SlideShare a Scribd company logo
REFLEKSI AJK PERALATAN
NAMA:
1. MOHD. NASZRIEN ISMAIL (K)
2. ABDUL KALID BIN MOHAMAD
3. MIXWILLEY MASRIN
Pada 8 Julai 2013 bersamaan pada hari Isnin, kami telah melaksanakan
Projek Keceriaan Tanaman Pokok Limau yang telah dirasmikan oleh Datuk Mary
Teresa Kinajil di perkarangan halaman Bilik Kelawat.
Kekuatan yang ada pada AJK kami adalah komitmen yang ditunjukkan oleh
setiap ahlinya. Saya selaku ketua dalam AJK ini dapat melaksanakan tugas dengan
lancar dengan bantuan dari ahli - ahli yang lain. Kami juga telah meminjam alatan
dua minggu dari tarikh projek bagi mengelakkan sebarang masalah. Selepas
seminggu, kami telah mendapat kelulusan pinjaman dan semua barang sedia untuk
dipinjam antaranya seperti cangkul, penyodok dan penggembur.
Kelemahan yang dapat saya rasakan adalah kami tidak dapat meminjam
kereta sorong untuk digunakan dalam proses pemindahan tanah ke tapak projek
disebabkan kereta sorong yang ada telah rosak dan tidak dapat digunakan. Namun
masalah ini dapat diatasi setelah kami menggunakan kereta dari pelatih lain untuk
memindahkan pasu – pasu yang telah diisi tanah ke tapak projek.
Harapan saya semoga segala proses peminjaman dapat dilaksanakan
dengan lebih lancar supaya sebarang kekurangan yang timbul dapat diatasi dengan
segera bagi mengelakkan kecacatan kepada sesuatu projek.
Selain itu, AJK Peralatan juga bertanggungjawab dalam menyediakan tanah
bagi diisikan dalam setiap pasu. Sehubungan dengan itu, kami mendapatkan tanah
berhampiran dengan ‘nursery’ IPG Kent. Kekuatan yang kami dapati semasa
melaksanakan tugas ini ialah tanah tersebut adalah tanah yang sememangnya
sesuai untuk penanaman pokok limau.
Selain itu, tiada sebarang kos perlu dikeluarkan kerana segalanya percuma.
Kelemahan yang kami dapati pula ialah kami kekurangan tenaga kerja semasa
mendapatkan tanah. Pasu juga semakin berat apabila diisi dengan tanah. Hal ini
mengakibatkan kami menghadapi sedikit masalah apabila hendak memindahkan
pasu ke kelas semula.
Walaubagaimanapun, itu bukan penghalang kerana kami telah mendapatkan
jalan penyelesaian iaitu dengan meminta rakan kami yang mempunyai kenderaan
besar untuk memindahkan pasu-pasu tersebut. Bagi cadangan penambahbaikan,
kami mencadangkan supaya bilangan AJK Peralatan ditambahkan agar tenaga kerja
boleh dikatakan mencukupi.
Sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK Peralatan, kami telah mendapat
satu pengalaman yang berguna dalam melaksanakan sesuatu projek. Kami
mengetahui kerjasama amat baik amat diperlukan dalam menjalankan sebarang
bidang tugas. Oleh yang demikian, kami telah memberikan kerjasama yang baik
bukan setakat dalam kalangan kami sebagai AJK Peralatan tetapi juga dengan AJK
yang lain dan para pensyarah.
Di samping itu, kekuatan lain yang ada ialah persediaan awal yang baik. Kami
telah membuat persediaan seperti meminjam peralatan dengan lebih awal dengan
pihak stor dan unit kemahiran hidup. Persediaan yang mantap membolehkan projek
kami berjalan dengan baik. Secara konklusinya, sepanjang projek ini, kami telah
mencuba sedaya upaya kami agar semua perkara berkaitan peralatan berjalan
lancar.
LAPORAN AJK KEBUDAYAAN
Ahli Jawatankuasa Kebudayaan :
 Muhammad Farhan Bin Ismail
 Nur Afikah Bt. Hameed
Jenis Aktiviti yang diadakan :
 Acara cabutan nombor bertuah
 Program Forum Islam
Perancangan Awal :
 Perbincangan bersama Penasihat dan AJK aktiviti yang lain untuk
mencadangkan aktiviti untuk Malam Kebudayaan bagi Program Khidmat Bakti
Siswa di Kampung Lubuk Lesung
 Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan oleh ahli dalam perbincangan iaitu
karaoke, ‘action song’, dikir barat, dan juga lakonan.
Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program.
A. Sebelum program
 Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang
diperlukan untuk Malam Kebudayaan.
 Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Lubuk ??? untuk mendapat
persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan untuk Malam Kebudayaan.
 Sesi undian juga diadakan untuk menetapkan jenis persembahan yang perlu
dipersembahkan oleh setiap unit.
 Namun, segala cadangan dibatalkan kerana berkabung 40 hari bersempena
kemangkatan Bonda Sultan Terengganu.
 Segala aktiviti ditukar kepada program berunsurkan Islamik iaitu Forum Islam
dan juga cabutan bertuah untuk tidak memberi rasa hampa kepada orang
kampung.
B. Semasa program
 Pengumpulan hadiah cabutan bertuah serta pemilihan panel untuk forum
diadakan di Kampung Lubuk ??? dengan kerjasama penduduk serta AJK
Kerohanian serta penduduk kampung.
 11 hamper diberikan kepada penduduk kampung yang bertuah selepas
