SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat
mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 1/4
Asma' Al-Banjari
Home
W e d n e s d a y , 2 7 F e b r u a r y 2 0 1 3
Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat
‫وﺑﺮﻛﺎﺗﮫ‬ ‫اﷲ‬ ‫ورﺣﻤﺔ‬ ‫ﻋﻠﯿﻜﻢ‬ ‫اﻟﺴﻼم‬
‫اﻟﺮﺣﯿﻢ‬ ‫اﻟﺮﺣﻤﻦ‬ ‫اﷲ‬ ‫ﺑﺴﻢ‬
- ‫ﻭﺳﻠﻢ‬ ‫ﻋﻠﻴﻪ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﺻﻠﻰ‬ - ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬ ‫ﺖ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬ : ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﻗﺎ‬ - ‫ﻋﻨﻪ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﺭﺿﻰ‬ - ‫ﹺ‬‫ﺏ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻄ‬‫ﺨ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻦ‬‫ﺑ‬ ‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬ ‫ﻦ‬‫ﻋ‬
:‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﻳ‬
‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﻫ‬ ‫ﺖ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ﻦ‬‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ، ‫ﻯ‬‫ﻮ‬‫ﻧ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹴ‬‫ﺉ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﻣ‬‫ﺍ‬ ‫ﱢ‬‫ﻞ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻟ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬ ، ‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻨ‬‫ﹺﺎﻟ‬‫ﺑ‬ ‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬))
‫ﻪ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﺮ‬‫ﺟ‬‫ﺎ‬‫ﻫ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ، ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﺤ‬‫ﻜ‬‫ﻨ‬‫ﻳ‬ ‫ﺓ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﺮ‬‫ﻣ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﺒ‬‫ﻴ‬‫ﺼ‬‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬‫ﻟ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﻫ‬ ‫ﺖ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬ ، ‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬
[‫ﻋﻠﻴﻪ‬ ‫]ﻣﺘﻔﻖ‬ .((
Daripada ‘Umar bin Al-Khattab RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat (seseorang itu), dan
sesungguhnya bagi setiap manusia apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang
berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah pada Allah dan
Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kepada dunia yang dia ingin
mendapatkan habuannya, atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya
adalah pada apa yang dia hijrahkan.” [Muttafaqun ‘alayh]
Pengajaran hadith:
1. Hadith ini merupakan isyarat bahawa setiap amalan yang tidak dibuat untuk mendapat
keredhaan Allah, maka ianya adalah batil, dan tidak akan mendapat sebarang ganjaran
di dunia mahupun di akhirat.
2. Diriwayatkan daripada al-Syafi’iy, dia berkata: Hadith ini merupakan satu pertiga
cabang ilmu, dan termasuk dalam 70 bab daripada bab Fiqh.
3. Imam Ahmad berkata: Usul Islam berpaksikan pada 3 hadith - Hadith ‘Umar: “Setiap
amalan itu bergantung pada niat.”; Hadith ‘A’ishah: “Barangsiapa yang berkata
tentang urusan kami (Islam) tetapi bukan dari kami, maka ianya tertolak.”; Dan
hadith Nu’man bin Basyir: “Perkara yang halal adalah jelas, dan perkara yang
haram juga jelas.”
4. Abu Dawud pula berkata: Aku telah menulis 500,00 hadith tentang Rasulullah SAW,
dan aku hanya memilih 4800 hadith untuk dimuatkan di dalam kitab ini – iaitu kitab al-
Sunan. Bagiku, cukuplah agama seseorang itu terpelihara dengan berpegang pada
empat hadith: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amalan itu bergantung pada niat.”;
Sabda Rasulullah SAW: “Antara tanda kebaikan Islam seseorang itu adalah dia
meninggalkan perkara yang tidak penting baginya.”; Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang Mu’min itu tidak akan menjadi Mu’min yang sebenarnya
sehinggalah dia tidak redha kepada saudaranya melainkan apa yang dia redha
pada dirinya sendiri.”; Sabda Rasulullah SAW: “Perkara yang haram adalah
jelas, dan perkara yang haram juga jelas.”
5. Para ulama’ berbeza pendapat tentang sabda baginda, “Setiap amalan itu
bergantung pada niat.” Kebanyakan mereka berpegang pada pendapat yang
mengatakan bahawa setiap amalan yang betul, dikira atau diterima adalah bergantung
kepada niat seseorang.
6. Mengikut riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, dia berkata: Aku suka kepada orang yang
berniat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu amalan, sama ada solat, puasa,
sedekah, atau apa-apa sahaja kebaikan. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: “Setiap
amalan itu bergantung pada niat.” Maka perintah ini merangkumi semua perkara
yang ingin dilakukan.
7. Sabda baginda, “Setiap amalan bergantung pada niat.” juga membawa maksud:
Syarat untuk menentukan amalan yang dilakukan itu betul atau rosak, diterima atau
MyTime
MyCalendar
This webpage is not available
Google Chrome could not load the webpage because www.al-azim.com
took too long to respond. The website may be down, or you may be
experiencing issues with your Internet connection.
