SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
SIARAN AKHBAR
UCAPAN Y.B DATUK RAYMOND TAN SHU KIAH MENTERI
PEMBANGUNAN MASYARAKAT & HAL EHWAL PENGGUNA SEMPENA
PELANCARAN   PROGRAM    PERINTIS  KITAR      SEMULA     MAJLIS
PERBANDARAN SANDAKAN PADA 14 APRIL 2001 – 9:00 PAGI BERTEMPAT
DI DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana
memberi peluang kepada saya hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam acara
yang amat penting kepada kebaikan masyarakat serta Majlis ini iaitu pelancaran
Kempen Kitar Semula di daerah Sandakan pada pagi ini.

Kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan telah memulakan kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh
Negara. Kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah
dilancarkan pada 2 Disember 2000. Kempen ini bukanlah kali pertama dianjurkan
oleh Kerajaan. Malah pada tahun 1993 kempen ini telah dilaksanakan tetapi
malangnya kurang berjaya. Namun, kegagalan tersebut amat berguna kepada kita
kerana daripadanya kita telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang harus diatasi.
Justeru itu, dalam kempen kedua Program Perintis Kitar Semula kali ini, Kerajaan
telah membelanjakan sejumlah kewangan yang besar untuk menyediakan kemudahan
seperti tong kitar semula serta bahan-bahan pendidikan termasuk iklan di televisyen.
Semua ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan mendapatkan penglibatan lebih
ramai golongan masyarakat, baik masyarakat pengguna mahupun masyarakat peniaga.

Apabila Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan program perintis kitar semula,
tujuan kita ialah mengurangkan jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan
sampah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan telah menganggarkan bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan
membelanjakan antara 40% hingga 70% perbelanjaan tahunannya untuk mengutip
dan melupuskan sampah. Pertambahan jumlah penduduk dari setahun ke setahun di
seluruh negara akan meningkatkan lagi isipadu sampah-sarap yang dihasilkan dan
seterusnya menambah perbelanjaan serta menyulitkan lagi Pihak Berkuasa Tempatan
mendapatkan tapak pelupusan yang sesuai pada masa akan datang. Pembuangan
sampah-sarap yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesihatan penduduk dan
kualiti serta estetika alam sekitar.

Menyentuh tentang kawasan kita sendiri, saya difahamkan bahawa Majlis
Perbandaran Sandakan mengutip lebih kurang 170 tan sampah-sarap setiap hari. Ini
tidak termasuk besi-besi buruk atau sampah-sarap yang dibuang sendiri oleh individu
atau syarikat-syarikat yang beroperasi di sini. Semua sampah-sarap ini dibuang ke
tapak pembuangan sampah atau dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan haram
sehingga menjejaskan keindahan dan estetika perbandaran. Akibatnya, Majlis
Perbandaran Sandakan membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit setiap tahun untuk
mengendalikan pengurusan sampah-sarap tersebut.

Program perintis kitar semula yang sedang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini
tidak harus dilihat hanya sebagai kempen semata-mata. Kita harus diingat bahawa
usaha Kerajaan semata-mata tidak menjanjikan kejayaan 100% jika kita sebagai
warganegara, kita sebagai pengguna dan kita sebagai penduduk tidak memainkan
2
peranan aktif dan menyokong setiap program yang diaturkan oleh Kerajaan. Justeru
itu, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan dan pelajar-pelajar yang hadir pada pagi
ini untuk menyampaikan mesej Kerajaan tentang kitar semula ini dan ambil bahagian
secara aktif kerana ia amalan yang berfaedah.

Kita juga mungkin tertanya-tanya apakah faedah-faedah kitar semula kepada diri kita
sendiri. Selain pengurangan kos penggendalian sampah sarap, pengurangan
pencemaran alam sekitar dan sebagainya yang saya sebut sebentar tadi yang
membawa kebaikan kepada diri kita sendiri, kitar semula ini juga boleh
mengurangkan perbelanjaan dan membawa keuntungan kepada kita sendiri. Dalam
keadaan kos sara hidup yang kian meningkat hari ini, industri kitar semula dapat
memberi kesedaran kepenggunaan seterusnya menurunkan kos sara hidup bagi
pengguna yang bijak berbelanja. Isi rumah sebagai pengguna boleh mengurangkan
kekerapan membeli dengan berbelanja sekali dalam sebulan. Ini akan mengurangkan
bungkusan barang-barang yang dibeli sama ada yang berupa kertas atau plastik.
Dengan itu, isi rumah telah mengamalkan satu daripada tiga konsep kitar semula iaitu
mengurangkan isipadu sampah-sarap. Isi rumah juga boleh menggunakan semula
bahan-bahan pembungkus seperti beg plastik, atau bekas dan kaleng yang bersesuaian
untuk menyimpan barang-barang misalnya menggunakan semula botol nescafe untuk
mengisi cili giling untuk kegunaan di rumah dan sebagainya.