Forum Islam berlangsung.
 AJK Kebudayaan menjadi pengacara untuk acara cabutan bertuah ini.
C. Selepas program
 Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa.
REFLEKSI
Selaku AJK malam kebudayaan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang
dapat ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah
diadakan di kampung Lubuk ??? dengan kerjasama KETENGAH pada ? Mac 20??
sehingga ? April 20??. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami
sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami
manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti.
Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kami telah
melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara ahli
jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata
sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan pada
malam Jumaat iaitu pada ?? April 20??. Tidak ketinggalan juga kami telah
menghadiri beberapa buah mesyuarat bersama-sama dengan penduduk kampung
Lubuk ??? serta pihak KETENGAH untuk mendapatkan persetujuan mereka
mengenai aktiviti yang telah dicadangkan dan perbincangan yang dilakukan berjalan
dengan lancar.
Pada mulanya, semua pelajar serta penduduk Kampung Lubuk ??? telah bersetuju
mengadakan aktiviti seperti karaoke, tarian, drama, dikir barat serta action song
pada malam kebudayaan, tetapi atas dasar menghormati tempoh berkabung, aktiviti
yang dipersetujui telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, kami telah bersepakat
dengan penduduk kampung untuk mengadakan forum dan tidak ketinggalan juga
menyediakan aktiviti cabutan bertuah pada malam tersebut. Melalui hasil
perbincangan ini secara tidak langsung komunikasi yang baik dan berkesan dapat
dipupuk dalam diri guru pelatih dari masa ke masa, di mana kami dapat
meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang kenamaan
dan kami juga turut mempelajari cara berkomunikasi yang betul sewaktu berinteraksi
dengan mereka.
Aktiviti forum pada malam itu berjalan dengan lancar di mana panel pada malam
tersebut terdiri daripada guru pelatih Pengajian Agama Islam PISMP semester 1 dan
mereka telah membincangkan topik yang sering diperkatakan dalam masyarakat kita
iaitu “Menjaga tepi kain orang” dan aktiviti ini bukan sahaja mendapat sambutan
yang amat menggalakkan di kalangan pelajar bahkan juga penduduk kampung di
situ yang tidak ketinggalan bersama-sama menghadiri forum pada malam tersebut.
Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di antara guru
pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan dengan lancar.
Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan penduduk kampung
di situ juga dapat dibina melalui perbincangan dan bertukar-tukar buah fikiran antara
satu sama lain mengenai isu yang dibincangkan pada malam tersebut. Selepas itu,
aktiviti cabutan bertuah telah dikendalikan dan mendapat sambutan yang amat
menggalakkan tidak kira daripada golongan kanak-kanak hinggalah kepada orang
dewasa. Sebanyak 11 buah hamper telah diberikan pada malam tersebut dan aktiviti
ini berjalan lancar dengan kerjasama ahli-ahli yang terlibat.
Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan
kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara
guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program
yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara
satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan
dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada
penduduk kampung dan pihak KETENGAH juga telah mendorong kami lebih yakin
dalam merealisasikan projek ini.
PENGHARGAAN
Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail terutama sekali
guru penasihat kokurikulum iaitu Encik Mohd. ?? Bin ?? dan Puan ?? Binti ?? dalam
memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam
melaksanakan projek yang pertama kali kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada
semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam
memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada
penduduk kampung Lubuk ??? dan pihak KETENGAH kami mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat menggalakkan
terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami menyelami dan merasai
suasana berada di kampung.
Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini dapat
memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan pengalaman
dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan panduan dan
bekalan pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
(MUHAMMAD FARHAN BIN ISMA)
AJK Malam Kebudayaan
Program Khidmat Bakti Siswa: Kampung Lubuk ???

