SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
TEKNIKAL VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & NAME
EE-320-2:2012
SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
MAINTENANCE
TAHAP / LEVEL LEVEL 2
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / COMPETENCY
UNIT NO. AND TITLE
EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING
NO. DAN PERNYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT
1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS
AND REQUIREMENT.
2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING.
3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
DRAWING.
4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING.
5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 42
TAJUK / TITLE :
PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS LUKISAN BENTANGAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
berkaitan tentang lukisan pelan rumah menunjukkan rupa sebenar sesebuah bangunan
dan biliknya dari pandang atas. Ini membolehkan dan menentukan tempat alat tambah,
peralatan atau kelengkapan elektrik. Pelan rumah amat penting bagi perancangan
elektrik untuk menetapkan kelengkapan atau peralatan
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 2
Drp / of : 42
PENERANGAN / INFORMATION :
2.0 SET MELUKIS
2.0.1 Alatan Lukisan Pelan Bentangan
Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara
insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem reka
bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau
dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri keboleh hasilan
semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan
tertentu yang telah ditetapkan. Penerangan dibawah akan menrangkan berkenaan alatan yang
kebiasannya digunakan dalam menghasilkan lukisan bentangan yang baik :
i. Papan / Meja Lukisan
Rajah 1: Papan / Meja Lukisan
Papan Lukisan biasanya berukuran 60 cm x 80 cm, diperbuat dari papan jenis lembut ataupun
plastik. Meja lukisan pula biasanya bersaiz lebih besar dimana permukaan mejanya boleh
dilaras kecondongan dan ketinggiannya. Sesetengah meja lukisan mempunyai permukaan
yang bermagnet serta dilengkapi dengan sesikut-T dan set segitiga yang boleh digerakkan
dengan mudah. Permukaan papan / meja lukisan mestilah rata serta bucu sebelah kiri dan
kanannya rata dan bersudut 90° bagi menghasilkan lukisan yang tepat.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 3
Drp / of : 42
Langkah-langkah penjagaan:
 Permukaan papan/meja lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk/kotoran sebelum
dan selepas digunakan.
 Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan
menggunakan pisau di atas permukaan papan/meja lukisan .
 Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan
papan/meja lukisan.
 Pastikan bahagian bucu dan tepi papan/meja lukisan dalam keadaan rata, lurus dan
bersudut tepat (90°) antara satu sama lain.
ii. Sesiku-T (Tee Square)
Rajah 2 : Sesiku-T (Tee Square)
Diperbuat daripada kayu keras atau plastik tebal dan boleh didapati dengan pelbagai saiz. Ia
dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah. Ianya digunakan di
atas papan / meja lukisan dengan cara menggelungsurkan ke atas atau ke bawah dan pastikan
bahagian kepalanya setiasa rapat dengan tepi papan/meja lukisan untuk membina garis
mendatar yang lurus. Sesiku-T yang dilekatkan pada meja lukisan adalah mudah digunakan
atau digerakkan.
Langkah-langkah penjagaan:
 Jangan gunakan sesiku-T untuk menekan paku tekan atau memotong kertas dan
sebagainya dengan pisau.
 Sebaik-baiknya ianya disimpan dengan cara menggantungkannya dengan bahagian
kepalanya ke bawah.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 4
Drp / of : 42
iii. Sesiku Segitiga (Set Square)
Rajah 3 : Sesiku Segitiga (set square)
Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar dan terdiri daripada dua sesiku
yang berbentuk segitiga. Segitiga tersebut mempunyai sudut 30° dan 60° serta satu lagi
bersudut 90° dan 45°. Sesiku segitiga digunakan bersama-sama dengan sesiku-T untuk
melukis garisan tegak dan garisan condong dengan cara menggelungsurkan ke kanan dan ke
kiri di atas bilah sesiku T. Kombinasi sesiku segitiga boleh melukis garisan condong yang
bersudut 15° dan 75° selain dari sudut-sudut 30°, 60°, 90° dan 45°. Terdapat juga sesiku
segitiga yang bolehlaras bagi mendapatkan sudut-sudut yang dikehendaki.
Langkah-langkah penjagaan:
• Pastikan setiap tepi sesiku segitiga berkeadaan lurus.
• Jangan biarkan sesiku segitiga dalam keadaan melengkung.
iv. Pensil Lukisan
Rajah 4 : Pensil Lukisan
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 5
Drp / of : 42
Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil
Mekanikal dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Mata pensil biasanya
diklasifikasi berdasarkan kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana
dan lembut. Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk
menghasilkan garisan ringan seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan
yang memerlukan ketepatan. Gred Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B.
Digunakan untuk menghasilkan garisan ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran
penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. Gred Lembut adalah antara
2B hingga 7B. Digunakan untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil gred
ini membolehkan kertas menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat.
Langkah-langkah penjagaan.
• Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.
• Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.
• Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir.
• Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil
patah.
• Cara memegang pensil mekanikal
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 6
Drp / of : 42
Jadual 1 : Jenis pensel mengikut kegunaan pada lukisan
Jadual 1 : Jadual kumpulan pensil
v. Pemadam (Eraser)
Pemadam Pensil digunakan untuk memadam garisan dan tulisan yang dibentuk dengan
menggunakan pensil. Manakala pemadam Dakwat adalah lebih keras/kasart dimana garisan
yang dibentuk dengan dakwat dapat dipadamkan. Pemadam pensil adalah lebih lembut
berbanding dengan pemadam dakwat. Pemadam yang berkualiti akan dapat memadam garisan
tanpa meninggalkan sebarang kesan kasar dan kotoran kepada permukaan kertas.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 7
Drp / of : 42
a. Langkah-langkah penjagaan.
 Pilih pemadam yang sesuai agar tidak merosakkan permukaan kertas.
 Letakkan kertas keras di bawah permukaan yang hendak dipadam bagi menghilangkan
kesan lurah pensil dan juga serabut.
 Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas
lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.
 Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh
tekanan pemadam tadi.
vi. Perisai Pemadam (Erasing Shield)
Diperbuat daripada logam nipis atau plastik. Mempunyai berbagai-bagai bentuk lubang
yang bertujuan sebagai panduan memadam sesuatu garisan tanpa menganggu atau
terpadam garisan lain yang berhampiran. Cara menggunakan alat ini iaitu letakkan
perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam
dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan
getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang
tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.
a. Langkah-langkah penjagaan.
 Jangan dilipatkan perisai pemadam kerana ianya akan menjadi tak rata dan mungkin
akan patah.
vii. Plat Pencontoh (Template)
Sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk
serta mempercepatkan masa melukis. Contohnya, pelukis akan lebih cepat menggunakan plat
pencontoh bulat untuk melukis buatan berbanding menggunakan alat jangka lukis (compass).
Plat pencontoh terdapat dalam berbagai-bagai bentuk seperti bulatan, elips, segiempat, segitiga
dan bentuk-bentuk simbol tertentu mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan
elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 8
Drp / of : 42
viii. Set Jangka Lukis
Rajah 5 : Set Jangka Lukis
Set Jangka Lukis biasanya mengandungi dua alatan iaitu Jangka Lukis (compass) dan
Jangka Pembahagi (divider). Jangka Lukis digunakan untuk melukis bulatan. Satu
kakinya mempunyai jarum yang digunakan sebagai penanda pusat bulatan manakala
satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk melukis garis bulatan.
Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama jarak
atau memindahkan jarak atau ukuran. Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung
kakinya yang berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan.
a. Langkah-langkah penjagaan.
 Hujung mata jarum perlu dijaga agar ianya sentiasa lurus dan tajam.
 Hujung mata pensil perlulah diletakkan dengan cara yang betul dan sentiasa tajam.
 Gunakan kertas pasir untuk menajamkan mata pensil dengan cara yang betul (60°
kecondongan).
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 9
Drp / of : 42
ix. Lengkung Perancis (French Curve) dan Lengkung Boleh Lentur (Flexible Curve)
Rajah 6 : Lengkung Perancis dan Lengkung Boleh Lentur
Digunakan untuk melukis lengkung-lengkung yang tidak sekata seperti lengkuk elips dan
bentuk lengkung-lengkung yang lain. Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan
boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sesetengah lengkong boleh dilukis secara tepat
dengan menggunakan Lengkung Boleh Lentur (flexible curve).
a. Cara Penggunaan Alatan:
 Menentukan terlebih dahulu titik-titik lengkuk yang hendak dibentuk.
 Setelah titik-titik ditentukan, gunakan alat ini dan pilih bahagian lengkung yang sesuai
dengan titik-titik tersebut.
 Tidak semestinya memilih bahagian lengkung yang bersesuaian dengan keseluruhan
titik, tetapi lengkuk bolehdibentuk sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian lengkung
Perancis.
x. Kertas Lukisan
