SlideShare a Scribd company logo
ASSIGNMENT
PENDIDIKAN ISLAM 2
TOPIK : PERNIKAHAN
Disediakan Oleh :
1) ADILA NAJIHA BT MOHAMAD ANGKASHAH ( C01SKU13F615 )
2) NURRUL IDAYU ISMA BINTI CHE SAIMIN (C01SKU13F602)
Disemak oleh :
PN. NOR FAUZANI BINTI JUMODI
KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka Surat
1 PENDAHULUAN
2 PENGERTIAN NIKAH
3 HIKMAH PERNIKAHAN
4 AKAD PERNIKAHAN
5 HUKUM PERNIKAHAN
6 RUMUSAN
7 RUJUKAN
PENDAHULUAN
Perkahwinan adalah hubungan terikat antara lelaki dan perempuan yang
diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama dengan
perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah
tangga sebagai suami isteri . Perkahwinan juga merupakan antara amalan Sunnah
yang amat dipentingkan oleh Islam .
Secara umumnya , wajib dalam kehidupan seseorang umatnya mempunyai
pasangan hidup di dunia , seperti perlunya makan dan minum terjaga , tempat
tinggal dan pakaian . Nabi sendiri menyebut bahawa berkahwin adalah salah satu
Sunnah baginda . Perkataan zawaj digunakan di dalam al-
Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud
perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
PENGERTIAN PERNIKAHAN …
Perkahwinan ialah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah
yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Nikah dari perkataan
Arab yang bermaksud berhimpun dan bercampur.Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan
Qabul ‘(aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan lafaz akad
atau tazwij .
Islam sangat memberikan perhatian terhadap pembentukan keluarga hingga mencapai sakinah
, mawaddah , warahmah dalam pernikahan bertujuan untuk mengharapkan keredhaan Allah
S.W.T . Dalam Islam pernikahan merupakan sunnah Allah dan Rasulnya seperti yang
tercantum dalam hadits berikut:
Rasulullah SAW bersabda: “Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan
golonganku !”(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).
Dalam hadis tersebut
Imam Syafi’I berkata : Apabila seorang lelaki melamar untuk dirinya sendiri dan dia berkata
pada dirinya sendiri : Isteriku adalah seorang namanya demikian”, atau perkataan ini diucapkan
oleh seorang lelaki untuk orang yang diwakilinya , atau diucapkan oleh ayah seorang anak kecil
kepada wali seorang perempuan yang sebelumnya telah mendapat izin dari perempuan
bersangkutan supaya menikahkan dirinya kepada lelaki yang melamarnya , kemudian wali
tersebut berkata : “ aku telah menikahkanmu dengan fulanah ,” seraya menyebutnya nama
perempuan dimaksudkan , maka pernikahan ini dianggap telah mengikat.
TUJUAN PERNIKAHAN
Tujuan Pernikahan yang disyariatkan dalam islam adalah seperti berikut untuk menuntut hak
naluri manusia asasi yang disebutkan merupakan perkahwinan adalah fitrah manusia maka
untuk memenuhi keperluan ini dengan lafaz ijab dan qabul (aqad) contohnya untuk mengelakan
dari perkara yang merosakkan iman seperti zina yang kini semakin berleluasa. Islam adalah
agama fitrah. Oleh itu, nikah disyariatkan untuk merealisasikan fitrah dalam jiwa manusia. Ini
kerana setiap manusia, sama ada lelaki atau perempuan dicipta dengan mempunyai naluri
seksual dan fitrah tertentu. Oleh itu, Islam menjadikan perkahwinan sebagai jalan terbaik
menyalurkan tuntutan nafsu tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu
Dawud
" Sesungguhnya perempuan itu menghadap dan membelakangi dengan rupa syaitan, jika
seseorang antara kamu tertarik kepada seorang perempuan, hendaklah dia mendatangi
isterinya. Dengan itu nafsunya dapat disalurkan."
Selain itu , memperolehi zuriat yang dapat melaksanakan syariat Allah S.W.T di bumi ini
contohnya anak yang dilahirkan merupakan khalifah di bumi Allah S.W.T.
Disamping itu Juga , akhlak yang luhur merupakan benteng kepada kebahagiaan rumah tangga
dan melahirkan manusia yang bertanggungjawab. Antara sasaran syariat pernikahan dalam
islam antaranya ialah benteng fitrah manusia contohnya membentuk keluarga yang aman dan
bahagia demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
HIKMAH PERNIKAHAN
Hikmah Pernikahan terdiri daripada perkahwinan dari segi psikologi iaitu mampu memupuk
dan menyuburkan perasaan kasih sayang dan cinta antara suami isteri , Contohnya ia dapat
mengeratkan sebuah perkahwinan dan fitrah manusia yang inginkan kasih sayang dan belaian
dari orang-orang yang tertentu.
Khususnya perkahwinan dapat mengelakan perkara maksiat atau perzinaan , contohnya
berkahwin pada usia yang muda dapat mengurangkan perkara yang boleh terjerumus dalam
lembah perzinaan dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Melalui perkahwinan , ia
merupakan tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal .
Oleh itu juga , mampu melahirkan zuriat atau keturunan yang halal contohnya anak yang
dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih . Hal ini juga melainkan adanya rumah tangga dan
keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani serta mempunyai isteri yang mampu mengurus
rumah tangga dan anak . Contohnya rumah tangga dapat memberikan kedamaian dan
kebahagiaan pada jiwa manusia sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T .
Perkahwinan dapat melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah
yang mesti ditunaikan oleh lelaki dan wanita . Di samping itu , akan memperolehi keredaan
Allah S.W.T yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat .
Tenang dan tenteram , merupakan sesebuah ikatan kasih dan sayang antara suami dan isteri
akan berasa bahagia , aman dan tenteram . Allah berfirman : “ Dan antara tanda-tanda
membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa ia mencipta untuk kamu ( wahai kaum lelaki
) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra
bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang”, ( Ar- Rum : 21 ).
AKAD PERNIKAHAN …
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam
Islam .
Antara ciri-ciri bakal suami hendaklah seorang yang beriman, bertaqwa dan
bertanggungjawab . Mempunyai atau memiliki akhlak-akhlak yang terpuji pada seseorang
lelaki . selain itu , lelaki yang berilmu agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke
