SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Bibik
Oleh MD Ishak A Rahman
2010/05/29
INILAH masa yang paling tepat. Inilah masa yang paling benar. Tiba-tiba hatinya berdebar-
debar. Apakah benar pilihanku? Bibik masih maju mundur. Bungkusan plastik hitam yang
dibimbit digenggam erat. Di dalamnya ada sepasang pakaian dan kain tebal. Dia melangkah
penuh hati-hati. Langkah menjinjit. Langkah hujung jari kaki menapak ke lantai. Tapak kaki
tidak menyentuh lantai. Biar langkah itu tidak didengar oleh sesiapa. Dia menyentuh balutan di
dahi. Sakit. Kesakitan itu menguatkan tekad Bibik. Inilah masa paling tepat.
“Bibikkk ...!” suara Puan Nyonya beralun dari ruang tengah. Sewaktu ditinggalkan tadi, Puan
Nyonya pejam mata tersadai di sofa. Mungkin keletihan. Alunan suara keras Puan Nyonya itu
mengesahkan dia tidak tertidur. Lalu, ini bukanlah masa yang paling tepat, bisik hati Bibik.
Bukan sekali. Bukan dua kali. Malah beberapa kali Bibik sebenarnya membuat perhitungan yang
maju mundur. Setakat ini tidak pernah tepat. Dia sudah nekad. Tapi, bila memikirkan
kemungkinan-kemungkinan yang menggodam ketakutan, dia menarik keputusan itu.
Dulu, ketika di Desa Mediun, selepas enam bulan menjadi ibu tunggal, tidak betah menyara dua
orang anak, dia mengambil keputusan nekad. Tiada maju mundur lagi. Dia membayar dua juta
kepada agensi, bertekad bulat demi masa depan anak-anak. Keputusan itu, biar berat untuk
meninggalkan dua orang anak, tapi keyakinan masa depan, mendorongnya membuat keputusan
itu. Tanpa gusar ragu. Anak-anak dititipkan pada orang tuanya.
Kali ini, bukan kerana takut kemungkinan, tapi ternyata Puan Nyona itu tidak benar-benar lena.
Ternyata Puan Nyona tidak alpa. Bukan sahaja pintu pagar sentiasa terkunci, malah setiap gerak
dalam rumah itu digambar.
“Mau ke mana, Bibik?” pertanyaan itu sukar diduga. Apakah Puan Nyonya curiga? Mungkin
juga, Puan Nyonya melihat gerak-gerinya dari gambar CCTV. Tapi, Puan Nyonya tadi terpejam
di sofa. Tidak mungkin dia mengawasinya dari CCTV.
“Mau buang sampah, Puan Nyonya,” suara Bibik agat terketar. Dia mengangkat tinggi plastik
hitam agar dilihat Puan Nyonya. Debar hatinya masih kencang. Walaupun cuba dikawal agar
tidak terkesan Puan Nyonya. Debar itu tetap ada. Kadang-kandang memang sukar untuk
menyembunyikan ketidakjujuran.
“Apa jengkit-jengkit? Sakit kaki? Nanti gua tambah kasi sakit,” Puan Nyonya menyandarkan
kepala di sofa. Berat benar agaknya kepala Puan Nyonya. Namun, ancamannya tetap
menggerunkan Bibik. Setakat tampar terajang sudah jadi basahan Puan Nyonya. Bila tega
melayangkan pisau sayur ke dahi, Bibik semakin ngeri. Tidak mustahil, suatu masa melayangkan
nyawa.
“Bukan Puan Nyonya. Saya tidak mahu ganggu Puan Nyonya lagi tidur di Sofa,” kecut perut
Bibik. Seolah-olah Puan Nyonya yang berbadan gempal dengan rambut keriting diwarnakan
perang itu dapat membaca hati Bibik. Bertambah kecut Bibik. Puan Nyonya selalu buat apa yang
dia cakap. Kalau dia kata katuk, katuklah. Dia tidak teragak-agak mengayunkan apa-apa yang
dipegang ke tubuh Bibik. Kalau ke punggung, kenalah punggung. Kalau dihayun ke muka,
kenalah muka. Bibik meraba balutan luka di dahi. Pedihnya mengatasi sakit lebam-lebam di bibir
dan di badan. Puan Nyonya menggarit pisau sayur ke dahi Bibik. Darah menintis-nitis. Puan
Nyonya bertambah-tambah kemarahan. Sedikit pun tidak risau Bibik yang hampir pengsan.
Bibik sendiri menekup luka itu dengan kain buruk. Kemudian Bibik membasuh darah di bilik air.
Bibik membalut luka itu. Puan Nyonya tidak ambil peduli. Dia sudah membayar khidmat Bibik.
Sakit derita, malah kalau mati sekali pun, dia tidak ambil peduli.
“Siapa cakap gua tidur,” Puan Nyonya membuka mata lebar-lebar. Mata sepetnya itu
menonjolkan hitam merah biji matanya. Macam biji mata patung singa yang dibuat main anak
lelaki Puan Nyonya yang berumur lima tahun, menjelang sambutan Tahun Baru.