Terdapat pelbagai saiz piawai kertas lukisan yang digunakan dalam lukisan
kejuruteraan. Saiz-saiz kertas tersebut. Tracing paper juga selalu digunakan kerana
ianya lebih licin dimana sesuai jika menggunakan Technical Pen. Kertas ini juga adalah
lutsinar yang akan memudahkan kerja-kerja menekap. Oleh kerana permukaan kertas
ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan razor
blade.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 10
Drp / of : 42
xi. Pita Perekat (Drafting tape atau Masking Tape)
Pita perekat digunakan untuk melekapkan bahagian penjuru kertas lukisan pada papan
lukisan. Terdapat pelbagai jenis pita perekat seperti pita selofan (cellophane tape),
masking tape, pita kertas dan double sided tape. Perekat berbentuk kepingan nipis besi
juga digunakan untuk melenkapkan kertas di atas papan lukisan yang telah mempunyai
permukaan magnet atau kemudahan clip bermagnet.
2.1 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER
Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Design’ CAD).
Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan
lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang
diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.Sistem ini
mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia
menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada
pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama
kepada jurutera dan pereka bentuk.
Kelengkapan Dalam Sistem CAD
Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua iaitu:
1. Secara manual
2. Secara CAD
Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti
pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan.
1. Peranti masukan :
• Papan kekunci
• Tetikus
• Pengimbas
2. Peranti keluaran :
• Monitor
• Pencetak
• Pemplot
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 11
Drp / of : 42
3. Peranti storan :
• Cakera keras
• Disket
• CD
• ‘ Pen-drive’
2.2 PERKAKASAN KOMPUTER
1) Peranti Masukan
Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi
membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca
masukanarahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan
kekunci dantetikus.Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan
simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat
peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan
pergerakan.
2) Peranti Keluaran
Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian CAD boleh dicetak
denganmenggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak
pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot
digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis
pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip dan yang terkini teknologi pemplot
laser.
3) Peranti Paparan
Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka
bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat
seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan
kekunci.
4) Peranti Storan
Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras,
disket,cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 12
Drp / of : 42
2.3 TEKNIK PENGUKURAN SKALA
Lukisan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut keperluan. Bandingan antara saiz
sebenar projek dengan lukisan ditentukan oleh skala lukisan.Skala lukisan dinyatakan
dalam suatu nisbah, umpamanya 1 : 50. Ini bermaksud saiz sebenar sesuatu projek adalah
1 / 50 daripada saiz yang digambarkan oleh lukisan. Dengan menggunakan pembaris
berskala, saiz sebenar sesuatu projek/ binaan dapat ditentukan. Pelan boleh diperbesar
atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak sebaiknya dilukis bersesuaian
dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurtera mentafsirnya. Lukisan yang terperinci
boleh diperbesarkan mengikut saiz skala pelan dan dan boleh digunanan untuk memberi
arahan yang lebih tepat. Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara
dua titik dengan cara didarab mengikut skala lukisan tersebut.
1 2 3
cm
10 20 30
mm
Rajah 7: Pembaris skala 1:1
1 2 3
m
Rajah 8 :Pembaris skala 1:100
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 13
Drp / of : 42
Kaedah pengiraan skala: Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran
bongkah tersebut mestilah didarab dengan 2
30mm
40mm
40mm
skala 1:2
40mm 40mm 60mm
Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:2
Kaedah pengiraan skala : Lukisan tersebut berskala 1:100 bermaksud setiap ukuran
bongkah tersebut mestilah didarab dengan 100
30mm
40mm
40mm
skala 1:100
40mm 40mm 60mm
Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:100
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 14
Drp / of : 42
2.4 SIMBOL SUSUNATUR BANGUNAN
Simbol bertujuan untuk mewakili sesebuah komponen/peralatan elektrik.
Simbol-simbol ini dibuat standard untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
semasa proses mentafsir litar, susunatur pelan lantai. Simbol-simbol yang
digunakan didalam setiap gambarajah pendawaia, litar dan arkitek berbeza
antara satu sama lain. Sebilangan besar kekeliruan wujud diantara simbol
untuk gambarajah tersebut.
Gambarajah litar :Dilukis secara ringkas dan menggunakan simbol standard
untuk mewakili susunataur fizikal. Ia haruslah dilukis dari bekalan hingga
kepada beban dan kawalan
Gambarajah pendawaian : Menunjukkan pendawaian dan sambungan
sebenar dan ia memerlukan sebanyak mungkin maklumat didalamnya. Ia
mneggambarkan susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah dibaca
oleh pendawai
Gambarajah arkitek :Dalam lukisan arkitek simbol-simbol akan digunakan
untuk menunjukkan tempat semua peralatan elektrik dipasang dalam sesebuah
premis.
2.5 APLIKASI DALAM KONFIGURASI
Kaedah Melukis Lukisan Satu Fasa
Semasa membuat lukisan Pelan samada skematik atau bentangan, terdapat beberapa
amalan yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan
pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-
a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis
garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan
pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang
tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 15
Drp / of : 42
b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik
membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan
mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol
tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih
baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan
menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana
garisan-garisan nampak berserabut.
c) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang
dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan
mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk
membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan
begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan
kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang
kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik
bagi setiap pelukis pelan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 16
Drp / of : 42
2.6 SIMBOL ELEKTRIK, ARUS DAN PENGUKURAN BAGI LUKISAN ELEKTRIK
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 17
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 18
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 19
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 20
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 21
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 22
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 23
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 24
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 25
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 26
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 27
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 28
Drp / of : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 29
Drp / of : 42
2.7 ALAT TAMBAH AKSESORI ELEKTRIK
Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti pemegang
lampu, ros siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutuslitar, kotak agihan
pengguna,pemutus litar bocor ke bumi dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem
pendawaian. Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya dipadankan
dengan fungsi kegunaannya.Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk kepada
peraturan I.E.E dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan dan arus bagi
setiap alat kelengkapan.
Rajah 10 :Pelbagai aksesori pepasangan elektrik
Jadual 3: Aksesori Elektrik
Rajah 11:Pemegang lampu
pendaflour(lamp holder pendaflour)
Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru pemasangan
tekan masuk pemasangan bawah dan tekan masuk
pemasangan tepi.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 30
Drp / of : 42
Rajah 12: Starter
Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau disebut
suis pemula tiub pendaflour
- Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi
- Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’ tahan
hentakan
- Dipasang dengan kapasitor penindasan gangguan
isyarat radio
- Terdapat juga starter jenis denyut elektronik
Rajah 13: Pemegang Starter (Starter
Holder)
Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati
daripada jenis tekan masuk dan jenis skru.Kedua-
duanya mempunyai punca tamatan kabel jenis tekan
Rajah 14 : Lampu Pendaflour
‘Compact’(PLC lamp)
Lampu pendaflour jenis compact digunakan kerana ia
boleh menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang
sama dengan lampu biasa berkadaran tinggi
- Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 %
dibandingkan dengan lampu biasa
- Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali
ganda
- Disahkan dari ujian gangguan electromagnet
- Boleh diganti terus dengan lampu biasa
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 31
Drp / of : 42