jalan yang benar .Tidak mempunyai penyakit yang berat seperti HIV , AIDS dan sebagainya.
Hendaklah seorang yang rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki
yang halal demi kebahagiaan keluarga .
Antara Ciri-ciri bakal isteri hendaklah seorang wanita yang beriman dan solehah , memiliki
rupa paras yang sedap mata memandang dapat menyejukkan hati suami . Menentukan mas
kahwin yang rendah , berasal dari keturunan yang baik .Bukan keturunan terdekat dan tidak
memandang pada harta kekayaan . Hendaklah wanita yang subur .
Akad pernikahan ialah satu perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul
tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun tertentu.
Antara syarat bakal suami hendaklah beragama islam , berjantina lelaki , tidak mempunyai 4
orang isteri dalam satu masa . Tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan juga bukan
muhrim kepada bakal isteri dan dengan kerelaan hati tanpa paksaan.
Antara syarat bakal isteri seorang wanita yang beragama islam atau ahli kitab yang merdeka.
Dalam hadis Imam Syafi’i berkata : “ seorang muslim yang boleh menikahi perempuan ahli
kitab yang merdeka, hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T yang membolehkan bagi orang
muslim menikahi perempuan-perempuan ahli kitab dengan tanpa pengecualian” , dan seorang
perempuan bukan khunsa . Bukan isteri mahupun dalam idah raj’i , tidak berada dalam ihram
Syarat bagi wali pernikahan ialah beragama islam contohnya wali hendaklah beragama .
Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah:
Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani
untuk menjadi wali.
(Surah Al-Maidah : Ayat 51) .
Wali hendaklah seorang yang baligh tahu akan perkara baik dan tidak baik .contohnya , tahu
dalam hal-hal yang diperintahkan oleh Allah SWT . mempunyai akal yang waras . Seorang
lelaki dan hendaklah ia perlu adil dan tidak fasik dalam sesuatu perkara . seorang yang
merdeka , tidak juga dalam berada dalam ihram dan tidak dipaksa mewalikan .
Syarat bagi saksi pernikahan ialah lelaki yang beragama islam , hendaklah dua orang saksi
yang berakal baligh sebagai contoh melaksanakan perintah Allah S.W.T. Mestilah adil dan
tidak fasik . Boleh melihat dan mendengar dan mempunyai ingatan yang baik . Lelaki yang
mengerti dan memahami lafaz Ijab dan Kabul .
Ijab dan Qabul ialah Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan
dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Perkara yang sering kita ketahui dalam
beberapa kes seperti kahwin lari , kahwin paksa , seorang bapa tidak membenarkan anak
berkahwin dengan pilihan anaknya
Syarat – syarat Ijab ialah hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan
tepat . contonya seorang wali perlu menggunakan lafaz ijab secara terang dan tepat agar
senang untuk difahami dan tidak mengandungi perkataan yang menunjukan batasnya. Dari
wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin
lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya
nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya
dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tunai .
Syarat-syarat Qabul ialah Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan
lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada
perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk
bernafas. Hendaklah lafaz qabul yang terang bukan sindiran atau lafaz qabul yang sesuai dengan lafaz
Ijab . Contohnya , perkataan seperti di bawah :-
Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak
yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk
Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.
Susunan wali dalam mazhad syafie :-
a) Bapa
b) Datuk sebelah bapa dan keatas
c) Adik beradik lelaki seibu sebapa
d) Adik beradik lelaki sebapa
e) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang seibu sebapa
f) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang sebapa
g) Bapa saudara seibu sebapa
h) Bapa saudara sebapa
i) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa
j) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang sebapa
k) Pemerintah (wali hakim)
Wali mujbir ialah wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu
perempuan yang masih perawan mahupun dara tanpa meminta izin perempuan terlebih
dahulu . Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya
sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara
dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan
berkahwin. Dalilnya ialah :-“
‘Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan
atau dara dikahwinkan oleh bapanya;,
(Riwayat Darul-Qutni) .
Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa
meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.
Kehadiran wali dalam sesuatu pernikahan adalah untuk menentukan pernikahan itu sah .
Seorang bapa atau datuk (wali mujbir ) berhak mengahwinkan anak gadis tanpa meminta izin.
Syarat syarat bagi wali mujbir mengahwinkan anaknya tanpa meminta izin
Tiada pemusuhan antara anak dengan bapa Selain itu , Lelaki tersebut sesuai dengan anaknya
. Terdapat dalam mas kahwinnya sebanding dengan mas kahwin saudaranya. Dengan itu juga
, Ia Tidak mengahwinkan anaknya dengan orang yang mampu membayar mas kahwin dan
tidak mengahwinkan anaknya dengan lelaki yang mendatangkan kemudaratan .
Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu
anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh
mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.
Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih
dahulu.
(Riwayat At-Tarmidzi)
Hukum pernikahan
Perkahwinan merupakan suatu Ibadat dan satu Sunnah rasulullah S.A.W yang afdal diikuti .
Hukum asal perkahwinan adalah Sunat . Walau bagaimanapun hukum tersebut berbeza
mengikut keadaan individu .
Wajib
mampu memberi nafkah zahir dan batin dan juga sangat berisiko
jatuh ke dalam perzinaan. Contohnya bagi seseorang yang
hampir jatuh ke dalam jurang zina wajib hukumnya
Sunat
Mereka yang sudah mampu namun masih tidak merasa takut
jatuh kepada zina. Contohnya ia mampu dari segi Zahir dan
