SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
1
NAMA:__________________________ TARIKH: / /
KELAS: ____ MARKAH:
BAB 1 PENGENALAN
1 Skop kajian makroekonomi meliputi yang berikut kecuali
A. kecekapan peruntukan dan pengeluaran dalam ekonomi pasaran.
B. penentuan tingkat kegiatan ekonomi.
C. kesan dasar-dasar kerajaan terhadap kegiatan ekonomi.
D. faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi.
2 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan isu makroekonomi ?
A. Pertambahan dalam peluang pekerjaan
B. Pertumbuhan ekonomi yang lembap
C. Penswastaan industri telekomunikasi
D. Kenaikan dalam kadar bunga
3 Kajian tentang bagaimana pertambahan dalam kadar cukai pendapatan syarikat akan mempengaruhi
kadar pengangguran adalah satu contoh
A. dasar makroekonomi.
B. dasar mikroekonomi.
C. ekonomi positif.
D. ekonomi normatif.
4 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pemboleh ubah ekonomi yang utama ?
A. Keluaran negara
B. Inflasi
C. Kestabilan politik negara
D. Pertumbuhan ekonomi
5 Keynes berpendapat guna tenaga ekonomi lazimnya kurang daripada guna tenaga penuh kerana
A. tingkat harga umum terlalu rendah dalam ekonomi.
B. kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuh.
C. bekalan wang dalam ekonomi yang berlebihan.
D. kadar bunga di pasaran terlalu tinggi tidak menggalakkan pelaburan.
6 Antara sebab-sebab berikut, yang manakah bukan punca pertambahan keluaran negara potensi yang
berterusan ?
A. Pertambahan dalam faktor-faktor pengeluaran
B. Perkembangan teknologi
C. Peningkatan kemahiran buruh
D. Kestabilan tingkat harga umum
7 Pengangguran yang wujud dalam ekonomi semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh
ialah
A. pengangguran geseran. B. pengangguran teknologi.
C. pengangguran bermusim D. pengangguran struktur.
Soalan 8 dan 9 adalah berdasarkan jadual di bawah.
Perkara Ribu orang
1. Jumlah penduduk 25 700
2. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15 – 64 tahun 12 850
3. Jumlah tenaga buruh 8 995
4. Jumlah guna tenaga 8 770
8 Kadar penyertaan buruh negara tersebut ialah
A. 35.0 % B. 68.3 %
C. 70.0% D. 72.3%
2
9 Kadar pengangguran negara tersebut ialah
A. 2.50% B. 2.56%.
C. 4.65%. D. 5.08%
10 Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara pada tahun 2000-2003.
Tahun Indeks Harga Pengguna
2000 100.0
2001 105.8
2002 102.6
2003 110.0
Rumusan yang berikut adalah benar kecuali
A. kadar inflasi negara tersebut pada tahun 2003 ialah 7.21%.
B. berbanding dengan tahun 2001, tingkat harga umum tahun 2002 telah merosot sebanyak 3.02%.
C. berbanding dengan tahun asas, tingkat harga umum tahun 2003 telah meningkat 10%.
D. nilai wang tahun 2002 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2001.
11 Antara berikut, cara yang manakah adalah betul untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ?
A. KNK potensi t1 – KNK potensi t0 X100%
KNK potensi t0
B. KNK sebenar t1 – KNK sebenar t0 X100%
KNK sebenar t0
.
C. KNK benar t1 – KNK benar t0 X100%
KNK benar t0
D. KNK harga semasa t1 – KNK harga semasa t0 X100%
KNK harga semasa t0
12 Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali
A. mencapai guna tenaga penuh.
B. mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
C. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat.
D. menjamin kestabilan harga.
13 Antara berikut, yang manakah bukan bentuk dasar kawalan langsung yang dilaksanakan oleh
kerajaan ?
A. Dasar harga maksimum B.Dasar fiskal C.Dasar upah D. Tarif terhadap import
14 Antara berikut, yang manakah dianggap sebagai satu dasar sebelah penawaran?
A. Pelaksanaan dasar upah minimum yang akan meningkatkan perbelanjaan agregat
B. Pertambahan perbelanjaan kerajaan yang akan menaikkan perbelanjaan agregat
C. Pengurangan cukai pelaburan korporat untuk menggalakkan pelaburan
D. Sekatan terhadap jumlah barang yang boleh diimport
15 Mengikut dasar sebelah penawaran, pengurangan cukai akan menggalakkan tenaga buruh bekerja
dan firma mempunyai insentif untuk menambah pelaburan. Oleh itu,
A. permintaan agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan meningkat.
B. penawaran agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan menurun.
C. kedua-dua penawaran agregat dan permintaan agregat akan naik, tingkat harga umum jatuh.
D. penawaran agregat bertambah, permintaan agregat jatuh dan tingkat harga umum akan jatuh.
3
NAMA:__________________________ TARIKH: / /
KELAS: ____ MARKAH:
BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
1 Keluaran Negara Bersih tidak termasuk nilai
A. elaun penggunaan modal.
B. perubahan inventori.
C. keuntungan tidak dibahagikan.
D. pendapatan perusahaan persendirian.
2 Antara berikut, yang manakah tidak diambil kira dalam penghitungan Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK)?
A. Pembinaan rumah kediaman baru
B. Pelaburan membina kilang baru di negara asing
C. Pembelian mesin baru
D. Hasil pertanian yang dipasarkan
3 Untuk memperoleh Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) daripada Keluaran Negara
Bersih pada kos faktor (KNBkf), kita harus
A. menambah susut nilai dan subsidi.
B. menambah susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara.
C. menambah cukai tak langsung dan susut nilai kemudian tolak subsidi.
D. menambah pendapatan faktor bersih dari luar negara dan subsidi kemudian tolak cukai tak
langsung.
4 Keluaran Negara Kasar akan melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar apabila
A. penerimaan faktor dari luar negara melebihi bayaran faktor ke luar negara.
B. bayaran faktor ke luar negara melebihi penerimaan faktor dari luar negara.
C. jumlah susut nilai melebihi pelaburan bersih.
D. nilai inventori pada akhir tahun melebihi nilai inventori awal tahun.
5 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih pada kos
faktor ialah
A. susut nilai.
B. susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara.
C. susut nilai dan perubahan dalam inventori.
D. subsidi dan cukai tak langsung.
6 KNBkf + X = KNBhp
Berdasarkan rumus di atas, X ialah
A. cukai tak langsung.
B. cukai tak langsung tolak bayaran pindahan.
C. cukai langsung dan cukai tak langsung.
D. cukai tak langsung tolak subsidi.
7 KDNKkf – X + PFbLN = Pendapatan Negara
Berdasarkan rumus di atas, X ialah
A. susut nilai.
B. cukai tak langsung tolak subsidi.
C. jumlah bayaran pindahan.
D. perubahan inventori.
4
8 Antara berikut, apakah perubahan yang perlu dilakukan untuk memperoleh Pendapatan Negara
daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran?
Susut nilai Pendapatan faktor
bersih dari luar negara
Cukai tak
langsung
Subsidi
A. Tolak Tambah Tolak Tambah
B. Tolak Tambah Tambah Tolak
C. Tambah Tolak Tolak Tambah
D. Tambah Tolak Tambah Tolak
9 Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah bersamaan dengan
A. Keluaran Negara Kasar tambah eksport dan tolak import.
B. Keluaran Negara Kasar tambah import dan tolak eksport.
C. Keluaran Negara Kasar tolak pendapatan faktor bersih dari luar negara.
D. pendapatan negara tambah susut nilai.
10 Pendapatan Negara adalah sama dengan
A. Keluaran Negara Kasar pada kos faktor.
B. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran.
C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor.
D. Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran.
11 Jadual berikut menunjukkan data statistik ekonomi sesebuah negara.
Butiran RM juta
Susut nilai peralatan sedia ada 250
Pembelian peralatan baru 2 000
Pembinaan rumah kediaman baru 720
Pembinaan bangunan pejabat baru 680
Inventori pada awal tahun 1 500
Inventori pada akhir tahun 1 200
Berapakah pembentukan modal swasta bersih negara itu ?
A. RM2 700 juta
B. RM2 850 juta
C. RM3 700 juta
D. RM4 200 juta
12 Seorang penganggur yang menerima elaun pengangguran RM3 600 setahun membuat keputusan
untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia membayar pekerjanya RM3 000 setahun.
Pada tahun pertama, keuntungan kasarnya ialah RM12 000 tetapi susut nilai asetnya ialah RM1 000.
Berapa banyakkah tambahan dalam pendapatan negara ?
A. RM14 000 B. RM15 000
C. RM17 600 D. RM18 600
13 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara.
Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNKhp) 65
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 30
Pelaburan kasar 25
Perbelanjaan kerajaan 10
Eksport 25
Berapakah nilai import negara tersebut?
A. RM15 juta B. RM25 juta
C. RM35 juta D. RM45 juta
5
14 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara.
RM juta
Bayaran pindahan 100
Upah dan gaji 860
Sewa 540
Untung yang dibahagikan 320
Untung yang tidak dibahagikan 524
Cukai keuntungan syarikat 120
Pendapatan perusahaan persendirian 106
Bunga atas pinjaman pengguna 18
Bunga kasar 35
Bunga atas pinjaman kerajaan 10
Berapakah pendapatan negara bagi negara tersebut?
A. RM1 889 juta
B. RM2 433 juta
C. RM2 477 juta
D. RM2 533 juta
15 Jadual berikut menunjukkan data pendapatan negara bagi sesebuah negara pada suatu tahun.
Butiran RM juta
Susut nilai 20 000
Subsidi 13 000
Cukai tak langsung 15 000
Bayaran faktor ke luar negara 15 000
Penerimaan faktor dari luar negara 12 000
Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran 90 000
Keluaran Negara Bersih pada kos faktor negara itu ialah
A. RM61 000 juta
B. RM63 000 juta
C. RM65 000 juta
D. RM68 000 juta
16 Jadual di bawah menunjukkan peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor di
sesebuah negara bagi tahun tertentu.
Sektor Peratusan KDNK
Pertanian, penternakan dan perhutanan 30.0
Perlombongan dan kuari 5.3
Perkilangan 30.1
Pembinaan 3.6
Perkhidmatan 31.4
Tolak : Bayaran perkhidmatan bank 5.2
Tambah : Cukai import 4.8
Jumlah 100
Jika jumlah nilai KDNK ialah RM89 200 juta, berapakah nilai sumbangan oleh sektor utama pada
tahun itu?
A. RM26 670.00 juta
B. RM32 449.20 juta
C. RM31 487.60 juta
D. RM36 849.20 juta
6
17 Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi bagi sebuah negara pada tahun tertentu.
Butiran RM juta
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor 2 050
Cukai pendapatan syarikat 135
Cukai pendapatan persendirian 225
Susut nilai 110
Untung tak dibahagi 345
Bayaran pindahan kepada individu 235
Pendapatan faktor bersih dari luar negara -25
Berapakah jumlah pendapatan boleh guna ?
A. RM1 435 juta
B. RM1 445 juta
C. RM1 650 juta
D. RM1 950 juta
18 Berikut menunjukkan maklumat yang diperoleh dari sebuah negara.
Tahun Jumlah
penduduk
(juta orang)
Pendapatan negara
(RM juta)
Indeks harga
pengguna
2002 100 400 100
2003 110 440 105
Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang ekonomi negara itu?
A. Pendapatan negara benar telah jatuh
B. Pendapatan negara benar tidak berubah
C. Pendapatan per kapita benar telah naik
D. Pendapatan per kapita benar telah jatuh
19 Bayaran pindahan merujuk kepada
A. bayaran kepada seseorang walaupun tidak melibatkan diri dalam kegiatan produktif.
B. beban cukai tak langsung yang dipindahkan oleh pengeluar kepada pengguna.
C. keuntungan yang dipindah ke luar negara oleh pelabur asing.
D. anggaran susut nilai yang perlu dilakukan untuk memperoleh pelaburan bersih.
20 Bayaran pindahan diambil kira dalam penghitungan
A. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran.
B. jumlah pendapatan boleh guna.
C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor.
D. perbelanjaan agregat.
7
BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
1 Antara berikut, yang manakah merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan ?
A. Perbelanjaan pelancong asing atas penginapan hotel dalam negara
B. Pembelian bon-bon kerajaan
C. Cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat swasta
D. Simpanan tetap di Bank Simpanan Nasional
2 Dalam model makroekonomi tanpa campur tangan dan sektor luar negara, perbelanjaan agregat
merupakan jumlah
A. tabungan persendirian dan pelaburan swasta.
B. tabungan persendirian dan perbelanjaan penggunaan.
C. perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta.
D. perbelanjaan penggunaan dan pendapatan persendirian.
3 Rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan ekonomi dua sektor.
Penggunaan
C
Pendapatan
Merujuk kepada rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar ?
A. Nilai kecenderungan mengguna purata adalah malar
B. Nilai kecenderungan mengguna purata semakin meningkat
C. Nilai kecenderungan mengguna sut adalah malar
D. Nilai kecenderungan mengguna sut berubah-ubah mengikut tingkat pendapatan.
4 Tabungan S
1
S
2
0 Pendapatan
negara
Merujuk kepada rajah di atas, jika fungsi S beralih dari S 1
ke S 2
, apakah kesannya terhadap
kecenderungan mengguna sut (MPC) dan saiz pengganda (m) ?
Kecenderungan mengguna sut Saiz pengganda
A. Berkurang Berkurang
