SlideShare a Scribd company logo
PENGENALAN
Tahap keselamatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia merupakan aspek penting
diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keselamatan persekitaran kawasan
sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi perhatian golongan masyarakat. Faktor ini
adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa
keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah besar di Malaysia. Kemalangan masih
merupakan sebab utama bagi kemasukan ke hospital kerajaan dan sebab yang keempat utama
bagi kematian di hospital kerajaan (Statistik Kemalangan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bandar Damansara, 2001). Kemalangan sedemikian merupakan kerugian sumber tenaga manusia
yang besar dan amat trajik kerana kebanyakan daripada kemalangan ini boleh dicegah. Menurut
statistik ini juga, kebanyakan kemalangan melibatkan remaja dan juga kanak-kanak.
Pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan. Memandangkan
pentingnya aspek keselamatan ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat
pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam
kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba,
Polis DiRaja Malaysia dan JabatanKERJA Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan
untuk sekolah .
1.1 Latarbelakang sekolah
Kajian keselamatan ini dijalankan di sebuah sekolah yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsan
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran
tentang keadaan keselamatan di salah sebuah sekolah rendah yang merangkumi keadaan
keselamatan bekerja, fizikal, pengajaran dan pembelajaran diBILIK darjah serta aktiviti ko-
kurikulum.
Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri
Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung
dibenarkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah ini dibuka pada 23 November
1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran
Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang
terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid
perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada
mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar.
Pada penghujung tahun 1911 / 1329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran
Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan
bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang
kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt.
Abdul Rahim Khan.
Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun
1914/1333H. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah
mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat
bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungai
Korok dan Seberang Perak. Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong
Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak-
kanak Cina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot
Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor
Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri.
Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini
sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini .
Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang
Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai
bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya
ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini .
Kertas Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana aspek keselamatan murid di
Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar, Kedah Darul Aman ; dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya . Dalam kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan maklumat tentang aspek-aspek
keselamatan yang merangkumi keadaan fizikal, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta
perjalanan aktiviti ko-kurikulum. Sesi pemerhatian dijalankan sendiri oleh penyelidik untuk
mendapatkan sendiri maklumat yang berkaitan dengan aspek keselamatan yang disediakan oleh
pihak sekolah. Manakala sesi temubual dan soal selidik bersama Puan Guru Besar, Hajjah
Normah Binti Haji Ismail sedikit sebanyak dapat mengumpul maklumat tentang keberkesanan
sisitem keselamatan yang dijalankan di sekolah berkenaan.
Hasil dapatannya mendapati keselamatan murid bagi pembelajaran di sekolah amat memuaskan.
Di samping itu, pihak sekolah juga turut menyediakan peraturan-peraturan khas untuk setiap
penggunaan seperti bilik darjah, alat pandang dengar, makmal Kemahiran Hidup dan Sains serta
sebagainya.
2.0 Kelemahan pada keadaan sedia ada dan kesannya kepada
kesempurnaan berkerja dan belajar di sekolah .
Natt J. G (1999), menyatakan pengetua sekolah, guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah
kepada dakwaan (litigation) atas pelbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan
tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku dan
kegagalan ini boleh mengakibatkan pihak sekolah boleh menghadapi dakwaan sivil atau pun
jenayah (civil or criminal suit).
Pemerhatian telah dijalankan oleh penyelidik di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , 05050
Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dalam pemerhatian ini, penekanan ditumpukan terhadap
permasalahan dan kelemahan yang melibatkan langkah keselamatan, keadaan bangunan, padang
permainan, alat pencegah kebakaran, latihan kebakaran, peti kecemasan, buku laporanKES
kemalangan serta faktor kebersihan yang dapat menjamin keselamatan pelajar.
2.1 Kelemahan pada keadaan sedia ada bangunan , padang dan bengkel.
Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang keselamatan di kawasan
pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan , bengkel Kemahiran Hidup dan makmal Sains.
Pelajar-pelajar perlu mendapatkan maklumat tentang peraturan tertentu apabila menjalankan
pengajaran dan pembelajaran di kawasan Pendidikan Jasmani, bilik darjah, pusat sumber,
makmal sains dan bengkel serta penggunaan alat pandang dengar.
Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang taraf kebersihan yang dapat
menjamin keselamatan bilik darjah, bilik air murid, kantin, padang, pusat sumber, asrama dan
dewan makan. Aspek ini juga amat penting untuk diberikan perhatian supaya keselamatan
pelajar-pelajar terjamin serta sekolah mempunyai peraturan tertentu untuk meningkatkan tahap
keselamatan pelajar di sekolah.
Kelemahan pada keadaan tentang keadaan fizikal bahagian bangunan sekolah seperti siling,
tangga, lantai dinding dan system pendawaian. Bangunan utama sekolah ini telah dibina sebelum
negara mencapai kemerdekaan. Justeru, usaha untuk membaik pulih bangunan ini memerlukan
kos dan peruntukan kewangan yang agak tinggi. Keselesaan pelajar-pelajar semasa pembelajaran
agak terganggu memandangkan keuzuran bangunan yang lama serta kesesuaiannya sebagai bilik
darjah pembelajaran.
2.2 Keadaan Keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian supaya keselamatan pelajar-pelajar
semasa proses pembelajaran dapat menghindarkan daripada berlakunya kemalangan.
Pendedahan maklumat tentang peraturan-peraturan khas untuk murid dan guru dalam
menjalankan kegiatan kerja luar untuk sesuatu projek, sama dalam subjek Kajian Tempatan
ataupun Sains serta tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan seperti sama ada sekolah
mempunyai pelan kecemasan dan kekerapan menjalankan aktiviti latihan kebakaran, bilangan
alat mencegah kebakaran, kali terakhir diservis dan sama ada tempat letak alat tersebut mudah
dicapai.
Kelemahan pada keadaan sedia ada ini juga menyentuh tentang peti kecemasan, prosedur
penggunaannya, kandungan peti kecemasan, jumlah guru yang mempunyai kelayakan dalam
pertolongan cemas serta rancangan sekolah untuk memberi latihan dalaman kepada guru tentang
pertolongan cemas.
3.0 Senarai perkara- perkara yang perlu dilakukan
Kajian ini juga telah meninjau langkah pencegahan kemalangan yang diambil oleh pihak sekolah
seperti latihan kebakaran, alat pencegah api, pengetahuan memberi pertolongan cemas di
kalangan masyarakat sekolah dan penyimpanan rekod kemalangan.
Cadangan kepada pihak sekolah mengenai senarai perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya
keselamatan pelajar akan lebih terjamin pada masa hadapan. Dapatan cadangan ini dibahagikan
kepada enam bahagian iaitu:
- Keselamatan ruang pembelajaran
- Peraturan sekolah tentang keselamatan
- Keadaan kebersihan sekolah yang menjamin keselamatan
- Keadaan fizikal sekolah
- Cadangan sekolah bagi meningkatkan keselamatan
3.1 Keselamatan ruang pembelajaran di sekolah
Ruang pembelajaran di sekolah perlu sentiasa kemas, tersusun dan mempunyai ciri-ciri
keselamatan untuk menjamin aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa
sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Pihak sekolah perlu menilai dan mengkaji semula sejauh mana keselamatan ruang pembelajaran
dititikberatkan seperti di padang permainan, makmal, bengkel serta cara pengedaran dan
pengumpulan alatan pengajaran dan pembelajaran di tempat-tempat tersebut.
Didapati sekolah ini telah mempunyai pelan tindakan semasa kecemasan dan telah menghantar
pelan tersebut ke PPK. Didapati juga, maklumat tentang prosedur kecemasan biasanya
