SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 1
ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN
SESI 2011/2012
1. SOALAN TUGASAN 1
Bincangkan bagaimana aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya
pelbagai jenis penyakit.
Arahan:
1. 2000 – 2500 patah perkataan
2. Sertakan gambar atau carta aliran yang sesuai
3. Masukkan contoh-contoh kes (HINI, Bird flu, denggi dan sebagainya)
4. Pastikan penulisan ditulis mengikut aturan penulisan yang betul – perlu ada
rujukan penulisan
5. Tulis rujukan di bahagian akhir.
6. TARIKH SERAHAN : MINGGU 9
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 2
2. PENGENALAN
Sistem alam sekitar semula jadi terdiri daripada empat komponen utama iaitu
komponen atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera, setiap komponen alam sekitar
ini saling bertindak balas antara satu sama lain dan mewujudkan satu sistem alam
sekitar yang seimbang dan memberi kesejahteraan kepada manusia ( merujuk gambar
rajah 1). Hal ini demikian kerana, alam sekitar amat penting kepada manusia untuk
hidup, manusia saling bergantung kepada alam sekitar bagi memenuhi keperluan
mereka dan keperluan manusia terbahagi kepada dua iaitu keperluan biologi dan
keperluan budaya. Keperluan biologi lebih merangkumi kepada satu bentuk keperluan
asas seperti makanan, minuman dan oksigen untuk bernafas, bagi memenuhi
keperluan biologi ini manusia tidak perlu melakukan perubahan terhadap alam sekitar
tetapi alam sekitar akan bertindak secara semula jadi. Bagi keperluan budaya pula
alam sekitar merupakan bukan satu keperluan asas tetapi lebih kepada kepentingan
dalam memenuhi keselesaan hidup, biasanya melibatkan pelbagai aktiviti antaranya
aktiviti yang berteraskan ekonomi, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Alam
sekitar pada masa ini akan mengalami perubahan kerana telah diterokai oleh manusia.
SISTEMLITOSFERA
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 3
Gambar rajah 1: Menunjukkan perhubungan antara empat komponen alam
sekitar semula jadi.
Pada awalnya alam semula jadi ini merupakan satu kawasan yang asli dan masih
dara serta masih belum diteroka dan pada masa ini dikenali sebagai proses
determinism. Pada masa ini juga alam sekitar masih belum terjejas dan masih 100%
asli dan alam sekitar yang banyak mempengaruhi manusia. Banyak aktiviti manusia
pada masa ini adalah terhad kerana pengaruh faktor alam semula jadi, manusia
banyak menjalankan aktiviti yang hanya bagi memenuhi keperluan biologi mereka.
Namun, pada era manusia maju dan kaya dengan kemahiran teknologi maka
wujudnya konsep possibilisme di mana pada masa ini manusia yang banyak
mempengaruhi alam semula jadi. Manusia pada masa ini mula membangunkan alam
sekitar bagi memenuhi keperluan budaya mereka. Banyak kawasan alam semula jadi
sudah mula diteroka oleh manusia antaranya bertujuan bagi melakukan aktiviti
membangunkan kawasan bandar.
2.1 DEFINISI BANDAR DAN PERBANDARAN
SISTEMATMOSFERA SISTEMHIDROSFERA
SISTEMBIOSFERA
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 4
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun bagi menuju ke
arah negara yang maju, dalam mencapai taraf menjadi sebuah negara maju Malaysia
perlu mahir dan maju dalam pelbagai bidang bagi bersaing dengan negara maju yang
lain. Setiap negara yang menuju ke arah negara maju ini biasanya akan mengalami
proses perkembangan bandar yang pesat. Menurut seorang pengkaji geografi bandar
Khatimah Rostam (1988) telah mendefinisikan sesuatu bandar itu dengan melihat dari
segi aspek keadaan fizikal sesebuah bandar itu antaranya dari segi jumlah penduduk,
kepadatan penduduk bagi setiap 1 kilometer persegi dan peratusan pekerja yang
terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor. Contoh situasi di Malaysia yang telah
menetapkan bagi setiap kawasan yang telah mencapai bilangan penduduk seramai
10 000 orang maka kawasan ini boleh diiktiraf sebagai kawasan bandar dan turut
berlaku transformasi dari segi tahap sesebuah kawasan itu daripada kawasan desa
atau pekan berkembang dan berubah menjadi sebuah kawasan bandar, proses ini
boleh dikenali sebagai proses perbandaran.
Perbandaran adalah satu proses yang berlaku di sesuatu kawasan kerana
kawasan tersebut telah menjadi tumpuan penduduk, pembangunan dan juga terdapat
pelbagai keperluan dan juga kelengkapan kemudahan. Menurut Khatimah Rostam
(1988) dalam bukunya “Pengantar Geografi Bandar” telah mentakrifkan perbandaran
sebagai satu proses penumpuan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan yang
dikenali sebagai bandar. Perbandaran juga merupakan proses yang dipengaruhi oleh
faktor pertumbuhan penduduk, kadar migrasi penduduk desa ke bandar, kawasan
perniagaan. Perkhidmatan, industri dan juga keluasan bandar tersebut menurut
seorang pengkaji bandar T.G Mc Gee.
Sulong Mohamad (1922) telah mendefinisikan bandar sebagai sebuah
kawasan penempatan yang mempunyai ciri – ciri dari segi saiz kepadatan pekerjaan
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 5
dan juga fungsi – fungsi dan nilai – nilai masyarakat yang tertentu. Beliau juga turut
memberi beberapa kriteria tentang bandar iaitu:
 Saiz minimum penduduk di sesebuah bandar. Contoh Malaysia saiz
minimum penduduk di sesebuah kawasan bandar adalah seramai 10 000
orang
 Mempunyai kepadatan penduduk. Contoh di India kepadatan penduduknya
adalah 385 orang bagi setiap 1 km persegi.
 Peratusan pekerjaan bukan dalam sektor pertanian. Contoh di Amerika
Syarikat di mana peratusan penduduk yang bekerja dalam sektor lain
daripada pertanian adalah tinggi iaitu sebanyak 75 % daripada keseluruhan
penduduk.
 Letakkan dan fungsi bandar sebagai kawasan pusat dari segi pelbagai
aspek antaranya adalah aspek ekonomi, pentadbiran , dan budaya.
 Masyarakat di bandar gaya hidup lebih kepada pentingkan diri sendiri
(individualistik), formal dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang
longgar
 Kebanyakan kawasan yang asalnya dibangunkan sebagai kawasan
pertanian telah dibangunkan semula tapi bukan kegunaan untuk pertanian.
Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas Detwyler adalah satu ciptaan
yang terdapat pengaruh manusia ke atas sumber alam semula jadi dan merupakan
tempat di mana manusia telah banyak melakukan perubahan terhadap pelbagai
sumber seperti air, organisma dan udara. Bandar juga merupakan satu ruang manusia
memulakan dan mengawal perubahan yang berlaku dalam habitatnya. Proses
pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah membentuk dan mewujudkan satu
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 6
ekosistem baru di mana terdapat interaksi antara manusia, pekerjaannya dan alam
semula jadi, interaksi yang wujud adalah bersifat kompleks.
3. AKTIVITI PERBANDARAN MENYUMBANG KEPADA PEREBAKAN
PELBAGAI JENIS PENYAKIT
Aktiviti perbandaran yang semakin pesat ini juga telah menyebabkan berlaku
perubahan terhadap keseimbangan alam sekitar. Perubahan yang berlaku ini juga
telah mendorong alam sekitar adaptasi perubahan yang dilakukan oleh manusia ini
yang bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya manusia. Hal ini telah
menyebabkan pelbagai kesan yang akan timbul dan kesan tersebut sama ada kesan
positif, negatif mahupun kesan yang berskala kecil atau besar kepada manusia kerana
interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pada kebiasaannya kesan negatif adalah
lebih banyak daripada kesan positif, antara kesan negatif seperti menyumbang
kepada pelbagai jenis penyakit sehingga dapat menggugat kesejahteraan kehidupan
manusia.
Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu alam sekitar
sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi (merujuk
gambar rajah 2). Komponen alam sekitar pembangunan merupakan komponen yang
