SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2014
HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
NO. MATRIKULASI : 671121075074001
NO.KAD PENGENALAN : 671121075074
NO.TELEFON : 013-4832630
EMAIL : suzaini.abdullah@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMOE RECSAM LEARNING CENTRE
JALAN SULTAN AZLAN SHAH
11700 GELUGOR
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
2
Isi kandungan
1.0 Pengenalan............................................................................................................................. 3
2.0 Faedah yang diperolehi ...........................................................................................................4
2.1 Meningkatkan ilmu.............................................................................................................. 4
2.2 Tingkatkan pendapatan .......................................................................................................5
2.3 Tingkatkan nilai................................................................................................................... 5
2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime.................................................................................... 6
3.0 Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia...................................................... 7
3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif...................... 7
3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar........................................................................................... 8
3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid..........................................................................8
3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu.................................................................9
3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran .......................................................... 9
3.6 Pengurusan Bilik Darjah..................................................................................................... 10
4 Kesimpulan.............................................................................................................................. 10
Rujukan...................................................................................................................................... 11
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
3
1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat dan hasrat
utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat dan berupaya melahirkan
rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu. Menurut Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk Khairudin Asha’ari (Berita Harian 5 Jun
1998), menyatakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran Sains dan Teknologi serta
Bahasa Inggeris di sekolah menengah berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah
pertama apabila Kementerian Pendidikan melaksanakan program pensiswazahan. Langkah
itu adalah antara program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan
mutu dan kelayakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran terbabit. Kaedah ini juga akan
membolehkan Kementerian Pendidikan memilih guru yang layak untuk diberi peluang
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. Menurut Azhar (1996) antara program
tersebut termasuklah kursus dalam perkhidmatan, lawatan sambil belajar, kursus ke luar
negara dan program berkembar antara maktab dan universiti. Menurut Mohamad Najib
Ghafar (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk
menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan
lebih berguna dan lebih selamat lagi. Ee Ah Meng (1997) menyatakan setiap orang tahu
bahawa pendidikan awalan atau permulaan yang sedia ada di dalam diri tidak mencukupi
untuk meningkatkan kelayakan mereka.
Sememangnya guru-guru perlu bersedia untuk melanjutkan pelajaran supaya tidak
ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada pelajar. Ini disebabkan oleh
inovasi di dalam pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea sering berkembang begitu cepat
sejajar dengan perkembangan mengikut perubahan semasa. Guru perlu berubah, membaiki
kelemahan diri dengan menjadi orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu-ilmu yang
terbaru. Menurut Abdullah dan Ainon (1998), secara umumnya guru-guru kekurangan dalam
dua hal iaitu kesabaran dan persediaan psikologi dalam menghadapi situasi kelas harian.
Kebanyakan kumpulan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran kerana mereka dahagakan
ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka sangat cinta dan sayangkan ilmu
pengetahuan. Kaum guru adalah merupakan satu model yang paling berpengaruh untuk
dicontohi oleh pelajarnya. Pelajar tentunya lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat
gurunya sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah mempunyai keluarga ataupun yang telah
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
4
mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan
akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka ke tempat yang lebih baik dari yang
dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru supaya berkembang, meningkatkan
kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih mahir dan lebih
berketrampilan mengikut perkembangan ilmu (Rahimah Ahmad, 1992). Biarpun pengetahuan
kemahiran profesional yang tinggi merupakan ciri yang penting namun jika tidak didukungi
dengan semangat keguruan yang tinggi hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara sukar dihayati dan dipenuhi sepenuhnya.
2.0 Faedah yang diperolehi
2.1 Meningkatkan ilmu
Selaras dengan ciri-ciri negara maju pihak kerajaan telah membuka mata dunia bahawa
profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang dapat menjana pendapatan yang
tinggi. Seramai 420,000 orang guru berpendapatan tinggi selaras dengan negara maju.
Rangka laluan kerjaya untuk guru bagi menikmati kenaikan pangkat amat cepat berbanding
pada masa dahulu. Pangkat yang terakhir bagi profesion perguruan sama taraf dengan
profesor madya tanpa membuat perbentangan kertas kerja atau tesis dan juga jurnal. Dengan
inisiatif kerajaan yang dirangkakan melalui kesatuan guru telah memperjuangkan nasib guru-
guru maka hasilnya telah dirangka dan dilaksanakan. Melalui program pensiswazahan guru,
guru-guru tidak perlu risau tentang penempatan selepas bergelar graduan kerana data setiap
guru sudah dikemaskinikan. Guru-guru akan tetap mengajar di sekolah yang sama walaupun
gred jawatannya sudah berubah.
Dalam menuju era Wawasan 2020 agar membentuk negara maju dalam segenap bidang
khususnya dalam memperkasakan mutu pendidikan bertaraf dunia, kerajaan sedang
menambah bilangan guru-guru siswazah dan mengurangkan guru-guru bukan siswazah agar
hasrat kerajaan dalam menaikkan taraf mutu pendidikan negara tercapai. Usaha guru-guru
bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah selaras
dengan kehendak kerajaan memartabatkan sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru-guru ini
sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran serta kemajuan diri ke tahap yang lebih
baik. Ini kerana prestasi guru sentiasa mempengaruhi kualiti perkhidmatan pendidikan di
sesebuah negara. Kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru bukan
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
5
siswazah menyambung ijazah di universiti-universiti dalam program-program dan latihan
yang diiktiraf oleh kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur berbagai
program untuk peningkatan ilmu di kalangan para pendidik. Namun begitu masih lagi ramai
para pendidik yang tidak turut serta dalam program yang dianjurkan.
2.2 Tingkatkan pendapatan
Guru lepasan ijazah dapat meningkatkan pendapatan dengan memberi perkhidmatan yang
terbaik selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang dapat
memberikan perkhidmatan terbaik standing tuntutan dan cabaran semasa. Peluang untuk
menjadi guru cemerlang atau guru pakar amat terbuka luas kepada guru lepasan ijazah.
Dengan usaha yang gigih, segala impian akan terlaksana. Laluan kerjaya sebagai seorang
guru sangat menarik di mana kerjaya guru berada di tempat yang kedua dalam perkhidmatan
profesion. Guru-guru boleh melalui laluan luar biasa dengan menghasilkan kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa guru-
guru dapat mengumpul markah yang tinggi untuk sampai ke peringkat master.
2.3 Tingkatkan nilai
Program ini merupakan usaha kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan
penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan
terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak
bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian sebagai
seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu kita. Guru-guru harus
bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh kementerian. Guru-guru mendapat tajaan
sepenuhnya selama empat tahun dan mereka akan dipantau oleh kementerian. Hari ini kita
harus berbangga dengan profesion ini kerana pada zaman dahulu kerjaya sebagai seorang
guru dianggap salah satu pekerjaan yang paling rendah. Guru-guru perlu bersyukur kerana
sudah menjadi guru terlatih dan pada masa ini profesion perguruan sudah dinaik taraf ke
peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat keputusan yang
cemerlang pada masa sekarang sukar untuk memasuki ke institusi perguruan.
Terlalu ramai yang memohon melalui talian untuk memasuki ke institusi perguruan
sedangkan hanya segelintir sahaja pelajar yang layak akan dipilih memandangkan
kekosongan tempat terlalu terhad. Pada awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih
yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat.
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
6
Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada
masa ini, kaum guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi
panduan dan rujukan. Kaum guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang
sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan
menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam
majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan
kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang
ekonomi dan politik, tentang kesedaran pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan
masa depan yang lebih cerah.
Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk
mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak
mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak
mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001) Tetapi persoalannya
kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dulu
masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion keguruan seakan terpinggir
dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para
guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.
2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime
Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,
guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan
kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan
dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang
dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan
juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia
sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada
paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya
terus berkembang.
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
7
3.0 Sumbangan guru kepada KementerianPendidikan Malaysia
Sepanjang perjalanan kita melalui liku zaman transformasi, bukan sedikit cabaran yang
bakal kita hadapi. Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan
kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya
sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan
pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap
murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk
mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Lantaran itu, kerajaan
memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara
menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk
rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal insan inilah yang akan
memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak merekalah letaknya
harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana dengan lebih pesat dan
mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita bersama.
3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif
Seorang guru harus menepati masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
tidak harus menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas yang akan diajar. Seharusnya
guru perlu bergerak ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi. Pada masa dulu, guru
menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas. Ini mengambil masa pengajaran dan
pembelajaran sekurang-kurangnya 10 minit. Ini akan merugikan pelajar kerana mereka akan
kehilangan masa yang sangat berharga. Guru juga perlu mempunyai inisiatif untuk mengajar
dan jangan hanya mengharapkan pangkat atau gred yang akan diperolehi.
Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang
atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga
dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau
kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan
tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan
kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan pelajaran tersebut. Lebih menarik dan efektif
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
8
sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid.
Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa
ini dan akan datang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid
atau sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada guru
tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang murid-murid
daripada bertanya.
3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang
akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi
mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk
menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai
kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik
perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu
berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.
3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam
pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid,
murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu
mengenali di antara satu sama lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik
serta digemari. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran
positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati
terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap
individu murid dan melihatnya dengan penuh empati. Situasi sedemikian akan dapat
menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang
disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat
dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
9
3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu
Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjukcara
perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan
berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang
boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara
satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya mencetuskan minat murid-murid,
mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan
guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan
merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran. Diandaikan
semut yang naik ke puncak Gunung Kinabalu kerana minat dan dorongan terdapatnya gula
atau manisan di Puncak Low.
3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran
Ramai penonton terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik serta
mudah difahami. Mereka sanggup menunggu beberapa jam sehingga cerita tamat walaupun
bahasa yang dituturkan tidak difahami sepenuhnya. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan
mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti
pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang
mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid
bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan bahasa murid,
pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-
Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas,
dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar.
Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku,
berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara
murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid
normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan
memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru
seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid
perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan
dalam objektif KBSR.
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
10
3.6 Pengurusan Bilik Darjah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik
darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran
harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan
guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran
maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang
guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai
efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar.
Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam
perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key
performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan
menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan
menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan. Aspek
ini ditekankan oleh Levin dan Lockheed (1991) dalam sintesisnya mengenai “Effective
Schools in Developing and Underdeveloped Countries” mengatakan faktor terpenting yang
memberi input positif kepada pencapaian pelajar di negara maju ialah ‘proses pembelajaran’
di bilik darjah.
4 Kesimpulan
Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan
sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,
beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh
masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu
tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh
golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.
Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi.
Tanpa guru siapalah kita hari ini. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru-guru
lepasan ijazah dapat membangunkan pendidikan negara dan tidak akan ketinggalan serta
dapat bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Kita juga berharap anak-anak didik kita
dapat menjadi wakil yang berkaliber standing dengan negara luar di mana mereka berani
memberi pendapat kerana berilmu dan mempunyai kewangan yang kukuh. Akhir kata hasrat
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
11
kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berwibawa akan tercapai di mana berjaya
meningkatkan ilmu dan pendapatan negara di peringkat antarabangsa.
Rujukan
Abu Zahari Abu Bakar (1998). “Mamahami Psikologi Pembelajaran”. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Amir Awang (1986). “Teori-teori pembelajaran.” Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Bakhtiar Mansor (1993), “Perguruan : Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam Jurnal
Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Crow & Crow(1981). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng (1997). “ Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan”. Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin (1990). “Psikologi Pembelajaran.” Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. (1990).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Koh, Boh Bon(1975). Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Rendah Murid – murid Satu
Budaya”. Jurnal Pendidikan ,Jilid 5, 77-79. Lee Shok Mee (1991). “Asas Pendidikan
Psikologi dalam Bilik Darjah” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mohd Majid Konting (1994). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1997). “Pembinaan dan Analisis Data: Ujian Bilik Darjah”.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Shuib Dirwan & Johari Seman (2001), “Profesyen Keguruan Di Malaysia, Sejauh Manakah
Martabatnya Kini?”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 40 – 48.
HBEF 2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan
Suzaini Abdullah
671121-07-5074
12
Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian
Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998.
Yazid Abdul Manap (2001), “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab
Bersama”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 – 33.