disebarkan melalui perhimpunan dan guru bertugas. Papan kenyataan didapati kurang digunakan
untuk tujuan ini.
3.1.1 Keselamatan Ruang Pembelajaran PJK
Kajian menyatakan ruang pembelajaran Pendidikan Jasmani selamat digunakan .Kesimpulannya,
berdasarkan soal selidik yang dikaji, aspek keselamatan dari segi ruang pembelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan adalah memuaskan.
Namun berdasarkan soal selidik yang dijalankan didapati seramai 3 orang guru (21.4%) sahaja
(daripada 14 orang guru) yang mempunyai kelayakan dan berkebolehan menghadapi kecemasan
serta memberi bantuan awal kepada murid sekiranya berlaku kemalangan manakala 11 guru lagi
(78.6%) tidak mempunyai kelayakan langsung serta tidak pernah menyertai kursus-kursus
pertolongan cemas seperti PBSM dan St. John. Keadaan ini agak kurang memuaskan hati
penyelidik kerana sekurang-kurangnya 60% guru di setiap sekolah mesti berkelayakan serta
mengetahui tentang selok belok pertolongan cemas dan bantu mula.
3.1.2 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup
Kajian menyatakan bahawa keadaan bengkel bagi Kemahiran Hidup perlu selamat digunakan
dan terdapat masalah seperti kesesakan ruang dan tiada pintu keselamatan. Keseimpulannya,
berdasarkan soal selidik yang dikaji menunjukkan bahawa bengkel untuk Kemahiran Hidup di
sekolah ini memerlukan tindakan supaya selamat digunakan.
Selain itu Bengkel Kemahiran Hidup perlu mempunyai peti kecemasan yang mencukupi bagi
murid dan staf. Tempat peti kecemasan ini diletakkan dan kandungannya telau ditinjau oleh
penyelidik. Dapatannya adalah sebanyak 3 buah peti terdapat dalam Bilik Kemahiran Hidup dan
didapati kandungannya agak baik dan tidak terusik. Daripada pemerhatian yang dilakukan,
didapati kandungan dalam peti kecemasan tersebut hanya mengandungi panadol, kapas dan
antiseptik sahaja.
3.1.3 Keselamatan Makmal Sains
Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keadaan makmal sains untuk kegunaan mata
pelajaran Sains mestilah selamat. Rekod kemalangan murid dapat memberi maklumat mengenai
kemalangan-kemalangan yang berlaku dan ini boleh dijadikan asas untuk menjaga keselamatan
murid di sekolah.
Hasil kajian tersebut mendapati sekolah ini mempunyai rekod kemalangan murid secara
tersusun. Makmal Sains memerlukan aspek keselamatan yang terbaik khususnya penyediaan alat
pencegah kebakaran, bila servis terkhir dilakukan dan sama ada alat tersebut diletakkan di tempat
yang mudah dicapai.
Masa untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran adalah amat terhad. Oleh itu, latihan
kebakaran perlu dijalankan di sekolah. Kajian ini meninjau kekerapan latihan ini dijalankan.
Menurut Puan Guru Besar, Hjh Normah Binti Ismail, latihan kebakaran di sekolahnya dilakukan
sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu awal persekolahan, pertengahan dan di akhir persekolahan
dalam setahun. Dengan ini, sekolah ini didapati telah memenuhi kehendak Jabatan Bomba dari
sesi mengadakan latihan kebakaran.
4.0 Senarai kelengkapan dan Menetapkan Kenyataan polisi keselamatan digunapakai oleh warga
sekolah.
Senarai kelengkapan serta peraturan yang baik dan ketat dalam penggunaan ruang pembelajaran
amat diperlukan supaya dapat menjamin keselamatan murid. Dalam cadangan kajian ini,
beberapa kelengkapan dan ketetapan polisi keselamatan untuk digunapakai oleh warga sekolah
supaya sekolah mempunyai peraturan tertentu dalam penggunaan bilik darjah/ pusat sumber/
makmal/ bengkel. Cadangannya adalah seperti berikut:
4.1.1 Kelengkapan Peraturan Menggunakan Tempat tertentu di Sekolah
Hasil kajian yang dijalankan, didapati penyediaan peraturan untuk penggunaan tempat adalah
lengkap. Penyelidik bersetuju tentang cara penyediaan peraturan di tempat-tempat di sekitar
sekolah. Penyediaan peraturan tempat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
a) Bilik darjah
b) Pusat Sumber
c) Makmal Sains
d) Bengkel Kemahiran Hidup
e) Kawasan PJK
f) Tandas
4.1.2 Kelengkapan Peraturan Penggunaan APD disebarkan kepada Guru dan Murid
Sebaran maklumat tentang peraturan penggunaan APD di sekolah dijalankan melalui:
i) Penerangan : mesyuarat, taklimat, perhimpunan, siaraya
ii) Edaran : pekeliling, notis, edaran, poster, gambar
iii) Penerangan dan edaran
Berdasarkan cara penyebaran maklumat tersebut, hasil kajian menyatakan cara penyebaran
peraturan penggunaan APD kepada guru dan murid dilakukan melalui edaran seperti pekeliling,
notis dan sebagainya manakala turut menyatakan hanya menerima maklumat tersebut hanya
melalui lisan sahaja.
4.1.3 Kelengkapan Peraturan bagi Kerja Luar
Kajian ini juga meninjau bagaimana sekolah menentukan keselamatan murid semasa
menjalankan aktiviti kerja luar khususnya bagi mata pelajaran Kajian tempatan dan Sains. Hasil
kajian menyatakan bahawa sekolah ini mempunyai peraturan bagi kerja luar yang disediakan
oleh puhak sekolah dan ini telah terbukti apabila peraturan tersebut dengan melampirkan kepada
penyelidik untuk rujukan.
4.1.4 Kelengkapan Kebersihan yang Menjamin Keselamatan
Kebersihan persekitaran sekolah merupakan salah satu factor utama dalam mengawal
keselamatan murid. Oleh itu, kajian ini telah meninjau sejauh mana kebersihan sekolah dijaga.
Didapati sekolah ini mempunyai taraf kebersihan yang amat memuaskan dan boleh menjamin
keselamatan murid. Walau bagaimanapun, kebersihan bilik air lelaki dan perempuan serta kantin
boleh dipertingkatkan lagi. Sekolah digalakkan mempunyai program bagi menjaga kebersihan.
Aspek ini telah ditinjau dan didapati sekolah ini mempunyai program kebersihan sekolah. Antara
program yang dijalankan adalah pertandingan kebersihan kelas, gotong-royong, ceramah dan
kempen kebersihan.
Jadual 1 : Keadaan kebersihan di Sekolah (Berdasarkan kepada 40 responden)
KEMUDAHAN BERSIH TIDAK BERSIH
Bilik Darjah
Bilik Air Lelaki
Bilik Air Perempuan
Kantin
Padang
Pusat Sumber 30 (75%)
27 (67.5%)
28 (70%)
27 (67.5%)
37 (92.5%)
35 (87.5%) 10 (25%)
13 (32.5%)
12 (30%)
13 (32.5%)
3 (7.5%)
5 (12.5%)
5.0 Menilai keterangan bagaimana projek ini akan mendatangkan kesan positif kepada sekolah,
pelajar dan kakitangan.
Keadaan fizikal yang baik akan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan.
Maklumat yang diperolehi daripada kajian keselamatan ini dapat memberikan kesan positif
kepada sekolah , pelajar dan kakitangan . Justeru , bolehlah dirumuskan seperti berikut
5.1 Kesan positif kepada sekolah
Pihak sekolah diharapkan dapat menilai semula keadaan keselamatan di persekitaran sekolah
sama ada keselamatan ruang pembelajaran untuk mata pelajaran Sains, Kemahiran
Hidup,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Masalah yang dihadapi dalam hal ini pada amnya
ialah kesesakan ruang dan kurangnya pintu kecemasan. Pengedaran dan pengumpulan peralatan
bagi matapelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan kerap juga dilakukan oleh murid sahaja. Ini mungkin menimbulkan risiko kemalangan
jika guru tidak mengawalnya dengan rapi.
Justeru, sekolah yang dikaji maka didapati telah menyediakan peraturan tentang penggunaan
bilik darjah, kerja luar dan penggunaan alat pandang dengar. Walau bagaimanapun, cara
peraturan ini disebarkan dan dikuatkuasakan tidak begitu memuaskan. Secara keseluruhannya,
sekolah yang dikaji ini mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan. Walaupun begitu,
keadaan kebersihan seperti bilik air dan kantin harus dipertingkatkan.
Kilander (1971), dalam petikan Wee Eng Hoe, 1998 ), menggariskan prinsip-prinsip berikut
sebagai panduan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan satu program pendidikan
keselamatan :
• Pendidikan keselamatan seharusnya menjadi tanggungjawab masyarakat dan sepatutnya selaras
dengan kefahaman terhadap pertumbuhan manusia dan pembangunan masyarakat.
• Sekolah patut membekalkan kepimpinan dalam usaha mengembangkan kehidupan yang
selamat,
• Pendidikan keselamatan seharusnya merupakan sebahagian daripada program kesihatan
sekolah dan sepatutnya mengembangkan lagi kefahaman, sikap, nilai, kemahiran, tabiat dan
apresiasi yang akan menolong pelajar memenuhi tanggungjawab kehidupan selamat di dalam
dunia ini.
• Sekolah seharusnya menggunakan sumber-sumber yang wujud di dalam masyarakat untuk
melaksanakan program kesihatan masyarakat dalam hal pendidikan keselamatan.
• Pendidikan keselamatan sepatutnya mewujudkan kesedaran secara berterusan tentang nilai
nyawa manusia dan kesihatan menyeluruh individu dan pada masa yang sama mengakui
pencapaian orang lain dalam usaha mencapai kehendak tersebut.
• Pendidikan keselamatan semestinya berterusan dan menyumbang ke arah pengayaan semua
aspek kehidupan.
Carta Gantt perlulah disediakan oleh pihak sekolah mengenaiPLAN Tindakan keselamatan
sepanjang tahun supaya jaminan keselamatan pelajar dapat diberi perhatian sewajarnya.
Jadual 2 : Carta GanttPLAN Tindakan Aktiviti Keselamatan di Sekolah
BIL AKTIVITI UTAMA PERLAKSANAAN
TAHUN 2007
BULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
1 Pendidikan Keselamatan Latihan pertolongan cemas X X X X
Ceramah tentang keselamatan X X X
Kempen keselamatan x x X
Perkhemahan x X
Pertandingan lalu lintas x X
Latihan penggunaan alat pencegah kebakaran x x X
