SlideShare a Scribd company logo
LMCK1621 Set6 Sem 2 20142015 ETIKA & PROFESIONAL
LAPORAN AKHIR
1.0 Definisi Etika & Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin
dalam perkhidmat an dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan
dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat.
1.1 Skop Etika Profesional
a) Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain.
b) Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
2.0 Pengenalan Mengenai Program
Pada 27 November 2014, kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) telah menganjurkan Pesta
Tanglung yang ke-3 iaitu ‘Pesta Tanglung D’ Kajai III’. Pesta ini adalah untuk menyambut
perayaan Tanglung bersama dengan anak yatim yang datang dari Bangi dan memperkenalkan
perayaan ini kepada kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam
Cina. Sebelum Pesta Tanglung ini, kami telah membuat banyak mesyuarat dan perjumpaan, Ini
adalah untuk melantik Biro dan AJK serta mengambil cadangan dan pandangan daripada setiap
ahli yang menyertai bagi melancarkan Pesta Tanglung ini. Cadangan yang kreative dan menarik
telah disambut dan dicatatkan.
Dalam mesyuarat pertama, senarai nama Biro dan Ajk bagi Pesta Tanglung tersebut telah
diwujudkan. Saya berasa amat gembira kerana mendapat jawatan yang diidamkan. Jawatan ini
sememangnya memerlukan kemahiran berkomunikasi yang banyak untuk mendapatkan modal
yang mencukupinya. Setelah mendapat jawatan sebagai ajk pemasaran, saya terus berbincang
dengan pengarah dan timbaran pemasaram tentang cara-cara yang patut digunakan dan menyedia
untuk mendapatkan dana daripada pelbagai pihak.
Untuk mendapatkan modal bagi Pesta Tanglung ini, kami semua ahli diminta untuk menjalankan
MO iaitu Marketing Operation di luar kampus. MO telah dijalankan sebanyak dua kali untuk
mendapat modal yang mencukupi, kali pertama kami telah pergi ke Ampang, dan kali kedua
kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama pergi ke Jalan Tar, kumpulan kedua ke
Kepong, dan kumpulan ketiga ke Cheras. Saya telah dibahagikan ke kumpulan kedua iaitu pergi
ke Kepong. Pada mulanya, saya amat segan untuk minta orang lain mendermakan duit atau
barang lain kepada kami, tetapi selepas ajaran yang diberi oleh senior yang berpengalaman, saya
mula mendapat keyakinan diri, saya juga telah menggunakan cara yang berlainan daripada rakan
saya yang lain semasa mengambil derma dari segi lisan, akhirnya orang yang memberi derma
semakin bertambah. Kami menjalankan MO ini sehingga ke petang 3pm. Lepas itu kami pun
mengambil KTM dan bas balik ke kampus UKM.
Selapas itu, tibalah hari Pesta Tanglung D’ Kajai III. Pada hari itu, kami semua ahli, ajk, dan biro
dikenakan berkumpul pada 5 petang. Selepas taklimat diberikan, kami telah mengetahui apa skop
kerja yang perlu dibuat setiap orang. Dan kami mulakan kerja pada 5 petang. Gerai-gerai yang
dijemput mula tiba dan rakan-rakan dari kolej lain juga mula tiba. Saya diarah untuk membawa
rakan-rakan tersebut melawat kolej kami dan juga memberi penjelasan kepada mereka tentang
Pesta Tanglung. Akhirnya, dengan kehadiran pengetua kolej kami, bermulalah aktiviti Pesta
Tanglung D’ Kajai III ini. Setelah taklimat yang diberi oleh pengetua kami, ketua pengarah
program menghadiahkan cenderamata kepada pengetua kolej selepas perasmian. Kami
menyediakan sebuah papan yang dilukis dengan bendera Malaysia, dan meminta rakan yang
hadir melekatkan kertas cabutan bertuah mereka di atas papan tersebut. Cara yang kreative ini
mendapat pujian daripada Felo kolej saya.Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti
tarian kipas, silap mata, tarian tradisional melayu dan india, persembahan diabolo serta tarian
kpop dan sebagainya.
Pada pukul 10 malam, pesta kami berakhir juga. Selepas saya mengucapkan terima kasih kepada
rakan yang menghadirkan diri ke pesta ini, maka tamatlah Pesta Tanglung D’ Kajai III ini. Kami
pun mula mengambil gambar sebagai kenangan, dan mula membersihkan tempat. Sehinggalah
pukul 12.30am, barulah semua kerja pembersihan disiapkan dan kami pun bersurai ke bilik
masing-masing untuk berehat. Aktiviti ini berjalan dengan lancar.
3.0 Objektif Pembelajaran
Objektif Pembelajaran adalah untuk menerapkan nilai-nilai etika dan profesionalisme di
kalangan pelajar melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Pelajar akan
didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membangunkan tahap kecekapan,
akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah.
Objektif Pembelajaran ini seharusnya melengkapkan pelajar menjadi individu yang
berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.
4.0 Pelaksanaan Tugas
Dalam program ini, saya telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran. Peranan
saya adalah bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang lain untuk merancang cara bagi
menyelesaikan masalah bajet yang terhad. Seperti kita tahu. sesebuah projek akan gagal berjalan
dengan lancar tanpa sumber kewangan yang mencukupi. Oleh itu, Saya telah mengumpulkan
semua ahli dengan mengadakan Marketing Operation di mana kami akan meminta sumbang
daripada orang ramai di beberapa tempat yang berlainan iaitu Kepong, Cheras, Ampang dan juga
Jalan tar. Selain itu, saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain juga menjual merchadiser bagi
projek kami seperti baju untuk mendapatkan lebih banyak sumber kewangan.
Walaupun saya merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran, saya juga turut terlibat dalam proses
penyediaan perhiasan bagi pentas dan juga pameran kerana kekurangan bajet serta ahli-ahli
jawatankuasa. Antara perhiasan yang telah kami buat sendiri adalah seperti tanglung dan
backdrop pentas. Sekiranya mengikut kebiasaan, tanglung sepatutnya diperbuat daripada kertas
tetapi kertas mudah koyak maka kami menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kain
putih dan bukannya kertas. Dalam proses penghasilan tanglung, kami dikehendaki menulis
tulisan kaligrafi serta melukis di atas kain putih sebagai dekorasi. Namun, kebanyakkan daripada
kami kurang mahir menulis tulisan kaligrafi. Maka kami telah memikirkan cara penyelesaian
dengan menggunakan kaedah menekap. Melalui kaedah ini, hiasan atas tanglung bukan sahaja
kelihatan cantik dan kemas malah seragam bagi semua tanglung yang kami hasilkan.
Selain itu, kami juga menambahkan sangkar burung sebagai dekorasi pentas. Seperti kita tahu,
sangkar burung tidak hanya berfungsi untuk tempat memelihara burung tetapi dengan kreatif
memanfaatkan sangkar yang tidak terpakai untuk menjadikan dekorasi. Oleh itu, kami telah
menghias sangkar burung dan akhirnya sangkar burung yang lama telah menjadikan sangkar
burung yang baru serta dihiasi dengan tanaman hijau, bunga, pita dan sebagainya.
Dalam program ini, saya mempelajari arahan yang dipesan haruslah dipatuhi sepenuhnya. Semua
ahli perlu mengikut arahan supaya dapat menuju matlamat kearah yang sama. Walau
bagamaipun, kita juga boleh mengemukakan pendapat kita sekiranya mendapati sebarang
kesalahan atau ketidakpastian yang berlaku. Contohnya seperti semasa membuat latihan tarian,
kita perlu menunjukkan kesilapan ahli yang lain dan memberikan pendapat masing-masing.
Dengan itu, mereka dapat mengubah dan memperbaiki supaya memberi persembahan yang lebih
baik.
Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana boleh memperkenalkan perayaan ini kepada
kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam kami. Kemahiran sosial
saya juga telah dipertingkatkan dengan baik.
5.0 Akhir Kursus
a) Berkebolehan mempamerkan tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh
melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah.
b) Berkebolehan membuat keputusan secara bijaksana
c) Menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna tanpa menolakkan tanggungjawab
6.0 Kesimpulan
‘Pesta Tanglung Satu Malaysia D’Kajai III’ dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat
masalah teknikal yang dihadapi akibat pertukaran tarikh program. Namum begitu, masalah yang
ditimbul ini menyebabkan kami dapat melatihan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian
masalah dan pendekatan saintifik kita. Hubungan antara etnik dapat juga dieratkan melalui
program yang dianjurkan membolehkan warga UKM bersama-sama menyambutkan perayaan ini.
Selain itu, program ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan
mereka rela meluangkan masa sebanyak mana boleh sepanjang proses penyediaan pesta ini serta
berpandukan satu prinsip, iaitu berkomunikasi atau berbincang dengan ahli kumpulan yang lain
apabila menghadapi apa-apa masalah dalam pelaksanaan tugas.x

