Cerpen ini menceritakan pengalaman seorang remaja ("Aku") yang menghabiskan waktu di kampung ibunya. Di kampung itu, "Aku" mengenali budaya dan alam sekitar kampung melalui aktiviti bersama bapa saudaranya dan bermain dengan kanak-kanak kampung termasuk seorang gadis bernama Su. Walau pun pendek, pengalaman itu memberikan kenangan yang bermakna kepada "Aku".