Seperti yang kita dapat perhatikan terdapat sudah beberapa syarikat yang
berkecimpung dalam industri kitar semula malah terdapat juga yang mengekspot
bahan-bahan kitar semula ke negara lain. Penubuhan syarikat-syarikat ini juga
memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat sedikit wang. Dalam hubungan
ini, isi rumah boleh mengumpul bahan-bahan buangan seperti semua jenis kertas,
semua bekas daripada aluminium, plastik atau botol kaca untuk dijual kepada
syarikat-syarikat kitar semula.

Sehubungan dengan perkara ini, saya sedang merancang satu program khas untuk
Daerah Sandakan iaitu mengitar semula beg-beg plastik. Orang ramai adalah diminta
mengumpul beg-beg plastik ini dan diserahkan kepada pejabat Pimimpin Kemajuan
Rakyat, sebagai tempat pengumpulan, untuk diangkut oleh syarikat kitar semula yang
berkenaan. Orang ramai yang membawa beg-beg plastik akan dibayar mengikut kadar
yang akan ditetapkan kelak. Jika program ini berjaya, ia boleh dijadikan satu model
untuk dilaksanakan di kawasan yang lain.

Peranan kita yang hadir pada pagi ini, khususnya guru-guru dan para pelajar amat
penting dalam mengubah nilai dan cara berfikir masyarakat umum di daerah
Sandakan ini. Dalam melaksanakan program perintis kitar semula ini, kita akan
menggunakan pendekatan mendidik masyarakat dan tidak akan menggunakan
pendekatan undang-undang. Justeru itu, guru-guru dan para pelajar adalah agen
perubahan yang dapat kita harapkan selain perancangan teratur oleh Majlis
Perbandaran Sandakan dan syarikat-syarikat kitar semula yang telah dilantik. Saya
berharap bahawa kita boleh mencapai sasaran Kerajaan agar pelaksanaan program
perintis kitar semula ini dapat mengurangkan 30% daripada isipadu sampah-sarap
yang dibuang ke tapak pembuangan sampah, serta menurunkan perbelanjaan
pengurusan sampah-sarap daripada 70% kepada 40%. Dengan kerjasama semua
pihak, saya percaya sasaran ini boleg dicapai.
3
Dengan harapan yang sedemikian, saya dengan segala sukacitanya melancarkan
kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat Malis Perbandaran Sandakan
dengan rasminya.

Sekian dan terima kasih.

More Related Content

What's hot

Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)fahimhaziq1
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insurans
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insuransMM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insurans
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insuransNoor Syamila Mohd
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANAsmawi Abdullah
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiajuliana
 
ANALISA SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docx
ANALISA  SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docxANALISA  SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docx
ANALISA SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docxNurAdilah93
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Ramlah Mat
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauMis Sem
 
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)Qing Hao Chai
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Lee Chooipeng
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Abdul Ghani
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohNUR HUMAIRAH AMIRA
 
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)Qing Hao Chai
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayusejarahkita
 
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 

What's hot (20)

Skema up1 t5
Skema up1 t5Skema up1 t5
Skema up1 t5
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
Penggunaan pes dalam soalan kbat spm (1)
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insurans
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insuransMM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insurans
MM Tingkatan 5, 3.1.3 masalah melibatkan insurans
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGANSEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
SEKTOR PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 
Fungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysiaFungsi bandar di malaysia
Fungsi bandar di malaysia
 
ANALISA SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docx
ANALISA  SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docxANALISA  SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docx
ANALISA SEJ STPM PENGGAL 3 TERKINI.docx
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau
 
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)
KIMIA T5 BAB 5 (Sabun dan detergen)
 
Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3Soalan pep.penggal 3
Soalan pep.penggal 3
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
Borang soal selidik fyp
Borang soal selidik fypBorang soal selidik fyp
Borang soal selidik fyp
 
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)
KIMIA T4 BAB 9 (Ammonia dan Garamnya)
 
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah MelayuKedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
Kedatangan Jepun Ke Tanah Melayu
 
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
900 Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM (Baharu)
 

Viewers also liked

Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmNorazliah Ani
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Loh Yan
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011takdir10
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Reduce, Reuse and Recycle (3R)
Reduce, Reuse and Recycle (3R)Reduce, Reuse and Recycle (3R)
Reduce, Reuse and Recycle (3R)rebina
 

Viewers also liked (11)

Laporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar SemulaLaporan projek Kitar Semula
Laporan projek Kitar Semula
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Panduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spmPanduan menjawab karangan spm
Panduan menjawab karangan spm
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Keluarga saya
Keluarga sayaKeluarga saya
Keluarga saya
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Reduce, Reuse and Recycle (3R)
Reduce, Reuse and Recycle (3R)Reduce, Reuse and Recycle (3R)
Reduce, Reuse and Recycle (3R)
 

Similar to Kitar Semula

Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Sisubalan Selvan
 
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)Kuzaifah Hafazzilah
 
Task 5 : Agenda Tempatan 21
Task 5 : Agenda Tempatan 21Task 5 : Agenda Tempatan 21
Task 5 : Agenda Tempatan 21Umairah Nizam
 
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanAmalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanKhalilah Sha'arani
 
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanAmalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanKhalilah Sha'arani
 
Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Erin Rosli
 
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatLaporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatfarahinyaziz
 
Dana updated 2
Dana  updated 2Dana  updated 2
Dana updated 2latifamir
 
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahang
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut PahangTugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahang
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahangdiba96jamal
 
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5Lmcp1352 -a160510 bahagian 5
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5nuralisa fadhilah
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 YongSiowWei
 
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )Tugasan 4 ( lmcp 1532 )
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )Nursyahirah97
 

Similar to Kitar Semula (20)

Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
Discussions - Strategies For Effective Urban Solid Waste Management in NIGERI...
 
Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)
Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)
Tugasan 4: Amalan terbaik (A156816)
 
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)
Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)
 
Task 5 : Agenda Tempatan 21
Task 5 : Agenda Tempatan 21Task 5 : Agenda Tempatan 21
Task 5 : Agenda Tempatan 21
 
Hilmi
HilmiHilmi
Hilmi
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
 
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanAmalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
 
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapanAmalan terbaik perancangan bandar mapan
Amalan terbaik perancangan bandar mapan
 
Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21Lmcp1532 agenda tempatan 21
Lmcp1532 agenda tempatan 21
 
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatLaporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Laporan pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
 
Dana updated 2
Dana  updated 2Dana  updated 2
Dana updated 2
 
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahang
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut PahangTugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahang
Tugasan 4 amalan terbaik di Curitiba, Brazil dan Jerantut Pahang
 
Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21
 
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5Lmcp1352 -a160510 bahagian 5
Lmcp1352 -a160510 bahagian 5
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
 
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )Tugasan 4 ( lmcp 1532 )
Tugasan 4 ( lmcp 1532 )
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
Bandar anda dan local agenda 21
Bandar anda dan local agenda 21Bandar anda dan local agenda 21
Bandar anda dan local agenda 21
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 