Here are some suggestions:
Reload this webpage later.
Check your Internet connection. Restart any router, modem, or othe
network devices you may be using.
Add Google Chrome as a permitted program in your firewall's or
antivirus software's settings. If it is already a permitted program, try
deleting it from the list of permitted programs and adding it again.
If you use a proxy server, check your proxy settings or contact you
network administrator to make sure the proxy server is working. If
you don't believe you should be using a proxy server, adjust your
proxy settings: Go to the Chrome menu > Settings > Show
advanced settings... > Change proxy settings... > LAN Setting
MySolat
mak andak
View my complete
profile
About Me
▼ 2013 (11)
► June (1)
► May (1)
► April (1)
► March (3)
▼ February (2)
Tadabbur
Hadith:
Kepentinga
n Niat
Membazir
Sifat Keji
Yang Wajib
Dihindari
► January (3)
► 2012 (50)
► 2011 (10)
Blog Archive
Followers
0Share More Next Blog» Create Blog Sign In
7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat
mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 2/4
ditolak, diberi ganjaran atau tidak, adalah berdasarkan niat seseorang itu. Jikalau baik
niatnya, maka baiklah amalannya. Tetapi jika rosak niatnya, maka rosaklah amalannya.
8. Niat pada perbahasan para ulama’ terbahagi kepada dua:
a. Membezakan sesuatu ibadat dengan ibadat yang lain, seperti membezakan
solat Zohor dengan solat Asar dan membezakan puasa Ramadhan dengan
puasa yang lain. Ataupun membezakan ibadat dengan adat, seperti
membezakan mandi junub dengan mandi biasa. Inilah maksud niat yang banyak
terdapat dalam kitab-kitab feqah.
b. Melakukan setiap amalan kerana apa? Iaitu adakah betul-betul ikhlas kerana
Allah semata-mata? Atau kerana Allah dan juga kerana selain Allah atau
kerana selain dari Allah sahaja? Bahagian ini di sebut sebagai ikhlas.
9. Niat mengikut hadith Nabi SAW dan salaful Ummah ialah kehendak, dan ini dijelaskan
lagi dengan banyak dalam al-Qur’an. Antaranya:
a. “Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-
mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat.” [Ali Imran,
ayat 152]
b. “Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang
Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Al-Anfal, ayat 67]
c. “Barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat
faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada
faedah yang dikehendakiNya; dan barangsiapa yang menghendaki
(dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan
berikan kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami
tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat
kelak.” [Al-Syura: 20]
10. Sesungguhnya perkara yang ma’ruf, bersedekah, dan mendamaikan antara manusia
adalah perkara yang baik. Sekiranya ianya dibuat untuk mencari keredhaan Allah
SWT, ianya adalah baik baginya dan ia akan diberikan ganjaran. Tetapi sekiranya ia
tidak dibuat untuk mencari keredhaan Allah, itu adalah tidak baik baginya dan ia tidak
akan diberikan sebarang ganjaran. Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada
kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh
bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan
sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah,
tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [Al-Nisa’,
ayat 114]
11. Sabda Nabi SAW: “Semua manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak
berdasarkan niat-niat mereka.” [Riwayat Ibnu Majah]
12. Daripada Zayd bin Tsabit, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa
yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah akan sulitkan urusannya (di
dunia), menjadikan kefakiran di depan matanya, dan dia tidak akan mendapat
dunia melainkan apa yang telah ditulis baginya. Tetapi barangsiapa yang
menjadikan akhirat sebagai cita-citanya, Allah akan mengumpulkan
(memudahkan) urusannya (di dunia), menjadikan hatinya penuh dengan
kekayaan, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk.” [HR
Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban mensahihkannya]
13. Ibnu ‘Ijlan menyebut: Setiap amalan tidak akan menjadi baik melainkan setelah adanya
tiga perkara: Taqwa kepada Allah, niat yang baik dan bertepatan dengan syara’.
14. Syeikh al-Fudhayl berkata tentang firman Allah Ta’ala: “Supaya dia menguji kamu
siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya.” [Al-Mulk, ayat 2] Dia
berkata, iaitu: Yang paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syara’.
Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak bertepatan
dengan syara’, ianya tidak akan diterima. Dan apabila ianya bertepatan dengan syara’
tetapi tidak ikhlas, ianya tidak akan diterima juga sehinggalah amalan tersebut betul-
betul dilakukan dengan ikhlas dan bertepatan dengan syara’.
15. Sabda Rasulullah s.a.w. : “…Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan
Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan
barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingin
dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrahkan
(niatkan).”
16. Maksud ayat ini ialah hijrah para sahabat ke Madinah berbeza mengikut perbezaan niat
mereka. Siapa yang berhijrah kerana Allah, maka itulah orang yang berhijrah kerana
cintakan Allah dan Rasul. Sebaliknya barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau
kerana wanita, maka dia adalah ahli dunia.
17. Daripada Abu Hurayrah RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya
orang yang pertama diadili dan dihukum pada hari kiamat:
a. Lelaki yang mati syahid. Lalu ia dibawa di hadapan Allah, maka
ditunjukkan nikmat-nikmat ke atasnya dan dia mengakui nikmat-nikmat
tersebut. Kemudian ditanyakan kepadanya: ‘Apa yang engkau telah
This
webpage is not available
Google Chrome could not load the
webpage because
r1rk9np7bpcsfoeekl0khkd2juj27q3o-a-
fc-
opensocial.googleusercontent.com
took too long to respond. The website
may be down, or you may be
experiencing issues with your Internet
connection.
Here are some suggestions:
7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat
mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 3/4
Posted by mak andak at 17:34
lakukan pada nikmat-nikmat tersebut?’ Ia menjawab: ‘Aku telah
berperang kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Lalu dijawab
kepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapi engkau telah berperang supaya
engkau digelar seorang yang gagah perkasa. Dan memang orang ramai
telah menyebut engkau sebegitu. Lalu diperintahkan kepadanya, maka
mukanya diheret lalu dihumbankan ke neraka Jahannam.
b. Lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya, serta membaca al-
Qur’an. Maka ia dibawa dan diperkenalkan nikmat-nikmat kepadanya
sehingga ia mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya: ‘Apa yang
kamu telah lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?’ Jawabnya: ‘Aku
telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’an
kerana Engkau.’ Lalu dikatakan kepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapi
engkau mempelajari ilmu supaya dikatakan engkau seorang yang alim
dan engkau membaca al-Qur’an supaya dikatakan engkau seorang Qari’.
Dan memang orang ramai telah menyebut engkau sebegitu.’ Kemudian
ia diperintah lalu diheret mukanya sehingga dicampakkan ke dalam
neraka.
c. Lelaki yang diberi harta yang banyak. Maka ia dibawa dan ditunjukkan
nikmat-nikmat yang dimilikinya. Maka apabila dia mengakui nikmat-
nikmat tersebut, ia ditanya: ‘Apa yang kamu telah lakukan pada nikmat-
nikmat tersebut?’ Dia menjawab: ‘Aku tidak meninggalkan satu jalan
pun yang Engkau suka untuk menginfaqkan harta melainkan semua
telah aku infaqkannya kerana Engkau. Lalu dijawab: ‘Engkau berdusta,
tetapi engkau melakukan itu supaya engkau dikatakan sebagai seorang
yang pemurah. Dan memang orang ramai telah menyebut engkau
sebegitu. Kemudian diperintahkan kepadanya lalu mukanya diheret
sehingga dia dicampakkan ke neraka.” [HR Muslim, al-Nasa’ie dan
Ahmad]
18. Sesungguhnya Mu’awiyah setelah mendengar hadith ini, ia menangis sehingga pengsan.
Setelah dia sedar, dia berkata: ‘Benarlah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana Allah telah
berfirman:
“Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan
dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang
sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan
mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang Yang
tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan
pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa
Yang mereka telah kerjakan.” [Surah Huud, ayat 15-16]
19. Nabi SAW telah memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang menuntut ilmu
tetapi bukan kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang menuntut
ilmu yang sepatutnya dia menuntut untuk mencari keredhaan Allah, tetapi ia
tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat habuan dunia, maka dia tidak
akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.” [Hadith Sahih, riwayat
Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]
20. Amalan bukan kerana Allah terbahagi kepada beberapa bahagian:
a. Dilakukan kerana riya’ semata-mata sebagaimana orang munafiq. Firman Allah
Ta’ala:
“…Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas.
mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya)
kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman),
dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” [Surah al-Nisa’,
ayat 142]
b. Beramal kerana Allah tetapi masih ada sifat riya’. Sekiranya riya’ itu daripada
asal sebelum beramal, maka amalannya itu sia-sia walaupun sedikit. Sekiranya
riya’ itu datang kemudian, kemudian dia menolaknya maka amalannya itu akan
diterima dan tidak sia-sia. Tetapi sekiranya riya’ itu datang kemudian dan dia
tidak menolaknya, amalannya akan dibalas mengikut niatnya yang asal. Ini
pendapat Imam Ahmad dan Ibnu Jarir al-Tabariy.
No comments:
Post a Comment