Rajah 15 : Soket alir keluar
Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan
kuasa dari kotak agihan
Kegunaannya adalah mendapatkan punca bekalan
kuasa dengan menyambungkan kepada alat
kelengkapan elektrik mudah alih seperti televisyen,
seterika, peti sejuk, radio, komputer dan lain-lain
Rajah 16 : Palam/plug
Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan
elektrik dengan soket alir keluar melalui kord atau
kabel boleh lentur.
Rajah 17 :Kotak Fius Agihan
- Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga
elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir ataupun ke
kotak fius agihan sub.
- Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti suis
utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD) dan
fius
Rajah 17 :Suis 1 gan
Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh memutus,
membawa dan menyambungkan arus litar secara
manual dalam keadaan normal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada
masa ini yang berbeza dari segi bentuk,kawalan dan
sebagainya.Di antaranya adalah seperti berikut
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 32
Drp / of : 42
Rajah 18 : Suis 2 gang i) Suis Sehala
ii) Suis Dua hala
iii) Suis Perantaraan
Rajah 19 : Suis 3 gang
Rajah 20 : Photo cell
Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia
digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak
secara automatik apabila mengesan cahaya
Rajah 21 : Pepotong Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah. Ia
jugabertindak sebagai penyambung dan pemutus
bekalan dari pihak pembekal.
Rajah 21 : Perangkai Neutral
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 33
Drp / of : 42
Rajah 22 : Meter Kilowatt Jam
Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah
tenaga yang digunakan oleh pengguna.
Rajah 23: Timer delay relay
Berfungsi sebagai alat menyukat masa
Rajah 24 :Pemegang lampu
Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat
pelbagai jenis pemengang lampu untuk lampu yang
berlainan seperti:
 Pemengang lampu jenis pangkal kilas
 Pemengang lampu jenis skru Edison
 Pemengang lampu jenis pin
Rajah 25 :PVC Base
Sebagai kotak untuk menempatkan suis dan soket.
Terdapat dalam pelbagai saiz dab jenis:
 Jenis permukaan
 Jenis terbenam
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 34
Drp / of : 42
2.8 PROSEDUR UNTUK MELUKIS LUKISAN BENTANGAN
2.8.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)
Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan.
Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik
yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan.
Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan
menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur
ini ialah 1:100.
Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang
dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.
Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan
agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan
adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan
tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan
sebagainya.
Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan
industri.
a. Pelan Bentangan Domestik
Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat
kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur
simbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda (simbol) disediakan bersama-sama
pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.
Rajah 1 menunjukkan contoh pelan domestik berserta lagenda.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 35
Drp / of : 42
Rajah 26 : Contoh Pelan Bentangan Domestik
b. Pelan bentangan industri
Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang
besar seperti makmal, kilang dan permis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan
perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar.
Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan
kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas
berat.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 36
Drp / of : 42
2.9 FORMAT LUKISAN BENTANGAN
Mengenali lukisan atau mengetahui kedudukan sebenar blok-blok rumah serta untuk
mencapai tahap lukisan yang baik, mestilah memenuhi syarat-syarat yang ada pada lukisan
arkitek. Penerangan ini menekankan amalan lukisan elektrik, maka itu tidaklah secara
terperinci. Walaubagaimanapun panduan asas perlu diketahui yang mana perkara berikut
perlu di ambil perhatian.
i) Daun pintu dan pintu hendaklah dilukis dengan jelas arah ia ditutup dan dibuka.
ii) Setiap bilik atau ruang hendaklah dilabelkan dengan jelas.
iii) Tempat basuhan (sink), kolah, air pancut dan yang terlibat penggunaan air atau gas
hendaklah ditunjukkan supaya alat tambah tidak dipasang pada tempat itu.
iv) Setiap tingkap dan pintu hendaklah dilukis, jika perlu.
v) Ukuran dimensinya juga perlu dilukis.
vi) Gunakan simbol arketik yang betul untuk mewakili sesuatu bahagian, misalnya simbol
menunjukkan tangga dan sebagainya
Untuk melukis semula pelan rumah yang telah diberi, ini boleh dilakukan dengan
pemindahan ukuran. Biasanya lukisan pelan rumah yang sedia ada akan diperbesarkan dua
atau tiga kali ganda lukisan asal seperti di bawah
Rajah 27: Lukisan pelan rumah diperbesarkan
RUMAH
“A”
RUMAH “A”
DIPERBESAR 2
KALI GANDA
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 37
Drp / of : 42
Rajah 28: Contoh lukisan bentangan
2.9.1 LUKISAN BENTANGAN
(a) Pengenalan
Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan ini. Ia menunjukkan
kesemua kelengkapan, alatan atau alatambah yang hendak dipasang. Kesemua alatambah
atau kelengkapan yang hendak dipasang akan ditunjukkan secara bersimbol.
(b) Gaya lukisan
Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahkan. Diantaranya
ialah secara garisan lurus selanjar, garisan putus-putus, garisan lurus yang condong dan
garisan beriak.
Anjung
Bilik-1
Bilik-2
Dapur
Ruang tamu
Anjung
RAJAH 1.2 Bentuk Lukisan Pelan Rumah
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 38
Drp / of : 42
b) Pemilihan penempatan alatambah
Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak.
Ia menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan alatambah atau
kelengkapan yang dikehendaki.
Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil
perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.
(i) Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di
tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang
dicadangkan.
 Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia
mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.
 Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.
 Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
 Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan
bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan.
(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar
dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-contoh
penempatan lampu yang sesuai.
 Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter
persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua-
dua bilik.
 Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan
terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.
 Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu-
lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.
iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di
tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang
(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding
pintu masuk rumah.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 39
Drp / of : 42
(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada
300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.
c) Menulis nombor litar kecil akhir
Setelah kesemua kelengkapan, alat dan alatambah siap dilukis, berikan nombor
bilangan litar akhirnya (L.A). Nombor ini bertujuan untuk memudahkan pembaca
dan pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah dikirakan
untuk ditetapkan nombor bilangan L.A.
Sebagai panduan di bawah ini telah disiapkan bilangan yang boleh ditampung
oleh sesuatu litar akhir.
Jadual 4: Beban yang ditanggung
Bil
Peranti perlindungan
Lebihan Arus
Beban yang ditanggung
1 6A 10 Bil. Lampu termasuk kipas siling
2 10A 2 bil. Soket alir keluar 5A
3 16A
1 soket alur keluar 15A atau 1 soket alur keluar
13 Amps
4 20A Soket alur keluar 13A
5 32A Soket alur keluar jenis litar gelang
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 40
Drp / of : 42
PELAN RUMAH KEDIAMAN
RUANG TAMU
BILIK 1
BILIK 2
BILIK 3
DAPUR
BILIK
MANDI TANDAS
TANDASRUANG MAKAN
A
C
A
C
BILIK UTAMA
MASUK
LAGENDA
KETERANGAN SIMBOL
Lampu pendarfluor
Lampu tungsten
glob
Kipas siling
Kipas ekzos
Unit kawalan
pemassak
Soket alur keluar
13 A
Lampu tungsten
dinding
A
C
Unit penghawa
dingin
Kotakfius agihan
Alat atur kipas
Suis 2 hala
Suis 1 hala
2
Rajah 29 : Pelan rumah kediaman
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 41
Drp / of : 42
Rajah: 30: Lukisan Bentangan Mengandungi Poin-poin beban
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5)
Muka Surat / Page : 42
Drp / of : 42
SOALAN:
1. Apakah definasi bagi gambarajah bentangan dalam elektrik ?
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Di manakah biasanya Suis dipasang pada suatu pemasangan pendawaian Elektrik ?
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Di manakah biasanya Papan agihan dan alat kawalan pengguna dipasang pada suatu
pemasangan pendawaian ?
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Senaraikan 4 gaya lukisan dalam melukis lukisan bentangan elektrik ?
A. _________________________________
B. _________________________________
C. _________________________________
D. _________________________________
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers.
6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif

More Related Content

What's hot (20)

UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMIUJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
 
Transformer
TransformerTransformer
Transformer
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintang
 
Ukur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan MultimeterUkur Menggunakan Multimeter
Ukur Menggunakan Multimeter
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Diode
DiodeDiode
Diode
 
Starter
Starter Starter
Starter
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
 
Lukisan Elektrik
Lukisan ElektrikLukisan Elektrik
Lukisan Elektrik
 
Langkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projekLangkah memasang komponen pada litar projek
Langkah memasang komponen pada litar projek
 
Pemutus litar
Pemutus litarPemutus litar
Pemutus litar
 
SISTEM PENDAWAIAN
SISTEM PENDAWAIANSISTEM PENDAWAIAN
SISTEM PENDAWAIAN
 
UJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBANUJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBAN
 
pengenalan sensor
pengenalan sensorpengenalan sensor
pengenalan sensor
 
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2 membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
membaca dan menterjemah litar skematik bab 2 ting 2
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
7. litar elektrik
7. litar elektrik7. litar elektrik
7. litar elektrik
 

Similar to Kertas penerangan 2 lukisan satu fasa

1.3. merawat alat gambar
1.3.  merawat alat gambar1.3.  merawat alat gambar
1.3. merawat alat gambarCatur Prasetyo
 
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benar
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benarKb2 Memilih Gambar Teknik dengan benar
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benaremodul-learning
 
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptx
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptxGambar Teknik Pertemuan 2-3.pptx
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptxTriHutagalung2
 