paling besar dan yang mendominasi alam sekitar semula jadi di kawasan bandar. Hal
in telah menyebabkan komponen alam sekitar semula jadi yang terdiri daripada empat
komponen semakin mengecil dalam alam sekitar bandar. Aktiviti manusia di kawasan
bandar yang telah mendorong kepada semakin besar skala alam sekitar
pembangunan di kawasan bandar.
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 7
Gambar rajah 2: Komponen alam sekitar bandar
Antara aktiviti yang terlibat dalam perbandaran adalah aktiviti perindustrian,
perkhidmatan, pengangkutan, pembangunan, penempatan, kemudahan infrastruktur
dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti ini memberi kesan atas empat komponen alam sekitar
semula jadi dan juga sehingga menyebabkan merebaknya pelbagai jenis penyakit dan
menjejaskan kesihatan manusia.
3.1 KOMPONEN ATMOSFERA
Perhubungan alam sekitar dan manusia
Natural
environme
nt
Socio-economic
environment
Built environment
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 8
Ruang atmosfera di bandar dalamnya banyak mengandungi komposisi gas dan
zarah debu, dan dikatakan terdapat antara 4 hingga 1000 kali ganda lebih banyak
debu dalam ruang udara di bandar berbanding dengan kawasan luar bandar.
Kebanyakan gas dan debu ini terhasil akibat daripada aktiviti perindustrian dan sistem
pengangkutan yang terdapat di kawasan bandar. Antara bahan yang terkandung
dalam debu – debu dan gas – gas tercemar di kawasan bandar ini adalah plumbum
dan kebanyakan penduduk bandar mempunyai kandungan plumbum yang tinggi
dalam darah berbanding penduduk luar bandar dan komposisi udara di bandar juga
mempunyai 10 kali ganda lebih banyak micro-organisma berbanding dengan
komposisi udara di luar bandar. (Reid A. Bryson dan John E. Ross 1985: Iklim Di
Bandar).Ini menyebabkan udara yang kita sedut setiap hari untuk bernafas
mengandungi pelbagai bentuk bahan pencemar dan kebanyakan dalam bentuk debu
yang halus yang tidak lihat oleh penglihatan manusia sendiri.
Aktiviti perindustrian merupakan antara aktiviti yang banyak memberi kesan ke
atas komponen sistem alam sekitar semula jadi atmosfera. Kawasan industri
menyebarkan sehingga 4000 zarah mm-3 iaitu 1000 kali ganda lebih banyak debu
berbanding dengan jumlah debu yang terkandung dalam komposisi udara di luar
bandar. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan dan setiap lapisan tersebut
mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti lapisan troposfera merupakan lapisan
zon hidupan dan lapisan stratosfera pula merupakan lapisan yang terdiri daripada
ozon yang bertindak sebagai menghalang sinaran UV yang berbahaya daripada
matahari dari sampai ke permukaan bumi, kerana sinaran ini berbahaya kepada
semua hidupan di muka bumi terutama sekali manusia. Komponen atmosfera ini juga
terdiri daripada komposisi - komposisi udara yang sentiasa beredar yang sentiasa
mengimbangi suhu bumi. Aktiviti perindustrian biasanya akan menghasilkan bahan –
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 9
bahan tercemar terutama sekali aktiviti perindustrian yang melibatkan pemprosesan
seperti industri aerosol, industri foam dan pelbagai lagi dan aktiviti ini dikatakan
memberi kesan merebaknya pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana aktiviti
perindustrian akan menyalurkan bahan – bahan tercemar seperti debu, asap – asap
yang terdiri daripada gas- gas yang berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida dan pelbagai lagi melalui serombong asap. Gas – gas ini akan bergerak
dalam ruang atmosfera terutama sekali apabila suhu panas di mana keadaan udara
yang kering dan ringan.
Gas –gas berbahaya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida akan di
bawa oleh angin ke kawasan yang lebih jauh dan semakin jauh gas tersebut ditiup
semakin berbahaya gas tersebut kerana sepanjang peredaran itu gas tersebut boleh
bertindak balas dengan komponen gas dan partikel lain yang terdapat dalam udara,
dan secara tidak langsung akan menyebabkan gas tersebut menjadi semakin
berbahaya. Antara kesan yang timbul akibat daripada perlepasan gas – gas
berbahaya ini daripada aktiviti perindustrian adalah akan menyebabkan peningkatan
penyakit yang berkaitan masalah saluran pernafasan dalam kalangan manusia,
seperti penyakit “pneumonia” atau radang paru – paru, asthma, kanser paru – paru,
bronkitis dan pelbagai lagi. Contoh penyakit Asthma adalah sejenis penyakit
pengecutan saluran pernafasan yang berpunca daripada radang saluran, dan paru –
paru juga akan berubah menjadi mengecut kerana saluran pernafasan yang sensitif
terhadap bahan –bahan pencemar atau bahan alergi yang ada di sekeliling seperti
asap daripada aktiviti pembakaran terbuka, kilang yang melepaskan asap yang
mengandungi gas – gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida dan
pelbagai lagi. Pada kebiasaannya, manusia yang jauh daripada kawasan
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 10
perindustrian kan mendapat kesan yang lebih teruk lagi berbanding kesan yang
diperoleh manusia yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian.
3.2 KOMPONEN HIDROSFERA
Air merupakan antara komponen penting dalam keperluan hidup. Manusia
menggunakan air untuk melakukan aktiviti domestik seperti membasuh, memasak
dan juga merupakan sumber minuman. Sumber air boleh didapati daripada tiga
sumber utama iaitu air permukaan seperti sungai dan tasik, lautan dan sumber air
bawah tanah. Pembangunan di kawasan bandar menyebabkan kebanyakan
permukaan tanah telah bertukar menjadi permukaan yang tidak serap air kerana telah
diturap dengan tar atau bitumen dan juga ada yang telah disimen. Perkembangan
bandar yang berlaku secara berperingkat demi peringkat akan memberi kesan ke atas
sistem hidrologi kerana pembangunan tanah di kawasan bandar telah banyak
mengubah keadaan fizikal permukaan tanah dan laluan saliran. Bandar merupakan
antara kawasan yang kerap menerima hujan kerana nukleus pemeluwapan yang
banyak akibat daripada pelbagai aktiviti manusia yang dijalankan di bandar. Apabila
berlaku hujan lebat akan menyebabkan berlaku lebihan air larian permukaan, air hujan
yang turun ke permukaan bumi tidak dapat diserap masuk ke dalam tanah kerana
permukaan tanah yang sudah diturap dan bersifat tidak telap air sehingga
mengundang kepada berlakunya kejadian banjir seperti banjir kilat yang baru – baru
ini kerap berlaku di Kuala Lumpur apabila berlaku hujan yang lebat. Umumnya, jika
kita lihat aktiviti perbandaran menyebabkan berlakunya banjir yang besar dan juga
kekerapan berlaku banjir adalah tinggi. Selain daripada faktor banyak kawasan yang
tidak telap air di bandar yang menyebabkan banjir, banjir juga kerap berlaku di
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 11
kawasan bandar yang di bangunkan dan terletak berhampiran dengan dataran banjir
yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir secara semula jadi.
Kejadian banjir yang berlaku biasanya akan meninggalkan banyak kesan
kepada manusia di bandar selain daripada kemusnahan harta benda, kehilangan
nyawa yang terkorban akibat lemas, penularan pelbagai jenis penyakit turut berlaku
antaranya penyakit taun atau dikenali sebagai “Cholera”. Penyakit taun merupakan
penyakit bawaan air dan penyakit ini disebabkan oleh bakteria “Vibro cholera”.
Penyakit ini juga menular dan boleh dijangkiti akibat daripada penggunaan air dan
pengambilan makanan yang telah tercemar dengan najis manusia dan haiwan
terutama sekali apabila musim banjir, kerana pada musim ini kekurangan bekalan
makanan dan minuman yang bersih. Penyakit ini juga boleh membawa maut kepada
manusia sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sempurna. Selain penyakit taun,
