SlideShare a Scribd company logo
1 | P a g e
DISEDIAKAN OLEH
Nama No. Matrik
NORIRANA BT AHMAD SUHAIMI L20162010391
PENSYARAH : DR ZAINI BIN ABDULLAH
KPF4023 : Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah
Penterjemahan Kurikulum
Kebangsaan Kepada Kurikulum
Bilik Darjah Bagi Mata Pelajaran
Sains Tingkatan Lima
2 | P a g e
1.0 Berdasarkan SP/DSKP (Sekolah rendah/ menengah) bagi mata pelajaran opsyen
anda, sila jelaskan perkara berikut:
1.1 Hubungkait objektif mata pelajaran Sains Tingkatan Lima dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sains dan teknologi memainkan peranan yang kritikal dalam merealisasikan aspirasi Malaysia
untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh kerana sains merupakan antara penyumbang utama
dalam perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, maka penyediaan pendidikan
sains yang berkualiti dari peringkat awal proses pendidikan adalah sangat penting untuk
menghasilkan bangsa yang berpengetahuan dan mampu berdaya saing di arena globalisasi.
Kurikulum sains sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu sains dan
kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap sains dalam kalangan murid. Sains untuk
sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran sains
dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk
membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain dalam
kurikulum sekolah menengah, Sains bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara
dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah
keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.
Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum Sains Tingkatan Lima dibangunkan dengan
hasrat untuk menghasilkan insan yang dihasratkan sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Malaysia yang mengatakan “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara” .
Matlamat kurikulum sains Tingkatan 5 adalah bertujuan untuk membekalkan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka
3 | P a g e
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap
saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan
memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam
sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan
membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan
pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
 Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang
teknologi dan kehidupan harian.
 Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif
berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
 Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi
sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
 Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
 Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
1.2 Tajuk-tajuk yang terkandung, penyusunan kandungan, pendekatan dan sebab-
sebab dilaksanakan.
Kurikulum matapelajaran Sains Tingkatan Lima disusun atur mengikut beberapa tema. Ada 8
bidang pembelajaran dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Lima. Setiap tema mengandungi
beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang pembelajaran mempunyai beberapa objektif
pembelajaran. Objektif pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran. Berikut
ialah senarai tema dan bidang pembelajaran dalam Sains Tingkatan Lima.
4 | P a g e
Bilangan Tema Bidang Pembelajaran
1 Manusia dan kepelbagaian benda
hidup.
Mikroorganisma dan kesannya ke atas
benda hidup
2 Penyelenggaraan dan
kesinambungan hidup
Nutrisi dan pengeluaran makanan
3 Keseimbangan dan pengurusan
alam sekitar
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar
4 Jirim dalam alam Sebatian karbon
5 Daya dan gerakan Gerakan
6 Perkembangan teknologi industri
dalam masyarakat
Teknologi makanan dan penghasilan
makanan
7 Perkembangan teknologi dan
industri dalam masyarakat
Bahan sintetik dalam industry
8 Perkembangan teknologi dan
industri dalam masyarakat
Elektronik dan teknologi maklumat (ict)
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan
pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang
murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan pelbagai
pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang
dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu
sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam
pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid
diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.
A) Penemuan Inkuiri
Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran
5 | P a g e
secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid
sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan
mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep
sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan
semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak
sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan
prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing
B) Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila
mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme
ialah:
 Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
 Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
 Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea mereka.
 Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat
refleksi.
C) Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid.
Dalam konteks ini murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan
pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana
murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.
D) Pembelajaran masteri
Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan
semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang
kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi
kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu
dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
6 | P a g e
1.3 Struktur dan bentuk ilmu yang terkandung dalam 4 tajuk pilihan yang
berturutan dari SP/DSKP.
Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang selsebagai unit asas hidupan,
kepelbagaian hidupan dan pengelasannya, mikroorganisma dan faedah serta kesannyaterhadap
kesihatan. Tema ini juga memberi tumpuan tentang manusia bagi membolehkan murid
memahami dirinya untuk menghargai kesihatan dan juga tentang keistimewaan manusia
mempunyai akal dan roh serta telah dicipta untuk mengurusalam ini.
Penyelenggaraan dan kesinambungan hidup
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses hidup yang dilalui oleh hidupan
bagi meneruskan kehidupandan kepentingan deria kepada manusia dan hidupan lain
bagimengesan alam sekelilingnya. Tema ini juga bertujuan untuk menunjukkan bagaimana
badan kita mengkoordinasi melaluisistem saraf dan sistem endokrin di samping
memberikefahaman tentang keturunan dan variasi di kalangan manusiadan hidupan.
Keseimabangan dan Pengurusan Alam Sekitar
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keseimbangan alam dan saling
bersandaran antara hidupandengan alam sekitar, kitar semula jadi yang berlaku dalam
alamserta kesan pengurusan alam sekitar yang tidak sistematik.Tema ini juga bertujuan
memberi kesedaran bahawa manusiamemainkan peranan yang penting dalam memelihara
danmemulihara keseimbangan alam dan perlu mengurus alam inidengan bijaksana.Bidang
Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut:1.Saling Bersandaran Antara
Hidupan denganPersekitaran.2.Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Jirim dalam alam
Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentangkepelbagaian sumber di Bumi dan
kepentingannya untuk menyokong hidupan. Tema ini juga merangkumi kajian tentang jirim
serta struktur dan sifat pelbagai bahan. Ini adalah untuk membolehkan murid memahami
bagaimana pelbagai jenis bahan dihasilkan daripada sumber Bumi untuk
membuat pelbagai jenis barangan buatan manusia melalui teknologi.
7 | P a g e
2.0 Jadual Spesifikasi Kandungan Sains Tingkatan Lima Bab 1
Unit Fakta Konsep Prinsip Teori Generalisasi
Pengelasan
Mikroorganisma
Mikroorganisma ialah
hidupan seni yang tidak
dapat dilihat dengan
mata kasar.
Alga, bakteria, virus, kulat
dan protozoa.
Mikroorganisma
dikelaskan
kepada lima
kumpulan besar
berdasarkan ciri
sepunya.
Mikroorganisma
mempunyai 5
kumpulan besar
Mikroorganisma
dicirikan oleh ciri-ciri
sepunya yang dimiliki
bagi setiap jenisnya.
Faktor yang
mempengaruhi
pertumbuhan
mikroorganisma
Mikroorganisma senang
membiak dalam
persekitaran lembap,
gelap, bernutrien, suhu
bilik dan pH neutral.
Nilai pH, suhu, nutrisi,
kelembapan dan cahaya.
Pertumbuhan
mikroorganisma
dipengaruhi
oleh factor
persekitaran.
Mikroorganisma
memerlukan
persekitaran
yang sesuai
untuk hidup
Pertumbuhan
mikroorganisma
dipengaruhi oleh
keadaan
persekitarannya.
Mikroorganisma
berfaedah
Terdapat
mikroorganisma yang
berfaedah yang boleh
digunakan dalam
kehidupan seharian
Pencernaan makanan,
pereputan.
Peranan
mikroorgaisma
berfaedah dalam
bidang
perubatan,
pereputan,
pertanian,
Mikroorganisma
terbahagi
kepada
mikroorganisma
berfaedah dan
berbahaya.
Hanya bakteria, kulat
dan protozoa ialah
milroorganisma
berfaedah.
8 | P a g e
perindustrian
dan pencernaan.
Mikroorganisma
berbahaya
kepada manusia
Terdapat
mikroorganisma yang
berbahaya yang boleh
digunakan dalam
kehidupan seharian
Selsema, jangkitan kurap,
demam, malaria.
Mikroorganisma
boleh
mengakibatkan
penyakit
berjngkit.
Mikroorganisma
terbahagi
kepada
mikroorganisma
berfaedah dan
berbahaya.
Virus ialah
mikroorganisma yang
tidak berfaedah.
Cara-cara
Mencegah
jangkitan
Penyakit yang
disebabkan
mikroorganisma
Jangkitan penyakit yang
dibawa oleh
mikroorganisma dapat
dicegah.
Kawalan vector, penstrilan,
keimunan.
Penyakit
bawaan
mikroorganisma
boleh dirawat
melalui kaedah
penstrilan,
kawalan vector
dan keimunan.
Penyakit
bawaan
mkroorganisma
boleh dirawat.
Keimunan dapat
mencegah dan
merawat penyakit
bawaan
mikroorganisma.
Memahami cara
merawat
Penyakit yang
disebabkan
Penyakit yang dibawa
oleh mikroorganisma
boleh dirawat.
Antibiotik, antikulat Antibiotik
merawat
penyakit yang
dibawa oleh
bakteria, namun
Antibiotik tidak
dapat merawat
penyakit
bawaan virus.
Antibiotik perlu
dihabiskan untuk
membnuh semua
bakteria jahat.
9 | P a g e
Oleh
mikroorganisma
antikulat
merawat
penyakit yang
dibawa oleh
kulat dan
bekteria.
10 | P a g e
3.0 Rancangan Pengajaran Tahunan
MATAPELAJARAN : SAINS TINGKATAN : 5
MINGGU TAJUK KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN
TARIKH
PELAKSANAAN
(SEBAB JIKA
TIDAK DAPAT
DILAKSANAKAN)
M1
1/1/2017 -
5/1/2017
TEMA :
MANUSIA DAN
KEPELBAGAIAN
BENDA HIDUP
BIDANG
PEMBELAJARAN : 1.
MIKROORGANISMA
DAN KESANNYA KE
ATAS BENDA HIDUP
1.1 Memahami pengelasan
mikroorganisma
Murid dapat :
 menyenaraikan ciri-ciri
pelbagai jenis
mikroorganisma,
 mengelaskan pelbagai
kumpulan mikroorganisma
kepada bakteria, fungi,
protozoa, virus dan alga,
 memerihalkan ciri-ciri bagi
setiap kumpulan
mikroorganisma.
M2
8/1/2017-
12/1/2017
1.2 Mensintesis idea
tentang faktor yang
mempengaruhi
Murid dapat:
 mengenalpasti faktor yang
11 | P a g e
pertumbuhan
mikroorganisma
mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma,
 merancang eksperimen untuk
mengkaji kesan nutrien ke
atas pertumbuhan
mikroorganisma,
 merancang eksperiman untuk
mengkaji kesan kelembapan
ke atas pertumbuhan
mikroorganisma,
 merancang eksperimen untuk
mengkaji kesan cahaya ke
atas pertumbuhan
mikroorganisma,
 merancang eksperimen untuk
mengkaji kesan suhu ke atas
pertumbuhan
mikroorganisma,
 merancang eksperimen untuk
mengkaji kesan pH ke atas
pertumbuhan
mikroorganisma,
 menerangkan bagaimana
setiap faktor tersebut
12 | P a g e
mempengaruhi pertumbuhan
mikroorganisma.
M3
15/1/2017-
19/1/2017
1.3 Mengaplikasi
Pengetahuan Tentang
Mikroorganisma berfaedah
Murid dapat:
 menyatakan contoh
 kegunaan mikroorganisma,
menerangkan dengan contoh
peranan dan kegunaan
mikroorganisma,
 mencadangkan potensi
kegunaan mikroorganisma
dalam pelbagai bidang
M3
15/1/2017-
19/1/2017
1.4 Menganalisa kesan
Mikroorganisma berbahaya
Kepada manusia
Murid dapat:
 menyatakan kesan
mikroorganisma berbahaya ke
atas manusia
menghubungkaitkan jenis
mikroorganisma dengan
penyakit,
 memerihalkan symptom
utama penyakit yang
disebabkan oleh
microorganisma,
 memerihalkan pelbagai cara
bagaimana mikroorganisma
13 | P a g e
boleh menyebabkan
jangkitan.
M4
22/1/2017-
26/1/2017
1.5 Menganalisa cara-cara
Mencegah jangkitan
Penyakit yang disebabkan
mikroorganisma
Murid dapat:
 menyenaraikan langkah-
langkah untuk mencegah
jangkitan,
 menghubungkaitkan kawalan
vektor dengan tabiat dan
kitaran hidup vektor,
 menerangkan dengan contoh
pelbagai kaedah pensterilan,
 menyatakan maksud
keimunan,
 menyatakan contoh jenis
keimunan,
 membandingkan dan
membezakan pelbagai jenis
keimunan,
 menyatakan kepentingan
imuniti.
M4
1.6 Memahami cara merawat
Penyakit yang disebabkan
Murid dapat:
 menyatakan langkah-langkah
untuk merawat penyakit yang
14 | P a g e
22/1/2017-
26/1/2017
Oleh mikroorganisma disebabkan oleh
mikroorganisma,
 menyatakan kesan antibiotic
ke atas mikroorganisma,
 memerihalkan bahaya
penggunaan ubat-ubatan tanpa
pengawasan dan preskripsi
doktor.
M4
22/1/2017-
26/1/2017
1.7 Menyedari kewujudan
Mikroorganisma yang
Dapat memberikan kesan
yang mendalam ke
atas kehidupan
manusia dan
keseimbangan alam
Murid dapat:
 memerihalkan peranan dan
kesan mikroorganisma kepada
manusia dan keseimbangan
alam
CUTI TAHUN BARU CINA (26/1/2017- 31/1/2017)
M5
29/1/2017-
2/2/2017
TEMA :
PENYELENGGARAAN
DAN
KESINAMBUNGAN
HIDUP
2.1 Menilai kepentingan
Mengambil makanan
Bernutrisi dan
mengamalkan
tabiat pemakanan yang sihat
Murid dapat :

