SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
Topik 
4 
 Etika 
Pengurusan dan 
Kedaulatan 
Undang-undang 
HASIL PEMBELAJARAN 
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 
1. Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang; 
2. Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan 
tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila 
berhadapan dengan dilema etika; 
3. Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang; 
4. Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral; 
dan 
5. Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.
6 0  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
 PENGENALAN 
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara 
dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1? 
Rajah 4.1: Dilema etika 
Sumber: http://www.cartoonstock.com 
Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1 
menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang 
pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang 
cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama 
pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu 
dibayar oleh pesakit. 
Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan 
dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat 
keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika. 
Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam 
topik ini ialah: 
(a) Kedaulatan undang-undang; 
(b) Undang-undang sebagai panduan pilihan moral; 
(c) Ciri-ciri undang-undang; 
(d) Keperluan undang-undang dan piawaian moral; 
(e) Pembentukan undang-undang; dan 
(f) Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  61 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
4.1 
Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang 
sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu, 
kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum. 
Undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk 
mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut. 
Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya 
sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu 
memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. 
Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang 
keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana 
undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota 
masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba 
untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang 
yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan 
anda. 
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN 
KEPADA PILIHAN MORAL 
4.2 
Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada 
ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan 
pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undang-undang? 
Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah 
undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa 
yang dimaksudkan dengan istilah „hujah undang-undang‰. 
Hujah undang-undang merujuk kepada set peraturan yang tertubuh dalam 
sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif 
anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang 
memberi kesan kepada kebajikannya.
6 2  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya 
terhadap seorang pegawai bank. 
Contoh 
Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama 
ada untuk: 
(a) Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada 
kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau 
(b) Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar 
yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan 
(faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos 
pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar 
yang dibiayai dengan baik. 
AKTIVITI 4.1 
Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi. 
Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar ingin 
bersandar kepada hujah undang-undang? 
Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan 
adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang 
terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut. 
Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya 
bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk 
kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa: 
(a) Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus 
cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan 
tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan 
(b) Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui proses-proses 
demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya. 
Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undang-undang 
dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu 
adalah „betul‰ jika bertepatan dengan undang-undang dan „salah‰ jika tidak. 
Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah 
untuk mencerminkan pandangan majoriti.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  63 
Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada 
syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk 
membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri 
atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur 
beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpan-penyimpannya 
terkumpul. 
CONTOH PILIHAN MORAL 
4.3 
Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai 
berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam 
syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang 
pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya. 
Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral: 
(a) Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar 
penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang 
pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam 
industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi 
dan tenaga kerja yang besar; 
(b) Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar 
perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang 
pekerjaan; 
(c) Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan 
kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan 
penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara. 
Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan 
berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan 
(d) Dana yang biasanya disediakan melalui badan „Pentadbiran Perniagaan 
Kecil‰ untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak 
beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi 
faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil. 
Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang 
klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan 
pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya 
terhadap kerjaya.
6 4  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema 
sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikat-syarikat 
kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut: 
(a) Undang-undang membataskan pulangan yang memadai untuk 
mengimbangi risikonya; 
(b) Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan 
(c) Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang supaya 
meminimumkan risiko kepada para penyimpannya. 
Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman 
yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan 
mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat 
lain. 
Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank 
harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada 
bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya 
kekal dalam perniagaan. 
Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman 
dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had 
perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah 
bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut? 
Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut. 
AKTIVITI 4.2 
1. „Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagi 
keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan 
dilema etika.‰ Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas. 
2. Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan 
antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi boleh 
dicapai.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  65 
UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI 
KEPUTUSAN MORAL 
4.4 
Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut. 
„Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan 
dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau 
bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna 
bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras 
dengan kehendak penduduk majoriti. 
Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita 
tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi 
majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara 
tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk 
majoriti.‰ 
Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan 
yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undang-undang 
sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral? 
Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu: 
(a) Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa 
kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan 
(b) Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan 
undang-undang.
6 6  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG 
Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara 
lebih terperinci. 
Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan 
mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah 
masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan 
sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk 
bertindak sebegitu. 
Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa 
yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk 
undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang. 
Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang 
4.5 
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang 
konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan 
kebiasaannya dikuatkuasakan.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  67 
Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1 
berikut. 
Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang 
Ciri-ciri Penerangan 