More Related Content

What's hot

1982 056 Jukran Karang Pamitran
1982 056 Jukran Karang Pamitran1982 056 Jukran Karang Pamitran
1982 056 Jukran Karang Pamitran
astozone
 
Proposal kartinian
Proposal kartinianProposal kartinian
Proposal kartinian
Bagus Nugroho
 
Narakarya.fix
Narakarya.fixNarakarya.fix
Narakarya.fix
Wina Ningsih
 
Materi pramuka penegak dan pandega
Materi pramuka penegak dan pandegaMateri pramuka penegak dan pandega
Materi pramuka penegak dan pandega
Dody Cris
 
Proposal hari kartini 2014
Proposal hari kartini 2014Proposal hari kartini 2014
Proposal hari kartini 2014
Muhamad Anugrah
 
Buku panduan fasal 2013
Buku panduan fasal 2013Buku panduan fasal 2013
Buku panduan fasal 2013EL Fitra
 
Minit mesyuarat 6
Minit mesyuarat 6Minit mesyuarat 6
Minit mesyuarat 6sufiahs
 
Proposal kegiatan
Proposal kegiatanProposal kegiatan
Proposal kegiatan
Membangun city
 
Proposal isra mi'raj
Proposal isra mi'rajProposal isra mi'raj
Proposal isra mi'rajAnant Anane
 
Program kerja 2015
Program kerja 2015Program kerja 2015
Program kerja 2015
Dadang Rusnandar
 
AD/ART SANGGAR SENI
AD/ART SANGGAR SENIAD/ART SANGGAR SENI
AD/ART SANGGAR SENI
MUHAMMAD SYAHRANI
 
Fundamental
FundamentalFundamental
Fundamental
Nas Rulloh
 
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
helmi sucipto
 
Laporan untuk opkim
Laporan untuk opkimLaporan untuk opkim
Laporan untuk opkimArDah ZyEd
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
siewtingyeo
 
Jam pimpinan KMD
Jam pimpinan KMDJam pimpinan KMD
Jam pimpinan KMD
NasRulloh7
 
Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Asrulrezal Asri
 
Juklak lomba lkbb ekspresi2015
Juklak lomba lkbb ekspresi2015Juklak lomba lkbb ekspresi2015
Juklak lomba lkbb ekspresi2015Mokhamad Taufik
 

What's hot (20)

1982 056 Jukran Karang Pamitran
1982 056 Jukran Karang Pamitran1982 056 Jukran Karang Pamitran
1982 056 Jukran Karang Pamitran
 
Proposal kartinian
Proposal kartinianProposal kartinian
Proposal kartinian
 
Pp Dewan Kerja 214
Pp Dewan Kerja 214Pp Dewan Kerja 214
Pp Dewan Kerja 214
 
Narakarya.fix
Narakarya.fixNarakarya.fix
Narakarya.fix
 
Materi pramuka penegak dan pandega
Materi pramuka penegak dan pandegaMateri pramuka penegak dan pandega
Materi pramuka penegak dan pandega
 
Proposal hari kartini 2014
Proposal hari kartini 2014Proposal hari kartini 2014
Proposal hari kartini 2014
 
Buku panduan fasal 2013
Buku panduan fasal 2013Buku panduan fasal 2013
Buku panduan fasal 2013
 
Minit mesyuarat 6
Minit mesyuarat 6Minit mesyuarat 6
Minit mesyuarat 6
 
Proposal kegiatan
Proposal kegiatanProposal kegiatan
Proposal kegiatan
 
Proposal isra mi'raj
Proposal isra mi'rajProposal isra mi'raj
Proposal isra mi'raj
 
Program kerja 2015
Program kerja 2015Program kerja 2015
Program kerja 2015
 
AD/ART SANGGAR SENI
AD/ART SANGGAR SENIAD/ART SANGGAR SENI
AD/ART SANGGAR SENI
 
Proposal muludan mm
Proposal muludan mmProposal muludan mm
Proposal muludan mm
 
Fundamental
FundamentalFundamental
Fundamental
 
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
petunjuk penyelenggaraan organisasi dan tata kerja kwartir ranting gerakan pr...
 