B. Berkurang Bertambah
C. Bertambah Bertambah
D. Bertambah Berkurang
8
5 Dalam ekonomi dua sektor, yang manakah boleh menyebabkan saiz pengganda pelaburan
bertambah ?
A. Kejatuhan kecenderungan menabung sut
B. Kejatuhan perbelanjaan penggunaan
C. Kenaikan tingkat pelaburan
D. Kejatuhan kadar bunga di pasaran
6 Andaikan ekonomi dua sektor, jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, ini bermakna saiz
pengganda ialah
A. 2.5
B. 4.0
C. 5.0
D. 8.0
7 Rajah di bawah menunjukkan satu fungsi penggunaan.
Penggunaan Y=C
C
450
Y 1
Y 2
Y 3
Pendapatan
Berdasarkan rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar?
A. Jurang inflasi wujud pada tingkat pendapatan Y 3
B. Kecenderungan mengguna sut pada Y 3
adalah lebih tinggi daripada pada Y 1
C. Pada tingkat pendapatan Y 1
, perbelanjaan penggunaan lebih besar daripada pendapatan.
D. Nisbah penggunaan kepada pendapatan adalah tetap di sepanjang fungsi C.
8 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, fungsi penggunaan ialah
C= 80 + 0.7Y dan pelaburan I = 70. Tentukan tingkat keseimbangan pendapatan negara.
A. 400
B. 500
C. 600
D. 700
9 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, saiz pengganda ialah 4. Jika
pelaburan bertambah sebanyak RM20 juta, tentukan pertambahan dalam perbelanjaan penggunaan
(C).
A. RM60 juta
B. RM70 juta
C. RM80 juta
D. RM90 juta
10 Rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan fungsi pelaburan dalam ekonomi dua sektor.
Tabungan , pelaburan S
I
0 m n
Pendapatan negara
9
Pada tingkat pendapatan negara yang manakah kecenderungan mengguna purata adalah sama
dengan satu ?
A. 0
B. m
C. n
D. antara m dan n
11 Diberi fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor ialah C = 54 + 0.7Y. Apakah tingkat
pendapatan negara apabila tabungan isi rumah adalah sama dengan sifar?
A. 180
B. 200
C. 240
D. 260
12 Diberi fungsi tabungan ekonomi dua sektor ialah S = -65 + 0.25Y. Jika pelaburan autonomi ialah
RM35 juta, apakah tingkat keseimbangan pendapatan negara dan saiz pengganda ekonomi itu?
Keseimbangan pendapatan
negara (RM juta)
Saiz pengganda
A. 100 2.5
B. 200 2.5
C. 300 4.0
D. 400 4.0
13 Berikut ialah maklumat ekonomi sebuah ekonomi tertutup.
Perbelanjaan penggunaan C = 0.6Y + RM250 juta
Pelaburan autonomi I = RM300 juta
Perbelanjaan kerajaan G = RM350 juta
Apakah saiz pengganda ekonomi tersebut ?
A. 2.0
B. 2.5
C. 3.0
D. 4.0
14 Dalam rajah di bawah, J ialah suntikan dan W ialah bocoran.
J / W W
J
Y 0 Y1 Y 2 Y
Bagaimanakah keadaan ekonomi pada tingkat pendapatan negara Y1 ?
10
A. Pendapatan negara cenderung merosot sehingga Y 0 tercapai
B. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga Y 2 tercapai
C. Inventori para pengeluar semakin meningkat
D. Ekonomi menghadapi tekanan inflasi
15 Cukai sekali gus akan memberi kesan secara langsung terhadap
A. penggunaan autonomi.
B. pelaburan autonomi.
C. kecenderungan mengguna sut.
D. perbelanjaan kerajaan.
16 Jika kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM800 juta dan pada masa yang
sama cukai dinaikkan dengan jumlah yang sama, dengan andaian pembolehubah lain tetap, tingkat
keseimbangan pendapatan negara akan
A. merosot sebanyak RM800 juta.
B. meningkat sebanyak RM800 juta.
C. tidak ada kecenderungan untuk berubah.
D. meningkat sebanyak RM1 600 jika MPC ekonomi itu ialah 0.50.
17 Antara berikut, yang manakah merupakan syarat keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
terbuka?
A. G -T = M-X
B. I + G = S + T
C. I + G + T = S + M + X
D. I + G + X = S + T + M
18 Antara berikut, yang manakah bukan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi empat
sektor?
A. Perbelanjaan penggunaan
B. Perbelanjaan pelaburan
C. Perbelanjaan kerajaan
D. Perbelanjaan luar negara terhadap eksport
19 Berikut ialah maklumat ekonomi sesebuah negara:
Perbelanjaan penggunaan, C = 5 + 0.8Yd
Pelaburan autonomi, I = 25
Perbelanjaan kerajaan, G = 10
Cukai sekali gus, T = 5
Eksport, X = 12
Import, M = 0.2Y
Tingkat keseimbangan pendapatan negara itu ialah
A. 90
B. 100
C. 110
D. 120
20
Harga
AS
11
AD1
AD 2
0 Pendapatan negara
Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan keluk AD beralih dari AD1
ke AD 2 ?
A. Bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan oleh bank pusat
B. Kadar pertukaran mata wang asing menurun
C. Kenaikan upah buruh
D. Pendapatan benar masyarakat telah meningkat
BAB 4 PERANAN WANG DALAM EKONOMI
1 Jika tingkat harga umum telah meningkat 20%, ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak
A. 14.14 %
B. 16.67 %
C. 20.00 %
D. 25.00 %
2 Orang ramai menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk wang tunai di institusi kewangan kerana
wang berfungsi sebagai
A. alat pertukaran.
B. alat pengukur nilai.
C. alat pembayaran tertunda.
D. alat penyimpanan nilai.
Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan jadual di bawah.
Jadual berikut menunjukkan data bekalan wang sebuah ekonomi
Butiran RM billion
Duit syling 15
12
Wang kertas 75
Deposit semasa 155
Simpanan tabungan di bank perdagangan 85
Simpanan tetap di syarikat kewangan 35
Sijil boleh niaga 20
Sijil Bank Negara Malaysia 15
3 Bekalan wang M1 ( RM billion ) dalam ekonomi tersebut ialah
A. 90
B. 245
C. 330
D. 365
4 Wang hampir (separuh wang) dalam ekonomi tersebut ialah
A. RM120 billion
B. RM140 billion
C. RM155 billion
D. RM365 billion
5 Bank Islam Malaysia (BIMB) menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk menyimpan wang
di samping membolehkan mereka mengeluarkan wang tersebut dengan mudah apabila perlu.
Kemudahan tersebut adalah berdasarkan konsep
A. Al-Mudharabah.
B. Al-Ijarah.
C. Al-Musyarakah.
D. Al-Wadiah.
6 Antara berikut, yang manakah merupakan aset yang paling cair bank perdagangan ?
A. Deposit semasa
B. Wang panggilan
C. Sekuriti kerajaan
D. Pelaburan
7 Antara berikut, yang manakah merupakan liabiliti (tanggungan) kepada bank perdagangan ?
A. Bon kerajaan
B. Pinjaman
C. Deposit
D. Overdraf
8 Rizab sebenar sebuah bank perdagangan ialah RM9 000 dengan deposit semasa RM30 000 dan
nisbah rizab minimum 20% . Lebihan rizab (RM) bank tersebut ialah
A. RM3 000
B. RM6 000
C. RM7 500
D. RM9 000
9 Jika nisbah rizab yang diperlukan ialah 12.5%, maka saiz pengganda wang ialah
A. 5
B. 6
C. 7
D. 8
10 Keupayaan sistem bank mencipta kredit terbatas apabila
A. bank-bank memilih untuk menyimpan rizab melebihi yang diperlukan.
B. bank pusat menurunkan nisbah rizab yang diperlukan.
13
C. peminjam mendeposit semula semua pinjaman di sistem bank.
D. bank-bank membuat pinjaman daripada bank pusat.
11 Berikut menunjukkan Kunci Kira-kira sebuah bank.
Aset RM Liabiliti RM
Rizab 50 000 Deposit semasa 150 000
Pinjaman 70 000 Modal 100 000
Sekuriti 30 000
Hartanah 100 000
Jika nisbah rizab yang ditetapkan oleh bank pusat ialah 20%, maka dapat disimpulkan bahawa bank
tersebut mempunyai rizab lebihan sebanyak
A. RM10 000
B. RM20 000
C. RM30 000
D. RM40 000
12 Dalam satu sistem bank, semua bank menyimpan 20% daripada deposit sebagai wang tunai. Salah
sebuah bank menerima deposit baru sebanyak RM300 . Dengan andaian tiada bocoran wang tunai
daripada sistem bank, berapakah tambahan deposit dalam sistem bank tersebut?
A. RM1 200
B. RM1 500
C. RM2 000
D. RM2 500
13 Salah satu bank perdagangan dalam sistem bank mempunyai lebihan rizab sebanyak
RM1 000 . Jika jumlah rizabnya ialah RM10 000, dengan kadar rizab 20%, deposit semasa yang
dimiliki oleh bank ialah
A. RM45 000
B. RM50 000
C. RM55 000
D. RM60 000
14 Andaikan jumlah urus niaga sebuah ekonomi dalam tempoh setahun ialah 500 dan halaju edaran
wang ialah 4. Jika bekalan wang telah bertambah daripada RM250 kepada RM300, menurut Teori
Kuantiti Wang Fisher, tingkat harga dalam ekonomi ialah
A. 2.00
B. 2.40
C. 2.80
D. 3.20
15 Jadual menunjukkan peratus pertumbuhan bekalan wang, output dan tingkat harga sebuah ekonomi
antara tahun 1998 - 2003.
1998 1999 2000 2001 2002 2003
Bekalan wang 10.5 9.9 9.0 12.5 18.0 20.8
Output 1.8 4.2 2.7 3.4 3.4 5.2
Tingkat harga 7.1 4.5 4.8 6.9 4.2 5.6
Berdasarkan data di atas, pernyataan yang manakah adalah benar?
A. Kadar inflasi meningkat apabila kadar pertumbuhan output bertambah
B. Kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat apabila kadar inflasi meningkat
C. Halaju edaran wang berubah-ubah
D. Kadar pertumbuhan output bertambah apabila kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat
14
16 Output tahunan sebuah ekonomi telah bertambah sebanyak 4%, manakala penawaran wang
bertambah sebanyak 9%. Jika halaju edaran wang adalah malar, berapakah peningkatan dalam
tingkat harga ?
A. 2.00%
B. 2.25%
C. 5.00%
D. 6.00%
17 Kenaikan dalam kadar bunga di pasaran akan meningkatkan
A. kos lepas memegang wang.
B. permintaan wang untuk tujuan urus niaga.
C. harga bon di pasaran.
D. bekalan wang dalam ekonomi.
18 Jika kadar bunga yang ditetapkan oleh bank pusat adalah di bawah paras keseimbangan pasaran ini
akan bermakna :
A. kuantiti wang yang diminta akan melebihi kuantiti bekalan wang
B. kuantiti wang yang diminta akan lebih kecil daripada kuantiti bekalan wang
C. bekalan wang akan bertambah dan permintaan wang akan berkurangan
D. permintaan wang akan bertambah dan bekalan wang akan berkurtangan
19 Pernyataan yang manakah adalah benar ?
A. Bekalan wang berhubungan secara langsung dengan kadar bunga
B. Jumlah wang yang diminta berhubungan secara songsang dengan kadar bunga
C. Kejatuhan kadar bunga akan meningkatkan kos lepas untuk memegang wang
D. Harga bon berhubungan secara positif dengan kadar bunga
20 Dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah, yang manakah akan menyebabkan kejatuhan
permintaan wang?
A. Kegiatan ekonomi semakin lembap
B. Kadar bunga telah menurun
C. Tingkat harga umum semakin naik
D. Aliran modal asing ke dalam negara semakin meningkat
15
S + T
I + G
Y1 Y 2 Y f
Y
ea
b
c
d
BAB 5 MASALAH MAKROEKONOMI DAN DASAR PENSTABILAN
1 Lompang inflasi akan wujud dalam ekonomi apabila
A. perbelanjaan agregat sebenar lebih tinggi daripada perbelanjaan agregat pada guna tenaga
penuh.
B. kerajaan melaksanakan belanjawan defisit dengan pinjaman dari luar negara.
C. keseimbangan output benar tercapai pada keluk penawaran agregat yang anjal sempurna.
D. pelaburan yang dirancang melebihi tabungan yang dirancang.
2 Pengangguran yang wujud semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah
A. pengangguran geseran dan pengangguran kitaran.
B. pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara.
C. pengangguran geseran dan pengangguran struktur.
D. pengangguran geseran sahaja.
3 Kadar penyertaan buruh dapat ditentukan dengan rumus :
A. Jumlah tenaga buruh x 100%
Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64
B. Jumlah tenaga buruh x 100%
Jumlah penduduk
C. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64 x 100%
Jumlah penduduk
D. Jumlah guna tenaga x 100%
Jumlah penduduk
4 Berdasarkan rajah di bawah, lompang deflasi merujuk kepada jarak
Bocoran, suntikan
16
P 0
A. ab
B. ae
C. cd
D. ce
5 Andaikan pendapatan wang adalah RM100 ketika indeks harganya ialah 100. Jika indeks harga pada
tahun berikutnya telah meningkat ke 110, ini bermakna
A. pendapatan benar telah bertambah RM10.
B. pendapatan benar telah merosot sebanyak RM9.09.
C. pendapatan wang telah bertambah ke RM110.
D. pendapatan wang telah merosot ke RM90.
6 Inflasi tarikan permintaan berlaku kerana
A. kerajaan menjual surat-surat jaminan di pasaran terbuka.
B. keluk kecekapan modal sut (MEI) telah beralih ke kiri.
C. barangan yang diimport mengalami kenaikan harga.
D. imbangan pembayaran mencatat lebihan yang berterusan.
7 Rajah di bawah menunjukkan keadaan stagflasi yang berlaku apabila keluk penawaran agregat
(AS) beralih dari AS 0 ke AS1 . Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan sebab utama
keluk AS 0 beralih ke AS1 ?
Y
A. Kenaikan kos-kos bahan mentah
B. Kenaikan perbelanjaan kerajaan
C. Kenaikan bekalan wang dalam ekonomi
D. Kenaikan kadar bunga dalam ekonomi
8 Berlakunya kadar inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat adalah
disebabkan oleh
A. kenaikan permintaan agregat.
B. kenaikan penawaran agregat.
C. kejatuhan permintaan agregat.
D. kejatuhan penawaran agregat.
9 Seandainya berlaku kejutan dalam penawaran agregat yang serius dan permintaan agregat kekal
tidak berubah, maka akan berlaku
A. kejatuhan dalam tingkat harga umum.
B. pengurangan kadar pengangguran dalam ekonomi.
C. pertambahan dalam output benar negara.
D. pertambahan dalam kadar pengangguran dan tingkat harga umum.
10 Penstabil automatik dalam dasar fiskal bertujuan untuk
A. menjadi sumber hasil cukai yang penting kepada kerajaan.
B. mengurangkan turun naik kegiatan ekonomi.
