuk.
Harus ~ Jika membawa kebahagiaan kepada ahli
         keluanga kedua-dua belah pihak.
Sunat ~ Sekiranya mendatangkan kebaikan.
1.Bertetapan dengan fitrah manusia yang ingin kembali
    ke pangkal jalan apabila melakukankesilapan.
   2.Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung
    semula hubungan mereka dengan keazamandan sikap
    yang baru.
   3.Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki
    kelemahan dan kesilapan yang lalu.
   4.Dapat memberi ketenteraman jiwa.
   5.Dapat menyatukan semula keluarga
Norshahidah bt Muhamad Zin
7.3.1 MENTAKRIFKAN IHDAD



      DEFINISI BERKABUNG :

-      Wanita tidak menghias dirinya dalam keadaan tertentu dan dalam tempoh
       tertentu.

DALIL :




    "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat
       untuk dia berkabung atas kematian seseorang lebih dari 3 hari melainkan
       kepada suaminya. Dia perlu berkabung selama 4 bulan sepuluh hari." (Hr
       Bukhari - Sahih) .
7.3.2 – MENJELASKAN HUKUM DAN CARA IHDAD

HUKUM BERKABUNG

   Hukum berkabung selama 4 bulan 10 hari adalah wajib
    (sepakat para ulama melainkan Hasan Basri)bagi
    perempuan yang kematian suaminya dan sunat bagi
    wanita yang berpisah dengan talak bain (yang mana
    suaminya tidak boleh rujuk pada isterinya dengan
    kehendaknya sahaja).
PERKARA YANG DILARANG DALAM
TEMPOH IHDAD

    Dalam mazhab syafie ada tiga perkara yang dilarang kepada wanita ini
    seperti berikut:
    1. Pakaian yang dicelup dengan warna untuk tujuan perhiasan.
    Mestilah pakaian tadi menggunakan kain berwarna asal. Memakai apa
    jua jenis kain adalah dibenarkan selagi tidak diwarnakan dengan warna
    yang lain. Kain yang dicelup dengan warna lain bukan untuk tujuan
    perhiasan seperti warna hitam adalah dibenarkan.
    2. Haram memakai barang kemas seperti cincin dan sebagainya yang
    diperbuat dari emas, perak dan permata.
    3. Haram memakai wangian pada badan, pakaian, makanan dan celak.


    Pengharaman pada perkara yang dianggap perhiasan dan bukannya
    pada pembersihan. Adapun pembersihan seperti mandi, gosok gigi dan
    sebagainya adalah dibenarkan.
TEMPAT TINGGAL WANITA
YANG BERKABUNG
   Kebanyakan ulama termasuklah 4 mazhab berpendapat
    bahawa wanita yang kematian suaminya ketika dalam
    tempoh iddahnya (4 bulan 10 hari) wajib mendiami rumah
    yang dia diami bersama suaminya ketika suaminya masih
    hidup.

   Nabi saw bersabda kepada Furaiah bintu Malik ra yang baru
    kematian suaminya:

 "Duduklah di rumahmu (rumah yang telah didiaminya bersama
   suaminya)
sehingga habis masa yang ditetapkan al-Quran (4 bulan 10
   hari)." (Hr Malik)
7.3.3 - menyelesaikan masalah berkaitan ihdad

   ADAKAH WANITA KEMATIAN SUAMI BOLEH KELUAR RUMAH DALAM TEMPOH
    INI?

    Wanita ini boleh keluar rumah untuk tempoh ini pada siang hari untuk menunaikan
    keperluannya. Ini berdasarkan hadis Jabir ra , beliau berkata:

                                             .                                 :


    "Ibu saudaraku telah diceraikan talak 3. Semasa tempoh iddah, dia telah keluar
    untuk mengait buah kurma. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang lelaki
    yang menegahnya keluar (kerana dalam tempoh iddah). Lalu ibu saudaraku
    menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah saw. Nabi pun bersabda : Kaitlah
    buah kurma mu. Mudah2an kamu dapat bersedekah daripadanya atau dapat buat
    sesuatu yang baik. " (Hr Abu Daud dan Nasaie)
    Daripada hadis ini, para Ulama mengharuskan wanita yang dalam iddah -samada
    diceraikan atau kematian suami- untuk keluar rumah bagi menyelesaikan urusan
    mereka pada waktu siang. Mereka tidak boleh keluar malam dan bermalam dirumah
    orang lain melainkan dalam keadaan darurat.

Iddah rujuk dan ihdad.