Laporan untuk opkim
Laporan untuk opkimLaporan untuk opkim
Laporan untuk opkim
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Jam pimpinan KMD
Jam pimpinan KMDJam pimpinan KMD
Jam pimpinan KMD
 
Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial Refleksi laporan akhir sosial
Refleksi laporan akhir sosial
 
Juklak lomba lkbb ekspresi2015
Juklak lomba lkbb ekspresi2015Juklak lomba lkbb ekspresi2015
Juklak lomba lkbb ekspresi2015
 

Similar to Laporan akhir

Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Xic Min
 
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Xic Min
 
Laporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan ProfesionalLaporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan Profesional
azrieanaazlan29
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014melcassie
 
Reflesi
Reflesi Reflesi
Reflesi
weiki1130
 
Laporan akhir hc kepimpinan
Laporan akhir hc kepimpinanLaporan akhir hc kepimpinan
Laporan akhir hc kepimpinanAdibah Adnan
 
Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2
Nur Izzatie
 
Hp keusahawanan
Hp keusahawananHp keusahawanan
Hp keusahawanan
Syeda Yuuras
 
Gambar program siswi
Gambar program siswiGambar program siswi
Gambar program siswimelcassie
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
Syamimi Mohammad
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4salimomo
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
salimomo
 
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalahPembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalahpennylim1289
 
Nilai sikap etika profesionalisme
Nilai sikap etika profesionalismeNilai sikap etika profesionalisme
Nilai sikap etika profesionalisme
joejambu
 
Laporan hp kreatif n inovatif
Laporan hp kreatif n inovatifLaporan hp kreatif n inovatif
Laporan hp kreatif n inovatifsalimomo
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG

Similar to Laporan akhir (20)

Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
 
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
 
Laporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan ProfesionalLaporan Etika dan Profesional
Laporan Etika dan Profesional
 
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
Hhhc9301 laporan akhir magiz 2014
 
Reflesi
Reflesi Reflesi
Reflesi
 
Laporan akhir hc kepimpinan
Laporan akhir hc kepimpinanLaporan akhir hc kepimpinan
Laporan akhir hc kepimpinan
 
Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2Laporan akhir hp 2
Laporan akhir hp 2
 
Hp keusahawanan
Hp keusahawananHp keusahawanan
Hp keusahawanan
 
Gambar program siswi
Gambar program siswiGambar program siswi
Gambar program siswi
 
Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)Laporan projek(mimi)
Laporan projek(mimi)
 
Dokumen laporan bertulis
Dokumen laporan bertulisDokumen laporan bertulis
Dokumen laporan bertulis
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalahPembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pembuktian lmck1421 pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
 
Nilai sikap etika profesionalisme
Nilai sikap etika profesionalismeNilai sikap etika profesionalisme
Nilai sikap etika profesionalisme
 
Refleksi opkim
Refleksi opkimRefleksi opkim
Refleksi opkim
 
Refleksi group pj
Refleksi group pjRefleksi group pj
Refleksi group pj
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan hp kreatif n inovatif
Laporan hp kreatif n inovatifLaporan hp kreatif n inovatif
Laporan hp kreatif n inovatif
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 

More from looinaichong

Minit Mesyuarat - Copy 2
Minit Mesyuarat - Copy 2 Minit Mesyuarat - Copy 2
Minit Mesyuarat - Copy 2 looinaichong
 
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2looinaichong
 
Laporan kewangan PT KAJAI
Laporan kewangan PT KAJAI Laporan kewangan PT KAJAI
Laporan kewangan PT KAJAI looinaichong
 
Carta Organisasi PT KAJAI
Carta Organisasi PT KAJAI Carta Organisasi PT KAJAI
Carta Organisasi PT KAJAI looinaichong
 
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III)
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III)
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) looinaichong
 

More from looinaichong (6)

Minit Mesyuarat - Copy 2
Minit Mesyuarat - Copy 2 Minit Mesyuarat - Copy 2
Minit Mesyuarat - Copy 2
 
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) - COPY 2
 
Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat Minit Mesyuarat
Minit Mesyuarat
 
Laporan kewangan PT KAJAI
Laporan kewangan PT KAJAI Laporan kewangan PT KAJAI
Laporan kewangan PT KAJAI
 
Carta Organisasi PT KAJAI
Carta Organisasi PT KAJAI Carta Organisasi PT KAJAI
Carta Organisasi PT KAJAI
 
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III)
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III) Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III)
Kertas Kerja Program ( PT KAJAI III)
 