untuk kelas makanan yang
berlainan,
 menganggarkan nilai kalori
15 | P a g e
BIDANG
PEMBELAJARAN :
2. NUTRISI DAN
PENGELUARAN
MAKANAN
untuk makanan yang
dimakan,
 menerangkan faktor yang
mempengaruhi keperluan
kalori individu,

masalah kesihatan dengan
amalan pengambilan
nutrisi dan tabiat
pemakanan,
 mewajarkan kepentingan
pengambilan makanan
bernutrisi dan
mengamalkan tabiat
pemakanan yang baik
M5
29/1/2017-
2/2/2017
2.2 Menganalisa keperluan
Nutrient oleh tumbuhan.
Murid dapat :
 menyatakan maksud
makronutrien,
 menyenaraikan makronutrien,
16 | P a g e
 menyatakan maksud
mikronutrien,
 menyenaraikan mikronutrien,
 menyatakan kesan
kekurangan nitrogen,
fosforus dan kalium dalam
proses pertumbuhan
tumbuhan,
 menyatakan fungsi utama
nitrogen, fosforus dan kalium dalam
proses
pertumbuhan tumbuhan
M6
5/2/2017-
9/2/2017
2.3 Menganalisa kitar nitrogen
Dan kepentingannya
Murid dapat :

nitrogen,
 menerangkan proses- proses
yang terlibat dalam kitar
nitrogen,
 menerangkan kepentingan
kitar nitrogen
M6 2.4 Menghargai kepentingan Murid dapat :
17 | P a g e
5/2/2017-
9/2/2017
Amalan pengambilan nutrisi
yang baik
 mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat,
 merancang cara menguruskan
sumber makanan untuk
mengelakkan pembaziran,
 memerihalkan faedah
mengamalkan tabiat
pemakanan yang sihat
M7
12/2/2017-
16/2/2017
TEMA :
KESEIMBANGAN DAN
PENGURUSAN ALAM
SEKITAR
BIDANG
PEMBELAJARAN : 3.
PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN
ALAM SEKITAR
3.1 Menganalisa keseimbangan
alam semulajadi
Murid dapat :

keseimbangan alam,
 menyatakan kitar semulajadi
yang membantu dalam
mengekalkan keseimbangan
alam,
 menerangkan bagaimana kitar
semulajadi dapat membantu dalam
mengekalkan keseimbangan alam,

siratan makanan dapat
membantu dalam
mengekalkan keseimbangan
alam,
18 | P a g e
 menerangkan dengan contoh
kesan bencana alam terhadap
keseimbangan alam,
 kan cara-cara
untuk mengekalkan
keseimbangan alam.
M7
12/2/2017-
16/2/2017
3.2 Menganalisa kesan
Pencemaran terhadap alam
Sekitar
Murid dapat:
 -punca
pencemaran terhadap
persekitaran,

