KONSEP ILMU, IJTIHAD &
JIHAD DALAM ISLAM
APA ITU EPISTEMOLOGI ISLAM?
Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada
bahasa Yunani ‘episteme’ yang bermaksud
pengetahuan dan ‘logos’ bermaksud kata/
pembicaraan. 



- Definisi Istilah: Teori pengetahuan
berhubungan dengan hakikat dari ilmu
pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta
pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai
pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia.
Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan
dengan asal, sifat dan jenis pengetahuan. 



- Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu
berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata-
mata persoalan bersifat falsafah malah
merupakan tindakbalas terhadap persoalan2
bersifat kehidupan, masyarakat dan
kenegaraan yang merangkumi keseluruhan
kehidupan dunia dan akhirat.
KONSEP ILMU
Definisi dari segi bahasa: ilmu berasal daripada
perkataan arab ‘‫علم‬‘ – yang bermaksud mengetahui
tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya.
Definisi dari segi istilah:
1) Al-Ghazali – “suatu kepastian secara demonstratif
(menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu
yang pasti mestilah melalui pengalaman secara
langsung”.

2)Confucius – “apabila kamu mengetahui sesuatu,
meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak
tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui
sesuatu”. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan
kebenaran.
4) Syed Naquib al-Attas – “ suatu
kebenaran yang sampai ke
dalam roh atau menerusi roh
atau jiwa manusia”
5) Kamus Mu’jam al-Wasit – “ilmu
merupakan penghasilan yang
menyeluruh secara tersusun
atau himpunan segala masalah
dan prinsip dalam satu kesatuan
disiplin ilmu seperti ilmu kalam
(theology), ilmu tatabahasa,
geologi, astronomi dan arkeologi”
dan juga “ pencapaian sesuatu
hakikat atau disebut sebagai ilmu
yaqin”
3) Plato – “suatu pemindahan roh atau
jiwa dari kegelapan kepada cahaya”
MARTABAT ILMU DALAM ISLAM
Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman;

ِِ‫ت‬َ‫ج‬َ‫ر‬َ‫د‬ َ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫الع‬ ‫ا‬ْ‫و‬ُ‫ت‬‫و‬ُ‫أ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫َّذ‬‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬َ‫م‬َ‫أ‬ َ‫ن‬‫الذي‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ ِ‫ع‬َ‫ف‬ْ‫ر‬َ‫ي‬

bermaksud “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2
yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu
pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan” 

– Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan
mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang
dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang
bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya
manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.
Surah Fatir 35:28, Allah berfirman;


ْ‫ا‬‫وء‬َ‫م‬َ‫ل‬ُ‫ع‬‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫اد‬َ‫ب‬ِ‫ع‬ ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫هلل‬‫ا‬ ‫ى‬ َ‫ش‬ْ‫خ‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫َّم‬‫ن‬ِ‫
إ‬

Maksudnya; Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba-
Nya hanyalah orang yang berilmu.

Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman 
ُ‫ز‬‫ي‬ِ‫ز‬َ‫ع‬‫ال‬َ‫و‬ُ‫ه‬ ّ‫ال‬ِ‫ا‬ َ‫ه‬ٰ‫ل‬ِ‫الا‬ ۗ‫ط‬‫س‬ِ‫الق‬ِ‫ب‬ ‫ا‬ً‫م‬ِ‫ٙئ‬‫ا‬َ‫ق‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫والع‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ا‬‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬َ‫وامل‬ ‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َّ‫اال‬ َ‫ه‬‫ال‬ َ‫ال‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫ا‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ َ‫د‬ِ‫ه‬ َ‫ش‬
‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ك‬َ‫۞الح‬

bermaksud “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang
berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), (maka tiada yang berhak
disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 

Ayat ini membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal
kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.
3) Surah Thaha ayat 114 Allah berfirman 

...‫ا‬ََ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ‫ى‬ِ‫ن‬ْ‫د‬ِ‫ز‬ ِّ‫ب‬َّ‫ر‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬َ‫و‬۞

bermaksud “ dan berkatalah, Wahai Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”

Ayat ini menjelaskan bahawa bagaimana Islam
meninggikan kedudukan ilmu dengan
mendorong umat Islam supaya sentiasa
berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan.


4) Surah Al-’Alaq ayat 1-5 Allah berfirman
bermaksud “ Bacalah dengan menyebut nama
Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah
menciptakan kamu dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah.
Yang mengajar manusia dengan pena dan
tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya” – 


Ini wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah
adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan
‘membaca’.
5) Surah Az-Zumar ayat 9 Allah berfirman
َ‫ن‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬‫ي‬َ‫ال‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫َّذ‬‫ل‬‫وا‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬ّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬ِ‫و‬َ‫ت‬ ْ‫س‬َ‫ي‬ ْ‫ل‬َ‫ه‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬
bermaksud“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang
mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui
HADITH
1) ِ‫ِّين‬‫د‬‫ال‬ ‫في‬ ُ‫ه‬ْ‫ه‬َ‫ق‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ‫ا‬ً‫ر‬ْ‫ي‬َٓ‫خ‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ ِ‫د‬ِ‫ر‬ُ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫م‬
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud 
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, 
maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami 
olehNya kepandaian dalam perkara itu”
(Riwayat al-Bukhari no 71 & Muslim no.1037)
Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu 
Majah dan Ibnu Hibban bermaksud “para alim ulama’ 
adalah pewaris para nabi”

ِ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫لج‬ْ‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ً‫ق‬‫ي‬ِ‫ر‬َ‫ط‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ َ‫َّل‬‫ه‬ َ‫س‬ ‫ا‬ً‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫يه‬ِ‫ف‬ ُ‫س‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫ل‬َ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬
Maksudnya: Sesiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk
menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya Jalan ke
syurga. ( Riwayat Muslim no.2699)
Hadis riwayat al-Bazzari;
،‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫النبى‬ ِ‫عن‬ ،‫عنه‬ ‫اهلل‬ ‫رضى‬ َ‫ة‬‫ر‬ْ‫ك‬‫ب‬ ‫أبى‬ ‫عن‬
َ‫ك‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫ت‬َ‫ف‬ َ‫ة‬ َ‫س‬ِ‫ام‬َ‫خ‬‫ال‬ ِ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ت‬‫ال‬َ‫و‬ ‫ا‬ً‫ب‬ِ‫ح‬ُ‫م‬‫أو‬ ‫ا‬ً‫ِّم‬‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬ُ‫م‬ ‫و‬َ‫أ‬ ‫ا‬ً‫عامل‬ ُ‫د‬ْ‫غ‬ُ‫ا‬(:‫قال‬
Maksudnya; Daripada Abu Bakar r.a., daripada nabi s.a.w. Sabdanya
“Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang
yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai
(tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi (daripada)
golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa”.
Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud “carilah ilmu walau ke negeri China
kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim”

Hadis riwayat Ibn Majah & lain-lainnya yang bermaksud “daripada anas bin
malik r.a., katanya; rasulullah s.a.w. Bersabda: “ menuntut ilmu adalah satu
fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang muslim”.
Al-Bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Abu Musa r.a., ia berkata bahawa
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk
mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara
TANAH tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu
menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan
rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu
menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk
keperluan minuman, menyirami tanaman dan untuk menyalurkan air. Dan
di antaranya pula ada yang tidal mampu menampung air dan tidak mampu
menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah
perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan
kepadaku untuk mengembangkannya: Di antara mereka ada yang
mendalaminya, lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di
antaranya yang sama sekali tidak mahu menerima petunjuk." (Riwayat al-
Bukhari no 79 dan Muslim no 2282)
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
ُ‫ه‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬َ‫ي‬ ٌ‫ح‬ِ‫ال‬ َ‫ص‬ ٌ‫د‬َ‫ل‬َ‫و‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ت‬ًْ‫ن‬ُ‫ي‬ ٍ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ‫او‬ ٌ‫ة‬َ‫ي‬ِ‫ر‬‫ا‬َ‫ج‬ ٌ‫ة‬َ‫ق‬َ‫د‬ َ‫ص‬ ٍ‫ث‬ َ‫ال‬َ‫ث‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ َّ‫ال‬ِ‫ا‬ ُ‫ه‬ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ َ‫ع‬َ‫ط‬َ‫ق‬ْ‫ن‬‫ا‬ َ‫م‬َ‫د‬‫آ‬ ُ‫ن‬ْ‫ب‬‫ا‬ َ‫ات‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫ا‬‫ا‬
Maksudnya: Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka
semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala) sedekah jariah,
ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang selalu memanjatkan doa
untuknya. (Riwayat Muslim no 949)
1. Surah Al-A’raf 7:119, Allah berfirman:

َ‫ني‬ِ‫ل‬ِ‫اه‬َ‫الج‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬ ْ‫ض‬ِ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫ا‬َ‫و‬ ِ‫رف‬ُ‫ع‬‫ال‬ِ‫ب‬ ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫و‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫ع‬‫ال‬ِ‫ذ‬ُ‫خ‬

	 Bermaksud; Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan makruf
serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.
Celaan terhadap kebodohan & Orang-orang yang bodoh
2. Surah Hud 11:46, Allah berfirman:

ْ‫ى‬ِّ‫ن‬ِ‫ا‬ ۗ ُُ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ ِ‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ئ‬ ْ‫س‬َ‫ت‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ ٍ‫ح‬ِ‫ال‬ َ‫ص‬ ُ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫غ‬ ُُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ ۚ َ‫ك‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫ا‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ ُ‫ح‬ْ‫و‬ُ‫ن‬ٰ‫ي‬ ‫قال‬
َْ‫ني‬ِ‫ل‬ِ‫ه‬ٰ‫ج‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫ا‬ َ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ا‬
	
Maksudnya‫؛‬ Dia (Allah) berfirman, Wahai Nuh ! Sesungguhnya dia
bukanlah termasuk keluargamu, karena perbuatannya sungguh tidak
baik, sebab itu jangan engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang
tidak engkau ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar (engkau)
tidak termasuk orang yang bodoh.
Ayat ini Allah jawab permohonan nabi Nuh berkaitan anaknya yang
kafir...
TUJUAN
MENUNTUT
ILMU
Memperbaiki Diri
• Maksud memperbaiki diri - bersungguh-sungguh untuk
menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah &
taraf kehidupan lebih tinggi dari sebelumnya.
• Contohnya;
• Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah
• Solat lebih khusyuk dari sebelumnya
• Peningkatan kerja
Firman Allah; " Dan orang-orang yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama
Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-
jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta
beroleh keresahan); dan sesungguhnya ( pertolongan dan
bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya." ( Surah Al-'Ankabuut 29:69)
MENSYUKURI NIKMAT ALLAH YANG MAHA
AGUNG
Firman Allah; "Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan
kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "
Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah dengan kurnia-Nya memberi kami
kelebihan kebanyakan hamba-hamba Nya yang beriman." ( Surah Al-Naml 27:15)
• Walaupun ayat ini ditujukan kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman tetapi lafaznya adalah umum.
• Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar &
memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia & persediaan untuk akhirat
• Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah & jenis-jenisnya
• Dengan ilmu juga kita mengenal kebaikan dan kejahatan
• Dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat
• Maka wajiblah kita bersyukur atas
nikmat yang tidak terhingga ini-
nikmat akal & ilmu pengetahuan
• Jadi antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala
macam nikmat-Nya
• Khalifah Umar bin Abdul Aziz: "barangsiapa beramal tanpa
ilmu, maka yang rosak lebih banyak daripada yang benar."
Firman Allah; "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada
sesiapa yang dikehendaki- Nya ( menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang
diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan
tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya." ( Surah Al-Baqarah 2:269)
Menegakkan Agama Islam
• "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara
mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang
dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka
dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122
• Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan larangannya,
melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara; melalui umat Islam yang
beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu
memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi.
• Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani,
rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
• Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122)
sebagai dua tugas yang terpadu.
• Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat
orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau
bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang
memerangi Islam.
• Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi
faktor semasa sahaja.
• Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.
• Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita
dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah
hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan
segala perihal tentang jenazah.
• Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah;
ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar
komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti
remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal
fikiran kira sebelum ini.
• Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah
dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia
khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.
Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati
orang Islam?
Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;
"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, 'Darjat orang mukmin melebihi
darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.'
Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;
"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar
[39] : 9
Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh
binaan?
Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari
percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.
Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik
memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan
dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana
Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah
yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?"
Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah",
lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami
berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh
mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14
Berfikir Dengan Adil
Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, manakala adil pula bermaksud meletakkan
sesuatu perkara sesuai pada tempatnya.
Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil
bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada
tempatnya.
"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat
memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil
keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun
berguna untuk mencapai kebenaran.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan
kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara
beberapa contoh;
• Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah.
• Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti, memilih beramal dengan sedikit tetapi
berterusan daripada beramal dengan banyak tetapi setahun sekali.
• Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak
meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya.
Sesuai dengan firman Allah yang Maha Tinggi dalam,
".....Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." -
Surah Al 'Ankabuut [29] : 45.
• Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang
mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib
mu'akkad, solat tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain.
• Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain.
"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman
seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada
anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya". - Sahih Muslim [0035]
Firman Allah yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad)
mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada
pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219
• Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah
perkara yang sangat-sangat penting
Akibat Jahil
Mengikut hawa nafsu
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu
syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka
ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." - Surah
Al-Jaatsiyah [45] : 18

• Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja
dalam berfikir dan menganggap akal dan ilmu
pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu melanggar
segala macam hukum dari al-Quran dan al-hadis.
Menjadi zalim dan tersesat
"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa
nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang
akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan
tiadalah bagi mereka seorang penolongpun." - Surah
Ar-Ruum [30] : 29
Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala
macam syariat, maka mereka terdedah kepada kesesatan dan
seterusnya berbuat kezaliman; iaitu menyesatkan orang lain dan
meruntuhkan akhlak masyarakat yang terikut-ikut dengan
mereka, akibatnya berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.
"Di antara manusia ada orang yang membantah
tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti
setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3
"....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu,
jika kamu tiada mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7
Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka agak-
agak sahaja terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada
kekufuran tanpa mereka sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak
lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang dibisikkan oleh syaitan sahaja.
Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa,
janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak
tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu.
Cenderung menjadi pengikut syaitan
Ada pelbagai jalan
untuk ke Akhirat
Kesimpulan
Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan
kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu
menggunakan akal dan menuntut ilmu. Antara dalil-dalilnya:
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan
bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan
malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan
menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran [3] : 18
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,
sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] :
109
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan
kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan)
kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] :
27
Rujukan Tujuan Menuntut Ilmu
• Al-Quran terjemahan
• Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir
• Kitab-kitab hadis sahih
• Krisis Dalam Pendidikan Islam [Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf ]
• Ihya' Ulumuddin [Imam Al-Ghazali]
• Ilmu Mantik [Ustaz Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin]
• Berfikir [Harun Yahya]
• Fiqh Keutamaan [Dr. Yusuf Al-Qardhawi]
• Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri [Za'ba]
KLASIFIKASI ILMU MENURUT ISLAM
Pendapat Syech Zarnuji - “
sesungguhnya tidak wajib bagi setiap
muslim dan muslimah menuntut segala
jenis ilmu tetapi yang diwajibkan
adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu
al-hal) sebagaimana diungkapkan
bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu
perbuatan dan sebagus-bagus amal
adalah menjaga perbuatan” – meliputi
ibadah kepada Allah seperti kewajipan
solat, puasa, zakat & haji.
Persoalan: Adakah segala jenis
ilmu WAJIB dituntut oleh setiap
muslim?
Pendapat Al-Ghazali – “ilmu boleh
diklasifikasikan kepada;

1)Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang
cara amal perbuatan yang wajib
seperti ilmu agama dan segala
cabangnya sebagai contoh rukun
Islam.

2) Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu
yang tidak dapat dihindarkan dalam
menegakkan urusan duniawi. Sebagai
contoh ilmu jual beli, kedoktoran,
politik, pertanian dan ilmu bagi urusan
yang perlu dan penting untuk
pembangunan negara dan
masyarakat
Pendapat Ibnu Khaldun;

1) Ilmu ‘aqliyyah ialah ilmu yang
merupakan sesuatu yang dialami
pada manusia yang boleh
dihasilkan melalui berfikir. Ia
termasuk ilmu hikmah, falsafah
yang terhasil daripada penelitian
dan penyelidikan.


2) Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang
bersifat tradisional iaitu yang
bersumberkan al-Quran dan as-
Sunnah
SUMBER-SUMBER ILMU
1. WAHYU
Ia terdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana
keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan
perundangan yang utama dan paling penting
kepada kehidupan manusia.

Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada
Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada
umat manusia sebagai garis panduan untuk
kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang
membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya
manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan
nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat
menjangkau perkara yang melibatkan material dan
logik semata-mata dan tidak perkara yang
disebaliknya (perkara ghaib).
2) AKAL & PANCAINDERA

Akal merupakan elemen utama
yang dapat memandu manusia
kepada kebenaran. 

Akal adalah neraca pada kebenaran
yang bertunjangkan wahyu
kerana melalui akal manusia
mampu mencapai kebenaran dan
mengelakkan daripada keraguan.

Pancaindera pula merupakan alat
yang digunakan akal untuk
mendapatkan ilmu kepada
sesuatu fakta menerusi fungsi2
akal.
Menurut Imam al-Ghazali – semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan
manusia. Manusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah
wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar
dan palsu.
Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan sebagai ilmu
matematik, logik, metafizik, politik dan etik. 
Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut:
1) Ilmu matematik – (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang
bersifat neutral – tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau
mengakui kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan
kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya
turut salah dan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan
hasil yang berguna kepada manusia.
Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang
dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum – dikenali
sebagai Teori Nombor.
Penggunaan dan manipulasi simbol bagi menggantikan sesuatu yang fizikal
yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan
operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada
pengiraan objek tertentu.
Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini
ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al-
Fakhri.
Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) “
Algoritmi de Numero Indorum” dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad
ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi. 
Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk analisis
berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia
adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi
jika terdapat perhubungan daripada data-data.
Contohnya: 
Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra
(umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor.
Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan
dengan menukar tempat sebutan-sebutannya.
Geometri – ialah cabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang dan
pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bermaksud
tanah dan ‘metre’ iaitu pengukuran.
Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam
bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi.
2) Ilmu Logik – iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan
mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif
yang betul dan cara2 menyusunnya. 
Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2
umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut.
Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang
digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.
3.ALAM SEJAGAT
Alam juga dikira sebagai sumber
ilmu sampingan kepada wahyu
dan akal.

Plato;

berpendapat bahawa alam yang
nyata yang dapat dirasai oleh
pancaindera merupakan subjek
utama kepada ilmu kebenaran. 

Ini kerana hubungan manusia dan
alam maya mencetuskan ilmu
sains yang wujud hasil daripada
pertembungan dan kesusahan
yang dialami oleh pengalaman
pancaindera biasa.
Al-Ghazali telah membahagikan ilmu
kepada 4 kategori utama iaitu:-
ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau
kebendaan.
ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau
perbandingan
ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui
pemahaman tentang perkara yang wajib dan
mustahil.
Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan
rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh
para sufi.
KEPENTINGAN ILMU
Di dalam al-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa
umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan
menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari
kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 &
143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122.
Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah
bersabda bermaksud “andaikata engkau berjalan,
kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu
pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu
bersolat seratus rakaat”
Ilmu yang
membezakan di
antara manusia dan
juga haiwan
Ilmu membezakan darjat
kemuliaan seseorang individu
atau masyarakat.
Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat
Ilmu adalah asas
ketakwaan kepada
Allah s.w.t.
Ilmu akan sentiasa
bertambah sekiranya
digunakan dan harta
akan habis sekiranya
digunakan.
• Ilmu dapat
mengeratkan tali
silaturrahim sesama
manusia.
ASPEK ASAS DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Penekanan dan pemusatan utama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al-
Quran dan As-Sunnah. 
Dalil:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu umatku
dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara
tersebut iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”.
Matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan
prinsip dan konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian
dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikir Islam sejak dari awal
perkembangan Islam.
Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah:
1.Aspek akidah Islamiyyah
2.Aspek Kemanusiaan dan Fitrah
3.Aspek Keilmuan
4.Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan.
ASPEK AKIDAH
Asas utama dalam pendidikan Islam 
Kenapa?
kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku
manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan jahat
dan keji (rukun iman)
Iman berperanan sebagai
peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan
perbuatan yang dilakukan oleh manusia.
Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah Islamiyyah’ adalah berhubung secara langsung
dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada perbuatan
keimanan.
ASPEK KEMANUSIAAN DAN FITRAH
SEMULAJADI MANUSIA
Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal kejadian manusia
sama ada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal
dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material – seterusnya mereka juga
berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh
atau gabungan kedua-duanya.
Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan
nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan
beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia.
Firman Allah dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud “ Yang
memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan
manusia dari tanah [7] kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air
yang hina (air mani) [8] kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh
(ciptaan) Nya ke dalam (tubuh) nya dan Dia menjadikan pendengaran,
penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [9].
Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsur yang memberikan
kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia.
Keseimbangan daripada unsur kejadian manusia
(tanah dan ruh) memberikan penekanan dalam
kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan tuntutan
dan juga tanggungjawab.
Ciri-ciri tersebut telah menjadikan diri manusia memiliki
sifat yang sempurna seterusnya menghasilkan
kecenderungan/keinginan yang dipanggil sebagai
“fitrah”.
Menurut Islam manusia akan tersasar daripada fitrahnya
namun melalui “tarbiyyah” akan mengembalikan
manusia kepada fitrah asalnya.
Tarbiyyah berperanan amat penting dan merupakan cara
yang terbaik untuk mengembalikan manusia ke fitrah
asal.
ASPEK KEILMUAN
Al-Quran telah menyatakan di dalam surah al-Isra’ ayat 9-11:
Firman Allah yang bermaksud;
Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang
lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang
mengerjakan amal salih, bahawa bagi mereka (disediakan) pahala
yang besar [9] Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada
(kehidupan) akhirat, Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang
pedih [10]. Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia
berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia (bersifat) tergesa-gesa
[11]. 
Ayat tersebut menerangkan bahawa Al-Qur’an merupakan kitab yang
membawa hidayah, memberi tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang
beriman.
Tarbiyyah ilmiyyah dalam Al-Quran merujuk pada
beberapa aspek:
I. Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan
ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah
kehidupan yang produktif dan proaktif.
II. Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan
antara fizikal, dalaman, tingkah laku dan dorongan.
III. Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia memerlukan pada keseimbangan
antara tuntutan fizikal dan spiritual.
IV. Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek siasah, ekonomi,
kemasyarakatan, pemerintahan.
ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN
PEMBALASAN
Mendidik perasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan
yang diberikan penekanan oleh Islam.
Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak yang
bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada
perbuatannya di hadapan Allah atau setiap perbuatan akan
menerima balasan setimpal baik atau buruknya.
Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua,
iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri
kerana setiap daripada kita adalah khalifah Allah di bumi.
Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2
tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina,
waras dsb.
SAIDINA
ALI
BAYI - MUMAIYIZ
bermain & bergurau
< 7 Thn
MUMAIYIZ - BALIGH
berdisiplin & arahan
7 - 14 Thn
BALIGH - 20 TAHUN
berkawan
14 - 20 Thn
> 20 TAHUN
berkongsi, bebas
PENDIDIKAN & PERKEMBANGAN MANUSIA 
DALAM ISLAM
SEBELUM
KELAHIRAN
BAYI
KANAK -
KANAK
BALIGH
MATANG
a. Islam menggalakkan perkahwinan untuk mendapatkan
zuriat yang sah. Sama ada lelaki dan perempuan
hendaklah memilih pasangan yang sesuai dan baik. –
utamakan yang beragama. 

