Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam

24,882 views

Published on

Sharing is Caring right!!

Published in: Business
0 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
24,882
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
761
Comments
0
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Isu-isu Etika Dalam Pengurusan Islam

1. 1. ISU-ISU ETIKA DALAM PENGURUSAN ISLAM Ahli Kumpulan: Insyirah Bt Abd Khalid 2009943851 Nur Atiqah Bt Mohd Ramli 2009361867 Nur’Shafiqa Bt Mohamad Saleh 2009912907 Islam dan Pengurusan CTU263
2. 2. Definisi Etika

Berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud adat, budaya, tingkah laku dan watak. Menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Proses mentafsirkan sesuatu perbuatan baik ataupun sebaliknya.

3. 3. Definisi Etika

Dari perspektif Islam Etika merujuk pada norma-norma berkaitan dengan baik dan buruk yang diamalkan dalam melakukan sesuatu urusan. Piawaian nilai baik dan buruk berasaskan syariat dengan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

4. 4. Asas Etika dalam Islam
5. 5. Definisi Pengurusan

Terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang menyelaras dan mengurus kumpulan tersebut demi mencapai suatu matlamat.

6. 6. Definisi Pengurusan

Dari sudut Islam; Kemahiran melaksana semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Kewujudan organisasi sebagai penggerak dan penyelaras utama sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran.

Perihal para pengurus yang perlu bersifat adil dan saksama.

7. 7. Elemen-elemen Pengurusan Islam
8. 8. Etika Pengurusan Islam

Definisi : Tingkah laku pengurusan mengikut Etika Islam.

Sumber Rujukan:

Al-Quran

Al-Sunnah

9. 9. Ciri-ciri Etika Pengurusan Islam
10. 10. ISU:: Pembaziran
11. 11. Definisi Pembaziran

Bermaksud membazir atau boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).

12. 12.

Firman Allah yang bermaksud:

" Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya ."

(Surah al-Isra':27)

13. 13. Pembaziran amalan umat Islam di Bulan Ramadhan ialah:

Makanan berbuka

Makanan berlebihan semasa bersedekah atau kenduri di masjid

Membazir membeli persiapan raya

Membazir belanja membeli mercun dan bunga api

Membazir masa

Buka di tempat mewah

14. 14.

Firman Allah SWT : “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya”.

Surah Al-Isra’ ayat 26 dan 27

15. 15. Punca Pembaziran :

Masalah ‘overeat’ iaitu tabiat mengambil makanan lebih dari sepatutnya yang kita makan.

Masalah orang yang berbelanja mengikut nafsu atau kehendak bukan mengikut keperluan sepatutnya.

16. 16. Cara mengelakkan pembaziran :

Tips membeli makanan di bazar ramadhan

Tips mengawal nafsu makan di bulan puasa

17. 17. Faedah mengamalkan sifat jimat cermat :

Dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja atau pekerjaan akan mendapat pahala dan keberkatan dari Allah s.w.t .

Dengan mengamalkan sikap berjimat cermat dan bersederhana dapat menyelamatkan kita dari muflis akibah hutang dan berbelanja berlebihan menurut hawa nafsu .

Dengan mengamalkan sikap sederhana membolehkan kita mampu untuk bersedekah pada jalan Allah, lebih-lebih lagi menunaikan zakat yang pastinya melengkapkan lagi penyempurnaan rukun Islam .

Kita akan mempunyai simpanan dan simpanan tersebut dapat menjamin hidup kita disaat mengahadapi kesusahan.

18. 18. ISU:: Pembedahan Tukar Jantina
19. 19. Kenapa ia terjadi?

Lemah dalam pengurusan hidup.

Kurang ilmu dan didikan.

Lemah dalam pegangan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t dalam menuruti arahan-NYA yakni mengubah ciptaan Allah itu haram.

20. 20. Bukti Hadis Pengharaman Tukar Jantina
21. 21.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya):

“ Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.”

(Riwayat al-Bukhari).

22. 22.

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata (maksudnya):

“ Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”.

(Riwayat Abu Daud dengan sanad sahih)

23. 23.

Allah berfirman yang bermaksud:

“ Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”.

(Surah An-Nisaa’ ayat 119).

Bukti Nas Al-Quran
24. 24.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”.

(Surah at-Tiin ayat 4)

Bukti Nas Al-Quran
25. 25. … Perbincangan dengan lebih terperinci etika pengurusan yang melanggar hukum Allah…
26. 26. Taghyir dan Takmil

Terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)  2. Takmil (Menyempurnakan jantina)

27. 27. Ciri-ciri Taghyir / Tabdil

Seorang lelaki yang sempurna [normal kejadian jantina luarannya (zakar) sesuai dengan organ jantina dalamannya] kemudian menukar jantinanya kepada jantina wanita.

Seorang wanita yang sempurna [normal kejadian jantina luarannya (faraj) sesuai dengan organ jantina dalamannya] kemudian menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

28. 28. Ciri-ciri Takmil

Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.

