Dokumen tersebut memberikan panduan mengenai adab-adab dalam menuntut ilmu, yang meliputi: (1) bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu untuk ridha Allah, (2) tekun berusaha dan bertawakkal kepada Allah, (3) menjauhi maksiat yang dapat mengganggu proses pembelajaran, (4) memilih teman yang soleh untuk menambah semangat belajar, dan (5) banyak berzikir kepada Allah.
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guruYogi andreansyah
materi agama islam kelas 10 yang menjelaskan tentang bagaimana kita menghormati guru dan orang tua kita beserta dalil dan hadits nya denga penjelasan secara detail dan mudah di pahami
author by yogi andreansyah
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat melainkan para nabi dan rasul.Bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Namun demikian ketahuilah untuk kembali kepada Allah kita memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari orang yang soleh dan orang yang berilmu.
Ketahuilah untuk mendapatkan kehidupan di dunia perlu dengan ilmu, untuk mendapatkan kehidupan akhirat perlu dengan ilmu dan untuk mendapatkan kedua duanya perlulah dengan ilmu.
pai taat dan patuh kepada kedua orang tua.PAI KELAS X(BIRUL WALIDAYIN)devi anggraeni
Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, mengasihi, menyayangi, menghormati, mendoakan, taat, dan patuh terhadap apa yang mereka perintahkan adalah kewajiban yang harus dilakukan oleh setiap anak kepada orang tuanya. Perilaku tersebut disebut birrul walidain.Birrul walidain adalah hak kedua orang tua yang harus dilaksanakan oleh setiap anak, sepanjang keduanya tidak memerintahkan kemaksiatan/kemusyrikan. Bahkan, seorang anak tetap harus berbakti meskipun orang tuanya kafir/musyrik.
Artinya:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sakali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Q.S. Al Isra' : 23)
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Q.S. Al Isra' : 24)
Agama islam tentang : Hormat dan patuh kepada orang tua dan guruYogi andreansyah
materi agama islam kelas 10 yang menjelaskan tentang bagaimana kita menghormati guru dan orang tua kita beserta dalil dan hadits nya denga penjelasan secara detail dan mudah di pahami
author by yogi andreansyah
Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan dosa dan maksiat melainkan para nabi dan rasul.Bumi mana tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Namun demikian ketahuilah untuk kembali kepada Allah kita memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari orang yang soleh dan orang yang berilmu.
Ketahuilah untuk mendapatkan kehidupan di dunia perlu dengan ilmu, untuk mendapatkan kehidupan akhirat perlu dengan ilmu dan untuk mendapatkan kedua duanya perlulah dengan ilmu.
pai taat dan patuh kepada kedua orang tua.PAI KELAS X(BIRUL WALIDAYIN)devi anggraeni
Berbakti dan berbuat baik kepada orang tua, mengasihi, menyayangi, menghormati, mendoakan, taat, dan patuh terhadap apa yang mereka perintahkan adalah kewajiban yang harus dilakukan oleh setiap anak kepada orang tuanya. Perilaku tersebut disebut birrul walidain.Birrul walidain adalah hak kedua orang tua yang harus dilaksanakan oleh setiap anak, sepanjang keduanya tidak memerintahkan kemaksiatan/kemusyrikan. Bahkan, seorang anak tetap harus berbakti meskipun orang tuanya kafir/musyrik.
Artinya:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sakali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (Q.S. Al Isra' : 23)
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Q.S. Al Isra' : 24)
sampaikan dariku walaupun satu ayat adalah perintah dari allah swt untuk kita sebagai umatnya. tugas ini bukan hanya sekedar ucapan tetapi memiliki pengaruh yang sangat besar bagi orang lain atau pun kita yang menyampaikannya
1. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam
memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan
bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana
Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut
ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan
maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di
dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang
berada dalam sistem sekular yang mementingkan material
menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk
menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu
menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya
membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita
sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk
ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang
tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa
orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah
dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah
mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah
kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan
orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan
orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa
melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-
sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa
dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku
pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku
yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang
berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu
melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun
tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana
firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah
ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku!
Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku
2. ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah
tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak
memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun
menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga
sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran
daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling
terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang
dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang
boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan
pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang
mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana
mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan
penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh
untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah
agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang
dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin,
tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan
kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya
amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling
mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur
yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa
disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di
dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan
menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada
maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah
dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana
ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di
zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti
maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta
pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya
suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan
mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina,
mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat.
Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu
membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat
menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada
berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang
3. tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada
anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta
menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan
kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa
bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta
menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan
mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat
kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka
yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka
setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh
dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-
Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari
itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali
mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita
melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud :
Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah
seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima
waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas
solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia
juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan
amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh
menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh
mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah
diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-
lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri
kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya
sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan
amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana
hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan
diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri
sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain
kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada
diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan
keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan
kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh
daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang
4. kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain
kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah
malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan
prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah
dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah
pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah
seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat
lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA - Kita hendaklah sentiasa
menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam
perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung
dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta
mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga
hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan
mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah
bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah
dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan
Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain
Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu
dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun
kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka
jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan
perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah
dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan
ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana
mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU - Kita juga wajib menghormati guru dan
mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak
Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita
berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun
berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud
sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila
mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana
menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama'
silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan
5. kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan
remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti
atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap
bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti
dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi
bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan
sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap
guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru
dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam
kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali
keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu
menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara
negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita
mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang
termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa
orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban
ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.
Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus
ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai
ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di
dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk
mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang
telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk
mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca
yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka
yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh
keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh
itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi
kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal
selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi
begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan.
Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu
melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah
dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-
orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak
kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu
mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.