pencemaran terhadap alam
sekitar,
 memerihalkan pemanasan
global,
 menghubungkaitkan kesan
rumah hijau dengan
pemanasan global,

ozon,

lapisan ozon,
 menyatakan bahan kimia yang
memusnahkan lapisan ozon,
19 | P a g e
 menyenaraikan sumber bahan
kimia yang memusnahkan
lapisan ozon,

pemusnahan lapisan ozon
keatas hidupan
M8
19/2/2017-
23/2/2017
3.3 Mensintesis idea tentang
pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
dan pengawalan
pencemaran
Murid dapat :
 menyatakan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar,
 menjanakan idea tentang
pengawalan pencemaran alam sekitar,
 menerangkan dengan contoh
bagaimana pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
dapat menyumbangkan
kepada persekitaran yang
bersih dan sihat
M8
19/2/2017-
23/2/2017
3.4 Menilai kepentingan
Pengurusan sumber alam
secara terancang dalam
mengekalkan keseimbangan
Murid dapat:
 -
cara yang sesuai untuk
pengolahan sumber alam bagi
20 | P a g e
alam mengekalkan keseimbangan
alam semulajadi,

contoh kesan-kesan
pengolahan
sumber alam yang tidak terancang,
 mewajarkan keperluan bagi
pengurusan alam sekitar yang
terancang
M8
19/2/2017-
23/2/2017
3.5 Mengamalkan sikap
Bertanggungjawab ke atas
pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
Murid dapat :
 mengamalkan sikap yang baik
untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar
M9
26/2/2017-
2/3/2017
TEMA :
JIRIM DALAM
ALAM
4.1 Menganalisa kepelbagaian
sebatian karbon
Murid dapat:

sebatian karbon,

sebatian organik,

21 | P a g e
BIDANG
PEMBELAJARAN : 4.
SEBATIAN KARBON
sebatian organik,
 menyatakan maksud sebatian
bukan organik,
 memberikan contoh
sebatian bukan organik,
 membanding dan
membezakan sebatian
organik dengan sebatian
bukan organik,

kepada bahan organik dan
bukan organik,

hidrokarbon,
 menyenaraikan sumber
hidrokarbon.
UJIAN 1 (5/3/2017-9/3/2017)
M11
12/3/2017 -
16/3/2017
4.2 Menganalisa alkohol dan
kesannya kepada kesihatan
Murid dapat :
 menyatakan unsur yang
terdapat dalam alkohol,
22 | P a g e
 memberi contoh alkohol,
 memerihalkan proses
penghasilan alkohol,
 menyatakan ciri umum
alkohol,

alkohol,
 menerangkan dengan
contoh kesan alcohol terhadap
kesihatan
M11
12/3/2017 -
16/3/2017
4.3 Menganalisa lemak dan
Kesannya kepada kesihatan
Murid dapat :
 memberikan contoh lemak,

 -unsur
yang terdapat dalam lemak,
 menyatakan maksud
lemak tepu,

tak tepu,
 membanding dan
23 | P a g e
membezakan antara
lemak tepu dengan lemak tak tepu,

contoh kesan memakan
makanan yang kaya
dengan lemak tepu ke atas
kesihatan,
 menerangkan dengan
contoh kesan memakan
makanan yang kaya
dengan lemak tak tepu ke
atas kesihatan
M11
12/3/2017 -
16/3/2017
4.3 Menganalisa lemak dan
Kesannya kepada kesihatan
Murid dapat :
 memberikan contoh lemak,

 -unsur
yang terdapat dalam lemak,
 menyatakan maksud
lemak tepu,
24 | P a g e

tak tepu,
 membanding dan
membezakan antara
lemak tepu dengan lemak tak tepu,

contoh kesan memakan
makanan yang kaya
dengan lemak tepu ke atas
kesihatan,
 menerangkan dengan
contoh kesan memakan
makanan yang kaya
dengan lemak tak tepu ke
atas kesihatan
M13
26/3/2017-
30/3/2017
4.4 Menganalisa kelapa sawit
Serta kepentingannya
Kepada pembangunan
negara
Murid dapat:

buah kelapa sawit,
 memerihalkan proses
pengekstrakan minyak kelapa
25 | P a g e
sawit daripada buah kelapa
sawit
 menyenaraikan kegunaan
minyak kelapa sawit,

berkhasiat yang terdapat
dalam minyak kelapa sawit,
 memerihalkan aktiviti
 penyelidikan dan
pembangunan tempatan
ke atas kelapa sawit,
 mencadangkan potensi
kegunaan kelapa sawit
M13
26/3/2017-
30/3/2017
4.5 Menganalisa proses
pembuatan sabun daripada
minyak dan tindakan
pencucian sabun
Murid dapat :

mengandungi asid lemak dan
gliserol,
 memberikan satu contoh asid
lemak,
 memerihalkan proses
pembuatan sabun,
26 | P a g e
 menyatakan sabun sebagai
garam yang dihasilkan
daripada tindakbalas antara
asid lemak dengan larutan
natrium hidroksida,
 menyatakan ciri-ciri
komponen molekul sabun,

pencucian sabun
27 | P a g e
4.0 Rancangan Pengajaran Harian (Model Masteri)
Tarikh/ Hari 2 Januari 2017/ Rabu Masa 9.00–10.00 am (60 minit)
Kelas 5 Termizi Bil.
Murid
30
Subjek Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup
Tema/ Tajuk
Standard
Pembelajaran &
KOD
Tema :
Manusia dan kepelbagaian benda hidup
Bidang pembelajaran :Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup
Objektif/
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Domain Kognitif:
 menyenaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma
 mengelaskan pelbagai kumpulan mikroorganisma kepada bakteria,
fungi, protozoa, virus dan alga,
 menjelaskan ciri-ciri bagi setiap kumpulan mikroorganisma.

2. Afektif:
i. Menghargai keweujudan mikroorganisma dalam kehidupan.
Kaedah & Aktiviti
PdP
Tayangan video , perbincangan, pembentangan.
Bahan Bantu Video
Pengetahuan sedia
ada murid
Jenis mikroorganisma semasa Tingkatan 2
Penilaian PdP Latihan : Guru memberi soalan selepas sesi pebentangan
Pengisian
Kurikulum
Ilmu Ciri-ciri mikroorganisma
Nilai Menghargai, mengormati, kerjasama
28 | P a g e
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah-
langkah
dan masa
Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan (Nilai,
Kemahiran,
Bahan)
Set Induksi
(10 minit)
Jenis
mikroorganisma
Guru mengagihkan
pelajar kepada 5
kumpulan dan
mengedarkan ketua
kumpulan satu
sampul surat.
Murid duduk
dalam kumpulan
dan mendapat
sampul surat
yang berisi
gambar daripada
guru.
Murid
menamakan
kumpulan
berdasarkan
nama
mikroorganisma
yang mereka
dapat.
Nilai :
Menghargai,
mengormati,
kerjasama
Bahan : Gambar
mikroorganisma
Langkah 1
(10minit)
Ciri-ciri
mikroorganisma
Guru memberi
pelajar jadual
untuk diisikan
berdasarkan
habitat, cara
pembiakan, saiz,
makanan dan rupa
bentuk
mikroorganisma
yang mereka dapat.
Murid mengisi
jadual ciri-ciri
mikroorganisma
berpandukan
buku teks dan
buku rujukan.
Kemahiran:
Komunikasi,
mencari
maklumat.
Langkah 2
(15 minit)
Ciri-ciri
mikroorganisma
Guru mamnggil
ketua kumpulan ke
depan kelas
Ketua kumpulan
akan
menerangkan
ciri-ciri
mikroorganisma
yang mereka
cari.
Kemahiran :
Bercakap
dihadapan kelas.
Langkah 3
(15minit)
Penilaian  Guru akan
membuat
penilaian dan
membetulkan
perkara yang
dibentangkan
oleh pelajar.
 Guru juga
menayangkan
 Pelajar
mencatat
penilaian
yang dibuat
oleh guru.
 Pelajar
menonton
tayangan
video.
Bahan : Video
Nilai :
29 | P a g e
tayangan video
tentang virus,
bakteria, kulat,
alga dan
protozoa.
 Guru berikan
soalan untuk
diselesaikan
oleh murid.
 Guru
bincangkan
jawapan dan
mengenalpasti
murid yang
masih gagal
untuk tindakan
susulan.
Penutup
(10minit)
Rumusan  Guru arahkan
murid untuk
merumuskan
tajuk dan isi
pelajaran yang
telah dipelajari.
 Guru memberi
kerja rumah
sebagai latihan
tambahan.
 Pelajar
diarahkan
untuk
mengulas
kembali
pembelajaran
yang telah
dipelajari.
30 | P a g e
Model Pembelajaran Inkuiri
Tarikh/ Hari 2 Januari 2017/ Rabu Masa 9.00–10.00 am (60 minit)
Kelas 5 Termizi Bil.
Murid
30
Subjek Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup
Tema/ Tajuk
Standard
Pembelajaran &
KOD
Tema :
Manusia dan kepelbagaian benda hidup
Bidang pembelajaran :Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup
Objektif/
Hasil
Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Domain Kognitif:
 menyenaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma
 mengelaskan pelbagai kumpulan mikroorganisma kepada bakteria,
fungi, protozoa, virus dan alga,
 menjelaskan ciri-ciri bagi setiap kumpulan mikroorganisma.

