SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
1
BAWANG PUTIH BAWANG MERAH
Terima kasih tuan pengacara majlis.
Yang Dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa
yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Burung Nuri Si Burung Tempua,
Terbang bersama si Burung Merbah,
Dengarkan kawan cerita saya,
Kisah Bawang Putih dan Bawang Merah.
Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil
dari orang ramai. Si Suami bernama Pak Ali manakala si i isteri bernama Mak
Labu.Sungguhpun sudah lama berumah tangga, tetapi mereka masih belum
memperoleh cahaya mata.
Pada suatu hari, Pak Ali berterus terang dengan isterinya.“ Labu , aku
berhajat ingin berkahwin seorang lagi kerana inginkan anak.”
“ Kalau begitulah niat abang, saya relakan abang berkahwin lagi walaupun
berat rasa hati ini., “ jawab Mak Labu dengan nada yang sedih.
Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan berjanji akan berlaku
adil jika dia beristeri lagi nanti.
Akhirnya, Pak Ali beristeri lagi dan nama isteri baru Pak Ali ialah Mak Kundur.
Mereka bertiga tinggal serumah dan seperti yang telah dijanjikan Pak Ali telah
berlaku adil.
Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka, isteri tuanya iaitu
Mak Labu telah mengandung empat bulan dan isteri mudanya iaiatu Mak
Kundur mengandung tiga bulan. Pak Ali bersyukur dengan anugerah yang
diberikan.
Apabila sampai masanya, kedua-dua isteri Pak Ali pun melahirkan anak
perempuan yang comel-comel. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah
manakala anak Mak Kundur bernama Bawang Putih.
Setelah beberapa tahun berlalu, remajalah sudah anak-anak Pak Ali.Namun
begitu, perangai Bawang Putih lebih nakal dan jahat kerana selalu menyuruh
2
Bawang Merah melakukan kerja-kerja rumah.Padahal dia tidak melakukan
kerja-kerja itu.
Pada suatu hari, Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Nasib
Pak Ali kurang baik pada hari itu kerana dia telah disengat oleh seekor ikan
sembilang yang baru sahaja dikailnya.Pak Kesakitan dan terus meraung”Aduh
sakitnya. Bawang Merah, tolong bapa nak…”
Bawang Merah terus memapah bapanya pulang ke rumah.Setibanya di rumah
Mak Labu terus memanggil seoramg pawang untuk mengubati
suaminya.Namun begitu, ajalnya telah sampai.Pak Ali pun meningal
dunia.Pemergian Pak Ali telah ditangisi oleh ahli keluarganya.
Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan sering berlaku
di antara Mak Bawang Putih dan Mak Bawang Merah.
Mak Bawang Putih sentiasa ingin mencari peluang untuk menghapuskan Mak
Bawang Merah.Pada suatu hari, peluang yang ditunggu oleh Mak Bawang
Putih terbuka.Ketika Mak Bawang Merah sedang mencedok air di dalam
sebuah perigi di dalam hutan, Mak Bawang Putih terus menolak Mak Bawang
Merah ke dalam perigi itu.
Mak Bawang Merah meronta-ronta meminta pertolongan daripada Mak
Bawang Putih, namun Mak Bawang Putih sedikit pun tidak menghiraukan
jeritan itu. Akhirnya Mak BawangMerah lemas di dalam perigi itu.
Apabila hari sudah senja, Bawang Merah berasa sangat hairan kerana
emaknya masih belum pulang ke rumah. Sedang Bawang Merah memikirkan
emaknya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus
memukul Bawang Merah.” Pakkk… padan muka engkau…” kata Mak Bawang
Putih dengan angkuh.Bawang Merah terus pengsan.Tanpa belas kasihan, Mak
Bawang Putih terus meninggalkan Bawang Merah keseorangan di situ.
Tidak berapa lama kemudian, Bawang Merah pun tersedar dari pengsan dan
menangis terdu-sedu. Dia memanggil nama emaknya berkali-kali.
“Emak-emak….. “Akhirnya Bawang Merah tertidur keseorangan di rumah itu.
Ketika tertidur, Bawang Merah Bermimpi.Dalam mimpinya, dia bertemu dengan
emaknya.Emaknya memberitahu bahawa dia telah ditolak oleh Mak Bawang
Putih ke dalam perigi di dalam hutan itu.
3
Keesokkan harinya, Bawang Merah terus pergi ke perigi di dalam hutan
itu. Bawang Putih menangis dan terus memanggil nama emaknya. “Emak … di
mana emak”, jangan tingalkan Merah mak…”Dia terus menangis di tepi perigi
itu.
Tiba-tiba muncul seekor ikan kaloi di permukaan perigi itu.
Ikan Kaloi itu berkata,” Wahai anakku Bawang Merah… Aku adalah emak