C. mengimbangkan belanjawan kerajaan.
D. menstabilkan tingkat harga umum dalam ekonomi.
P AD AS1
AS 0
Y1 Y 0
P1
17
11 Berikut ialah ciri-ciri penstabil automatik dalam dasar fiskal kecuali
A. penstabil automatik dapat mengalihkan keluk kecekapan modal sut.
B. penstabil automatik mengurangkan turun naik kitaran perniagaan.
C. penstabil automatik mengurangkan nilai kecenderungan mengguna sut.
D. penstabil automatik mengurangkan saiz pengganda.
12 Sekiranya terdapat penstabil automatik dalam ekonomi, maka apabila ekonomi sedang melambung
A. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan turut merosot.
B. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan meningkat.
C. hasil cukai menurun tetapi bayaran pindahan kerajaan bertambah.
D. hasil cukai meningkat tetapi bayaran pindahan kerajaan akan menurun.
13 Pinjaman dari luar negara untuk membiayai belanjawan defisit cenderung menyebabkan
A. pertumbuhan ekonomi diperlahankan.
B. masalah inflasi.
C. lompang deflasi wujud dalam ekonomi.
D. kadar bunga dalam negara akan meningkat.
14 Cukai berkadar dapat berfungsi sebagai penstabil automatik kerana cukai itu memberi kesan secara
langsung kepada
A. penggunaan autonomi.
B. tabungan dan pelaburan.
C. kecekapan modal sut.
D. kecenderungan mengguna sut.
15 Antara berikut, yang manakah merupakan dasar fiskal yang paling sesuai dilaksanakan untuk
mengatasi inflasi tarikan permintaan?
A. Melaksanakan dasar fiskal menguncup
B. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar bank
C. Menaikkan kadar cukai dan keperluan margin
D. Memberi arahan khas kepada bank untuk mengurangkan pinjaman
16 Kenaikan perbelanjaan kerajaan dan cukai lump sum dengan jumlah yang sama secara serentak
akan menyebabkan
A. pendapatan negara merosot.
B. pendapatan negara meningkat.
C. pendapatan negara mula-mulanya meningkat kemudian berkurang.
D. pendapatan negara tidak berubah.
17 Andaikan penggunaan autonomi ialah RM500 juta, pelaburan ialah RM250 juta, perbelanjaan
kerajaan ialah RM350 juta dan kerajaan tidak mengenakan sebarang cukai. Jika keseimbangan
pendapatan negara ialah RM4 400 juta, maka nilai kecenderungan mengguna sut ialah
A. 0.60
B. 0.75
C. 0.80
D. 0.90
18 Apabila berlaku kemelesetan dalam ekonomi, langkah kerajaan melaksanakan dasar fiskal untuk
meningkatkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi mungkin kurang berkesan disebabkan
A. kenaikan kadar bunga.
B. pengurangan cukai.
C. pertambahan eksport.
D. pertambahan bekalan wang.
18
19 Cara pembiayaan belanjawan defisit yang manakah akan mengembangkan kegiatan ekonomi?
A. Membuat pinjaman dalam negara
B. Mencetak wang baru
C. Menaikkan kadar cukai
D. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
20 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan fungsi tabungan dan pelaburan.
Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta, pendapatan negara akan
meningkat sebanyak
A. RM20 juta
B. RM30 juta
C. RM40 juta
D. RM50 juta
BAB 6 PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA
Tabungan /pelaburan (RM juta)
Pendapatan negara
(RM juta)
S
I100
500100
0
19
1 Jadual di bawah menunjukkan output kereta dan televisyen per unit buruh negara A dan B.
Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)
A 200 100
B 300 200
Sekiranya pengkhususan sepenuh dijalankan oleh kedua-dua negara,
A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta
B. negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta.
C. kegiatan perdagangan antara kedua-dua negara hanya menguntungkan negara A.
D. jumlah televisyen yang dapat dihasilkan akan berkurang.
2 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran padi dan jagung (unit) untuk negara A
dan B.
Dapat disimpulkan bahawa
A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang.
B. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran jagung.
C. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran padi.
D. kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis
barang.
3 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ dan BB’ untuk getah dan minyak
kelapa sawit negara A dan B.
Pernyataan yang manakah adalah benar?
A. Negara B mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang.
B. Negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran getah.
C. Kedua-dua negara mempunyai kecekapan yang sama dalam pengeluaran kedua-dua jenis
barang.
D. Pengkhususan dan perdagangan tidak akan menguntungkan mana-mana negara.
4 Kadar syarat perdagangan semakin menguntungkan sesebuah negara apabila
A. kos untuk mengimport semakin bertambah.
B. pertambahan nilai eksport adalah melebihi pertambahan nilai import.
C. kuantiti eksport melebihi kuantiti import.
Padi Padi
Jagung Jagung
2
0
2
0
8
16
Negara A Negara B
Getah
(unit)
Minyak kelapa sawit
(unit)
A
A’
B
B’
20
D. kadar kenaikan harga import kurang daripada kadar kenaikan harga eksport.
5 Singapura merupakan rakan dagang Malaysia yang penting. Sekiranya kadar syarat perdagangan
Malaysia bertambah buruk, ini bermakna
A. harga import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding harga eksport Malaysia.
B. harga eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding dengan harga import Malaysia.
C. kuantiti import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti eksport Malaysia.
D. kuantiti eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti import Malaysia.
6 Melalui masa, indeks harga import sesebuah negara telah meningkat daripada 100 kepada 125,
manakala indeks harga eksportnya meningkat daripada 100 kepada 110. Kadar syarat perdagangan
negara tersebut telah
A. jatuh ke 88.
B. meningkat ke 113.6.
C. meningkat sebanyak 13.6%.
D. jatuh sebanyak 15%.
7 Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang tarif ?
A. Tarif menghalang import barangan dari luar negara
B. Tarif menetapkan had maksimum sesuatu barang yang boleh diimport
C. Tarif melindungi pengeluar tempatan daripada persaingan pengeluar asing
D. Tarif mengurangkan import dan menambahkan eksport sesebuah negara
8 Apabila tarif dikenakan atas sesuatu barang import,
A. penawaran barang itu akan bertambah.
B. penawaran barang itu akan berkurang.
C. permintaan barang itu akan bertambah.
D. penawaran barang itu akan berkurang.
Soalan 9 hingga 11 merujuk kepada rajah di bawah.
Dd dan Sd merupakan keluk permintaan dan penawaran dalam negara untuk sesuatu barang dan Pw
ialah harga antarabangsa barang itu.
9 Sekiranya terdapat perdagangan bebas dalam ekonomi dan tiada tarif dikenakan ke atas barang itu,
jumlah hasil yang diperoleh oleh pengeluar asing diwakili oleh kawasan
A. c
B. a dan b
C. a , b, e dan f
D. d,e,f dan g
10 Sekiranya tarif sebanyak PwPt dikenakan bagi setiap unit barang, pengeluar tempatan akan
mengeluarkan barang itu sebanyak
A. 0Q1
B. 0Q2
C. 0Q3
SdDdHarga
aaa
Pt
Pd
Pw
Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Kuantiti0
a b
c d e f
g
21
D. 0Q4
11 Jumlah hasil cukai yang diperoleh kerajaan ditunjukkan oleh kawasan
A. a + b
B. c + d
C. d + e
D. f + g
12 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sekatan perdagangan ?
A. Piawai kesihatan dan keselamatan
B. Embargo
C. Kawalan pertukaran asing
D. Kawalan kredit terpilih
13 Apabila kuota import dikenakan ke atas sesuatu barang, apakah kesan yang mungkin timbul terhadap
keluaran tempatan dan harga barang itu ?
Keluaran tempatan (unit) Harga barang yang diimport (RM)
A. Naik Jatuh
B. Naik Jatuh
C. Jatuh Naik
D. Jatuh Jatuh
14 Imbangan akaun semasa sesebuah negara ialah perbezaan nilai antara eksport dan import
A. barang dan perkhidmatan.
B. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pembelian aset di luar negara.
C. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pendapatan pelaburan serta bayaran pindahan.
D. barang dan perkhidmatan dengan ditolak dengan pelaburan portfolio di luar negara.
15 Permintaan terhadap mata wang asing timbul kerana terdapat permintaan terhadap barang import.
Maka, dapat disimpulkan bahawa permintaan terhadap mata wang asing ialah permintaan
A. agregat.
B. berkait
C. benar.
D. berkesan.
16 Sekiranya rakyat Malaysia memerlukan RM100 000 untuk membeli sesuatu barang di Amerika
Syarikat yang berharga USD25 000, ini bermakna kadar pertukaran untuk USD1 ialah
A. RM2.50.
B. RM4.00.
C. RM5.00
D. RM6.00
17 Rakyat Malaysia meminta mata wang asing dan menawarkan Ringgit untuk
A. membuat pembayaran kepada pengeksport negara asing.
B. mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara lain.
C. menerima dividen dan keuntungan daripada pelaburan di luar negara.
D. menerima bayaran daripada pengimport luar negara.
18 Dalam sistem kadar pertukaran terapung bebas, yang manakah daripada berikut akan meningkatkan
nilai pertukaran Dolar Amerika Syarikat berbanding dengan Yen Jepun ?
A. Kadar bunga benar di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun
B. Kadar inflasi di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun.
C. Pendapatan negara Amerika Syarikat meningkat dengan kadar yang lebih tinggi berbanding
dengan Jepun
22
D. Perubahan cita rasa rakyat Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan barang buatan
Jepun.
19 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti Dolar Amerika Syarikat (USD) diminta dan ditawarkan pada
pelbagai kadar pertukaran.
Kuantiti USD yang diminta
(unit)
Harga RM / USD Kuantiti USD yang
ditawarkan (unit)
150 5.00 560
250 4.50 480
350 4.00 350
450 3.50 285
550 3.00 160
Kadar pertukaran keseimbangan ialah
A. RM1= USD0.20
B. RM1=USD0.22
C. RM1=USD0.25
D. RM1=USD0.29
20 Berikut merupakan kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang Dollar
Singapura (S$) dan Dollar Amerika Syarikat (USD).
S$1= RM2.20
USD 1= RM3.80
Kadar pertukaran antara mata wang S$ dengan USD ialah
A. S$1= USD0.58
B. S$1 =USD0.61
C. S$1 =USD0.66
D. S$1= USD0.71
BAB 7 PERTUMBUHAN EKONOMI
1 Konsep pembangunan ekonomi meliputi perkara-perkara berikut kecuali
A. agihan pendapatan yang setara.
B. kadar kemiskinan yang rendah
C. kadar pengangguran yang rendah.
D. tingkat harga umum yang lebih tinggi.
2 Antara berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk membuat perbandingan taraf kebajikan antara
negara-negara?
A. Pendapatan negara benar
B. Pendapatan negara potensi
C. Pendapatan negara sebenar
D. Pendapatan per kapita
3 Andaikan pendapatan per kapita sebuah negara yang sedang membangun dan negara yang maju
pada sesuatu tahun ialah USD1 000 dan USD20 000 masing-masing. Jika kedua-dua negara
mencatat kadar pertumbuhan 2% pada tahun berikutnya, jurang perbezaan dalam pendapatan per
kapita (USD) akan bertambah sebanyak
A USD150
B USD270
C USD380
D USD460
23
4 Berikut ialah kelemahan-kelemahan menggunakan pendapatan per kapita sebagai perbandingan
taraf kebajikan antara negara-negara kecuali
A. pendapatan per kapita tidak menggambarkan perbezaan kos hidup.
B. pendapatan per kapita tidak menunjukkan agihan pendapatan masyarakat.
C. pendapatan per kapita tidak mencerminkan output fizikal sesebuah ekonomi .
D. pendapatan per kapita tidak mengambil kira kesan eksternaliti negatif dalam usaha meningkatkan
pendapatan negara .
5 Sebab utama produktiviti yang rendah dalam sektor pertanian di negara-negara sedang membangun
ialah
A. saiz tanah yang tidak ekonomikal untuk diusahakan.
B. penghijrahan penduduk dari desa ke bandar.
C. pemasaran hasil pertanian yang tidak sempurna.
D. pelaburan dalam sektor pertanian yang berlebihan .
6 Kesemua yang berikut menghalang pertumbuhan ekonomi negara-negara miskin kecuali
A. pembangunan industri penggantian import.
B. kadar pertambahan penduduk yang tinggi.
C. hutang negara yang tinggi.
D. ketidakcekapan penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada.
7 Antara berikut, yang manakah akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ?
A. Peledakan penduduk
B. Pengumpulan modal tetap yang rendah
C. Tingkat teknologi yang rendah
D. Persediaan infrastruktur yang mencukupi
8 Apakah faktor yang menyebabkan tingkat tabungan yang rendah di negara-negara miskin?
A. Penduduknya kurang berminat menabung
B. Tingkat pendapatan yang rendah
C. Kadar faedah yang rendah
D. Agihan pendapatan yang tidak setara
9
Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ ke BB’ berkemungkinan besar disebabkan oleh
A. peningkatan teknologi .
B. pengaliran modal ke luar negara.
C. imbangan pembayaran defisit yang berterusan.
D. kadar inflasi yang tinggi.
Barang
Y
Barang
X
B
B’A’
A
24
10 Apakah faktor utama yang menyebabkan kegiatan pengumpulan modal tetap yang lembap di negara-
negara sedang membangun ?
A. Kekurangan sumber alam semula jadi
B. Kekurangan golongan usahawan
C. Kekurangan galakan kerajaan
D. Tingkat teknologi yang rendah