More Related Content

What's hot

Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahusedry
 
Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Nur Sabri
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanAre Fizz Qimmy
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.AsepPerdiansyah
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negaraAnparasu
 
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...Rose Rosi
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoSumarso M.Pd.
 
perancangan strategik modul 1
perancangan strategik modul 1perancangan strategik modul 1
perancangan strategik modul 1Cikgu Niezam
 
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015btkipkalteng
 
Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Anwar Sanusi
 
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]Asniem CA
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokLyda Hassan
 
Melindungi masa instruksional
Melindungi masa instruksionalMelindungi masa instruksional
Melindungi masa instruksionalnorlizajais
 
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Dskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docxDskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docx
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docxDanum Vall
 

What's hot (20)

Pedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upiPedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upi
 
SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012SKPM2010 versi Disember 2012
SKPM2010 versi Disember 2012
 
Standard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolahStandard kualiti sekolah
Standard kualiti sekolah
 
Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5Matematik tambahan tingkatan 5
Matematik tambahan tingkatan 5
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.
Pembinaan Kepala Sekolah Asep Perdiansyah, S.Pd., M.Pd.,Gr.
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
 
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...
PENINGKATAN KOMPETENSI MENGAJAR TUTOR BAHASA INGGRIS DI FAJAR ENGLISH COURSE ...
 
Pelaporan Program SISC 2013
Pelaporan Program SISC 2013Pelaporan Program SISC 2013
Pelaporan Program SISC 2013
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
 
Bab seluruh
Bab seluruhBab seluruh
Bab seluruh
 
perancangan strategik modul 1
perancangan strategik modul 1perancangan strategik modul 1
perancangan strategik modul 1
 
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
Paparan Kepala DInas Pendidikan Rakor Pendidikan 2015
 
Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013Juknis Beasiswa 2013
Juknis Beasiswa 2013
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]
Jerayawara sip+ dan_sisc+_jpn_perlis[1]
 
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golokBuku pengurusan khb 2014 kbg golok
Buku pengurusan khb 2014 kbg golok
 
Melindungi masa instruksional
Melindungi masa instruksionalMelindungi masa instruksional
Melindungi masa instruksional
 
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
Dskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docxDskp ekonomi  ting. 4 kssm bil 1  docx
Dskp ekonomi ting. 4 kssm bil 1 docx
 

Viewers also liked

Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royongimran ishak
 
Tugasan 2 hbef 2803
Tugasan 2 hbef 2803Tugasan 2 hbef 2803
Tugasan 2 hbef 2803Arejarm
 
Hbef2803 tugasan 1
Hbef2803  tugasan 1Hbef2803  tugasan 1
Hbef2803 tugasan 1'Azmi Shuib
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasanman wan
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivikshiek66
 
Sample assignment pk
Sample assignment pkSample assignment pk
Sample assignment pkAlene Juel
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 

Viewers also liked (9)

Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royong
 
Tugasan 2 hbef 2803
Tugasan 2 hbef 2803Tugasan 2 hbef 2803
Tugasan 2 hbef 2803
 
Hbef2803 tugasan 1
Hbef2803  tugasan 1Hbef2803  tugasan 1
Hbef2803 tugasan 1
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Panduan kajian
Panduan kajianPanduan kajian
Panduan kajian
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
 
Muka depan assignment
Muka depan assignmentMuka depan assignment
Muka depan assignment
 
Sample assignment pk
Sample assignment pkSample assignment pk
Sample assignment pk
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 