2. Afektif:
i. Menghargai keweujudan mikroorganisma dalam kehidupan.
Kaedah & Aktiviti
PdP
Tayangan video , perbincangan, pembentangan.
Bahan Bantu Video
Pengetahuan
sedia ada murid
Mikroorganisma semasa Tingkatan 2
Penilaian PdP Latihan : Guru memberi soalan selepas sesi pebentangan
Pengisian
Kurikulum
Ilmu Ciri-ciri mikroorganisma
Nilai Menghargai, mengormati, kerjasama
31 | P a g e
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Fasa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran
Catatan
Persediaan
(Pemerhatian,
pencirian,
pengkelasan,
penyoalan)
Jenis-jenis
mikroorganisma
 Guru mengagihkan pelajar kepada
lima kumpulan (Virus, alga,
bakteria, protozoz dan kulat)
 Guru menayangkan kepada pelajar
gambar -gambar pelbagai jenis
mikroorganisma.
 Guru mememberikan persoalan-
persoalan tentang bagaimana
mikroorganisma itu hidup, cara
pemakanan, habitat, cara
pembiakan, rupa bentuk dan saiz.
 Pelajar diberi masa untuk
berbincang dalam kumpulan.
Alat : LCD,
computer.
Imaginasi
(Meneroka,
merancang,
meramal,
membuat
hipotesis)
Ciri-ciri
mikroorganisma
 Guru memberi arahan untuk
pelajar membayangkan jika pelajar
menjadi mikroorganisma
berdasarkan kumpulan mereka dan
bayangkan cara mereka untuk
meneruskan hidup sebagai
mikroorganisma tersebut.
Contoh soalan : Bayangkan anda
ialah kulat, di manakah tempat anda
tinggal? Kawasan yang gelap atau
cerah? Apa terjadi jika kamu
dimasukkan ke dalam peti ais?
Perkembanga
n
(Penjanaan
idea, sintesis
idea &
Pengujian)
Ciri-ciri
mikroorganisma
 Dengan bantuan internet, pelajar
diminta untuk mencari video dan
isi- isi mengenai kemandrian
spesies mikroorganisma mengikut
kumpulan.
Kemahiran:
Komunikasi,
mencari maklumat.
Tindakan
(Rumusan,
laporan,
Kerja kumpulan:
 Dengan dapatan yang daripada
internet pelajar diminta untuk
menayangkan hasil dapatan carian
Kemahiran :
memilih info yang
benar
32 | P a g e
dokumentasi,
mentaksir)
Menulis ciri-ciri
mikroorganisma
berdasarkan
maklumat yang
dicari.
termasuk video dan gambar yang
berkaitan.
 Pelajar juga dikehendaki untuk
menulis dalam bentuk peta minda
info daripada carian tadi.
Aplikasi
(Kebolehan
untuk merubah
kepada situasi
yang lain)
Rumusan dan
Soalan
 Setiap orang daripada kumpulan
diminta untuk membentangkan
hasil carian mereka dan guru akan
menyoal soalan berdasarkan
perbentangan murid.
 Guru meminta pelajar membuat
rumusan tentang apa yang
dipelajari.
Kemahiran :
Bercakap
dihadapan kelas.
Refleksi
(Pencapaian &
susulan)
Jika dilihat kepada kedua-dua model yang diberikan di atas, model masteri lebih sesuai untuk
digunakan untuk topik pengelasan mikroorganisma. Menurut Bloom (1968), pembelajaran
masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan
murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan
bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran
dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
Topik pengelasan mikroorganisma ini ialah topik terawal dalam kurikulum
matapelajaran Sains Tingkatan Lima. Apabila menggunakan kaedah masteri, guru dapat
memastikan pelajar betul-betul faham sesuatu isi kandungan topik tersebut sebelum
memasuki topik yang seterusnya. Pembelajaran Masteri merupakan suatu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran
seterusnya.Hal ini penting kerana pada topik-topik yang seterusnya memerlukan pemahaman
konsep yang jelas. Selain daripada itu, bagi topik permulaan seperti pengelasan
mikroorganisma, pelajar perlu didedahkan dahulu dengan jenis-jenis mikroorganisma dan
33 | P a g e
ciri-ciri mikroorganisma secara menyeluruh supaya mereka lebih senang faham pada topik
seterusnya iaitu topik factor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
Pembelajaran masteri lebih praktik digunakan dalam topik pengelasan
mikroorganisma kerana guru perlu mengetahui tahap penerimaan murid. Seterusnya, murid
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk topik
yang seterusnya. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu
pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui
aktiviti nyanyian, eksperimen, aktiviti simulasi dan sebagainya. Akhirnya, murid mesti
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan
tiada murid yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran.
Berbeza dengan kaedah yang kedua, iaitu kaedah inkuiri. Kaedah inkuiri ialah satu
pendekatan yang membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk
meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan
kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan
yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan
dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Pendekatan ini tidak sesuai dijalankan
untuk topik pertama dalam matapelajaran Sains Tingkatan Lima kerana pelajar masih tidak
dapat idea secara am berkenaan topik yang baru mereka dengar.
5.0 Bahan/media pengajaran yang digunakan.
A) Gambar
Bagi Rancangan Pengajaran Harian yang pertama saya menggunakan bahan bantu mengajar
gambar dan video. Pada permulaan kelas, saya mengarahkan pelajar supaya membentuk lima
kumpulan besar yang mana setiap kumpulan mewakili setiap mikroorganisma yang ingin
dibincangkan iaitu bakteria, virus, alga, kulat dan protozoa. Setiap kumpulan terdiri daripada
pelajar lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang mengandungi
gambar mikroorganisma.Pelajar tidak dibenarkan membuka sampul sehingga diberitahu. Ini
untuk mencetuskan gimmick kepada pelajar supaya mereka berasa teruja dengan pembelajaran
yang akan mereka pelajari selapas itu. Melalui pengetahuan sedia ada pelajar, saya bertanya
kepada pelajar jenis dan nama mikroorganisma yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.
Kemudian, saya akan bertanyakan definisi mikroorgnisma yang mereka pelajari di tingkatan
34 | P a g e
dua. Setelah mendapat respon daripada pelajar, saya akan membetulkan respon yang salah dan
menyatakan definisi sebenar mikroorganisma kepada mereka.
35 | P a g e
B) Video
Usai perbentangan dari kelima-lima kumpulan siap dijalankan, saya akan memberikan mereka
satu tayangan video selama 7 minit yang mengandungi mikroorganisma yang mereka pelajari
tadi. Oleh kerana mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat
menggunakan mikroskop sahaja, maka video ini amat penting bagi menapakkan imej bakteria,
virus, alga, kulat dan protozoa dalam fikiran mereka. Sepanjang tayangan video itu berlangsung
saya akan bertanyakan nama mikroorganisma yang muncul di skirin LCD untuk menguatkan
lagi memori pelajar. Selepas selesai tayangan video, saya akan bertanya kepada pelajar soalan
berdasarkan tayangan video sebentar tadi.
36 | P a g e
6.0 Rumusan
Seorang guru perlu memahami dan boleh menghubungkait DSKP atau HSP bagi mata
pelajaran yang diajar bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini penting bagi
mencapai matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah yang bertujuan untuk
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan
seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni seterusnya dapat merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi
dan jasmani.