More Related Content

What's hot

Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)WanBK Leo
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaSazaki Salleh
 
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)Hasanah Mohd Zain
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
8 perakaunan pendapatan negara
8  perakaunan pendapatan negara8  perakaunan pendapatan negara
8 perakaunan pendapatan negaraNur Az
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Lee Chooipeng
 
Perakaunan pn soalan
Perakaunan pn soalanPerakaunan pn soalan
Perakaunan pn soalanafmizuaf81
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportNur Az
 
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negaraNur Az
 
Dasar belanjawan
Dasar belanjawanDasar belanjawan
Dasar belanjawanqashah09
 
RPT EKONOMI SEMESTER 2019
RPT EKONOMI SEMESTER 2019RPT EKONOMI SEMESTER 2019
RPT EKONOMI SEMESTER 2019jeyastars
 

What's hot (16)

Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)Makroekonomi Topik 8 (2)
Makroekonomi Topik 8 (2)
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsa
 
Makroekonomi
MakroekonomiMakroekonomi
Makroekonomi
 
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)
Bab 2 ekonomi malaysia (ea tingkatan 5)
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
8 perakaunan pendapatan negara
8  perakaunan pendapatan negara8  perakaunan pendapatan negara
8 perakaunan pendapatan negara
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
makroekonomi kdnk
makroekonomi kdnkmakroekonomi kdnk
makroekonomi kdnk
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3
 
Perakaunan pn soalan
Perakaunan pn soalanPerakaunan pn soalan
Perakaunan pn soalan
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara7  asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
 
Dasar belanjawan
Dasar belanjawanDasar belanjawan
Dasar belanjawan
 
RPT EKONOMI SEMESTER 2019
RPT EKONOMI SEMESTER 2019RPT EKONOMI SEMESTER 2019
RPT EKONOMI SEMESTER 2019
 

Viewers also liked

Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk PenawaranSemester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk PenawaranNur Aisyah Khor
 
Makroekonomi Topik 10
Makroekonomi Topik 10Makroekonomi Topik 10
Makroekonomi Topik 10WanBK Leo
 
Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)WanBK Leo
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasiNur Az
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Chuah Chye
 
Konsumsi dan investasi
Konsumsi dan investasiKonsumsi dan investasi
Konsumsi dan investasiwardayadi007
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 

Viewers also liked (9)

Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk PenawaranSemester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
Semester 5 - Keluk Permintaan & Keluk Penawaran
 
Mikroekonomi
MikroekonomiMikroekonomi
Mikroekonomi
 
Makroekonomi Topik 10
Makroekonomi Topik 10Makroekonomi Topik 10
Makroekonomi Topik 10
 
Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)Makroekonomi Topik 8 (1)
Makroekonomi Topik 8 (1)
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 2 - Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Konsumsi dan investasi
Konsumsi dan investasiKonsumsi dan investasi
Konsumsi dan investasi
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 

Similar to Bahagian a soalan aneka pilihan

Soalan objektif (topik 2)
Soalan objektif  (topik 2)Soalan objektif  (topik 2)
Soalan objektif (topik 2)Jeya Kumar
 
Analisis keseimbangan menilai komponen perbelanjaan agregat Makro
 Analisis keseimbangan   menilai komponen perbelanjaan agregat Makro Analisis keseimbangan   menilai komponen perbelanjaan agregat Makro
Analisis keseimbangan menilai komponen perbelanjaan agregat MakroMahen Dran
 
Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Sree Suntheri
 
Final exam ea f4 k1
Final exam ea f4 k1Final exam ea f4 k1
Final exam ea f4 k1Syida Klicks
 
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perakSaravanan Manian
 
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdfAA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdfTiwBeeTing
 
Ea kertas 1 latihan spm
Ea  kertas 1 latihan spmEa  kertas 1 latihan spm
Ea kertas 1 latihan spmkhairul ajmain
 
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptx
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptxBAB2 perakaunan pendapatan negara.pptx
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptxAkSyah1
 
Peperiksaan percubaan ekonomi 2
Peperiksaan percubaan ekonomi 2Peperiksaan percubaan ekonomi 2
Peperiksaan percubaan ekonomi 2Amdi Jenis
 
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...fairus84
 
Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1ruzi Idris
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxLaiminMatong1
 
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.docBAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.docuum
 
Peperiksaan akhir 2013
Peperiksaan akhir 2013Peperiksaan akhir 2013
Peperiksaan akhir 2013sabarita
 

Similar to Bahagian a soalan aneka pilihan (20)

Soalan objektif (topik 2)
Soalan objektif  (topik 2)Soalan objektif  (topik 2)
Soalan objektif (topik 2)
 
Analisis keseimbangan menilai komponen perbelanjaan agregat Makro
 Analisis keseimbangan   menilai komponen perbelanjaan agregat Makro Analisis keseimbangan   menilai komponen perbelanjaan agregat Makro
Analisis keseimbangan menilai komponen perbelanjaan agregat Makro
 
Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)
 
Final exam ea f4 k1
Final exam ea f4 k1Final exam ea f4 k1
Final exam ea f4 k1
 
Ekon f4
Ekon f4Ekon f4
Ekon f4
 
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
 
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdfAA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf
AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf
 
Ea kertas 1 latihan spm
Ea  kertas 1 latihan spmEa  kertas 1 latihan spm
Ea kertas 1 latihan spm
 
BAB_1.pdf
BAB_1.pdfBAB_1.pdf
BAB_1.pdf
 
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptx
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptxBAB2 perakaunan pendapatan negara.pptx
BAB2 perakaunan pendapatan negara.pptx
 
Peperiksaan percubaan ekonomi 2
Peperiksaan percubaan ekonomi 2Peperiksaan percubaan ekonomi 2
Peperiksaan percubaan ekonomi 2
 
Pk1 makro 2013
Pk1 makro  2013Pk1 makro  2013
Pk1 makro 2013
 
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
 
Eko
EkoEko
Eko
 
Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1
 
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docxAnalisis eko soalan past year sem3 .docx
Analisis eko soalan past year sem3 .docx
 
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.docBAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
BAHAN SEM 2 2020 bahagian b.doc
 
Peperiksaan akhir 2013
Peperiksaan akhir 2013Peperiksaan akhir 2013
Peperiksaan akhir 2013
 
Ekonomi 1-mikro 2013
Ekonomi 1-mikro 2013Ekonomi 1-mikro 2013
Ekonomi 1-mikro 2013
 
Spm k1-bab-3-soalan
Spm k1-bab-3-soalanSpm k1-bab-3-soalan
Spm k1-bab-3-soalan
 

Recently uploaded

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (14)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Bahagian a soalan aneka pilihan

