BAB 5

LARAS BAHASA
TOPIK UTAMA
•   LARAS BAHASA SECARA UMUM
•   KONSEP LARAS BAHASA
•   CIRI-CIRI LARAS
•   JENIS-JENIS LARAS
•   KEPENTINGAN LARAS
•   KESIMPULAN
LARAS BAHASA SECARA UMUM

• Bahasa dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu
  pengguna dan penggunaan.
  1. Pengguna ialah orang yang menggunakan
  bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek.
  2. Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa
     yang digunakan dalam sesuatu situasi.
• Aspek penggunaan bahasa inilah yang
  menyebabkan wujudnya laras.
• Konsep ini diperkenalkan oleh Reid pada tahun 1956.
  Menurut beliau seseorang penutur dalam situasi bahasa
  yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut
  situasi sosial yang berlainan.
• Reid menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk
  menyatakan perlakuan bahasa (linguistik behavior)
  seseorang individu.
• Reid turut memberikan perbezaan laras dan gaya
  1. Laras – merujuk khusus kepada bidang penggunaan
  2. Gaya – merujuk kepada cara pengungkapan fikiran,
      matlamat yang hendak dicapai, suasana yang
  hendak ditimbulkan, dan suasana yg menjadi latar
  penggunaan bahasa berkenaan.
KONSEP LARAS BAHASA
• Laras ialah variasi bahasa yang berlainan
  berdasarkan fungsi.
• Laras berubah-ubah mengikut situasi.
• Apabila mengamati perlakuan bahasa yang
  wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati
  kelainan jenis bahasa yang digunakan, yang
  disesuaikan dengan situasi yang berlainan.
Halliday (1968)
• Laras sebagai variasi bahasa yang berlainan
  berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut
  situasi.
• Halliday menjeniskan laras kepada tiga kategori:
  i) Tajuk wacana (field of discourse)
  ii) Cara penyampaian wacana (mode of discourse)
  iii) Gaya wacana (style of discourse)
Brian Seaton (1982)
• Satu variasi bahasa yang wujud drpd situasi
  yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk
  perbualan. Laras dalam bidang kewartawanan,
  perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya
  berbeza sama ada dalam bentuk percakapan atau
  bentuk penulisan / tulisan.
• Oleh itu, tidak hairanlah seseorang itu memiliki
  beberapa laras bahasa yang berlainan.
Ure & Ellis (1977)
• Pola-pola penggunaan bahasa yang lazim
  digunakan dalam keadaan tertentu.
• Merupakan satu bentuk bahasa yang khusus
  untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan
  daripada bentuk yang digunakan dalam
  situasi yang lain.
Nik Safiah Karim (1989)
• Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa.
• Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks,
  bidang dan juga peringkat sosial.