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptx
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptxALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptx
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptxanisa321586
 
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 21. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2Had'di Imam Imam
 
Menggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tanganMenggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tangannur cholis
 
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang BenarKb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benaremodul-learning
 
Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknikKhb Ert
 
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang BenarKb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benaremodul-learning
 
Contoh buku pelajaran Matematika tentang Geometri
Contoh buku pelajaran Matematika tentang GeometriContoh buku pelajaran Matematika tentang Geometri
Contoh buku pelajaran Matematika tentang GeometriFerry Yansyah
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanVerard Jose
 
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdf
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdfPERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdf
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdfMuhammadHasan117987
 

Similar to Kertas penerangan 2 lukisan satu fasa (20)

Rpp gambar1
Rpp gambar1Rpp gambar1
Rpp gambar1
 
Pengenalan dan penggunaan peralatan gatek
Pengenalan dan penggunaan peralatan gatekPengenalan dan penggunaan peralatan gatek
Pengenalan dan penggunaan peralatan gatek
 
Merawat alat gambar
Merawat alat gambarMerawat alat gambar
Merawat alat gambar
 
Menggambar teknik
Menggambar teknikMenggambar teknik
Menggambar teknik
 
1.3. merawat alat gambar
1.3.  merawat alat gambar1.3.  merawat alat gambar
1.3. merawat alat gambar
 
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benar
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benarKb2 Memilih Gambar Teknik dengan benar
Kb2 Memilih Gambar Teknik dengan benar
 
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptx
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptxGambar Teknik Pertemuan 2-3.pptx
Gambar Teknik Pertemuan 2-3.pptx
 
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptx
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptxALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptx
ALAT GAMBAR & KEGUNAAN.pptx
 
Nota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraanNota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraan
 
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 21. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2
1. rpp gambar teknik kelas x 2013 1 & 2
 
Menggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tanganMenggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tangan
 
Gambar mesin
Gambar mesinGambar mesin
Gambar mesin
 
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang BenarKb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2. Memilih Gambar Teknik yang Benar
 
Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
 
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang BenarKb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benar
Kb 2 Memilih Gambar Teknik yang Benar
 
Contoh buku pelajaran Matematika tentang Geometri
Contoh buku pelajaran Matematika tentang GeometriContoh buku pelajaran Matematika tentang Geometri
Contoh buku pelajaran Matematika tentang Geometri
 
GEOMETRI
GEOMETRIGEOMETRI
GEOMETRI
 
Geometri
GeometriGeometri
Geometri
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdf
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdfPERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdf
PERALATAN DAN KELENGKAPAN GAMBAR TEKNIK PDF.pdf
 

Recently uploaded

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 

Recently uploaded (20)

BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 

Kertas penerangan 2 lukisan satu fasa

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 2 KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE TAHAP / LEVEL LEVEL 2 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS AND REQUIREMENT. 2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING. 3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM DRAWING. 4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING. 5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 1 Drp / of : 42 TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS LUKISAN BENTANGAN TUJUAN / PURPOSE: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan tentang lukisan pelan rumah menunjukkan rupa sebenar sesebuah bangunan dan biliknya dari pandang atas. Ini membolehkan dan menentukan tempat alat tambah, peralatan atau kelengkapan elektrik. Pelan rumah amat penting bagi perancangan elektrik untuk menetapkan kelengkapan atau peralatan
  • 2. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / of : 42 PENERANGAN / INFORMATION : 2.0 SET MELUKIS 2.0.1 Alatan Lukisan Pelan Bentangan Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara insani (Manual). Dewasa ini tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem reka bentuk Terbantu Komputer. Namun sama ada sesuatu lukisan itu dilukis secara insani atau dengan bantuan komputer, lukisan berkenaan hendaklah mempunyai ciri keboleh hasilan semula yang baik, serta mematuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan tertentu yang telah ditetapkan. Penerangan dibawah akan menrangkan berkenaan alatan yang kebiasannya digunakan dalam menghasilkan lukisan bentangan yang baik : i. Papan / Meja Lukisan Rajah 1: Papan / Meja Lukisan Papan Lukisan biasanya berukuran 60 cm x 80 cm, diperbuat dari papan jenis lembut ataupun plastik. Meja lukisan pula biasanya bersaiz lebih besar dimana permukaan mejanya boleh dilaras kecondongan dan ketinggiannya. Sesetengah meja lukisan mempunyai permukaan yang bermagnet serta dilengkapi dengan sesikut-T dan set segitiga yang boleh digerakkan dengan mudah. Permukaan papan / meja lukisan mestilah rata serta bucu sebelah kiri dan kanannya rata dan bersudut 90° bagi menghasilkan lukisan yang tepat.
  • 3. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / of : 42 Langkah-langkah penjagaan:  Permukaan papan/meja lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk/kotoran sebelum dan selepas digunakan.  Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas permukaan papan/meja lukisan .  Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan papan/meja lukisan.  Pastikan bahagian bucu dan tepi papan/meja lukisan dalam keadaan rata, lurus dan bersudut tepat (90°) antara satu sama lain. ii. Sesiku-T (Tee Square) Rajah 2 : Sesiku-T (Tee Square) Diperbuat daripada kayu keras atau plastik tebal dan boleh didapati dengan pelbagai saiz. Ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah. Ianya digunakan di atas papan / meja lukisan dengan cara menggelungsurkan ke atas atau ke bawah dan pastikan bahagian kepalanya setiasa rapat dengan tepi papan/meja lukisan untuk membina garis mendatar yang lurus. Sesiku-T yang dilekatkan pada meja lukisan adalah mudah digunakan atau digerakkan. Langkah-langkah penjagaan:  Jangan gunakan sesiku-T untuk menekan paku tekan atau memotong kertas dan sebagainya dengan pisau.  Sebaik-baiknya ianya disimpan dengan cara menggantungkannya dengan bahagian kepalanya ke bawah.
  • 4. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / of : 42 iii. Sesiku Segitiga (Set Square) Rajah 3 : Sesiku Segitiga (set square) Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar dan terdiri daripada dua sesiku yang berbentuk segitiga. Segitiga tersebut mempunyai sudut 30° dan 60° serta satu lagi bersudut 90° dan 45°. Sesiku segitiga digunakan bersama-sama dengan sesiku-T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong dengan cara menggelungsurkan ke kanan dan ke kiri di atas bilah sesiku T. Kombinasi sesiku segitiga boleh melukis garisan condong yang bersudut 15° dan 75° selain dari sudut-sudut 30°, 60°, 90° dan 45°. Terdapat juga sesiku segitiga yang bolehlaras bagi mendapatkan sudut-sudut yang dikehendaki. Langkah-langkah penjagaan: • Pastikan setiap tepi sesiku segitiga berkeadaan lurus. • Jangan biarkan sesiku segitiga dalam keadaan melengkung. iv. Pensil Lukisan Rajah 4 : Pensil Lukisan
  • 5. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / of : 42 Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil Mekanikal dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Mata pensil biasanya diklasifikasi berdasarkan kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana dan lembut. Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk menghasilkan garisan ringan seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan. Gred Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B. Digunakan untuk menghasilkan garisan ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah. Gred Lembut adalah antara 2B hingga 7B. Digunakan untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil gred ini membolehkan kertas menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat. Langkah-langkah penjagaan. • Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat. • Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata. • Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir. • Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil patah. • Cara memegang pensil mekanikal
  • 6. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / of : 42 Jadual 1 : Jenis pensel mengikut kegunaan pada lukisan Jadual 1 : Jadual kumpulan pensil v. Pemadam (Eraser) Pemadam Pensil digunakan untuk memadam garisan dan tulisan yang dibentuk dengan menggunakan pensil. Manakala pemadam Dakwat adalah lebih keras/kasart dimana garisan yang dibentuk dengan dakwat dapat dipadamkan. Pemadam pensil adalah lebih lembut berbanding dengan pemadam dakwat. Pemadam yang berkualiti akan dapat memadam garisan tanpa meninggalkan sebarang kesan kasar dan kotoran kepada permukaan kertas.
  • 7. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / of : 42 a. Langkah-langkah penjagaan.  Pilih pemadam yang sesuai agar tidak merosakkan permukaan kertas.  Letakkan kertas keras di bawah permukaan yang hendak dipadam bagi menghilangkan kesan lurah pensil dan juga serabut.  Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.  Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh tekanan pemadam tadi. vi. Perisai Pemadam (Erasing Shield) Diperbuat daripada logam nipis atau plastik. Mempunyai berbagai-bagai bentuk lubang yang bertujuan sebagai panduan memadam sesuatu garisan tanpa menganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran. Cara menggunakan alat ini iaitu letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran. a. Langkah-langkah penjagaan.  Jangan dilipatkan perisai pemadam kerana ianya akan menjadi tak rata dan mungkin akan patah. vii. Plat Pencontoh (Template) Sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk serta mempercepatkan masa melukis. Contohnya, pelukis akan lebih cepat menggunakan plat pencontoh bulat untuk melukis buatan berbanding menggunakan alat jangka lukis (compass). Plat pencontoh terdapat dalam berbagai-bagai bentuk seperti bulatan, elips, segiempat, segitiga dan bentuk-bentuk simbol tertentu mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.
  • 8. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / of : 42 viii. Set Jangka Lukis Rajah 5 : Set Jangka Lukis Set Jangka Lukis biasanya mengandungi dua alatan iaitu Jangka Lukis (compass) dan Jangka Pembahagi (divider). Jangka Lukis digunakan untuk melukis bulatan. Satu kakinya mempunyai jarum yang digunakan sebagai penanda pusat bulatan manakala satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk melukis garis bulatan. Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama jarak atau memindahkan jarak atau ukuran. Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung kakinya yang berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan. a. Langkah-langkah penjagaan.  Hujung mata jarum perlu dijaga agar ianya sentiasa lurus dan tajam.  Hujung mata pensil perlulah diletakkan dengan cara yang betul dan sentiasa tajam.  Gunakan kertas pasir untuk menajamkan mata pensil dengan cara yang betul (60° kecondongan).