Pertandingan bercerita dan melukis poster bertemakan keselamatan. x x
5.2 Kesan positif kepada pelajar
Langkah pencegahan kemalangan didapati telah dilaksanakan di sekolah ini. Langkah tersebut
merangkumi pelan tindakan semasa kecemasan, latihan kebakaran, pembekalan peti kecemasan
di kawasan sekolah dan penyediaan alat pencegahan kebakaran. Walau bagaimanapun, pelan
tindakan kecemasan yang terdapat di sekolah ini didapati kurang terperinci dan bukan semua
guru diberitahu tentang pelan tersebut.
Kekerapan menjalankan latihan kebakaran kurang memuaskan
kerana sekolah ini tidak merancang untuk melatih staf dan murid sehingga mereka boleh
bertindak secara automatik apabila berlakunya kebakaran. Penjagaan dan pengetahuan alat
pencegahan kebakaran kurang diberi tumpuan yang terperinci.
Kandungan peti kecemasan juga kurang diperiksa dan diisi semula apabila bekalan ubatan
habis.Terdapat ramai guru di sekolah ini yang tidak mempunyai kelayakan dalam pertolongan
cemas. Ini mungkin menjejaskan keselamatan murid apabila berlakunya kemalangan.
Penyimpanan rekod kemalangan dalam buku khas kurang dilakukan di sekolah ini. Kemalangan
yang serius sahaja direkodkan dalam Buku Catatan harian. Oleh yang demikian adalah sukar
bagi pihak sekolah mengenalpasti kekerapan dan jenis kemalangan yang berlaku di sekolah
untuk membolehkan mereka membuat perancangan yang teliti untuk mengelak dan
meminimumkan kemalangan tersebut berulang.
5.3 Kesan positif kepada kakitangan
Dengan menjalankan kajian seperti ini adalah diharapkan agar pihak sekolah terutamanya serta
kakitangan serta pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan dan Kementerian Pendidikan akan
sedar betapa pentingnya mengutamakan keselamatan murid semasa di sekolah apabila
melakukan aktiviti dalam kelas serta luar kelas.
Dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan telah digariskan betapa pentingnya mengutamakan
keselamatan diri sendiri, keluarga, dan juga masyarakat. Oleh hal yang sedemikian, di sinilah
pihak sekolah harus merujuk tentang isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan untuk
dijadikan bahan rujukan selain daripada yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan amnya.
Penubuhan Jawatakuasan Keselamatan sekolah yang dianggotai oleh guru, ibu-bapa dan ahli
masyarakat setempat akan dapat mengukuhkan jaminan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah
ini. Kaki tangan sekolah akan merasai tanggungjawab yang dipikul bersama demi kesejahteraan
pelajar- pelajar di sekolah.
Jadual 3 : Carta Organisasi Keselamatan di Sekolah
PBSS SK SEBERANG PERAK , ALOR SETAR , KEDAH
Dengan melakukan kajian seperti ini, pihak sekolah akan secara tidak langsung dapat menyedari
dan menyetahui tentang kekurangan dari aspek keselamatan di sekolah tersebut dan ini akan
membuatkan pihak sekolah segera mengambila tindakan untuk memperbetulkannya. Dari aspek
Pendidikan Kesihatan pula, ini secara tidak langsung akan mengembangkan lagi minat guru
untuk mendalami ilmu keselamatan yang telah sedia terkandung dalam kandungan kurikulum
buku tersebut.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, kakitangan akan dapat mempelajari dan memahami
perkara-perkara yang berikut iaitu pentingnya mengutamakan keselamatan murid di sekolah
kerana ibu bapa telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga
anaknya sehinggalah anaknya sampaiDI RUMAH . Ini merupakan amanah dan semua guru
bertanggungjawab ke atas amanah ini.
Kakitangan di sekolah akan dapat merasakan betapa sempurnanya sesebuah sekolah itu apabila
semua aspek keselamatan dititikberatkan dan ini menyebabkan seluruh warga sekolah berasa
gembira dengan keadaan keselamatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar .
Rumusan
Pengetahuan dan tanggungjawab tentang keselamatan di persekitaran sekolah adalah amat
penting bagi setiap individu. Menurut Catherine Willeford.(2000 ) “Sekolah merupakan tempat
yang paling selamat dan sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar kerana
ia menyediakan keselesaan serta di luar daripada tekanan sosial”. Maka matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang merupakan matapelajaran wajib ajar di sekolah
merupakan medium utama dalam menyampaikan pengetahuan tentang aspek keselamatan .
Justeru pada peringkat ini , pelajar-pelajar memerlukan keselesaan dan keselamatan untuk
meneruskan proses menimba ilmu pengetahuan dan kerisauan ibu-bapa terhadap keselamatan
anak-anak mereka di sekolah akan dapat di atasi apabila prosedur keselamatan di sekolah
diamalkan dan dipatuhi. Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling
mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam kurikulum
melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja
Malaysia dan Jabatan Kerja Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan untuk
keselamatan pelajar-pelajar di sekolah .
RUJUKAN
Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia :
Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum ,
Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah.
Mohd Majid Konting . ( 1990 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan .
Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka .
Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru.
Tesis (B.Ed) yang tidak diterbitkan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Ibu bapa, Guru Perlu Ganding Tenaga. (9 Jun, 2007). Berita Harian
(Pendidikan), m.s. 11.
Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru
di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia, 6, 77 – 90.
Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian dan
Harapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahim, A.R., (1997). Implikasi Sekolah Satu Sesi. Massa, 72, 26 – 30.
Perangkaan Kementerian Pelajaran mendedahkan setiap tahun kira-kira 200 kes keracunan makanan dan minuman
berlaku di kantin sekolah di seluruh negara. Ini bermakna setiap haripersekolahan terdapat purata satu kes
keracunan berlaku berdasarkan kepada jumlah hari persekolahan sekitar 200haridalamsetahun.
Jumlah kes itu termasuk yang hanya melibatkan bilangan pelajar yang kecil dan tidak diheboh kan melaluimedia.
Banyakatau sedikit pelajar yang menjadi mangsa tidak menjadi ukuran untuk mengabaikan kes itu dan
menganggapnya sebagaikes terpencil.
Memang jika dilihat pada peratusan kes, ia amat kecil kerana purata satu kes sehariitu adalah dari belasan ribu buah
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Apa yang pasti, kejadian boleh dielakjika pihakpengusaha kantin
mematuhi peraturan kebersihan dan pengendalian dipatuhisepenuhnya.
Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai pendekatan untukmengatasi masalah yang berlarutan saban tahun
dan perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan ia melibatkan keselamatan pelajar.Biarpun sentiasa
diberi teguran dan amaran,pengusaha kantin dan pentadbiran sekolah tidakpeka kepada aspek kebersihan dan
keselamatan di kantin menyebabkan kejadian yang sama berulang.
Bermula April2008,kantin sekolah di seluruh negara dinilai dalam aspek kebersihan pengendalian dan penyediaan
makanan mengikut gredA hingga D. Pemberian gred itu digunakan untuk tujuan pemantauan,tindakan dan juga
penilaian dalampenyambungan kontrak.
Tindakan
Selaras dengan itu,memandangkan kes keracunan makanan melibatkan bekalan makanan dan minuman darikantin
sekolah terus berlaku, Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan akan mengenakan tindakan menutup kantin
sekolah yang mendapat gredD.
Dengan kata lain,arahan penutupan itu akan dibuat biarpun tanpa kes keracunan berlaku di kantin itu,sepertiyang
lazim dilakukan sebelum ini.
Keputusan itu dibuat setelah mengadakan mesyuarat bersama dengan Kementerian Kesihatan.Langkah itu diambil
bagi memastikan makanan atau minuman yang dihidangkan kepada pelajar tidak memudaratkan kesihatan mereka.
Kementerian Pelajaran juga menetapkan bahawa kantin-kantin yang mendapat gred C pula diarah meningkatkan
tahap kebersihan bagi memastikan pelajar-pelajar dihidangkan makanan yang bersih dan bermutu. Tahap
kebersihan kantin bukan sahaja membabitkan makanan dan minuman,tetapi segala peralatan memasak.
Sikap pengusaha kantin yang tidak mementingkan tahap kebersihan hanya mementingkan keuntungan tanpa
mengambil berat aspek keselamatan pelajar.
Keadaan inisedikit sebanyak berpunca mereka merasa diri ‘ kebal’ daripada dikenakan tindakan oleh pihak
sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkuasa terhadap mereka secara langsung.Ini memandangkan,
pengusaha kantin biasanya mempunyai kedudukan dan hubungan dengan individu tertentu,dan itulah jugalah yang
digunakan sebagai‘ kabel’ untukmemperoleh kontrak kantin itu.
Selain aspek kebersihan dan pengendalian,kes keracunan makanan juga berpunca daripada kualiti makanan itu
sendiri.Banyakpengusaha kantin yang membeli bahan asas menyediakan minuman yang berkualitirendah,tidak
terjamin kebersihan dan tamat tempoh.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0521&sec=Rencana&pg=re_09.htm
ArtikelPenuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0521&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz3diKsMLfA
© Utusan Melayu (M) Bhd

