Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teknologi maklumat- blog

393 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Teknologi maklumat- blog

  1. 1. TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM IXEB4103 TAJUK: BLOG 1) AMIRIN SOFI BIN MUSTAFA IEB110006 2) MUHAMMAD HANIF BIN ZUHARI IEB110026 3)SHAHRUL AZRIE BIN ABDULLAH IEB110067 4)MOHAMMAD FAIQ BIN MAT RANI IEB11024 Pensyarah: USTAZAH SALINA BUSRAWI
  2. 2. Tugasan 1 Blog Pengenalan Pada masa kini, kehidupan manusia tidak lagi dapat di pisahkan dengan teknologi. Apabila kita memandang disegenap ruang yang ada, kita akan dapati pelbagai jenis teknologi wujud disekeliling kita. Ia merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian kita. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Hasil ledakan teknologi maklumat tersebut menjadikan perubahan dunia masa kini amat pantas. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat sangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama serta akhlak masyarakat dan membawa pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradigma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai- nilai keinsanan. Justeru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Maka, tidak dapat tidak, penerapan metodologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan
  3. 3. mengawal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan. Dalam kepelbagaian teknologi yang ada, kami memilih blog untuk menjadi bahan kajian kami pada kali ini. Blog merupakan salah satu cabang web juga, atau nama penuhnya web blog. Apa yang membezakan dengan web sebenar adalah pada sasaran dan rekabentuknya sahaja. Blog banyak jenisnya, antaranya bersifat jurnal dan peribadi, diantara jenis lainya ialah blog ya ng berbentuk foto (blogfoto) seperti fotopage dan flickr,video blog (vblog) seperti youtube dan metacafe, ada podcast dan sebagainya. Setiap blog dikategorikan mengikut tajuknya yang tertentu, antaranya blog automotif, blog teknologi, blog fesyen dan banyak lagi. Secara ringkasnya blog merupakan singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan @ buku log namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian , diringkaskan menjadi BLOG. Blog mempunyai peranan dan fungsinya yang tertentu. Blog boleh menjadi catatan individu atau kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingininya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini
  4. 4. orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik. Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan atau berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger. Dalam penelitian kami terdapat beberapa sebab mengapa kita melibatkan diri dengan blog. Pertama ialah berkaian emosi, hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis masalah lain yang timbul maka blog menjadi antara cara untuk meluahkan perasaan bagi meredakan tekanan dan terapi untuk emosi. kedua ialah blog mampu menjadi salah satu sumber pendapatan. Dengan keadaan ekonomi yang amat berbagai serta tidak menentu di zaman penuh teknologi sekarang ni, blog boleh dimanfaatkansebagai salah satu sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap. Pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog. Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan. Ketiga ia berperanan sebagai diari. Blog ini diadaptasi dari penulisan diari didalam buku yang kemudiannya dipindahkan ke penulisan di alam maya. Dari segi tujuan mungkin mempunyai persamaan tetapi melalui alam maya ini , blogger mungkin mahu berkongsi kisah hidupnya dengan orang lain, berbeza dengan penulisan secara terus dalam bentuk yang lama. keempat sebagai Benchmark ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada
  5. 5. masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik. Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari lain nanti. kelima sebaai portfolio. Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, seandainya suatu hari kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan surat khabar. Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu. Jadi beliau perlu menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit. Keenam sebagai media untuk berkomunikasi dan berbincang tentang sesuatu isu. Dalam kita menyuarakan sesebuah isu seperti politik dan isu semasa, pasti ada yang tidak setuju, dengan demikian, ia akan mewujudkan suatu perbincangan. Maka dari situ kita dapat melihat pelbagai ragam hujah, disamping dapat meningkatkan pengetahuan dalam diri kita sendiri. Ketujuh ialah sebagai tempat untuk berkongsi minat. Minat dan bakat boleh dikongsikan dalam blog. Dengan blog kita dapat meluaskan sesuatu hobi dengan orang lain yang mempunyai hobi yang sama. Secara tidak langsung akan meluaskan jaringan ukhwah diantara seseorang blogger dengan blogger yang lain atau masyarakat umum.
  6. 6. Pelbagai perkara boleh dikongsikan, sekiranya ia seorang guru, mungkin pengalaman ia dapat dikongsikan dengan yang bakal guru, sekiranya ia seorang doktor, sedikit sebanyak ilmu kedoktorannya mungkin dapat dikongsikan dan begitulah seterusnya. Penggunaannya dalam konteks pendidikan dan dakwah Perkembangan teknologi pada hari ini, menjadikan pemerolehan ilmu itu tidak hanya di masjid ataupun hanya di sekolah sahaja malahan ia boleh di dapati disetiap keadaan dan tempat, dengan adanya pengaksesan internet. Dalam arena pendidikan dan dakwah, kepelbagaian sumber penyampaian ilmu serta maklumat perlu dipelbagaikan, maka blog boleh menjadi sebagai salah sebuah medium untuk menyampaikan pengajaran dan dakwah. Liputannya yang dapat diakses diserata pelosok alam menjadikan ia sebuah medium yang berkesan dalam menyampaikan ilmu dan dakwah. Pada masa kini, bentuk pendidikan dan dakwah perlu di pelbagaikan seiring dengan peredaran zaman, hal ini bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat, terutamanya golongan muda. Melalui blog, penyampaian dapat disampaikan dengan lebih menarik mengikut kreativit i seseorang blogger itu. Maka, ia mampu untuk menarik ramai golongan untuk mengkuti sesebuah blog itu. Oleh kerana pada masa kini terdapat banyak blog yang boleh dilawati, penelitian yang mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menerima pakai apa yang didapati dalam blog tersebut. Hal ini kerana, dalam membina sesebuah laman blog ianya bebas kepada sesiapa sahaja, maka inilah yang menjadi kebimbangan sekiranya maklumat yang dipaparkan dalam sesebuah blog itu tidak bertepatan dengan sumbernya. Satu hal yang mesti kita ketahui, meskipun ilmu serta maklumat dapat diperolehi dari laman blog dengan mudah, ia bukanlah bererti kita tidak perlu untuk berguru. Laman blog ini perlu dianggap