  • 9. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / of : 42 ix. Lengkung Perancis (French Curve) dan Lengkung Boleh Lentur (Flexible Curve) Rajah 6 : Lengkung Perancis dan Lengkung Boleh Lentur Digunakan untuk melukis lengkung-lengkung yang tidak sekata seperti lengkuk elips dan bentuk lengkung-lengkung yang lain. Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sesetengah lengkong boleh dilukis secara tepat dengan menggunakan Lengkung Boleh Lentur (flexible curve). a. Cara Penggunaan Alatan:  Menentukan terlebih dahulu titik-titik lengkuk yang hendak dibentuk.  Setelah titik-titik ditentukan, gunakan alat ini dan pilih bahagian lengkung yang sesuai dengan titik-titik tersebut.  Tidak semestinya memilih bahagian lengkung yang bersesuaian dengan keseluruhan titik, tetapi lengkuk bolehdibentuk sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian lengkung Perancis. x. Kertas Lukisan Terdapat pelbagai saiz piawai kertas lukisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Saiz-saiz kertas tersebut. Tracing paper juga selalu digunakan kerana ianya lebih licin dimana sesuai jika menggunakan Technical Pen. Kertas ini juga adalah lutsinar yang akan memudahkan kerja-kerja menekap. Oleh kerana permukaan kertas ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan razor blade.
  • 10. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / of : 42 xi. Pita Perekat (Drafting tape atau Masking Tape) Pita perekat digunakan untuk melekapkan bahagian penjuru kertas lukisan pada papan lukisan. Terdapat pelbagai jenis pita perekat seperti pita selofan (cellophane tape), masking tape, pita kertas dan double sided tape. Perekat berbentuk kepingan nipis besi juga digunakan untuk melenkapkan kertas di atas papan lukisan yang telah mempunyai permukaan magnet atau kemudahan clip bermagnet. 2.1 LUKISAN TERBANTU KOMPUTER Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Design’ CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk. Kelengkapan Dalam Sistem CAD Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua iaitu: 1. Secara manual 2. Secara CAD Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan. 1. Peranti masukan : • Papan kekunci • Tetikus • Pengimbas 2. Peranti keluaran : • Monitor • Pencetak • Pemplot
  • 11. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / of : 42 3. Peranti storan : • Cakera keras • Disket • CD • ‘ Pen-drive’ 2.2 PERKAKASAN KOMPUTER 1) Peranti Masukan Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukanarahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dantetikus.Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan pergerakan. 2) Peranti Keluaran Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian CAD boleh dicetak denganmenggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip dan yang terkini teknologi pemplot laser. 3) Peranti Paparan Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan kekunci. 4) Peranti Storan Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket,cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya
  • 12. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / of : 42 2.3 TEKNIK PENGUKURAN SKALA Lukisan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut keperluan. Bandingan antara saiz sebenar projek dengan lukisan ditentukan oleh skala lukisan.Skala lukisan dinyatakan dalam suatu nisbah, umpamanya 1 : 50. Ini bermaksud saiz sebenar sesuatu projek adalah 1 / 50 daripada saiz yang digambarkan oleh lukisan. Dengan menggunakan pembaris berskala, saiz sebenar sesuatu projek/ binaan dapat ditentukan. Pelan boleh diperbesar atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak sebaiknya dilukis bersesuaian dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurtera mentafsirnya. Lukisan yang terperinci boleh diperbesarkan mengikut saiz skala pelan dan dan boleh digunanan untuk memberi arahan yang lebih tepat. Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara dua titik dengan cara didarab mengikut skala lukisan tersebut. 1 2 3 cm 10 20 30 mm Rajah 7: Pembaris skala 1:1 1 2 3 m Rajah 8 :Pembaris skala 1:100
  • 13. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / of : 42 Kaedah pengiraan skala: Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut mestilah didarab dengan 2 30mm 40mm 40mm skala 1:2 40mm 40mm 60mm Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:2 Kaedah pengiraan skala : Lukisan tersebut berskala 1:100 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut mestilah didarab dengan 100 30mm 40mm 40mm skala 1:100 40mm 40mm 60mm Rajah 9 : Contoh lukisan bagi skala 1:100
  • 14. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / of : 42 2.4 SIMBOL SUSUNATUR BANGUNAN Simbol bertujuan untuk mewakili sesebuah komponen/peralatan elektrik. Simbol-simbol ini dibuat standard untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa proses mentafsir litar, susunatur pelan lantai. Simbol-simbol yang digunakan didalam setiap gambarajah pendawaia, litar dan arkitek berbeza antara satu sama lain. Sebilangan besar kekeliruan wujud diantara simbol untuk gambarajah tersebut. Gambarajah litar :Dilukis secara ringkas dan menggunakan simbol standard untuk mewakili susunataur fizikal. Ia haruslah dilukis dari bekalan hingga kepada beban dan kawalan Gambarajah pendawaian : Menunjukkan pendawaian dan sambungan sebenar dan ia memerlukan sebanyak mungkin maklumat didalamnya. Ia mneggambarkan susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah dibaca oleh pendawai Gambarajah arkitek :Dalam lukisan arkitek simbol-simbol akan digunakan untuk menunjukkan tempat semua peralatan elektrik dipasang dalam sesebuah premis. 2.5 APLIKASI DALAM KONFIGURASI Kaedah Melukis Lukisan Satu Fasa Semasa membuat lukisan Pelan samada skematik atau bentangan, terdapat beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:- a) Ketepatan Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
  • 15. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / of : 42 b) Teknik melukis Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut. c) Kebersihan lukisan Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.
  • 16. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / of : 42 2.6 SIMBOL ELEKTRIK, ARUS DAN PENGUKURAN BAGI LUKISAN ELEKTRIK
  • 17. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / of : 42
  • 18. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / of : 42
  • 19. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 19 Drp / of : 42
  • 20. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 20 Drp / of : 42
  • 21. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 21 Drp / of : 42
  • 22. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 22 Drp / of : 42
  • 23. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 23 Drp / of : 42
  • 24. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 24 Drp / of : 42
  • 25. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 25 Drp / of : 42
  • 26. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 26 Drp / of : 42
  • 27. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 27 Drp / of : 42
  • 28. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 28 Drp / of : 42
  • 29. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 29 Drp / of : 42 2.7 ALAT TAMBAH AKSESORI ELEKTRIK Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti pemegang lampu, ros siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutuslitar, kotak agihan pengguna,pemutus litar bocor ke bumi dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem pendawaian. Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya dipadankan dengan fungsi kegunaannya.Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk kepada peraturan I.E.E dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan dan arus bagi setiap alat kelengkapan. Rajah 10 :Pelbagai aksesori pepasangan elektrik Jadual 3: Aksesori Elektrik Rajah 11:Pemegang lampu pendaflour(lamp holder pendaflour) Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru pemasangan tekan masuk pemasangan bawah dan tekan masuk pemasangan tepi.
  • 30. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 30 Drp / of : 42 Rajah 12: Starter Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau disebut suis pemula tiub pendaflour - Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi - Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’ tahan hentakan - Dipasang dengan kapasitor penindasan gangguan isyarat radio - Terdapat juga starter jenis denyut elektronik Rajah 13: Pemegang Starter (Starter Holder) Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati daripada jenis tekan masuk dan jenis skru.Kedua- duanya mempunyai punca tamatan kabel jenis tekan Rajah 14 : Lampu Pendaflour ‘Compact’(PLC lamp) Lampu pendaflour jenis compact digunakan kerana ia boleh menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang sama dengan lampu biasa berkadaran tinggi - Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 % dibandingkan dengan lampu biasa - Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali ganda - Disahkan dari ujian gangguan electromagnet - Boleh diganti terus dengan lampu biasa