banjir juga boleh menyebabkan penularan penyakit “Leptrospirosis” atau di kenali
sebagai penyakit kencing tikus. Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit akibat
daripada bakteria “genus Leptospira” yang terdapat dalam air kencing tikus. Pada
musim banjir biasanya bilangan tikus akan meningkat dan menghuni di kawasan yang
selamat daripada banjir bersama dengan manusia, hal ini menyebabkan secara tidak
langsung manusia akan terdedah kepada penyakit kencing tikus ini kerana
kebarangkalian keterdedahan makanan dan minuman manusia kepada air kencing
tikus adalah tinggi kerana bilangannya yang banyak. (Bharti et. al 2003). Berdasarkan
gambar rajah 2 di bawah menunjukkan bagaimana penyakit kencing tikus merebak
dan berjangkit kepada manusia.
Selain itu, proses penyejatan dalam kitaran hidrologi yang menukar air
daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air kemudian naik ke atas dalam ruang
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 12
lingkup atmosfera atau udara yang mempunyai banyak bahan – bahan terampai dan
tercemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang
terhasil daripada pelbagai aktiviti yang terdapat di kawasan bandar seperti aktiviti
perindustrian, pengangkutan dan pelbagai lagi. Bahan – bahan terampai atau gas –
gas pencemar ini akan berlegar dalam ruang udara dan apabila hujan turun bahan –
bahan pencemar tersebut akan masuk dalam titisan –titisan hujan dan bergabung. Hal
ini telah menyebabkan hujan yang turun mengandungi bahan pencemar dan akan
bertindak balas, turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini biasanya akan menjejaskan
kesihatan pelbagai hidupan di muka bumi terutama sekali manusia, di mana manusia
akan mengalami kegatalan kulit sekiranya terkena hujan asid dan hujan asid ini juga
mendedahkan manusia kepada risiko mendapat penyakit kanser kulit kerana air hujan
tersebut yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan pencemar yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia.
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 13
Gambar rajah 3: Populasi tikus yang dikatakan membawa wabak penyakit kencing
tikus (Leptospirosis).
Gambar rajah 4: Memaparkan bagaimana penyakit Leptrospirosis merebak dan
menjangkiti manusia.
3.3 LITOSSFERA
Litosfera merupakan komponen alam semula jadi yang terdiri daripada
kepelbagaian bentuk permukaan bumi dan jenis tanah dan batuan yang berbeza. Di
bandar manusia banyak melakukan perubahan terhadap bentuk muka bumi dan
persekitaran kawasan tersebut bagi menyesuaikan keperluan mereka. Manusia di
bandar turut mengubah kawasan persekitaran dengan melakukan pembangunan di
kawasan tersebut. setiap kawasan persekitaran permukaan mempunyai fungsinya
yang tertentu. Ada sesetengah kawasan yang dijadikan sebagai kawasan tapak
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 14
pelupusan sampah seperti sisa – sisa hasil daripada kegiatan komuniti bandar seperti
sampah sarap daripada rumah iaitu sampak domestik, bangkai binatang yang mati,
tumbuhan yang mati, sampah jalanan dan pelbagai lagi. Kawasan tapak pelupusan
sampah ini juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Hal ini demikian
kerana, segala bahan – bahan yang terhasil daripada tindak balas sisa – sisa buangan
tersebut akan terserap ke dalam tanah dan menyebabkan tanah mengalami
pencemaran. Bahan – bahan yang terserap ke dalam tanah itu pula akan semakin
menyerap ke dalam tanah dan sehingga masuk ke dalam kawasan sumber air bawah
tanah di kawasan tak telap air dalam permukaan bumi, bahan tersebut akan bertindak
balas dengan sumber air bawah tanah sehingga menyebabkan sumber air bawah
tanah tersebut terdedah kepada pencemaran air. Bagi kawasan yang banyak
menggunakan sumber air bawah tanah seperti Kelantan yang banyak mengali perigi
bagi mendapatkan dan menggunakan sumber air bawah tanah kemungkinan besar
terdedah kepada mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada penggunaan
sumber air bawah tanah yang sudah tercemar seperti penyakit seperti penyakit air
kencing tikus, dan juga seperti penyakit yang menyerang di Bangladesh kerana beribu
– ribu perigi telah dicemari dengan asid arsenik yang berbahaya kepada manusia.
Oleh demikian itu, manusia akan mudah memperoleh penyakit kanser dan terdapat
juga sesetengah penduduk di negara tersebut yang mengalami kelumpuhan seluruh
badan selepas minum sumber air tersebut.
Selain itu, di kawasan bandar juga terdapat banyak kawasan yang hendak
dibangunkan dan banyak aktiviti pembangunan yang dijalankan di persekitaran
kawasan bandar dengan mengubah persekitaran kawasan bandar bagi memenuhi
keperluan manusia. Oleh demikian itu , aktiviti pembinaan banyak dilakukan di setiap
kawasan seperti pembinaan hospital untuk mempertingkatkan tahap kesihatan
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 15
penduduk bandar , sekolah pula dibina bagi kemudahan dalam pendidikan, bangunan
pejabat dan pelbagai lagi. Di samping itu, proses pembangunan yang dijalankan di
kawasan bandar ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada penduduk bandar,
kerana semasa proses pembinaan segala pembangunan ini telah mengundang
kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini demikian kerana, di kawasan
pembinaan biasanya akan terdapat banyak bahan – bahan, peralatan dan sisa – sisa
pembinaan yang terdapat di kawasan tersebut apabila hujan bahan – bahan dan
peralatan tersebut seperti tong –tong cat, kayu – kayu dan juga lopak –lopak air yang
boleh menakung air hujan dan air yang bertakung ini boleh menjadi habitat pembiakan
nyamuk aedes melalui pembiakan jentik –jentik. Menurut Chan et al.(1971a) antara
habitat yang selalu dipilih oleh nyamuk aedes ini adalah di kawasan atau benda yang
mudah untuk menakung air seperti tempayan, tayar, tong – tong atau bekas yang
sudah tidak digunakan, tangki dan juga tin – tin minuman yang sudah digunakan. Bagi
Sulaiman et al. (1991) pula dalam kajian yang dilakukan olehnya iaitu kajian
penyebaran dan kepadatan nyamuk “aedes aegypti” dan nyamuk “aedes
albopictus” di kawasan yang endemik demam denggi dan demam denggi berdarah
di kawasan Kuala Lumpur telah mendapati bahawa kebanyakan nyamuk jenis
tersebut membiak di dalam kawasan rumah, kedai dan juga kilang – kilang. Nyamuk
aedes ini akan menyebabkan penyakit demam denggi kepada sesiapa yang terkena
gigitan nyamuk aedes ini terutama sekali nyamuk betina , kerana nyamuk ini akan
menyebarkan virus tersebut melalui gigitan tadi sehingga menyebabkan manusia
memperoleh penyakit demam denggi seperti demam denggi berdarah yang amat
bahaya sekali. Antara simptom yang ditunjukkan oleh seseorang yang memperoleh
penyakit demam denggi berdarah adalah seperti sakit kepala, sakit pinggang, sakit
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 16
sendi, suhu badan meningkat dan terdapat bintik – bintik merah dan lebam pada
bahagian kulit.
Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah ini telah sekian lama
tersebar di seluruh Asia termasuk kawasan Pasifik dan Amerika. Hal ini berpunca
daripada aktiviti perbandaran yang dijalankan adalah tidak terkawal dan terancang,
peningkatan dalam pengangkutan udara dan juga terdapat perubahan dalam cara
hidup manusia akibat daripada aktiviti perbandaran. Ini akan menyebabkan timbul
kesukaran kawalan vektor denggi seperti “Aedes aegypti” dan juga akan turut
berlaku peningkatan kes demam denggi atau demam denggi berdarah dalam
kalangan penduduk di bandar ( Gubler 1993 ). Pada tahun 1993 penyakit denggi atau
demam denggi berdarah merupakan sejenis penyakit “arbovirus” yang menjangkiti
manusia sehingga 2 bilion manusia dalam keadaan bahaya dan setiap tahun
dianggarkan sebanyak 30 – 40 juta kes demam denggi dan kes demam denggi