More Related Content

What's hot

Hsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmHsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmslnair
 
Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3
Khat Erin
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
vleadminaba2059
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmslnair
 
Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3
Hamizilawati Ishak
 
Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Leong Hong
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
rohaizah abd majid
 
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)mohd hafizan
 

What's hot (13)

Bio form4
Bio form4Bio form4
Bio form4
 
DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6DSKP SAINS TAHUN 6
DSKP SAINS TAHUN 6
 
Hsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bmHsp bio.tg.4bm
Hsp bio.tg.4bm
 
HSP Sains tingkatan 2
 HSP Sains tingkatan 2 HSP Sains tingkatan 2
HSP Sains tingkatan 2
 
Bio form5
Bio form5Bio form5
Bio form5
 
Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3Sains tingkatan 3
Sains tingkatan 3
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
 
Hsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bmHsp bio.tg.5bm
Hsp bio.tg.5bm
 
Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3Hsp sains tingkatan 3
Hsp sains tingkatan 3
 
Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6Huraian sukatan tahun 6
Huraian sukatan tahun 6
 
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
Sukatanpelajarankbsmsains(bmversion)
 
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
Huraian sukatan Sains Tahun 5 (BM)
 
Kbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmKbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bm
 

Similar to Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima

Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSopi Slumber
 
Falsafah sains negara
Falsafah sains negaraFalsafah sains negara
Falsafah sains negaraShah Ali
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk skfazara005
 
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Putra Adam Hisham
 
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmTerjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmMohd Sariman
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Noraziah Ahmad Zulkipli
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2
Khat Erin
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Hamizilawati Ishak
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Nas Lin
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bm
Azwina_AAK
 
Hsp bio t5
Hsp bio t5Hsp bio t5
Hsp bio t5
maieymuhamad
 
Kbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmKbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmAnis Afreena
 
Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1
Hamizilawati Ishak
 
Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6
vleadminaba2059
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Ruzami Ibrahim
 
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Hazlee Gapal
 
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4vibila
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
sma lughatul quran
 

Similar to Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima (20)

Sp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmiSp kimia kbsm ppsmi
Sp kimia kbsm ppsmi
 
Falsafah sains negara
Falsafah sains negaraFalsafah sains negara
Falsafah sains negara
 
1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk1 translasi sains tahun 4 utk sk
1 translasi sains tahun 4 utk sk
 
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
Modul sce3104 topik 1 5 ipg kpt 2012 (2)
 
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bmTerjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
Terjemahan ppsmi tahun 4 sains dlm bm
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2Hsp sains tingkatan-2
Hsp sains tingkatan-2
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
 
Hsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bmHsp sains tingkatan 4 bm
Hsp sains tingkatan 4 bm
 
Hsp bio t5
Hsp bio t5Hsp bio t5
Hsp bio t5
 
Kbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bmKbsr sains tahun4-bm
Kbsr sains tahun4-bm
 
Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1Hsp sains tingkatan 1
Hsp sains tingkatan 1
 
Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6Dskp sains tahun 6
Dskp sains tahun 6
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) sains tahun 6
 
Hsp sc y6
Hsp sc y6Hsp sc y6
Hsp sc y6
 
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
Dsk sains thn 4 edited dlm ebook 13_mei2013
 
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
Dokumen Standard Kandungan Sains Tahun 4
 
Dsk sains thn 4 bm
Dsk sains thn 4 bmDsk sains thn 4 bm
Dsk sains thn 4 bm
 
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 skDs dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
Ds dunia sains dan teknologi tahun 1 sk
 

Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Sains Tingkatan Lima

  • 1. 1 | P a g e DISEDIAKAN OLEH Nama No. Matrik NORIRANA BT AHMAD SUHAIMI L20162010391 PENSYARAH : DR ZAINI BIN ABDULLAH KPF4023 : Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Penterjemahan Kurikulum Kebangsaan Kepada Kurikulum Bilik Darjah Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Lima
  • 2. 2 | P a g e 1.0 Berdasarkan SP/DSKP (Sekolah rendah/ menengah) bagi mata pelajaran opsyen anda, sila jelaskan perkara berikut: 1.1 Hubungkait objektif mata pelajaran Sains Tingkatan Lima dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sains dan teknologi memainkan peranan yang kritikal dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Oleh kerana sains merupakan antara penyumbang utama dalam perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi, maka penyediaan pendidikan sains yang berkualiti dari peringkat awal proses pendidikan adalah sangat penting untuk menghasilkan bangsa yang berpengetahuan dan mampu berdaya saing di arena globalisasi. Kurikulum sains sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu sains dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap sains dalam kalangan murid. Sains untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran sains dan memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti subjek lain dalam kurikulum sekolah menengah, Sains bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya. Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum Sains Tingkatan Lima dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang dihasratkan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang mengatakan “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara” . Matlamat kurikulum sains Tingkatan 5 adalah bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka
  • 3. 3 | P a g e menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:  Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.  Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.  Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.  Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.  Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.  Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.  Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 1.2 Tajuk-tajuk yang terkandung, penyusunan kandungan, pendekatan dan sebab- sebab dilaksanakan. Kurikulum matapelajaran Sains Tingkatan Lima disusun atur mengikut beberapa tema. Ada 8 bidang pembelajaran dalam mata pelajaran Sains Tingkatan Lima. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran. Berikut ialah senarai tema dan bidang pembelajaran dalam Sains Tingkatan Lima.
  • 4. 4 | P a g e Bilangan Tema Bidang Pembelajaran 1 Manusia dan kepelbagaian benda hidup. Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup 2 Penyelenggaraan dan kesinambungan hidup Nutrisi dan pengeluaran makanan 3 Keseimbangan dan pengurusan alam sekitar Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 4 Jirim dalam alam Sebatian karbon 5 Daya dan gerakan Gerakan 6 Perkembangan teknologi industri dalam masyarakat Teknologi makanan dan penghasilan makanan 7 Perkembangan teknologi dan industri dalam masyarakat Bahan sintetik dalam industry 8 Perkembangan teknologi dan industri dalam masyarakat Elektronik dan teknologi maklumat (ict) Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. A) Penemuan Inkuiri Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran
  • 5. 5 | P a g e secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing B) Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:  Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid  Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.  Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.  Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. C) Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan. D) Pembelajaran masteri Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 6. 6 | P a g e 1.3 Struktur dan bentuk ilmu yang terkandung dalam 4 tajuk pilihan yang berturutan dari SP/DSKP. Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang selsebagai unit asas hidupan, kepelbagaian hidupan dan pengelasannya, mikroorganisma dan faedah serta kesannyaterhadap kesihatan. Tema ini juga memberi tumpuan tentang manusia bagi membolehkan murid memahami dirinya untuk menghargai kesihatan dan juga tentang keistimewaan manusia mempunyai akal dan roh serta telah dicipta untuk mengurusalam ini. Penyelenggaraan dan kesinambungan hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang proses hidup yang dilalui oleh hidupan bagi meneruskan kehidupandan kepentingan deria kepada manusia dan hidupan lain bagimengesan alam sekelilingnya. Tema ini juga bertujuan untuk menunjukkan bagaimana badan kita mengkoordinasi melaluisistem saraf dan sistem endokrin di samping memberikefahaman tentang keturunan dan variasi di kalangan manusiadan hidupan. Keseimabangan dan Pengurusan Alam Sekitar Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keseimbangan alam dan saling bersandaran antara hidupandengan alam sekitar, kitar semula jadi yang berlaku dalam alamserta kesan pengurusan alam sekitar yang tidak sistematik.Tema ini juga bertujuan memberi kesedaran bahawa manusiamemainkan peranan yang penting dalam memelihara danmemulihara keseimbangan alam dan perlu mengurus alam inidengan bijaksana.Bidang Pembelajaran dalam tema ini adalah seperti yang berikut:1.Saling Bersandaran Antara Hidupan denganPersekitaran.2.Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Jirim dalam alam Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentangkepelbagaian sumber di Bumi dan kepentingannya untuk menyokong hidupan. Tema ini juga merangkumi kajian tentang jirim serta struktur dan sifat pelbagai bahan. Ini adalah untuk membolehkan murid memahami bagaimana pelbagai jenis bahan dihasilkan daripada sumber Bumi untuk membuat pelbagai jenis barangan buatan manusia melalui teknologi.
  • 7. 7 | P a g e 2.0 Jadual Spesifikasi Kandungan Sains Tingkatan Lima Bab 1 Unit Fakta Konsep Prinsip Teori Generalisasi Pengelasan Mikroorganisma Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Alga, bakteria, virus, kulat dan protozoa. Mikroorganisma dikelaskan kepada lima kumpulan besar berdasarkan ciri sepunya. Mikroorganisma mempunyai 5 kumpulan besar Mikroorganisma dicirikan oleh ciri-ciri sepunya yang dimiliki bagi setiap jenisnya. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma Mikroorganisma senang membiak dalam persekitaran lembap, gelap, bernutrien, suhu bilik dan pH neutral. Nilai pH, suhu, nutrisi, kelembapan dan cahaya. Pertumbuhan mikroorganisma dipengaruhi oleh factor persekitaran. Mikroorganisma memerlukan persekitaran yang sesuai untuk hidup Pertumbuhan mikroorganisma dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya. Mikroorganisma berfaedah Terdapat mikroorganisma yang berfaedah yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian Pencernaan makanan, pereputan. Peranan mikroorgaisma berfaedah dalam bidang perubatan, pereputan, pertanian, Mikroorganisma terbahagi kepada mikroorganisma berfaedah dan berbahaya. Hanya bakteria, kulat dan protozoa ialah milroorganisma berfaedah.
  • 8. 8 | P a g e perindustrian dan pencernaan. Mikroorganisma berbahaya kepada manusia Terdapat mikroorganisma yang berbahaya yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian Selsema, jangkitan kurap, demam, malaria. Mikroorganisma boleh mengakibatkan penyakit berjngkit. Mikroorganisma terbahagi kepada mikroorganisma berfaedah dan berbahaya. Virus ialah mikroorganisma yang tidak berfaedah. Cara-cara Mencegah jangkitan Penyakit yang disebabkan mikroorganisma Jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma dapat dicegah. Kawalan vector, penstrilan, keimunan. Penyakit bawaan mikroorganisma boleh dirawat melalui kaedah penstrilan, kawalan vector dan keimunan. Penyakit bawaan mkroorganisma boleh dirawat. Keimunan dapat mencegah dan merawat penyakit bawaan mikroorganisma. Memahami cara merawat Penyakit yang disebabkan Penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma boleh dirawat. Antibiotik, antikulat Antibiotik merawat penyakit yang dibawa oleh bakteria, namun Antibiotik tidak dapat merawat penyakit bawaan virus. Antibiotik perlu dihabiskan untuk membnuh semua bakteria jahat.
  • 9. 9 | P a g e Oleh mikroorganisma antikulat merawat penyakit yang dibawa oleh kulat dan bekteria.
  • 10. 10 | P a g e 3.0 Rancangan Pengajaran Tahunan MATAPELAJARAN : SAINS TINGKATAN : 5 MINGGU TAJUK KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN TARIKH PELAKSANAAN (SEBAB JIKA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN) M1 1/1/2017 - 5/1/2017 TEMA : MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN : 1. MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS BENDA HIDUP 1.1 Memahami pengelasan mikroorganisma Murid dapat :  menyenaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma,  mengelaskan pelbagai kumpulan mikroorganisma kepada bakteria, fungi, protozoa, virus dan alga,  memerihalkan ciri-ciri bagi setiap kumpulan mikroorganisma. M2 8/1/2017- 12/1/2017 1.2 Mensintesis idea tentang faktor yang mempengaruhi Murid dapat:  mengenalpasti faktor yang