Budak terjal itu masih membuku di hati Bibik. Puan Nyonya tidak mahu mendengar penjelasan
Bibik langsung. Ketika mendengar bunyi sesuatu jatuh di bilik budak terjal itu, Bibik sedang
menyapu sampah. Tanpa menyampakkan penyapu, Bibik meluru ke bilik. Padan muka. Bibik
mengacu batang penyapu pada budak terjal yang tersungkur. Bibik tidak sangka perbuatannya itu
digambar CCTV. Puan Nyonya meluru lalu memukul Bibik. Konon Bibik mendera anak Puan
Nyonya dengan batang penyapu.
“Ini,” Tuan Nyonya menunjuk arah lantai mar-mar. Bau masam sudah menyedak hidung Bibik
sebelum melihat lambakan cecair kekunigan itu. “Kasi bersih cepat, sebelum Tuan Tauke balik.”
Puan Nyonya bangun. Terhuyung-hayang. Dia berpaut pada dinding. Bibik berkejar mahu
menyambut Puan Nyonya. Walau benci, Puan Nyonya itu tetap majikannya. Hati
kemanusiaannya tidak tega melihat Puan Nyonya jatuh terduduk atau jatuh tersungkur. Kalau
Puan Nyonya luka parah, nanti tuduh Bibik mendera pula.
Bibik menyembunyikan kebencian itu saat ini agar tidak terkesan rancangan yang telah separuh
bulat. Dia masih dipagut serba salah untuk bertindak. Takut kalau gagal, lebih dahsyat
penangannya. Hari itu, mujurlah pisau dihayun ke dahi. Kalau dikelar ke leher, alangkah ...!
“Gua bukan mabuk. Gua boleh jalan sendiri. Cepat. Bersihkan. Jangan keluar rumah. Itu pagar,
gua sudah kunci,” Puan Nyonya menepis tangan Bibik, lalu melangkah ke bilik Bibik.
Sepatutnya Puan Nyonya naik ke biliknya di tingkat atas. Sesat bilik lagi, keluh Bibik.
Bermakna, Bibik terpaksa tidur di luar lagi malam ini. Itu tidak mengapa, pastinya akan
meninggalkan lambakan lendir kekuningan yang masam di tempat Bibik selalu membentangkan
sejadah. Terpaksalah Bibik basuh air tanah tempat itu esok. Kalau tidak, bau seminggu tidak
hilang. Basuh sembunyi-sembunyi. Kalau Puan Nyonya nampak, pasti kemarahannya akan
membuak-buak.
Bibik mengambil kain mop dan baldi. Bau masam yang meloyakan itu semakin pekat menusuk
hidung ketika dilanyah mop. Hampir terlonjak isi perut Bibik ketika membawa kotoran itu ke
bilik air. Bibik sempat menjeling ke bilik sewaktu melewati pintu yang terbuka. Puan Nyonya
sudah terbaring di katil besi tempat Bibik selalu tidur. Biarlah Puan Nyonya nyenyak. Mudahlah
Bibik bertindak.
“Inilah masa yang paling tepat,” bisik hati Bibik. Jika ditunggu, sebentar lagi tentu Tuan Tauke
akan balik. Tuan Tauke itu akan kunci pintu pagar. Bibik sudah tahu benar kebiasaan Puan
Nyonya. Dia tidak mengunci pintu pagar rumah. Tuan Tauke yang balik kemudian akan
menguncinya. Anjing hitam besar yang berbaring berhampiran pintu itu akan menyalak sapa
setiap orang asing yang melewati hampir pintu pagar itu.
Setahun lalu, ketika mula menjejakkan kaki di rumah agam ini, anjing hitam itulah yang
diperkenalkan oleh Tuan Tauke. Anjing itu meronta-ronta mahu melepaskan ikatan rantai. Mahu
menerkam Bibik. Menyalak hingga berdesing telinga Bibik. Antara gentar terperanjat dan rasa
takut, Bibik menghampiri anjing itu. Mengelus-ngelus hangat kepala dan geli tubuh anjing itu.
Kata orang, semakin takut kita pada anjing, semakin berani anjing itu kepada kita.
Sungguh, mudah menjinakkan anjing garang itu. Lebih sukar menjinakkan Puan Nyonya dan
Tuan Tauke. Puan Nyonya memberi tugas rutin Bibik memandi dan membersihkan tempat
tinggal anjing itu. Anjing itu tidak menyalak ketika Bibik keluar masuk rumah yang
ditungguinya. Lebih tunak lagi kalau Bibik mencampakkan tulang ba atau tulang apa-apa kepada
anjing garang itu.
Bibik tidak hairan lagi dengan daging ba. Dulu dengar sahaja sudah loya. Jijik. Rasa itu sudah
tidak ada lagi pada diri Bibik. Resepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan
malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging
ba. Puan Nyonya tengking apabila Bibik keberatan. Mahu tak mahu, Bibik terpaksa.