engkau. Engkau datanglah setiap hari melawat emak dan bawakan mak nasi
melukut dan sayur keladi…”
Bawang Merah bersa amat gembira dapat berjumpa dengan emaknya
walaupun seekor ikan kaloi.
Setibanya di rumah, Mak Bawang Putih menanti dengan muka yang bengis,
lalu bertanyakan kepada Bawang Merah.” Engkau dari mana , Merah?
“ Saya sedang mencari emak saya “ jawab Bawang Merah.
Mak Bawang Putih pun berkata “ Emak engkau telah mati. Dia terjatuh ke
dalam perigi di dalam hutan.Aku telah berusaha tetapi tidak berdaya
menolong” Kata Mak Bawang Putih berbohong.
Setiap hari Bawang Merah akan datang ke perigi itu untuk menghantar dan
berbual dengan emaknya. Dia berasa gembira dapat bersama dengan
emaknya.
Namun begitu, Mak Bawang Putih sentiasa curiga kerana setiap hari Bawang
Merah akan pergi ke hutan membawa makanan. Pada suatu hari, dia
mengekori Bawang Merah pergi ke hutan tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati Bawang Merah sedang berbual-
bual dengan seekor ikan kaloi sambil memberi makan. Mak Bawang Putih
mendengar Bawang Merah memanggil ikan itu dengan nama emaknya.
Selepas Bawang Merah meninggalkan perigi itu, Mak Bawang Putih
mengajak Bawang Putih ke sana dan menyuruh Bawang Putih meniru suara
Bawang Merah untuk memanggil emaknya di dalam perigi itu.
“Emak,emak keluarlah. Bawang Merah di sini,” Bawang Putih meniru suara
Bawang Merah.
4
Ketika ikan kaloi itu muncul di permukaan air,emak Bawang Putih terus
menangkap ikan kaloi itu. Bawang Putih dan emaknya pulang ke rumah
dengan perasaan gembira tanpa belas kasihan. Setibanya di rumah,mereka
terus memasak ikan kaloi itu.
Ketika Bawang Merah pulang ke rumah, Bawang Putih dan emaknya
menyuruh Bawang Merah makan makanan yang dimasak oleh mereka. Oleh
kerana terlalu lapar,Bawang Merah terus menikmati makanan tersebut tanpa
perasaan curiga.
Keesokan harinya, Bawang Merah terus pergi ke perigi itu untuk memberi
makan kepada emaknya. Dia memanggil nama emaknya berkali-kali, namun
kelibat emaknya tidak juga kelihatan.
Bawang Merah berasa amat sedih lalu menangis dan terus berlari pulang
ke rumahnya.Setibanya di rumah, emak Bawang Putih memberitahu bahawa
ikan yang dimakannya tadi adalah emaknya.Ikan itu telah ditangkap oleh
emak tirinya.
Bawang Merah berasa amat terkejut dan terlalu sedih. Selepas itu,dia
terus pergi ke bawah rumah dan terus mencari tulang-tulang ikan itu. Akhirnya,
Bawang Merah dapat mengumpul tulang-tulang ikan itu untuk ditanam di atas
bukit tidak jauh dari rumahnya.
Atas kehendak Allah, dalam masa sebulan sahaja, tulang-tulang ikan itu
menjadi sebatang pohon beringin yang rending. Dia menggantungkan buaian
di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang,dia akan bermain buaian di situ.
Sambil berbuai dia akan menyanyi : (nyanyian)
5
Pada suatu hari, ketika Bawang Merah sedang leka menyanyi,seorang
anak raja dan beberapa orang hulubalang yang sedang berburu terdengar
suara itu.
Mereka bersepakat menghampiri tempat datangnya suara itu.Akhirnya,
mereka dapat melihat penyanyi itu Bawang Merah.
Anak raja itu menyuruh hulubalang-hulubalangnya menyiasat latar
belakang Bawang Merah. Oleh kerana wajah Bawang Merah sangat cantik,
mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku
raja kerana baginda masih belum beristeri.
Akhirnya, berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku raja.Dia pun
menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah ke istana
baginda.Walaupun hidup Bawang Merah sudah senang tetapi dia tetap tidak
menyisihkan ibu tirinya dan Bawang Putih.Mereka tetap diajak tinggal di istana
bersamanya.
Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan yang
disediakan,namun sifat iri hati dan niat jahatnya terhadap Bawang Merah
masih membara. Emak Bawang Putih tetap ingin melihat Bawang Merah
bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih
sebagai ganti.
Kawan-kawan, berdasarkan cerita tersebut, janganlah kita berhasad
dengki kerana akhirnya kita yang akan rugi. Selain itu, kita haruslah sentiasa
bersabar kerana dengan bersabar kita pasti akan mendapat balasan yang
baik.
Sekian terima kasih.
6