29. 29. Ciri-ciri Takmil

Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

30. 30. Hukum Taghyir dan Takmil HARUS HARAM
31. 31. Hukum Taghyir

Hukum Taghyir - mengubah status kelamin, dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya. Islam mengharamkannya dengan alasan:

1. Firman Allah Taala:

HARAM
32. 32. Hukum Taghyir

Ertinya:

“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

(surah al-Hujarat, 13)

HARAM
33. 33. Hukum Taghyir

2. Firman Allah Taala:

HARAM
34. 34. Hukum Taghyir

Ertinya:

“ Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

(Al-Nisa', 119)

HARAM
35. 35. Hukum Taghyir

3. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."

HARAM
36. 36. Hukum Takmil

b) Hukum Takmil - Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

1. Untuk menarik kebaikan dan menghindarkan kemudaratan.

2. Kembali kepada hukum pengharaman Taghyir.

HARUS
37. 37. Status Mereka yang Menukar Jantina
38. 38.

i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.

Status Tukar Jantina
39. 39.

ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.

Status Tukar Jantina
40. 40. Khatimah
41. 41. Kesan dan Akibat
42. 42.

Memberikan kesempurnaan

Menghilangkan keaiban

Mengembalikan fungsi

Kebaikan
43. 43.

Mengubah ciptaan Allah s.w.t dan melawan fitrah manusia

Mendatangkan kemudaratan

Menimbulkan keraguan dalam beribadah

Menyukarkan pengurusan apabila seseorang itu meninggal dunia

Merosakkan institusi rumah tangga

Keburukan
44. 44. ISU:: Etika kerja dan pengurusan islam
45. 45. Definisi Kerja

Kerja merupakan usaha yang bertujuan untuk menghasilkan atau menyediakan sesuatu. Pekerjaan membawa maksud sesuatu yang dilakukan dengan secara berterusan kerana mencari nafkah. Mencari nafkah adalah merupakan perkara  yang wajib ke atas setiap orang yang mempunyai tanggungjawab dalam keluarga atau ataupun dirinya sendiri.

46. 46.

Kita diarahkan agar bekerja untuk melengkapi proses hidup di dunia dan pada waktu yang sama kita tidak boleh meninggalkan bekalan untuk akhirat atau melebihkan dunia daripada akhirat atau menyamakan kedua-duanya. Sebetulnya akhirat adalah lebih baik sebagaimana firman Allah s.w.t. :

47. 47.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 28/77

48. 48.

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).  Al-Juma'ah."

49. 49.

• Kerja atau pekerjaan termasuk dalam ibadah umum yang mesti melengkapi beberapa kriteria agar diterima sebagai ibadah.

Perlakuan manusia ialah amal iaitu kerja yang diusahakan. Kerja tersebut menjadi ibadah apabila: o Niat kerana Allah o Sesuai dengan syariat – rezeki yang halal o Mengutama dan tidak meninggalkan yang fardu o Membina dan membentuk masyarakat bertamadun • Memenuhi/menyempurna tugas manusia sebagai Hamba dan Khalifah di muka bumi.

50. 50.

Etika merupakan ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, atau prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain) .

Berdasarkan takrif tersebut dapatlah difahami bahawa etika adalah lebih khusus daripada akhlak dan moral. Setiap organisasi mempunyai etikanya tersendiri dan bersifat unik. Etika tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:

Etika kerja Islam
51. 51.

Etika pemakaian - semua pakaian yang sesuai, selesa dan tidak melanggar hukum syarak.

Etika kelakuan dan sikap - amanah & bertanggungjawab - melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh

Etika kerja Islam
52. 52.

Etika bentuk pekerjaan - perkejaan yang halal & bersesuaian

Etika pengurusan masa dan harta - harta yang lebih diwajibkan membayar zakat - digalakkan bersedeqah - tidak membazir masa dan harta

Etika kerja Islam
53. 53.

Terdapat dua perkara yang menyebabkan seseorang itu gagal di dunia dan di akhirat iaitu: kejahilan dan kelalaian. Oleh itu seorang pekerja Islam mestilah mengenal pasti pekerjaannya, adakah pekerjaannya menepati ciri-ciri etika kerja dalam Islam atau sebaliknya. Kelalaian dengan pekerjaan akan menjurus kepada kegagalan hidup di dunia dan akhirat.

Bekerja dengan niat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t

Bekerja dengan ikhlas dan amanah

Bekerja dengan tekun

Pekerjaan yang dilakukan tidak bercanggah dengan syarak

Ciri-ciri etika kerja Islam
54. 55. Matlamat kerja dalam Islam
55. 56.

