DOA PERPISAHAN GURU BESAR 
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi 
meraikan perpisahan guru besar kami…………….. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar 
Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama 
ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah 
kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang 
baktinya kepada agama bangsa dan negara. 
Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami tidak 
berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu 
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang 
perkhidmatan kami khususnya guru besar kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang 
mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau 
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
Ya Allah YaRahman Ya Rahim. 
Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan , 
kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih 
berkhidmat di sini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas -tugas kami dengan 
baik dan sempurna.

Doa perpisahan guru besar

  • 1.
    DOA PERPISAHAN GURUBESAR Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi meraikan perpisahan guru besar kami…………….. KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang telah dicurahkannya selama ini. Engkau berkatilah hidupnya, Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah kepadanya Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang baktinya kepada agama bangsa dan negara. Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMu yang lemah. Kami tidak berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya guru besar kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah YaRahman Ya Rahim. Disini juga kami berharap kepadamu agar Engkau kurniakan kecekalan,ketabahan , kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih berkhidmat di sini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas -tugas kami dengan baik dan sempurna.