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Unsur gaya bahasa
Unsur gaya bahasaUnsur gaya bahasa
Unsur gaya bahasa
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Kajian kes sejarah tingkatan 2
Kajian kes sejarah    tingkatan 2Kajian kes sejarah    tingkatan 2
Kajian kes sejarah tingkatan 2
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
Pakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri rajaPakaian seragam pandu puteri raja
Pakaian seragam pandu puteri raja
 
Kata Tugas 1
Kata Tugas 1Kata Tugas 1
Kata Tugas 1
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Pengenalan Komsas
Pengenalan KomsasPengenalan Komsas
Pengenalan Komsas
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)
 
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim
 

Similar to Bawang Putih Bawang Merah (20)

Bawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahBawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merah
 
Bawang Merah cerita rakyat.docx
Bawang Merah cerita rakyat.docxBawang Merah cerita rakyat.docx
Bawang Merah cerita rakyat.docx
 
bawang merah bawang putih.docx
bawang merah bawang putih.docxbawang merah bawang putih.docx
bawang merah bawang putih.docx
 
Bahasa inggris
Bahasa inggrisBahasa inggris
Bahasa inggris
 
Bawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merahBawang putih bawang merah
Bawang putih bawang merah
 
Garlic
GarlicGarlic
Garlic
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Semut dan belalang
Semut dan belalangSemut dan belalang
Semut dan belalang
 
Lutung kasarung
Lutung kasarungLutung kasarung
Lutung kasarung
 
Penyumpit dan keong mas
Penyumpit dan keong masPenyumpit dan keong mas
Penyumpit dan keong mas
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buaya
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3Cerita rakyat nusantara 3
Cerita rakyat nusantara 3
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalas
 
Drama bawang merah bawang putih
Drama bawang merah bawang putihDrama bawang merah bawang putih
Drama bawang merah bawang putih
 
Hikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe RawitHikayat Cabe Rawit
Hikayat Cabe Rawit
 
Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
crita kanak-kanak
crita kanak-kanakcrita kanak-kanak
crita kanak-kanak
 