More Related Content

What's hot

Epm 1373 undang undang & disiplin
Epm 1373 undang undang & disiplinEpm 1373 undang undang & disiplin
Epm 1373 undang undang & disiplinmum2fahim
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
mayangmul
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
abdullah ghazali
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Zauhari Hussein
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerja
Anne Sudki
 
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziTemplet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Zauhari Hussein
 

What's hot (6)

Epm 1373 undang undang & disiplin
Epm 1373 undang undang & disiplinEpm 1373 undang undang & disiplin
Epm 1373 undang undang & disiplin
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
E portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerjaE portfolio kertas kerja
E portfolio kertas kerja
 
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudziTemplet hbef3503 t1 a2 faudzi
Templet hbef3503 t1 a2 faudzi
 

Viewers also liked

24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidupHamdi Ibrahim
 
Kemahiran hidup sekolah rendah
Kemahiran hidup sekolah rendahKemahiran hidup sekolah rendah
Kemahiran hidup sekolah rendahPensil Dan Pemadam
 
Laporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsLaporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsIZZAH2008
 
Kepentingan bengkel
Kepentingan bengkelKepentingan bengkel
Kepentingan bengkelHanis Nadiah
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Nurul Juzailah Nurul
 
Peraturan makmal komputer
Peraturan makmal komputerPeraturan makmal komputer
Peraturan makmal komputerjunaidy82
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
marshiza
 
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
Anne Ummu Hurairah
 
KHB TING 3 - Bab 5 Landskap
KHB TING 3 - Bab 5 LandskapKHB TING 3 - Bab 5 Landskap
KHB TING 3 - Bab 5 Landskap
Zasni @ Zaxx
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (11)

24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
24495672 langkah-keselamatan-di-bengkel-kemahiran-hidup
 
Kemahiran hidup sekolah rendah
Kemahiran hidup sekolah rendahKemahiran hidup sekolah rendah
Kemahiran hidup sekolah rendah
 
Laporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sainsLaporan penggunaan makmal sains
Laporan penggunaan makmal sains
 
Kepentingan bengkel
Kepentingan bengkelKepentingan bengkel
Kepentingan bengkel
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Peraturan makmal komputer
Peraturan makmal komputerPeraturan makmal komputer
Peraturan makmal komputer
 
Hsp bm peralihan
Hsp bm peralihanHsp bm peralihan
Hsp bm peralihan
 
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaranHBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran
 
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
KELAS: PERALIHAN (UNIT 2 – MENGENAL MAKMAL SAINS SEKOLAH)
 
KHB TING 3 - Bab 5 Landskap
KHB TING 3 - Bab 5 LandskapKHB TING 3 - Bab 5 Landskap
KHB TING 3 - Bab 5 Landskap
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Similar to Bahan asgmn kebersiha2

Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamaterielatio
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
FernyelizaStephen
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatPutry Lily
 
Kertas
KertasKertas
Big sem 5
Big sem 5Big sem 5
Big sem 5
NAva NiTha
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
SHAHIBOL
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
Unithem Ppdkb
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
fatimah Baharin
 
Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Weiss Lee
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
MUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
Siti Rohayah Shik Omar
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
FADHILATUNJAMIE
 
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final NazrulPBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
nazrulraz
 
Ecs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogiEcs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogi
Erwina Masir
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
gpbsmkjk
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
zuridah wahab
 

Similar to Bahan asgmn kebersiha2 (20)

Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Kertas
KertasKertas
Kertas
 
Big sem 5
Big sem 5Big sem 5
Big sem 5
 
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan muridCadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
Cadangan kertas kerja penambahbaikan infrastruktur tandas dan keselamatan murid
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
 
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final NazrulPBS Sejarah 2015 final Nazrul
PBS Sejarah 2015 final Nazrul
 
Ecs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogiEcs2263 pedagogi
Ecs2263 pedagogi
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 

Bahan asgmn kebersiha2

  • 1. PENGENALAN Tahap keselamatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia merupakan aspek penting diberi perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Keselamatan persekitaran kawasan sekolah merupakan agenda yang seringkali menjadi perhatian golongan masyarakat. Faktor ini adalah kerana terdapatnya rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa keselamatan dan kemalangan merupakan satu masalah besar di Malaysia. Kemalangan masih merupakan sebab utama bagi kemasukan ke hospital kerajaan dan sebab yang keempat utama bagi kematian di hospital kerajaan (Statistik Kemalangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bandar Damansara, 2001). Kemalangan sedemikian merupakan kerugian sumber tenaga manusia yang besar dan amat trajik kerana kebanyakan daripada kemalangan ini boleh dicegah. Menurut statistik ini juga, kebanyakan kemalangan melibatkan remaja dan juga kanak-kanak. Pendidikan boleh memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan. Memandangkan pentingnya aspek keselamatan ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja Malaysia dan JabatanKERJA Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan untuk sekolah . 1.1 Latarbelakang sekolah Kajian keselamatan ini dijalankan di sebuah sekolah yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang keadaan keselamatan di salah sebuah sekolah rendah yang merangkumi keadaan keselamatan bekerja, fizikal, pengajaran dan pembelajaran diBILIK darjah serta aktiviti ko- kurikulum. Sekolah ini merupakan sekolah Melayu yang pertama bagi murid-murid perempuan di negeri Kedah Darul Aman. Penubuhannya adalah berikutan sekolah bercampur tidak Iangsung dibenarkan pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah ini dibuka pada 23 November 1907 / 18 Syawal 1325 H oleh Tunku Yahya bin Tunku Zainol Abidin iaitu Penguasa Pelajaran Negeri Kedah yang pertama. Bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah rumah sewa yang terletak di Jalan Baharu, Alor Setar. Pada hari pertama pembukaannya, cuma 5 orang murid perempuan sahaja yang hadir. Gurunya ialah Che’ Aminah yang berasal dari Pulau Pinang. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Perempuan Alor Setar. Pada penghujung tahun 1911 / 1329 H, semasa En. J. McDonough menjadi Penguasa Pelajaran Kedah, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Perak. Pemindahan ini disebabkan kerosakan bangunan yang sudah terlalu uzur dimakan anai-anai dan masalah murid-murid perempuan yang kerap diganggu oleh segelintir pemuda. Guru sekolah ini pada masa itu ialah Che’ Papa Bee bt.
  • 2. Abdul Rahim Khan. Sekolah ini kemudiannya berpindah dan Kampung Perak ke Jalan Kanchut pada tahun 1914/1333H. Apabila Tuan Haji Abdul Hamid menjadi Pelawat Utara, beliau telah mencadangkan supaya sekolah ini dipindahkan ke tengah-tengah bandar. Beliau berpendapat bilangan murid akan bertambah kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Titi Batu, Sungai Korok dan Seberang Perak. Jadi, dalam tahun 1915/1334H sekolah ini telah berpindah ke Lorong Thean Kee (di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar yang lama). Di sini terdapat 4 orang kanak- kanak Cina mendaftar diri untuk belajar. Tidak lama kemudian, sekolah ini dipindahkan ke Lot Tanah (berhampiran Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, Alor Setar), iaitu menggunakan rumah Che’ Papa Bee sendiri. Semasa Encik E.A.G. Stuart menjadi Penguasa Pelajaran dalam tahun 1926/1344H, sekolah ini sekali lagi dipindahkan iaitu ke Seberang Perak, tempatnya yang kekal hingga ke hari ini . Seterusnya ia dikenali sebagai Sekolah Perempuan Seberang Perak.Sekolah Perempuan Seberang Perak ini juga disebut sebagal “Malay Girls School”. Di sini baharulah sekolah ini mempunyai bangunannya sendiri, iaitu sebuah bangunan batu satu tingkat berlantai papan. Keistimewaannya ialah tangga besar dan kukuh hingga ke saat ini . Kertas Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauhmana aspek keselamatan murid di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar, Kedah Darul Aman ; dilaksanakan dengan sebaik-baiknya . Dalam kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan maklumat tentang aspek-aspek keselamatan yang merangkumi keadaan fizikal, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta perjalanan aktiviti ko-kurikulum. Sesi pemerhatian dijalankan sendiri oleh penyelidik untuk mendapatkan sendiri maklumat yang berkaitan dengan aspek keselamatan yang disediakan oleh pihak sekolah. Manakala sesi temubual dan soal selidik bersama Puan Guru Besar, Hajjah Normah Binti Haji Ismail sedikit sebanyak dapat mengumpul maklumat tentang keberkesanan sisitem keselamatan yang dijalankan di sekolah berkenaan. Hasil dapatannya mendapati keselamatan murid bagi pembelajaran di sekolah amat memuaskan. Di samping itu, pihak sekolah juga turut menyediakan peraturan-peraturan khas untuk setiap penggunaan seperti bilik darjah, alat pandang dengar, makmal Kemahiran Hidup dan Sains serta sebagainya. 2.0 Kelemahan pada keadaan sedia ada dan kesannya kepada kesempurnaan berkerja dan belajar di sekolah .