  • 31. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 31 Drp / of : 42 Rajah 15 : Soket alir keluar Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan kuasa dari kotak agihan Kegunaannya adalah mendapatkan punca bekalan kuasa dengan menyambungkan kepada alat kelengkapan elektrik mudah alih seperti televisyen, seterika, peti sejuk, radio, komputer dan lain-lain Rajah 16 : Palam/plug Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan elektrik dengan soket alir keluar melalui kord atau kabel boleh lentur. Rajah 17 :Kotak Fius Agihan - Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir ataupun ke kotak fius agihan sub. - Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti suis utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD) dan fius Rajah 17 :Suis 1 gan Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh memutus, membawa dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan normal. Terdapat berbagai- bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini yang berbeza dari segi bentuk,kawalan dan sebagainya.Di antaranya adalah seperti berikut
  • 32. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 32 Drp / of : 42 Rajah 18 : Suis 2 gang i) Suis Sehala ii) Suis Dua hala iii) Suis Perantaraan Rajah 19 : Suis 3 gang Rajah 20 : Photo cell Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak secara automatik apabila mengesan cahaya Rajah 21 : Pepotong Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah. Ia jugabertindak sebagai penyambung dan pemutus bekalan dari pihak pembekal. Rajah 21 : Perangkai Neutral
  • 33. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 33 Drp / of : 42 Rajah 22 : Meter Kilowatt Jam Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna. Rajah 23: Timer delay relay Berfungsi sebagai alat menyukat masa Rajah 24 :Pemegang lampu Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat pelbagai jenis pemengang lampu untuk lampu yang berlainan seperti:  Pemengang lampu jenis pangkal kilas  Pemengang lampu jenis skru Edison  Pemengang lampu jenis pin Rajah 25 :PVC Base Sebagai kotak untuk menempatkan suis dan soket. Terdapat dalam pelbagai saiz dab jenis:  Jenis permukaan  Jenis terbenam
  • 34. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 34 Drp / of : 42 2.8 PROSEDUR UNTUK MELUKIS LUKISAN BENTANGAN 2.8.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram) Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100. Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan. Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan sebagainya. Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri. a. Pelan Bentangan Domestik Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur simbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda (simbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah. Rajah 1 menunjukkan contoh pelan domestik berserta lagenda.
  • 35. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 35 Drp / of : 42 Rajah 26 : Contoh Pelan Bentangan Domestik b. Pelan bentangan industri Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal, kilang dan permis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.
  • 36. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 36 Drp / of : 42 2.9 FORMAT LUKISAN BENTANGAN Mengenali lukisan atau mengetahui kedudukan sebenar blok-blok rumah serta untuk mencapai tahap lukisan yang baik, mestilah memenuhi syarat-syarat yang ada pada lukisan arkitek. Penerangan ini menekankan amalan lukisan elektrik, maka itu tidaklah secara terperinci. Walaubagaimanapun panduan asas perlu diketahui yang mana perkara berikut perlu di ambil perhatian. i) Daun pintu dan pintu hendaklah dilukis dengan jelas arah ia ditutup dan dibuka. ii) Setiap bilik atau ruang hendaklah dilabelkan dengan jelas. iii) Tempat basuhan (sink), kolah, air pancut dan yang terlibat penggunaan air atau gas hendaklah ditunjukkan supaya alat tambah tidak dipasang pada tempat itu. iv) Setiap tingkap dan pintu hendaklah dilukis, jika perlu. v) Ukuran dimensinya juga perlu dilukis. vi) Gunakan simbol arketik yang betul untuk mewakili sesuatu bahagian, misalnya simbol menunjukkan tangga dan sebagainya Untuk melukis semula pelan rumah yang telah diberi, ini boleh dilakukan dengan pemindahan ukuran. Biasanya lukisan pelan rumah yang sedia ada akan diperbesarkan dua atau tiga kali ganda lukisan asal seperti di bawah Rajah 27: Lukisan pelan rumah diperbesarkan RUMAH “A” RUMAH “A” DIPERBESAR 2 KALI GANDA
  • 37. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 37 Drp / of : 42 Rajah 28: Contoh lukisan bentangan 2.9.1 LUKISAN BENTANGAN (a) Pengenalan Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan ini. Ia menunjukkan kesemua kelengkapan, alatan atau alatambah yang hendak dipasang. Kesemua alatambah atau kelengkapan yang hendak dipasang akan ditunjukkan secara bersimbol. (b) Gaya lukisan Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahkan. Diantaranya ialah secara garisan lurus selanjar, garisan putus-putus, garisan lurus yang condong dan garisan beriak. Anjung Bilik-1 Bilik-2 Dapur Ruang tamu Anjung RAJAH 1.2 Bentuk Lukisan Pelan Rumah
  • 38. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 38 Drp / of : 42 b) Pemilihan penempatan alatambah Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak. Ia menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan alatambah atau kelengkapan yang dikehendaki. Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil perhatian sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik. (i) Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang dicadangkan.  Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.  Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan sebagainya.  Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.  Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan. (ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-contoh penempatan lampu yang sesuai.  Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua- dua bilik.  Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.  Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu- lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik. iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang (iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding pintu masuk rumah.
  • 39. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 39 Drp / of : 42 (v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada 300mm dari paras lantai kecuali jenis khas. c) Menulis nombor litar kecil akhir Setelah kesemua kelengkapan, alat dan alatambah siap dilukis, berikan nombor bilangan litar akhirnya (L.A). Nombor ini bertujuan untuk memudahkan pembaca dan pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah dikirakan untuk ditetapkan nombor bilangan L.A. Sebagai panduan di bawah ini telah disiapkan bilangan yang boleh ditampung oleh sesuatu litar akhir. Jadual 4: Beban yang ditanggung Bil Peranti perlindungan Lebihan Arus Beban yang ditanggung 1 6A 10 Bil. Lampu termasuk kipas siling 2 10A 2 bil. Soket alir keluar 5A 3 16A 1 soket alur keluar 15A atau 1 soket alur keluar 13 Amps 4 20A Soket alur keluar 13A 5 32A Soket alur keluar jenis litar gelang
  • 40. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 40 Drp / of : 42 PELAN RUMAH KEDIAMAN RUANG TAMU BILIK 1 BILIK 2 BILIK 3 DAPUR BILIK MANDI TANDAS TANDASRUANG MAKAN A C A C BILIK UTAMA MASUK LAGENDA KETERANGAN SIMBOL Lampu pendarfluor Lampu tungsten glob Kipas siling Kipas ekzos Unit kawalan pemassak Soket alur keluar 13 A Lampu tungsten dinding A C Unit penghawa dingin Kotakfius agihan Alat atur kipas Suis 2 hala Suis 1 hala 2 Rajah 29 : Pelan rumah kediaman
  • 41. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 41 Drp / of : 42 Rajah: 30: Lukisan Bentangan Mengandungi Poin-poin beban
  • 42. NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 42 Drp / of : 42 SOALAN: 1. Apakah definasi bagi gambarajah bentangan dalam elektrik ? _______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 2. Di manakah biasanya Suis dipasang pada suatu pemasangan pendawaian Elektrik ? _______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 3. Di manakah biasanya Papan agihan dan alat kawalan pengguna dipasang pada suatu pemasangan pendawaian ? _______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 4. Senaraikan 4 gaya lukisan dalam melukis lukisan bentangan elektrik ? A. _________________________________ B. _________________________________ C. _________________________________ D. _________________________________ RUJUKAN/REFERENCE : 1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia. 2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia. 3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd. 4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall. 5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers. 6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif