Anatomi & Fisiologi  Pengenalan kepada  Anatomi & Fisiologi
Konsep asas              Pengenalan                kepada              Anatomi &  Regulasi               Fisiologi     Str...
Sains                         kajian tentang struktur      Anatomi                         tubuh dan hubungan di          ...
• Anatomi adalah satu kajian mengenai struktur tubuh dan hubungannya di   antara satu sama lain. Anatomi juga dikenali seb...
• Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada   keseluruhannya serta struktur dan organ-organ...
Organisasi struktur badan• Kepala dan Leher• Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada  tub...
• Badan• Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis.   Toraks (dada) terletak di antara leher dan...
• Anggota atas terdiri daripada bahagian bahu, lengan atas (brakium), siku   (kubitus), lengan bawah (antebrakium) dan tan...
(iv) Lengan bawah (Antebrakium)   Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan.(v) Tangan (Manus)...
• Anggota bawah terdiri daripada kawasan gluteal, paha, tungkai bawah   dan kaki.(i) Kawasan gluteal   Kawasan ini merupak...
(v) Pergelangan kaki   Pergelangan kaki adalah bahagian yang terletak di antara tungkai bawah   dan kaki.(vi) Kaki   Sebag...
Tisu – tisu Tubuh Kita• Tisu merupakan sekumpulan sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang   sama.• Terdapat 4 jenis ti...
Tisu Epithelium• Terdapat di seluruh badan. Boleh dijumpai di luar kulit. Juga boleh    dijumpai dalam saluran penghadaman...
Tisu perantara• Tisu perantara (CT) adalah sejenis tisu biologi yang  menyokong, menghubungkan, atau memisahkan pelbagai j...
HOMEOSTASIS• Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal  atur persekitaran dinamik dalaman (badan organis...
• Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:• Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi  organisma secara kese...
TERIMA KASIH  Yaaaaa !!!
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Anatomi & fisiologi p1 (2)
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Anatomi & fisiologi p1 (2)

3,450 views

Published on

Published in: Health & Medicine
  • terima kasih , sangat bermanfaat :D
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Anatomi & fisiologi p1 (2)

  1. 1. Anatomi & Fisiologi Pengenalan kepada Anatomi & Fisiologi
  2. 2. Konsep asas Pengenalan kepada Anatomi & Regulasi Fisiologi Struktur &homeostatik Fungsi
  3. 3. Sains kajian tentang struktur Anatomi tubuh dan hubungan di antara bahagian - bahagiannya. Sains Kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. KajianFisiologi ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang berlaku dalam badan.
  4. 4. • Anatomi adalah satu kajian mengenai struktur tubuh dan hubungannya di antara satu sama lain. Anatomi juga dikenali sebagai kajian struktur tubuh.• Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik.• Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan.• Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya.• Anatomi makroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar.
  5. 5. • Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan.• Fisiologi juga dikenali sebagai kajian fungsi organ.• Fisiologi dibahagi kepada 2 bahagian berdasarkan organisma yang terlibat dan tahap organisasi organ yang dikaji.
  6. 6. Organisasi struktur badan• Kepala dan Leher• Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium.• Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa juga terletak di leher.
  7. 7. • Badan• Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks (dada) terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang dada (sternum) di hadapan. Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal. Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus.
  8. 8. • Anggota atas terdiri daripada bahagian bahu, lengan atas (brakium), siku (kubitus), lengan bawah (antebrakium) dan tangan (manus).(i) Bahagian bahu Terdapat tiga kawasan pada bahagian bahu. Kawasan-kawasan tersebut dikenali sebagai kawasan pektoral atau dada di hadapan, kawasan skapula iaitu bahagian di sekitar tulang belikat (skapula) di belakang, dan aksila atau ketiak di sisi tubuh.(ii) Lengan atas (Brakium) Lengan atas adalah bahagian di antara bahu dengan siku.(iii) Siku (Kubitus) Siku atau kubitus merupakan kawasan di antara lengan atas dan lengan bawah. Permukaan hadapan siku terdapat satu rongga yang cetek yang dikenali sebagai fosa kubital.
  9. 9. (iv) Lengan bawah (Antebrakium) Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangan tangan.(v) Tangan (Manus) Tangan terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian - bahagian yang terdapat pada tangan adalah pergelangan tangan (karpus), tangan sebenar (metakarpus) dan jari (digit).
  10. 10. • Anggota bawah terdiri daripada kawasan gluteal, paha, tungkai bawah dan kaki.(i) Kawasan gluteal Kawasan ini merupakan kawasan bulat di belakang, iaitu di antara badan dan hujung superior paha. Sendi pinggul terletak pada kawasan ini.(ii) Paha Adalah bahagian di antara pinggul dan lutut.(iii) Lutut (Genu) Lutut terletak di antara paha dan tungkai bawah. Permukaan belakang lutut terdapat satu rongga yang cetek dikenali sebagai fosa popliteal.(iv) Tungkai bawah Merupakan bahagian di antara lutut dan pergelangan kaki. Bahagian posterior tungkai bawah ini disebut sebagai betis.
  11. 11. (v) Pergelangan kaki Pergelangan kaki adalah bahagian yang terletak di antara tungkai bawah dan kaki.(vi) Kaki Sebagaimana yang kita ketahui, kaki adalah bahagian yang paling distal pada anggota bawah. Permukaan atas kaki dikenali sebagai permukaan dorsal dan permukaan bawah pula dikenali sebagai plantar.
  12. 12. Tisu – tisu Tubuh Kita• Tisu merupakan sekumpulan sel yang mempunyai struktur dan fungsi yang sama.• Terdapat 4 jenis tisu, iaitu tisu epithelium, tisu saraf, tisu otot, dan tisu pengikat.
  13. 13. Tisu Epithelium• Terdapat di seluruh badan. Boleh dijumpai di luar kulit. Juga boleh dijumpai dalam saluran penghadaman, pernafasan, dan darah.• Tisu ini berfungsi sebagai perlindungan, sempadan, kawasan pertukaran dan juga penghasilan produk seperti peluh dan mucos. Tisu saraf• Membentuk otak, saraf tunjang, dan saraf.• Bertanggungjawab mengawal seluruh aktiviti tubuh badan.• Terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada badan sel dan gentian (dendrit & akson)• Menentukan gerak balas
  14. 14. Tisu perantara• Tisu perantara (CT) adalah sejenis tisu biologi yang menyokong, menghubungkan, atau memisahkan pelbagai jenis tisu dan organ-organ badan. Ia adalah salah satu daripada empat kelas umum biologi tisu-lain yang tisu epitelium, otot, dan saraf. Tisu otot• 1. Ciri utama tisu ini - menguncup• 2. Tisu ini juga dikenali sebagai muscle fiber• 3. 3 jenis tisu otot:• i. Otot rangka• ii. Otot cardiak• iii. Otot licin
  15. 15. HOMEOSTASIS• Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi. Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma.• Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu• Sistem tertutup - Keseimbangan statik – Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup.• Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik – Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.
  16. 16. • Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:• Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objek- objek yang bukan hidupan(abiosis).• Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.
  17. 17. TERIMA KASIH Yaaaaa !!!

×