  • 3. Natt J. G (1999), menyatakan pengetua sekolah, guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas pelbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku dan kegagalan ini boleh mengakibatkan pihak sekolah boleh menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit). Pemerhatian telah dijalankan oleh penyelidik di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Dalam pemerhatian ini, penekanan ditumpukan terhadap permasalahan dan kelemahan yang melibatkan langkah keselamatan, keadaan bangunan, padang permainan, alat pencegah kebakaran, latihan kebakaran, peti kecemasan, buku laporanKES kemalangan serta faktor kebersihan yang dapat menjamin keselamatan pelajar. 2.1 Kelemahan pada keadaan sedia ada bangunan , padang dan bengkel. Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang keselamatan di kawasan pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan , bengkel Kemahiran Hidup dan makmal Sains. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan maklumat tentang peraturan tertentu apabila menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kawasan Pendidikan Jasmani, bilik darjah, pusat sumber, makmal sains dan bengkel serta penggunaan alat pandang dengar. Kelemahan pada keadaan untuk mendapatkan maklumat tentang taraf kebersihan yang dapat menjamin keselamatan bilik darjah, bilik air murid, kantin, padang, pusat sumber, asrama dan dewan makan. Aspek ini juga amat penting untuk diberikan perhatian supaya keselamatan pelajar-pelajar terjamin serta sekolah mempunyai peraturan tertentu untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah. Kelemahan pada keadaan tentang keadaan fizikal bahagian bangunan sekolah seperti siling, tangga, lantai dinding dan system pendawaian. Bangunan utama sekolah ini telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan. Justeru, usaha untuk membaik pulih bangunan ini memerlukan kos dan peruntukan kewangan yang agak tinggi. Keselesaan pelajar-pelajar semasa pembelajaran agak terganggu memandangkan keuzuran bangunan yang lama serta kesesuaiannya sebagai bilik darjah pembelajaran. 2.2 Keadaan Keselamatan pelajar-pelajar semasa aktiviti Pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian supaya keselamatan pelajar-pelajar semasa proses pembelajaran dapat menghindarkan daripada berlakunya kemalangan.
  • 4. Pendedahan maklumat tentang peraturan-peraturan khas untuk murid dan guru dalam menjalankan kegiatan kerja luar untuk sesuatu projek, sama dalam subjek Kajian Tempatan ataupun Sains serta tindakan yang perlu diambil semasa kecemasan seperti sama ada sekolah mempunyai pelan kecemasan dan kekerapan menjalankan aktiviti latihan kebakaran, bilangan alat mencegah kebakaran, kali terakhir diservis dan sama ada tempat letak alat tersebut mudah dicapai. Kelemahan pada keadaan sedia ada ini juga menyentuh tentang peti kecemasan, prosedur penggunaannya, kandungan peti kecemasan, jumlah guru yang mempunyai kelayakan dalam pertolongan cemas serta rancangan sekolah untuk memberi latihan dalaman kepada guru tentang pertolongan cemas. 3.0 Senarai perkara- perkara yang perlu dilakukan Kajian ini juga telah meninjau langkah pencegahan kemalangan yang diambil oleh pihak sekolah seperti latihan kebakaran, alat pencegah api, pengetahuan memberi pertolongan cemas di kalangan masyarakat sekolah dan penyimpanan rekod kemalangan. Cadangan kepada pihak sekolah mengenai senarai perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya keselamatan pelajar akan lebih terjamin pada masa hadapan. Dapatan cadangan ini dibahagikan kepada enam bahagian iaitu: - Keselamatan ruang pembelajaran - Peraturan sekolah tentang keselamatan - Keadaan kebersihan sekolah yang menjamin keselamatan - Keadaan fizikal sekolah - Cadangan sekolah bagi meningkatkan keselamatan 3.1 Keselamatan ruang pembelajaran di sekolah Ruang pembelajaran di sekolah perlu sentiasa kemas, tersusun dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk menjamin aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Pihak sekolah perlu menilai dan mengkaji semula sejauh mana keselamatan ruang pembelajaran dititikberatkan seperti di padang permainan, makmal, bengkel serta cara pengedaran dan pengumpulan alatan pengajaran dan pembelajaran di tempat-tempat tersebut.
  • 5. Didapati sekolah ini telah mempunyai pelan tindakan semasa kecemasan dan telah menghantar pelan tersebut ke PPK. Didapati juga, maklumat tentang prosedur kecemasan biasanya disebarkan melalui perhimpunan dan guru bertugas. Papan kenyataan didapati kurang digunakan untuk tujuan ini. 3.1.1 Keselamatan Ruang Pembelajaran PJK Kajian menyatakan ruang pembelajaran Pendidikan Jasmani selamat digunakan .Kesimpulannya, berdasarkan soal selidik yang dikaji, aspek keselamatan dari segi ruang pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah memuaskan. Namun berdasarkan soal selidik yang dijalankan didapati seramai 3 orang guru (21.4%) sahaja (daripada 14 orang guru) yang mempunyai kelayakan dan berkebolehan menghadapi kecemasan serta memberi bantuan awal kepada murid sekiranya berlaku kemalangan manakala 11 guru lagi (78.6%) tidak mempunyai kelayakan langsung serta tidak pernah menyertai kursus-kursus pertolongan cemas seperti PBSM dan St. John. Keadaan ini agak kurang memuaskan hati penyelidik kerana sekurang-kurangnya 60% guru di setiap sekolah mesti berkelayakan serta mengetahui tentang selok belok pertolongan cemas dan bantu mula. 3.1.2 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Kajian menyatakan bahawa keadaan bengkel bagi Kemahiran Hidup perlu selamat digunakan dan terdapat masalah seperti kesesakan ruang dan tiada pintu keselamatan. Keseimpulannya, berdasarkan soal selidik yang dikaji menunjukkan bahawa bengkel untuk Kemahiran Hidup di sekolah ini memerlukan tindakan supaya selamat digunakan. Selain itu Bengkel Kemahiran Hidup perlu mempunyai peti kecemasan yang mencukupi bagi murid dan staf. Tempat peti kecemasan ini diletakkan dan kandungannya telau ditinjau oleh penyelidik. Dapatannya adalah sebanyak 3 buah peti terdapat dalam Bilik Kemahiran Hidup dan didapati kandungannya agak baik dan tidak terusik. Daripada pemerhatian yang dilakukan, didapati kandungan dalam peti kecemasan tersebut hanya mengandungi panadol, kapas dan antiseptik sahaja. 3.1.3 Keselamatan Makmal Sains Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keadaan makmal sains untuk kegunaan mata pelajaran Sains mestilah selamat. Rekod kemalangan murid dapat memberi maklumat mengenai kemalangan-kemalangan yang berlaku dan ini boleh dijadikan asas untuk menjaga keselamatan
  • 6. murid di sekolah. Hasil kajian tersebut mendapati sekolah ini mempunyai rekod kemalangan murid secara tersusun. Makmal Sains memerlukan aspek keselamatan yang terbaik khususnya penyediaan alat pencegah kebakaran, bila servis terkhir dilakukan dan sama ada alat tersebut diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Masa untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran adalah amat terhad. Oleh itu, latihan kebakaran perlu dijalankan di sekolah. Kajian ini meninjau kekerapan latihan ini dijalankan. Menurut Puan Guru Besar, Hjh Normah Binti Ismail, latihan kebakaran di sekolahnya dilakukan sebanyak 3 kali dalam setahun iaitu awal persekolahan, pertengahan dan di akhir persekolahan dalam setahun. Dengan ini, sekolah ini didapati telah memenuhi kehendak Jabatan Bomba dari sesi mengadakan latihan kebakaran. 4.0 Senarai kelengkapan dan Menetapkan Kenyataan polisi keselamatan digunapakai oleh warga sekolah. Senarai kelengkapan serta peraturan yang baik dan ketat dalam penggunaan ruang pembelajaran amat diperlukan supaya dapat menjamin keselamatan murid. Dalam cadangan kajian ini, beberapa kelengkapan dan ketetapan polisi keselamatan untuk digunapakai oleh warga sekolah supaya sekolah mempunyai peraturan tertentu dalam penggunaan bilik darjah/ pusat sumber/ makmal/ bengkel. Cadangannya adalah seperti berikut: 4.1.1 Kelengkapan Peraturan Menggunakan Tempat tertentu di Sekolah Hasil kajian yang dijalankan, didapati penyediaan peraturan untuk penggunaan tempat adalah lengkap. Penyelidik bersetuju tentang cara penyediaan peraturan di tempat-tempat di sekitar sekolah. Penyediaan peraturan tempat yang dimaksudkan adalah seperti berikut: a) Bilik darjah b) Pusat Sumber c) Makmal Sains d) Bengkel Kemahiran Hidup e) Kawasan PJK f) Tandas 4.1.2 Kelengkapan Peraturan Penggunaan APD disebarkan kepada Guru dan Murid Sebaran maklumat tentang peraturan penggunaan APD di sekolah dijalankan melalui: i) Penerangan : mesyuarat, taklimat, perhimpunan, siaraya ii) Edaran : pekeliling, notis, edaran, poster, gambar