Asmah Haji Omar (1987)
• Ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa
  menurut bidang penggunaannya
• Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan
  mengikut disiplin ilmu yang berbeza-beza
CIRI-CIRI LARAS
1.Ciri keperihalan
  Terbahagi kepada dua iaitu situasi luaran
  dan situasi persekitaran.
2.Ciri linguistik
  Melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan
  perkataan atau leksis.
1. Ciri Keperihalan
Situasi luaran
• Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu
  masyarakat bahasa yang merangkumi struktur
  sosial dan keseluruhan cara hidup yang
  menentukan perlakuan-perlakuan anggota
  masyarakat.
• Contohnya apabila kita mengkaji laras bahasa
  masyarakat Melayu lama, kita perlu mengaitkan
  dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi
  sastera lisan, dan aspek-aspek lain anggota
  masyarakat zaman tersebut.
Situasi persekitaran
• Mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam
  penggunaan bahasa
  1. Cara penyampaian
      Merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan
  2. Perhubungan sosial dan peribadi
      i. Aspek peribadi – hubungan kekeluargaan
      ii. Aspek tidak peribadi – hubungan penulis pembaca
  3. Bahan yang diperkatakan
      Isi yang menjadi bahan perbincangan / topik utama
  4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.
      Penggunaan bahasa yang berlainan akan menghasilkan
      fungsi yang berlainan
2. Ciri Linguistik
• Berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar
  belakang orang yang bercakap atau menulis
• Sifat-sifat bahasa (kehadiran atau ketidakhadiran
  sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan susunan
  struktur tertentu)
• Tiga ciri linguistik
  1. aspek fonologi (bunyi)
  2. aspek morfologi (pembentukan kata)
  3. aspek sintaksis (pembentukan ayat)
JENIS-JENIS LARAS
• Dapat dibahagikan kepada tiga kateori utama
 iaitu
 1. tajuk wacana – bidang penggunaan
 bahasa seperti bidang Matematik
 2. cara penyampaian wacana – media
 perlakuan bahasa (ada lisan / tulisan)
 3. gaya wacana – perhubungan antara peserta
     perlakuan bahasa (formal / tidak formal)
• Daripada tiga kategori utama ini, laras dapat dikenali
  berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi.
• Terdapat beberapa contoh
  1. Laras bahasa umum/biasa
  2. Laras akademik/ilmiah
      - laras ekonomi
      - laras komputer
      - laras sains
      - laras sastera
  3. Laras media massa
  4. Laras perundangan
Laras Bahasa Biasa atau Umum
• Digunakan dalam bidang yang luas meliputi
  perkara-perkara biasa dalam interaksi
  masyarakat sehari-hari.
• Ciri-ciri laras bahasa biasa ialah:
  1. Bebas dan mudah difahami – kurang
  terkawal daripada aspek tatabahasa.
  2. Menggunakan unsur kemesraan –
  menggunakan kata ganti nama diri pertama
  seperti aku, ceq, makcik, kakak, abang, adik
3. Menggugurkan kata sendi nama seperti
dari, daripada, di, akan, hingga
4. Ditandai oleh ragam bahasa umum – tidak
mengandungi istilah atau pola-pola khusus
5. Menggunakan ayat yang pendek dan
ringkas
6. Adakala menggunakan imbuhan asing
7. Adakala terdapat unsur ambiguiti / kekaburan
    makna
• Contoh laras bahasa biasa:
  “Jangan main di sungai. Ada naga turun di Bukit Kutu.”
  “Betulkah ada naga?”
  “Betul”.
  “Ah…mana ada”.
  “Engkau tak dengar Aki cerita kat kedai tadi”
  “Ah…orang tua tu mana dia tahu?”
  “Dah tu nak buat macam mana?”
Laras Bahasa Akademik (Saintifik dan
               Teknikal)

• Penggunaan bahasa dalam bidang ilmiah
  yang mengungkapkan tentang disiplin
  akademik (ilmiah).
• Laras akademik membincangkan pelbagai
  disiplin ilmu seperti bidang sains, ekonomi,
  politik, sastera, geografi, sejarah dan
  sebagainya.
• Ditandai oleh istilah-istilah khusus atau
  ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan
  mengikut bidang yang diperkatakan.
• Ditandai dengan susunan ayat tertentu menurut
  format tertentu seperti memilih sesuatu sistem
  dokumentasi.
• Terdapat 8 ciri laras bahasa akademik
  1. Menggunakan nada formal dan objektif
  2. Menggunakan sudut pandangan orang
  ketiga
3. Memanipulasi penggunaan ragam pasif
4. Menggunakan istilah dan lambang khusus
menurut bidang tertentu
5. Menggunakan bahasa baku / standard /
formal
6. Menggunakan kaedah wacana pemaparan
(exposition)
7. Menghindari penggunaan kata yang
ekstrim
8. Mengelak perkataan mubazir
• Beberapa contoh laras bahasa akademik
 ialah seperti berikut:
 1. Laras ekonomi
 2. Laras komputer
 3. Laras sains
 4. Laras sastera
• Contoh laras ekonomi
  Dalam analisis kos-volum-untung, marginal costing
  digunakan sepenuhnya. Marginal costing bermaksud kos
  overhed berubah sahaja diserapkan sebagai kos produk,
  manakalah kos overhed tetap dicaj sebagai kos tempoh.