Bawang Putih Bawang Merah

  • 1. 1 BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Terima kasih tuan pengacara majlis. Yang Dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Burung Nuri Si Burung Tempua, Terbang bersama si Burung Merbah, Dengarkan kawan cerita saya, Kisah Bawang Putih dan Bawang Merah. Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari orang ramai. Si Suami bernama Pak Ali manakala si i isteri bernama Mak Labu.Sungguhpun sudah lama berumah tangga, tetapi mereka masih belum memperoleh cahaya mata. Pada suatu hari, Pak Ali berterus terang dengan isterinya.“ Labu , aku berhajat ingin berkahwin seorang lagi kerana inginkan anak.” “ Kalau begitulah niat abang, saya relakan abang berkahwin lagi walaupun berat rasa hati ini., “ jawab Mak Labu dengan nada yang sedih. Pak Ali mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan berjanji akan berlaku adil jika dia beristeri lagi nanti. Akhirnya, Pak Ali beristeri lagi dan nama isteri baru Pak Ali ialah Mak Kundur. Mereka bertiga tinggal serumah dan seperti yang telah dijanjikan Pak Ali telah berlaku adil. Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka, isteri tuanya iaitu Mak Labu telah mengandung empat bulan dan isteri mudanya iaiatu Mak Kundur mengandung tiga bulan. Pak Ali bersyukur dengan anugerah yang diberikan. Apabila sampai masanya, kedua-dua isteri Pak Ali pun melahirkan anak perempuan yang comel-comel. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah manakala anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Setelah beberapa tahun berlalu, remajalah sudah anak-anak Pak Ali.Namun begitu, perangai Bawang Putih lebih nakal dan jahat kerana selalu menyuruh
  • 2. 2 Bawang Merah melakukan kerja-kerja rumah.Padahal dia tidak melakukan kerja-kerja itu. Pada suatu hari, Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Nasib Pak Ali kurang baik pada hari itu kerana dia telah disengat oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja dikailnya.Pak Kesakitan dan terus meraung”Aduh sakitnya. Bawang Merah, tolong bapa nak…” Bawang Merah terus memapah bapanya pulang ke rumah.Setibanya di rumah Mak Labu terus memanggil seoramg pawang untuk mengubati suaminya.Namun begitu, ajalnya telah sampai.Pak Ali pun meningal dunia.Pemergian Pak Ali telah ditangisi oleh ahli keluarganya. Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan sering berlaku di antara Mak Bawang Putih dan Mak Bawang Merah. Mak Bawang Putih sentiasa ingin mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah.Pada suatu hari, peluang yang ditunggu oleh Mak Bawang Putih terbuka.Ketika Mak Bawang Merah sedang mencedok air di dalam sebuah perigi di dalam hutan, Mak Bawang Putih terus menolak Mak Bawang Merah ke dalam perigi itu. Mak Bawang Merah meronta-ronta meminta pertolongan daripada Mak Bawang Putih, namun Mak Bawang Putih sedikit pun tidak menghiraukan jeritan itu. Akhirnya Mak BawangMerah lemas di dalam perigi itu. Apabila hari sudah senja, Bawang Merah berasa sangat hairan kerana emaknya masih belum pulang ke rumah. Sedang Bawang Merah memikirkan emaknya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan terus memukul Bawang Merah.” Pakkk… padan muka engkau…” kata Mak Bawang Putih dengan angkuh.Bawang Merah terus pengsan.Tanpa belas kasihan, Mak Bawang Putih terus meninggalkan Bawang Merah keseorangan di situ. Tidak berapa lama kemudian, Bawang Merah pun tersedar dari pengsan dan menangis terdu-sedu. Dia memanggil nama emaknya berkali-kali. “Emak-emak….. “Akhirnya Bawang Merah tertidur keseorangan di rumah itu. Ketika tertidur, Bawang Merah Bermimpi.Dalam mimpinya, dia bertemu dengan emaknya.Emaknya memberitahu bahawa dia telah ditolak oleh Mak Bawang Putih ke dalam perigi di dalam hutan itu.