Batin namun tidak merasa dirinya terjerumus kepada zina
Haram
Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin , atau
perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan atau
menzalimi isterinya . Contohnya , hanya menzalimi isterinya
namun tidak mampu memberi nafkah kepada isteri .
Makruh
Tidak mampu memberi nafkah zahir kepada isteri tetapi
berkeinginan untuk berkahwin contohnya tidak punya
penghasilan sama sekali dan tidak sempurna kemampuan untuk
berhubungan seksual,
Harus
Tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin
dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin . Contohnya bagi
seseorang muslim memenuhi dua syarat seperti mempunyai
mahar atau mas kawin dan mampu menafkahi isterinya pada hari
pernikahan .
Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh laki-laki disebabkan kerana keturunannya (haram
selamanya) serta dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang berbunyi, "Diharamkan kepada
kamu berkahwin dengan ibu, anakmu, saudaramu, anak saudara perempuan bagi saudara laki-
laki, dan anak saudara perempuan bagi saudara perempuan. ":
Haram Dengan Sebab Penyusuan
1. Ibu yang menyusukan.
2. Saudara perempuan yang sepersusuan.
Firman Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu
sepersusuan.
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang
yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :
Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan
1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.
2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.
(Riwayat Al-Dar Qatni)
3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti
sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
dari Aishah :
Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum
lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.
(al-Hadith)
4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-
kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut
kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua
tahun.
(Riwayat : At-Tarmidzi)
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di
antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)
1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.
2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.
3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.
4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian
diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari
keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman
Allah :
Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika
ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu
mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati.
(Surah An-Nisa:ayat 23
Dan firman Allah :
Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu
(ibu tiri).
(Surah An-Nisa : ayat 22)
5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan
Sebab Menghimpunkannya
1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang
telah lalu.
2. Anak saudara isteri sebelah bapa.
3. Anak saudara isteri sebelah ibu.
4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :
Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara
sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan
saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak
saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan
dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang
besar.
(Riwayat At-Tarmidzi)
“ Diharamkan atas kamu ( mengahwini ) ibu-ibumu ; anak-anakmu yang perempuan saudara-
saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan , saudara-saudaramu
ibumu yang perempuan , anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang lelaki , anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki, anak-anak perempuan dari saudara yang
perempuan , ibu-ibumu yang menyusui kamu , saudara perempuan sepersusuan , ibu-ibu
isterimu (mertua ) , anak-anak isteri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu
campuri , tetapi jika kamu belum campur dengan isterinmu itu , (dan kesudah kamu ceraikan )
maka tidak berdosa kamu mengahwininya , (dan diharamkan bagimu ) isteri-isteri anak
kandungmu (menantu) , dan menghimpukan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang
bersaudara , kecuali yang telah terjadi pada masa lampau ; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang” (surah al-Nisa’ (4) : 23 )
RUMUSAN
Secara keseluruhannya , ia dapat dirumuskan disini bahawa pendekatan
pembelajaran Pendidikan Islam 2 yang telah ditentukan oleh sesuatu kandungan
diolah. Hal demikian , kami juga telah memperlari tentang hal-hal pernikahan
dan rumah tangga serta ia juga memperolehi perbagai idea yang kami dapatkan
dari sesebuah rujukan untuk dijadikan tugasan kami untuk mempelajari dan
mengetahui lebih lanjut tentang ilmu alam pernikahan ini kerana pernikahan
adalah sangat penting untuk menentukan sesebuah keluarga atau permulaan
sebelum melangkah ke alam pernikahan.
Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya
kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan
sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas
hati. Hal itu juga banyak yang perlu dipelajari tentang pernikahan dan
pentingnya untuk mengetahui langkah-langkah sebelum menjalani kehidupan
yang baru seperti yang dipelajari tentang hukum-hukum nikah, hikmah dan
tujuan pernikahan , syarat-syarat rukun pernikahan yang perlu kita ketahui .
RUJUKAN
1.Tajuk buku Bantuan studi lengkap
Citra Pintar SPM
Nama Pengarang : Ustz Hamil @ Amir Abdul Hameed
Pernebit : SASBADI SDN. BHD Petaling Jaya
2. MUKHTASAR KITAB AL-UMM
FI AL-FIQH IMAM AL-SYAFI’I JILID 2
Nama Pengarang : Husien Abdul Hamid
[ Ulama Al-Azhar Al-Syarif ]
Penerbit : PERNIAGAAN JAHABERSA JOHOR BAHRU
3. Pendidikan Islam SPM
Nama Pengarang : Mohd Najib / Nur Salinahany / Saiful Aswad
4. Pendidikan Islam Tingkatan 5
Nama Pengarang: Mohd Zaini Bin Yahya, Zamri Bin Abdul Rahman,
Afandi Bin Sahi
Penerbit : DBP & KPM
5. Pengantar Perkahwinan dan Keluarga
Nama Pengarang : Rozumah Baharudin@ Rumaya Juhari
Penerbit : Universiti Putra Malaysia Serdang
Tahun Penerbit : 2002