More Related Content

What's hot

Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanMateri Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanErwin Wahyu
 
Keutamaan Shodaqah
Keutamaan ShodaqahKeutamaan Shodaqah
Keutamaan ShodaqahErwin Wahyu
 
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahKhutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahMuchammad Dimyati
 
Ash sidqu wa al-kadzibu
Ash sidqu wa al-kadzibu Ash sidqu wa al-kadzibu
Ash sidqu wa al-kadzibu Lis Kuw
 
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusia
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusiaMateri ibc 21 penilaian standar perbuatan manusia
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusiarendra visual
 
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y Siauw
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y SiauwMencintai Karena Allah by Ust. Felix Y Siauw
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y SiauwAzka Napsiyana
 
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahan
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahanSenarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahan
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahanKhirulnizam Abd Rahman
 
Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1imamtarmuji
 
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakalOperator Warnet Vast Raha
 
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docx
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docxMANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docx
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docxAshabulJawiyin
 
Motivasi quran
Motivasi quran Motivasi quran
Motivasi quran Masher Zen
 
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhirat
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhiratKhutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhirat
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhiratEko Sufian
 

What's hot (17)

Ragu Menikah__ Oleh: Ust. Ali Nur, Lc.
Ragu Menikah__ Oleh: Ust. Ali Nur, Lc.Ragu Menikah__ Oleh: Ust. Ali Nur, Lc.
Ragu Menikah__ Oleh: Ust. Ali Nur, Lc.
 
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanMateri Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
 
Sedekah dalam dakwah
Sedekah dalam dakwahSedekah dalam dakwah
Sedekah dalam dakwah
 
Keutamaan Shodaqah
Keutamaan ShodaqahKeutamaan Shodaqah
Keutamaan Shodaqah
 
Masuk surga tanpa hisab tanpa azab
Masuk surga tanpa hisab tanpa azabMasuk surga tanpa hisab tanpa azab
Masuk surga tanpa hisab tanpa azab
 
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadahKhutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
Khutbah Urgensi Ikhlas dalam setiap ibadah
 
Ash sidqu wa al-kadzibu
Ash sidqu wa al-kadzibu Ash sidqu wa al-kadzibu
Ash sidqu wa al-kadzibu
 
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusia
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusiaMateri ibc 21 penilaian standar perbuatan manusia
Materi ibc 21 penilaian standar perbuatan manusia
 
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y Siauw
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y SiauwMencintai Karena Allah by Ust. Felix Y Siauw
Mencintai Karena Allah by Ust. Felix Y Siauw
 
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahan
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahanSenarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahan
Senarai doa al-mathurat sughro - dengan terjemahan
 
Al maksturot
Al maksturotAl maksturot
Al maksturot
 
Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1Khutbah jumat-setahun edisi 1
Khutbah jumat-setahun edisi 1
 
Bk kj manusia terbaik dim
Bk kj manusia terbaik dimBk kj manusia terbaik dim
Bk kj manusia terbaik dim
 
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal
161323607 allah-mencukupi-orang-yang-bertawakal
 
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docx
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docxMANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docx
MANHAJ TALAQQI WAL ISTIDLAL.docx
 
Motivasi quran
Motivasi quran Motivasi quran
Motivasi quran
 
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhirat
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhiratKhutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhirat
Khutbah Jumat; Meraih sukses dunia dan akhirat
 

Similar to Asma' al banjari tadabbur hadith- kepentingan niat

The power of silaturahmi
The power of silaturahmiThe power of silaturahmi
The power of silaturahmiSofyan Siroj
 