  • 3. 3 Keesokkan harinya, Bawang Merah terus pergi ke perigi di dalam hutan itu. Bawang Putih menangis dan terus memanggil nama emaknya. “Emak … di mana emak”, jangan tingalkan Merah mak…”Dia terus menangis di tepi perigi itu. Tiba-tiba muncul seekor ikan kaloi di permukaan perigi itu. Ikan Kaloi itu berkata,” Wahai anakku Bawang Merah… Aku adalah emak engkau. Engkau datanglah setiap hari melawat emak dan bawakan mak nasi melukut dan sayur keladi…” Bawang Merah bersa amat gembira dapat berjumpa dengan emaknya walaupun seekor ikan kaloi. Setibanya di rumah, Mak Bawang Putih menanti dengan muka yang bengis, lalu bertanyakan kepada Bawang Merah.” Engkau dari mana , Merah? “ Saya sedang mencari emak saya “ jawab Bawang Merah. Mak Bawang Putih pun berkata “ Emak engkau telah mati. Dia terjatuh ke dalam perigi di dalam hutan.Aku telah berusaha tetapi tidak berdaya menolong” Kata Mak Bawang Putih berbohong. Setiap hari Bawang Merah akan datang ke perigi itu untuk menghantar dan berbual dengan emaknya. Dia berasa gembira dapat bersama dengan emaknya. Namun begitu, Mak Bawang Putih sentiasa curiga kerana setiap hari Bawang Merah akan pergi ke hutan membawa makanan. Pada suatu hari, dia mengekori Bawang Merah pergi ke hutan tersebut. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati Bawang Merah sedang berbual- bual dengan seekor ikan kaloi sambil memberi makan. Mak Bawang Putih mendengar Bawang Merah memanggil ikan itu dengan nama emaknya. Selepas Bawang Merah meninggalkan perigi itu, Mak Bawang Putih mengajak Bawang Putih ke sana dan menyuruh Bawang Putih meniru suara Bawang Merah untuk memanggil emaknya di dalam perigi itu. “Emak,emak keluarlah. Bawang Merah di sini,” Bawang Putih meniru suara Bawang Merah.
  • 4. 4 Ketika ikan kaloi itu muncul di permukaan air,emak Bawang Putih terus menangkap ikan kaloi itu. Bawang Putih dan emaknya pulang ke rumah dengan perasaan gembira tanpa belas kasihan. Setibanya di rumah,mereka terus memasak ikan kaloi itu. Ketika Bawang Merah pulang ke rumah, Bawang Putih dan emaknya menyuruh Bawang Merah makan makanan yang dimasak oleh mereka. Oleh kerana terlalu lapar,Bawang Merah terus menikmati makanan tersebut tanpa perasaan curiga. Keesokan harinya, Bawang Merah terus pergi ke perigi itu untuk memberi makan kepada emaknya. Dia memanggil nama emaknya berkali-kali, namun kelibat emaknya tidak juga kelihatan. Bawang Merah berasa amat sedih lalu menangis dan terus berlari pulang ke rumahnya.Setibanya di rumah, emak Bawang Putih memberitahu bahawa ikan yang dimakannya tadi adalah emaknya.Ikan itu telah ditangkap oleh emak tirinya. Bawang Merah berasa amat terkejut dan terlalu sedih. Selepas itu,dia terus pergi ke bawah rumah dan terus mencari tulang-tulang ikan itu. Akhirnya, Bawang Merah dapat mengumpul tulang-tulang ikan itu untuk ditanam di atas bukit tidak jauh dari rumahnya. Atas kehendak Allah, dalam masa sebulan sahaja, tulang-tulang ikan itu menjadi sebatang pohon beringin yang rending. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang,dia akan bermain buaian di situ. Sambil berbuai dia akan menyanyi : (nyanyian)
  • 5. 5 Pada suatu hari, ketika Bawang Merah sedang leka menyanyi,seorang anak raja dan beberapa orang hulubalang yang sedang berburu terdengar suara itu. Mereka bersepakat menghampiri tempat datangnya suara itu.Akhirnya, mereka dapat melihat penyanyi itu Bawang Merah. Anak raja itu menyuruh hulubalang-hulubalangnya menyiasat latar belakang Bawang Merah. Oleh kerana wajah Bawang Merah sangat cantik, mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku raja kerana baginda masih belum beristeri. Akhirnya, berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku raja.Dia pun menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah ke istana baginda.Walaupun hidup Bawang Merah sudah senang tetapi dia tetap tidak menyisihkan ibu tirinya dan Bawang Putih.Mereka tetap diajak tinggal di istana bersamanya. Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan yang disediakan,namun sifat iri hati dan niat jahatnya terhadap Bawang Merah masih membara. Emak Bawang Putih tetap ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai ganti. Kawan-kawan, berdasarkan cerita tersebut, janganlah kita berhasad dengki kerana akhirnya kita yang akan rugi. Selain itu, kita haruslah sentiasa bersabar kerana dengan bersabar kita pasti akan mendapat balasan yang baik. Sekian terima kasih.
  • 6. 6