berdarah sehingga mencecah puluhan sehingga ratusan ribu kes yang
dicatatkan.“Aedes aegypti” dan “Aedes albopictus” merupakan antara jenis
nyamuk aedes yang menyebarkan dan menularkan penyakit denggi atau demam
denggi berdarah di kebanyakan kawasan bandar di kawasan Asia Tenggara (Smith
1956; Rudnick 1967; Russell et al; Jumali et al. 1979,Harinasuta 1984).
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 17
Gambar rajah 3: Kitaran hidup nyamuk Aedes.
Gambar rajah 4: Nyamuk Aedes betina dewasa yang dikatakan menyebarkan
penyakit demam denggi berdarah.
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 18
3.4 BIOSFERA
Biosfera merupakan salah satu komponen alam sekitar terdiri daripada segala
hidupan yang terdapat di bumi dan saling bergantung antara satu sama lain dengan
komponen alam sekitar hidrosfera, litosfera dan atmosfera. Terdiri daripada ruang
hidupan yang tersendiri di mana terdapat sempadan yang tertentu antara komponen
alam sekitar yang lain, contoh kawasan kutub utara dan selatan ada sempadan yang
memisahkan dengan kawasan hutan hujan tropika. Segala hidupan di kutub dan juga
di kawasan hutan hujan tropika walaupun bebas melakukan pergerakan tapi
pergerakan yang dilakukan adalah dalam had sempadan tertentu di mana beruang
kutub tidak boleh hidup di kawasan hutan hujan tropika.
Gabungan antara 3 komponen alam sekitar iaitu atmosfera, hidrosfera dan
litosfera telah membentuk satu jaringan komponen biosfera dan komponen biosfera ini
amat penting bagi 3 komponen tersebut, seperti tumbuh – tumbuhan mempunyai
peranan yang penting dalam komponen hidrologi bagi menjalankan proses kitaran
hidrologi. Dari segi komponen litosfera pula komponen biosfera seperti tumbuh –
tumbuhan dan haiwan juga penting sebagai agen luluhawa dan semakin banyak
proses luluhawa berlaku maka semakin halus tanih yang dihasilkan. Perhubungan
yang wujud antara komponen ini adalah satu perhubungan yang seimbang dalam satu
sistem, namun perhubungan ini menjadi semakin tidak seimbang apabila biodiversiti
semakin lama semakin hilang dan ekosistem juga banyak yang telah terganggu kerana
aktiviti yang dijalankan manusia bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya mereka,
antara aktiviti yang semakin pesat berlaku pada masa sekarang adalah aktiviti
perbandaran.( Dr. Mariney Mohd Yusoff 2012)
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 19
Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen iaitu komponen sosial
ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi. Komponen alam
sekitar semula jadi di bandar semakin berkurang kerana di dominasi oleh alam sekitar
pembangunan. Permukaan alam semula jadi di bandar sudah banyak bertukar rupa,
di mana sudah digantikan dengan bangunan – bangunan dan permukaan yang
bersimen dan kurangnya litupan tumbuh – tumbuhan di kawasan bandar. Tumbuh –
tumbuhan atau pokok – pokok sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam
menghalang tiupan angin atau memperlahankan tiupan angin. Apabila angin yang
bertiup melalui kawasan yang tiada litupan tumbuhan biasanya akan memberi kesan
terhadap kawasan tersebut seperti tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan
kerosakan harta benda seperti rumah musnah dilanda ribut atau angin yang kencang
dan pelbagai lagi terutama sekali kawasan yang terletak di tepi pantai kerana biasanya
menerima tiupan angin yang kencang apabila tiada litupan pokok –pokok bakau di tepi
pantai. Peredaran udara tanpa halangan ini juga mempunyai kaitan dengan fenomena
H1N1 dan Bird Flu yang merebak melalui udara. Pada musim sejuk biasanya udara
yang beredar biasanya bersifat berat dan udara sejuk ini dari kawasan kutub utara dan
selatan ini akan beredar ke kawasan khatulistiwa melalui proses edaran umum
atmosfera dengan 3 sel peredaran udara iaitu Sel Polar berlaku di kawasan kutub, Sel
Hadley di kawasan khatulistiwa dan Sel Ferrell pula berlaku di kawasan tengah antara
kawasan kutub dan khatulistiwa di mana berlakunya daya koriolis dalam tiupan angin.
Tapi biasanya banyak faktor yang mempengaruhi laluan peredaran angin tersebut
kerana kawasan khatulistiwa mempunyai banyak litupan tumbuh – tumbuhan yang
tebal, manakala udara panas dari kawasan khatulistiwa pula akan beredar naik ke
kawasan kutub. Litupan tumbuhan itu yang bertindak sebagai zon penampan bagi
tiupan angin, tapi sekarang litupan tumbuhan di kawasan khatulistiwa semakin
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 20
berkurang terutama sekali di kawasan bandar, kerana banyak telah di tebang dan
dibersihkan bagi menjalankan aktiviti pembangunan kawasan bandar.
Wabak selesema burung yang melanda Asia telah mencatatkan kes jangkitan
yang tinggi terhadap manusia sehingga boleh membawa maut. Kes jangkitan wabak
selesema ini merebak dengan mendadak di antara negara seluruh dunia antara
negara yang dilaporkan menghadapi kes jangkitan wabak ini adalah Korea Selatan,
Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan China, Malaysia juga tidak
ketinggalan mendapat jangkitan wabak tersebut. Hal ini demikian kerana, peredaran
udara yang menyebabkan wabak tersebut cepat tersebar dan tersebar dalam ruang
lingkup yang besar.
4. KESIMPULAN
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 21
Kesimpulannya, aktiviti perbandaran sememangnya merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada berlaku merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini
demikian kerana aktiviti perbandaran telah mengganggu dan telah memusnahkan
sebahagian daripada komponen alam sekitar. Setiap komponen alam sekitar ini harus
beroperasi dalam keadaan yang seimbang bagi memperoleh keadaan alam sekitar
yang selamat untuk didiami dan juga memberi manfaat dan kebaikan kepada semua
hidupan di permukaan bumi ini. Setiap perubahan yang berlaku dalam antara empat
komponen alam sekitar semula jadi tersebut akan menyebabkan keseluruhan sistem
4 komponen alam sekitar pun akan turut mengalami perubahan. Perubahan yang
dialami dalam alam sekitar ini biasanya akan memberi kesan kepada kehidupan
manusia. Hal ini demikian kerana, alam sekitar adalah satu ruang lingkup yang besar
dan termasuk kawasan tempat tinggal kita dan juga merupakan salah satu ruang
lingkup kawasan yang digunakan kita untuk bernafas di muka bumi ini. Hal ini
menyebabkan, manusia mudah mendapat kesan langsung terutama dalam aspek
kesihatan itu sendiri seperti merebaknya pelbagai jenis penyakit.
Namun begitu , usaha daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi menangani
masalah merebaknya penyakit berjangkit dan sentiasa menjaga kepentingan alam
sekitar. Hal ini demikian kerana, gangguan terhadap alam sekitar fizikal akan
mengundang pelbagai kesan kepada manusia terutama sekali merebaknya pelbagai
jenis penyakit. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga penting bagi memperoleh
kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit yang berbahaya.
5. SUMBER RUJUKAN
Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306
Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 22
Thomas R. Detwyler dan Melvin G. Marcus (1985). Pembandaran dan
Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Terjemahan Sulung Mohamad. Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Prof. Madya Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2000). Siri Kesihatan Keluarga: Kenali
Gejala Penyakit Dan Rawatannya. Al – Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.
Sallehudin Sulaiman (1997). Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia
Perubatan :Vektor Denggi dan Vektor Demam Denggi Berdarah Kawalan
Terkini. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Noor Hassim Ismail (1993).Kesihatan Persekitaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