Laporan akhir

  • 1. LMCK1621 Set6 Sem 2 20142015 ETIKA & PROFESIONAL LAPORAN AKHIR 1.0 Definisi Etika & Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmat an dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 1.1 Skop Etika Profesional a) Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. b) Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 2.0 Pengenalan Mengenai Program Pada 27 November 2014, kolej saya iaitu Kolej Rahim Kajai (KRK) telah menganjurkan Pesta Tanglung yang ke-3 iaitu ‘Pesta Tanglung D’ Kajai III’. Pesta ini adalah untuk menyambut perayaan Tanglung bersama dengan anak yatim yang datang dari Bangi dan memperkenalkan perayaan ini kepada kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam Cina. Sebelum Pesta Tanglung ini, kami telah membuat banyak mesyuarat dan perjumpaan, Ini adalah untuk melantik Biro dan AJK serta mengambil cadangan dan pandangan daripada setiap ahli yang menyertai bagi melancarkan Pesta Tanglung ini. Cadangan yang kreative dan menarik telah disambut dan dicatatkan. Dalam mesyuarat pertama, senarai nama Biro dan Ajk bagi Pesta Tanglung tersebut telah diwujudkan. Saya berasa amat gembira kerana mendapat jawatan yang diidamkan. Jawatan ini sememangnya memerlukan kemahiran berkomunikasi yang banyak untuk mendapatkan modal
  • 2. yang mencukupinya. Setelah mendapat jawatan sebagai ajk pemasaran, saya terus berbincang dengan pengarah dan timbaran pemasaram tentang cara-cara yang patut digunakan dan menyedia untuk mendapatkan dana daripada pelbagai pihak. Untuk mendapatkan modal bagi Pesta Tanglung ini, kami semua ahli diminta untuk menjalankan MO iaitu Marketing Operation di luar kampus. MO telah dijalankan sebanyak dua kali untuk mendapat modal yang mencukupi, kali pertama kami telah pergi ke Ampang, dan kali kedua kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama pergi ke Jalan Tar, kumpulan kedua ke Kepong, dan kumpulan ketiga ke Cheras. Saya telah dibahagikan ke kumpulan kedua iaitu pergi ke Kepong. Pada mulanya, saya amat segan untuk minta orang lain mendermakan duit atau barang lain kepada kami, tetapi selepas ajaran yang diberi oleh senior yang berpengalaman, saya mula mendapat keyakinan diri, saya juga telah menggunakan cara yang berlainan daripada rakan saya yang lain semasa mengambil derma dari segi lisan, akhirnya orang yang memberi derma semakin bertambah. Kami menjalankan MO ini sehingga ke petang 3pm. Lepas itu kami pun mengambil KTM dan bas balik ke kampus UKM. Selapas itu, tibalah hari Pesta Tanglung D’ Kajai III. Pada hari itu, kami semua ahli, ajk, dan biro dikenakan berkumpul pada 5 petang. Selepas taklimat diberikan, kami telah mengetahui apa skop kerja yang perlu dibuat setiap orang. Dan kami mulakan kerja pada 5 petang. Gerai-gerai yang dijemput mula tiba dan rakan-rakan dari kolej lain juga mula tiba. Saya diarah untuk membawa rakan-rakan tersebut melawat kolej kami dan juga memberi penjelasan kepada mereka tentang Pesta Tanglung. Akhirnya, dengan kehadiran pengetua kolej kami, bermulalah aktiviti Pesta Tanglung D’ Kajai III ini. Setelah taklimat yang diberi oleh pengetua kami, ketua pengarah program menghadiahkan cenderamata kepada pengetua kolej selepas perasmian. Kami menyediakan sebuah papan yang dilukis dengan bendera Malaysia, dan meminta rakan yang hadir melekatkan kertas cabutan bertuah mereka di atas papan tersebut. Cara yang kreative ini mendapat pujian daripada Felo kolej saya.Terdapat pelbagai persembahan yang menarik seperti tarian kipas, silap mata, tarian tradisional melayu dan india, persembahan diabolo serta tarian kpop dan sebagainya.