  • 11. 11 | P a g e pertumbuhan mikroorganisma mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma,  merancang eksperimen untuk mengkaji kesan nutrien ke atas pertumbuhan mikroorganisma,  merancang eksperiman untuk mengkaji kesan kelembapan ke atas pertumbuhan mikroorganisma,  merancang eksperimen untuk mengkaji kesan cahaya ke atas pertumbuhan mikroorganisma,  merancang eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas pertumbuhan mikroorganisma,  merancang eksperimen untuk mengkaji kesan pH ke atas pertumbuhan mikroorganisma,  menerangkan bagaimana setiap faktor tersebut
  • 12. 12 | P a g e mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. M3 15/1/2017- 19/1/2017 1.3 Mengaplikasi Pengetahuan Tentang Mikroorganisma berfaedah Murid dapat:  menyatakan contoh  kegunaan mikroorganisma, menerangkan dengan contoh peranan dan kegunaan mikroorganisma,  mencadangkan potensi kegunaan mikroorganisma dalam pelbagai bidang M3 15/1/2017- 19/1/2017 1.4 Menganalisa kesan Mikroorganisma berbahaya Kepada manusia Murid dapat:  menyatakan kesan mikroorganisma berbahaya ke atas manusia menghubungkaitkan jenis mikroorganisma dengan penyakit,  memerihalkan symptom utama penyakit yang disebabkan oleh microorganisma,  memerihalkan pelbagai cara bagaimana mikroorganisma
  • 13. 13 | P a g e boleh menyebabkan jangkitan. M4 22/1/2017- 26/1/2017 1.5 Menganalisa cara-cara Mencegah jangkitan Penyakit yang disebabkan mikroorganisma Murid dapat:  menyenaraikan langkah- langkah untuk mencegah jangkitan,  menghubungkaitkan kawalan vektor dengan tabiat dan kitaran hidup vektor,  menerangkan dengan contoh pelbagai kaedah pensterilan,  menyatakan maksud keimunan,  menyatakan contoh jenis keimunan,  membandingkan dan membezakan pelbagai jenis keimunan,  menyatakan kepentingan imuniti. M4 1.6 Memahami cara merawat Penyakit yang disebabkan Murid dapat:  menyatakan langkah-langkah untuk merawat penyakit yang
  • 14. 14 | P a g e 22/1/2017- 26/1/2017 Oleh mikroorganisma disebabkan oleh mikroorganisma,  menyatakan kesan antibiotic ke atas mikroorganisma,  memerihalkan bahaya penggunaan ubat-ubatan tanpa pengawasan dan preskripsi doktor. M4 22/1/2017- 26/1/2017 1.7 Menyedari kewujudan Mikroorganisma yang Dapat memberikan kesan yang mendalam ke atas kehidupan manusia dan keseimbangan alam Murid dapat:  memerihalkan peranan dan kesan mikroorganisma kepada manusia dan keseimbangan alam CUTI TAHUN BARU CINA (26/1/2017- 31/1/2017) M5 29/1/2017- 2/2/2017 TEMA : PENYELENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP 2.1 Menilai kepentingan Mengambil makanan Bernutrisi dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat Murid dapat :  untuk kelas makanan yang berlainan,  menganggarkan nilai kalori
  • 15. 15 | P a g e BIDANG PEMBELAJARAN : 2. NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN untuk makanan yang dimakan,  menerangkan faktor yang mempengaruhi keperluan kalori individu,  masalah kesihatan dengan amalan pengambilan nutrisi dan tabiat pemakanan,  mewajarkan kepentingan pengambilan makanan bernutrisi dan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik M5 29/1/2017- 2/2/2017 2.2 Menganalisa keperluan Nutrient oleh tumbuhan. Murid dapat :  menyatakan maksud makronutrien,  menyenaraikan makronutrien,
  • 16. 16 | P a g e  menyatakan maksud mikronutrien,  menyenaraikan mikronutrien,  menyatakan kesan kekurangan nitrogen, fosforus dan kalium dalam proses pertumbuhan tumbuhan,  menyatakan fungsi utama nitrogen, fosforus dan kalium dalam proses pertumbuhan tumbuhan M6 5/2/2017- 9/2/2017 2.3 Menganalisa kitar nitrogen Dan kepentingannya Murid dapat :  nitrogen,  menerangkan proses- proses yang terlibat dalam kitar nitrogen,  menerangkan kepentingan kitar nitrogen M6 2.4 Menghargai kepentingan Murid dapat :
  • 17. 17 | P a g e 5/2/2017- 9/2/2017 Amalan pengambilan nutrisi yang baik  mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat,  merancang cara menguruskan sumber makanan untuk mengelakkan pembaziran,  memerihalkan faedah mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat M7 12/2/2017- 16/2/2017 TEMA : KESEIMBANGAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BIDANG PEMBELAJARAN : 3. PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 3.1 Menganalisa keseimbangan alam semulajadi Murid dapat :  keseimbangan alam,  menyatakan kitar semulajadi yang membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam,  menerangkan bagaimana kitar semulajadi dapat membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam,  siratan makanan dapat membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam,
  • 18. 18 | P a g e  menerangkan dengan contoh kesan bencana alam terhadap keseimbangan alam,  kan cara-cara untuk mengekalkan keseimbangan alam. M7 12/2/2017- 16/2/2017 3.2 Menganalisa kesan Pencemaran terhadap alam Sekitar Murid dapat:  -punca pencemaran terhadap persekitaran,  pencemaran terhadap alam sekitar,  memerihalkan pemanasan global,  menghubungkaitkan kesan rumah hijau dengan pemanasan global,  ozon,  lapisan ozon,  menyatakan bahan kimia yang memusnahkan lapisan ozon,
  • 19. 19 | P a g e  menyenaraikan sumber bahan kimia yang memusnahkan lapisan ozon,  pemusnahan lapisan ozon keatas hidupan M8 19/2/2017- 23/2/2017 3.3 Mensintesis idea tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan pengawalan pencemaran Murid dapat :  menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,  menjanakan idea tentang pengawalan pencemaran alam sekitar,  menerangkan dengan contoh bagaimana pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat menyumbangkan kepada persekitaran yang bersih dan sihat M8 19/2/2017- 23/2/2017 3.4 Menilai kepentingan Pengurusan sumber alam secara terancang dalam mengekalkan keseimbangan Murid dapat:  - cara yang sesuai untuk pengolahan sumber alam bagi
  • 20. 20 | P a g e alam mengekalkan keseimbangan alam semulajadi,  contoh kesan-kesan pengolahan sumber alam yang tidak terancang,  mewajarkan keperluan bagi pengurusan alam sekitar yang terancang M8 19/2/2017- 23/2/2017 3.5 Mengamalkan sikap Bertanggungjawab ke atas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar Murid dapat :  mengamalkan sikap yang baik untuk memelihara dan memulihara alam sekitar M9 26/2/2017- 2/3/2017 TEMA : JIRIM DALAM ALAM 4.1 Menganalisa kepelbagaian sebatian karbon Murid dapat:  sebatian karbon,  sebatian organik, 
  • 21. 21 | P a g e BIDANG PEMBELAJARAN : 4. SEBATIAN KARBON sebatian organik,  menyatakan maksud sebatian bukan organik,  memberikan contoh sebatian bukan organik,  membanding dan membezakan sebatian organik dengan sebatian bukan organik,  kepada bahan organik dan bukan organik,  hidrokarbon,  menyenaraikan sumber hidrokarbon. UJIAN 1 (5/3/2017-9/3/2017) M11 12/3/2017 - 16/3/2017 4.2 Menganalisa alkohol dan kesannya kepada kesihatan Murid dapat :  menyatakan unsur yang terdapat dalam alkohol,
  • 22. 22 | P a g e  memberi contoh alkohol,  memerihalkan proses penghasilan alkohol,  menyatakan ciri umum alkohol,  alkohol,  menerangkan dengan contoh kesan alcohol terhadap kesihatan M11 12/3/2017 - 16/3/2017 4.3 Menganalisa lemak dan Kesannya kepada kesihatan Murid dapat :  memberikan contoh lemak,   -unsur yang terdapat dalam lemak,  menyatakan maksud lemak tepu,  tak tepu,  membanding dan
  • 23. 23 | P a g e membezakan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu,  contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tepu ke atas kesihatan,  menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tak tepu ke atas kesihatan M11 12/3/2017 - 16/3/2017 4.3 Menganalisa lemak dan Kesannya kepada kesihatan Murid dapat :  memberikan contoh lemak,   -unsur yang terdapat dalam lemak,  menyatakan maksud lemak tepu,
  • 24. 24 | P a g e  tak tepu,  membanding dan membezakan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu,  contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tepu ke atas kesihatan,  menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tak tepu ke atas kesihatan M13 26/3/2017- 30/3/2017 4.4 Menganalisa kelapa sawit Serta kepentingannya Kepada pembangunan negara Murid dapat:  buah kelapa sawit,  memerihalkan proses pengekstrakan minyak kelapa
  • 25. 25 | P a g e sawit daripada buah kelapa sawit  menyenaraikan kegunaan minyak kelapa sawit,  berkhasiat yang terdapat dalam minyak kelapa sawit,  memerihalkan aktiviti  penyelidikan dan pembangunan tempatan ke atas kelapa sawit,  mencadangkan potensi kegunaan kelapa sawit M13 26/3/2017- 30/3/2017 4.5 Menganalisa proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun Murid dapat :  mengandungi asid lemak dan gliserol,  memberikan satu contoh asid lemak,  memerihalkan proses pembuatan sabun,
  • 26. 26 | P a g e  menyatakan sabun sebagai garam yang dihasilkan daripada tindakbalas antara asid lemak dengan larutan natrium hidroksida,  menyatakan ciri-ciri komponen molekul sabun,  pencucian sabun