Bayangkanlah, bagaimana mahu menyentuhnya benda yang dirasa amat jijik dalam hidupnya
selama ini.
Selepas itu, Bibik ambil tanah di belakang rumah. Bibik mandi air tanah. Malah, hari-hari Bibik
mandi air tanah. Bibik sembahyang. Mengadu kepada Allah dalam sembahyang. Bibik tidak tahu
mengadu kepada siapa lagi di bumi asing ini.
Tekad Bibik semakin kukuh. Sudah tidurkah Puan Nyonya? Senyap. Dia perlu cepat bertindak
sebelum Tuan Tauke balik. Bila Tuan Tauke balik, pintu pagar akan dikunci. Tak mungkin Bibik
panjat pagar yang dua kali lebih tinggi daripada ketinggian Bibik. Malah, bunyi kelengkang-
kelengkung pintu pagar besi itu bergoyang mungkin akan mengejutkan isi rumah Tuan Tauke.
Bibik cepat-cepat ke pintu rumah. Masih belum berkunci. Puan Nyonya yang balik lewat malam
dengan terhuyung-hayang itu lupa mengunci pintu. Bibik membimbit karung plastik hitam.
Mana tahu, tiba-tiba Puan Nyonya menyergah sebelum sempat menyeberang pintu pagar. Bibik
akan kata, mahu buang sampah.
Bibik meredah malam. Lampu tepi jalan menyuluh dataran jalan raya. Dia berselindung di
belakang pokok tepi jalan ketika lampu kereta menyuluh. Mana tahu kereta Tuan Tauke. Anjing
di rumah kediaman tetangga menyalak. Bibik melebarkan langkah. Yang penting jauh dari
tempat itu. Bibik tidak tahu ke mana arah tuju di malam pekat begini. Meski siang, dia tidak
pernah melalui jalan-jalan ini. Dunianya hanya di rumah agam itu.
Bibik tidak takut lagi kalau ada hantu kopek mengekori. Bibik tidak takut kalau dikeroyok
anjing. Bibik tidak bimbang kalau jatuh ke tangan penyangak. Bibik tidak takut kalau kena
tangkap polis. Bibik tidak takut apa-apa lagi. Asal bebas dari rumah agam itu. Kalau dicekup
pihak berkuasa, lalu dipenjara, Bibik sudah tidak takut lagi. Kalau dunianya habis setakat ini
juga Bibik reda.
Bibik berjalan pantas. Berlari-lari anak. Berjalan cepat-cepat. Kadang-kadang terasa juga ada
bayang-bayang hitam mengejar. Bibik berlari dan terus berlari sehingga Bibik rasa dunia ini
hitam, tiada lagi lampu tepi jalan.
Ketika tersedar siang itu, Bibik berada di sebuah bilik. Ada polis yang berkawal. Bibik dipapah
dan duduk di meja pertanyaan. Ketakutan itu bukan apa, bimbang kalau dikembalikan semula
kepada Tuan Tauke.
“Tolong, pak. Saya tidak mahu kembali,” Bibik merayu.
“Saya tidak ada dokumen. Semua Tuan Tauke simpan,” jelas Bibik ketika disoal-siasat pegawai
polis yang bertugas. Bibik menceritakan segala-galanya tanpa satu pun tertinggal.
Esoknya kisah Bibik tersebar luas. Pegawai kedutaan juga datang menjenguk Bibik. Bibik
diberitahu, Puan Nyonya dan Tuan Tauke telah ditahan. Bibik melihatnya di kaca televisyen
yang ditunjukkan di tempat tahanan. Sayu dan kasihan juga Bibik melihat Puan Nyonya dan
Tuan Tauke digari, digiring ke kenderaan polis. Sayu Bibik tidak dapat menyiapkan yee sang
yang telah disiapkan bahan-bahannya termasuk isi ikan segar salamon dalam peti dingin. Tahun
lalu, Puan Nyonya yang tunjuk cara masak pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina. Tahun ini,
sepatutnya Bibik sudah boleh buat sendiri.
Bibik sempat mendengar suara Puan Nyonya ketika diwawancara, “Dia ada bukti, gua ada
saksi.”
Bibik meraba luka di dahi. Balutannya telah ditukar dengan kain bersih dan berubat. Bibik
terbayang Desa Mediun. Dua orang anak dan orang tuanya. Bibik ingin kembali. Di bumi asing
ini, bukan tempat menjanjikan kesenangan hidupnya.
Biodata
MD Ishak A Rahman dilahirkan di Muar, Johor, pada 6 Mac 1955, menerima pendidikan di
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 1975 dan Universiti Putra Malaysia
(UPM) (1989). Mula berkarya pada 1978 dan genre yang diceburi ialah cerpen, puisi, rencana,
berita dan buku rujukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.
Pernah menerima Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1985 - 1987), Hadiah Sastera
Malaysia (1986/87) dan Hadiah Puisi Johor (2004).