Kitar Semula

  • 1. SIARAN AKHBAR UCAPAN Y.B DATUK RAYMOND TAN SHU KIAH MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT & HAL EHWAL PENGGUNA SEMPENA PELANCARAN PROGRAM PERINTIS KITAR SEMULA MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN PADA 14 APRIL 2001 – 9:00 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur kerana memberi peluang kepada saya hadir bersama tuan-tuan dan puan-puan dalam acara yang amat penting kepada kebaikan masyarakat serta Majlis ini iaitu pelancaran Kempen Kitar Semula di daerah Sandakan pada pagi ini. Kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memulakan kempen kitar semula secara besar-besaran di seluruh Negara. Kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 2 Disember 2000. Kempen ini bukanlah kali pertama dianjurkan oleh Kerajaan. Malah pada tahun 1993 kempen ini telah dilaksanakan tetapi malangnya kurang berjaya. Namun, kegagalan tersebut amat berguna kepada kita kerana daripadanya kita telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang harus diatasi. Justeru itu, dalam kempen kedua Program Perintis Kitar Semula kali ini, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah kewangan yang besar untuk menyediakan kemudahan seperti tong kitar semula serta bahan-bahan pendidikan termasuk iklan di televisyen. Semua ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan mendapatkan penglibatan lebih ramai golongan masyarakat, baik masyarakat pengguna mahupun masyarakat peniaga. Apabila Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan program perintis kitar semula, tujuan kita ialah mengurangkan jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganggarkan bahawa setiap Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan antara 40% hingga 70% perbelanjaan tahunannya untuk mengutip dan melupuskan sampah. Pertambahan jumlah penduduk dari setahun ke setahun di seluruh negara akan meningkatkan lagi isipadu sampah-sarap yang dihasilkan dan seterusnya menambah perbelanjaan serta menyulitkan lagi Pihak Berkuasa Tempatan mendapatkan tapak pelupusan yang sesuai pada masa akan datang. Pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesihatan penduduk dan kualiti serta estetika alam sekitar. Menyentuh tentang kawasan kita sendiri, saya difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Sandakan mengutip lebih kurang 170 tan sampah-sarap setiap hari. Ini tidak termasuk besi-besi buruk atau sampah-sarap yang dibuang sendiri oleh individu atau syarikat-syarikat yang beroperasi di sini. Semua sampah-sarap ini dibuang ke tapak pembuangan sampah atau dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan haram sehingga menjejaskan keindahan dan estetika perbandaran. Akibatnya, Majlis Perbandaran Sandakan membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit setiap tahun untuk mengendalikan pengurusan sampah-sarap tersebut. Program perintis kitar semula yang sedang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini tidak harus dilihat hanya sebagai kempen semata-mata. Kita harus diingat bahawa usaha Kerajaan semata-mata tidak menjanjikan kejayaan 100% jika kita sebagai warganegara, kita sebagai pengguna dan kita sebagai penduduk tidak memainkan
  • 2. 2 peranan aktif dan menyokong setiap program yang diaturkan oleh Kerajaan. Justeru itu, saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan dan pelajar-pelajar yang hadir pada pagi ini untuk menyampaikan mesej Kerajaan tentang kitar semula ini dan ambil bahagian secara aktif kerana ia amalan yang berfaedah. Kita juga mungkin tertanya-tanya apakah faedah-faedah kitar semula kepada diri kita sendiri. Selain pengurangan kos penggendalian sampah sarap, pengurangan pencemaran alam sekitar dan sebagainya yang saya sebut sebentar tadi yang membawa kebaikan kepada diri kita sendiri, kitar semula ini juga boleh mengurangkan perbelanjaan dan membawa keuntungan kepada kita sendiri. Dalam keadaan kos sara hidup yang kian meningkat hari ini, industri kitar semula dapat memberi kesedaran kepenggunaan seterusnya menurunkan kos sara hidup bagi pengguna yang bijak berbelanja. Isi rumah sebagai pengguna boleh mengurangkan kekerapan membeli dengan berbelanja sekali dalam sebulan. Ini akan mengurangkan bungkusan barang-barang yang dibeli sama ada yang berupa kertas atau plastik. Dengan itu, isi rumah telah mengamalkan satu daripada tiga konsep kitar semula iaitu mengurangkan isipadu sampah-sarap. Isi rumah juga boleh menggunakan semula bahan-bahan pembungkus seperti beg plastik, atau bekas dan kaleng yang bersesuaian untuk menyimpan barang-barang misalnya menggunakan semula botol nescafe untuk mengisi cili giling untuk kegunaan di rumah dan sebagainya. Seperti yang kita dapat perhatikan terdapat sudah beberapa syarikat yang berkecimpung dalam industri kitar semula malah terdapat juga yang mengekspot bahan-bahan kitar semula ke negara lain. Penubuhan syarikat-syarikat ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapat sedikit wang. Dalam hubungan ini, isi rumah boleh mengumpul bahan-bahan buangan seperti semua jenis kertas, semua bekas daripada aluminium, plastik atau botol kaca untuk dijual kepada syarikat-syarikat kitar semula. Sehubungan dengan perkara ini, saya sedang merancang satu program khas untuk Daerah Sandakan iaitu mengitar semula beg-beg plastik. Orang ramai adalah diminta mengumpul beg-beg plastik ini dan diserahkan kepada pejabat Pimimpin Kemajuan Rakyat, sebagai tempat pengumpulan, untuk diangkut oleh syarikat kitar semula yang berkenaan. Orang ramai yang membawa beg-beg plastik akan dibayar mengikut kadar yang akan ditetapkan kelak. Jika program ini berjaya, ia boleh dijadikan satu model untuk dilaksanakan di kawasan yang lain. Peranan kita yang hadir pada pagi ini, khususnya guru-guru dan para pelajar amat penting dalam mengubah nilai dan cara berfikir masyarakat umum di daerah Sandakan ini. Dalam melaksanakan program perintis kitar semula ini, kita akan menggunakan pendekatan mendidik masyarakat dan tidak akan menggunakan pendekatan undang-undang. Justeru itu, guru-guru dan para pelajar adalah agen perubahan yang dapat kita harapkan selain perancangan teratur oleh Majlis Perbandaran Sandakan dan syarikat-syarikat kitar semula yang telah dilantik. Saya berharap bahawa kita boleh mencapai sasaran Kerajaan agar pelaksanaan program perintis kitar semula ini dapat mengurangkan 30% daripada isipadu sampah-sarap yang dibuang ke tapak pembuangan sampah, serta menurunkan perbelanjaan pengurusan sampah-sarap daripada 70% kepada 40%. Dengan kerjasama semua pihak, saya percaya sasaran ini boleg dicapai.
  • 3. 3 Dengan harapan yang sedemikian, saya dengan segala sukacitanya melancarkan kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat Malis Perbandaran Sandakan dengan rasminya. Sekian dan terima kasih.