• Ciri-ciri laras bahasa ekonomi
  1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang ekonomi
  2. Mementingkan ketepatan – gaya bahasa formal
  3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta
  sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat
  4. Menggunakan ayat penyata untuk memberi
  penerangan
• Contoh laras komputer
  Bahasa program HTML dan XML banyak digunakan
  untuk membentuk laman web. Operasi B>A: CLIPPER
  23D dalam inviligator akan menentukan …

• Ciri-ciri laras komputer
  1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang
  komputer – biasanya istilah bahasa Inggeris
  2. Mementingkan ketepatan – ayat pendek dan ringkas
  3. Menggunakan simbol yang membawa makna
  4. Menggunakan ayat perintah untuk memberi arahan
     untuk melakukan sesuatu
• Contoh laras sains
  Jirim terdiri daripada banyak zarah yang disebut molekul.
  Terdapat beberapa bukti bagi menunjukkan wujudnya
  molekul dalam jirim. Satu daripadanya ialah eksprimen
  tentang Gerakan Brown.

• Ciri-ciri laras sains
  1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sains
  (sains gunaan, biologi, fizik, kimia dll)
  2. Mementingkan kejelasan – gaya bahasa formal
  3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta
  sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat
  4. Menggunakan struktur ayat majmuk
• Contoh laras sastera
  Tiba-tiba sahaja kedamaian selama tujuh puluh tahun
  yang dinikmati oleh penduduk kampung tergugat. Banjir.
  Banjir musim tengkujuh sungguh memeritkan.
  Tengkujuh tidak pernah memaafkan kawasan rumah
  Mak Yah daripada ditenggelami air.

• Ciri-ciri laras sastera
  1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sastera
  2. Mementingkan keindahan kata-kata (poetic licence)
      – bahasa figuratif seperti metafora, personifikasi
  3. Menggunakan gaya cipta atau imaginasi pengarang –
      adakalanya wujud unsur kekaburan
  4. Menggunakan ayat majmuk untuk memberi
  penjelasan
Laras Bahasa Media Massa

• Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan
  berita, rencana, rencana pengarang, atau esei
  tentang isu semasa yang disiarkan dalam akhbar,
  majalah dan disampaikan melalui radio dan
  televisyen.
• Ciri-ciri laras bahasa media massa
  1. Kurang mementingkan gaya dan nahu,
  khususnya        pengimbuhan dan kata hubung
2. Menggunakan jalan bahasa yang mudah
3. Menggunakan ayat yang tegas dan padat –
bahasa yang tidak berbunga-bunga
4. Mengandungi berita yang maksimum
5. Tidak menggunakan istilah teknikal dan
khusus kerana bidang yang diperkatakan tidak
menjurus kepada bidang khusus.     Istilah
teknikal dan khusus akan hanya digunakan
jika hendak memperkatakan sesuatu bidang
secara khusus
• Contoh laras bahasa media massa – petikan berita
  KUALA LUMPUR 31 Dis. – Datuk Seri Abdullah
  Ahmad Badawi mengajak seluruh warga Malaysia
  melangkah ke tahun baru 2005 dengan tekad…

• Contoh laras bahas media massa – rencana pengarang
  Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan
  sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi
  perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan
  sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni
  bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak
  dapat memanfaatkannya.
Laras Bahasa Perundangan

• Lazimnya ditemui dalam teks yang berkaitan
  dengan perundangan.
• Telah wujud sejak zaman kegemilangan
  kerajaan Melayu Melaka lagi, dan masih
  digunakan hingga ke hari ini.
• Ciri-ciri laras bahasa perundangan
  1. Mementingkan keringkasan, ketepatan,
  kepersisan, dan kejelasan.
2. Laras yang digunakan mesti sesuai dengan maksud
   yang hendak disebutkan
3. Menggunakan istilah-istilah teknikal /        ungkapan
   khusus dalam bidang undang-undang. Contoh:
   a. fasal 1,2, dan 3(1) - merujuk sesuatu perkara yg
      telah disebutkan dengan ditandai oleh bilangan
      (nombor / abjad)
   b. kuat kuasa - bermakna sah / mempunyai
      kesahan yg biasanya dikaitkan dengan peraturan /
      undang-undang
   c. bahawasanya - bermakna kesungguhan niat dalam
      surat perjanjian
• Contoh laras bahasa perundangan