Hadith riwayat Abnu Majah & Baihaki di mana Rasulullah
s.a.w pernah bersabda bermaksud “Janganlah kamu
mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana
kecantikannya itu boleh mencelakakan kamu. Janganlah
mengahwini wanita kerana hartanya kerana hartanya
boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana
agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg
hitam & cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia
beragama”

b. Memerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang
baik.

c. Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal
dan rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung.
1.Peringkat Sebelum Kelahiran
2.
a. Ketika lahir terus azan atau iqamah di
telinga anak-menyeru kepada tauhid.
b.Bercukur pada hari ke-7 dan 21
serta bersedekah.
c.Memberikan nama yang baik.
d.Menyusukan anak sehingga
umur 2 tahun.
e.Memberikan belaian, kasih
sayang dan kemesraan terhadap
anak2.
f.Hubungan yang baik dan cara
hidup pertama dilihat oleh anak
bermula daripada keluarga. Ini
memberikan pengaruh yang
besar dan penting kepada
pembesaran dan pertumbuhan
fizikal dan rohani anak.
3) Peringkat Kanak-Kanak (7 Tahun – 12 Tahun)
Peringkat perlunya anak belajar
menulis dan membaca.
Mengajar anak supaya solat 5
waktu dan bila umur 10 tahun boleh
merotan.
Perkenalkan yang mana baik dan
buruk dan halal
Mengenali rakan2 anak dan
memastikan rakan2 yang baik.
Penekanan diberikan dalam bentuk
keimanan kepada Allah,
mengetahui tentang dasar2 akidah,
apa larangan dan suruhan Allah dan
didik anak melalui perbuatan.
4) Peringkat Baligh (12 Tahun – 21 Tahun)
Zaman remaja dan peringkat ini mereka
telah dipertanggungjawabkan secara
individu atas apa yang dilakukannya.
Pada peringkat inilah anak2 perlu
diberikan gambaran yang betul serta
persekitaran yang baik untuk mencari
pasangan.
Biasanya remaja lebih terdorong untuk
melakukan sesuatu melalui logik akal.
Mereka sedang berusaha mencari
identiti diri dan ada sifat malu – perlu
diberikan kesedaran pemikiran, sebab
musabab, peraturan.
Mereka inginkan kebebasan dan mula
menjauhkan diri dengan keluarga.
Perlu diberikan garis panduan
berkaitan perhubungan di antara lelaki
dan perempuan.
5) Peringkat Matang (Rusyd) (Umur 22 – 40 Tahun)
Pada peringkat ini dikategorikan
sebagai dewasa dan telah
mencapai akhlak dan pemikiran
yang sempurna
PENGGUNA BIJAK
MANAKAH PILIHAN ANDA
ANDA
?
60% - 80% 
Diskaun
40%
- 50%

Diskaun
PENGGUNA BIJAK
MANAKAH PILIHAN ANDA
ANDA
?
10% 
Markah
25%

Markah
IJTIHAD
definisi
• bahasa:”pencurahan segenap
kemampuan untuk mendapatkan sesuatu”
• Bermaksud penggunaan akal sekuat
mungkin untuk menemukan sesuatu
keputusan hukum tertentu yang tidak
ditetapkan secara nyata di dalam al-Quran
dan as-Sunnah.
• istilah: ialah suatu proses penyelidikan
yang serius yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam
(digelar mujtahid) untuk menerbitkan
hukum-hukum yang bersifat amali.
• Proses ijtihad hanya berlaku terhadap
hukum-hukum yang tidak jelas yang
wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah,
sama ada ketidakjelasan itu berpunca
daripada lafaz yang terlalu umum,
ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil
yang digunakan itu sendiri.
• Ijtihad tidak perlu sekiranya;
• sesuatu dalil teks telah jelas dan
putus, 
• jelas maknanya tanpa boleh
ditakwilkan lagi, dan 
• dalil itu pula disahkan berautoriti, 
• Ijtihad biasanya berlaku dengan
mengambil pengajaran-pengajaran di
dalam sumber hukum seperti quran
dan sunnah untuk direalisasikan dalam
realiti semasa yang memerlukan hukum
untuk diamalkan
Seseorang ahli ijtihad dan mujtahid mestilah mempunyai
syarat berikut;
1 Islam dan bersikap adil
2
Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari
sudut bahasa dan syariat.
3
Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut
bahasa dan syariat.
4
Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta
tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka
tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.
5
Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat,
kemaslahatan masyarakat serta uruf.
6
Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan
hadith.
SYARAT-SYARAT MUJTAHID
7
Mengetahui dan memahami bahasa Arab dengan baik dan
sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan
Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum.
8
Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam
berijtihad dan istinbath hukum
9
Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu
untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat
yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran
dalam ilmu pengetahuan yang mendalam.
10
Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal
pemikiran.
11 Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya.
12
Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan
hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak
menghafaznya.
13
Mengetahui tentang sebab nuzul ayat serta sebab datang
hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith
Mutawattir dan Ahad.
Sumber rujukan :Pengantar Usul Fiqh - Abd Latif Muda
dan Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.
DALIL KEHARUSAN
IJTIHAD
• Firman Allah s.w.t dalam Surah an-
Nisaa’ ayat 59 yang bermaksud
“Wahai orang2 yang beriman, taatlah
kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil
Amr (orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Dan apabila kamu
berbantah2 (berselisih pendapat)
dalam sesuatu perkara maka
hendaklah kamu kembali kepada Al-
Quran dan As-Sunnah. Jika kamu
benar2 beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian, adalah lebih
baik bagi kamu dan lebih elok pula
kesudahannya”.
DALIL KEHARUSAN
IJTIHAD
• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada Abdullah Ibn Mas’ud sebagai
berikut “berhukumlah engkau dengan al-
Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu
persoalan itu engkau temukan pada dua
sumber tersebut. Tetapi sekiranya
engkau tidak menemukannya pada dua
sumber itu maka berijtihadlah”.
• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
kepada Ali bin Abi Talib “apabila
engkau berijtihad dan ijtihadmu itu
betul maka engkau mendapat 2
pahala tetapi apabila ijtihadmu itu
salah maka engkau mendapat satu
pahala”.
JENIS-JENIS IJTIHAD
JENIS DEFINISI CONTOH
IJMA’
Segi bahasa adalah azam atau tekad.
Segi istilah syara’, Ijmak adalah
kesepakatan yakni kesepakatan
para ulama dalam menetapkan
suatu hukum dalam agama Islam
berasaskan Al-Quran dan Hadis
tentang suatu perkara yang terjadi
pada suatu masa setelah zaman
Rasululullah S.A.W.
ijma’ para ulama’ mujtahidin muslimin
dan bersemuafakat mereka tanpa
berkecuali oleh mana-mana
seorang pun daripada mereka
terhadap sesuatu hukum syara’.
Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. 
Wajib hukumnya mengangkat seorang
imam atau khalifah untuk
menggantikan Rasulullah dalam
mengurusi urusan Daulah Islamiyah
yang menyangkut urusan agama dan
dunia yang disepakati oleh para
Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah.
QIYAS
reasoning by analogy iaitu
menetapkan sesuatu hukum
terhadap sesuatu hal yang belum
diterangkan oleh al-Quran dan As-
Sunnah dengan dianalogikan
kepada hukum sesuatu yang sudah
diterangkan hukumnya oleh al-
Quran dan As-Sunnah kerana
adanya sebab yang sama.
Contohnya pengharaman dadah
diqiyaskan dengan hukum
pengharaman arak kerana
memabukkan dan menghilangkan
kewarasan.
JENIS DEFINISI CONTOH
MASHALIH AL
MURSALAH
utility iaitu menetapkan hukum
terhadap sesuatu persoalan
ijtihadiyah atas pertimbangan
kegunaan dan kemanfaatan
yang sesuai dengan tujuan
syariat. 
Kaedah ini mempertimbangkan
dasar kepentingan dan
kegunaan dengan tanpa
adanya dalil yang secara
bertulis dan nyata dalam al-
Quran dan As-Sunnah.
Contohnya mewujudkan
matawang, menyediakan
penjara adalah atas dasar
kegunaan dan
kemanfaatan yang tidak
bercanggah dengan syariat
Islam.
ISTIHSAN
juristic preference iaitu
menetapkan sesuatu hukum
terhadap sesuatu persoalan
ijtihadiyah atas dasar prinsip2
umum ajaran Islam seperti
keadilah, kasih sayang dll. 
Kaedah ini sedikit berbeza
daripada mashalih al-mursalah
kerana ia mempertimbangkan
dasar kemaslahatan itu
dengan disertai dalil al-Quran
dan As-Sunnah yang umum.
Contohnya Saidina Umar
r.a.tidak menghukum
pencuri kerana kebuluran
semasa kemarau panjang
dengan hukuman hadud
kerana atas dasar keadilan
dan kasih sayang dan dalil
daripada al-Hadith bahawa
Islam tidak menyusahkan
umatnya.
kesimpulan
1) pelaku ijtihad adalah seorang
ahli fiqih/yang arif tentang
hukum Islam.
2) Apa yang ingin dicapai oleh
ijtihad ialah hukum syarie yang
berhubungan dengan
tingkahlaku dan perbuatan
orang2 dewasa bukannya
hukum I’tiqadi atau hukum
khuluqi.
3) Status hukum syarie yang
dihasilkan oleh ijtihad adalah
dhanni dan bukannya absolute.
4) Ijtihad hanya digunakan untuk
menentukan sesuatu hukum
yang tidak ditentukan secara
nyata di dalam al-Quran dan as-
Sunnah.
Wahbah Az-Zuhaily
Yusuf al-Qaradhawi
J
I
H
A
D
Definisi
bahasa – perkataan jihad berasal daripada
kalimah arab ‘jahada’ yang bermaksud
”keberatan dan kesusahan”
istilah – jihad bermaksud “mencurahkan
daya dan tenaga kekuatan dalam usaha
mencapai sesuatu matlamat atau cita2
mulia dalam bentuk kata2 atau
perbuatan. 
Ia mencakupi usaha bersungguh2 untuk
mencapai satu2 tujuan yang diingini
atau mempertahankan sesuatu yang
tidak diingini dengan berbagai cara”.
Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai
aspek iaitu melibatkan perlawanan dan
peperangan secara fizikal dan juga
perlawanan secara mental dan spiritual.
JIHAD MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
• Surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud “ tidaklah
sama keadaan orang2 yang duduk (tidak
turut berperang) dari kalangan orang2 yang
beriman selain daripada orang2 yang ada
keuzuran dengan orang2 yang berjihad di
jalan Allah(untuk membela Islam) dengan
harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang
yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang2 yang duduk (tidak
berperang disebabkan uzur) dengan
kelebihan satu darjat” 
• Ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha
untuk berperang pada jalan Allah sama ada
secara langsung (bertempur di medan
perang) ataupun dengan harta, akal fikiran,
membekalkan tentera tambahan, logistik,
bantuan perubatan bagi tentera dsbg.
Surah At-Taubah ayat 41 bermaksud
“Pergilah kamu beramai-ramai untuk
berperang pada jalan Allah, sama ada
dengan keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai
tanggungjawab) dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah(untuk membela Islam). Yang
demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika
kamu mengetahui.” – 
ini menjelaskan bahawa berjihad pada
jalan Allah pada kebiasaannya ialah
dengan harta dan nyawa.
Kenapa Allah sentiasa mendahulukan
frasa ‘jihad dengan harta’ – bertujuan
memberi semangat dan mendorong
mereka berjihad kerana jihad dengan
harta adalah lebih mudah dilakukan
berbanding jihad dengan nyawa.
• Surah Al-Baqarah ayat 190 yang
bermaksud “Dan perangilah kerana
(menegakkan dan mempertahankan)
agama Allah akan orang yang
memerangi kamu, dan jangan kamu
menceroboh(dengan memulakan
peperangan) kerana sesungguhnya
Allah tidak suka kepada orang2 yang
mmenceroboh”. 
• Ayat ini menjelaskan bahawa agama
Islam menganjurkan jihad untuk
mempertahankan agama sekiranya
kedudukan Islam terancam walau
bagaimanapun Islam juga melarang
umatnya daripada memulakan
pencerobohan dan menitikberatkan
keamanan.
• Surah al-Saff 61:10-13; firman Allah yang
bermaksud; Wahai orang-orang yang
beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan
kamu daripada azab seksa yang pedih?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya Dan berjihad di Jalan Allah
dengan harta benda Dan diri kamu. Itulah
yang lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahuinya, nescaya Allah Akan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan
memasukkan kamu ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-
sungai, dan (memasukkan kamu) ke
tempat tinggal yang baik di dalam syurga
'Adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan
(ada lagi) kurnia yang lain yang kamu
sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan
kemenangan yang dekat (waktunya). Dan
sampaikanlah berita gembira kepada
orang yang beriman.
• Hadith diriwayatkan oleh Abu
Hurairah bermaksud “Seorang
lelaki berkata kepada Rasulullah
s.a.w. Wahai Rasulullah!
Beritahulah aku amalan apakah
yang setanding dengan jihad?
Rasulullah menjawab: Aku tidak
memperolehnya. Lelaki tersebut
berkata: Beritahu dan
terangkanlah
kepadaku.Rasulullah s.a.w.
bersabda lagi:Apabila mujahid
berangkat untuk berjihad,
sanggupkah kamu masuk ke
masjid, lalu berdiri sembahyang
dan tidak berhenti, adakah kamu
terdaya untuk berpuasa terus
menerus tanpa berbuka walau
sehari?Baginda bersabda lagi:
Siapakah yang sanggup
melakukan sedemikian?”
• Hadith sahih di mana
Rasulullah s.a.w. pernah
ditanya: Wahai
Rasulullah!ada orang
berperang dengan gagah
berani, ada yang
berperang dengan penuh
semangat, dan ada pula
yang berperang agar
dikenal kedudukannya
maka siapakah yang
disebut berperang di jalan
Allah? Rasulullah s.a.w.
menjawab sesiapa yang
berperang untuk
menegakkan Kalimatullah,
maka dialah yang
berperang di jalan Allah”
Pandangan Ulama’
Pendapat daripada ulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhaili terdapat
beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan
jiwa dan raga, harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri
daripada musuh.
Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad
dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras
kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya.
Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita sekarang memerlukan kita
berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kejahilan, penyakit serta
masalah sosial.
PENSYARI’ATAN JIHAD UNTUK
BERPERANG DALAM ISLAM
1. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad
memerangi musuh belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun turun
beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di dalam surah
al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun
jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi
bukannya jihad melibatkan pertempuran dan peperangan.
2. Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin
mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah
Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2 Islam
berperang tetapi bukan mewajibkannya.
3. Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad
memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum
muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut dalam surah2
madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud
berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.
Kajian tentang kronologi pensyari’atan jihad mendapati bahawa
tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2, berperingkat
dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi
serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin. 
Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia
yang tidak membebankan serta relevan dengan keadaan semasa.
Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum
hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi Muhammad s.a.w.
masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering
ditindas.
Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka
untuk bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di Makkah utk
berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa
pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di Madinah,
jihad telah disyari’atkan.
Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang
Islam yang beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam.
TUJUAN & KEPENTINGAN JIHAD
1) Mempertahankan Islam dan ajarannya – iaitu
membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan
untuk memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan
akidah muslimin.
2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman dan
penganiayaan pihak musuh – termasuklah jihad untuk mengusir
para penceroboh & penjajah yang merampas negara atau
kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk pencabulan
hak2 asasi manusia yang beragama Islam.
3) Meluaskan syiar Islam – sekiranya dakwah secara aman tidak
dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang.
Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan
paksaan dalam berdakwah.
4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam segala
aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
• َّ‫م‬ُ‫ث‬: َ‫يل‬ِ‫ق‬ .ِ‫ه‬ِ‫ل‬ ُ‫س‬َ‫ر‬َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫اا‬ِ‫ب‬ ٌ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ا‬ :‫قال‬ ‫؟‬ ُ‫ل‬ َ‫ض‬ْ‫ف‬َ‫ا‬ ِ‫ال‬َ‫م‬ْ‫ع‬ َ‫ال‬ْ‫ا‬ ُّ‫ي‬َ‫ا‬ :‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫اهلل‬ ‫ول‬ َ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ل‬ِ‫ئ‬ ُ‫س‬
ٌ‫ور‬ُ‫ر‬ْ‫ب‬َ‫م‬ ُّ‫ج‬َ‫ح‬ :‫قيل‬ .‫اهلل‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬ َ‫س‬ ‫في‬ ُ‫د‬‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ج‬‫ال‬ :‫قال‬ ‫ا؟‬َ‫ذ‬‫ا‬َ‫م‬
• Maksudnya; Rasulullah SAW pernah ditanya: Apakah amalan yang
paling utama? Baginda menjawab: Iman kepada Allah dan RasulNya.
Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Jihad fi
sabilillah. Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda
menjawab :haji mabrur. (Riwayat al-Bukhari no 26 Dan Muslim no 83)
• Muslim meriwayatkan daripada Salman r.a., beliau berkata Bahawa
dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
berperang fi sabilillah sehari semalam nilainya lebih baik daripada
berpuasa di tambah dengan qiamullail selama sebulan. Jika
seseorang gugur fisabilillah, maka pahala semua amalan soleh yang
dikerjakannya akan mengalir terus; rezekinya juga akan mengalir
terus; dan dia akan diamankan daripada seksaan kubur (Riwayat
Muslim no 1913)
KELEBIHAN JIHAD
• Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarirah r.a.,bahawa
Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: sesungguhnya di syurga itu
ada 100 darjat yang Allah sediakan untuk para mujtahid fisabilillah,
yang di antara satu darjat ke satu darjat yang lainnya bagaikan
antara langit dan bumi. (Riwayat al-Bukhari no 2637).
• Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-
Juhani r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesiapa memberi bekalan kepada orang yang berperang fi
sabilillah, beerti dia juga telah berperang. Sesiapa yang
melayaninya dengan baik keluarga orang yang berperang fi
sabilillah, beerti dia juga telah berperang ( Riwayat al-Bukhari no
2843 dan Muslim no 135).
KELEBIHAN JIHAD
KESIMPULAN
• Terdapat 4 jenis keadaan jihad sepertimana
dibuat oleh para ulama’:-

1. Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata
dan perbuatan, jihad melawan hawa nafsu
dan godaan syaitan, jihad menuntut ilmu,
membanteras kemiskinan dan gejala sosial
dan sebagainya.

2. Ketika bertemu dan bertembung
dengan tentera musuh di medan
perang – pejuang dalam keadaan ini
mestilah bertahan dan diharamkan daripada
lari dari medan perang.

3. Apabila orang2 kafir menyerang
sesebuah negara Islam – dalam keadaan
ini penduduk2 negeri tersebut mestilah
bertahan untuk memerangi musuh dan
menghalau mereka.

4. Apabila ketua negara mengisytiharkan
kerahan tenaga bagi memerangi sesuatu
kaum, mereka hendaklah turun ke medan
perang bersama2 mereka.
SEKIAN
Rujukan
• Ringkasan Riyadus Solihin.(2010). Imam
Nawawi (penyusun), Syaikh Yusuf al-Nabhani
(diringkas). Telaga Biru Sdn. Bhd.: Kuala
Lumpur.
1. ilmu, ijtihad & jihad 2

1. ilmu, ijtihad & jihad 2

  • 1.
    KONSEP ILMU, IJTIHAD& JIHAD DALAM ISLAM
  • 2.
    APA ITU EPISTEMOLOGIISLAM? Definisi bahasa :Epistemologi berasal daripada bahasa Yunani ‘episteme’ yang bermaksud pengetahuan dan ‘logos’ bermaksud kata/ pembicaraan. 
 
 - Definisi Istilah: Teori pengetahuan berhubungan dengan hakikat dari ilmu pengetahuan, andaian2, dasar2nya serta pertanggungjawaban atas pernyataan mengenai pengetahuan yang dimiliki oleh setiap manusia. Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan asal, sifat dan jenis pengetahuan. 
 