  • 1. 1 NAMA:__________________________ TARIKH: / / KELAS: ____ MARKAH: BAB 1 PENGENALAN 1 Skop kajian makroekonomi meliputi yang berikut kecuali A. kecekapan peruntukan dan pengeluaran dalam ekonomi pasaran. B. penentuan tingkat kegiatan ekonomi. C. kesan dasar-dasar kerajaan terhadap kegiatan ekonomi. D. faktor-faktor yang mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi. 2 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan isu makroekonomi ? A. Pertambahan dalam peluang pekerjaan B. Pertumbuhan ekonomi yang lembap C. Penswastaan industri telekomunikasi D. Kenaikan dalam kadar bunga 3 Kajian tentang bagaimana pertambahan dalam kadar cukai pendapatan syarikat akan mempengaruhi kadar pengangguran adalah satu contoh A. dasar makroekonomi. B. dasar mikroekonomi. C. ekonomi positif. D. ekonomi normatif. 4 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pemboleh ubah ekonomi yang utama ? A. Keluaran negara B. Inflasi C. Kestabilan politik negara D. Pertumbuhan ekonomi 5 Keynes berpendapat guna tenaga ekonomi lazimnya kurang daripada guna tenaga penuh kerana A. tingkat harga umum terlalu rendah dalam ekonomi. B. kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna tenaga penuh. C. bekalan wang dalam ekonomi yang berlebihan. D. kadar bunga di pasaran terlalu tinggi tidak menggalakkan pelaburan. 6 Antara sebab-sebab berikut, yang manakah bukan punca pertambahan keluaran negara potensi yang berterusan ? A. Pertambahan dalam faktor-faktor pengeluaran B. Perkembangan teknologi C. Peningkatan kemahiran buruh D. Kestabilan tingkat harga umum 7 Pengangguran yang wujud dalam ekonomi semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah A. pengangguran geseran. B. pengangguran teknologi. C. pengangguran bermusim D. pengangguran struktur. Soalan 8 dan 9 adalah berdasarkan jadual di bawah. Perkara Ribu orang 1. Jumlah penduduk 25 700 2. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15 – 64 tahun 12 850 3. Jumlah tenaga buruh 8 995 4. Jumlah guna tenaga 8 770 8 Kadar penyertaan buruh negara tersebut ialah A. 35.0 % B. 68.3 % C. 70.0% D. 72.3%
  • 2. 2 9 Kadar pengangguran negara tersebut ialah A. 2.50% B. 2.56%. C. 4.65%. D. 5.08% 10 Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna sebuah negara pada tahun 2000-2003. Tahun Indeks Harga Pengguna 2000 100.0 2001 105.8 2002 102.6 2003 110.0 Rumusan yang berikut adalah benar kecuali A. kadar inflasi negara tersebut pada tahun 2003 ialah 7.21%. B. berbanding dengan tahun 2001, tingkat harga umum tahun 2002 telah merosot sebanyak 3.02%. C. berbanding dengan tahun asas, tingkat harga umum tahun 2003 telah meningkat 10%. D. nilai wang tahun 2002 adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2001. 11 Antara berikut, cara yang manakah adalah betul untuk menghitung kadar pertumbuhan ekonomi ? A. KNK potensi t1 – KNK potensi t0 X100% KNK potensi t0 B. KNK sebenar t1 – KNK sebenar t0 X100% KNK sebenar t0 . C. KNK benar t1 – KNK benar t0 X100% KNK benar t0 D. KNK harga semasa t1 – KNK harga semasa t0 X100% KNK harga semasa t0 12 Berikut merupakan matlamat dasar makroekonomi kecuali A. mencapai guna tenaga penuh. B. mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan. C. mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat. D. menjamin kestabilan harga. 13 Antara berikut, yang manakah bukan bentuk dasar kawalan langsung yang dilaksanakan oleh kerajaan ? A. Dasar harga maksimum B.Dasar fiskal C.Dasar upah D. Tarif terhadap import 14 Antara berikut, yang manakah dianggap sebagai satu dasar sebelah penawaran? A. Pelaksanaan dasar upah minimum yang akan meningkatkan perbelanjaan agregat B. Pertambahan perbelanjaan kerajaan yang akan menaikkan perbelanjaan agregat C. Pengurangan cukai pelaburan korporat untuk menggalakkan pelaburan D. Sekatan terhadap jumlah barang yang boleh diimport 15 Mengikut dasar sebelah penawaran, pengurangan cukai akan menggalakkan tenaga buruh bekerja dan firma mempunyai insentif untuk menambah pelaburan. Oleh itu, A. permintaan agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan meningkat. B. penawaran agregat dan output akan bertambah, tingkat harga umum akan menurun. C. kedua-dua penawaran agregat dan permintaan agregat akan naik, tingkat harga umum jatuh. D. penawaran agregat bertambah, permintaan agregat jatuh dan tingkat harga umum akan jatuh.
  • 3. 3 NAMA:__________________________ TARIKH: / / KELAS: ____ MARKAH: BAB 2 PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA 1 Keluaran Negara Bersih tidak termasuk nilai A. elaun penggunaan modal. B. perubahan inventori. C. keuntungan tidak dibahagikan. D. pendapatan perusahaan persendirian. 2 Antara berikut, yang manakah tidak diambil kira dalam penghitungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)? A. Pembinaan rumah kediaman baru B. Pelaburan membina kilang baru di negara asing C. Pembelian mesin baru D. Hasil pertanian yang dipasarkan 3 Untuk memperoleh Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran (KNKhp) daripada Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf), kita harus A. menambah susut nilai dan subsidi. B. menambah susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara. C. menambah cukai tak langsung dan susut nilai kemudian tolak subsidi. D. menambah pendapatan faktor bersih dari luar negara dan subsidi kemudian tolak cukai tak langsung. 4 Keluaran Negara Kasar akan melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar apabila A. penerimaan faktor dari luar negara melebihi bayaran faktor ke luar negara. B. bayaran faktor ke luar negara melebihi penerimaan faktor dari luar negara. C. jumlah susut nilai melebihi pelaburan bersih. D. nilai inventori pada akhir tahun melebihi nilai inventori awal tahun. 5 Perbezaan antara Keluaran Negara Kasar pada kos faktor dengan Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ialah A. susut nilai. B. susut nilai dan pendapatan faktor bersih dari luar negara. C. susut nilai dan perubahan dalam inventori. D. subsidi dan cukai tak langsung. 6 KNBkf + X = KNBhp Berdasarkan rumus di atas, X ialah A. cukai tak langsung. B. cukai tak langsung tolak bayaran pindahan. C. cukai langsung dan cukai tak langsung. D. cukai tak langsung tolak subsidi. 7 KDNKkf – X + PFbLN = Pendapatan Negara Berdasarkan rumus di atas, X ialah A. susut nilai. B. cukai tak langsung tolak subsidi. C. jumlah bayaran pindahan. D. perubahan inventori.
  • 4. 4 8 Antara berikut, apakah perubahan yang perlu dilakukan untuk memperoleh Pendapatan Negara daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran? Susut nilai Pendapatan faktor bersih dari luar negara Cukai tak langsung Subsidi A. Tolak Tambah Tolak Tambah B. Tolak Tambah Tambah Tolak C. Tambah Tolak Tolak Tambah D. Tambah Tolak Tambah Tolak 9 Keluaran Dalam Negeri Kasar adalah bersamaan dengan A. Keluaran Negara Kasar tambah eksport dan tolak import. B. Keluaran Negara Kasar tambah import dan tolak eksport. C. Keluaran Negara Kasar tolak pendapatan faktor bersih dari luar negara. D. pendapatan negara tambah susut nilai. 10 Pendapatan Negara adalah sama dengan A. Keluaran Negara Kasar pada kos faktor. B. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. D. Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran. 11 Jadual berikut menunjukkan data statistik ekonomi sesebuah negara. Butiran RM juta Susut nilai peralatan sedia ada 250 Pembelian peralatan baru 2 000 Pembinaan rumah kediaman baru 720 Pembinaan bangunan pejabat baru 680 Inventori pada awal tahun 1 500 Inventori pada akhir tahun 1 200 Berapakah pembentukan modal swasta bersih negara itu ? A. RM2 700 juta B. RM2 850 juta C. RM3 700 juta D. RM4 200 juta 12 Seorang penganggur yang menerima elaun pengangguran RM3 600 setahun membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Dia membayar pekerjanya RM3 000 setahun. Pada tahun pertama, keuntungan kasarnya ialah RM12 000 tetapi susut nilai asetnya ialah RM1 000. Berapa banyakkah tambahan dalam pendapatan negara ? A. RM14 000 B. RM15 000 C. RM17 600 D. RM18 600 13 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara. Butiran RM juta Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNKhp) 65 Perbelanjaan penggunaan isi rumah 30 Pelaburan kasar 25 Perbelanjaan kerajaan 10 Eksport 25 Berapakah nilai import negara tersebut? A. RM15 juta B. RM25 juta C. RM35 juta D. RM45 juta
  • 5. 5 14 Berikut menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara. RM juta Bayaran pindahan 100 Upah dan gaji 860 Sewa 540 Untung yang dibahagikan 320 Untung yang tidak dibahagikan 524 Cukai keuntungan syarikat 120 Pendapatan perusahaan persendirian 106 Bunga atas pinjaman pengguna 18 Bunga kasar 35 Bunga atas pinjaman kerajaan 10 Berapakah pendapatan negara bagi negara tersebut? A. RM1 889 juta B. RM2 433 juta C. RM2 477 juta D. RM2 533 juta 15 Jadual berikut menunjukkan data pendapatan negara bagi sesebuah negara pada suatu tahun. Butiran RM juta Susut nilai 20 000 Subsidi 13 000 Cukai tak langsung 15 000 Bayaran faktor ke luar negara 15 000 Penerimaan faktor dari luar negara 12 000 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran 90 000 Keluaran Negara Bersih pada kos faktor negara itu ialah A. RM61 000 juta B. RM63 000 juta C. RM65 000 juta D. RM68 000 juta 16 Jadual di bawah menunjukkan peratusan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor di sesebuah negara bagi tahun tertentu. Sektor Peratusan KDNK Pertanian, penternakan dan perhutanan 30.0 Perlombongan dan kuari 5.3 Perkilangan 30.1 Pembinaan 3.6 Perkhidmatan 31.4 Tolak : Bayaran perkhidmatan bank 5.2 Tambah : Cukai import 4.8 Jumlah 100 Jika jumlah nilai KDNK ialah RM89 200 juta, berapakah nilai sumbangan oleh sektor utama pada tahun itu? A. RM26 670.00 juta B. RM32 449.20 juta C. RM31 487.60 juta D. RM36 849.20 juta
  • 6. 6 17 Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi bagi sebuah negara pada tahun tertentu. Butiran RM juta Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos faktor 2 050 Cukai pendapatan syarikat 135 Cukai pendapatan persendirian 225 Susut nilai 110 Untung tak dibahagi 345 Bayaran pindahan kepada individu 235 Pendapatan faktor bersih dari luar negara -25 Berapakah jumlah pendapatan boleh guna ? A. RM1 435 juta B. RM1 445 juta C. RM1 650 juta D. RM1 950 juta 18 Berikut menunjukkan maklumat yang diperoleh dari sebuah negara. Tahun Jumlah penduduk (juta orang) Pendapatan negara (RM juta) Indeks harga pengguna 2002 100 400 100 2003 110 440 105 Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang ekonomi negara itu? A. Pendapatan negara benar telah jatuh B. Pendapatan negara benar tidak berubah C. Pendapatan per kapita benar telah naik D. Pendapatan per kapita benar telah jatuh 19 Bayaran pindahan merujuk kepada A. bayaran kepada seseorang walaupun tidak melibatkan diri dalam kegiatan produktif. B. beban cukai tak langsung yang dipindahkan oleh pengeluar kepada pengguna. C. keuntungan yang dipindah ke luar negara oleh pelabur asing. D. anggaran susut nilai yang perlu dilakukan untuk memperoleh pelaburan bersih. 20 Bayaran pindahan diambil kira dalam penghitungan A. Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran. B. jumlah pendapatan boleh guna. C. Keluaran Negara Bersih pada kos faktor. D. perbelanjaan agregat.
  • 7. 7 BAB 3 PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA 1 Antara berikut, yang manakah merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan ? A. Perbelanjaan pelancong asing atas penginapan hotel dalam negara B. Pembelian bon-bon kerajaan C. Cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat swasta D. Simpanan tetap di Bank Simpanan Nasional 2 Dalam model makroekonomi tanpa campur tangan dan sektor luar negara, perbelanjaan agregat merupakan jumlah A. tabungan persendirian dan pelaburan swasta. B. tabungan persendirian dan perbelanjaan penggunaan. C. perbelanjaan penggunaan dan pelaburan swasta. D. perbelanjaan penggunaan dan pendapatan persendirian. 3 Rajah di bawah menunjukkan fungsi penggunaan ekonomi dua sektor. Penggunaan C Pendapatan Merujuk kepada rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar ? A. Nilai kecenderungan mengguna purata adalah malar B. Nilai kecenderungan mengguna purata semakin meningkat C. Nilai kecenderungan mengguna sut adalah malar D. Nilai kecenderungan mengguna sut berubah-ubah mengikut tingkat pendapatan. 4 Tabungan S 1 S 2 0 Pendapatan negara Merujuk kepada rajah di atas, jika fungsi S beralih dari S 1 ke S 2 , apakah kesannya terhadap kecenderungan mengguna sut (MPC) dan saiz pengganda (m) ? Kecenderungan mengguna sut Saiz pengganda A. Berkurang Berkurang B. Berkurang Bertambah C. Bertambah Bertambah D. Bertambah Berkurang