Konsisten Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah 
konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika 
terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, 
kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang 
kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya 
sekali. 
Universal Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga 
bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang 
memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama. 
Diterbitkan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah 
diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat 
dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa 
untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau 
bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh 
diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana 
undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang 
bukan suatu alasan yang boleh diterima. 
Diterima Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang 
ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat 
yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka 
akan dipaksa supaya mengikutinya. 
Dikuatkuasakan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara 
tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat 
hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang 
jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang 
hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, 
mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau 
nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. 
Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga 
mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa 
yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.
6 8  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan 
dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang 
sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut. 
Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab 
Institusi Sosial Tanggungjawab 
Badan perundangan dan majlis Membentuk undang-undang 
Peguam dan pembantu guaman Menerangkan undang-undang 
Mahkamah dan agensi Mentafsirkan undang-undang 
Polis Menguatkuasakan undang-undang 
Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti 
tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya 
lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan. 
Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan 
bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan 
berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa: 
(a) Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan 
kadangkala berbahaya; dan 
(b) Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan 
pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau 
kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang 
sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai. 
Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan 
ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan 
pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan. 
SEMAK KENDIRI 4.1 
Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secara 
ringkas.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  69 
HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG 
DAN PIAWAIAN MORAL 
Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai 
satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan 
manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima 
peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat 
atau tidak. 
(a) Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada 
keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada 
paras yang minimum; dan 
(b) Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk 
mendapatkan piawaian yang kita perlukan. 
Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara 
keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai 
dengan agak mudah seperti berikut: 
Kesimpulan 1 
Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia 
tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam 
masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli 
undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga 
mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah 
untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks, 
penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan 
kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam 
masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat 
berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas 
warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang 
bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undang-undang 
dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut. 
4.6
7 0  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang 
Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat 
sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai 
moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak 
semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan 
semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana. 
Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian 
moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya, 
kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan 
piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki 
oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan 
dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta. 
Kesimpulan 2 
Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian 
moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang 
menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu, 
kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak. 
Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu 
seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan 
piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana 
negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana 
yang mereka terdaya.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  71 
Kesimpulan 3 
Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian 
moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak 
menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa, 
pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah 
moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. 
Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan 
yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang 
yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara 
kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya 
hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran 
dan rasuah akhirnya diluluskan. 
SEMAK KENDIRI 4.2 
Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undang-undang 
dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi: 
(a) Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan 
(b) Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral. 
Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut: 
LATIHAN 4.1 
1. Definisikan istilah „undang-undang‰. 
2. Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.
7 2  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG 
4.7 
Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan 
dalam Rajah 4.4 berikut. 
Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang 
Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik 
seterusnya. 
4.7.1 Proses Individu 
Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat 
dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah 
mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah 
berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah 
dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral 
dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak 
melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan 
jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam 
tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  73 
Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah 
menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui proses-proses 
sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang 
itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau 
tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral 
individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal 
masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau 
bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan 
dalam Rajah 4.5 berikut: 
Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi 
undang-undang
7 4  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing 
yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan 
dalam Jadual 4.4 berikut: 
Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu 
Piawaian 
Moral Penerangan 
Norma Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang 
individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi 
sesuatu keadaan. 
Kepercayaan Kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Kepercayaan berbeza daripada 
norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang 
nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang 
biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang 
individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep 
tertentu. 
Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan 
rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali 
nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan. 
Nilai Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang 
diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. 
Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan 
mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma 
dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma 
dan kepercayaan yang penting merupakan „nilai-nilai‰ atau sanjungan 
tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara. 
Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda 
sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung 
tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang 
disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi 
atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang 
tinggi kepada kriteria mereka seperti: 
(a) Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan 
(b) Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  75 
Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai 
masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak 
terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya. 
Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma, 
kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang 
boleh membawa kepada pelbagai konflik. 
SEMAK KENDIRI 4.3 
Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas: 
(a) Norma; 
(b) Kepercayaan; dan 
(c) Nilai. 
4.7.2 Proses Kumpulan 
Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari 
kita pelajari dahulu tentang konteks. Konteks dalam proses kumpulan membawa 
maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia 
memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai 
seseorang individu. 
Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui 
konteks-konteks berikut: 
(a) Budaya atau agama; 
(b) Sosial atau politik; dan 
(c) Ekonomi atau teknologi.
7 6  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada 
pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam 
Rajah 4.6 berikut: 
Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait 
Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan 
dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama 
lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut: 
Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait 
Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi 
telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula 
menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian 
berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya 
gaya hidup.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  77 
Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial, 
politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh 
faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat 
dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini 
boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut. 
Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada: 
(a) Peralihan aktiviti ekonomi  Daripada pembuatan berat dan perlombongan 
kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan; 
(b) Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih 
baik; dan 
(c) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan. 
4.7.3 Proses Sosial 
Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah 
kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama 
secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada: 
(a) Kedudukan individu; 
(b) Unit keluarga; 
(c) Kumpulan rakan sebaya; dan 
(d) Organisasi-organisasi formal. 
Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu 
yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini 
kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada 
dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa. 
Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama, 
lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah 
kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang 
berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya 
merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti: 
(a) Firma perniagaan; 
(b) Kesatuan sekerja;
7 8  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
(c) Parti politik; 
(d) Badan amal; 
(e) Institusi agama; dan 
(f) Persatuan veteran. 
Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan 
mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka 
pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya 
boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana 
kompromi ini terbentuk seperti: 
(a) Keputusan autokratik; 
(b) Penyesuaian birokratik; dan 
(c) Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif. 
4.7.4 Proses Politik 
Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai 
yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan 
menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi 
konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas 
mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan) 
dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan). 
Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten 
dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang 
boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan 
ini iaitu: 
(a) Kepimpinan ketua kerajaan; 
(b) Kompromi institusi; 
(c) Rundingan badan perundangan; dan 
(d) Desakan para pengundi. 
Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal 
untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau 
bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam 
negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  79 
Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undang-undang. 
Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka 
terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah 
pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat 
mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, 
surat dan media. 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL 
Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan 
hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu 
difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta 
kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para 
penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal 
atau tidak. 
Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif, 
sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah 
apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang 
universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik. 
Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam 
Jadual 4.5 berikut: 
Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan 
Masalah Piawaian Moral Penerangan 
Piawaian moral anggota 
masyarakat mungkin 
berdasarkan maklumat yang 
tidak memadai berbanding 
isu-isu kelakuan korporat. 
 Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang 
pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes 
Lockheed terdedah. 
 Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya 
masalah pembuangan sisa toksik di mana 
dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil 
setiap tahun. 
 Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral 
individu mempengaruhi undang-undang tanpa 
maklumat yang relevan. 
4.8
8 0  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
Piawaian moral individu 
mungkin menjadi lemah 
semasa pembentukan 
kumpulan-kumpulan kecil. 
 Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai 
adalah cenderung untuk bersekutu dalam 
kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian 
mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka 
kompromi perlu dicapai. 
 Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil 
bertindak berasaskan motif selain moral kerana 
faedah ekonomi dan prestij profesional sering 
memainkan peranan yang lebih besar. 
 Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian 
moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika 
ia tidak disampaikan dengan tepat. 
Piawaian moral anggota 
masyarakat mungkin 
disalah erti dalam konsensus 
organisasi-organisasi besar. 
 Banyak organisasi yang berkongsi norma, 
kepercayaan dan nilai yang sama. Walau 
bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan 
bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam 
organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam 
menentukan sesuatu konsensus. 
 Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai 
dalam kebanyakan organisasi yang bukan 
berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan 
universiti, di mana piawaian profesional (pakar 
perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan. 
Piawaian moral anggota 
masyarakat mungkin 
disalah erti dalam 
pembentukan undang-undang. 
 Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas 
tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia 
lebih berskala besar. 
 Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi 
mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah 
pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam 
menentukan undang-undang. 
 Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang 
percukaian yang sering memihak kepada organisasi 
tertentu sahaja. 
Keperluan undang-undang 
yang dibentuk melalui 
proses politik sering kali 
tidak lengkap atau tidak 
tepat dan perlu disokong 
oleh keputusan mahkamah 
atau tindakan agensi 
pentadbiran. 
 Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan 
ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan. 
Maksud dan aplikasi undang-undang perlu 
dijelaskan di luar proses perundangan. 
 Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi 
mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil 
kira dalam proses pembentukan undang-undang 
atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam 
dua proses berkenaan.
TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG  81 
Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut: 
LATIHAN 4.2 
1. Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang 
sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini? 
2. Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka. 
Institusi Sosial Tanggungjawab 
Badan perundangan dan majlis-majlis 
Mentafsirkan undang-undang 
Peguam dan pembantu guaman Menguatkuasa undang-undang 
Mahkamah dan agensi-agensi Membentuk undang-undang 
Polis Menerangkan undang-undang 
• Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan 
untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan 
dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan. 
• Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal, 
diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan. 
• Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan 
kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi 
kesan ke atas kebajikannya. 
• Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undang-undang 
sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang 
merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri. 
• Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu 
proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.
8 2  TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
• Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota 
sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang 
dilaksanakan. 
Hujah undang-undang 
Kepercayaan 
Keperluan undang-undang 
Konteks 
Nilai 
Norma 
Piawaian moral 
Pilihan moral 
Undang-undang