! Jangan biarkan puasa sia sia
! Jangan biarkan puasa sia sia! Jangan biarkan puasa sia sia
! Jangan biarkan puasa sia siaNano Nani
 
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulHadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulAbdul Muchith
 
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan IslamIsu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan IslamEnigma
 
Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Muhsin Hariyanto
 
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidah
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidahPrinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidah
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidahHelmon Chan
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasadHelmon Chan
 
Keutamaan sayyidul istighfar
Keutamaan sayyidul istighfarKeutamaan sayyidul istighfar
Keutamaan sayyidul istighfarMuhsin Hariyanto
 
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Abdul Ghani
 
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurgaJajat Sudrajat
 
Ebook suvenir pernikahan
Ebook suvenir pernikahanEbook suvenir pernikahan
Ebook suvenir pernikahanSudirman Sultan
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiAshareif Actbar
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiAris Munandar
 
Hadis arbain an nawawi
Hadis arbain an nawawiHadis arbain an nawawi
Hadis arbain an nawawiSof Wan
 
Hadits Arba'in An Nawawi
Hadits Arba'in An Nawawi Hadits Arba'in An Nawawi
Hadits Arba'in An Nawawi muhammad danial
 
Inti Ajaran Islam
Inti Ajaran IslamInti Ajaran Islam
Inti Ajaran Islaminfomiftah
 

Similar to Asma' al banjari tadabbur hadith- kepentingan niat (20)

Nafaits tsamarat
Nafaits tsamaratNafaits tsamarat
Nafaits tsamarat
 
Makalah tasawuf2
Makalah tasawuf2Makalah tasawuf2
Makalah tasawuf2
 
The power of silaturahmi
The power of silaturahmiThe power of silaturahmi
The power of silaturahmi
 
! Jangan biarkan puasa sia sia
! Jangan biarkan puasa sia sia! Jangan biarkan puasa sia sia
! Jangan biarkan puasa sia sia
 
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz GaulHadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
Hadis 5 Arbain Nawawi/ustadz Gaul
 
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan IslamIsu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam
 
Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01Keutamaan sayyidul istighfar 01
Keutamaan sayyidul istighfar 01
 
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidah
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidahPrinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidah
Prinsip prinsip-dasar-tauhid-fiqih-dan-aqidah
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad
 
Keutamaan sayyidul istighfar
Keutamaan sayyidul istighfarKeutamaan sayyidul istighfar
Keutamaan sayyidul istighfar
 
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
Mengimbau semangat hijrah, mengembalikan maruah umat
 
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga4 golongan manusia yang dirindukan syurga
4 golongan manusia yang dirindukan syurga
 
Ebook suvenir pernikahan
Ebook suvenir pernikahanEbook suvenir pernikahan
Ebook suvenir pernikahan
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
Hadith 40 susunan imam an nawawi
Hadith 40 susunan imam an nawawiHadith 40 susunan imam an nawawi
Hadith 40 susunan imam an nawawi
 
Hadis arbain an nawawi
Hadis arbain an nawawiHadis arbain an nawawi
Hadis arbain an nawawi
 
Hadits Arba'in An Nawawi
Hadits Arba'in An Nawawi Hadits Arba'in An Nawawi
Hadits Arba'in An Nawawi
 
Inti Ajaran Islam
Inti Ajaran IslamInti Ajaran Islam
Inti Ajaran Islam
 
Tentang Qurban
Tentang  QurbanTentang  Qurban
Tentang Qurban
 

More from Afiem Sweet

More from Afiem Sweet (6)

Kertas kerja kem bestari solat skpht 09
Kertas kerja kem bestari solat skpht 09Kertas kerja kem bestari solat skpht 09
Kertas kerja kem bestari solat skpht 09
 
Pim
PimPim
Pim
 
Arabian
ArabianArabian
Arabian
 
Poem
PoemPoem
Poem
 
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaranPengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
 