More Related Content

Similar to Bibik

Sh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganzSh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganz
Budhi Emha
 
Kisah orang miskin
Kisah orang miskinKisah orang miskin
Kisah orang miskin
Zarina Zam
 
Cerita satu perangkap tikus
Cerita  satu perangkap tikusCerita  satu perangkap tikus
Cerita satu perangkap tikus
Azmil As
 
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin berceritaDi sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
Hadif Syahmi
 

Similar to Bibik (16)

Ibu tahu rahasiaku (puthut ea)
Ibu tahu rahasiaku (puthut ea)Ibu tahu rahasiaku (puthut ea)
Ibu tahu rahasiaku (puthut ea)
 
Sayap malaikat (hamzah puadi ilyas)
Sayap malaikat (hamzah puadi ilyas)Sayap malaikat (hamzah puadi ilyas)
Sayap malaikat (hamzah puadi ilyas)
 
Eppak (mahwi air tawar)
Eppak (mahwi air tawar)Eppak (mahwi air tawar)
Eppak (mahwi air tawar)
 
Sh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganzSh mintardja-tembang tantanganz
Sh mintardja-tembang tantanganz
 
Kisah orang miskin
Kisah orang miskinKisah orang miskin
Kisah orang miskin
 
Timun emas
Timun emasTimun emas
Timun emas
 
Cerita Pendek Akibat kurang perhatian
Cerita Pendek Akibat kurang perhatianCerita Pendek Akibat kurang perhatian
Cerita Pendek Akibat kurang perhatian
 