More Related Content

Similar to ETIKAUNDANGUNDANG

BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...Bonita Admaja
 
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...Shandy Aditya
 
Materi Kewirausahaan Bisnis
Materi Kewirausahaan BisnisMateri Kewirausahaan Bisnis
Materi Kewirausahaan BisnisNurikaWulandari
 
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...Indra Hendiyana
 
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...Adrianto Dasoeki
 
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1Annisa Khoerunnisya
 
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate control
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate controlMateri BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate control
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate controlekamayasari16
 
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...Royhan Jamaan
 
Etika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananEtika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananSyahremie Teja
 
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...FatinahGhiyats1
 
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...gagantika
 
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali, philosophical ethics and business,...
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali,  philosophical ethics and business,...BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali,  philosophical ethics and business,...
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali, philosophical ethics and business,...NURIMAN NOVIANTO
 
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...Universitas Mercu Buana
 
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...ciciliaeritawanti
 
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Nadiatur Rakhma
 
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...Muhammad Rusydi hawari
 
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...MuhamadRinaldi3
 
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...PT. PLN (Persero)
 

Similar to ETIKAUNDANGUNDANG (20)

BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, ethical decision making employer responsibility a...
 
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...
Business Ethic Chap 10: DECISION MAKING CORPORATE GOVERNANCE ACCOUNTING AND F...
 
Materi Kewirausahaan Bisnis
Materi Kewirausahaan BisnisMateri Kewirausahaan Bisnis
Materi Kewirausahaan Bisnis
 
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...
Be & gg, indra hendiyana, hapzi ali, ethical decision making employer res...
 
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...
10, sm, adrianto, hapzi ali, business ethics, csr, risk management, universti...
 
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
P.manajemen bab5 klmpk1_smt1_akt1
 
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate control
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate controlMateri BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate control
Materi BE & GG Minggu 6: Shareholders and the markets for corporate control
 
Etika bisnis
Etika bisnisEtika bisnis
Etika bisnis
 
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...
be gg. royhan jamaan, hapzi ali, corporate ethic rights, privileges, problem ...
 
Etika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananEtika etika keusahawanan
Etika etika keusahawanan
 
CONSUMEROLOGI & ETHICS
CONSUMEROLOGI  & ETHICSCONSUMEROLOGI  & ETHICS
CONSUMEROLOGI & ETHICS
 
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...
13 be & gg fatinah ghiyats hapzi ali globalization and business ethics un...
 
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...
Forum quiz be & gg minggu 6,waldy gagantika,hapzi ali,ethical decision ma...
 
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali, philosophical ethics and business,...
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali,  philosophical ethics and business,...BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali,  philosophical ethics and business,...
BE&GG, Nuriman Novianto, Prof. Hapzi Ali, philosophical ethics and business,...
 
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...
Be & gg, rinalto hutabarat, hapzi ali, philosophical ethics and business, uni...
 
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
9, be & gg, cicilia eritawanti widjilestari, hapzi ali,corporate ethics r...
 
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
Be&gg, nadiatur rakhma, prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma, philoso...
 
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...
BE & GG, M. Rusydi Hawari, Hapzi Ali, ethics and business concept and theory,...
 
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...
2, be & gg, muhamad rinaldi, prof. dr.ir. hapzi ali, mm, cma, ethics and ...
 
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
BE & GG, Indra Sigit Anggita, Hapzi Ali, corporate social responsibility, Uni...
 