 - Epistemologi Islam ialah teori/falsafah ilmu berdasarkan ajaran Islam. Ia bukanlah semata- mata persoalan bersifat falsafah malah merupakan tindakbalas terhadap persoalan2 bersifat kehidupan, masyarakat dan kenegaraan yang merangkumi keseluruhan kehidupan dunia dan akhirat.
  • 3.
    KONSEP ILMU Definisi darisegi bahasa: ilmu berasal daripada perkataan arab ‘‫علم‬‘ – yang bermaksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya. Definisi dari segi istilah: 1) Al-Ghazali – “suatu kepastian secara demonstratif (menyeluruh) di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung”. 2)Confucius – “apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak tahu sesuatu menunjukkan bahawa kamu tidak mengetahui sesuatu”. Menunjukkan bahawa ilmu adalah keyakinan dan kebenaran.
  • 4.
    4) Syed Naquibal-Attas – “ suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia” 5) Kamus Mu’jam al-Wasit – “ilmu merupakan penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi” dan juga “ pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqin” 3) Plato – “suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada cahaya”
  • 5.
    MARTABAT ILMU DALAMISLAM Surah al-Mujadalah ayat 11 Allah berfirman; ِِ‫ت‬َ‫ج‬َ‫ر‬َ‫د‬ َ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫الع‬ ‫ا‬ْ‫و‬ُ‫ت‬‫و‬ُ‫أ‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫َّذ‬‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬َ‫م‬َ‫أ‬ َ‫ن‬‫الذي‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ ِ‫ع‬َ‫ف‬ْ‫ر‬َ‫ي‬ bermaksud “Allah meninggikan beberapa darjat (tingkatan) orang2 yang beriman di antara kamu dan orang2 yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan) dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” – Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang beriman dan berilmu akan mendapat tempat/darjat yang tinggi di sisi Allah. Keimanan yang dimiliki merupakan pendorong utk menuntut ilmu & ilmu yang bermanfaat akan menyedarkan dirinya tentang hakikat kerdilnya manusia di sisi Allah kerana ilmu Allah yang maha luas.
  • 6.
    Surah Fatir 35:28,Allah berfirman; ْ‫ا‬‫وء‬َ‫م‬َ‫ل‬ُ‫ع‬‫ال‬ ِ‫ه‬ِ‫اد‬َ‫ب‬ِ‫ع‬ ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫هلل‬‫ا‬ ‫ى‬ َ‫ش‬ْ‫خ‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫َّم‬‫ن‬ِ‫ إ‬ Maksudnya; Sesungguhnya yang takut (melanggar perintah) Allah di antara para hamba- Nya hanyalah orang yang berilmu. Surah Ali Imran ayat 18 Allah berfirman ُ‫ز‬‫ي‬ِ‫ز‬َ‫ع‬‫ال‬َ‫و‬ُ‫ه‬ ّ‫ال‬ِ‫ا‬ َ‫ه‬ٰ‫ل‬ِ‫الا‬ ۗ‫ط‬‫س‬ِ‫الق‬ِ‫ب‬ ‫ا‬ً‫م‬ِ‫ٙئ‬‫ا‬َ‫ق‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫والع‬ُ‫ل‬‫و‬ُ‫ا‬‫و‬ ُ‫ة‬َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬َ‫وامل‬ ‫ال‬ َ‫و‬ُ‫ه‬ َّ‫اال‬ َ‫ه‬‫ال‬ َ‫ال‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫ا‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ َ‫د‬ِ‫ه‬ َ‫ش‬ ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ك‬َ‫۞الح‬ bermaksud “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluknya dengan dalil2 dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan malaikat2 serta orang2 yang berilmu(mengakui dan menegaskan juga yang demikian), (maka tiada yang berhak disembah ) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” Ayat ini membuktikan kemuliaan dan keutamaan orang yg berilmu bahkan dalam hal kesaksian yang dimulai dgn Allah, malaikat dan orang2 yang berilmu.
  • 7.
    3) Surah Thahaayat 114 Allah berfirman ...‫ا‬ََ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ‫ى‬ِ‫ن‬ْ‫د‬ِ‫ز‬ ِّ‫ب‬َّ‫ر‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬َ‫و‬۞ bermaksud “ dan berkatalah, Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan” Ayat ini menjelaskan bahawa bagaimana Islam meninggikan kedudukan ilmu dengan mendorong umat Islam supaya sentiasa berdoa agar ditambahi ilmu pengetahuan. 4) Surah Al-’Alaq ayat 1-5 Allah berfirman bermaksud “ Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan kamu dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu yang paling pemurah. Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” – Ini wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah adalah berkaitan ilmu iaitu suruhan ‘membaca’.
  • 8.
    5) Surah Az-Zumarayat 9 Allah berfirman َ‫ن‬‫و‬ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬‫ي‬َ‫ال‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫َّذ‬‫ل‬‫وا‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫م‬َ‫ل‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ َ‫ن‬‫ي‬ِ‫ذ‬ّ‫ل‬‫ا‬ ‫ى‬ِ‫و‬َ‫ت‬ ْ‫س‬َ‫ي‬ ْ‫ل‬َ‫ه‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬ bermaksud“Katakanlah lagi (kepadanya); Adakah sama orang2 yang mengetahui dengan orang2 yang tidak mengetahui
  • 9.
    HADITH 1) ِ‫ِّين‬‫د‬‫ال‬ ‫في‬ُ‫ه‬ْ‫ه‬َ‫ق‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ‫ا‬ً‫ر‬ْ‫ي‬َٓ‫خ‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ ِ‫د‬ِ‫ر‬ُ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama dan diilhami olehNya kepandaian dalam perkara itu” (Riwayat al-Bukhari no 71 & Muslim no.1037) Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban bermaksud “para alim ulama’ adalah pewaris para nabi” ِ‫ة‬َّ‫ن‬َ‫لج‬ْ‫ا‬ ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ً‫ق‬‫ي‬ِ‫ر‬َ‫ط‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ُ‫هلل‬‫ا‬ َ‫َّل‬‫ه‬ َ‫س‬ ‫ا‬ً‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫يه‬ِ‫ف‬ ُ‫س‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫ل‬َ‫ي‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ Maksudnya: Sesiapa yang menempuh perjalanan dengan tujuan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya Jalan ke syurga. ( Riwayat Muslim no.2699)
  • 10.
    Hadis riwayat al-Bazzari; ،‫وسلم‬‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫النبى‬ ِ‫عن‬ ،‫عنه‬ ‫اهلل‬ ‫رضى‬ َ‫ة‬‫ر‬ْ‫ك‬‫ب‬ ‫أبى‬ ‫عن‬ َ‫ك‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫ت‬َ‫ف‬ َ‫ة‬ َ‫س‬ِ‫ام‬َ‫خ‬‫ال‬ ِ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ت‬‫ال‬َ‫و‬ ‫ا‬ً‫ب‬ِ‫ح‬ُ‫م‬‫أو‬ ‫ا‬ً‫ِّم‬‫ل‬َ‫ع‬َ‫ت‬ُ‫م‬ ‫و‬َ‫أ‬ ‫ا‬ً‫عامل‬ ُ‫د‬ْ‫غ‬ُ‫ا‬(:‫قال‬ Maksudnya; Daripada Abu Bakar r.a., daripada nabi s.a.w. Sabdanya “Jadikanlah dirimu orang alim, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi (daripada) golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa”. Hadith riwayat Baihaki yang bermaksud “carilah ilmu walau ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” Hadis riwayat Ibn Majah & lain-lainnya yang bermaksud “daripada anas bin malik r.a., katanya; rasulullah s.a.w. Bersabda: “ menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang muslim”.
  • 11.
    Al-Bukhari & Muslimmeriwayatkan daripada Abu Musa r.a., ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang Allah utuskan kepadaku untuk mengembangkannya adalah bagaikan hujan yang jatuh ke tanah. Di antara TANAH tersebut terdapat bahagian yang subur, yang mampu menyerap air dengan baik, lalu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan yang banyak. Di antaranya ada yang keras, mampu menampung air sehingga manusia boleh mengambil air daripadanya untuk keperluan minuman, menyirami tanaman dan untuk menyalurkan air. Dan di antaranya pula ada yang tidal mampu menampung air dan tidak mampu menumbuhkan pepohonan dan rerumputan. Demikian jugalah perumpamaan orang yang diberi pemahaman agama yang diutuskan kepadaku untuk mengembangkannya: Di antara mereka ada yang mendalaminya, lalu mengajarkannya kepada orang lain, dan ada juga di antaranya yang sama sekali tidak mahu menerima petunjuk." (Riwayat al- Bukhari no 79 dan Muslim no 2282)
  • 12.
    Muslim meriwayatkan daripadaAbu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ُ‫ه‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫ع‬ْ‫د‬َ‫ي‬ ٌ‫ح‬ِ‫ال‬ َ‫ص‬ ٌ‫د‬َ‫ل‬َ‫و‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ُ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ت‬ًْ‫ن‬ُ‫ي‬ ٍ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ‫او‬ ٌ‫ة‬َ‫ي‬ِ‫ر‬‫ا‬َ‫ج‬ ٌ‫ة‬َ‫ق‬َ‫د‬ َ‫ص‬ ٍ‫ث‬ َ‫ال‬َ‫ث‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ َّ‫ال‬ِ‫ا‬ ُ‫ه‬ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ َ‫ع‬َ‫ط‬َ‫ق‬ْ‫ن‬‫ا‬ َ‫م‬َ‫د‬‫آ‬ ُ‫ن‬ْ‫ب‬‫ا‬ َ‫ات‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫ا‬‫ا‬ Maksudnya: Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka semua (pahala) amalnya terputus, kecuali (pahala) sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang selalu memanjatkan doa untuknya. (Riwayat Muslim no 949)
  • 13.
    1. Surah Al-A’raf7:119, Allah berfirman: َ‫ني‬ِ‫ل‬ِ‫اه‬َ‫الج‬ ِ‫ن‬َ‫ع‬ ْ‫ض‬ِ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫ا‬َ‫و‬ ِ‫رف‬ُ‫ع‬‫ال‬ِ‫ب‬ ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫و‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫ع‬‫ال‬ِ‫ذ‬ُ‫خ‬ Bermaksud; Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan makruf serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. Celaan terhadap kebodohan & Orang-orang yang bodoh 2. Surah Hud 11:46, Allah berfirman: ْ‫ى‬ِّ‫ن‬ِ‫ا‬ ۗ ُُ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ ِ‫ن‬ْ‫ل‬َ‫ئ‬ ْ‫س‬َ‫ت‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ ٍ‫ح‬ِ‫ال‬ َ‫ص‬ ُ‫ر‬ْ‫ي‬َ‫غ‬ ُُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ ۚ َ‫ك‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫ا‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫ا‬ ُ‫ح‬ْ‫و‬ُ‫ن‬ٰ‫ي‬ ‫قال‬ َْ‫ني‬ِ‫ل‬ِ‫ه‬ٰ‫ج‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫و‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫ا‬ َ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ا‬ Maksudnya‫؛‬ Dia (Allah) berfirman, Wahai Nuh ! Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, karena perbuatannya sungguh tidak baik, sebab itu jangan engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang tidak engkau ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar (engkau) tidak termasuk orang yang bodoh. Ayat ini Allah jawab permohonan nabi Nuh berkaitan anaknya yang kafir...
  • 14.
  • 15.
    Memperbaiki Diri • Maksudmemperbaiki diri - bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu pengetahuan serta membawa ibadah & taraf kehidupan lebih tinggi dari sebelumnya. • Contohnya; • Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah • Solat lebih khusyuk dari sebelumnya • Peningkatan kerja Firman Allah; " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan- jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keresahan); dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." ( Surah Al-'Ankabuut 29:69)
  • 16.
    MENSYUKURI NIKMAT ALLAHYANG MAHA AGUNG Firman Allah; "Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: " Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah dengan kurnia-Nya memberi kami kelebihan kebanyakan hamba-hamba Nya yang beriman." ( Surah Al-Naml 27:15) • Walaupun ayat ini ditujukan kepada Nabi Daud & Nabi Sulaiman tetapi lafaznya adalah umum. • Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk belajar & memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia & persediaan untuk akhirat • Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah & jenis-jenisnya • Dengan ilmu juga kita mengenal kebaikan dan kejahatan • Dengan ilmu juga kita mengetahui tentang dunia dan akhirat • Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang tidak terhingga ini- nikmat akal & ilmu pengetahuan • Jadi antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas segala macam nikmat-Nya
  • 17.
    • Khalifah Umarbin Abdul Aziz: "barangsiapa beramal tanpa ilmu, maka yang rosak lebih banyak daripada yang benar." Firman Allah; "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya ( menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya." ( Surah Al-Baqarah 2:269)
  • 18.