More Related Content

What's hot

Iddah dan Rujuk
Iddah dan RujukIddah dan Rujuk
Iddah dan Rujukan nur
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
Doa sempena minggu orientasi pelajar baru
Doa sempena minggu orientasi pelajar baruDoa sempena minggu orientasi pelajar baru
Doa sempena minggu orientasi pelajar baruAli Abu Hafiiy Supandi
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMGuru Sejarah PraU
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
NORANEEZ ISMAIL
 
Nikah khitbah
Nikah khitbahNikah khitbah
Nikah khitbah
Siti Nurshahira
 
Maruah ialah nilai
Maruah ialah nilaiMaruah ialah nilai
Maruah ialah nilaiPuteh Manaf
 
Al-Talak
Al-Talak Al-Talak
Al-Talak
Dhiya Azman
 
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyahPendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
ian dave
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
zakwan azhar
 
Doa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarDoa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarmamatubai09
 
Konsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.pptKonsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.ppt
mohdfazrinhamdan
 
Ceramah batasan aurat
Ceramah batasan auratCeramah batasan aurat
Ceramah batasan auratSiti Rahmah
 
HKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
HKR 111 - Konsep dan Falsafah PerkahwinanHKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
HKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
UiTM Terengganu Kampus Rekreasi Bukit Besi
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
athirahsb
 
Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak
SharifahNurAbu
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
NaimAlmashoori
 

What's hot (20)

Iddah dan Rujuk
Iddah dan RujukIddah dan Rujuk
Iddah dan Rujuk
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Doa sempena minggu orientasi pelajar baru
Doa sempena minggu orientasi pelajar baruDoa sempena minggu orientasi pelajar baru
Doa sempena minggu orientasi pelajar baru
 
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAMETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
ETIKA DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
Nikah khitbah
Nikah khitbahNikah khitbah
Nikah khitbah
 
khuluk
khulukkhuluk
khuluk
 
Maruah ialah nilai
Maruah ialah nilaiMaruah ialah nilai
Maruah ialah nilai
 
Al-Talak
Al-Talak Al-Talak
Al-Talak
 
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyahPendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
Pendidikan islam tingkatan 1 masyarakat arab jahiliyah
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
 
Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.
 