 1) Sebagai balasan bagi pihak yang diberi oleh
 Pengarang kepada Penerbit mengikut Fasal 1,2 dan
 3(1) itu, Penerbit bersetuju membayar royalti kepada
 Pengarang…
 2) Perjanjian ini hendaklah diertikan dan berkuat kuasa
 mengikut undang-undang Malaysia
 3) BAHAWASANYA Pengarang telah menulis sebuah
 karya sastera yang berwatak asal bertajuk dan dalam
 bahasa seperti yang tercatat...
KEPENTINGAN LARAS

1.   Menggunakan bahasa yang sesuai
  berdasarkan situasi membolehkan sesuatu
  maklumat dapat disampaikan dengan lebih
     tepat.
2. Menepati keperluan khalayak agar tidak
     timbul masalah berlainan fahaman.
3. Menjadikan seseorang lebih sensitif dan
     peka dalam pemilihan kata dan ayat.
4.   Mencerminkan latar belakang seseorang
  penutur.
5. Mencerminkan keadaan bahasa dan
  menjadi ukuran maju mundurnya bahasa
  melalui jumlah laras yang digunakan.
6. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan
  persekitaran.
7. Mengeratkan perhubungan sosial dan
  peribadi.
KESIMPULAN
• Bahasa akan menjadi lebih luas dan berkembang
  apabila digunakan dalam pelbagai situasi dengan
  pelbagai tujuan dan maksud.
• Pengetahuan yang luas dalam penggunaan
  pelbagai laras membolehkan seseorang hadir
  dalam pelbagai situasi.
• Laras merupakan satu fenomena universal, oleh
  itu penggunaan variasi laras harus dikuasai oleh
  pengguna bahasa.
RUJUKAN UTAMA
•   Ab. Rahman, Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997)
•   Ab. Razak Ab. Karim (1994)
•   Asmah Haji Omar (1987)
•   Halliday (1986)
•   Nik Safiah Karim (1989)
•   S. Natesan (1991)
•   Seaton (1982)
•   Ure & Ellis (1977)