More Related Content

What's hot

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
rosmizaroni zakaria
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelolaPei Yiing
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
ROYALBERTM
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
Asri Mohad
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaNur Syafika
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Guru Sejarah PraU
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Ct Dahlia Abdullah
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-bigdeera zahrin
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hiburDeen Jack
 

What's hot (20)

Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
5.3 bidang tugas jawatankuasa pengelola
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Soalan temubual
Soalan temubualSoalan temubual
Soalan temubual
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Jenis pantun
Jenis pantunJenis pantun
Jenis pantun
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Contoh soalan edu3108
Contoh soalan edu3108Contoh soalan edu3108
Contoh soalan edu3108
 
Warisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysiaWarisan budaya malaysia
Warisan budaya malaysia
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Rph pengakap m2
Rph pengakap m2Rph pengakap m2
Rph pengakap m2
 
Panduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan selokaPanduan melafaz dan melagukan seloka
Panduan melafaz dan melagukan seloka
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big61596325 laporan-reflektif-big
61596325 laporan-reflektif-big
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hibur
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 

Similar to Contoh laporan ajk ko k (1)

Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2
Nur Izzatie
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohnurfatinafeeqa
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
suriasuriati
 
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ (1).docx
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ  (1).docxLAPORAN KEGIATAN PPM TPQ  (1).docx
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ (1).docx
Astinnnn
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
nurfatinafeeqa
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanSyafiqah Mohamed Noor
 
Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)
Mohd Ikmal
 
Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Asrulrezal Asri
 
Laporan
LaporanLaporan
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Nurerie Nishazlan
 
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Nurerie Nishazlan
 
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docxLaporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
trikus1
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Zuzan Michael Japang
 
HP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
HP1 : Social Skills and Sense of ResponsibilityHP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
HP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
Nur Izzatie
 
Laporan Akhir
Laporan AkhirLaporan Akhir
Laporan Akhir
Tan Yiwei
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Report full opkim
Report full opkimReport full opkim
Report full opkimArDah ZyEd
 
Report full opkim
Report full opkimReport full opkim
Report full opkim
iffahroslan
 

Similar to Contoh laporan ajk ko k (1) (20)

Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagoh
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ (1).docx
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ  (1).docxLAPORAN KEGIATAN PPM TPQ  (1).docx
LAPORAN KEGIATAN PPM TPQ (1).docx
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Lpj baksos-2012
Lpj baksos-2012Lpj baksos-2012
Lpj baksos-2012
 
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah PerkuburanContoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan
 
Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)Laporan akhir (autosaved)
Laporan akhir (autosaved)
 
Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9103 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docxLaporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
Laporan pelaksanaan kegiatn maulid Nabi Muhammad SAW neo (1).docx
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
 
HP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
HP1 : Social Skills and Sense of ResponsibilityHP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
HP1 : Social Skills and Sense of Responsibility
 
Laporan Akhir
Laporan AkhirLaporan Akhir
Laporan Akhir
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Report full opkim
Report full opkimReport full opkim
Report full opkim
 
Report full opkim
Report full opkimReport full opkim
Report full opkim
 

Contoh laporan ajk ko k (1)

  • 1. REFLEKSI AJK PERALATAN NAMA: 1. MOHD. NASZRIEN ISMAIL (K) 2. ABDUL KALID BIN MOHAMAD 3. MIXWILLEY MASRIN Pada 8 Julai 2013 bersamaan pada hari Isnin, kami telah melaksanakan Projek Keceriaan Tanaman Pokok Limau yang telah dirasmikan oleh Datuk Mary Teresa Kinajil di perkarangan halaman Bilik Kelawat. Kekuatan yang ada pada AJK kami adalah komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahlinya. Saya selaku ketua dalam AJK ini dapat melaksanakan tugas dengan lancar dengan bantuan dari ahli - ahli yang lain. Kami juga telah meminjam alatan dua minggu dari tarikh projek bagi mengelakkan sebarang masalah. Selepas seminggu, kami telah mendapat kelulusan pinjaman dan semua barang sedia untuk dipinjam antaranya seperti cangkul, penyodok dan penggembur. Kelemahan yang dapat saya rasakan adalah kami tidak dapat meminjam kereta sorong untuk digunakan dalam proses pemindahan tanah ke tapak projek disebabkan kereta sorong yang ada telah rosak dan tidak dapat digunakan. Namun masalah ini dapat diatasi setelah kami menggunakan kereta dari pelatih lain untuk memindahkan pasu – pasu yang telah diisi tanah ke tapak projek. Harapan saya semoga segala proses peminjaman dapat dilaksanakan dengan lebih lancar supaya sebarang kekurangan yang timbul dapat diatasi dengan segera bagi mengelakkan kecacatan kepada sesuatu projek. Selain itu, AJK Peralatan juga bertanggungjawab dalam menyediakan tanah bagi diisikan dalam setiap pasu. Sehubungan dengan itu, kami mendapatkan tanah berhampiran dengan ‘nursery’ IPG Kent. Kekuatan yang kami dapati semasa
  • 2. melaksanakan tugas ini ialah tanah tersebut adalah tanah yang sememangnya sesuai untuk penanaman pokok limau. Selain itu, tiada sebarang kos perlu dikeluarkan kerana segalanya percuma. Kelemahan yang kami dapati pula ialah kami kekurangan tenaga kerja semasa mendapatkan tanah. Pasu juga semakin berat apabila diisi dengan tanah. Hal ini mengakibatkan kami menghadapi sedikit masalah apabila hendak memindahkan pasu ke kelas semula. Walaubagaimanapun, itu bukan penghalang kerana kami telah mendapatkan jalan penyelesaian iaitu dengan meminta rakan kami yang mempunyai kenderaan besar untuk memindahkan pasu-pasu tersebut. Bagi cadangan penambahbaikan, kami mencadangkan supaya bilangan AJK Peralatan ditambahkan agar tenaga kerja boleh dikatakan mencukupi. Sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK Peralatan, kami telah mendapat satu pengalaman yang berguna dalam melaksanakan sesuatu projek. Kami mengetahui kerjasama amat baik amat diperlukan dalam menjalankan sebarang bidang tugas. Oleh yang demikian, kami telah memberikan kerjasama yang baik bukan setakat dalam kalangan kami sebagai AJK Peralatan tetapi juga dengan AJK yang lain dan para pensyarah. Di samping itu, kekuatan lain yang ada ialah persediaan awal yang baik. Kami telah membuat persediaan seperti meminjam peralatan dengan lebih awal dengan pihak stor dan unit kemahiran hidup. Persediaan yang mantap membolehkan projek kami berjalan dengan baik. Secara konklusinya, sepanjang projek ini, kami telah mencuba sedaya upaya kami agar semua perkara berkaitan peralatan berjalan lancar.
  • 3. LAPORAN AJK KEBUDAYAAN Ahli Jawatankuasa Kebudayaan :  Muhammad Farhan Bin Ismail  Nur Afikah Bt. Hameed Jenis Aktiviti yang diadakan :  Acara cabutan nombor bertuah  Program Forum Islam Perancangan Awal :  Perbincangan bersama Penasihat dan AJK aktiviti yang lain untuk mencadangkan aktiviti untuk Malam Kebudayaan bagi Program Khidmat Bakti Siswa di Kampung Lubuk Lesung  Beberapa jenis aktiviti telah dicadangkan oleh ahli dalam perbincangan iaitu karaoke, ‘action song’, dikir barat, dan juga lakonan. Peringkat Proses pergerakan peralatan sebelum, semasa dan selepas program. A. Sebelum program  Perbincangan dengan AJK Peralatan untuk memberi senarai peralatan yang diperlukan untuk Malam Kebudayaan.  Perbincangan bersama Ahli JKK Kampung Lubuk ??? untuk mendapat persetujuan mengenai aktiviti yang dicadangkan untuk Malam Kebudayaan.  Sesi undian juga diadakan untuk menetapkan jenis persembahan yang perlu dipersembahkan oleh setiap unit.  Namun, segala cadangan dibatalkan kerana berkabung 40 hari bersempena kemangkatan Bonda Sultan Terengganu.  Segala aktiviti ditukar kepada program berunsurkan Islamik iaitu Forum Islam dan juga cabutan bertuah untuk tidak memberi rasa hampa kepada orang kampung. B. Semasa program
  • 4.  Pengumpulan hadiah cabutan bertuah serta pemilihan panel untuk forum diadakan di Kampung Lubuk ??? dengan kerjasama penduduk serta AJK Kerohanian serta penduduk kampung.  11 hamper diberikan kepada penduduk kampung yang bertuah selepas Forum Islam berlangsung.  AJK Kebudayaan menjadi pengacara untuk acara cabutan bertuah ini. C. Selepas program  Acara ini berakhir dengan jayanya dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa. REFLEKSI Selaku AJK malam kebudayaan, kami berasa bangga kerana banyak ilmu yang dapat ditimba sepanjang menjayakan program Khidmat Bakti Siswa yang telah diadakan di kampung Lubuk ??? dengan kerjasama KETENGAH pada ? Mac 20?? sehingga ? April 20??. Program seperti ini banyak memberi faedah kepada kami sebagai guru pelatih di mana pengalaman serta ilmu yang dipelajari dapat kami manfaatkan sewaktu berada di sekolah nanti. Sepanjang memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kami telah melalui beberapa prosedur dengan mengadakan perbincangan di antara ahli jawatankuasa terlebih dahulu yang terdiri daripada pelajar untuk menemukan kata sepakat dan persetujuan ahli mengenai cadangan aktiviti yang akan dilakukan pada malam Jumaat iaitu pada ?? April 20??. Tidak ketinggalan juga kami telah menghadiri beberapa buah mesyuarat bersama-sama dengan penduduk kampung Lubuk ??? serta pihak KETENGAH untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai aktiviti yang telah dicadangkan dan perbincangan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Pada mulanya, semua pelajar serta penduduk Kampung Lubuk ??? telah bersetuju mengadakan aktiviti seperti karaoke, tarian, drama, dikir barat serta action song pada malam kebudayaan, tetapi atas dasar menghormati tempoh berkabung, aktiviti yang dipersetujui telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, kami telah bersepakat dengan penduduk kampung untuk mengadakan forum dan tidak ketinggalan juga menyediakan aktiviti cabutan bertuah pada malam tersebut. Melalui hasil perbincangan ini secara tidak langsung komunikasi yang baik dan berkesan dapat dipupuk dalam diri guru pelatih dari masa ke masa, di mana kami dapat meningkatkan keyakinan diri sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang kenamaan dan kami juga turut mempelajari cara berkomunikasi yang betul sewaktu berinteraksi dengan mereka. Aktiviti forum pada malam itu berjalan dengan lancar di mana panel pada malam tersebut terdiri daripada guru pelatih Pengajian Agama Islam PISMP semester 1 dan mereka telah membincangkan topik yang sering diperkatakan dalam masyarakat kita iaitu “Menjaga tepi kain orang” dan aktiviti ini bukan sahaja mendapat sambutan
  • 5. yang amat menggalakkan di kalangan pelajar bahkan juga penduduk kampung di situ yang tidak ketinggalan bersama-sama menghadiri forum pada malam tersebut. Melalui aktiviti ini, semangat kekitaan serta kerjasama yang erat di antara guru pelatih dapat dipupuk dalam memastikan aktiviti dapat dikendalikan dengan lancar. Tambahan lagi, hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan penduduk kampung di situ juga dapat dibina melalui perbincangan dan bertukar-tukar buah fikiran antara satu sama lain mengenai isu yang dibincangkan pada malam tersebut. Selepas itu, aktiviti cabutan bertuah telah dikendalikan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan tidak kira daripada golongan kanak-kanak hinggalah kepada orang dewasa. Sebanyak 11 buah hamper telah diberikan pada malam tersebut dan aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama ahli-ahli yang terlibat. Program Khidmat Bakti Siswa ini telah berjalan dengan lancar berlandaskan kekuatan yang kami perolehi seperti semangat berpasukan dan kerjasama antara guru-guru pelatih dan ini adalah kunci kepada setiap kejayaan sesuatu program yang diadakan di mana kita haruslah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain dalam memastikan program yang dikendalikan dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penasihat serta sokongan daripada penduduk kampung dan pihak KETENGAH juga telah mendorong kami lebih yakin dalam merealisasikan projek ini. PENGHARGAAN Pihak kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Instutitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail terutama sekali guru penasihat kokurikulum iaitu Encik Mohd. ?? Bin ?? dan Puan ?? Binti ?? dalam memberi kepercayaan serta memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan projek yang pertama kali kami kendalikan. Tidak lupa juga kepada semua guru pelatih yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan aktiviti yang diadakan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, kepada penduduk kampung Lubuk ??? dan pihak KETENGAH kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga dengan memberi kerjasama yang amat menggalakkan terutama kepada guru-guru pelatih dalam membantu kami menyelami dan merasai suasana berada di kampung. Akhirnya, pihak kami juga mengharapkan program Khidmat Bakti Siswa ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan kita haruslah menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini sebaik-baiknya untuk dijadikan rujukan panduan dan bekalan pada masa hadapan.
  • 6. Sekian, terima kasih. Laporan disediakan oleh: (MUHAMMAD FARHAN BIN ISMA) AJK Malam Kebudayaan Program Khidmat Bakti Siswa: Kampung Lubuk ???