  7. 7. sebagai sumber sampingan sahaja dalam mendapatkan maklumat. Hal ini kerana, maklumat yang dimuatkan dalam sesebuah blog itu boleh jadi menyimpang atau tersalah. Maka , menerima sesebuah maklumat yang ada dalam blog tersebut, penelitian perlu dilakukan semula bagi menjamin keabsahan maklumat tersebut. Adapun jalan yang utama dalam memperolehi ilmu ialah melalui kaedah perguruan ataupun talaqqi. Kesimpulannya, pengguna perlu bijak memilih sesebuah laman blog bagi memastikan bahan yang diperolehi tersebut berada pada jalan dan landasan yang tepat. Kelebihan dan kekurangan diantara kebaikan yang boleh diperolehi dalam blog ialah 1. Sebagai medium perkongsian maklumat Perkongsian maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh salurkan di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
  8. 8. 2. Boleh Menambah Kenalan Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”. 3. Boleh Menjana Pendapatan Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher ”. Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, lain- la in adalah seperti Adsense (google) dan Adbrite. Tugas bloggers hanya memasukkan script publisher ke dalam blog dan “advertisers” akan memilih blog mana yang sesuai untuk mengiklankan produk mereka. Pelawat yang melawat blog tersebut dan meng’klik’ iklan tersebut akan mendapat duit. Ini jenis iklan “per klik”, setiap kali klik, akan menghasilkan duit. 4. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
  9. 9. Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi. Disamping kebaikan blog juga mempunyai keburukan antaranya ialah: 1. Maklumat Palsu Para pengunjung blog haruslah bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang dipapar sama ada palsu atau benar. Ini merupakan salah satu masalah yang sukar untuk dibendung. Tidak semua maklumat yang dikongsi oleh “bloggers” adalah benar. Ianya sama ada di sedari oleh penulis itu sendiri ataupun hanya mendengar dari mulut orang lain dan terus berkongsi maklumat di dalam blog tanpa membuat siasatan akan kesahihah maklumat tersebut. Apabila ianya telah dipaparkan di dalam blog, maklumat tersebut akan tersebar dengan cepatnya. Ianya memberi impak yang buruk kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam maklumat palsu tersebut. 2. Alat Untuk Menjatuhkan Seseorang Keburukan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Ianya banyak melibatkan pihak-pihak yang terlibat di dalam politik. Blog dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan seseorang ahli politik. Pelbagai maklumat peribadi di paparkan dan terdapat maklumat yang ditokok tambah, ianya
  10. 10. dengan satu tujuan iaitu untuk memastikan pengunjung blog percaya akan keburukan yang dipapar tentang ahli politik tersebut. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang hanya percaya bulat-bulat dan ada yang 50-50 dan ada juga yang tidak percaya malah ada yang sanggup untuk menyiasat akan kesahihan berita tersebut. 3. Memecah belahkan masyarakat / negara Sebagai rakyat yang tinggal di dalam negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, sifat kepercayaan dan hormat menghormati antara satu sama lain amatlah penting. Terdapat blog yang dibina semata-mata untuk memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini. Isu-isu sensitif yang melibatkan perkauman dibincangkan secara terbuka tanpa mengira impak yang akan di hadapi oleh masyarakat dan negara khususnya. Isu-isu ini boleh mengguris hati sesetengah kaum dan berkemungkinan akan menimbulkan sikap tidak puas hati, dendam kepada kaum yang lain. Ini amat merbahaya kepada keharmonian sesebuah negara. 4. Sebagai Alat Untuk Penyebaran Unsur-unsur Tidak Bermoral Terdapat orang perseorangan yang menggunakan blog sebagai alat untuk menyebarkan unsur-unsur tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video lucah di dalam blog mereka. Di samping itu cerita-cerita lucah juga di paparkan juga. Sekiranya blog ini dilawati oleh para remaja ataupun kanak-kanak, ianya memberi kesan negatif kepada mereka. Rumusan
  11. 11. Kesimpulanya, kita perlu bersyukur dengan adanya teknologi yang pesat membangun pada masa kini, dapat membantu kita dalam segenap aspek kehidupan. Dengan adanya teknologi, pelbagai jenis ilmu dan maklumat dapat disalurkan kepada semua orang dengan pantas, pergerakan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain juga menjadi semakin pantas, taraf ekonomi juga semakin meningkat dengan adanya pelbagai jenis teknolgi pada masa kini. Namun begitu, teknologi yang ada tersebut juga mempunyai nilai negatifnya bergantung kepada cara sesuatu teknologi itu diaplikasikan. Dalam pengambilan sesuatu maklumat dari laman sesawang, pengguna perlu terlebih dahulu memastikan keabsahan sesuatu maklumat yang diperolehi sebelum diguna pakai. Dengan teknologi juga arena pendidikan dan dakwah menjadi semakin menarik, pelbagai pendekatan dapat digunakan dalam meningkatkan kualiti penyampaian sesuatu ilmu seperti melalui laman blog dan sebagainya.

×