More Related Content

Similar to Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan

Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajadiedieku
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 
Lmcp 1532 tugasan 4 amalan terbaik sebuah bandar
Lmcp 1532 tugasan 4   amalan terbaik sebuah bandarLmcp 1532 tugasan 4   amalan terbaik sebuah bandar
Lmcp 1532 tugasan 4 amalan terbaik sebuah bandaraminnuddin noor azman
 
Artikel puan rozita2
Artikel puan rozita2Artikel puan rozita2
Artikel puan rozita2Ieda Syieda
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukAsmawi Abdullah
 
Projek akhir
Projek akhirProjek akhir
Projek akhirA170227
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Sisubalan Selvan
 
Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Erin Rosli
 
RPT 2015 Sains Tingkatan 1
RPT 2015 Sains Tingkatan 1RPT 2015 Sains Tingkatan 1
RPT 2015 Sains Tingkatan 1Cikgu Hailmi
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21AFIFI AZIZ
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Nadia Syafikah
 
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...NORHAZLINABINTISAHAR
 
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHOR
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHORKEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHOR
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHORyeohweyfern
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanNasyitah Ghani
 

Similar to Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan (20)

Pencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit rajaPencemaran air di parit raja
Pencemaran air di parit raja
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
Lmcp 1532 tugasan 4 amalan terbaik sebuah bandar
Lmcp 1532 tugasan 4   amalan terbaik sebuah bandarLmcp 1532 tugasan 4   amalan terbaik sebuah bandar
Lmcp 1532 tugasan 4 amalan terbaik sebuah bandar
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Artikel puan rozita2
Artikel puan rozita2Artikel puan rozita2
Artikel puan rozita2
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Projek akhir
Projek akhirProjek akhir
Projek akhir
 
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
 
Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21
 
Rpt sc t1 2015
Rpt sc t1 2015Rpt sc t1 2015
Rpt sc t1 2015
 
RPT 2015 Sains Tingkatan 1
RPT 2015 Sains Tingkatan 1RPT 2015 Sains Tingkatan 1
RPT 2015 Sains Tingkatan 1
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24Lp mokhtar muhammad_98_24
Lp mokhtar muhammad_98_24
 
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
Tahap_Kesedaran_Teknologi_Hijau_Dalam_Kalangan_Pelajar_KKS2_MPCC (2)- TAMBAH ...
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
 
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHOR
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHORKEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHOR
KEMAPANAN BANDAR PONTIAN, JOHOR
 
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa DepanBahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
Bahagian 12 - Rekabentuk Bandar Masa Depan
 