  • 8. 8 5 Dalam ekonomi dua sektor, yang manakah boleh menyebabkan saiz pengganda pelaburan bertambah ? A. Kejatuhan kecenderungan menabung sut B. Kejatuhan perbelanjaan penggunaan C. Kenaikan tingkat pelaburan D. Kejatuhan kadar bunga di pasaran 6 Andaikan ekonomi dua sektor, jika kecenderungan mengguna sut ialah 0.8, ini bermakna saiz pengganda ialah A. 2.5 B. 4.0 C. 5.0 D. 8.0 7 Rajah di bawah menunjukkan satu fungsi penggunaan. Penggunaan Y=C C 450 Y 1 Y 2 Y 3 Pendapatan Berdasarkan rajah di atas, pernyataan yang manakah adalah benar? A. Jurang inflasi wujud pada tingkat pendapatan Y 3 B. Kecenderungan mengguna sut pada Y 3 adalah lebih tinggi daripada pada Y 1 C. Pada tingkat pendapatan Y 1 , perbelanjaan penggunaan lebih besar daripada pendapatan. D. Nisbah penggunaan kepada pendapatan adalah tetap di sepanjang fungsi C. 8 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, fungsi penggunaan ialah C= 80 + 0.7Y dan pelaburan I = 70. Tentukan tingkat keseimbangan pendapatan negara. A. 400 B. 500 C. 600 D. 700 9 Dalam sebuah ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan, saiz pengganda ialah 4. Jika pelaburan bertambah sebanyak RM20 juta, tentukan pertambahan dalam perbelanjaan penggunaan (C). A. RM60 juta B. RM70 juta C. RM80 juta D. RM90 juta 10 Rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan fungsi pelaburan dalam ekonomi dua sektor. Tabungan , pelaburan S I 0 m n Pendapatan negara
  • 9. 9 Pada tingkat pendapatan negara yang manakah kecenderungan mengguna purata adalah sama dengan satu ? A. 0 B. m C. n D. antara m dan n 11 Diberi fungsi penggunaan dalam ekonomi dua sektor ialah C = 54 + 0.7Y. Apakah tingkat pendapatan negara apabila tabungan isi rumah adalah sama dengan sifar? A. 180 B. 200 C. 240 D. 260 12 Diberi fungsi tabungan ekonomi dua sektor ialah S = -65 + 0.25Y. Jika pelaburan autonomi ialah RM35 juta, apakah tingkat keseimbangan pendapatan negara dan saiz pengganda ekonomi itu? Keseimbangan pendapatan negara (RM juta) Saiz pengganda A. 100 2.5 B. 200 2.5 C. 300 4.0 D. 400 4.0 13 Berikut ialah maklumat ekonomi sebuah ekonomi tertutup. Perbelanjaan penggunaan C = 0.6Y + RM250 juta Pelaburan autonomi I = RM300 juta Perbelanjaan kerajaan G = RM350 juta Apakah saiz pengganda ekonomi tersebut ? A. 2.0 B. 2.5 C. 3.0 D. 4.0 14 Dalam rajah di bawah, J ialah suntikan dan W ialah bocoran. J / W W J Y 0 Y1 Y 2 Y Bagaimanakah keadaan ekonomi pada tingkat pendapatan negara Y1 ?
  • 10. 10 A. Pendapatan negara cenderung merosot sehingga Y 0 tercapai B. Pendapatan negara cenderung meningkat sehingga Y 2 tercapai C. Inventori para pengeluar semakin meningkat D. Ekonomi menghadapi tekanan inflasi 15 Cukai sekali gus akan memberi kesan secara langsung terhadap A. penggunaan autonomi. B. pelaburan autonomi. C. kecenderungan mengguna sut. D. perbelanjaan kerajaan. 16 Jika kerajaan menambahkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM800 juta dan pada masa yang sama cukai dinaikkan dengan jumlah yang sama, dengan andaian pembolehubah lain tetap, tingkat keseimbangan pendapatan negara akan A. merosot sebanyak RM800 juta. B. meningkat sebanyak RM800 juta. C. tidak ada kecenderungan untuk berubah. D. meningkat sebanyak RM1 600 jika MPC ekonomi itu ialah 0.50. 17 Antara berikut, yang manakah merupakan syarat keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka? A. G -T = M-X B. I + G = S + T C. I + G + T = S + M + X D. I + G + X = S + T + M 18 Antara berikut, yang manakah bukan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi empat sektor? A. Perbelanjaan penggunaan B. Perbelanjaan pelaburan C. Perbelanjaan kerajaan D. Perbelanjaan luar negara terhadap eksport 19 Berikut ialah maklumat ekonomi sesebuah negara: Perbelanjaan penggunaan, C = 5 + 0.8Yd Pelaburan autonomi, I = 25 Perbelanjaan kerajaan, G = 10 Cukai sekali gus, T = 5 Eksport, X = 12 Import, M = 0.2Y Tingkat keseimbangan pendapatan negara itu ialah A. 90 B. 100 C. 110 D. 120 20 Harga AS
  • 11. 11 AD1 AD 2 0 Pendapatan negara Antara faktor berikut, yang manakah akan menyebabkan keluk AD beralih dari AD1 ke AD 2 ? A. Bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan oleh bank pusat B. Kadar pertukaran mata wang asing menurun C. Kenaikan upah buruh D. Pendapatan benar masyarakat telah meningkat BAB 4 PERANAN WANG DALAM EKONOMI 1 Jika tingkat harga umum telah meningkat 20%, ini bermakna nilai wang telah merosot sebanyak A. 14.14 % B. 16.67 % C. 20.00 % D. 25.00 % 2 Orang ramai menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk wang tunai di institusi kewangan kerana wang berfungsi sebagai A. alat pertukaran. B. alat pengukur nilai. C. alat pembayaran tertunda. D. alat penyimpanan nilai. Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan jadual di bawah. Jadual berikut menunjukkan data bekalan wang sebuah ekonomi Butiran RM billion Duit syling 15
  • 12. 12 Wang kertas 75 Deposit semasa 155 Simpanan tabungan di bank perdagangan 85 Simpanan tetap di syarikat kewangan 35 Sijil boleh niaga 20 Sijil Bank Negara Malaysia 15 3 Bekalan wang M1 ( RM billion ) dalam ekonomi tersebut ialah A. 90 B. 245 C. 330 D. 365 4 Wang hampir (separuh wang) dalam ekonomi tersebut ialah A. RM120 billion B. RM140 billion C. RM155 billion D. RM365 billion 5 Bank Islam Malaysia (BIMB) menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk menyimpan wang di samping membolehkan mereka mengeluarkan wang tersebut dengan mudah apabila perlu. Kemudahan tersebut adalah berdasarkan konsep A. Al-Mudharabah. B. Al-Ijarah. C. Al-Musyarakah. D. Al-Wadiah. 6 Antara berikut, yang manakah merupakan aset yang paling cair bank perdagangan ? A. Deposit semasa B. Wang panggilan C. Sekuriti kerajaan D. Pelaburan 7 Antara berikut, yang manakah merupakan liabiliti (tanggungan) kepada bank perdagangan ? A. Bon kerajaan B. Pinjaman C. Deposit D. Overdraf 8 Rizab sebenar sebuah bank perdagangan ialah RM9 000 dengan deposit semasa RM30 000 dan nisbah rizab minimum 20% . Lebihan rizab (RM) bank tersebut ialah A. RM3 000 B. RM6 000 C. RM7 500 D. RM9 000 9 Jika nisbah rizab yang diperlukan ialah 12.5%, maka saiz pengganda wang ialah A. 5 B. 6 C. 7 D. 8 10 Keupayaan sistem bank mencipta kredit terbatas apabila A. bank-bank memilih untuk menyimpan rizab melebihi yang diperlukan. B. bank pusat menurunkan nisbah rizab yang diperlukan.
  • 13. 13 C. peminjam mendeposit semula semua pinjaman di sistem bank. D. bank-bank membuat pinjaman daripada bank pusat. 11 Berikut menunjukkan Kunci Kira-kira sebuah bank. Aset RM Liabiliti RM Rizab 50 000 Deposit semasa 150 000 Pinjaman 70 000 Modal 100 000 Sekuriti 30 000 Hartanah 100 000 Jika nisbah rizab yang ditetapkan oleh bank pusat ialah 20%, maka dapat disimpulkan bahawa bank tersebut mempunyai rizab lebihan sebanyak A. RM10 000 B. RM20 000 C. RM30 000 D. RM40 000 12 Dalam satu sistem bank, semua bank menyimpan 20% daripada deposit sebagai wang tunai. Salah sebuah bank menerima deposit baru sebanyak RM300 . Dengan andaian tiada bocoran wang tunai daripada sistem bank, berapakah tambahan deposit dalam sistem bank tersebut? A. RM1 200 B. RM1 500 C. RM2 000 D. RM2 500 13 Salah satu bank perdagangan dalam sistem bank mempunyai lebihan rizab sebanyak RM1 000 . Jika jumlah rizabnya ialah RM10 000, dengan kadar rizab 20%, deposit semasa yang dimiliki oleh bank ialah A. RM45 000 B. RM50 000 C. RM55 000 D. RM60 000 14 Andaikan jumlah urus niaga sebuah ekonomi dalam tempoh setahun ialah 500 dan halaju edaran wang ialah 4. Jika bekalan wang telah bertambah daripada RM250 kepada RM300, menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, tingkat harga dalam ekonomi ialah A. 2.00 B. 2.40 C. 2.80 D. 3.20 15 Jadual menunjukkan peratus pertumbuhan bekalan wang, output dan tingkat harga sebuah ekonomi antara tahun 1998 - 2003. 1998 1999 2000 2001 2002 2003 Bekalan wang 10.5 9.9 9.0 12.5 18.0 20.8 Output 1.8 4.2 2.7 3.4 3.4 5.2 Tingkat harga 7.1 4.5 4.8 6.9 4.2 5.6 Berdasarkan data di atas, pernyataan yang manakah adalah benar? A. Kadar inflasi meningkat apabila kadar pertumbuhan output bertambah B. Kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat apabila kadar inflasi meningkat C. Halaju edaran wang berubah-ubah D. Kadar pertumbuhan output bertambah apabila kadar pertumbuhan bekalan wang meningkat
  • 14. 14 16 Output tahunan sebuah ekonomi telah bertambah sebanyak 4%, manakala penawaran wang bertambah sebanyak 9%. Jika halaju edaran wang adalah malar, berapakah peningkatan dalam tingkat harga ? A. 2.00% B. 2.25% C. 5.00% D. 6.00% 17 Kenaikan dalam kadar bunga di pasaran akan meningkatkan A. kos lepas memegang wang. B. permintaan wang untuk tujuan urus niaga. C. harga bon di pasaran. D. bekalan wang dalam ekonomi. 18 Jika kadar bunga yang ditetapkan oleh bank pusat adalah di bawah paras keseimbangan pasaran ini akan bermakna : A. kuantiti wang yang diminta akan melebihi kuantiti bekalan wang B. kuantiti wang yang diminta akan lebih kecil daripada kuantiti bekalan wang C. bekalan wang akan bertambah dan permintaan wang akan berkurangan D. permintaan wang akan bertambah dan bekalan wang akan berkurtangan 19 Pernyataan yang manakah adalah benar ? A. Bekalan wang berhubungan secara langsung dengan kadar bunga B. Jumlah wang yang diminta berhubungan secara songsang dengan kadar bunga C. Kejatuhan kadar bunga akan meningkatkan kos lepas untuk memegang wang D. Harga bon berhubungan secara positif dengan kadar bunga 20 Dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah, yang manakah akan menyebabkan kejatuhan permintaan wang? A. Kegiatan ekonomi semakin lembap B. Kadar bunga telah menurun C. Tingkat harga umum semakin naik D. Aliran modal asing ke dalam negara semakin meningkat
  • 15. 15 S + T I + G Y1 Y 2 Y f Y ea b c d BAB 5 MASALAH MAKROEKONOMI DAN DASAR PENSTABILAN 1 Lompang inflasi akan wujud dalam ekonomi apabila A. perbelanjaan agregat sebenar lebih tinggi daripada perbelanjaan agregat pada guna tenaga penuh. B. kerajaan melaksanakan belanjawan defisit dengan pinjaman dari luar negara. C. keseimbangan output benar tercapai pada keluk penawaran agregat yang anjal sempurna. D. pelaburan yang dirancang melebihi tabungan yang dirancang. 2 Pengangguran yang wujud semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah A. pengangguran geseran dan pengangguran kitaran. B. pengangguran geseran dan pengangguran tak ketara. C. pengangguran geseran dan pengangguran struktur. D. pengangguran geseran sahaja. 3 Kadar penyertaan buruh dapat ditentukan dengan rumus : A. Jumlah tenaga buruh x 100% Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64 B. Jumlah tenaga buruh x 100% Jumlah penduduk C. Jumlah penduduk dalam lingkungan 15-64 x 100% Jumlah penduduk D. Jumlah guna tenaga x 100% Jumlah penduduk 4 Berdasarkan rajah di bawah, lompang deflasi merujuk kepada jarak Bocoran, suntikan
  • 16. 16 P 0 A. ab B. ae C. cd D. ce 5 Andaikan pendapatan wang adalah RM100 ketika indeks harganya ialah 100. Jika indeks harga pada tahun berikutnya telah meningkat ke 110, ini bermakna A. pendapatan benar telah bertambah RM10. B. pendapatan benar telah merosot sebanyak RM9.09. C. pendapatan wang telah bertambah ke RM110. D. pendapatan wang telah merosot ke RM90. 6 Inflasi tarikan permintaan berlaku kerana A. kerajaan menjual surat-surat jaminan di pasaran terbuka. B. keluk kecekapan modal sut (MEI) telah beralih ke kiri. C. barangan yang diimport mengalami kenaikan harga. D. imbangan pembayaran mencatat lebihan yang berterusan. 7 Rajah di bawah menunjukkan keadaan stagflasi yang berlaku apabila keluk penawaran agregat (AS) beralih dari AS 0 ke AS1 . Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan sebab utama keluk AS 0 beralih ke AS1 ? Y A. Kenaikan kos-kos bahan mentah B. Kenaikan perbelanjaan kerajaan C. Kenaikan bekalan wang dalam ekonomi D. Kenaikan kadar bunga dalam ekonomi 8 Berlakunya kadar inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat adalah disebabkan oleh A. kenaikan permintaan agregat. B. kenaikan penawaran agregat. C. kejatuhan permintaan agregat. D. kejatuhan penawaran agregat. 9 Seandainya berlaku kejutan dalam penawaran agregat yang serius dan permintaan agregat kekal tidak berubah, maka akan berlaku A. kejatuhan dalam tingkat harga umum. B. pengurangan kadar pengangguran dalam ekonomi. C. pertambahan dalam output benar negara. D. pertambahan dalam kadar pengangguran dan tingkat harga umum. 10 Penstabil automatik dalam dasar fiskal bertujuan untuk A. menjadi sumber hasil cukai yang penting kepada kerajaan. B. mengurangkan turun naik kegiatan ekonomi. C. mengimbangkan belanjawan kerajaan. D. menstabilkan tingkat harga umum dalam ekonomi. P AD AS1 AS 0 Y1 Y 0 P1