Cerita satu perangkap tikus
Cerita  satu perangkap tikusCerita  satu perangkap tikus
Cerita satu perangkap tikus
 
Cerpen Pencuri Cahaya
Cerpen Pencuri CahayaCerpen Pencuri Cahaya
Cerpen Pencuri Cahaya
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
 
Dgt
DgtDgt
Dgt
 
KUMPULAN DONGENG YANG PALING DISUKAI ANAK
KUMPULAN DONGENG YANG PALING DISUKAI ANAKKUMPULAN DONGENG YANG PALING DISUKAI ANAK
KUMPULAN DONGENG YANG PALING DISUKAI ANAK
 
Kisah sang tikus
Kisah sang tikusKisah sang tikus
Kisah sang tikus
 
Timbunan sampah (edi supardi emon)
Timbunan sampah (edi supardi emon)Timbunan sampah (edi supardi emon)
Timbunan sampah (edi supardi emon)
 
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin berceritaDi sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
Di sebuah kampung hiduplah sepasang suami isteri yang sangat miskin bercerita
 

More from Norashikin Ihsan (10)

Tentetif pelancaran nilam 2013
Tentetif pelancaran nilam 2013Tentetif pelancaran nilam 2013
Tentetif pelancaran nilam 2013
 
Tentetif pelancaran nilam 2013
Tentetif pelancaran nilam 2013Tentetif pelancaran nilam 2013
Tentetif pelancaran nilam 2013
 
Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6
Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6
Laporan program kursus keibubapaan dan majlis aku janji tahun 6
 
Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Pengenalan konsep 5 p
Pengenalan konsep 5 pPengenalan konsep 5 p
Pengenalan konsep 5 p
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
Pemulihan tulisan
Pemulihan tulisanPemulihan tulisan
Pemulihan tulisan
 