Bab 23
Bab 23Bab 23
Bab 23
 

Asma' al banjari tadabbur hadith- kepentingan niat

  • 1. 7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 1/4 Asma' Al-Banjari Home W e d n e s d a y , 2 7 F e b r u a r y 2 0 1 3 Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat ‫وﺑﺮﻛﺎﺗﮫ‬ ‫اﷲ‬ ‫ورﺣﻤﺔ‬ ‫ﻋﻠﯿﻜﻢ‬ ‫اﻟﺴﻼم‬ ‫اﻟﺮﺣﯿﻢ‬ ‫اﻟﺮﺣﻤﻦ‬ ‫اﷲ‬ ‫ﺑﺴﻢ‬ - ‫ﻭﺳﻠﻢ‬ ‫ﻋﻠﻴﻪ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﺻﻠﻰ‬ - ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬ ‫ﺖ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬ : ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﻗﺎ‬ - ‫ﻋﻨﻪ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﺭﺿﻰ‬ - ‫ﹺ‬‫ﺏ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻄ‬‫ﺨ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻦ‬‫ﺑ‬ ‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬ ‫ﻦ‬‫ﻋ‬ :‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﻳ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﻫ‬ ‫ﺖ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ﻦ‬‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ، ‫ﻯ‬‫ﻮ‬‫ﻧ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹴ‬‫ﺉ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﻣ‬‫ﺍ‬ ‫ﱢ‬‫ﻞ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻟ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬ ، ‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻨ‬‫ﹺﺎﻟ‬‫ﺑ‬ ‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬)) ‫ﻪ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﺮ‬‫ﺟ‬‫ﺎ‬‫ﻫ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ، ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﺤ‬‫ﻜ‬‫ﻨ‬‫ﻳ‬ ‫ﺓ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﺮ‬‫ﻣ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﺒ‬‫ﻴ‬‫ﺼ‬‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬‫ﻟ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﺮ‬‫ﺠ‬‫ﻫ‬ ‫ﺖ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬ ، ‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶﻰ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ [‫ﻋﻠﻴﻪ‬ ‫]ﻣﺘﻔﻖ‬ .(( Daripada ‘Umar bin Al-Khattab RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat (seseorang itu), dan sesungguhnya bagi setiap manusia apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah pada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kepada dunia yang dia ingin mendapatkan habuannya, atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah pada apa yang dia hijrahkan.” [Muttafaqun ‘alayh] Pengajaran hadith: 1. Hadith ini merupakan isyarat bahawa setiap amalan yang tidak dibuat untuk mendapat keredhaan Allah, maka ianya adalah batil, dan tidak akan mendapat sebarang ganjaran di dunia mahupun di akhirat. 2. Diriwayatkan daripada al-Syafi’iy, dia berkata: Hadith ini merupakan satu pertiga cabang ilmu, dan termasuk dalam 70 bab daripada bab Fiqh. 3. Imam Ahmad berkata: Usul Islam berpaksikan pada 3 hadith - Hadith ‘Umar: “Setiap amalan itu bergantung pada niat.”; Hadith ‘A’ishah: “Barangsiapa yang berkata tentang urusan kami (Islam) tetapi bukan dari kami, maka ianya tertolak.”; Dan hadith Nu’man bin Basyir: “Perkara yang halal adalah jelas, dan perkara yang haram juga jelas.” 4. Abu Dawud pula berkata: Aku telah menulis 500,00 hadith tentang Rasulullah SAW, dan aku hanya memilih 4800 hadith untuk dimuatkan di dalam kitab ini – iaitu kitab al- Sunan. Bagiku, cukuplah agama seseorang itu terpelihara dengan berpegang pada empat hadith: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap amalan itu bergantung pada niat.”; Sabda Rasulullah SAW: “Antara tanda kebaikan Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak penting baginya.”; Sabda Rasulullah SAW: “Seseorang Mu’min itu tidak akan menjadi Mu’min yang sebenarnya sehinggalah dia tidak redha kepada saudaranya melainkan apa yang dia redha pada dirinya sendiri.”; Sabda Rasulullah SAW: “Perkara yang haram adalah jelas, dan perkara yang haram juga jelas.” 5. Para ulama’ berbeza pendapat tentang sabda baginda, “Setiap amalan itu bergantung pada niat.” Kebanyakan mereka berpegang pada pendapat yang mengatakan bahawa setiap amalan yang betul, dikira atau diterima adalah bergantung kepada niat seseorang. 6. Mengikut riwayat Imam Ahmad bin Hanbal, dia berkata: Aku suka kepada orang yang berniat terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu amalan, sama ada solat, puasa, sedekah, atau apa-apa sahaja kebaikan. Kerana itulah Nabi SAW bersabda: “Setiap amalan itu bergantung pada niat.” Maka perintah ini merangkumi semua perkara yang ingin dilakukan. 