Doa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besarDoa perpisahan guru besar
Doa perpisahan guru besar
 
Konsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.pptKonsep Fasakh.ppt
Konsep Fasakh.ppt
 
Ceramah batasan aurat
Ceramah batasan auratCeramah batasan aurat
Ceramah batasan aurat
 
HKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
HKR 111 - Konsep dan Falsafah PerkahwinanHKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
HKR 111 - Konsep dan Falsafah Perkahwinan
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
 
Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlakKeruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 

Viewers also liked

Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
Adibah Huda
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaanzainipr
 
Musnad imam hambali
Musnad imam hambaliMusnad imam hambali
Musnad imam hambali
uyab artsa
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Abdul Fauzan
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
Silent Artist
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
jabatan perpaduan
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IBiyah Djauhar
 
Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Livi Pungus
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
Nurdziera Dziyauddin
 
elektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusionelektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusion
sakura rena
 
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-246637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2Izzaty Alisya
 

Viewers also liked (20)

Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
Imam Syafie
Imam SyafieImam Syafie
Imam Syafie
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Musnad imam hambali
Musnad imam hambaliMusnad imam hambali
Musnad imam hambali
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
 
Penghargaan f.b.blg..
Penghargaan f.b.blg..Penghargaan f.b.blg..
Penghargaan f.b.blg..
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'IKEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
KEPEMIMPINAN IMAM SYAFI'I
 
Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)Bab i pendahuluan (tgs livi)
Bab i pendahuluan (tgs livi)
 
Biografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`iBiografi imam syafi`i
Biografi imam syafi`i
 
Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi Kertas kerja inovasi
Kertas kerja inovasi
 
elektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusionelektrik (kerja kursus)-conclusion
elektrik (kerja kursus)-conclusion
 
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-246637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2
46637300 huraian-sukatan-sains-tingkatan-2
 

Similar to Agama islam

Tujuan dan hikmah pernikahan 2
Tujuan dan hikmah pernikahan  2Tujuan dan hikmah pernikahan  2
Tujuan dan hikmah pernikahan 2
Arya D Ningrat
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamArra Asri
 
Fiqih III
Fiqih IIIFiqih III
Fiqih III
ikmalabas
 
rumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxrumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptx
DaifanFadilah
 
7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat
Masrizal Masril
 
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxKelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
ShalsaNurliza
 
Munakahat kelompok 7
Munakahat   kelompok 7Munakahat   kelompok 7
Munakahat kelompok 7
Mai Hasibuan
 
Pernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut IslamPernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut Islam
Rani Jambak
 
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
TataListiyawati19
 
faktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohfaktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohMia Nad
 
Perkawinan part 1
Perkawinan part 1Perkawinan part 1
Perkawinan part 1
Yaya Nicky
 
Fiqh munakahat
Fiqh munakahatFiqh munakahat
Fiqh munakahat
AnitaRohimah
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaYulia Fauzi
 
Perkahwinan islam
Perkahwinan islamPerkahwinan islam
Perkahwinan islam
Aizira Aizuddin
 
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptxMATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
YudhistiraPutra9
 
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikahfikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
TohirQolby1
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
ildahayati ilias
 
121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan
lailaaprina1
 
pernikahan dalam islam
pernikahan dalam islampernikahan dalam islam
pernikahan dalam islam
aamridwan
 

Similar to Agama islam (20)

Tujuan dan hikmah pernikahan 2
Tujuan dan hikmah pernikahan  2Tujuan dan hikmah pernikahan  2
Tujuan dan hikmah pernikahan 2
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
Fiqih III
Fiqih IIIFiqih III
Fiqih III
 
rumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxrumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptx
 
Pernikahan
PernikahanPernikahan
Pernikahan
 
7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat
 
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxKelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
 
Munakahat kelompok 7
Munakahat   kelompok 7Munakahat   kelompok 7
Munakahat kelompok 7
 
Pernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut IslamPernikahan menurut Islam
Pernikahan menurut Islam
 
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
 
faktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodohfaktor pemilihan jodoh
faktor pemilihan jodoh
 
Perkawinan part 1
Perkawinan part 1Perkawinan part 1
Perkawinan part 1
 
Fiqh munakahat
Fiqh munakahatFiqh munakahat
Fiqh munakahat
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
 
Perkahwinan islam
Perkahwinan islamPerkahwinan islam
Perkahwinan islam
 
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptxMATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
MATERI PAI MUNAKAHAT.pptx
 
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikahfikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
fikih munakahat- hal hal yang berkaitan dengan hukum nikah
 
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodohPembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
Pembentukan keluarga dalam islam dan memilih jodoh
 
121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan121347698 power-point-pernikahan
121347698 power-point-pernikahan
 
pernikahan dalam islam
pernikahan dalam islampernikahan dalam islam
pernikahan dalam islam
 