    Menegakkan Agama Islam •"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] : 122 • Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan larangannya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara; melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan, mampu memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi. • Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. • Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu. • Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad. Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang orang-orang yang memerangi Islam. • Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita melihat dari segi faktor semasa sahaja.
  • 19.
    • Antaranya, kitaperlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah. • Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah. • Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir, usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini. • Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar dan mahir dalam pelbagai bidang.
  • 20.
    Sekiranya umat Islamketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin menghormati orang Islam? Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman; "...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11 Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, 'Darjat orang mukmin melebihi darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang tidak berilmu.' Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman; "...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az- Zumar [39] : 9 Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek atau buruh binaan? Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya. Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi, secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam, secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.
  • 21.
    "Hai orang-orang yangberiman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14
  • 22.
    Berfikir Dengan Adil Berfikirbermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, manakala adil pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya. Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada tempatnya. "Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" - Surah Yunus [10] : 35-36 Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah, pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur; iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh; • Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah. • Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti, memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengan banyak tetapi setahun sekali. • Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan firman Allah yang Maha Tinggi dalam,
  • 23.
    ".....Sesungguhnya solat itumencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." - Surah Al 'Ankabuut [29] : 45. • Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib mu'akkad, solat tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain. • Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain. "Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya". - Sahih Muslim [0035] Firman Allah yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219 • Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah perkara yang sangat-sangat penting
  • 25.
  • 26.
    Mengikut hawa nafsu "KemudianKami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." - Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18 • Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja dalam berfikir dan menganggap akal dan ilmu pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu melanggar segala macam hukum dari al-Quran dan al-hadis.
  • 32.
    Menjadi zalim dantersesat "Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan; maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah bagi mereka seorang penolongpun." - Surah Ar-Ruum [30] : 29 Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala macam syariat, maka mereka terdedah kepada kesesatan dan seterusnya berbuat kezaliman; iaitu menyesatkan orang lain dan meruntuhkan akhlak masyarakat yang terikut-ikut dengan mereka, akibatnya berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.
  • 36.
    "Di antara manusiaada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3 "....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7 Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka agak- agak sahaja terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada kekufuran tanpa mereka sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang dibisikkan oleh syaitan sahaja. Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada orang yang berilmu. Cenderung menjadi pengikut syaitan
  • 40.
  • 42.
    Kesimpulan Islam didasari denganilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu. Antara dalil-dalilnya: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran [3] : 18 "Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109 "Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27
  • 43.
    Rujukan Tujuan MenuntutIlmu • Al-Quran terjemahan • Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir • Kitab-kitab hadis sahih • Krisis Dalam Pendidikan Islam [Dr. S.S Husain dan Dr. S.A Ashraf ] • Ihya' Ulumuddin [Imam Al-Ghazali] • Ilmu Mantik [Ustaz Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin] • Berfikir [Harun Yahya] • Fiqh Keutamaan [Dr. Yusuf Al-Qardhawi] • Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri [Za'ba]
  • 44.
    KLASIFIKASI ILMU MENURUTISLAM Pendapat Syech Zarnuji - “ sesungguhnya tidak wajib bagi setiap muslim dan muslimah menuntut segala jenis ilmu tetapi yang diwajibkan adalah menuntut ilmu perbuatan (ilmu al-hal) sebagaimana diungkapkan bahawa sebaik2 ilmu adalah ilmu perbuatan dan sebagus-bagus amal adalah menjaga perbuatan” – meliputi ibadah kepada Allah seperti kewajipan solat, puasa, zakat & haji. Persoalan: Adakah segala jenis ilmu WAJIB dituntut oleh setiap muslim?
  • 45.
    Pendapat Al-Ghazali –“ilmu boleh diklasifikasikan kepada; 1)Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu tentang cara amal perbuatan yang wajib seperti ilmu agama dan segala cabangnya sebagai contoh rukun Islam. 2) Ilmu fardhu kifayah ialah tiap2 ilmu yang tidak dapat dihindarkan dalam menegakkan urusan duniawi. Sebagai contoh ilmu jual beli, kedoktoran, politik, pertanian dan ilmu bagi urusan yang perlu dan penting untuk pembangunan negara dan masyarakat
  • 46.
    Pendapat Ibnu Khaldun; 1)Ilmu ‘aqliyyah ialah ilmu yang merupakan sesuatu yang dialami pada manusia yang boleh dihasilkan melalui berfikir. Ia termasuk ilmu hikmah, falsafah yang terhasil daripada penelitian dan penyelidikan. 2) Ilmu naqliyyah ialah ilmu yang bersifat tradisional iaitu yang bersumberkan al-Quran dan as- Sunnah
  • 47.
    SUMBER-SUMBER ILMU 1. WAHYU Iaterdiri daripada al-Quran dan as-Sunnah di mana keduanya adalah sumber rujukan ilmu dan perundangan yang utama dan paling penting kepada kehidupan manusia. Al-Quran dan As-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah yang disampaikan melalui rasulnya kepada umat manusia sebagai garis panduan untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber2 yang membekalkan asas2 ilmu pengetahuan supaya manusia tidak terjerumus dalam logik akal dan nafsu semata-mata kerana kedua2nya hanya dapat menjangkau perkara yang melibatkan material dan logik semata-mata dan tidak perkara yang disebaliknya (perkara ghaib).
  • 48.
    2) AKAL &PANCAINDERA Akal merupakan elemen utama yang dapat memandu manusia kepada kebenaran. Akal adalah neraca pada kebenaran yang bertunjangkan wahyu kerana melalui akal manusia mampu mencapai kebenaran dan mengelakkan daripada keraguan. Pancaindera pula merupakan alat yang digunakan akal untuk mendapatkan ilmu kepada sesuatu fakta menerusi fungsi2 akal.
  • 49.
    Menurut Imam al-Ghazali– semua ilmu bersifat hakiki dan bukannya buatan manusia. Manusia hanya melakukan penemuan yang sememangnya telah wujud dan melalui akal inilah manusia mampu membezakan sesuatu yang benar dan palsu. Ilmu yang menggunakan akal menurut al-Ghazali dikategorikan sebagai ilmu matematik, logik, metafizik, politik dan etik. Status ilmu ini adalah sebagaimana berikut: 1) Ilmu matematik – (aritmetik, geometri, dan al-Jabar) disifatkan ilmu yang bersifat neutral – tujuan dicipta ilmu ini bukan untuk mengingkari atau mengakui kewujudan Allah s.w.t. Ilmu ini digunakan untuk kegunaan dan kebaikan manusia dan sekiranya disalahgunakan maka sudah tentu hasilnya turut salah dan sekiranya digunakan dengan betul maka akan mendatangkan hasil yang berguna kepada manusia. Aritmetik adalah salah satu cabang utama ilmu matematik yang berkembang dan hidup sebagai konsep2 nombor yang menjadi kegunaan umum – dikenali sebagai Teori Nombor.
  • 50.
    Penggunaan dan manipulasisimbol bagi menggantikan sesuatu yang fizikal yang digambarkan oleh mental membawa kepada idea awal penggunaan operasi matematik bercorak kiraan campur dan tolak tanpa memerlukan pada pengiraan objek tertentu. Ahli matematik Islam yang banyak memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Abu Yusof Yaakub ibn Ishaq al-kindi karyanya bertajuk al-Karki dan al- Fakhri. Terjemahan teks pertama ilmu aritmetik ini ditemui di Univ.Cambridge(1857) “ Algoritmi de Numero Indorum” dari salinan teks al-Khawarizmi dalam abad ke-12 menjadi alchawarizmi, al-karizmi, al-Goritmi dan al-Gorismi. Algebra - juga salah satu daripada ilmu matematik berbentuk analisis berdasarkan kuantiti dengan menggunakan huruf sebagai simbolnya. Ia adalah kebijaksanaan mendapatkan tak ketahuan dari data-data yang diberi jika terdapat perhubungan daripada data-data. Contohnya: Aritmetik (2+2+2 =3x2) merupakan kes khusus kenyataan algebra (umum) bagi (x+x+x =3x) dan x ialah sebarang nombor. Al-Jabr bermaksud memperbaiki keseimbangan suatu persamaan dengan menukar tempat sebutan-sebutannya.
  • 51.
    Geometri – ialahcabang ilmu matematik yang mengkaji sifat2 ruang dan pengukuran magnitud. Berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bermaksud tanah dan ‘metre’ iaitu pengukuran. Tokoh2 Islam yang terkemuka dalam bidang ini ialah Ibnu Haitham dalam bukunya Teori Optik, Thabit Ibn Qurra serta al-Khawarizmi dan al-Kindi. 2) Ilmu Logik – iaitu ilmu yang mengkaji tentang cara , kaedah mendemonstrasi dan mengkaji syarat2 premis, cara menggabungkan premis, syarat mendapatkan takrif yang betul dan cara2 menyusunnya. Kaedah yang digunakan adalah bersifat penaakulan atau penularan melalui premis2 umum yang menghasilkan natijah khusus daripada premis umum tersebut. Contoh: A=B, B=C, A=C iaitu menggunakan kaedah silogisma (al-qiyas al-aqli) yang digunakan dalam ilmu logik bermula drpd premis umum kepada khusus.
  • 52.
    3.ALAM SEJAGAT Alam jugadikira sebagai sumber ilmu sampingan kepada wahyu dan akal. Plato; berpendapat bahawa alam yang nyata yang dapat dirasai oleh pancaindera merupakan subjek utama kepada ilmu kebenaran. Ini kerana hubungan manusia dan alam maya mencetuskan ilmu sains yang wujud hasil daripada pertembungan dan kesusahan yang dialami oleh pengalaman pancaindera biasa.
  • 53.
    Al-Ghazali telah membahagikanilmu kepada 4 kategori utama iaitu:- ilmu yang diperolehi daripada pancaindera atau kebendaan. ilmu yang diperolehi oleh asas2 logik atau perbandingan ilmu yang diperolehi oleh akal iaitu melalui pemahaman tentang perkara yang wajib dan mustahil. Ilmu yang diperolehi melalui wahyu para nabi dan rasul atau dhauq, kasyaf, dan mushahadah oleh para sufi.
  • 54.
    KEPENTINGAN ILMU Di dalamal-Quran ada lebih 750 ayat yang menggesa umatnya supaya belajar , membuat renungan, dan menggunakan akal dengan sebaik2nya untuk mencari kebenaran. Contoh di dalam al-Quran dalam ayat 118 & 143 surah Ali Imran, surah at-Taubah ayat 122. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda bermaksud “andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat”
  • 55.