7. Sabda baginda, “Setiap amalan bergantung pada niat.” juga membawa maksud: Syarat untuk menentukan amalan yang dilakukan itu betul atau rosak, diterima atau MyTime MyCalendar This webpage is not available Google Chrome could not load the webpage because www.al-azim.com took too long to respond. The website may be down, or you may be experiencing issues with your Internet connection. Here are some suggestions: Reload this webpage later. Check your Internet connection. Restart any router, modem, or othe network devices you may be using. Add Google Chrome as a permitted program in your firewall's or antivirus software's settings. If it is already a permitted program, try deleting it from the list of permitted programs and adding it again. If you use a proxy server, check your proxy settings or contact you network administrator to make sure the proxy server is working. If you don't believe you should be using a proxy server, adjust your proxy settings: Go to the Chrome menu > Settings > Show advanced settings... > Change proxy settings... > LAN Setting MySolat mak andak View my complete profile About Me ▼ 2013 (11) ► June (1) ► May (1) ► April (1) ► March (3) ▼ February (2) Tadabbur Hadith: Kepentinga n Niat Membazir Sifat Keji Yang Wajib Dihindari ► January (3) ► 2012 (50) ► 2011 (10) Blog Archive Followers 0Share More Next Blog» Create Blog Sign In
  • 2. 7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 2/4 ditolak, diberi ganjaran atau tidak, adalah berdasarkan niat seseorang itu. Jikalau baik niatnya, maka baiklah amalannya. Tetapi jika rosak niatnya, maka rosaklah amalannya. 8. Niat pada perbahasan para ulama’ terbahagi kepada dua: a. Membezakan sesuatu ibadat dengan ibadat yang lain, seperti membezakan solat Zohor dengan solat Asar dan membezakan puasa Ramadhan dengan puasa yang lain. Ataupun membezakan ibadat dengan adat, seperti membezakan mandi junub dengan mandi biasa. Inilah maksud niat yang banyak terdapat dalam kitab-kitab feqah. b. Melakukan setiap amalan kerana apa? Iaitu adakah betul-betul ikhlas kerana Allah semata-mata? Atau kerana Allah dan juga kerana selain Allah atau kerana selain dari Allah sahaja? Bahagian ini di sebut sebagai ikhlas. 9. Niat mengikut hadith Nabi SAW dan salaful Ummah ialah kehendak, dan ini dijelaskan lagi dengan banyak dalam al-Qur’an. Antaranya: a. “Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata- mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat.” [Ali Imran, ayat 152] b. “Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Al-Anfal, ayat 67] c. “Barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakiNya; dan barangsiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikan kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” [Al-Syura: 20] 10. Sesungguhnya perkara yang ma’ruf, bersedekah, dan mendamaikan antara manusia adalah perkara yang baik. Sekiranya ianya dibuat untuk mencari keredhaan Allah SWT, ianya adalah baik baginya dan ia akan diberikan ganjaran. Tetapi sekiranya ia tidak dibuat untuk mencari keredhaan Allah, itu adalah tidak baik baginya dan ia tidak akan diberikan sebarang ganjaran. Firman Allah SWT: “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” [Al-Nisa’, ayat 114] 11. Sabda Nabi SAW: “Semua manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak berdasarkan niat-niat mereka.” [Riwayat Ibnu Majah] 12. Daripada Zayd bin Tsabit, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, Allah akan sulitkan urusannya (di dunia), menjadikan kefakiran di depan matanya, dan dia tidak akan mendapat dunia melainkan apa yang telah ditulis baginya. Tetapi barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai cita-citanya, Allah akan mengumpulkan (memudahkan) urusannya (di dunia), menjadikan hatinya penuh dengan kekayaan, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk.” [HR Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban mensahihkannya] 13. Ibnu ‘Ijlan menyebut: Setiap amalan tidak akan menjadi baik melainkan setelah adanya tiga perkara: Taqwa kepada Allah, niat yang baik dan bertepatan dengan syara’. 14. Syeikh al-Fudhayl berkata tentang firman Allah Ta’ala: “Supaya dia menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya.” [Al-Mulk, ayat 2] Dia berkata, iaitu: Yang paling ikhlas dan paling bertepatan dengan syara’. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak bertepatan dengan syara’, ianya tidak akan diterima. Dan apabila ianya bertepatan dengan syara’ tetapi tidak ikhlas, ianya tidak akan diterima juga sehinggalah amalan tersebut betul- betul dilakukan dengan ikhlas dan bertepatan dengan syara’. 