Agama islam

  • 1. ASSIGNMENT PENDIDIKAN ISLAM 2 TOPIK : PERNIKAHAN Disediakan Oleh : 1) ADILA NAJIHA BT MOHAMAD ANGKASHAH ( C01SKU13F615 ) 2) NURRUL IDAYU ISMA BINTI CHE SAIMIN (C01SKU13F602) Disemak oleh : PN. NOR FAUZANI BINTI JUMODI
  • 2. KANDUNGAN Bil Isi Kandungan Muka Surat 1 PENDAHULUAN 2 PENGERTIAN NIKAH 3 HIKMAH PERNIKAHAN 4 AKAD PERNIKAHAN 5 HUKUM PERNIKAHAN 6 RUMUSAN 7 RUJUKAN
  • 3. PENDAHULUAN Perkahwinan adalah hubungan terikat antara lelaki dan perempuan yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri . Perkahwinan juga merupakan antara amalan Sunnah yang amat dipentingkan oleh Islam . Secara umumnya , wajib dalam kehidupan seseorang umatnya mempunyai pasangan hidup di dunia , seperti perlunya makan dan minum terjaga , tempat tinggal dan pakaian . Nabi sendiri menyebut bahawa berkahwin adalah salah satu Sunnah baginda . Perkataan zawaj digunakan di dalam al- Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
  • 4. PENGERTIAN PERNIKAHAN … Perkahwinan ialah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Nikah dari perkataan Arab yang bermaksud berhimpun dan bercampur.Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul ‘(aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan lafaz akad atau tazwij . Islam sangat memberikan perhatian terhadap pembentukan keluarga hingga mencapai sakinah , mawaddah , warahmah dalam pernikahan bertujuan untuk mengharapkan keredhaan Allah S.W.T . Dalam Islam pernikahan merupakan sunnah Allah dan Rasulnya seperti yang tercantum dalam hadits berikut: Rasulullah SAW bersabda: “Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan golonganku !”(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.). Dalam hadis tersebut Imam Syafi’I berkata : Apabila seorang lelaki melamar untuk dirinya sendiri dan dia berkata pada dirinya sendiri : Isteriku adalah seorang namanya demikian”, atau perkataan ini diucapkan oleh seorang lelaki untuk orang yang diwakilinya , atau diucapkan oleh ayah seorang anak kecil kepada wali seorang perempuan yang sebelumnya telah mendapat izin dari perempuan bersangkutan supaya menikahkan dirinya kepada lelaki yang melamarnya , kemudian wali tersebut berkata : “ aku telah menikahkanmu dengan fulanah ,” seraya menyebutnya nama perempuan dimaksudkan , maka pernikahan ini dianggap telah mengikat.
  • 5. TUJUAN PERNIKAHAN Tujuan Pernikahan yang disyariatkan dalam islam adalah seperti berikut untuk menuntut hak naluri manusia asasi yang disebutkan merupakan perkahwinan adalah fitrah manusia maka untuk memenuhi keperluan ini dengan lafaz ijab dan qabul (aqad) contohnya untuk mengelakan dari perkara yang merosakkan iman seperti zina yang kini semakin berleluasa. Islam adalah agama fitrah. Oleh itu, nikah disyariatkan untuk merealisasikan fitrah dalam jiwa manusia. Ini kerana setiap manusia, sama ada lelaki atau perempuan dicipta dengan mempunyai naluri seksual dan fitrah tertentu. Oleh itu, Islam menjadikan perkahwinan sebagai jalan terbaik menyalurkan tuntutan nafsu tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dawud " Sesungguhnya perempuan itu menghadap dan membelakangi dengan rupa syaitan, jika seseorang antara kamu tertarik kepada seorang perempuan, hendaklah dia mendatangi isterinya. Dengan itu nafsunya dapat disalurkan." Selain itu , memperolehi zuriat yang dapat melaksanakan syariat Allah S.W.T di bumi ini contohnya anak yang dilahirkan merupakan khalifah di bumi Allah S.W.T. Disamping itu Juga , akhlak yang luhur merupakan benteng kepada kebahagiaan rumah tangga dan melahirkan manusia yang bertanggungjawab. Antara sasaran syariat pernikahan dalam islam antaranya ialah benteng fitrah manusia contohnya membentuk keluarga yang aman dan bahagia demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  • 6. HIKMAH PERNIKAHAN Hikmah Pernikahan terdiri daripada perkahwinan dari segi psikologi iaitu mampu memupuk dan menyuburkan perasaan kasih sayang dan cinta antara suami isteri , Contohnya ia dapat mengeratkan sebuah perkahwinan dan fitrah manusia yang inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu. Khususnya perkahwinan dapat mengelakan perkara maksiat atau perzinaan , contohnya berkahwin pada usia yang muda dapat mengurangkan perkara yang boleh terjerumus dalam lembah perzinaan dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Melalui perkahwinan , ia merupakan tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal . Oleh itu juga , mampu melahirkan zuriat atau keturunan yang halal contohnya anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih . Hal ini juga melainkan adanya rumah tangga dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani serta mempunyai isteri yang mampu mengurus rumah tangga dan anak . Contohnya rumah tangga dapat memberikan kedamaian dan kebahagiaan pada jiwa manusia sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T . Perkahwinan dapat melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang mesti ditunaikan oleh lelaki dan wanita . Di samping itu , akan memperolehi keredaan Allah S.W.T yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat . Tenang dan tenteram , merupakan sesebuah ikatan kasih dan sayang antara suami dan isteri akan berasa bahagia , aman dan tenteram . Allah berfirman : “ Dan antara tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa ia mencipta untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang”, ( Ar- Rum : 21 ). AKAD PERNIKAHAN … Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam . Antara ciri-ciri bakal suami hendaklah seorang yang beriman, bertaqwa dan bertanggungjawab . Mempunyai atau memiliki akhlak-akhlak yang terpuji pada seseorang lelaki . selain itu , lelaki yang berilmu agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar .Tidak mempunyai penyakit yang berat seperti HIV , AIDS dan sebagainya.