Bab 5

  • 1.
  • 2.
    TOPIK UTAMA • LARAS BAHASA SECARA UMUM • KONSEP LARAS BAHASA • CIRI-CIRI LARAS • JENIS-JENIS LARAS • KEPENTINGAN LARAS • KESIMPULAN
  • 3.
    LARAS BAHASA SECARAUMUM • Bahasa dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan. 1. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. 2. Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dalam sesuatu situasi. • Aspek penggunaan bahasa inilah yang menyebabkan wujudnya laras.
  • 4.
    • Konsep inidiperkenalkan oleh Reid pada tahun 1956. Menurut beliau seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. • Reid menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk menyatakan perlakuan bahasa (linguistik behavior) seseorang individu. • Reid turut memberikan perbezaan laras dan gaya 1. Laras – merujuk khusus kepada bidang penggunaan 2. Gaya – merujuk kepada cara pengungkapan fikiran, matlamat yang hendak dicapai, suasana yang hendak ditimbulkan, dan suasana yg menjadi latar penggunaan bahasa berkenaan.
  • 5.
    KONSEP LARAS BAHASA •Laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. • Laras berubah-ubah mengikut situasi. • Apabila mengamati perlakuan bahasa yang wujud dalam pelbagai konteks, akan didapati kelainan jenis bahasa yang digunakan, yang disesuaikan dengan situasi yang berlainan.
  • 6.
    Halliday (1968) • Larassebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Laras berubah-ubah mengikut situasi. • Halliday menjeniskan laras kepada tiga kategori: i) Tajuk wacana (field of discourse) ii) Cara penyampaian wacana (mode of discourse) iii) Gaya wacana (style of discourse)
  • 7.
    Brian Seaton (1982) •Satu variasi bahasa yang wujud drpd situasi yang berlainan seperti umur, jantina atau tajuk perbualan. Laras dalam bidang kewartawanan, perubatan, sains, perniagaan dan sebagainya berbeza sama ada dalam bentuk percakapan atau bentuk penulisan / tulisan. • Oleh itu, tidak hairanlah seseorang itu memiliki beberapa laras bahasa yang berlainan.
  • 8.
    Ure & Ellis(1977) • Pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. • Merupakan satu bentuk bahasa yang khusus untuk situasi tertentu dan dapat dibezakan daripada bentuk yang digunakan dalam situasi yang lain.
  • 9.
    Nik Safiah Karim(1989) • Gaya atau penggunaan sesuatu bahasa. • Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan juga peringkat sosial. Asmah Haji Omar (1987) • Ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya • Kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mengikut disiplin ilmu yang berbeza-beza
  • 10.
    CIRI-CIRI LARAS 1.Ciri keperihalan Terbahagi kepada dua iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. 2.Ciri linguistik Melibatkan unsur tatabahasa dan pemilihan perkataan atau leksis.
  • 11.
    1. Ciri Keperihalan Situasiluaran • Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. • Contohnya apabila kita mengkaji laras bahasa masyarakat Melayu lama, kita perlu mengaitkan dengan situasi istana, stratifikasi sosial, tradisi sastera lisan, dan aspek-aspek lain anggota masyarakat zaman tersebut.
  • 12.
    Situasi persekitaran • Mencakupiaspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa 1. Cara penyampaian Merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan 2. Perhubungan sosial dan peribadi i. Aspek peribadi – hubungan kekeluargaan ii. Aspek tidak peribadi – hubungan penulis pembaca 3. Bahan yang diperkatakan Isi yang menjadi bahan perbincangan / topik utama 4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa. Penggunaan bahasa yang berlainan akan menghasilkan fungsi yang berlainan
  • 13.
    2. Ciri Linguistik •Berkait rapat dengan faktor sosial seperti latar belakang orang yang bercakap atau menulis • Sifat-sifat bahasa (kehadiran atau ketidakhadiran sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan susunan struktur tertentu) • Tiga ciri linguistik 1. aspek fonologi (bunyi) 2. aspek morfologi (pembentukan kata) 3. aspek sintaksis (pembentukan ayat)
  • 14.
    JENIS-JENIS LARAS • Dapatdibahagikan kepada tiga kateori utama iaitu 1. tajuk wacana – bidang penggunaan bahasa seperti bidang Matematik 2. cara penyampaian wacana – media perlakuan bahasa (ada lisan / tulisan) 3. gaya wacana – perhubungan antara peserta perlakuan bahasa (formal / tidak formal)