Anea 3306 alam sekitar dan kesihatan

  • 1. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 1 ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN SESI 2011/2012 1. SOALAN TUGASAN 1 Bincangkan bagaimana aktiviti perbandaran menyumbang kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit. Arahan: 1. 2000 – 2500 patah perkataan 2. Sertakan gambar atau carta aliran yang sesuai 3. Masukkan contoh-contoh kes (HINI, Bird flu, denggi dan sebagainya) 4. Pastikan penulisan ditulis mengikut aturan penulisan yang betul – perlu ada rujukan penulisan 5. Tulis rujukan di bahagian akhir. 6. TARIKH SERAHAN : MINGGU 9
  • 2. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 2 2. PENGENALAN Sistem alam sekitar semula jadi terdiri daripada empat komponen utama iaitu komponen atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera, setiap komponen alam sekitar ini saling bertindak balas antara satu sama lain dan mewujudkan satu sistem alam sekitar yang seimbang dan memberi kesejahteraan kepada manusia ( merujuk gambar rajah 1). Hal ini demikian kerana, alam sekitar amat penting kepada manusia untuk hidup, manusia saling bergantung kepada alam sekitar bagi memenuhi keperluan mereka dan keperluan manusia terbahagi kepada dua iaitu keperluan biologi dan keperluan budaya. Keperluan biologi lebih merangkumi kepada satu bentuk keperluan asas seperti makanan, minuman dan oksigen untuk bernafas, bagi memenuhi keperluan biologi ini manusia tidak perlu melakukan perubahan terhadap alam sekitar tetapi alam sekitar akan bertindak secara semula jadi. Bagi keperluan budaya pula alam sekitar merupakan bukan satu keperluan asas tetapi lebih kepada kepentingan dalam memenuhi keselesaan hidup, biasanya melibatkan pelbagai aktiviti antaranya aktiviti yang berteraskan ekonomi, pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Alam sekitar pada masa ini akan mengalami perubahan kerana telah diterokai oleh manusia. SISTEMLITOSFERA
  • 3. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 3 Gambar rajah 1: Menunjukkan perhubungan antara empat komponen alam sekitar semula jadi. Pada awalnya alam semula jadi ini merupakan satu kawasan yang asli dan masih dara serta masih belum diteroka dan pada masa ini dikenali sebagai proses determinism. Pada masa ini juga alam sekitar masih belum terjejas dan masih 100% asli dan alam sekitar yang banyak mempengaruhi manusia. Banyak aktiviti manusia pada masa ini adalah terhad kerana pengaruh faktor alam semula jadi, manusia banyak menjalankan aktiviti yang hanya bagi memenuhi keperluan biologi mereka. Namun, pada era manusia maju dan kaya dengan kemahiran teknologi maka wujudnya konsep possibilisme di mana pada masa ini manusia yang banyak mempengaruhi alam semula jadi. Manusia pada masa ini mula membangunkan alam sekitar bagi memenuhi keperluan budaya mereka. Banyak kawasan alam semula jadi sudah mula diteroka oleh manusia antaranya bertujuan bagi melakukan aktiviti membangunkan kawasan bandar. 2.1 DEFINISI BANDAR DAN PERBANDARAN SISTEMATMOSFERA SISTEMHIDROSFERA SISTEMBIOSFERA
  • 4. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 4 Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun bagi menuju ke arah negara yang maju, dalam mencapai taraf menjadi sebuah negara maju Malaysia perlu mahir dan maju dalam pelbagai bidang bagi bersaing dengan negara maju yang lain. Setiap negara yang menuju ke arah negara maju ini biasanya akan mengalami proses perkembangan bandar yang pesat. Menurut seorang pengkaji geografi bandar Khatimah Rostam (1988) telah mendefinisikan sesuatu bandar itu dengan melihat dari segi aspek keadaan fizikal sesebuah bandar itu antaranya dari segi jumlah penduduk, kepadatan penduduk bagi setiap 1 kilometer persegi dan peratusan pekerja yang terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor. Contoh situasi di Malaysia yang telah menetapkan bagi setiap kawasan yang telah mencapai bilangan penduduk seramai 10 000 orang maka kawasan ini boleh diiktiraf sebagai kawasan bandar dan turut berlaku transformasi dari segi tahap sesebuah kawasan itu daripada kawasan desa atau pekan berkembang dan berubah menjadi sebuah kawasan bandar, proses ini boleh dikenali sebagai proses perbandaran. Perbandaran adalah satu proses yang berlaku di sesuatu kawasan kerana kawasan tersebut telah menjadi tumpuan penduduk, pembangunan dan juga terdapat pelbagai keperluan dan juga kelengkapan kemudahan. Menurut Khatimah Rostam (1988) dalam bukunya “Pengantar Geografi Bandar” telah mentakrifkan perbandaran sebagai satu proses penumpuan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan yang dikenali sebagai bandar. Perbandaran juga merupakan proses yang dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan penduduk, kadar migrasi penduduk desa ke bandar, kawasan perniagaan. Perkhidmatan, industri dan juga keluasan bandar tersebut menurut seorang pengkaji bandar T.G Mc Gee. Sulong Mohamad (1922) telah mendefinisikan bandar sebagai sebuah kawasan penempatan yang mempunyai ciri – ciri dari segi saiz kepadatan pekerjaan
  • 5. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 5 dan juga fungsi – fungsi dan nilai – nilai masyarakat yang tertentu. Beliau juga turut memberi beberapa kriteria tentang bandar iaitu:  Saiz minimum penduduk di sesebuah bandar. Contoh Malaysia saiz minimum penduduk di sesebuah kawasan bandar adalah seramai 10 000 orang  Mempunyai kepadatan penduduk. Contoh di India kepadatan penduduknya adalah 385 orang bagi setiap 1 km persegi.  Peratusan pekerjaan bukan dalam sektor pertanian. Contoh di Amerika Syarikat di mana peratusan penduduk yang bekerja dalam sektor lain daripada pertanian adalah tinggi iaitu sebanyak 75 % daripada keseluruhan penduduk.  Letakkan dan fungsi bandar sebagai kawasan pusat dari segi pelbagai aspek antaranya adalah aspek ekonomi, pentadbiran , dan budaya.  Masyarakat di bandar gaya hidup lebih kepada pentingkan diri sendiri (individualistik), formal dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang longgar  Kebanyakan kawasan yang asalnya dibangunkan sebagai kawasan pertanian telah dibangunkan semula tapi bukan kegunaan untuk pertanian. Bandar menurut Melvin G. Marcus dan Thomas Detwyler adalah satu ciptaan yang terdapat pengaruh manusia ke atas sumber alam semula jadi dan merupakan tempat di mana manusia telah banyak melakukan perubahan terhadap pelbagai sumber seperti air, organisma dan udara. Bandar juga merupakan satu ruang manusia memulakan dan mengawal perubahan yang berlaku dalam habitatnya. Proses pembandaran yang dilakukan oleh manusia telah membentuk dan mewujudkan satu
  • 6. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 6 ekosistem baru di mana terdapat interaksi antara manusia, pekerjaannya dan alam semula jadi, interaksi yang wujud adalah bersifat kompleks. 3. AKTIVITI PERBANDARAN MENYUMBANG KEPADA PEREBAKAN PELBAGAI JENIS PENYAKIT Aktiviti perbandaran yang semakin pesat ini juga telah menyebabkan berlaku perubahan terhadap keseimbangan alam sekitar. Perubahan yang berlaku ini juga telah mendorong alam sekitar adaptasi perubahan yang dilakukan oleh manusia ini yang bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya manusia. Hal ini telah menyebabkan pelbagai kesan yang akan timbul dan kesan tersebut sama ada kesan positif, negatif mahupun kesan yang berskala kecil atau besar kepada manusia kerana interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pada kebiasaannya kesan negatif adalah lebih banyak daripada kesan positif, antara kesan negatif seperti menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit sehingga dapat menggugat kesejahteraan kehidupan manusia. Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen utama iaitu alam sekitar sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi (merujuk gambar rajah 2). Komponen alam sekitar pembangunan merupakan komponen yang paling besar dan yang mendominasi alam sekitar semula jadi di kawasan bandar. Hal in telah menyebabkan komponen alam sekitar semula jadi yang terdiri daripada empat komponen semakin mengecil dalam alam sekitar bandar. Aktiviti manusia di kawasan bandar yang telah mendorong kepada semakin besar skala alam sekitar pembangunan di kawasan bandar.
  • 7. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 7 Gambar rajah 2: Komponen alam sekitar bandar Antara aktiviti yang terlibat dalam perbandaran adalah aktiviti perindustrian, perkhidmatan, pengangkutan, pembangunan, penempatan, kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi. Setiap aktiviti ini memberi kesan atas empat komponen alam sekitar semula jadi dan juga sehingga menyebabkan merebaknya pelbagai jenis penyakit dan menjejaskan kesihatan manusia. 3.1 KOMPONEN ATMOSFERA Perhubungan alam sekitar dan manusia Natural environme nt Socio-economic environment Built environment
  • 8. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 8 Ruang atmosfera di bandar dalamnya banyak mengandungi komposisi gas dan zarah debu, dan dikatakan terdapat antara 4 hingga 1000 kali ganda lebih banyak debu dalam ruang udara di bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Kebanyakan gas dan debu ini terhasil akibat daripada aktiviti perindustrian dan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan bandar. Antara bahan yang terkandung dalam debu – debu dan gas – gas tercemar di kawasan bandar ini adalah plumbum dan kebanyakan penduduk bandar mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam darah berbanding penduduk luar bandar dan komposisi udara di bandar juga mempunyai 10 kali ganda lebih banyak micro-organisma berbanding dengan komposisi udara di luar bandar. (Reid A. Bryson dan John E. Ross 1985: Iklim Di Bandar).Ini menyebabkan udara yang kita sedut setiap hari untuk bernafas mengandungi pelbagai bentuk bahan pencemar dan kebanyakan dalam bentuk debu yang halus yang tidak lihat oleh penglihatan manusia sendiri. Aktiviti perindustrian merupakan antara aktiviti yang banyak memberi kesan ke atas komponen sistem alam sekitar semula jadi atmosfera. Kawasan industri menyebarkan sehingga 4000 zarah mm-3 iaitu 1000 kali ganda lebih banyak debu berbanding dengan jumlah debu yang terkandung dalam komposisi udara di luar bandar. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan dan setiap lapisan tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri seperti lapisan troposfera merupakan lapisan zon hidupan dan lapisan stratosfera pula merupakan lapisan yang terdiri daripada ozon yang bertindak sebagai menghalang sinaran UV yang berbahaya daripada matahari dari sampai ke permukaan bumi, kerana sinaran ini berbahaya kepada semua hidupan di muka bumi terutama sekali manusia. Komponen atmosfera ini juga terdiri daripada komposisi - komposisi udara yang sentiasa beredar yang sentiasa mengimbangi suhu bumi. Aktiviti perindustrian biasanya akan menghasilkan bahan –