  • 7. Hendaklah seorang yang rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal demi kebahagiaan keluarga . Antara Ciri-ciri bakal isteri hendaklah seorang wanita yang beriman dan solehah , memiliki rupa paras yang sedap mata memandang dapat menyejukkan hati suami . Menentukan mas kahwin yang rendah , berasal dari keturunan yang baik .Bukan keturunan terdekat dan tidak memandang pada harta kekayaan . Hendaklah wanita yang subur . Akad pernikahan ialah satu perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun tertentu. Antara syarat bakal suami hendaklah beragama islam , berjantina lelaki , tidak mempunyai 4 orang isteri dalam satu masa . Tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan juga bukan muhrim kepada bakal isteri dan dengan kerelaan hati tanpa paksaan. Antara syarat bakal isteri seorang wanita yang beragama islam atau ahli kitab yang merdeka. Dalam hadis Imam Syafi’i berkata : “ seorang muslim yang boleh menikahi perempuan ahli kitab yang merdeka, hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T yang membolehkan bagi orang muslim menikahi perempuan-perempuan ahli kitab dengan tanpa pengecualian” , dan seorang perempuan bukan khunsa . Bukan isteri mahupun dalam idah raj’i , tidak berada dalam ihram Syarat bagi wali pernikahan ialah beragama islam contohnya wali hendaklah beragama . Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah: Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali. (Surah Al-Maidah : Ayat 51) . Wali hendaklah seorang yang baligh tahu akan perkara baik dan tidak baik .contohnya , tahu dalam hal-hal yang diperintahkan oleh Allah SWT . mempunyai akal yang waras . Seorang lelaki dan hendaklah ia perlu adil dan tidak fasik dalam sesuatu perkara . seorang yang merdeka , tidak juga dalam berada dalam ihram dan tidak dipaksa mewalikan . Syarat bagi saksi pernikahan ialah lelaki yang beragama islam , hendaklah dua orang saksi yang berakal baligh sebagai contoh melaksanakan perintah Allah S.W.T. Mestilah adil dan tidak fasik . Boleh melihat dan mendengar dan mempunyai ingatan yang baik . Lelaki yang mengerti dan memahami lafaz Ijab dan Kabul . Ijab dan Qabul ialah Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Perkara yang sering kita ketahui dalam beberapa kes seperti kahwin lari , kahwin paksa , seorang bapa tidak membenarkan anak berkahwin dengan pilihan anaknya
  • 8. Syarat – syarat Ijab ialah hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat . contonya seorang wali perlu menggunakan lafaz ijab secara terang dan tepat agar senang untuk difahami dan tidak mengandungi perkataan yang menunjukan batasnya. Dari wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tunai . Syarat-syarat Qabul ialah Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk bernafas. Hendaklah lafaz qabul yang terang bukan sindiran atau lafaz qabul yang sesuai dengan lafaz Ijab . Contohnya , perkataan seperti di bawah :- Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”. Susunan wali dalam mazhad syafie :- a) Bapa b) Datuk sebelah bapa dan keatas c) Adik beradik lelaki seibu sebapa d) Adik beradik lelaki sebapa e) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang seibu sebapa f) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang sebapa g) Bapa saudara seibu sebapa h) Bapa saudara sebapa i) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa j) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang sebapa k) Pemerintah (wali hakim)
  • 9. Wali mujbir ialah wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan mahupun dara tanpa meminta izin perempuan terlebih dahulu . Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin. Dalilnya ialah :-“ ‘Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya;, (Riwayat Darul-Qutni) . Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah. Kehadiran wali dalam sesuatu pernikahan adalah untuk menentukan pernikahan itu sah . Seorang bapa atau datuk (wali mujbir ) berhak mengahwinkan anak gadis tanpa meminta izin. Syarat syarat bagi wali mujbir mengahwinkan anaknya tanpa meminta izin Tiada pemusuhan antara anak dengan bapa Selain itu , Lelaki tersebut sesuai dengan anaknya . Terdapat dalam mas kahwinnya sebanding dengan mas kahwin saudaranya. Dengan itu juga , Ia Tidak mengahwinkan anaknya dengan orang yang mampu membayar mas kahwin dan tidak mengahwinkan anaknya dengan lelaki yang mendatangkan kemudaratan . Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW. Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih dahulu. (Riwayat At-Tarmidzi)