  • 15.
    • Daripada tigakategori utama ini, laras dapat dikenali berdasarkan penggunaannya dalam pelbagai situasi. • Terdapat beberapa contoh 1. Laras bahasa umum/biasa 2. Laras akademik/ilmiah - laras ekonomi - laras komputer - laras sains - laras sastera 3. Laras media massa 4. Laras perundangan
  • 16.
    Laras Bahasa Biasaatau Umum • Digunakan dalam bidang yang luas meliputi perkara-perkara biasa dalam interaksi masyarakat sehari-hari. • Ciri-ciri laras bahasa biasa ialah: 1. Bebas dan mudah difahami – kurang terkawal daripada aspek tatabahasa. 2. Menggunakan unsur kemesraan – menggunakan kata ganti nama diri pertama seperti aku, ceq, makcik, kakak, abang, adik
  • 17.
    3. Menggugurkan katasendi nama seperti dari, daripada, di, akan, hingga 4. Ditandai oleh ragam bahasa umum – tidak mengandungi istilah atau pola-pola khusus 5. Menggunakan ayat yang pendek dan ringkas 6. Adakala menggunakan imbuhan asing 7. Adakala terdapat unsur ambiguiti / kekaburan makna
  • 18.
    • Contoh larasbahasa biasa: “Jangan main di sungai. Ada naga turun di Bukit Kutu.” “Betulkah ada naga?” “Betul”. “Ah…mana ada”. “Engkau tak dengar Aki cerita kat kedai tadi” “Ah…orang tua tu mana dia tahu?” “Dah tu nak buat macam mana?”
  • 19.
    Laras Bahasa Akademik(Saintifik dan Teknikal) • Penggunaan bahasa dalam bidang ilmiah yang mengungkapkan tentang disiplin akademik (ilmiah). • Laras akademik membincangkan pelbagai disiplin ilmu seperti bidang sains, ekonomi, politik, sastera, geografi, sejarah dan sebagainya.
  • 20.
    • Ditandai olehistilah-istilah khusus atau ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan mengikut bidang yang diperkatakan. • Ditandai dengan susunan ayat tertentu menurut format tertentu seperti memilih sesuatu sistem dokumentasi. • Terdapat 8 ciri laras bahasa akademik 1. Menggunakan nada formal dan objektif 2. Menggunakan sudut pandangan orang ketiga
  • 21.
    3. Memanipulasi penggunaanragam pasif 4. Menggunakan istilah dan lambang khusus menurut bidang tertentu 5. Menggunakan bahasa baku / standard / formal 6. Menggunakan kaedah wacana pemaparan (exposition) 7. Menghindari penggunaan kata yang ekstrim 8. Mengelak perkataan mubazir
  • 22.
    • Beberapa contohlaras bahasa akademik ialah seperti berikut: 1. Laras ekonomi 2. Laras komputer 3. Laras sains 4. Laras sastera
  • 23.
    • Contoh larasekonomi Dalam analisis kos-volum-untung, marginal costing digunakan sepenuhnya. Marginal costing bermaksud kos overhed berubah sahaja diserapkan sebagai kos produk, manakalah kos overhed tetap dicaj sebagai kos tempoh. • Ciri-ciri laras bahasa ekonomi 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang ekonomi 2. Mementingkan ketepatan – gaya bahasa formal 3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat 4. Menggunakan ayat penyata untuk memberi penerangan
  • 24.
    • Contoh laraskomputer Bahasa program HTML dan XML banyak digunakan untuk membentuk laman web. Operasi B>A: CLIPPER 23D dalam inviligator akan menentukan … • Ciri-ciri laras komputer 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang komputer – biasanya istilah bahasa Inggeris 2. Mementingkan ketepatan – ayat pendek dan ringkas 3. Menggunakan simbol yang membawa makna 4. Menggunakan ayat perintah untuk memberi arahan untuk melakukan sesuatu
  • 25.
    • Contoh larassains Jirim terdiri daripada banyak zarah yang disebut molekul. Terdapat beberapa bukti bagi menunjukkan wujudnya molekul dalam jirim. Satu daripadanya ialah eksprimen tentang Gerakan Brown. • Ciri-ciri laras sains 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sains (sains gunaan, biologi, fizik, kimia dll) 2. Mementingkan kejelasan – gaya bahasa formal 3. Menggunakan jadual, graf, gambar rajah, carta sebagai satu kaedah untuk menyampaikan maklumat 4. Menggunakan struktur ayat majmuk
  • 26.