  • 17. 17 11 Berikut ialah ciri-ciri penstabil automatik dalam dasar fiskal kecuali A. penstabil automatik dapat mengalihkan keluk kecekapan modal sut. B. penstabil automatik mengurangkan turun naik kitaran perniagaan. C. penstabil automatik mengurangkan nilai kecenderungan mengguna sut. D. penstabil automatik mengurangkan saiz pengganda. 12 Sekiranya terdapat penstabil automatik dalam ekonomi, maka apabila ekonomi sedang melambung A. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan turut merosot. B. hasil cukai dan bayaran pindahan kerajaan akan meningkat. C. hasil cukai menurun tetapi bayaran pindahan kerajaan bertambah. D. hasil cukai meningkat tetapi bayaran pindahan kerajaan akan menurun. 13 Pinjaman dari luar negara untuk membiayai belanjawan defisit cenderung menyebabkan A. pertumbuhan ekonomi diperlahankan. B. masalah inflasi. C. lompang deflasi wujud dalam ekonomi. D. kadar bunga dalam negara akan meningkat. 14 Cukai berkadar dapat berfungsi sebagai penstabil automatik kerana cukai itu memberi kesan secara langsung kepada A. penggunaan autonomi. B. tabungan dan pelaburan. C. kecekapan modal sut. D. kecenderungan mengguna sut. 15 Antara berikut, yang manakah merupakan dasar fiskal yang paling sesuai dilaksanakan untuk mengatasi inflasi tarikan permintaan? A. Melaksanakan dasar fiskal menguncup B. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar bank C. Menaikkan kadar cukai dan keperluan margin D. Memberi arahan khas kepada bank untuk mengurangkan pinjaman 16 Kenaikan perbelanjaan kerajaan dan cukai lump sum dengan jumlah yang sama secara serentak akan menyebabkan A. pendapatan negara merosot. B. pendapatan negara meningkat. C. pendapatan negara mula-mulanya meningkat kemudian berkurang. D. pendapatan negara tidak berubah. 17 Andaikan penggunaan autonomi ialah RM500 juta, pelaburan ialah RM250 juta, perbelanjaan kerajaan ialah RM350 juta dan kerajaan tidak mengenakan sebarang cukai. Jika keseimbangan pendapatan negara ialah RM4 400 juta, maka nilai kecenderungan mengguna sut ialah A. 0.60 B. 0.75 C. 0.80 D. 0.90 18 Apabila berlaku kemelesetan dalam ekonomi, langkah kerajaan melaksanakan dasar fiskal untuk meningkatkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi mungkin kurang berkesan disebabkan A. kenaikan kadar bunga. B. pengurangan cukai. C. pertambahan eksport. D. pertambahan bekalan wang.
  • 18. 18 19 Cara pembiayaan belanjawan defisit yang manakah akan mengembangkan kegiatan ekonomi? A. Membuat pinjaman dalam negara B. Mencetak wang baru C. Menaikkan kadar cukai D. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan 20 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan fungsi tabungan dan pelaburan. Sekiranya kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta, pendapatan negara akan meningkat sebanyak A. RM20 juta B. RM30 juta C. RM40 juta D. RM50 juta BAB 6 PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA Tabungan /pelaburan (RM juta) Pendapatan negara (RM juta) S I100 500100 0
  • 19. 19 1 Jadual di bawah menunjukkan output kereta dan televisyen per unit buruh negara A dan B. Negara Kereta (unit) Televisyen (unit) A 200 100 B 300 200 Sekiranya pengkhususan sepenuh dijalankan oleh kedua-dua negara, A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta B. negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta. C. kegiatan perdagangan antara kedua-dua negara hanya menguntungkan negara A. D. jumlah televisyen yang dapat dihasilkan akan berkurang. 2 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran padi dan jagung (unit) untuk negara A dan B. Dapat disimpulkan bahawa A. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang. B. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran jagung. C. negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran padi. D. kedua-dua negara tidak mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang. 3 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ dan BB’ untuk getah dan minyak kelapa sawit negara A dan B. Pernyataan yang manakah adalah benar? A. Negara B mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang. B. Negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran getah. C. Kedua-dua negara mempunyai kecekapan yang sama dalam pengeluaran kedua-dua jenis barang. D. Pengkhususan dan perdagangan tidak akan menguntungkan mana-mana negara. 4 Kadar syarat perdagangan semakin menguntungkan sesebuah negara apabila A. kos untuk mengimport semakin bertambah. B. pertambahan nilai eksport adalah melebihi pertambahan nilai import. C. kuantiti eksport melebihi kuantiti import. Padi Padi Jagung Jagung 2 0 2 0 8 16 Negara A Negara B Getah (unit) Minyak kelapa sawit (unit) A A’ B B’
  • 20. 20 D. kadar kenaikan harga import kurang daripada kadar kenaikan harga eksport. 5 Singapura merupakan rakan dagang Malaysia yang penting. Sekiranya kadar syarat perdagangan Malaysia bertambah buruk, ini bermakna A. harga import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding harga eksport Malaysia. B. harga eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding dengan harga import Malaysia. C. kuantiti import Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti eksport Malaysia. D. kuantiti eksport Malaysia telah meningkat lebih tinggi berbanding kuantiti import Malaysia. 6 Melalui masa, indeks harga import sesebuah negara telah meningkat daripada 100 kepada 125, manakala indeks harga eksportnya meningkat daripada 100 kepada 110. Kadar syarat perdagangan negara tersebut telah A. jatuh ke 88. B. meningkat ke 113.6. C. meningkat sebanyak 13.6%. D. jatuh sebanyak 15%. 7 Antara berikut, yang manakah adalah benar tentang tarif ? A. Tarif menghalang import barangan dari luar negara B. Tarif menetapkan had maksimum sesuatu barang yang boleh diimport C. Tarif melindungi pengeluar tempatan daripada persaingan pengeluar asing D. Tarif mengurangkan import dan menambahkan eksport sesebuah negara 8 Apabila tarif dikenakan atas sesuatu barang import, A. penawaran barang itu akan bertambah. B. penawaran barang itu akan berkurang. C. permintaan barang itu akan bertambah. D. penawaran barang itu akan berkurang. Soalan 9 hingga 11 merujuk kepada rajah di bawah. Dd dan Sd merupakan keluk permintaan dan penawaran dalam negara untuk sesuatu barang dan Pw ialah harga antarabangsa barang itu. 9 Sekiranya terdapat perdagangan bebas dalam ekonomi dan tiada tarif dikenakan ke atas barang itu, jumlah hasil yang diperoleh oleh pengeluar asing diwakili oleh kawasan A. c B. a dan b C. a , b, e dan f D. d,e,f dan g 10 Sekiranya tarif sebanyak PwPt dikenakan bagi setiap unit barang, pengeluar tempatan akan mengeluarkan barang itu sebanyak A. 0Q1 B. 0Q2 C. 0Q3 SdDdHarga aaa Pt Pd Pw Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Kuantiti0 a b c d e f g
  • 21. 21 D. 0Q4 11 Jumlah hasil cukai yang diperoleh kerajaan ditunjukkan oleh kawasan A. a + b B. c + d C. d + e D. f + g 12 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sekatan perdagangan ? A. Piawai kesihatan dan keselamatan B. Embargo C. Kawalan pertukaran asing D. Kawalan kredit terpilih 13 Apabila kuota import dikenakan ke atas sesuatu barang, apakah kesan yang mungkin timbul terhadap keluaran tempatan dan harga barang itu ? Keluaran tempatan (unit) Harga barang yang diimport (RM) A. Naik Jatuh B. Naik Jatuh C. Jatuh Naik D. Jatuh Jatuh 14 Imbangan akaun semasa sesebuah negara ialah perbezaan nilai antara eksport dan import A. barang dan perkhidmatan. B. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pembelian aset di luar negara. C. barang dan perkhidmatan ditambah dengan pendapatan pelaburan serta bayaran pindahan. D. barang dan perkhidmatan dengan ditolak dengan pelaburan portfolio di luar negara. 15 Permintaan terhadap mata wang asing timbul kerana terdapat permintaan terhadap barang import. Maka, dapat disimpulkan bahawa permintaan terhadap mata wang asing ialah permintaan A. agregat. B. berkait C. benar. D. berkesan. 16 Sekiranya rakyat Malaysia memerlukan RM100 000 untuk membeli sesuatu barang di Amerika Syarikat yang berharga USD25 000, ini bermakna kadar pertukaran untuk USD1 ialah A. RM2.50. B. RM4.00. C. RM5.00 D. RM6.00 17 Rakyat Malaysia meminta mata wang asing dan menawarkan Ringgit untuk A. membuat pembayaran kepada pengeksport negara asing. B. mengeksport barang dan perkhidmatan ke negara lain. C. menerima dividen dan keuntungan daripada pelaburan di luar negara. D. menerima bayaran daripada pengimport luar negara. 18 Dalam sistem kadar pertukaran terapung bebas, yang manakah daripada berikut akan meningkatkan nilai pertukaran Dolar Amerika Syarikat berbanding dengan Yen Jepun ? A. Kadar bunga benar di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun B. Kadar inflasi di Amerika Syarikat adalah lebih tinggi daripada Jepun. C. Pendapatan negara Amerika Syarikat meningkat dengan kadar yang lebih tinggi berbanding dengan Jepun
  • 22. 22 D. Perubahan cita rasa rakyat Amerika Syarikat yang lebih gemar menggunakan barang buatan Jepun. 19 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti Dolar Amerika Syarikat (USD) diminta dan ditawarkan pada pelbagai kadar pertukaran. Kuantiti USD yang diminta (unit) Harga RM / USD Kuantiti USD yang ditawarkan (unit) 150 5.00 560 250 4.50 480 350 4.00 350 450 3.50 285 550 3.00 160 Kadar pertukaran keseimbangan ialah A. RM1= USD0.20 B. RM1=USD0.22 C. RM1=USD0.25 D. RM1=USD0.29 20 Berikut merupakan kadar pertukaran mata wang Ringgit Malaysia (RM) dengan mata wang Dollar Singapura (S$) dan Dollar Amerika Syarikat (USD). S$1= RM2.20 USD 1= RM3.80 Kadar pertukaran antara mata wang S$ dengan USD ialah A. S$1= USD0.58 B. S$1 =USD0.61 C. S$1 =USD0.66 D. S$1= USD0.71 BAB 7 PERTUMBUHAN EKONOMI 1 Konsep pembangunan ekonomi meliputi perkara-perkara berikut kecuali A. agihan pendapatan yang setara. B. kadar kemiskinan yang rendah C. kadar pengangguran yang rendah. D. tingkat harga umum yang lebih tinggi. 2 Antara berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk membuat perbandingan taraf kebajikan antara negara-negara? A. Pendapatan negara benar B. Pendapatan negara potensi C. Pendapatan negara sebenar D. Pendapatan per kapita 3 Andaikan pendapatan per kapita sebuah negara yang sedang membangun dan negara yang maju pada sesuatu tahun ialah USD1 000 dan USD20 000 masing-masing. Jika kedua-dua negara mencatat kadar pertumbuhan 2% pada tahun berikutnya, jurang perbezaan dalam pendapatan per kapita (USD) akan bertambah sebanyak A USD150 B USD270 C USD380 D USD460
  • 23. 23 4 Berikut ialah kelemahan-kelemahan menggunakan pendapatan per kapita sebagai perbandingan taraf kebajikan antara negara-negara kecuali A. pendapatan per kapita tidak menggambarkan perbezaan kos hidup. B. pendapatan per kapita tidak menunjukkan agihan pendapatan masyarakat. C. pendapatan per kapita tidak mencerminkan output fizikal sesebuah ekonomi . D. pendapatan per kapita tidak mengambil kira kesan eksternaliti negatif dalam usaha meningkatkan pendapatan negara . 5 Sebab utama produktiviti yang rendah dalam sektor pertanian di negara-negara sedang membangun ialah A. saiz tanah yang tidak ekonomikal untuk diusahakan. B. penghijrahan penduduk dari desa ke bandar. C. pemasaran hasil pertanian yang tidak sempurna. D. pelaburan dalam sektor pertanian yang berlebihan . 6 Kesemua yang berikut menghalang pertumbuhan ekonomi negara-negara miskin kecuali A. pembangunan industri penggantian import. B. kadar pertambahan penduduk yang tinggi. C. hutang negara yang tinggi. D. ketidakcekapan penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada. 7 Antara berikut, yang manakah akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ? A. Peledakan penduduk B. Pengumpulan modal tetap yang rendah C. Tingkat teknologi yang rendah D. Persediaan infrastruktur yang mencukupi 8 Apakah faktor yang menyebabkan tingkat tabungan yang rendah di negara-negara miskin? A. Penduduknya kurang berminat menabung B. Tingkat pendapatan yang rendah C. Kadar faedah yang rendah D. Agihan pendapatan yang tidak setara 9 Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran AA’ ke BB’ berkemungkinan besar disebabkan oleh A. peningkatan teknologi . B. pengaliran modal ke luar negara. C. imbangan pembayaran defisit yang berterusan. D. kadar inflasi yang tinggi. Barang Y Barang X B B’A’ A
  • 24. 24 10 Apakah faktor utama yang menyebabkan kegiatan pengumpulan modal tetap yang lembap di negara- negara sedang membangun ? A. Kekurangan sumber alam semula jadi B. Kekurangan golongan usahawan C. Kekurangan galakan kerajaan D. Tingkat teknologi yang rendah