  • 27. 27 | P a g e 4.0 Rancangan Pengajaran Harian (Model Masteri) Tarikh/ Hari 2 Januari 2017/ Rabu Masa 9.00–10.00 am (60 minit) Kelas 5 Termizi Bil. Murid 30 Subjek Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran & KOD Tema : Manusia dan kepelbagaian benda hidup Bidang pembelajaran :Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup Objektif/ Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Domain Kognitif:  menyenaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma  mengelaskan pelbagai kumpulan mikroorganisma kepada bakteria, fungi, protozoa, virus dan alga,  menjelaskan ciri-ciri bagi setiap kumpulan mikroorganisma.  2. Afektif: i. Menghargai keweujudan mikroorganisma dalam kehidupan. Kaedah & Aktiviti PdP Tayangan video , perbincangan, pembentangan. Bahan Bantu Video Pengetahuan sedia ada murid Jenis mikroorganisma semasa Tingkatan 2 Penilaian PdP Latihan : Guru memberi soalan selepas sesi pebentangan Pengisian Kurikulum Ilmu Ciri-ciri mikroorganisma Nilai Menghargai, mengormati, kerjasama
  • 28. 28 | P a g e Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Langkah- langkah dan masa Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan (Nilai, Kemahiran, Bahan) Set Induksi (10 minit) Jenis mikroorganisma Guru mengagihkan pelajar kepada 5 kumpulan dan mengedarkan ketua kumpulan satu sampul surat. Murid duduk dalam kumpulan dan mendapat sampul surat yang berisi gambar daripada guru. Murid menamakan kumpulan berdasarkan nama mikroorganisma yang mereka dapat. Nilai : Menghargai, mengormati, kerjasama Bahan : Gambar mikroorganisma Langkah 1 (10minit) Ciri-ciri mikroorganisma Guru memberi pelajar jadual untuk diisikan berdasarkan habitat, cara pembiakan, saiz, makanan dan rupa bentuk mikroorganisma yang mereka dapat. Murid mengisi jadual ciri-ciri mikroorganisma berpandukan buku teks dan buku rujukan. Kemahiran: Komunikasi, mencari maklumat. Langkah 2 (15 minit) Ciri-ciri mikroorganisma Guru mamnggil ketua kumpulan ke depan kelas Ketua kumpulan akan menerangkan ciri-ciri mikroorganisma yang mereka cari. Kemahiran : Bercakap dihadapan kelas. Langkah 3 (15minit) Penilaian  Guru akan membuat penilaian dan membetulkan perkara yang dibentangkan oleh pelajar.  Guru juga menayangkan  Pelajar mencatat penilaian yang dibuat oleh guru.  Pelajar menonton tayangan video. Bahan : Video Nilai :
  • 29. 29 | P a g e tayangan video tentang virus, bakteria, kulat, alga dan protozoa.  Guru berikan soalan untuk diselesaikan oleh murid.  Guru bincangkan jawapan dan mengenalpasti murid yang masih gagal untuk tindakan susulan. Penutup (10minit) Rumusan  Guru arahkan murid untuk merumuskan tajuk dan isi pelajaran yang telah dipelajari.  Guru memberi kerja rumah sebagai latihan tambahan.  Pelajar diarahkan untuk mengulas kembali pembelajaran yang telah dipelajari.
  • 30. 30 | P a g e Model Pembelajaran Inkuiri Tarikh/ Hari 2 Januari 2017/ Rabu Masa 9.00–10.00 am (60 minit) Kelas 5 Termizi Bil. Murid 30 Subjek Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran & KOD Tema : Manusia dan kepelbagaian benda hidup Bidang pembelajaran :Mikroorganisma dan kesannya ke atas benda hidup Objektif/ Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1. Domain Kognitif:  menyenaraikan ciri-ciri pelbagai jenis mikroorganisma  mengelaskan pelbagai kumpulan mikroorganisma kepada bakteria, fungi, protozoa, virus dan alga,  menjelaskan ciri-ciri bagi setiap kumpulan mikroorganisma.  2. Afektif: i. Menghargai keweujudan mikroorganisma dalam kehidupan. Kaedah & Aktiviti PdP Tayangan video , perbincangan, pembentangan. Bahan Bantu Video Pengetahuan sedia ada murid Mikroorganisma semasa Tingkatan 2 Penilaian PdP Latihan : Guru memberi soalan selepas sesi pebentangan Pengisian Kurikulum Ilmu Ciri-ciri mikroorganisma Nilai Menghargai, mengormati, kerjasama
  • 31. 31 | P a g e Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Fasa Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Catatan Persediaan (Pemerhatian, pencirian, pengkelasan, penyoalan) Jenis-jenis mikroorganisma  Guru mengagihkan pelajar kepada lima kumpulan (Virus, alga, bakteria, protozoz dan kulat)  Guru menayangkan kepada pelajar gambar -gambar pelbagai jenis mikroorganisma.  Guru mememberikan persoalan- persoalan tentang bagaimana mikroorganisma itu hidup, cara pemakanan, habitat, cara pembiakan, rupa bentuk dan saiz.  Pelajar diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan. Alat : LCD, computer. Imaginasi (Meneroka, merancang, meramal, membuat hipotesis) Ciri-ciri mikroorganisma  Guru memberi arahan untuk pelajar membayangkan jika pelajar menjadi mikroorganisma berdasarkan kumpulan mereka dan bayangkan cara mereka untuk meneruskan hidup sebagai mikroorganisma tersebut. Contoh soalan : Bayangkan anda ialah kulat, di manakah tempat anda tinggal? Kawasan yang gelap atau cerah? Apa terjadi jika kamu dimasukkan ke dalam peti ais? Perkembanga n (Penjanaan idea, sintesis idea & Pengujian) Ciri-ciri mikroorganisma  Dengan bantuan internet, pelajar diminta untuk mencari video dan isi- isi mengenai kemandrian spesies mikroorganisma mengikut kumpulan. Kemahiran: Komunikasi, mencari maklumat. Tindakan (Rumusan, laporan, Kerja kumpulan:  Dengan dapatan yang daripada internet pelajar diminta untuk menayangkan hasil dapatan carian Kemahiran : memilih info yang benar
  • 32. 32 | P a g e dokumentasi, mentaksir) Menulis ciri-ciri mikroorganisma berdasarkan maklumat yang dicari. termasuk video dan gambar yang berkaitan.  Pelajar juga dikehendaki untuk menulis dalam bentuk peta minda info daripada carian tadi. Aplikasi (Kebolehan untuk merubah kepada situasi yang lain) Rumusan dan Soalan  Setiap orang daripada kumpulan diminta untuk membentangkan hasil carian mereka dan guru akan menyoal soalan berdasarkan perbentangan murid.  Guru meminta pelajar membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Kemahiran : Bercakap dihadapan kelas. Refleksi (Pencapaian & susulan) Jika dilihat kepada kedua-dua model yang diberikan di atas, model masteri lebih sesuai untuk digunakan untuk topik pengelasan mikroorganisma. Menurut Bloom (1968), pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Manakala menurut falsafah Bloom menyatakan bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Topik pengelasan mikroorganisma ini ialah topik terawal dalam kurikulum matapelajaran Sains Tingkatan Lima. Apabila menggunakan kaedah masteri, guru dapat memastikan pelajar betul-betul faham sesuatu isi kandungan topik tersebut sebelum memasuki topik yang seterusnya. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.Hal ini penting kerana pada topik-topik yang seterusnya memerlukan pemahaman konsep yang jelas. Selain daripada itu, bagi topik permulaan seperti pengelasan mikroorganisma, pelajar perlu didedahkan dahulu dengan jenis-jenis mikroorganisma dan
  • 33. 33 | P a g e ciri-ciri mikroorganisma secara menyeluruh supaya mereka lebih senang faham pada topik seterusnya iaitu topik factor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma. Pembelajaran masteri lebih praktik digunakan dalam topik pengelasan mikroorganisma kerana guru perlu mengetahui tahap penerimaan murid. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk topik yang seterusnya. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian, eksperimen, aktiviti simulasi dan sebagainya. Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kaedah yang kedua, iaitu kaedah inkuiri. Kaedah inkuiri ialah satu pendekatan yang membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Pendekatan ini tidak sesuai dijalankan untuk topik pertama dalam matapelajaran Sains Tingkatan Lima kerana pelajar masih tidak dapat idea secara am berkenaan topik yang baru mereka dengar. 5.0 Bahan/media pengajaran yang digunakan. A) Gambar Bagi Rancangan Pengajaran Harian yang pertama saya menggunakan bahan bantu mengajar gambar dan video. Pada permulaan kelas, saya mengarahkan pelajar supaya membentuk lima kumpulan besar yang mana setiap kumpulan mewakili setiap mikroorganisma yang ingin dibincangkan iaitu bakteria, virus, alga, kulat dan protozoa. Setiap kumpulan terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang mengandungi gambar mikroorganisma.Pelajar tidak dibenarkan membuka sampul sehingga diberitahu. Ini untuk mencetuskan gimmick kepada pelajar supaya mereka berasa teruja dengan pembelajaran yang akan mereka pelajari selapas itu. Melalui pengetahuan sedia ada pelajar, saya bertanya kepada pelajar jenis dan nama mikroorganisma yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Kemudian, saya akan bertanyakan definisi mikroorgnisma yang mereka pelajari di tingkatan
  • 34. 34 | P a g e dua. Setelah mendapat respon daripada pelajar, saya akan membetulkan respon yang salah dan menyatakan definisi sebenar mikroorganisma kepada mereka.
  • 35. 35 | P a g e B) Video Usai perbentangan dari kelima-lima kumpulan siap dijalankan, saya akan memberikan mereka satu tayangan video selama 7 minit yang mengandungi mikroorganisma yang mereka pelajari tadi. Oleh kerana mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop sahaja, maka video ini amat penting bagi menapakkan imej bakteria, virus, alga, kulat dan protozoa dalam fikiran mereka. Sepanjang tayangan video itu berlangsung saya akan bertanyakan nama mikroorganisma yang muncul di skirin LCD untuk menguatkan lagi memori pelajar. Selepas selesai tayangan video, saya akan bertanya kepada pelajar soalan berdasarkan tayangan video sebentar tadi.
  • 36. 36 | P a g e 6.0 Rumusan Seorang guru perlu memahami dan boleh menghubungkait DSKP atau HSP bagi mata pelajaran yang diajar bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini penting bagi mencapai matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni seterusnya dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.