  • 2.
    7.0 IDAH, RUJUKDAN IHDAD 7.1 Konsep Idah 7.1.1 Menyatakan perngertian dan hukum idah 7.1.2 Menentukan bahagian dan tempoh idah 7.1.3 Mengira tempoh tamat idah. 7.1.4 Menerangkan hak-hak wanita semasa idah 7.1.5 Menjelaskan permasalahan idah. 7.1.6 Memberi contoh petikan Enakmen Keluarga Islam mengenai idah 7.2 Konsep Rujuk 7.2.1 Mendifinisikan rujuk. 7.2.2 Menyatakan rukun dan syarat rujuk. 7.2.3 Menjelaskan hukum-hukum rujuk. 7.2.4 Menerangkan hikmah-hikmah rujuk. 7.3 Konsep Ihdad (berkabung) 7.3.1 Mentakrifkan ihdad. 7.3.2 Menjelaskan hukum dan cara ihdad. 7.3.3 Menyelesaikan permasalahan berkaitan ihdad.
  • 3.
  • 4.
    'Iddah dari segibahasa ialah membilang atau menghitung. Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.
  • 5.
    Hukum 'Iddah pada syara' adalah wajib ke atas setiap wanita yang diceraikan sama ada dengan sebab 'Talak' ataupun dengan sebab kematian suami. Firman Allah, ' Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri (dari berkahwin selama 3 kali suci (dari haid)'. (Al-Baqarah : 228) Firman Allah lagi, 'Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri, maka hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (dengan ber'iddah) selama 4 bulan 10 hari. Kemudian apabila telah habis masa 'iddahnya itu, maka tidak ada salahnya bagi kamu (para wali) mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan'. (Al-Baqarah : 234)
  • 6.
    Jenis-Jenis Iddah Ia terbahagi kepada 2 iaitu : a) Iddah Raj’ie. Iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja. b) Iddah Ba’in.  Iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :  1) Talak Tiga 2) Li`an 3) Fasakh 4) Khuluk (Tebus Talak) 5) Ila‟ 6) Isteri yang belum disetubuhi oleh bekas suami barunya.
  • 7.
    Bahagian 1 : Tiga kali suci. Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid. cara kiraan : 1. Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga. Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula. 2. Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat. Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4
  • 8.
    Bahagian 2 : Tiga bulan a) Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. b) Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. c) Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil. Firman Allah s.w.t. (maksudnya): “Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4)
  • 9.
    Bahagian 3 : Iddah bagi wanita yang kematian suami. 1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa „bulan‟ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari. 2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG Keadaan ini adalah contoh keadaan isteri yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan. Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.
  • 10.
    Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil) Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya: “Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka „ajal‟ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.” a) tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin. b) memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih.
  • 11.
    Bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid, jika: 1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari 2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran. 3. diceraikan iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4, maksudnya: “Dan bagi yang telah ya‟s (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh”
  • 12.
    a) Isteri yang berada dalam iddah Raj‟ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah b) Isteri yang berada dalam iddah Ba‟in adalah seperti berikut :  Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal  Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah  Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya. c) Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal
  • 13.
     Pertama, berkenaandengan ketentuan-ketentuan masa menunggu (berapa lamanya) apakah tiga kali quru‟, tiga bulan, empat buln sepuluh hatri, sampai melahirkan, merupkan ketentuan yang sdah baku, yakni bersifat normatif, artinya bagi perempuan yang bercerai dengan suaminya diwajibkan untuk menahan dirinya agar agar tidak melakukan kegiatan yang mengarah kepada pernikahan.hal ini dimaksudkan agar perempuan dapat hikmah dari perceraianya dan berfikir lebih dalam tntang pekawinan, atau berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk mencari pasangan hidup yang baru.  Kedua, berkenaan dengan hak-hak pribadinya dalam rentang nasa iddah, terkait dengan kegiatanya yang diluar untuk pernikahan, tidak ada halangan untuk melakukan aktifitas diluar rumah sekalipun. Selama ia dapat menjaga dirinya dari fitnah. Hal ini mengingat hak individualnya tetap melekat pada dirinya setelah ia lepas dari ikatan pernikahan, yang menjadi manusia pribadi yang merdeka dan independen.
  • 14.
    Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i. (1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya dalam tempoh 'iddah raj'i tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. (2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. (3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.