  • 9. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 9 bahan tercemar terutama sekali aktiviti perindustrian yang melibatkan pemprosesan seperti industri aerosol, industri foam dan pelbagai lagi dan aktiviti ini dikatakan memberi kesan merebaknya pelbagai penyakit. Hal ini demikian kerana aktiviti perindustrian akan menyalurkan bahan – bahan tercemar seperti debu, asap – asap yang terdiri daripada gas- gas yang berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida dan pelbagai lagi melalui serombong asap. Gas – gas ini akan bergerak dalam ruang atmosfera terutama sekali apabila suhu panas di mana keadaan udara yang kering dan ringan. Gas –gas berbahaya seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida akan di bawa oleh angin ke kawasan yang lebih jauh dan semakin jauh gas tersebut ditiup semakin berbahaya gas tersebut kerana sepanjang peredaran itu gas tersebut boleh bertindak balas dengan komponen gas dan partikel lain yang terdapat dalam udara, dan secara tidak langsung akan menyebabkan gas tersebut menjadi semakin berbahaya. Antara kesan yang timbul akibat daripada perlepasan gas – gas berbahaya ini daripada aktiviti perindustrian adalah akan menyebabkan peningkatan penyakit yang berkaitan masalah saluran pernafasan dalam kalangan manusia, seperti penyakit “pneumonia” atau radang paru – paru, asthma, kanser paru – paru, bronkitis dan pelbagai lagi. Contoh penyakit Asthma adalah sejenis penyakit pengecutan saluran pernafasan yang berpunca daripada radang saluran, dan paru – paru juga akan berubah menjadi mengecut kerana saluran pernafasan yang sensitif terhadap bahan –bahan pencemar atau bahan alergi yang ada di sekeliling seperti asap daripada aktiviti pembakaran terbuka, kilang yang melepaskan asap yang mengandungi gas – gas pencemar seperti sulfur dioksida dan karbon monoksida dan pelbagai lagi. Pada kebiasaannya, manusia yang jauh daripada kawasan
  • 10. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 10 perindustrian kan mendapat kesan yang lebih teruk lagi berbanding kesan yang diperoleh manusia yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian. 3.2 KOMPONEN HIDROSFERA Air merupakan antara komponen penting dalam keperluan hidup. Manusia menggunakan air untuk melakukan aktiviti domestik seperti membasuh, memasak dan juga merupakan sumber minuman. Sumber air boleh didapati daripada tiga sumber utama iaitu air permukaan seperti sungai dan tasik, lautan dan sumber air bawah tanah. Pembangunan di kawasan bandar menyebabkan kebanyakan permukaan tanah telah bertukar menjadi permukaan yang tidak serap air kerana telah diturap dengan tar atau bitumen dan juga ada yang telah disimen. Perkembangan bandar yang berlaku secara berperingkat demi peringkat akan memberi kesan ke atas sistem hidrologi kerana pembangunan tanah di kawasan bandar telah banyak mengubah keadaan fizikal permukaan tanah dan laluan saliran. Bandar merupakan antara kawasan yang kerap menerima hujan kerana nukleus pemeluwapan yang banyak akibat daripada pelbagai aktiviti manusia yang dijalankan di bandar. Apabila berlaku hujan lebat akan menyebabkan berlaku lebihan air larian permukaan, air hujan yang turun ke permukaan bumi tidak dapat diserap masuk ke dalam tanah kerana permukaan tanah yang sudah diturap dan bersifat tidak telap air sehingga mengundang kepada berlakunya kejadian banjir seperti banjir kilat yang baru – baru ini kerap berlaku di Kuala Lumpur apabila berlaku hujan yang lebat. Umumnya, jika kita lihat aktiviti perbandaran menyebabkan berlakunya banjir yang besar dan juga kekerapan berlaku banjir adalah tinggi. Selain daripada faktor banyak kawasan yang tidak telap air di bandar yang menyebabkan banjir, banjir juga kerap berlaku di
  • 11. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 11 kawasan bandar yang di bangunkan dan terletak berhampiran dengan dataran banjir yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir secara semula jadi. Kejadian banjir yang berlaku biasanya akan meninggalkan banyak kesan kepada manusia di bandar selain daripada kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa yang terkorban akibat lemas, penularan pelbagai jenis penyakit turut berlaku antaranya penyakit taun atau dikenali sebagai “Cholera”. Penyakit taun merupakan penyakit bawaan air dan penyakit ini disebabkan oleh bakteria “Vibro cholera”. Penyakit ini juga menular dan boleh dijangkiti akibat daripada penggunaan air dan pengambilan makanan yang telah tercemar dengan najis manusia dan haiwan terutama sekali apabila musim banjir, kerana pada musim ini kekurangan bekalan makanan dan minuman yang bersih. Penyakit ini juga boleh membawa maut kepada manusia sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sempurna. Selain penyakit taun, banjir juga boleh menyebabkan penularan penyakit “Leptrospirosis” atau di kenali sebagai penyakit kencing tikus. Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit akibat daripada bakteria “genus Leptospira” yang terdapat dalam air kencing tikus. Pada musim banjir biasanya bilangan tikus akan meningkat dan menghuni di kawasan yang selamat daripada banjir bersama dengan manusia, hal ini menyebabkan secara tidak langsung manusia akan terdedah kepada penyakit kencing tikus ini kerana kebarangkalian keterdedahan makanan dan minuman manusia kepada air kencing tikus adalah tinggi kerana bilangannya yang banyak. (Bharti et. al 2003). Berdasarkan gambar rajah 2 di bawah menunjukkan bagaimana penyakit kencing tikus merebak dan berjangkit kepada manusia. Selain itu, proses penyejatan dalam kitaran hidrologi yang menukar air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air kemudian naik ke atas dalam ruang
  • 12. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 12 lingkup atmosfera atau udara yang mempunyai banyak bahan – bahan terampai dan tercemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang terhasil daripada pelbagai aktiviti yang terdapat di kawasan bandar seperti aktiviti perindustrian, pengangkutan dan pelbagai lagi. Bahan – bahan terampai atau gas – gas pencemar ini akan berlegar dalam ruang udara dan apabila hujan turun bahan – bahan pencemar tersebut akan masuk dalam titisan –titisan hujan dan bergabung. Hal ini telah menyebabkan hujan yang turun mengandungi bahan pencemar dan akan bertindak balas, turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini biasanya akan menjejaskan kesihatan pelbagai hidupan di muka bumi terutama sekali manusia, di mana manusia akan mengalami kegatalan kulit sekiranya terkena hujan asid dan hujan asid ini juga mendedahkan manusia kepada risiko mendapat penyakit kanser kulit kerana air hujan tersebut yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan pencemar yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
  • 13. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 13 Gambar rajah 3: Populasi tikus yang dikatakan membawa wabak penyakit kencing tikus (Leptospirosis). Gambar rajah 4: Memaparkan bagaimana penyakit Leptrospirosis merebak dan menjangkiti manusia. 3.3 LITOSSFERA Litosfera merupakan komponen alam semula jadi yang terdiri daripada kepelbagaian bentuk permukaan bumi dan jenis tanah dan batuan yang berbeza. Di bandar manusia banyak melakukan perubahan terhadap bentuk muka bumi dan persekitaran kawasan tersebut bagi menyesuaikan keperluan mereka. Manusia di bandar turut mengubah kawasan persekitaran dengan melakukan pembangunan di kawasan tersebut. setiap kawasan persekitaran permukaan mempunyai fungsinya yang tertentu. Ada sesetengah kawasan yang dijadikan sebagai kawasan tapak
  • 14. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 14 pelupusan sampah seperti sisa – sisa hasil daripada kegiatan komuniti bandar seperti sampah sarap daripada rumah iaitu sampak domestik, bangkai binatang yang mati, tumbuhan yang mati, sampah jalanan dan pelbagai lagi. Kawasan tapak pelupusan sampah ini juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Hal ini demikian kerana, segala bahan – bahan yang terhasil daripada tindak balas sisa – sisa buangan tersebut akan terserap ke dalam tanah dan menyebabkan tanah mengalami pencemaran. Bahan – bahan yang terserap ke dalam tanah itu pula akan semakin menyerap ke dalam tanah dan sehingga masuk ke dalam kawasan sumber air bawah tanah di kawasan tak telap air dalam permukaan bumi, bahan tersebut akan bertindak balas dengan sumber air bawah tanah sehingga menyebabkan sumber air bawah tanah tersebut terdedah kepada pencemaran air. Bagi kawasan yang banyak menggunakan sumber air bawah tanah seperti Kelantan yang banyak mengali perigi bagi mendapatkan dan menggunakan sumber air bawah tanah kemungkinan besar terdedah kepada mendapat pelbagai penyakit yang berpunca daripada penggunaan sumber air bawah tanah yang sudah tercemar seperti penyakit seperti penyakit air kencing tikus, dan juga seperti penyakit yang menyerang di Bangladesh kerana beribu – ribu perigi telah dicemari dengan asid arsenik yang berbahaya kepada manusia. Oleh demikian itu, manusia akan mudah memperoleh penyakit kanser dan terdapat juga sesetengah penduduk di negara tersebut yang mengalami kelumpuhan seluruh badan selepas minum sumber air tersebut. Selain itu, di kawasan bandar juga terdapat banyak kawasan yang hendak dibangunkan dan banyak aktiviti pembangunan yang dijalankan di persekitaran kawasan bandar dengan mengubah persekitaran kawasan bandar bagi memenuhi keperluan manusia. Oleh demikian itu , aktiviti pembinaan banyak dilakukan di setiap kawasan seperti pembinaan hospital untuk mempertingkatkan tahap kesihatan
  • 15. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 15 penduduk bandar , sekolah pula dibina bagi kemudahan dalam pendidikan, bangunan pejabat dan pelbagai lagi. Di samping itu, proses pembangunan yang dijalankan di kawasan bandar ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada penduduk bandar, kerana semasa proses pembinaan segala pembangunan ini telah mengundang kepada merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini demikian kerana, di kawasan pembinaan biasanya akan terdapat banyak bahan – bahan, peralatan dan sisa – sisa pembinaan yang terdapat di kawasan tersebut apabila hujan bahan – bahan dan peralatan tersebut seperti tong –tong cat, kayu – kayu dan juga lopak –lopak air yang boleh menakung air hujan dan air yang bertakung ini boleh menjadi habitat pembiakan nyamuk aedes melalui pembiakan jentik –jentik. Menurut Chan et al.(1971a) antara habitat yang selalu dipilih oleh nyamuk aedes ini adalah di kawasan atau benda yang mudah untuk menakung air seperti tempayan, tayar, tong – tong atau bekas yang sudah tidak digunakan, tangki dan juga tin – tin minuman yang sudah digunakan. Bagi Sulaiman et al. (1991) pula dalam kajian yang dilakukan olehnya iaitu kajian penyebaran dan kepadatan nyamuk “aedes aegypti” dan nyamuk “aedes albopictus” di kawasan yang endemik demam denggi dan demam denggi berdarah di kawasan Kuala Lumpur telah mendapati bahawa kebanyakan nyamuk jenis tersebut membiak di dalam kawasan rumah, kedai dan juga kilang – kilang. Nyamuk aedes ini akan menyebabkan penyakit demam denggi kepada sesiapa yang terkena gigitan nyamuk aedes ini terutama sekali nyamuk betina , kerana nyamuk ini akan menyebarkan virus tersebut melalui gigitan tadi sehingga menyebabkan manusia memperoleh penyakit demam denggi seperti demam denggi berdarah yang amat bahaya sekali. Antara simptom yang ditunjukkan oleh seseorang yang memperoleh penyakit demam denggi berdarah adalah seperti sakit kepala, sakit pinggang, sakit
  • 16. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 16 sendi, suhu badan meningkat dan terdapat bintik – bintik merah dan lebam pada bahagian kulit. Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah ini telah sekian lama tersebar di seluruh Asia termasuk kawasan Pasifik dan Amerika. Hal ini berpunca daripada aktiviti perbandaran yang dijalankan adalah tidak terkawal dan terancang, peningkatan dalam pengangkutan udara dan juga terdapat perubahan dalam cara hidup manusia akibat daripada aktiviti perbandaran. Ini akan menyebabkan timbul kesukaran kawalan vektor denggi seperti “Aedes aegypti” dan juga akan turut berlaku peningkatan kes demam denggi atau demam denggi berdarah dalam kalangan penduduk di bandar ( Gubler 1993 ). Pada tahun 1993 penyakit denggi atau demam denggi berdarah merupakan sejenis penyakit “arbovirus” yang menjangkiti manusia sehingga 2 bilion manusia dalam keadaan bahaya dan setiap tahun dianggarkan sebanyak 30 – 40 juta kes demam denggi dan kes demam denggi berdarah sehingga mencecah puluhan sehingga ratusan ribu kes yang dicatatkan.“Aedes aegypti” dan “Aedes albopictus” merupakan antara jenis nyamuk aedes yang menyebarkan dan menularkan penyakit denggi atau demam denggi berdarah di kebanyakan kawasan bandar di kawasan Asia Tenggara (Smith 1956; Rudnick 1967; Russell et al; Jumali et al. 1979,Harinasuta 1984).
  • 17. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 17 Gambar rajah 3: Kitaran hidup nyamuk Aedes. Gambar rajah 4: Nyamuk Aedes betina dewasa yang dikatakan menyebarkan penyakit demam denggi berdarah.
  • 18. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 18 3.4 BIOSFERA Biosfera merupakan salah satu komponen alam sekitar terdiri daripada segala hidupan yang terdapat di bumi dan saling bergantung antara satu sama lain dengan komponen alam sekitar hidrosfera, litosfera dan atmosfera. Terdiri daripada ruang hidupan yang tersendiri di mana terdapat sempadan yang tertentu antara komponen alam sekitar yang lain, contoh kawasan kutub utara dan selatan ada sempadan yang memisahkan dengan kawasan hutan hujan tropika. Segala hidupan di kutub dan juga di kawasan hutan hujan tropika walaupun bebas melakukan pergerakan tapi pergerakan yang dilakukan adalah dalam had sempadan tertentu di mana beruang kutub tidak boleh hidup di kawasan hutan hujan tropika. Gabungan antara 3 komponen alam sekitar iaitu atmosfera, hidrosfera dan litosfera telah membentuk satu jaringan komponen biosfera dan komponen biosfera ini amat penting bagi 3 komponen tersebut, seperti tumbuh – tumbuhan mempunyai peranan yang penting dalam komponen hidrologi bagi menjalankan proses kitaran hidrologi. Dari segi komponen litosfera pula komponen biosfera seperti tumbuh – tumbuhan dan haiwan juga penting sebagai agen luluhawa dan semakin banyak proses luluhawa berlaku maka semakin halus tanih yang dihasilkan. Perhubungan yang wujud antara komponen ini adalah satu perhubungan yang seimbang dalam satu sistem, namun perhubungan ini menjadi semakin tidak seimbang apabila biodiversiti semakin lama semakin hilang dan ekosistem juga banyak yang telah terganggu kerana aktiviti yang dijalankan manusia bagi memenuhi keperluan biologi dan budaya mereka, antara aktiviti yang semakin pesat berlaku pada masa sekarang adalah aktiviti perbandaran.( Dr. Mariney Mohd Yusoff 2012)
  • 19. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 19 Alam sekitar bandar terdiri daripada tiga komponen iaitu komponen sosial ekonomi, alam sekitar pembangunan dan alam sekitar semula jadi. Komponen alam sekitar semula jadi di bandar semakin berkurang kerana di dominasi oleh alam sekitar pembangunan. Permukaan alam semula jadi di bandar sudah banyak bertukar rupa, di mana sudah digantikan dengan bangunan – bangunan dan permukaan yang bersimen dan kurangnya litupan tumbuh – tumbuhan di kawasan bandar. Tumbuh – tumbuhan atau pokok – pokok sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menghalang tiupan angin atau memperlahankan tiupan angin. Apabila angin yang bertiup melalui kawasan yang tiada litupan tumbuhan biasanya akan memberi kesan terhadap kawasan tersebut seperti tiupan angin yang kencang boleh menyebabkan kerosakan harta benda seperti rumah musnah dilanda ribut atau angin yang kencang dan pelbagai lagi terutama sekali kawasan yang terletak di tepi pantai kerana biasanya menerima tiupan angin yang kencang apabila tiada litupan pokok –pokok bakau di tepi pantai. Peredaran udara tanpa halangan ini juga mempunyai kaitan dengan fenomena H1N1 dan Bird Flu yang merebak melalui udara. Pada musim sejuk biasanya udara yang beredar biasanya bersifat berat dan udara sejuk ini dari kawasan kutub utara dan selatan ini akan beredar ke kawasan khatulistiwa melalui proses edaran umum atmosfera dengan 3 sel peredaran udara iaitu Sel Polar berlaku di kawasan kutub, Sel Hadley di kawasan khatulistiwa dan Sel Ferrell pula berlaku di kawasan tengah antara kawasan kutub dan khatulistiwa di mana berlakunya daya koriolis dalam tiupan angin. Tapi biasanya banyak faktor yang mempengaruhi laluan peredaran angin tersebut kerana kawasan khatulistiwa mempunyai banyak litupan tumbuh – tumbuhan yang tebal, manakala udara panas dari kawasan khatulistiwa pula akan beredar naik ke kawasan kutub. Litupan tumbuhan itu yang bertindak sebagai zon penampan bagi tiupan angin, tapi sekarang litupan tumbuhan di kawasan khatulistiwa semakin
  • 20. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 20 berkurang terutama sekali di kawasan bandar, kerana banyak telah di tebang dan dibersihkan bagi menjalankan aktiviti pembangunan kawasan bandar. Wabak selesema burung yang melanda Asia telah mencatatkan kes jangkitan yang tinggi terhadap manusia sehingga boleh membawa maut. Kes jangkitan wabak selesema ini merebak dengan mendadak di antara negara seluruh dunia antara negara yang dilaporkan menghadapi kes jangkitan wabak ini adalah Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan China, Malaysia juga tidak ketinggalan mendapat jangkitan wabak tersebut. Hal ini demikian kerana, peredaran udara yang menyebabkan wabak tersebut cepat tersebar dan tersebar dalam ruang lingkup yang besar. 4. KESIMPULAN
  • 21. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 21 Kesimpulannya, aktiviti perbandaran sememangnya merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlaku merebaknya pelbagai jenis penyakit. Hal ini demikian kerana aktiviti perbandaran telah mengganggu dan telah memusnahkan sebahagian daripada komponen alam sekitar. Setiap komponen alam sekitar ini harus beroperasi dalam keadaan yang seimbang bagi memperoleh keadaan alam sekitar yang selamat untuk didiami dan juga memberi manfaat dan kebaikan kepada semua hidupan di permukaan bumi ini. Setiap perubahan yang berlaku dalam antara empat komponen alam sekitar semula jadi tersebut akan menyebabkan keseluruhan sistem 4 komponen alam sekitar pun akan turut mengalami perubahan. Perubahan yang dialami dalam alam sekitar ini biasanya akan memberi kesan kepada kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana, alam sekitar adalah satu ruang lingkup yang besar dan termasuk kawasan tempat tinggal kita dan juga merupakan salah satu ruang lingkup kawasan yang digunakan kita untuk bernafas di muka bumi ini. Hal ini menyebabkan, manusia mudah mendapat kesan langsung terutama dalam aspek kesihatan itu sendiri seperti merebaknya pelbagai jenis penyakit. Namun begitu , usaha daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi menangani masalah merebaknya penyakit berjangkit dan sentiasa menjaga kepentingan alam sekitar. Hal ini demikian kerana, gangguan terhadap alam sekitar fizikal akan mengundang pelbagai kesan kepada manusia terutama sekali merebaknya pelbagai jenis penyakit. Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga penting bagi memperoleh kesihatan yang baik dan bebas daripada penyakit yang berbahaya. 5. SUMBER RUJUKAN
  • 22. Alam Sekitar & Kesihatan ANEA 3306 Jabatan Geografi , Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya . 22 Thomas R. Detwyler dan Melvin G. Marcus (1985). Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Terjemahan Sulung Mohamad. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Prof. Madya Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2000). Siri Kesihatan Keluarga: Kenali Gejala Penyakit Dan Rawatannya. Al – Hidayah Publishers, Kuala Lumpur. Sallehudin Sulaiman (1997). Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia Perubatan :Vektor Denggi dan Vektor Demam Denggi Berdarah Kawalan Terkini. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Noor Hassim Ismail (1993).Kesihatan Persekitaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.