Similar to Guru

Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentSuzzita Esa
 
T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014Kalam Kamal
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmsmktsj2
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanAmalinaAzizah
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
uapaya meningkatkan kuaitas guru
uapaya meningkatkan kuaitas guruuapaya meningkatkan kuaitas guru
uapaya meningkatkan kuaitas guruadib01
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014Zaqi Silverano
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdfHamjahFauzi
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahAmandaYella
 
03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuanganjaka suharyana
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarAmandaYella
 
Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatPembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatRamathevi Kuppan
 
Bentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpBentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpTok Ayah Wan
 

Similar to Guru (20)

Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional development
 
T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014T2 a3 8 mei 2014
T2 a3 8 mei 2014
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikanMembangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
Membangun profesionalisme guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
Sekilas EduPower55
Sekilas EduPower55Sekilas EduPower55
Sekilas EduPower55
 
uapaya meningkatkan kuaitas guru
uapaya meningkatkan kuaitas guruuapaya meningkatkan kuaitas guru
uapaya meningkatkan kuaitas guru
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014
Putera Sampoerna Foundation Report Quarter 1 2014
 
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
210131 Transformasi Pendidikan dan GTK Indonesia_V2.pdf
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
 
Profesi guru
Profesi guruProfesi guru
Profesi guru
 
Materi kppg
Materi kppgMateri kppg
Materi kppg
 
03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan03 modul pengelolaan keuangan
03 modul pengelolaan keuangan
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
 
Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatPembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayat
 
Bentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcpBentang pppm smkcp
Bentang pppm smkcp
 