  • 15.
  • 16.
    Maksud "Rujuk" ialah mengembalikan ikatan dan hukum perkawinan secara penuh setelah terjadi talak raj'i, yang dilakukan oleh mantan suami terhadap mantan isterinya dalam masa 'iddah.Kebolehan bekas suami rujuk kembali kepada bekas isterinya tergantung pada niat atau maksudnya.
  • 17.
    Suami boleh merujukisteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:: SUAMI a.Hendalah seorang yang berakal. b.Baligh. c.Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa. d.Tidak murtad.
  • 18.
    ISTERI a. Hendaklah yang sudah dicampuri. b. Mestilah yang diceraikan dengan talak raj’ie. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khuluk dan juga talak tiga. c. Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.
  • 19.
    Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah: ~ Selesai idah dari suami pertama. ~ Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain. ~ Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya. ~ Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habisidah). ~ Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.
  • 20.
    Rukun rujuk adatiga perkara:  1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).  2. Mutarji‟ iaitu suami yang ingin merujuk isteri yang diceraikannya dengan talak bain.  3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.
  • 21.
    Hukum Rujuk Wajib ~Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu. Haram ~ Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut. Makruh ~Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk. Harus ~ Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak. Sunat ~ Sekiranya mendatangkan kebaikan.
  • 22.
    1.Bertetapan dengan fitrahmanusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukankesilapan.  2.Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazamandan sikap yang baru.  3.Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu.  4.Dapat memberi ketenteraman jiwa.  5.Dapat menyatukan semula keluarga
  • 23.
  • 24.
    7.3.1 MENTAKRIFKAN IHDAD  DEFINISI BERKABUNG : - Wanita tidak menghias dirinya dalam keadaan tertentu dan dalam tempoh tertentu. DALIL : "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk dia berkabung atas kematian seseorang lebih dari 3 hari melainkan kepada suaminya. Dia perlu berkabung selama 4 bulan sepuluh hari." (Hr Bukhari - Sahih) .
  • 25.
    7.3.2 – MENJELASKANHUKUM DAN CARA IHDAD HUKUM BERKABUNG  Hukum berkabung selama 4 bulan 10 hari adalah wajib (sepakat para ulama melainkan Hasan Basri)bagi perempuan yang kematian suaminya dan sunat bagi wanita yang berpisah dengan talak bain (yang mana suaminya tidak boleh rujuk pada isterinya dengan kehendaknya sahaja).
  • 26.
    PERKARA YANG DILARANGDALAM TEMPOH IHDAD Dalam mazhab syafie ada tiga perkara yang dilarang kepada wanita ini seperti berikut: 1. Pakaian yang dicelup dengan warna untuk tujuan perhiasan. Mestilah pakaian tadi menggunakan kain berwarna asal. Memakai apa jua jenis kain adalah dibenarkan selagi tidak diwarnakan dengan warna yang lain. Kain yang dicelup dengan warna lain bukan untuk tujuan perhiasan seperti warna hitam adalah dibenarkan. 2. Haram memakai barang kemas seperti cincin dan sebagainya yang diperbuat dari emas, perak dan permata. 3. Haram memakai wangian pada badan, pakaian, makanan dan celak.  Pengharaman pada perkara yang dianggap perhiasan dan bukannya pada pembersihan. Adapun pembersihan seperti mandi, gosok gigi dan sebagainya adalah dibenarkan.
  • 27.
    TEMPAT TINGGAL WANITA YANGBERKABUNG  Kebanyakan ulama termasuklah 4 mazhab berpendapat bahawa wanita yang kematian suaminya ketika dalam tempoh iddahnya (4 bulan 10 hari) wajib mendiami rumah yang dia diami bersama suaminya ketika suaminya masih hidup.  Nabi saw bersabda kepada Furaiah bintu Malik ra yang baru kematian suaminya: "Duduklah di rumahmu (rumah yang telah didiaminya bersama suaminya) sehingga habis masa yang ditetapkan al-Quran (4 bulan 10 hari)." (Hr Malik)
  • 28.
    7.3.3 - menyelesaikanmasalah berkaitan ihdad  ADAKAH WANITA KEMATIAN SUAMI BOLEH KELUAR RUMAH DALAM TEMPOH INI? Wanita ini boleh keluar rumah untuk tempoh ini pada siang hari untuk menunaikan keperluannya. Ini berdasarkan hadis Jabir ra , beliau berkata: . : "Ibu saudaraku telah diceraikan talak 3. Semasa tempoh iddah, dia telah keluar untuk mengait buah kurma. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menegahnya keluar (kerana dalam tempoh iddah). Lalu ibu saudaraku menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah saw. Nabi pun bersabda : Kaitlah buah kurma mu. Mudah2an kamu dapat bersedekah daripadanya atau dapat buat sesuatu yang baik. " (Hr Abu Daud dan Nasaie) Daripada hadis ini, para Ulama mengharuskan wanita yang dalam iddah -samada diceraikan atau kematian suami- untuk keluar rumah bagi menyelesaikan urusan mereka pada waktu siang. Mereka tidak boleh keluar malam dan bermalam dirumah orang lain melainkan dalam keadaan darurat.