Khutbah Jumaat Rasulullah menjelang Ramadhan memberi motivasi kepada umat Islam untuk memanfaatkan bulan suci ini dengan melakukan ibadah seperti puasa, zakat, dan solat dengan penuh kesungguhan agar mendapat ampunan dosa dan keberkatan Allah. Rasulullah juga mengingatkan tentang pentingnya menjaga akhlak yang baik, menolong orang lain, dan menjauhi larangan Allah.
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
RamadhanKhutbah
1. Khutbah Jumaat Rasulullah Sempena Ramadhan
اَ ح لَْ ح مدُ هَ لِلَّ الحقَآئَل :
أَ ح شهَدُ أَ ح ن لاه إَلَهَ إَلاه اللهُ وَ ح حدَهُ لآ شَرَيحكَ لَهُ. وَأَ ح شهَدُ أَ ه ن مَُُ ه مدًا عَبحدُهُ وَرَسُحولُهُ. اللههُ ه م صَلَ وَسَل ح م وَبَارَك عَلَى
سَي دَنَا مَُُ ه مدٍ الحمَبح عُحوثَ رَح حَْةً ل لحعَالَمَحيَْ، وَعَلَى آلَهَ وَصَ ح حبَ هََِ أَ ح جَْعَحيَْ. أ همَّا ب حَعدُ، يََا عَبَا اللهَ إهَّ قُح وا اللهَ
حَ ه ق قَُا هَََّ وَلاَتََُحوَُّ ه ن إَلاه وَأَنح تُ ح م مَُّ ح سلَمُحونَ.
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan bersyukur
kepadanya kerana limpahan rahmatNya dengan mengurniakan kepada kita nikmat kemerdekaan
yang tiada taranya berbanding sebahagian negara umat Islam yang masih tunduk kepada kuasa
barat dan timur. Walaupun negara mereka merdeka pada zahirnya tetapi hakikatnya mereka belum
bebas dari cengkaman penjajah moden dari kalangan musuh Islam.
Justeru kita bersyukur kehadhrat Allah SWT kerana dapat menikmati kemerdekaan dan boleh
melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keharmonian. Mudah-mudahan
dengan di tambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT menjunjung segala suruhanNya dan
menjauhi segala laranganNya,
Hayatilah makna kemerdekaan yang sebenarnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Merdeka adalah membebaskan diri daripada belenggu nafsu, kamu belum merdeka selagi
nafsumu tidak tunduk kepada agama yang aku bawa. Allah Berfirman dalam surah al-Qashah :50
إَنَ حِ لم يستجيبوا لك اَعلم أنما يتبعون أهواءهم ومَّن أضل ممن ا بَّع هواه بغير هدى مَّن اله إن الله لا
يهدى القوم الظالميْ
Maka jika mereka tidak menjawab, ketahuilah bahawa sessunguhnya mereka hanyalah mengikuti
hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya
dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang zalim
2. Kita juga masih berada diawal bulan Ramadhan, bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan,
bulan yang menjanjikan keampunan dan pelepasan dari dosa kita. Di bulan Ramadhan ini kita di
wajibkan berpuasa, puasa sebagai institusi untuk melatih diri menjadi insan yang bertaqwa.
Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Baqarah 183.
يَا أَي هَُّا الهذَينَ آمََّنُوا كُتَبَ عَلَيحكُمُ ال صيَامُ كَمَا كُتَبَ عَلَى الهذَينَ مََّ ح ن ق بَحلَكُ ح م لَعَلهكُ ح م تَه قُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa
itu, ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Sidang Jumaat yang mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh ummat Islam, kerana di
bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik untuk meningkatkan keimanan dan amal
ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah yang penuh keberkatan, bulan maghfira h
bulan keampunan, sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya pelbagai ibadah serentak dilakukan,
iaitu ibadah solat, zakat dan puasa dan pahalanya pula di lipat gandakan.
Rasulullah saw apabila menjelang kedatangan ramadhan baginda berkhutbah memberi motovasi
kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan
persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan.
Dengarlah sebahagian isi khutbah baginda Rasulullah menjelang Ramadhan.
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah,
rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah
hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Saat demi
saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan
dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-ama lmu
diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah
membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak
mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
3. kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga
lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah
dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah
saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan
penuh kasih, Dia menjawab kepada hamba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut
hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika
mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan
memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat (diantaranya solat sunat Tarawih).
Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari
manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. (iaitu di hari kiamat nanti).
Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin
yang berpuasa di bulan Ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan
seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. (Sahabat- sahabat
bertanya, "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian". Rasulullah Menjawab
Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu
dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan
sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelinc ir.
4. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan keburukkannya
di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa
memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-
Nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan
menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa
memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa
dengan-Nya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini (seperti solat sunat tarawikh), Allah
akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan
timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu
ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak
akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada
Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka minta la h
agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasululla h!
Apa amal yang paling utama di bulan Ramadhan ini? "Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal
yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
Sidang Jumaat yang berbahagia, begitulah sebahagian isi khutbah Rasulullah menjelang
kedatangannya bulan suci ramadhan, penuh dengan pengajaran, sarat dengan nasihat,
mengobarkan semangat beramal ibadah serta motivasi supaya umatnya menggunakan peluang dan
kesempatan yang ada di bulan Ramadhan, mari kita rebut peluang dan kesempatan yang baik ini,
semoga kita di beri kekuatan Iman kesihatan badan untuk melakukannya. Amin.
اَذكروني أذكركم واشكروا لي ولا كَّفرون
5. "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku (pula) ingat(aku limpahkan rahmat dan
keampuanan) dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)".
بَارَكَ اللهُ حَ لي وَلَكُ ح م فَ القُحرآنَ العَظَيحمَ وَن فََعَ وَإَيهاكُ ح م بََِا يََحهَ مََّنَ الآيَاتَ وَال ذَح كرَ الَْكَيحمَ وََّ قََبهلَ مََّ وَمََّنحكُ ح م
لََّاوَََّهُ إَنههُ هُوَ ال ه سمَيحعُ العَلَيحمُ وَا ح ست غَحفَرُ اللهَ العَظَيحمَ حَ لي وَلَكُ ح م وَلَسَائَرَ الُ ح مسَلَ ح ميَْ وَالم
ح س
ُ
لَمَاتَ وَالم حؤمََّنَاتَ
حؤمََّنَحيَْ وَالم
ُ
ُ
اََ ح ست غَحفَرُحوهُ يََا حَوزَ الم التهائَبَحيَْ
ح ست غَحفَرَيحنَ وَيَا نَََاة ُ