15. Sabda Rasulullah s.a.w. : “…Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia hijrahkan (niatkan).” 16. Maksud ayat ini ialah hijrah para sahabat ke Madinah berbeza mengikut perbezaan niat mereka. Siapa yang berhijrah kerana Allah, maka itulah orang yang berhijrah kerana cintakan Allah dan Rasul. Sebaliknya barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana wanita, maka dia adalah ahli dunia. 17. Daripada Abu Hurayrah RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama diadili dan dihukum pada hari kiamat: a. Lelaki yang mati syahid. Lalu ia dibawa di hadapan Allah, maka ditunjukkan nikmat-nikmat ke atasnya dan dia mengakui nikmat-nikmat tersebut. Kemudian ditanyakan kepadanya: ‘Apa yang engkau telah This webpage is not available Google Chrome could not load the webpage because r1rk9np7bpcsfoeekl0khkd2juj27q3o-a- fc- opensocial.googleusercontent.com took too long to respond. The website may be down, or you may be experiencing issues with your Internet connection. Here are some suggestions:
  • 3. 7/8/13 Asma' Al-Banjari: Tadabbur Hadith: Kepentingan Niat mak-andak.blogspot.com/2013/02/tadabbur-hadith-kepentingan-niat.html 3/4 Posted by mak andak at 17:34 lakukan pada nikmat-nikmat tersebut?’ Ia menjawab: ‘Aku telah berperang kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Lalu dijawab kepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapi engkau telah berperang supaya engkau digelar seorang yang gagah perkasa. Dan memang orang ramai telah menyebut engkau sebegitu. Lalu diperintahkan kepadanya, maka mukanya diheret lalu dihumbankan ke neraka Jahannam. b. Lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya, serta membaca al- Qur’an. Maka ia dibawa dan diperkenalkan nikmat-nikmat kepadanya sehingga ia mengakuinya. Kemudian ditanya kepadanya: ‘Apa yang kamu telah lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?’ Jawabnya: ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Qur’an kerana Engkau.’ Lalu dikatakan kepadanya: ‘Engkau berdusta, tetapi engkau mempelajari ilmu supaya dikatakan engkau seorang yang alim dan engkau membaca al-Qur’an supaya dikatakan engkau seorang Qari’. Dan memang orang ramai telah menyebut engkau sebegitu.’ Kemudian ia diperintah lalu diheret mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka. c. Lelaki yang diberi harta yang banyak. Maka ia dibawa dan ditunjukkan nikmat-nikmat yang dimilikinya. Maka apabila dia mengakui nikmat- nikmat tersebut, ia ditanya: ‘Apa yang kamu telah lakukan pada nikmat- nikmat tersebut?’ Dia menjawab: ‘Aku tidak meninggalkan satu jalan pun yang Engkau suka untuk menginfaqkan harta melainkan semua telah aku infaqkannya kerana Engkau. Lalu dijawab: ‘Engkau berdusta, tetapi engkau melakukan itu supaya engkau dikatakan sebagai seorang yang pemurah. Dan memang orang ramai telah menyebut engkau sebegitu. Kemudian diperintahkan kepadanya lalu mukanya diheret sehingga dia dicampakkan ke neraka.” [HR Muslim, al-Nasa’ie dan Ahmad] 18. Sesungguhnya Mu’awiyah setelah mendengar hadith ini, ia menangis sehingga pengsan. Setelah dia sedar, dia berkata: ‘Benarlah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana Allah telah berfirman: “Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa Yang mereka telah kerjakan.” [Surah Huud, ayat 15-16] 19. Nabi SAW telah memberi ancaman yang keras kepada sesiapa yang menuntut ilmu tetapi bukan kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dia menuntut untuk mencari keredhaan Allah, tetapi ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat habuan dunia, maka dia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat.” [Hadith Sahih, riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban] 20. Amalan bukan kerana Allah terbahagi kepada beberapa bahagian: a. Dilakukan kerana riya’ semata-mata sebagaimana orang munafiq. Firman Allah Ta’ala: “…Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).” [Surah al-Nisa’, ayat 142] b. Beramal kerana Allah tetapi masih ada sifat riya’. Sekiranya riya’ itu daripada asal sebelum beramal, maka amalannya itu sia-sia walaupun sedikit. Sekiranya riya’ itu datang kemudian, kemudian dia menolaknya maka amalannya itu akan diterima dan tidak sia-sia. Tetapi sekiranya riya’ itu datang kemudian dan dia tidak menolaknya, amalannya akan dibalas mengikut niatnya yang asal. Ini pendapat Imam Ahmad dan Ibnu Jarir al-Tabariy. No comments: Post a Comment