ETIKAUNDANGUNDANG

  • 1. Topik 4 Etika Pengurusan dan Kedaulatan Undang-undang HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang; 2. Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila berhadapan dengan dilema etika; 3. Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang; 4. Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral; dan 5. Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.
  • 2. 6 0 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG PENGENALAN Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1? Rajah 4.1: Dilema etika Sumber: http://www.cartoonstock.com Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1 menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu dibayar oleh pesakit. Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika. Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah: (a) Kedaulatan undang-undang; (b) Undang-undang sebagai panduan pilihan moral; (c) Ciri-ciri undang-undang; (d) Keperluan undang-undang dan piawaian moral; (e) Pembentukan undang-undang; dan (f) Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral.
  • 3. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 61 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 4.1 Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu, kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum. Undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut. Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial. Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan anda. UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN KEPADA PILIHAN MORAL 4.2 Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undang-undang? Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan istilah „hujah undang-undang‰. Hujah undang-undang merujuk kepada set peraturan yang tertubuh dalam sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kebajikannya.
  • 4. 6 2 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya terhadap seorang pegawai bank. Contoh Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama ada untuk: (a) Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau (b) Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan (faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar yang dibiayai dengan baik. AKTIVITI 4.1 Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi. Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar ingin bersandar kepada hujah undang-undang? Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut. Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa: (a) Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan (b) Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui proses-proses demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya. Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undang-undang dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu adalah „betul‰ jika bertepatan dengan undang-undang dan „salah‰ jika tidak. Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah untuk mencerminkan pandangan majoriti.
  • 5. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 63 Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpan-penyimpannya terkumpul. CONTOH PILIHAN MORAL 4.3 Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya. Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral: (a) Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dan tenaga kerja yang besar; (b) Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang pekerjaan; (c) Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara. Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan (d) Dana yang biasanya disediakan melalui badan „Pentadbiran Perniagaan Kecil‰ untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil. Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya terhadap kerjaya.
  • 6. 6 4 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikat-syarikat kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut: (a) Undang-undang membataskan pulangan yang memadai untuk mengimbangi risikonya; (b) Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan (c) Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang supaya meminimumkan risiko kepada para penyimpannya. Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat lain. Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya kekal dalam perniagaan. Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut? Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut. AKTIVITI 4.2 1. „Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagi keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan dilema etika.‰ Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas. 2. Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi boleh dicapai.
  • 7. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 65 UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI KEPUTUSAN MORAL 4.4 Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut. „Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras dengan kehendak penduduk majoriti. Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk majoriti.‰ Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undang-undang sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral? Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu: (a) Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan (b) Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.
  • 8. 6 6 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara lebih terperinci. Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk bertindak sebegitu. Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang. Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang 4.5 Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.
  • 9. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 67 Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1 berikut. Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang Ciri-ciri Penerangan Konsisten Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain, kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi kedua-duanya sekali. Universal Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama. Diterbitkan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan yang boleh diterima. Diterima Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya. Dikuatkuasakan Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang, mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.
  • 10. 6 8 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut. Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab Institusi Sosial Tanggungjawab Badan perundangan dan majlis Membentuk undang-undang Peguam dan pembantu guaman Menerangkan undang-undang Mahkamah dan agensi Mentafsirkan undang-undang Polis Menguatkuasakan undang-undang Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan. Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa: (a) Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan kadangkala berbahaya; dan (b) Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai. Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan. SEMAK KENDIRI 4.1 Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secara ringkas.
  • 11. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 69 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN PIAWAIAN MORAL Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat atau tidak. (a) Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada paras yang minimum; dan (b) Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk mendapatkan piawaian yang kita perlukan. Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai dengan agak mudah seperti berikut: Kesimpulan 1 Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks, penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undang-undang dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut. 4.6
  • 12. 7 0 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana. Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya, kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta. Kesimpulan 2 Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu, kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak. Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana yang mereka terdaya.