Guru

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NO. MATRIKULASI : 671121075074001 NO.KAD PENGENALAN : 671121075074 NO.TELEFON : 013-4832630 EMAIL : suzaini.abdullah@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMOE RECSAM LEARNING CENTRE JALAN SULTAN AZLAN SHAH 11700 GELUGOR
  • 2. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 2 Isi kandungan 1.0 Pengenalan............................................................................................................................. 3 2.0 Faedah yang diperolehi ...........................................................................................................4 2.1 Meningkatkan ilmu.............................................................................................................. 4 2.2 Tingkatkan pendapatan .......................................................................................................5 2.3 Tingkatkan nilai................................................................................................................... 5 2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime.................................................................................... 6 3.0 Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia...................................................... 7 3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif...................... 7 3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar........................................................................................... 8 3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid..........................................................................8 3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu.................................................................9 3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran .......................................................... 9 3.6 Pengurusan Bilik Darjah..................................................................................................... 10 4 Kesimpulan.............................................................................................................................. 10 Rujukan...................................................................................................................................... 11
  • 3. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 3 1.0 Pengenalan Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat dan hasrat utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat dan berupaya melahirkan rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk Khairudin Asha’ari (Berita Harian 5 Jun 1998), menyatakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran Sains dan Teknologi serta Bahasa Inggeris di sekolah menengah berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah pertama apabila Kementerian Pendidikan melaksanakan program pensiswazahan. Langkah itu adalah antara program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan mutu dan kelayakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran terbabit. Kaedah ini juga akan membolehkan Kementerian Pendidikan memilih guru yang layak untuk diberi peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. Menurut Azhar (1996) antara program tersebut termasuklah kursus dalam perkhidmatan, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan program berkembar antara maktab dan universiti. Menurut Mohamad Najib Ghafar (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Ee Ah Meng (1997) menyatakan setiap orang tahu bahawa pendidikan awalan atau permulaan yang sedia ada di dalam diri tidak mencukupi untuk meningkatkan kelayakan mereka. Sememangnya guru-guru perlu bersedia untuk melanjutkan pelajaran supaya tidak ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada pelajar. Ini disebabkan oleh inovasi di dalam pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea sering berkembang begitu cepat sejajar dengan perkembangan mengikut perubahan semasa. Guru perlu berubah, membaiki kelemahan diri dengan menjadi orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu-ilmu yang terbaru. Menurut Abdullah dan Ainon (1998), secara umumnya guru-guru kekurangan dalam dua hal iaitu kesabaran dan persediaan psikologi dalam menghadapi situasi kelas harian. Kebanyakan kumpulan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran kerana mereka dahagakan ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka sangat cinta dan sayangkan ilmu pengetahuan. Kaum guru adalah merupakan satu model yang paling berpengaruh untuk dicontohi oleh pelajarnya. Pelajar tentunya lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah mempunyai keluarga ataupun yang telah
  • 4. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 4 mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka ke tempat yang lebih baik dari yang dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru supaya berkembang, meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih mahir dan lebih berketrampilan mengikut perkembangan ilmu (Rahimah Ahmad, 1992). Biarpun pengetahuan kemahiran profesional yang tinggi merupakan ciri yang penting namun jika tidak didukungi dengan semangat keguruan yang tinggi hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara sukar dihayati dan dipenuhi sepenuhnya. 2.0 Faedah yang diperolehi 2.1 Meningkatkan ilmu Selaras dengan ciri-ciri negara maju pihak kerajaan telah membuka mata dunia bahawa profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang dapat menjana pendapatan yang tinggi. Seramai 420,000 orang guru berpendapatan tinggi selaras dengan negara maju. Rangka laluan kerjaya untuk guru bagi menikmati kenaikan pangkat amat cepat berbanding pada masa dahulu. Pangkat yang terakhir bagi profesion perguruan sama taraf dengan profesor madya tanpa membuat perbentangan kertas kerja atau tesis dan juga jurnal. Dengan inisiatif kerajaan yang dirangkakan melalui kesatuan guru telah memperjuangkan nasib guru- guru maka hasilnya telah dirangka dan dilaksanakan. Melalui program pensiswazahan guru, guru-guru tidak perlu risau tentang penempatan selepas bergelar graduan kerana data setiap guru sudah dikemaskinikan. Guru-guru akan tetap mengajar di sekolah yang sama walaupun gred jawatannya sudah berubah. Dalam menuju era Wawasan 2020 agar membentuk negara maju dalam segenap bidang khususnya dalam memperkasakan mutu pendidikan bertaraf dunia, kerajaan sedang menambah bilangan guru-guru siswazah dan mengurangkan guru-guru bukan siswazah agar hasrat kerajaan dalam menaikkan taraf mutu pendidikan negara tercapai. Usaha guru-guru bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah selaras dengan kehendak kerajaan memartabatkan sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru-guru ini sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran serta kemajuan diri ke tahap yang lebih baik. Ini kerana prestasi guru sentiasa mempengaruhi kualiti perkhidmatan pendidikan di sesebuah negara. Kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru bukan