    Ilmu yang membezakan di antaramanusia dan juga haiwan Ilmu membezakan darjat kemuliaan seseorang individu atau masyarakat. Ilmu adalah asas kebahagiaan dunia dan akhirat
  • 56.
    Ilmu adalah asas ketakwaankepada Allah s.w.t. Ilmu akan sentiasa bertambah sekiranya digunakan dan harta akan habis sekiranya digunakan. • Ilmu dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama manusia.
  • 57.
    ASPEK ASAS DALAMPENDIDIKAN ISLAM
  • 58.
    Penekanan dan pemusatanutama dalam pendidikan Islam adalah berdasarkan Al- Quran dan As-Sunnah. Dalil: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu umatku dengan 2 perkara. Kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang pada 2 perkara tersebut iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”. Matlamat asal dasar pendidikan Islam adalah bertujuan untuk mentafsir dan merealisasikan prinsip dan konsep daripada kedua2 sumber tersebut berdasarkan kepada pemerhatian dan pengkajian yang telah dilakukan oleh sarjana dan ahli fikir Islam sejak dari awal perkembangan Islam. Aspek-aspek penting yang menjadi tunggak dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah: 1.Aspek akidah Islamiyyah 2.Aspek Kemanusiaan dan Fitrah 3.Aspek Keilmuan 4.Aspek Tanggungjawab dan Pembalasan.
  • 59.
    ASPEK AKIDAH Asas utamadalam pendidikan Islam Kenapa? kerana keimanan kepada Allah-faktor penggalak kepada tingkahlaku manusia ke arah kebaikan serta sebagai benteng kepada perbuatan jahat dan keji (rukun iman) Iman berperanan sebagai peng’arah’ yang meng’arah’ tingkahlaku dan berseiringan dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia. Oleh yang demikian, ‘tarbiyyah Islamiyyah’ adalah berhubung secara langsung dengan perbuatan manusia dan sesuatu yang lahir daripada perbuatan keimanan.
  • 60.
    ASPEK KEMANUSIAAN DANFITRAH SEMULAJADI MANUSIA Para saintis Barat berselisih pendapat tentang struktur asal kejadian manusia sama ada berasal daripada hasil perkembangan sel, atau terdiri daripada akal dan ruh, atau terdiri daripada ruh dan material – seterusnya mereka juga berselisih pendapat tentang nature manusia sama ada nature haiwan atau ruh atau gabungan kedua-duanya. Menurut perspektif Islam di dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 telah menetapkan nature kejadian manusia adalah berasal dari sari pati tanah. Al-Quran menerangkan beberapa peringkat kejadian manusia dari tanah kepada manusia. Firman Allah dalam Surah as-Sajdah ayat 7-9 yang bermaksud “ Yang memperindah segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah [7] kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani) [8] kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan) Nya ke dalam (tubuh) nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur [9]. Surah al-Sajdah ayat 9 menjelaskan bahawa ruh adalah unsur yang memberikan kemuliaan dan keistimewaan kepada ummat manusia.
  • 61.
    Keseimbangan daripada unsurkejadian manusia (tanah dan ruh) memberikan penekanan dalam kehidupan sebagai manusia iaitu berkenaan tuntutan dan juga tanggungjawab. Ciri-ciri tersebut telah menjadikan diri manusia memiliki sifat yang sempurna seterusnya menghasilkan kecenderungan/keinginan yang dipanggil sebagai “fitrah”. Menurut Islam manusia akan tersasar daripada fitrahnya namun melalui “tarbiyyah” akan mengembalikan manusia kepada fitrah asalnya. Tarbiyyah berperanan amat penting dan merupakan cara yang terbaik untuk mengembalikan manusia ke fitrah asal.
  • 62.
    ASPEK KEILMUAN Al-Quran telahmenyatakan di dalam surah al-Isra’ ayat 9-11: Firman Allah yang bermaksud; Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang mengerjakan amal salih, bahawa bagi mereka (disediakan) pahala yang besar [9] Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada (kehidupan) akhirat, Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang pedih [10]. Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia (bersifat) tergesa-gesa [11]. Ayat tersebut menerangkan bahawa Al-Qur’an merupakan kitab yang membawa hidayah, memberi tunjuk ajar dan mengembirakan orang yang beriman.
  • 63.
    Tarbiyyah ilmiyyah dalamAl-Quran merujuk pada beberapa aspek: I. Aspek Akidah- menunjukkan kepada akidah yang jelas, mudah dan nyata. Membebaskan ruh daripada kepercayaan karut, tahyul dan menggerakkan potensi manusia ke arah kehidupan yang produktif dan proaktif. II. Aspek Kemanusiaan- menunjukkan kepada manusia supaya wujudnya kesinambungan antara fizikal, dalaman, tingkah laku dan dorongan. III. Aspek Ibadat- memberi didikan bahawa diri manusia memerlukan pada keseimbangan antara tuntutan fizikal dan spiritual. IV. Aspek Pentadbiran dan Kenegaraan- peri pentingnya aspek siasah, ekonomi, kemasyarakatan, pemerintahan.
  • 64.
    ASPEK TANGGUNGJAWAB DAN PEMBALASAN Mendidikperasaan bertanggungjawab adalah unsur pendidikan yang diberikan penekanan oleh Islam. Aspek ini ditanam di dalam jiwa manusia kerana pihak yang bertanggungjawab akan menanggung hasil daripada perbuatannya di hadapan Allah atau setiap perbuatan akan menerima balasan setimpal baik atau buruknya. Pihak yang bertanggungjawab terdiri daripada pemimpin/ketua, iaitu dalam sesebuah negara, atau keluarga atau diri sendiri kerana setiap daripada kita adalah khalifah Allah di bumi. Pihak yang bertanggungjawab juga bergantung pada syarat2 tertentu dari segi akal, baligh, merdeka, kemampuan, jantina, waras dsb.
  • 65.
    SAIDINA ALI BAYI - MUMAIYIZ bermain& bergurau < 7 Thn MUMAIYIZ - BALIGH berdisiplin & arahan 7 - 14 Thn BALIGH - 20 TAHUN berkawan 14 - 20 Thn > 20 TAHUN berkongsi, bebas
  • 66.
    PENDIDIKAN & PERKEMBANGANMANUSIA DALAM ISLAM
  • 67.
  • 68.
    a. Islam menggalakkanperkahwinan untuk mendapatkan zuriat yang sah. Sama ada lelaki dan perempuan hendaklah memilih pasangan yang sesuai dan baik. – utamakan yang beragama. Hadith riwayat Abnu Majah & Baihaki di mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana kecantikannya itu boleh mencelakakan kamu. Janganlah mengahwini wanita kerana hartanya kerana hartanya boleh buat dia sombong. Kahwini lah mereka kerana agama.Sesungguhnya seorang wanita hamba abdi yg hitam & cuping telinganya besar adalah lebih baik jika dia beragama” b. Memerlukan baka yang baik untuk lahirkan anak yang baik. c. Persekitaran yang sihat dan penjagaan dari segi fizikal dan rohani dengan sebaik2nya semasa mengandung. 1.Peringkat Sebelum Kelahiran
  • 69.
    2. a. Ketika lahirterus azan atau iqamah di telinga anak-menyeru kepada tauhid. b.Bercukur pada hari ke-7 dan 21 serta bersedekah. c.Memberikan nama yang baik. d.Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun. e.Memberikan belaian, kasih sayang dan kemesraan terhadap anak2. f.Hubungan yang baik dan cara hidup pertama dilihat oleh anak bermula daripada keluarga. Ini memberikan pengaruh yang besar dan penting kepada pembesaran dan pertumbuhan fizikal dan rohani anak.
  • 70.
    3) Peringkat Kanak-Kanak(7 Tahun – 12 Tahun) Peringkat perlunya anak belajar menulis dan membaca. Mengajar anak supaya solat 5 waktu dan bila umur 10 tahun boleh merotan. Perkenalkan yang mana baik dan buruk dan halal Mengenali rakan2 anak dan memastikan rakan2 yang baik. Penekanan diberikan dalam bentuk keimanan kepada Allah, mengetahui tentang dasar2 akidah, apa larangan dan suruhan Allah dan didik anak melalui perbuatan.
  • 71.
    4) Peringkat Baligh(12 Tahun – 21 Tahun) Zaman remaja dan peringkat ini mereka telah dipertanggungjawabkan secara individu atas apa yang dilakukannya. Pada peringkat inilah anak2 perlu diberikan gambaran yang betul serta persekitaran yang baik untuk mencari pasangan. Biasanya remaja lebih terdorong untuk melakukan sesuatu melalui logik akal. Mereka sedang berusaha mencari identiti diri dan ada sifat malu – perlu diberikan kesedaran pemikiran, sebab musabab, peraturan. Mereka inginkan kebebasan dan mula menjauhkan diri dengan keluarga. Perlu diberikan garis panduan berkaitan perhubungan di antara lelaki dan perempuan.
  • 72.
    5) Peringkat Matang(Rusyd) (Umur 22 – 40 Tahun) Pada peringkat ini dikategorikan sebagai dewasa dan telah mencapai akhlak dan pemikiran yang sempurna
  • 73.
  • 74.
    60% - 80% Diskaun
  • 75.
  • 76.
  • 77.
  • 78.
  • 79.
  • 80.
    definisi • bahasa:”pencurahan segenap kemampuanuntuk mendapatkan sesuatu” • Bermaksud penggunaan akal sekuat mungkin untuk menemukan sesuatu keputusan hukum tertentu yang tidak ditetapkan secara nyata di dalam al-Quran dan as-Sunnah. • istilah: ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana Islam (digelar mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. • Proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.
  • 81.
    • Ijtihad tidakperlu sekiranya; • sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, • jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan • dalil itu pula disahkan berautoriti, • Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran-pengajaran di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan
  • 82.
    Seseorang ahli ijtihaddan mujtahid mestilah mempunyai syarat berikut; 1 Islam dan bersikap adil 2 Mengetahui tentang al Quran berserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat. 3 Mengetahui hadith beserta makna-maknanya dari sudut bahasa dan syariat. 4 Mampu mengetahui tentang masalah-masalah ijmak serta tempat-tempat berlaku ijmak. Hal tersebut supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya. 5 Mengetahui al Qiyas - iaitu merangkumi tentang Illah, hikmat, kemaslahatan masyarakat serta uruf. 6 Mengetahui tentang nasikh mansukh daripada al Quran dan hadith. SYARAT-SYARAT MUJTAHID
  • 83.
    7 Mengetahui dan memahamibahasa Arab dengan baik dan sempurna. Hal ini supaya dapat mentafsirkan al Quran dan Hadith dengan baik serta dalam istinbat hukum. 8 Mengetahui ilmu usul fiqh, Kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbath hukum 9 Mempunyai kefahaman yang baik dan benar, supaya mampu untuk membezakan pendapat yang benar dan pendapat yang salah. Iaitu mempunyai kecerdikan serta kemahiran dalam ilmu pengetahuan yang mendalam. 10 Baligh iaitu cukup umur dan sempurna akal pemikiran. 11 Mengetahui tentang dalil akal serta kehujahannya. 12 Mengetahui nas dan dalil yang berkaitan dengan hukum hakam sekurang-kurangnya, biarpun tidak menghafaznya.
  • 84.
    13 Mengetahui tentang sebabnuzul ayat serta sebab datang hadith atau asbab Wurud Hadith serta syarat hadith Mutawattir dan Ahad. Sumber rujukan :Pengantar Usul Fiqh - Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali. Terbitan Pustaka Salam.
  • 85.
    DALIL KEHARUSAN IJTIHAD • FirmanAllah s.w.t dalam Surah an- Nisaa’ ayat 59 yang bermaksud “Wahai orang2 yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan Ulil Amr (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Dan apabila kamu berbantah2 (berselisih pendapat) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Al- Quran dan As-Sunnah. Jika kamu benar2 beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian, adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”.
  • 86.
    DALIL KEHARUSAN IJTIHAD • Rasulullahs.a.w. pernah bersabda kepada Abdullah Ibn Mas’ud sebagai berikut “berhukumlah engkau dengan al- Quran dan as-Sunnah apabila sesuatu persoalan itu engkau temukan pada dua sumber tersebut. Tetapi sekiranya engkau tidak menemukannya pada dua sumber itu maka berijtihadlah”. • Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib “apabila engkau berijtihad dan ijtihadmu itu betul maka engkau mendapat 2 pahala tetapi apabila ijtihadmu itu salah maka engkau mendapat satu pahala”.
  • 87.
  • 88.