  • 7. iii) Penerangan dan edaran Berdasarkan cara penyebaran maklumat tersebut, hasil kajian menyatakan cara penyebaran peraturan penggunaan APD kepada guru dan murid dilakukan melalui edaran seperti pekeliling, notis dan sebagainya manakala turut menyatakan hanya menerima maklumat tersebut hanya melalui lisan sahaja. 4.1.3 Kelengkapan Peraturan bagi Kerja Luar Kajian ini juga meninjau bagaimana sekolah menentukan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kerja luar khususnya bagi mata pelajaran Kajian tempatan dan Sains. Hasil kajian menyatakan bahawa sekolah ini mempunyai peraturan bagi kerja luar yang disediakan oleh puhak sekolah dan ini telah terbukti apabila peraturan tersebut dengan melampirkan kepada penyelidik untuk rujukan. 4.1.4 Kelengkapan Kebersihan yang Menjamin Keselamatan Kebersihan persekitaran sekolah merupakan salah satu factor utama dalam mengawal keselamatan murid. Oleh itu, kajian ini telah meninjau sejauh mana kebersihan sekolah dijaga. Didapati sekolah ini mempunyai taraf kebersihan yang amat memuaskan dan boleh menjamin keselamatan murid. Walau bagaimanapun, kebersihan bilik air lelaki dan perempuan serta kantin boleh dipertingkatkan lagi. Sekolah digalakkan mempunyai program bagi menjaga kebersihan. Aspek ini telah ditinjau dan didapati sekolah ini mempunyai program kebersihan sekolah. Antara program yang dijalankan adalah pertandingan kebersihan kelas, gotong-royong, ceramah dan kempen kebersihan. Jadual 1 : Keadaan kebersihan di Sekolah (Berdasarkan kepada 40 responden) KEMUDAHAN BERSIH TIDAK BERSIH Bilik Darjah Bilik Air Lelaki Bilik Air Perempuan Kantin Padang Pusat Sumber 30 (75%) 27 (67.5%) 28 (70%) 27 (67.5%) 37 (92.5%) 35 (87.5%) 10 (25%) 13 (32.5%)
  • 8. 12 (30%) 13 (32.5%) 3 (7.5%) 5 (12.5%) 5.0 Menilai keterangan bagaimana projek ini akan mendatangkan kesan positif kepada sekolah, pelajar dan kakitangan. Keadaan fizikal yang baik akan dapat mengelakkan berlakunya kemalangan. Maklumat yang diperolehi daripada kajian keselamatan ini dapat memberikan kesan positif kepada sekolah , pelajar dan kakitangan . Justeru , bolehlah dirumuskan seperti berikut 5.1 Kesan positif kepada sekolah Pihak sekolah diharapkan dapat menilai semula keadaan keselamatan di persekitaran sekolah sama ada keselamatan ruang pembelajaran untuk mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Masalah yang dihadapi dalam hal ini pada amnya ialah kesesakan ruang dan kurangnya pintu kecemasan. Pengedaran dan pengumpulan peralatan bagi matapelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerap juga dilakukan oleh murid sahaja. Ini mungkin menimbulkan risiko kemalangan jika guru tidak mengawalnya dengan rapi. Justeru, sekolah yang dikaji maka didapati telah menyediakan peraturan tentang penggunaan bilik darjah, kerja luar dan penggunaan alat pandang dengar. Walau bagaimanapun, cara peraturan ini disebarkan dan dikuatkuasakan tidak begitu memuaskan. Secara keseluruhannya, sekolah yang dikaji ini mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan. Walaupun begitu, keadaan kebersihan seperti bilik air dan kantin harus dipertingkatkan. Kilander (1971), dalam petikan Wee Eng Hoe, 1998 ), menggariskan prinsip-prinsip berikut sebagai panduan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan satu program pendidikan keselamatan : • Pendidikan keselamatan seharusnya menjadi tanggungjawab masyarakat dan sepatutnya selaras dengan kefahaman terhadap pertumbuhan manusia dan pembangunan masyarakat. • Sekolah patut membekalkan kepimpinan dalam usaha mengembangkan kehidupan yang selamat, • Pendidikan keselamatan seharusnya merupakan sebahagian daripada program kesihatan sekolah dan sepatutnya mengembangkan lagi kefahaman, sikap, nilai, kemahiran, tabiat dan apresiasi yang akan menolong pelajar memenuhi tanggungjawab kehidupan selamat di dalam dunia ini.
  • 9. • Sekolah seharusnya menggunakan sumber-sumber yang wujud di dalam masyarakat untuk melaksanakan program kesihatan masyarakat dalam hal pendidikan keselamatan. • Pendidikan keselamatan sepatutnya mewujudkan kesedaran secara berterusan tentang nilai nyawa manusia dan kesihatan menyeluruh individu dan pada masa yang sama mengakui pencapaian orang lain dalam usaha mencapai kehendak tersebut. • Pendidikan keselamatan semestinya berterusan dan menyumbang ke arah pengayaan semua aspek kehidupan. Carta Gantt perlulah disediakan oleh pihak sekolah mengenaiPLAN Tindakan keselamatan sepanjang tahun supaya jaminan keselamatan pelajar dapat diberi perhatian sewajarnya. Jadual 2 : Carta GanttPLAN Tindakan Aktiviti Keselamatan di Sekolah BIL AKTIVITI UTAMA PERLAKSANAAN TAHUN 2007 BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Pendidikan Keselamatan Latihan pertolongan cemas X X X X Ceramah tentang keselamatan X X X Kempen keselamatan x x X Perkhemahan x X Pertandingan lalu lintas x X Latihan penggunaan alat pencegah kebakaran x x X Pertandingan bercerita dan melukis poster bertemakan keselamatan. x x
  • 10. 5.2 Kesan positif kepada pelajar Langkah pencegahan kemalangan didapati telah dilaksanakan di sekolah ini. Langkah tersebut merangkumi pelan tindakan semasa kecemasan, latihan kebakaran, pembekalan peti kecemasan di kawasan sekolah dan penyediaan alat pencegahan kebakaran. Walau bagaimanapun, pelan tindakan kecemasan yang terdapat di sekolah ini didapati kurang terperinci dan bukan semua guru diberitahu tentang pelan tersebut. Kekerapan menjalankan latihan kebakaran kurang memuaskan kerana sekolah ini tidak merancang untuk melatih staf dan murid sehingga mereka boleh bertindak secara automatik apabila berlakunya kebakaran. Penjagaan dan pengetahuan alat pencegahan kebakaran kurang diberi tumpuan yang terperinci. Kandungan peti kecemasan juga kurang diperiksa dan diisi semula apabila bekalan ubatan habis.Terdapat ramai guru di sekolah ini yang tidak mempunyai kelayakan dalam pertolongan cemas. Ini mungkin menjejaskan keselamatan murid apabila berlakunya kemalangan. Penyimpanan rekod kemalangan dalam buku khas kurang dilakukan di sekolah ini. Kemalangan yang serius sahaja direkodkan dalam Buku Catatan harian. Oleh yang demikian adalah sukar bagi pihak sekolah mengenalpasti kekerapan dan jenis kemalangan yang berlaku di sekolah untuk membolehkan mereka membuat perancangan yang teliti untuk mengelak dan meminimumkan kemalangan tersebut berulang. 5.3 Kesan positif kepada kakitangan Dengan menjalankan kajian seperti ini adalah diharapkan agar pihak sekolah terutamanya serta kakitangan serta pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan dan Kementerian Pendidikan akan sedar betapa pentingnya mengutamakan keselamatan murid semasa di sekolah apabila melakukan aktiviti dalam kelas serta luar kelas. Dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan telah digariskan betapa pentingnya mengutamakan keselamatan diri sendiri, keluarga, dan juga masyarakat. Oleh hal yang sedemikian, di sinilah pihak sekolah harus merujuk tentang isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan untuk dijadikan bahan rujukan selain daripada yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan amnya. Penubuhan Jawatakuasan Keselamatan sekolah yang dianggotai oleh guru, ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat akan dapat mengukuhkan jaminan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah ini. Kaki tangan sekolah akan merasai tanggungjawab yang dipikul bersama demi kesejahteraan pelajar- pelajar di sekolah.