  • 10. Hukum pernikahan Perkahwinan merupakan suatu Ibadat dan satu Sunnah rasulullah S.A.W yang afdal diikuti . Hukum asal perkahwinan adalah Sunat . Walau bagaimanapun hukum tersebut berbeza mengikut keadaan individu . Wajib mampu memberi nafkah zahir dan batin dan juga sangat berisiko jatuh ke dalam perzinaan. Contohnya bagi seseorang yang hampir jatuh ke dalam jurang zina wajib hukumnya Sunat Mereka yang sudah mampu namun masih tidak merasa takut jatuh kepada zina. Contohnya ia mampu dari segi Zahir dan Batin namun tidak merasa dirinya terjerumus kepada zina Haram Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin , atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan atau menzalimi isterinya . Contohnya , hanya menzalimi isterinya namun tidak mampu memberi nafkah kepada isteri . Makruh Tidak mampu memberi nafkah zahir kepada isteri tetapi berkeinginan untuk berkahwin contohnya tidak punya penghasilan sama sekali dan tidak sempurna kemampuan untuk berhubungan seksual, Harus Tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin . Contohnya bagi seseorang muslim memenuhi dua syarat seperti mempunyai mahar atau mas kawin dan mampu menafkahi isterinya pada hari pernikahan .
  • 11. Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh laki-laki disebabkan kerana keturunannya (haram selamanya) serta dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang berbunyi, "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu, anakmu, saudaramu, anak saudara perempuan bagi saudara laki- laki, dan anak saudara perempuan bagi saudara perempuan. ": Haram Dengan Sebab Penyusuan 1. Ibu yang menyusukan. 2. Saudara perempuan yang sepersusuan. Firman Allah : Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan. Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW : Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan 1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh. 2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun. (Riwayat Al-Dar Qatni) 3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah : Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja. (al-Hadith) 4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak- kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
  • 12. Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun. (Riwayat : At-Tarmidzi) Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya. 4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan) 1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan. 2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas. 3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah. 4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman Allah : Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati. (Surah An-Nisa:ayat 23 Dan firman Allah : Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri). (Surah An-Nisa : ayat 22) 5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan Sebab Menghimpunkannya 1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah : Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu. 2. Anak saudara isteri sebelah bapa. 3. Anak saudara isteri sebelah ibu. 4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki. 5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
  • 13. Sabda Rasulullah SAW : Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar. (Riwayat At-Tarmidzi) “ Diharamkan atas kamu ( mengahwini ) ibu-ibumu ; anak-anakmu yang perempuan saudara- saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan , saudara-saudaramu ibumu yang perempuan , anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang lelaki , anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki, anak-anak perempuan dari saudara yang perempuan , ibu-ibumu yang menyusui kamu , saudara perempuan sepersusuan , ibu-ibu isterimu (mertua ) , anak-anak isteri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri , tetapi jika kamu belum campur dengan isterinmu itu , (dan kesudah kamu ceraikan ) maka tidak berdosa kamu mengahwininya , (dan diharamkan bagimu ) isteri-isteri anak kandungmu (menantu) , dan menghimpukan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara , kecuali yang telah terjadi pada masa lampau ; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (surah al-Nisa’ (4) : 23 )
  • 14. RUMUSAN Secara keseluruhannya , ia dapat dirumuskan disini bahawa pendekatan pembelajaran Pendidikan Islam 2 yang telah ditentukan oleh sesuatu kandungan diolah. Hal demikian , kami juga telah memperlari tentang hal-hal pernikahan dan rumah tangga serta ia juga memperolehi perbagai idea yang kami dapatkan dari sesebuah rujukan untuk dijadikan tugasan kami untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang ilmu alam pernikahan ini kerana pernikahan adalah sangat penting untuk menentukan sesebuah keluarga atau permulaan sebelum melangkah ke alam pernikahan. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati. Hal itu juga banyak yang perlu dipelajari tentang pernikahan dan pentingnya untuk mengetahui langkah-langkah sebelum menjalani kehidupan yang baru seperti yang dipelajari tentang hukum-hukum nikah, hikmah dan tujuan pernikahan , syarat-syarat rukun pernikahan yang perlu kita ketahui .
  • 15. RUJUKAN 1.Tajuk buku Bantuan studi lengkap Citra Pintar SPM Nama Pengarang : Ustz Hamil @ Amir Abdul Hameed Pernebit : SASBADI SDN. BHD Petaling Jaya 2. MUKHTASAR KITAB AL-UMM FI AL-FIQH IMAM AL-SYAFI’I JILID 2 Nama Pengarang : Husien Abdul Hamid [ Ulama Al-Azhar Al-Syarif ] Penerbit : PERNIAGAAN JAHABERSA JOHOR BAHRU 3. Pendidikan Islam SPM Nama Pengarang : Mohd Najib / Nur Salinahany / Saiful Aswad 4. Pendidikan Islam Tingkatan 5 Nama Pengarang: Mohd Zaini Bin Yahya, Zamri Bin Abdul Rahman, Afandi Bin Sahi Penerbit : DBP & KPM 5. Pengantar Perkahwinan dan Keluarga Nama Pengarang : Rozumah Baharudin@ Rumaya Juhari Penerbit : Universiti Putra Malaysia Serdang Tahun Penerbit : 2002