Recently uploaded

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

Bibik

  • 1. Bibik Oleh MD Ishak A Rahman 2010/05/29 INILAH masa yang paling tepat. Inilah masa yang paling benar. Tiba-tiba hatinya berdebar- debar. Apakah benar pilihanku? Bibik masih maju mundur. Bungkusan plastik hitam yang dibimbit digenggam erat. Di dalamnya ada sepasang pakaian dan kain tebal. Dia melangkah penuh hati-hati. Langkah menjinjit. Langkah hujung jari kaki menapak ke lantai. Tapak kaki tidak menyentuh lantai. Biar langkah itu tidak didengar oleh sesiapa. Dia menyentuh balutan di dahi. Sakit. Kesakitan itu menguatkan tekad Bibik. Inilah masa paling tepat. “Bibikkk ...!” suara Puan Nyonya beralun dari ruang tengah. Sewaktu ditinggalkan tadi, Puan Nyonya pejam mata tersadai di sofa. Mungkin keletihan. Alunan suara keras Puan Nyonya itu mengesahkan dia tidak tertidur. Lalu, ini bukanlah masa yang paling tepat, bisik hati Bibik. Bukan sekali. Bukan dua kali. Malah beberapa kali Bibik sebenarnya membuat perhitungan yang maju mundur. Setakat ini tidak pernah tepat. Dia sudah nekad. Tapi, bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang menggodam ketakutan, dia menarik keputusan itu. Dulu, ketika di Desa Mediun, selepas enam bulan menjadi ibu tunggal, tidak betah menyara dua orang anak, dia mengambil keputusan nekad. Tiada maju mundur lagi. Dia membayar dua juta kepada agensi, bertekad bulat demi masa depan anak-anak. Keputusan itu, biar berat untuk meninggalkan dua orang anak, tapi keyakinan masa depan, mendorongnya membuat keputusan itu. Tanpa gusar ragu. Anak-anak dititipkan pada orang tuanya. Kali ini, bukan kerana takut kemungkinan, tapi ternyata Puan Nyona itu tidak benar-benar lena. Ternyata Puan Nyona tidak alpa. Bukan sahaja pintu pagar sentiasa terkunci, malah setiap gerak dalam rumah itu digambar. “Mau ke mana, Bibik?” pertanyaan itu sukar diduga. Apakah Puan Nyonya curiga? Mungkin juga, Puan Nyonya melihat gerak-gerinya dari gambar CCTV. Tapi, Puan Nyonya tadi terpejam di sofa. Tidak mungkin dia mengawasinya dari CCTV. “Mau buang sampah, Puan Nyonya,” suara Bibik agat terketar. Dia mengangkat tinggi plastik hitam agar dilihat Puan Nyonya. Debar hatinya masih kencang. Walaupun cuba dikawal agar tidak terkesan Puan Nyonya. Debar itu tetap ada. Kadang-kandang memang sukar untuk menyembunyikan ketidakjujuran. “Apa jengkit-jengkit? Sakit kaki? Nanti gua tambah kasi sakit,” Puan Nyonya menyandarkan kepala di sofa. Berat benar agaknya kepala Puan Nyonya. Namun, ancamannya tetap menggerunkan Bibik. Setakat tampar terajang sudah jadi basahan Puan Nyonya. Bila tega melayangkan pisau sayur ke dahi, Bibik semakin ngeri. Tidak mustahil, suatu masa melayangkan nyawa.
  • 2. “Bukan Puan Nyonya. Saya tidak mahu ganggu Puan Nyonya lagi tidur di Sofa,” kecut perut Bibik. Seolah-olah Puan Nyonya yang berbadan gempal dengan rambut keriting diwarnakan perang itu dapat membaca hati Bibik. Bertambah kecut Bibik. Puan Nyonya selalu buat apa yang dia cakap. Kalau dia kata katuk, katuklah. Dia tidak teragak-agak mengayunkan apa-apa yang dipegang ke tubuh Bibik. Kalau ke punggung, kenalah punggung. Kalau dihayun ke muka, kenalah muka. Bibik meraba balutan luka di dahi. Pedihnya mengatasi sakit lebam-lebam di bibir dan di badan. Puan Nyonya menggarit pisau sayur ke dahi Bibik. Darah menintis-nitis. Puan Nyonya bertambah-tambah kemarahan. Sedikit pun tidak risau Bibik yang hampir pengsan. Bibik sendiri menekup luka itu dengan kain buruk. Kemudian Bibik membasuh darah di bilik air. Bibik membalut luka itu. Puan Nyonya tidak ambil peduli. Dia sudah membayar khidmat Bibik. Sakit derita, malah kalau mati sekali pun, dia tidak ambil peduli. “Siapa cakap gua tidur,” Puan Nyonya membuka mata lebar-lebar. Mata sepetnya itu menonjolkan hitam merah biji matanya. Macam biji mata patung singa yang dibuat main anak lelaki Puan Nyonya yang berumur lima