Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kisah sang tikus

416 views

Published on

kisah pengajaran

Published in: Education
  • Be the first to comment

Kisah sang tikus

  1. 1. Kisah Sang TikusKisah Sang Tikus
  2. 2. Seekor tikus mengintai dari celah rekahan dinding rumah dan melihat si peladang dan isterinya membuka satu bungkusan. Sang tikus tertanya-tanya.... “Apa makanan yang ada didalam bungkusan itu agaknya?"
  3. 3. Terkejutnya Sang Tikus bila melihat bahawa bungkusan itu berisi perangkap tikus.
  4. 4. Sang tikus berlari ke luar rumah dan memberi amaran...
  5. 5. Sang Ayam berketak dan mencakar tanah, mendongak dan berkata... “Hai Sang Tikus, saya faham ini perkara yang amat merisaukan kamu, tapi ia tiada kaitan dengan saya. Saya tak kisah."
  6. 6. Sang Tikus berpaling kepada Sang Kambing dan memberitahu...
  7. 7. Sang Kambing bersimpati, tapi berkata... “Kesian sungguh kamu Sang Tikus, tapi tak ada apa yang saya boleh buat kecuali berdoa. Kau pasti sentiasa dalam doaku."
  8. 8. Sang Tikus pergi pula kepada Sang Lembu dan berkata...
  9. 9. Sang Lembu berkata... “Wah Sang Tikus, kesian sungguh saya pada kamu, tapi ia tak ada kena mengena dengan saya."
  10. 10. Akhirnya, Sang Tikus pulang ke rumah peladang dengan penuh kehampaan, untuk menghadapi perangkap tikus Si Peladang – seorang diri...
  11. 11. Malam itu juga kedengaran bunyiMalam itu juga kedengaran bunyi kuat di dalam rumah – bunyikuat di dalam rumah – bunyi perangkap tikus!perangkap tikus! Isteri Peladang berlari melihat apaIsteri Peladang berlari melihat apa yang telah berlaku.yang telah berlaku. Dalam kegelapan malam, dia takDalam kegelapan malam, dia tak nampak bahawa seekor ular berbisanampak bahawa seekor ular berbisa telah terperangkap ekornya.telah terperangkap ekornya.
  12. 12. Ular telah mematuk isteri peladang dan si isteri pulang ke rumah dengan demam yang teruk. Si peladang bergegas menghantar isterinya ke hospital
  13. 13. Semua orang tahu sup ayam bagus untuk orang sakit... Jadi Si Peladang terus pergi ke reban ayam dengan pisau sembelihnya.
  14. 14. Malangnya isteri peladang tidak juga sihat... Ramai rakan dan jiran datang menemani isteri peladang siang dan malam.
  15. 15. Untuk menjamu mereka, Si Peladang mengorbankan Sang Kambing.
  16. 16. Isteri peladang tidak juga sembuh... dia meninggal dunia.
  17. 17. Begitu ramai orang datang menziarahi pengkebumiannya... Si Peladang terpaksa menyembelih Sang Lembu untuk menjamu mereka.
  18. 18. Sang Tikus memerhati semua ini dengan hati yang amat sedih dan pilu.
  19. 19. Jadi, selepas ini jika anda mendengar mengenai seseorang yang ditimpa kesusahan, dan rasa ia tidak ada kena mengena dengan anda... bila salah seorang dari kita tergugat, SEMUA akan menghadapi risiko.
  20. 20. Kita semua terlibat dalam “kembara hidup” ini.
  21. 21. Kita mesti menjaga kebajikan satu sama lain... dan berusaha memberi galakan dan semagat antara kita.
  22. 22. Thank You!

×