  • 3. Pada pukul 10 malam, pesta kami berakhir juga. Selepas saya mengucapkan terima kasih kepada rakan yang menghadirkan diri ke pesta ini, maka tamatlah Pesta Tanglung D’ Kajai III ini. Kami pun mula mengambil gambar sebagai kenangan, dan mula membersihkan tempat. Sehinggalah pukul 12.30am, barulah semua kerja pembersihan disiapkan dan kami pun bersurai ke bilik masing-masing untuk berehat. Aktiviti ini berjalan dengan lancar. 3.0 Objektif Pembelajaran Objektif Pembelajaran adalah untuk menerapkan nilai-nilai etika dan profesionalisme di kalangan pelajar melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bertujuan membangunkan tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti dan amanah. Objektif Pembelajaran ini seharusnya melengkapkan pelajar menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat. 4.0 Pelaksanaan Tugas Dalam program ini, saya telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran. Peranan saya adalah bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan yang lain untuk merancang cara bagi menyelesaikan masalah bajet yang terhad. Seperti kita tahu. sesebuah projek akan gagal berjalan dengan lancar tanpa sumber kewangan yang mencukupi. Oleh itu, Saya telah mengumpulkan semua ahli dengan mengadakan Marketing Operation di mana kami akan meminta sumbang daripada orang ramai di beberapa tempat yang berlainan iaitu Kepong, Cheras, Ampang dan juga Jalan tar. Selain itu, saya dengan ahli-ahli kumpulan yang lain juga menjual merchadiser bagi projek kami seperti baju untuk mendapatkan lebih banyak sumber kewangan.
  • 4. Walaupun saya merupakan Ahli Jawatan Kuasa Pemasaran, saya juga turut terlibat dalam proses penyediaan perhiasan bagi pentas dan juga pameran kerana kekurangan bajet serta ahli-ahli jawatankuasa. Antara perhiasan yang telah kami buat sendiri adalah seperti tanglung dan backdrop pentas. Sekiranya mengikut kebiasaan, tanglung sepatutnya diperbuat daripada kertas tetapi kertas mudah koyak maka kami menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kain putih dan bukannya kertas. Dalam proses penghasilan tanglung, kami dikehendaki menulis tulisan kaligrafi serta melukis di atas kain putih sebagai dekorasi. Namun, kebanyakkan daripada kami kurang mahir menulis tulisan kaligrafi. Maka kami telah memikirkan cara penyelesaian dengan menggunakan kaedah menekap. Melalui kaedah ini, hiasan atas tanglung bukan sahaja kelihatan cantik dan kemas malah seragam bagi semua tanglung yang kami hasilkan. Selain itu, kami juga menambahkan sangkar burung sebagai dekorasi pentas. Seperti kita tahu, sangkar burung tidak hanya berfungsi untuk tempat memelihara burung tetapi dengan kreatif memanfaatkan sangkar yang tidak terpakai untuk menjadikan dekorasi. Oleh itu, kami telah menghias sangkar burung dan akhirnya sangkar burung yang lama telah menjadikan sangkar burung yang baru serta dihiasi dengan tanaman hijau, bunga, pita dan sebagainya. Dalam program ini, saya mempelajari arahan yang dipesan haruslah dipatuhi sepenuhnya. Semua ahli perlu mengikut arahan supaya dapat menuju matlamat kearah yang sama. Walau bagamaipun, kita juga boleh mengemukakan pendapat kita sekiranya mendapati sebarang kesalahan atau ketidakpastian yang berlaku. Contohnya seperti semasa membuat latihan tarian, kita perlu menunjukkan kesilapan ahli yang lain dan memberikan pendapat masing-masing. Dengan itu, mereka dapat mengubah dan memperbaiki supaya memberi persembahan yang lebih baik. Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana boleh memperkenalkan perayaan ini kepada kaum yang berbeza agar mereka lebih memahami budaya dan adat resam kami. Kemahiran sosial saya juga telah dipertingkatkan dengan baik.
  • 5. 5.0 Akhir Kursus a) Berkebolehan mempamerkan tahap kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, dan amanah. b) Berkebolehan membuat keputusan secara bijaksana c) Menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna tanpa menolakkan tanggungjawab 6.0 Kesimpulan ‘Pesta Tanglung Satu Malaysia D’Kajai III’ dapat dijalankan dengan lancar walaupun terdapat masalah teknikal yang dihadapi akibat pertukaran tarikh program. Namum begitu, masalah yang ditimbul ini menyebabkan kami dapat melatihan kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik kita. Hubungan antara etnik dapat juga dieratkan melalui program yang dianjurkan membolehkan warga UKM bersama-sama menyambutkan perayaan ini. Selain itu, program ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan mereka rela meluangkan masa sebanyak mana boleh sepanjang proses penyediaan pesta ini serta berpandukan satu prinsip, iaitu berkomunikasi atau berbincang dengan ahli kumpulan yang lain apabila menghadapi apa-apa masalah dalam pelaksanaan tugas.x