tahun, menjelang sambutan Tahun Baru. Budak terjal itu masih membuku di hati Bibik. Puan Nyonya tidak mahu mendengar penjelasan Bibik langsung. Ketika mendengar bunyi sesuatu jatuh di bilik budak terjal itu, Bibik sedang menyapu sampah. Tanpa menyampakkan penyapu, Bibik meluru ke bilik. Padan muka. Bibik mengacu batang penyapu pada budak terjal yang tersungkur. Bibik tidak sangka perbuatannya itu digambar CCTV. Puan Nyonya meluru lalu memukul Bibik. Konon Bibik mendera anak Puan Nyonya dengan batang penyapu. “Ini,” Tuan Nyonya menunjuk arah lantai mar-mar. Bau masam sudah menyedak hidung Bibik sebelum melihat lambakan cecair kekunigan itu. “Kasi bersih cepat, sebelum Tuan Tauke balik.” Puan Nyonya bangun. Terhuyung-hayang. Dia berpaut pada dinding. Bibik berkejar mahu menyambut Puan Nyonya. Walau benci, Puan Nyonya itu tetap majikannya. Hati kemanusiaannya tidak tega melihat Puan Nyonya jatuh terduduk atau jatuh tersungkur. Kalau Puan Nyonya luka parah, nanti tuduh Bibik mendera pula. Bibik menyembunyikan kebencian itu saat ini agar tidak terkesan rancangan yang telah separuh bulat. Dia masih dipagut serba salah untuk bertindak. Takut kalau gagal, lebih dahsyat penangannya. Hari itu, mujurlah pisau dihayun ke dahi. Kalau dikelar ke leher, alangkah ...! “Gua bukan mabuk. Gua boleh jalan sendiri. Cepat. Bersihkan. Jangan keluar rumah. Itu pagar, gua sudah kunci,” Puan Nyonya menepis tangan Bibik, lalu melangkah ke bilik Bibik. Sepatutnya Puan Nyonya naik ke biliknya di tingkat atas. Sesat bilik lagi, keluh Bibik. Bermakna, Bibik terpaksa tidur di luar lagi malam ini. Itu tidak mengapa, pastinya akan
  • 3. meninggalkan lambakan lendir kekuningan yang masam di tempat Bibik selalu membentangkan sejadah. Terpaksalah Bibik basuh air tanah tempat itu esok. Kalau tidak, bau seminggu tidak hilang. Basuh sembunyi-sembunyi. Kalau Puan Nyonya nampak, pasti kemarahannya akan membuak-buak. Bibik mengambil kain mop dan baldi. Bau masam yang meloyakan itu semakin pekat menusuk hidung ketika dilanyah mop. Hampir terlonjak isi perut Bibik ketika membawa kotoran itu ke bilik air. Bibik sempat menjeling ke bilik sewaktu melewati pintu yang terbuka. Puan Nyonya sudah terbaring di katil besi tempat Bibik selalu tidur. Biarlah Puan Nyonya nyenyak. Mudahlah Bibik bertindak. “Inilah masa yang paling tepat,” bisik hati Bibik. Jika ditunggu, sebentar lagi tentu Tuan Tauke akan balik. Tuan Tauke itu akan kunci pintu pagar. Bibik sudah tahu benar kebiasaan Puan Nyonya. Dia tidak mengunci pintu pagar rumah. Tuan Tauke yang balik kemudian akan menguncinya. Anjing hitam besar yang berbaring berhampiran pintu itu akan menyalak sapa setiap orang asing yang melewati hampir pintu pagar itu. Setahun lalu, ketika mula menjejakkan kaki di rumah agam ini, anjing hitam itulah yang diperkenalkan oleh Tuan Tauke. Anjing itu meronta-ronta mahu melepaskan ikatan rantai. Mahu menerkam Bibik. Menyalak hingga berdesing telinga Bibik. Antara gentar terperanjat dan rasa takut, Bibik menghampiri anjing itu. Mengelus-ngelus hangat kepala dan geli tubuh anjing itu. Kata orang, semakin takut kita pada anjing, semakin berani anjing itu kepada kita. Sungguh, mudah menjinakkan anjing garang itu. Lebih sukar menjinakkan Puan Nyonya dan Tuan Tauke. Puan Nyonya memberi tugas rutin Bibik memandi dan membersihkan tempat tinggal anjing itu. Anjing itu tidak menyalak ketika Bibik keluar masuk rumah yang ditungguinya. Lebih tunak lagi kalau Bibik mencampakkan tulang ba atau tulang apa-apa kepada anjing garang itu. Bibik tidak hairan lagi dengan daging ba. Dulu dengar sahaja sudah loya. Jijik. Rasa itu sudah tidak ada lagi pada diri Bibik. Resepi pertama yang diminta oleh Puan Nyonya untuk makan malam, sebelum Bibik sempat berkemas bilik pada malam pertama tinggal di sini itulah daging ba. Puan Nyonya tengking apabila Bibik keberatan. Mahu tak mahu, Bibik terpaksa. Bayangkanlah, bagaimana mahu menyentuhnya benda yang dirasa amat jijik dalam hidupnya selama ini. Selepas itu, Bibik ambil tanah di belakang rumah. Bibik mandi air tanah. Malah, hari-hari Bibik mandi air tanah. Bibik sembahyang. Mengadu kepada Allah dalam sembahyang. Bibik tidak tahu mengadu kepada siapa lagi di bumi asing ini.