  • 13. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 71 Kesimpulan 3 Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran dan rasuah akhirnya diluluskan. SEMAK KENDIRI 4.2 Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undang-undang dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi: (a) Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan (b) Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral. Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut: LATIHAN 4.1 1. Definisikan istilah „undang-undang‰. 2. Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.
  • 14. 7 2 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG 4.7 Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.4 berikut. Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik seterusnya. 4.7.1 Proses Individu Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
  • 15. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 73 Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui proses-proses sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 berikut: Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi undang-undang
  • 16. 7 4 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan dalam Jadual 4.4 berikut: Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu Piawaian Moral Penerangan Norma Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi sesuatu keadaan. Kepercayaan Kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Kepercayaan berbeza daripada norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep tertentu. Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan. Nilai Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya. Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma dan kepercayaan yang penting merupakan „nilai-nilai‰ atau sanjungan tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara. Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang tinggi kepada kriteria mereka seperti: (a) Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan (b) Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).
  • 17. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 75 Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya. Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma, kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang boleh membawa kepada pelbagai konflik. SEMAK KENDIRI 4.3 Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas: (a) Norma; (b) Kepercayaan; dan (c) Nilai. 4.7.2 Proses Kumpulan Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari kita pelajari dahulu tentang konteks. Konteks dalam proses kumpulan membawa maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai seseorang individu. Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui konteks-konteks berikut: (a) Budaya atau agama; (b) Sosial atau politik; dan (c) Ekonomi atau teknologi.
  • 18. 7 6 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 4.6 berikut: Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut: Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya gaya hidup.
  • 19. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 77 Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut. Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada: (a) Peralihan aktiviti ekonomi Daripada pembuatan berat dan perlombongan kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan; (b) Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih baik; dan (c) Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan. 4.7.3 Proses Sosial Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada: (a) Kedudukan individu; (b) Unit keluarga; (c) Kumpulan rakan sebaya; dan (d) Organisasi-organisasi formal. Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa. Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama, lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti: (a) Firma perniagaan; (b) Kesatuan sekerja;
  • 20. 7 8 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG (c) Parti politik; (d) Badan amal; (e) Institusi agama; dan (f) Persatuan veteran. Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana kompromi ini terbentuk seperti: (a) Keputusan autokratik; (b) Penyesuaian birokratik; dan (c) Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif. 4.7.4 Proses Politik Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan) dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan). Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan ini iaitu: (a) Kepimpinan ketua kerajaan; (b) Kompromi institusi; (c) Rundingan badan perundangan; dan (d) Desakan para pengundi. Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi.
  • 21. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 79 Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undang-undang. Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, surat dan media. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal atau tidak. Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif, sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik. Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.5 berikut: Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan Masalah Piawaian Moral Penerangan Piawaian moral anggota masyarakat mungkin berdasarkan maklumat yang tidak memadai berbanding isu-isu kelakuan korporat. Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes Lockheed terdedah. Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya masalah pembuangan sisa toksik di mana dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil setiap tahun. Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral individu mempengaruhi undang-undang tanpa maklumat yang relevan. 4.8
  • 22. 8 0 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Piawaian moral individu mungkin menjadi lemah semasa pembentukan kumpulan-kumpulan kecil. Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai adalah cenderung untuk bersekutu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka kompromi perlu dicapai. Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil bertindak berasaskan motif selain moral kerana faedah ekonomi dan prestij profesional sering memainkan peranan yang lebih besar. Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak disampaikan dengan tepat. Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam konsensus organisasi-organisasi besar. Banyak organisasi yang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam menentukan sesuatu konsensus. Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam kebanyakan organisasi yang bukan berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan universiti, di mana piawaian profesional (pakar perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan. Piawaian moral anggota masyarakat mungkin disalah erti dalam pembentukan undang-undang. Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia lebih berskala besar. Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam menentukan undang-undang. Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang percukaian yang sering memihak kepada organisasi tertentu sahaja. Keperluan undang-undang yang dibentuk melalui proses politik sering kali tidak lengkap atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan mahkamah atau tindakan agensi pentadbiran. Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan. Maksud dan aplikasi undang-undang perlu dijelaskan di luar proses perundangan. Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil kira dalam proses pembentukan undang-undang atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam dua proses berkenaan.
  • 23. TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 81 Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut: LATIHAN 4.2 1. Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini? 2. Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka. Institusi Sosial Tanggungjawab Badan perundangan dan majlis-majlis Mentafsirkan undang-undang Peguam dan pembantu guaman Menguatkuasa undang-undang Mahkamah dan agensi-agensi Membentuk undang-undang Polis Menerangkan undang-undang • Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan. • Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan. • Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan ke atas kebajikannya. • Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undang-undang sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri. • Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.
  • 24. 8 2 TOPIK 4 ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang dilaksanakan. Hujah undang-undang Kepercayaan Keperluan undang-undang Konteks Nilai Norma Piawaian moral Pilihan moral Undang-undang