    • Contoh larassastera Tiba-tiba sahaja kedamaian selama tujuh puluh tahun yang dinikmati oleh penduduk kampung tergugat. Banjir. Banjir musim tengkujuh sungguh memeritkan. Tengkujuh tidak pernah memaafkan kawasan rumah Mak Yah daripada ditenggelami air. • Ciri-ciri laras sastera 1. Menggunakan istilah khusus dalam bidang sastera 2. Mementingkan keindahan kata-kata (poetic licence) – bahasa figuratif seperti metafora, personifikasi 3. Menggunakan gaya cipta atau imaginasi pengarang – adakalanya wujud unsur kekaburan 4. Menggunakan ayat majmuk untuk memberi penjelasan
  • 27.
    Laras Bahasa MediaMassa • Laras bahasa yang digunakan dalam penulisan berita, rencana, rencana pengarang, atau esei tentang isu semasa yang disiarkan dalam akhbar, majalah dan disampaikan melalui radio dan televisyen. • Ciri-ciri laras bahasa media massa 1. Kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya pengimbuhan dan kata hubung
  • 28.
    2. Menggunakan jalanbahasa yang mudah 3. Menggunakan ayat yang tegas dan padat – bahasa yang tidak berbunga-bunga 4. Mengandungi berita yang maksimum 5. Tidak menggunakan istilah teknikal dan khusus kerana bidang yang diperkatakan tidak menjurus kepada bidang khusus. Istilah teknikal dan khusus akan hanya digunakan jika hendak memperkatakan sesuatu bidang secara khusus
  • 29.
    • Contoh larasbahasa media massa – petikan berita KUALA LUMPUR 31 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengajak seluruh warga Malaysia melangkah ke tahun baru 2005 dengan tekad… • Contoh laras bahas media massa – rencana pengarang Saranan Perdana Menteri supaya projek pembinaan sekolah tidak dilakukan secara mewah perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Projek pembinaan sekolah yang mewah seperti menggunakan hiasan seni bina yang mahal adalah membazir kerana pelajar tidak dapat memanfaatkannya.
  • 30.
    Laras Bahasa Perundangan •Lazimnya ditemui dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. • Telah wujud sejak zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka lagi, dan masih digunakan hingga ke hari ini. • Ciri-ciri laras bahasa perundangan 1. Mementingkan keringkasan, ketepatan, kepersisan, dan kejelasan.
  • 31.
    2. Laras yangdigunakan mesti sesuai dengan maksud yang hendak disebutkan 3. Menggunakan istilah-istilah teknikal / ungkapan khusus dalam bidang undang-undang. Contoh: a. fasal 1,2, dan 3(1) - merujuk sesuatu perkara yg telah disebutkan dengan ditandai oleh bilangan (nombor / abjad) b. kuat kuasa - bermakna sah / mempunyai kesahan yg biasanya dikaitkan dengan peraturan / undang-undang c. bahawasanya - bermakna kesungguhan niat dalam surat perjanjian
  • 32.
    • Contoh larasbahasa perundangan 1) Sebagai balasan bagi pihak yang diberi oleh Pengarang kepada Penerbit mengikut Fasal 1,2 dan 3(1) itu, Penerbit bersetuju membayar royalti kepada Pengarang… 2) Perjanjian ini hendaklah diertikan dan berkuat kuasa mengikut undang-undang Malaysia 3) BAHAWASANYA Pengarang telah menulis sebuah karya sastera yang berwatak asal bertajuk dan dalam bahasa seperti yang tercatat...
  • 33.
    KEPENTINGAN LARAS 1. Menggunakan bahasa yang sesuai berdasarkan situasi membolehkan sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat. 2. Menepati keperluan khalayak agar tidak timbul masalah berlainan fahaman. 3. Menjadikan seseorang lebih sensitif dan peka dalam pemilihan kata dan ayat.
  • 34.
    4. Mencerminkan latar belakang seseorang penutur. 5. Mencerminkan keadaan bahasa dan menjadi ukuran maju mundurnya bahasa melalui jumlah laras yang digunakan. 6. Memupuk nilai penyesuaian diri dengan persekitaran. 7. Mengeratkan perhubungan sosial dan peribadi.
  • 35.
    KESIMPULAN • Bahasa akanmenjadi lebih luas dan berkembang apabila digunakan dalam pelbagai situasi dengan pelbagai tujuan dan maksud. • Pengetahuan yang luas dalam penggunaan pelbagai laras membolehkan seseorang hadir dalam pelbagai situasi. • Laras merupakan satu fenomena universal, oleh itu penggunaan variasi laras harus dikuasai oleh pengguna bahasa.
  • 36.
    RUJUKAN UTAMA • Ab. Rahman, Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997) • Ab. Razak Ab. Karim (1994) • Asmah Haji Omar (1987) • Halliday (1986) • Nik Safiah Karim (1989) • S. Natesan (1991) • Seaton (1982) • Ure & Ellis (1977)