Hak pekerja - Persaudaraan dan kesamaan peluang - Kepercayaan dan tanggungjawab - Peluang meningkat dalam kerjaya - Motivasi - bermesyuarat - menuntut ilmu -ganjaran & kebajikan

Hak majikan - beri arahan - melantik, mengambil dan memberhentikan pekerja

Hubungan Pekerja Dan Majikan
56. 57. Tanggungjawab pekerja dan majikan

Pekerja - ikut arahan - selesaikan kerja pada waktu - menjaga kepentingan sesebuah organisasi - Jujur dan ikhlas dengan majikan.

Majikan - menjaga kebajikan pekerja - memberikan ganjaran sewajarnya - Melindung hak dan kebajikan pekerja.
57. 58.

Paradigma tauhid menjadi asas kepada para pekerja dalam menentukan sikap, dan perlakuan mereka terhadap tugas, rakan sejawat, jabatan dan organisasi dalam melaksanakan tugas. Para pekerja samada di peringkat yang tertinggi, pertengahan atau bawahan akan berusaha melaksanakan yang terbaik dan menegakkan keadilan kerana mereka sedar semua aktiviti yang mereka lakukan akan diadili diakhirat kelak.

Penyelewengan akan dihapuskan kerana ia semua bertentangan dengan falsafah: • Tauhid Uluhiyyah • Tauhid Rububiyyah • Tauhid Asma wa al-Sifat

Ketauhidan kepada Allah dan kesannya kepada etika kerja
58. 59.

mengkehendaki manusia yakin dan percaya bahawa Allah Maha Esa dan menumpukan seluruh pengabdian hanya kepada-Nya.

Dengan itu ia tidak akan tunduk kecuali kepada Allah. Ia menyedari bahawa ia merupakan seorang hamba.

Segala undang-undang, arahan, peraturan, prosedur dan sebagainya akan diolah dan digubal berdasarkan kehendak syariat untuk menyelamatkan diri dan manusia lain dari kemaksiatan.

Tauhid Uluhiyyah
59. 60.

Yakin dan percaya bahawa Allah Pemilik segala-galanya. Dia yang menghidup dan mematikan, pemberi rezeki, pengurus, pentadbir dan penguasa alam seluruhnya.

Dengan itu segala apa yang dimiliki adalah amanah yang akan dipersoalkan di kemudian hari.

Menyedari bahawa jawatan, harta atau apa yang dimiliki itu merupakan amanah, pekerja sebagai seorang manusia akan mengaplikasikan konsep amanah tersebut dalam pengurusannya.

Tauhid Rububiyyah
60. 61.

Manakala pula, ia yakin dan percaya bahawa Allah Maha Berkuasa memiliki nama dan sifat yang baik-baik.

Sumber segala ilmu dan mendidik manusia supaya menguruskan alam ini dengan berpandukan ilmu yang benar bukannya ilmu yang berasaskan akal semata-mata.

Tauhid Asma wa al-Sifat
61. 62. Peringkat Etika Kerja

Peringkat Keseluruhan

Peringkat ini adalah merupakan skop budaya yang lebih menyeluruh seperti negara, masyarakat, organisasi, keluarga dan lain-lain. Ia melibatkan semua bahagian skala besar.

62. 63. Peringkat Etika Kerja

peringkat Individu

Individu adalah sangat penting kerana ia adalah sel-sel pembentukan kumpulan.

setiap individu perlu dibentuk mengikut dan serasi dengan budaya kerja kumpulan.

Individu perlu memahami prinsip-prinsip yang memihak kepada kepentingan individu sahaja, ada pula prinsip-prinsip yang memihak kepada kumpulan sahaja dan sangat penting difahami bahawa terdapat prinsip-prinsip yang membawa kepentingan kepada kedua-duanya sekali.

63. 64. Peringkat Etika Kerja

Peringkat Kumpulan sebenarnya budaya kerja di peringkat individu yang mengarahkan kepada semangat berkelompoklah yang bertanggung jawab menjayakan budaya kerja di peringkat kumpulan.

Perbezaan peranan diperingkat individu, hanya mempastikan skop peranan dan tugas sahaja berbeza di kedua-dua peringkat ini.

Budaya kerja berkumpulan lebih meminta ketahanan, persefahaman, pengorbanan dan kemenangan bersama.

64. 65.

Pengurusan Islam yang berasaskan falsafah tauhid melahirkan rasa tanggungjawab dalam setiap diri manusia sebagai hamba dan khalifah kepada Allah s.w.t, oleh yang demikian, mereka melakukan aktiviti berasaskan prinsip-prinsip yang dibenarkan dengan menyedari semua aktiviti tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada mereka di akhirat kelak.

65. 66. Kesimpulan Secara kesimpulannya, isu-isu terkini yang timbul di dalam masyarakat Islam sekarang seperti penukaran jantina, isu di tempat kerja dan pembaziran adalah sesuatu yang meruncingkan dan perlu diberi perhatian secara lebih mendalam. Oleh yang demikian setiap masyarakat Islam perlu lebih mendalami etika-etika pengurusan Islam supaya menjadi panduan dalam kehidupan seharian.