    JENIS DEFINISI CONTOH IJMA’ Segibahasa adalah azam atau tekad. Segi istilah syara’, Ijmak adalah kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang suatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasululullah S.A.W. ijma’ para ulama’ mujtahidin muslimin dan bersemuafakat mereka tanpa berkecuali oleh mana-mana seorang pun daripada mereka terhadap sesuatu hukum syara’. Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Sa’idah. QIYAS reasoning by analogy iaitu menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu hal yang belum diterangkan oleh al-Quran dan As- Sunnah dengan dianalogikan kepada hukum sesuatu yang sudah diterangkan hukumnya oleh al- Quran dan As-Sunnah kerana adanya sebab yang sama. Contohnya pengharaman dadah diqiyaskan dengan hukum pengharaman arak kerana memabukkan dan menghilangkan kewarasan.
  • 89.
    JENIS DEFINISI CONTOH MASHALIHAL MURSALAH utility iaitu menetapkan hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas pertimbangan kegunaan dan kemanfaatan yang sesuai dengan tujuan syariat. Kaedah ini mempertimbangkan dasar kepentingan dan kegunaan dengan tanpa adanya dalil yang secara bertulis dan nyata dalam al- Quran dan As-Sunnah. Contohnya mewujudkan matawang, menyediakan penjara adalah atas dasar kegunaan dan kemanfaatan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. ISTIHSAN juristic preference iaitu menetapkan sesuatu hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah atas dasar prinsip2 umum ajaran Islam seperti keadilah, kasih sayang dll. Kaedah ini sedikit berbeza daripada mashalih al-mursalah kerana ia mempertimbangkan dasar kemaslahatan itu dengan disertai dalil al-Quran dan As-Sunnah yang umum. Contohnya Saidina Umar r.a.tidak menghukum pencuri kerana kebuluran semasa kemarau panjang dengan hukuman hadud kerana atas dasar keadilan dan kasih sayang dan dalil daripada al-Hadith bahawa Islam tidak menyusahkan umatnya.
  • 90.
    kesimpulan 1) pelaku ijtihadadalah seorang ahli fiqih/yang arif tentang hukum Islam. 2) Apa yang ingin dicapai oleh ijtihad ialah hukum syarie yang berhubungan dengan tingkahlaku dan perbuatan orang2 dewasa bukannya hukum I’tiqadi atau hukum khuluqi. 3) Status hukum syarie yang dihasilkan oleh ijtihad adalah dhanni dan bukannya absolute. 4) Ijtihad hanya digunakan untuk menentukan sesuatu hukum yang tidak ditentukan secara nyata di dalam al-Quran dan as- Sunnah. Wahbah Az-Zuhaily Yusuf al-Qaradhawi
  • 91.
  • 92.
    Definisi bahasa – perkataanjihad berasal daripada kalimah arab ‘jahada’ yang bermaksud ”keberatan dan kesusahan” istilah – jihad bermaksud “mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat atau cita2 mulia dalam bentuk kata2 atau perbuatan. Ia mencakupi usaha bersungguh2 untuk mencapai satu2 tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara”. Kesimpulannya jihad meliputi pelbagai aspek iaitu melibatkan perlawanan dan peperangan secara fizikal dan juga perlawanan secara mental dan spiritual.
  • 93.
    JIHAD MENURUT AL-QURANDAN AS-SUNNAH • Surah an-Nisaa’ ayat 95 bermaksud “ tidaklah sama keadaan orang2 yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang2 yang beriman selain daripada orang2 yang ada keuzuran dengan orang2 yang berjihad di jalan Allah(untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang2 yang duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengan kelebihan satu darjat” • Ayat ini mengerahkan tenaga dan usaha untuk berperang pada jalan Allah sama ada secara langsung (bertempur di medan perang) ataupun dengan harta, akal fikiran, membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dsbg.
  • 94.
    Surah At-Taubah ayat41 bermaksud “Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah(untuk membela Islam). Yang demikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” – ini menjelaskan bahawa berjihad pada jalan Allah pada kebiasaannya ialah dengan harta dan nyawa. Kenapa Allah sentiasa mendahulukan frasa ‘jihad dengan harta’ – bertujuan memberi semangat dan mendorong mereka berjihad kerana jihad dengan harta adalah lebih mudah dilakukan berbanding jihad dengan nyawa.
  • 95.
    • Surah Al-Baqarahayat 190 yang bermaksud “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan jangan kamu menceroboh(dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang mmenceroboh”. • Ayat ini menjelaskan bahawa agama Islam menganjurkan jihad untuk mempertahankan agama sekiranya kedudukan Islam terancam walau bagaimanapun Islam juga melarang umatnya daripada memulakan pencerobohan dan menitikberatkan keamanan.
  • 96.
    • Surah al-Saff61:10-13; firman Allah yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya Dan berjihad di Jalan Allah dengan harta benda Dan diri kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah Akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman.
  • 97.
    • Hadith diriwayatkanoleh Abu Hurairah bermaksud “Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah! Beritahulah aku amalan apakah yang setanding dengan jihad? Rasulullah menjawab: Aku tidak memperolehnya. Lelaki tersebut berkata: Beritahu dan terangkanlah kepadaku.Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:Apabila mujahid berangkat untuk berjihad, sanggupkah kamu masuk ke masjid, lalu berdiri sembahyang dan tidak berhenti, adakah kamu terdaya untuk berpuasa terus menerus tanpa berbuka walau sehari?Baginda bersabda lagi: Siapakah yang sanggup melakukan sedemikian?” • Hadith sahih di mana Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Wahai Rasulullah!ada orang berperang dengan gagah berani, ada yang berperang dengan penuh semangat, dan ada pula yang berperang agar dikenal kedudukannya maka siapakah yang disebut berperang di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab sesiapa yang berperang untuk menegakkan Kalimatullah, maka dialah yang berperang di jalan Allah”
  • 98.
    Pandangan Ulama’ Pendapat daripadaulama’ fiqh kontemporari, Wahbah al-Zuhaili terdapat beberapa cara manifestasi jihad yang boleh dilakukan iaitu jihad dengan jiwa dan raga, harta dan juga kata2 bagi tujuan mempertahankan diri daripada musuh. Jihad boleh diertikan dengan jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad dalam menuntut ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, gejala sosial dan sebagainya. Waktu yang aman dan sejahtera di negara kita sekarang memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kejahilan, penyakit serta masalah sosial.
  • 99.
    PENSYARI’ATAN JIHAD UNTUK BERPERANGDALAM ISLAM 1. Pada peringkat awal dakwah Rasulullah di era Makkah, jihad memerangi musuh belum disyari’atkan oleh Islam. Walaupun turun beberapa ayat di era tersebut tentang jihad seperti di dalam surah al-’Ankabut ayat 6,8 & 69 serta surah Luqman ayat 15, namun jihad dalam konteks tersebut lebih kepada makna jihad ma’nawi bukannya jihad melibatkan pertempuran dan peperangan. 2. Manakala semasa proses hijrah ke Madinah, kaum muslimin mendapat keizinan untuk berjihad dan berperang daripada Allah Taala. Namun pada tahap ini, Allah Taala membenarkan orang2 Islam berperang tetapi bukan mewajibkannya. 3. Selepas hijrah ke Madinah, kaum muslimin diwajibkan berjihad memerangi mereka yang memusuhi dan memerangi Islam dan kaum muslimin. Terdapat hampir 26 istilah jihad yang disebut dalam surah2 madaniyyah. Kebanyakannya dengan jelas membawa maksud berperang pada jalan Allah atau kerana Allah.
  • 100.
    Kajian tentang kronologipensyari’atan jihad mendapati bahawa tuntutan dan hukum jihad diturunkan secara beransur2, berperingkat dan mengikut kesesuaian masa, kepelbagaian dan keperluan situasi serta persediaan mental dan fizikal kaum muslimin. Ini membuktikan keistimewaan Islam sebagai agama fitrah manusia yang tidak membebankan serta relevan dengan keadaan semasa. Secara perbandingan, keadaan kaum muslimin di Makkah sebelum hijrah agak lemah, memandangkan pengikut nabi Muhammad s.a.w. masih sedikit dan mereka merupakan golongan minoriti yang sering ditindas. Oleh itu, Allah Taala Yang Maha Mengetahui ketidakupayaan mereka untuk bertempur tidak mensyari’atkan kaum muslimin di Makkah utk berjihad. Sebaliknya setelah wujud kerajaan dan semasa pemerintahan Islam kukuh di bawah pimpinan Rasulullah di Madinah, jihad telah disyari’atkan. Pada masa itu, Rasulullah telah mempersiapkan barisan pejuang Islam yang beriman & sanggup berkorban segala2nya demi Islam.
  • 101.
    TUJUAN & KEPENTINGANJIHAD 1) Mempertahankan Islam dan ajarannya – iaitu membanteras sebarang pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran Islam atau menghancurkan akidah muslimin. 2) Membela diri dan nasib kaum muslimin daripada kezaliman dan penganiayaan pihak musuh – termasuklah jihad untuk mengusir para penceroboh & penjajah yang merampas negara atau kawasan kaum muslimin. Penindasan juga termasuk pencabulan hak2 asasi manusia yang beragama Islam. 3) Meluaskan syiar Islam – sekiranya dakwah secara aman tidak dapat dijalankan maka caranya ialah dengan berjihad/berperang. Namun dalam Islam tidak dibenarkan menggunakan kekerasan dan paksaan dalam berdakwah. 4) Membangunkan ummah dan menjadi yang terbaik dalam segala aspek iaitu akhlak, ekonomi, sosial, politik dan pendidikan.
  • 102.
    • َّ‫م‬ُ‫ث‬: َ‫يل‬ِ‫ق‬.ِ‫ه‬ِ‫ل‬ ُ‫س‬َ‫ر‬َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫اا‬ِ‫ب‬ ٌ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ا‬ :‫قال‬ ‫؟‬ ُ‫ل‬ َ‫ض‬ْ‫ف‬َ‫ا‬ ِ‫ال‬َ‫م‬ْ‫ع‬ َ‫ال‬ْ‫ا‬ ُّ‫ي‬َ‫ا‬ :‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ‫اهلل‬ ‫ول‬ َ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ل‬ِ‫ئ‬ ُ‫س‬ ٌ‫ور‬ُ‫ر‬ْ‫ب‬َ‫م‬ ُّ‫ج‬َ‫ح‬ :‫قيل‬ .‫اهلل‬ ِ‫ل‬‫ي‬ِ‫ب‬ َ‫س‬ ‫في‬ ُ‫د‬‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ج‬‫ال‬ :‫قال‬ ‫ا؟‬َ‫ذ‬‫ا‬َ‫م‬ • Maksudnya; Rasulullah SAW pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: Iman kepada Allah dan RasulNya. Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Jihad fi sabilillah. Baginda ditanya lagi: kemudian apa lagi? Baginda menjawab :haji mabrur. (Riwayat al-Bukhari no 26 Dan Muslim no 83) • Muslim meriwayatkan daripada Salman r.a., beliau berkata Bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: berperang fi sabilillah sehari semalam nilainya lebih baik daripada berpuasa di tambah dengan qiamullail selama sebulan. Jika seseorang gugur fisabilillah, maka pahala semua amalan soleh yang dikerjakannya akan mengalir terus; rezekinya juga akan mengalir terus; dan dia akan diamankan daripada seksaan kubur (Riwayat Muslim no 1913) KELEBIHAN JIHAD
  • 103.
    • Al-Bukhari meriwayatkandaripada Abu Hurarirah r.a.,bahawa Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: sesungguhnya di syurga itu ada 100 darjat yang Allah sediakan untuk para mujtahid fisabilillah, yang di antara satu darjat ke satu darjat yang lainnya bagaikan antara langit dan bumi. (Riwayat al-Bukhari no 2637). • Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al- Juhani r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa memberi bekalan kepada orang yang berperang fi sabilillah, beerti dia juga telah berperang. Sesiapa yang melayaninya dengan baik keluarga orang yang berperang fi sabilillah, beerti dia juga telah berperang ( Riwayat al-Bukhari no 2843 dan Muslim no 135). KELEBIHAN JIHAD
  • 104.
    KESIMPULAN • Terdapat 4jenis keadaan jihad sepertimana dibuat oleh para ulama’:- 1. Jihad maknawi - jihad melalui tutur kata dan perbuatan, jihad melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, jihad menuntut ilmu, membanteras kemiskinan dan gejala sosial dan sebagainya. 2. Ketika bertemu dan bertembung dengan tentera musuh di medan perang – pejuang dalam keadaan ini mestilah bertahan dan diharamkan daripada lari dari medan perang. 3. Apabila orang2 kafir menyerang sesebuah negara Islam – dalam keadaan ini penduduk2 negeri tersebut mestilah bertahan untuk memerangi musuh dan menghalau mereka. 4. Apabila ketua negara mengisytiharkan kerahan tenaga bagi memerangi sesuatu kaum, mereka hendaklah turun ke medan perang bersama2 mereka.
  • 106.
  • 107.
    Rujukan • Ringkasan RiyadusSolihin.(2010). Imam Nawawi (penyusun), Syaikh Yusuf al-Nabhani (diringkas). Telaga Biru Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.