  • 4. Tekad Bibik semakin kukuh. Sudah tidurkah Puan Nyonya? Senyap. Dia perlu cepat bertindak sebelum Tuan Tauke balik. Bila Tuan Tauke balik, pintu pagar akan dikunci. Tak mungkin Bibik panjat pagar yang dua kali lebih tinggi daripada ketinggian Bibik. Malah, bunyi kelengkang- kelengkung pintu pagar besi itu bergoyang mungkin akan mengejutkan isi rumah Tuan Tauke. Bibik cepat-cepat ke pintu rumah. Masih belum berkunci. Puan Nyonya yang balik lewat malam dengan terhuyung-hayang itu lupa mengunci pintu. Bibik membimbit karung plastik hitam. Mana tahu, tiba-tiba Puan Nyonya menyergah sebelum sempat menyeberang pintu pagar. Bibik akan kata, mahu buang sampah. Bibik meredah malam. Lampu tepi jalan menyuluh dataran jalan raya. Dia berselindung di belakang pokok tepi jalan ketika lampu kereta menyuluh. Mana tahu kereta Tuan Tauke. Anjing di rumah kediaman tetangga menyalak. Bibik melebarkan langkah. Yang penting jauh dari tempat itu. Bibik tidak tahu ke mana arah tuju di malam pekat begini. Meski siang, dia tidak pernah melalui jalan-jalan ini. Dunianya hanya di rumah agam itu. Bibik tidak takut lagi kalau ada hantu kopek mengekori. Bibik tidak takut kalau dikeroyok anjing. Bibik tidak bimbang kalau jatuh ke tangan penyangak. Bibik tidak takut kalau kena tangkap polis. Bibik tidak takut apa-apa lagi. Asal bebas dari rumah agam itu. Kalau dicekup pihak berkuasa, lalu dipenjara, Bibik sudah tidak takut lagi. Kalau dunianya habis setakat ini juga Bibik reda. Bibik berjalan pantas. Berlari-lari anak. Berjalan cepat-cepat. Kadang-kadang terasa juga ada bayang-bayang hitam mengejar. Bibik berlari dan terus berlari sehingga Bibik rasa dunia ini hitam, tiada lagi lampu tepi jalan. Ketika tersedar siang itu, Bibik berada di sebuah bilik. Ada polis yang berkawal. Bibik dipapah dan duduk di meja pertanyaan. Ketakutan itu bukan apa, bimbang kalau dikembalikan semula kepada Tuan Tauke. “Tolong, pak. Saya tidak mahu kembali,” Bibik merayu. “Saya tidak ada dokumen. Semua Tuan Tauke simpan,” jelas Bibik ketika disoal-siasat pegawai polis yang bertugas. Bibik menceritakan segala-galanya tanpa satu pun tertinggal. Esoknya kisah Bibik tersebar luas. Pegawai kedutaan juga datang menjenguk Bibik. Bibik diberitahu, Puan Nyonya dan Tuan Tauke telah ditahan. Bibik melihatnya di kaca televisyen yang ditunjukkan di tempat tahanan. Sayu dan kasihan juga Bibik melihat Puan Nyonya dan Tuan Tauke digari, digiring ke kenderaan polis. Sayu Bibik tidak dapat menyiapkan yee sang yang telah disiapkan bahan-bahannya termasuk isi ikan segar salamon dalam peti dingin. Tahun lalu, Puan Nyonya yang tunjuk cara masak pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina. Tahun ini,
  • 5. sepatutnya Bibik sudah boleh buat sendiri. Bibik sempat mendengar suara Puan Nyonya ketika diwawancara, “Dia ada bukti, gua ada saksi.” Bibik meraba luka di dahi. Balutannya telah ditukar dengan kain bersih dan berubat. Bibik terbayang Desa Mediun. Dua orang anak dan orang tuanya. Bibik ingin kembali. Di bumi asing ini, bukan tempat menjanjikan kesenangan hidupnya. Biodata MD Ishak A Rahman dilahirkan di Muar, Johor, pada 6 Mac 1955, menerima pendidikan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 1975 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) (1989). Mula berkarya pada 1978 dan genre yang diceburi ialah cerpen, puisi, rencana, berita dan buku rujukan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pernah menerima Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (1985 - 1987), Hadiah Sastera Malaysia (1986/87) dan Hadiah Puisi Johor (2004).