  • 5. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 5 siswazah menyambung ijazah di universiti-universiti dalam program-program dan latihan yang diiktiraf oleh kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur berbagai program untuk peningkatan ilmu di kalangan para pendidik. Namun begitu masih lagi ramai para pendidik yang tidak turut serta dalam program yang dianjurkan. 2.2 Tingkatkan pendapatan Guru lepasan ijazah dapat meningkatkan pendapatan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik standing tuntutan dan cabaran semasa. Peluang untuk menjadi guru cemerlang atau guru pakar amat terbuka luas kepada guru lepasan ijazah. Dengan usaha yang gigih, segala impian akan terlaksana. Laluan kerjaya sebagai seorang guru sangat menarik di mana kerjaya guru berada di tempat yang kedua dalam perkhidmatan profesion. Guru-guru boleh melalui laluan luar biasa dengan menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa guru- guru dapat mengumpul markah yang tinggi untuk sampai ke peringkat master. 2.3 Tingkatkan nilai Program ini merupakan usaha kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu kita. Guru-guru harus bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh kementerian. Guru-guru mendapat tajaan sepenuhnya selama empat tahun dan mereka akan dipantau oleh kementerian. Hari ini kita harus berbangga dengan profesion ini kerana pada zaman dahulu kerjaya sebagai seorang guru dianggap salah satu pekerjaan yang paling rendah. Guru-guru perlu bersyukur kerana sudah menjadi guru terlatih dan pada masa ini profesion perguruan sudah dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada masa sekarang sukar untuk memasuki ke institusi perguruan. Terlalu ramai yang memohon melalui talian untuk memasuki ke institusi perguruan sedangkan hanya segelintir sahaja pelajar yang layak akan dipilih memandangkan kekosongan tempat terlalu terhad. Pada awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat.
  • 6. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 6 Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan. Kaum guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan politik, tentang kesedaran pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan masa depan yang lebih cerah. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001) Tetapi persoalannya kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dulu masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion keguruan seakan terpinggir dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat. 2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif. Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya terus berkembang.
  • 7. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 7 3.0 Sumbangan guru kepada KementerianPendidikan Malaysia Sepanjang perjalanan kita melalui liku zaman transformasi, bukan sedikit cabaran yang bakal kita hadapi. Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Lantaran itu, kerajaan memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal insan inilah yang akan memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak merekalah letaknya harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana dengan lebih pesat dan mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita bersama. 3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif Seorang guru harus menepati masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak harus menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas yang akan diajar. Seharusnya guru perlu bergerak ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi. Pada masa dulu, guru menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas. Ini mengambil masa pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya 10 minit. Ini akan merugikan pelajar kerana mereka akan kehilangan masa yang sangat berharga. Guru juga perlu mempunyai inisiatif untuk mengajar dan jangan hanya mengharapkan pangkat atau gred yang akan diperolehi. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan pelajaran tersebut. Lebih menarik dan efektif
  • 8. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 8 sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang murid-murid daripada bertanya. 3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. 3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.
  • 9. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 9 3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjukcara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran. Diandaikan semut yang naik ke puncak Gunung Kinabalu kerana minat dan dorongan terdapatnya gula atau manisan di Puncak Low. 3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran Ramai penonton terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik serta mudah difahami. Mereka sanggup menunggu beberapa jam sehingga cerita tamat walaupun bahasa yang dituturkan tidak difahami sepenuhnya. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan bahasa murid, pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al- Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan dalam objektif KBSR.
  • 10. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 10 3.6 Pengurusan Bilik Darjah Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan. Aspek ini ditekankan oleh Levin dan Lockheed (1991) dalam sintesisnya mengenai “Effective Schools in Developing and Underdeveloped Countries” mengatakan faktor terpenting yang memberi input positif kepada pencapaian pelajar di negara maju ialah ‘proses pembelajaran’ di bilik darjah. 4 Kesimpulan Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini. Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi. Tanpa guru siapalah kita hari ini. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru-guru lepasan ijazah dapat membangunkan pendidikan negara dan tidak akan ketinggalan serta dapat bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Kita juga berharap anak-anak didik kita dapat menjadi wakil yang berkaliber standing dengan negara luar di mana mereka berani memberi pendapat kerana berilmu dan mempunyai kewangan yang kukuh. Akhir kata hasrat
  • 11. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 11 kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berwibawa akan tercapai di mana berjaya meningkatkan ilmu dan pendapatan negara di peringkat antarabangsa. Rujukan Abu Zahari Abu Bakar (1998). “Mamahami Psikologi Pembelajaran”. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Amir Awang (1986). “Teori-teori pembelajaran.” Petaling Jaya: Fajar Bakti. Bakhtiar Mansor (1993), “Perguruan : Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Crow & Crow(1981). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng (1997). “ Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan”. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin (1990). “Psikologi Pembelajaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan. (1990).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Koh, Boh Bon(1975). Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Rendah Murid – murid Satu Budaya”. Jurnal Pendidikan ,Jilid 5, 77-79. Lee Shok Mee (1991). “Asas Pendidikan Psikologi dalam Bilik Darjah” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Mohd Majid Konting (1994). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar (1997). “Pembinaan dan Analisis Data: Ujian Bilik Darjah”. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Shuib Dirwan & Johari Seman (2001), “Profesyen Keguruan Di Malaysia, Sejauh Manakah Martabatnya Kini?”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 40 – 48.
  • 12. HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan Suzaini Abdullah 671121-07-5074 12 Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998. Yazid Abdul Manap (2001), “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 – 33.