  • 11. Jadual 3 : Carta Organisasi Keselamatan di Sekolah PBSS SK SEBERANG PERAK , ALOR SETAR , KEDAH Dengan melakukan kajian seperti ini, pihak sekolah akan secara tidak langsung dapat menyedari dan menyetahui tentang kekurangan dari aspek keselamatan di sekolah tersebut dan ini akan membuatkan pihak sekolah segera mengambila tindakan untuk memperbetulkannya. Dari aspek Pendidikan Kesihatan pula, ini secara tidak langsung akan mengembangkan lagi minat guru untuk mendalami ilmu keselamatan yang telah sedia terkandung dalam kandungan kurikulum buku tersebut. Hasil daripada kajian yang dijalankan, kakitangan akan dapat mempelajari dan memahami perkara-perkara yang berikut iaitu pentingnya mengutamakan keselamatan murid di sekolah kerana ibu bapa telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menjaga anaknya sehinggalah anaknya sampaiDI RUMAH . Ini merupakan amanah dan semua guru bertanggungjawab ke atas amanah ini. Kakitangan di sekolah akan dapat merasakan betapa sempurnanya sesebuah sekolah itu apabila semua aspek keselamatan dititikberatkan dan ini menyebabkan seluruh warga sekolah berasa gembira dengan keadaan keselamatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak , Alor Setar . Rumusan Pengetahuan dan tanggungjawab tentang keselamatan di persekitaran sekolah adalah amat
  • 12. penting bagi setiap individu. Menurut Catherine Willeford.(2000 ) “Sekolah merupakan tempat yang paling selamat dan sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar kerana ia menyediakan keselesaan serta di luar daripada tekanan sosial”. Maka matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang merupakan matapelajaran wajib ajar di sekolah merupakan medium utama dalam menyampaikan pengetahuan tentang aspek keselamatan . Justeru pada peringkat ini , pelajar-pelajar memerlukan keselesaan dan keselamatan untuk meneruskan proses menimba ilmu pengetahuan dan kerisauan ibu-bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di sekolah akan dapat di atasi apabila prosedur keselamatan di sekolah diamalkan dan dipatuhi. Kementerian Pendidikan telah menyediakan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan murid dan juga memasukkan aspek keselamatan ini dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran. Di samping itu, pihak lain seperti Jabatan Bomba, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kerja Raya juga menyediakan garis panduan keselamatan untuk keselamatan pelajar-pelajar di sekolah . RUJUKAN Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah. Mohd Majid Konting . ( 1990 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka . Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru. Tesis (B.Ed) yang tidak diterbitkan. Sintok : Universiti Utara Malaysia. Ibu bapa, Guru Perlu Ganding Tenaga. (9 Jun, 2007). Berita Harian (Pendidikan), m.s. 11.
  • 13. Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia, 6, 77 – 90. Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahim, A.R., (1997). Implikasi Sekolah Satu Sesi. Massa, 72, 26 – 30. Perangkaan Kementerian Pelajaran mendedahkan setiap tahun kira-kira 200 kes keracunan makanan dan minuman berlaku di kantin sekolah di seluruh negara. Ini bermakna setiap haripersekolahan terdapat purata satu kes keracunan berlaku berdasarkan kepada jumlah hari persekolahan sekitar 200haridalamsetahun. Jumlah kes itu termasuk yang hanya melibatkan bilangan pelajar yang kecil dan tidak diheboh kan melaluimedia. Banyakatau sedikit pelajar yang menjadi mangsa tidak menjadi ukuran untuk mengabaikan kes itu dan menganggapnya sebagaikes terpencil. Memang jika dilihat pada peratusan kes, ia amat kecil kerana purata satu kes sehariitu adalah dari belasan ribu buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.Apa yang pasti, kejadian boleh dielakjika pihakpengusaha kantin mematuhi peraturan kebersihan dan pengendalian dipatuhisepenuhnya. Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai pendekatan untukmengatasi masalah yang berlarutan saban tahun dan perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan ia melibatkan keselamatan pelajar.Biarpun sentiasa diberi teguran dan amaran,pengusaha kantin dan pentadbiran sekolah tidakpeka kepada aspek kebersihan dan keselamatan di kantin menyebabkan kejadian yang sama berulang. Bermula April2008,kantin sekolah di seluruh negara dinilai dalam aspek kebersihan pengendalian dan penyediaan makanan mengikut gredA hingga D. Pemberian gred itu digunakan untuk tujuan pemantauan,tindakan dan juga penilaian dalampenyambungan kontrak. Tindakan Selaras dengan itu,memandangkan kes keracunan makanan melibatkan bekalan makanan dan minuman darikantin sekolah terus berlaku, Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan akan mengenakan tindakan menutup kantin sekolah yang mendapat gredD. Dengan kata lain,arahan penutupan itu akan dibuat biarpun tanpa kes keracunan berlaku di kantin itu,sepertiyang lazim dilakukan sebelum ini. Keputusan itu dibuat setelah mengadakan mesyuarat bersama dengan Kementerian Kesihatan.Langkah itu diambil bagi memastikan makanan atau minuman yang dihidangkan kepada pelajar tidak memudaratkan kesihatan mereka. Kementerian Pelajaran juga menetapkan bahawa kantin-kantin yang mendapat gred C pula diarah meningkatkan tahap kebersihan bagi memastikan pelajar-pelajar dihidangkan makanan yang bersih dan bermutu. Tahap kebersihan kantin bukan sahaja membabitkan makanan dan minuman,tetapi segala peralatan memasak. Sikap pengusaha kantin yang tidak mementingkan tahap kebersihan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil berat aspek keselamatan pelajar. Keadaan inisedikit sebanyak berpunca mereka merasa diri ‘ kebal’ daripada dikenakan tindakan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang berkuasa terhadap mereka secara langsung.Ini memandangkan, pengusaha kantin biasanya mempunyai kedudukan dan hubungan dengan individu tertentu,dan itulah jugalah yang digunakan sebagai‘ kabel’ untukmemperoleh kontrak kantin itu.
  • 14. Selain aspek kebersihan dan pengendalian,kes keracunan makanan juga berpunca daripada kualiti makanan itu sendiri.Banyakpengusaha kantin yang membeli bahan asas menyediakan minuman yang berkualitirendah,tidak terjamin kebersihan dan tamat tempoh. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0521&sec=Rencana&pg=re_09.htm ArtikelPenuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0521&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz3diKsMLfA © Utusan Melayu (M) Bhd