SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                 HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

1. Pendahuluan


          AI-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w secara mutawatir dan membacanya adalah suatu ibadah yang
bermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah Al-Nas. Ia merupakan
kitab terakhir yang diturunkan dan sekaligus memansuhkan kitab-kitab suci yang
terdahulu daripadanya. Tujuan utama penurunannya adalah bukan hanya untuk dibaca
tetapi sebagai panduan hidup yang lengkap bagi seluruh umat manusia dalam semua
aspek kehidupan. Ulama telah menetapkan garis panduan yang masyhur dalam
pengriwayatan dan rukun bacaan Al-Quran. Rukun bacaan Al-Quran perlu
berkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati salah satu
mushaf Othmani. Membaca Al-Quran rasanya tidak lengkap tanpa mempelajari cara
membacanya. Ilmu membacanya biasa disebut dengan ilmu tajwid. Tajwid ini sangat
penting bagi kita sebagai seorang muslim, kerana kita diperintahkan Allah s.w.t.
untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil.


       Pada masa kini, Institusi pendidikan al-Quran tumbuh dan berkembang di
serata tempat.Perkembangan ini amat sihat bagi meninggikan syiar Islam dalam
konteks mendedahkan kanak-kanak celik al-Quran di peringkat usia yang masih
muda. Penekanan kepada pembacaan al-Quran merupakan satu usaha ke arah
pembentukan insan kamil dan untuk membimbing pelajar ke arah petunjuk Allah s.w.t
yang bersumberkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup yang utama.


       Al-Quran adalah kalam Allah dan petunjuk kepada sekelian manusia.
Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s dan
membacanya adalah ibadat. Allah Taala telah menjanjikan pahala yang baik kepada
semua pembacanya.




                                       1
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                  HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

Sabda Rasulullah s.a.w

           ‫من قرقأ حر فا من كتاب ال فله به حسنة والحسنة بعشر قأمثا لها لقأقول الم‬
                                                             ‫حرف ولكن الف حرف‬
              ‫)ول م حرف وميم حرف – رواه الترمذى )حديث حسن صحيح غريب‬
       Maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, maka
baginya satu kebaikan dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya. Aku tidak
katakan Alif, Lam dan Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan
Mim satu huruf”.


       Di samping membacanya Allah menggalakkan kita supaya berfikir dan
mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah serta meneliti akan makna-makna
yang terkandung di dalamnya bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat. Oleh kerana membaca al-Quran itu merupakan satu ibadat yang
diberi ganjaran    pahala yang banyak. Maka Allah telah menetapkan bagi setiap
pembaca al-Quran beberapa garis panduan atau kaedah yang tertentu ketika membaca
al-Quran sebagaimana Firman Allah s.w.t : surah al-Muzammil ; ayat;4 yang
bermaksud : "Bacalah Al-Quran secara tartil. Sehubungan dengan itu Nabi
Muhammad s.a.w telah memperdengarkan (menyemak) bacaan al-Qurannya di
hadapan Jibrail a.s pada setiap tahun sekali dalam bulan Ramadhan dan dua kali pada
tahun kewafatannya.


2. Latar Belakang Dan Sejarah Penubuhan Institusi


       Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut adalah sebuah institusi pendidikan Islam
swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-
Quran sebagai subjek teras. Darul Uloom Al Islamiyyah ini ditubuhkan pada 1 Jun
1999 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 4.5 hektar di KM 15, Jalan Jerantut –
Jengka, Sungai Salan, Jerantut. Pahang Darul Makmur. Darul Uloom Al Islamiyyah
ini mempunyai beberapa blok bangunan untuk surau, kelas, kediaman tenaga
pengajar, asrama pelajar, pejabat, perpustakaan, koperasi dan stor. Ia mempunyai
kemudahan prasarana dan peralatan yang berkualiti lengkap dan sempurna. Antara
kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pejabat / bilik guru, ruang tamu,
kelas, asrama, musolla,dapur padang permainan, komputer, al-Quran dan sebagainya.


                                         2
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5



         Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah dipelopori oleh Maulana Juhari B.
Mohamad Ali.dengan dibantu oleh 13 orang tenaga pengajar lelaki dan 4 orang guru
perempuan. Manakala jumlah pelajar sekarang adalah 150 lelaki dan 56 pelajar
perempuan. Kebanyakan pelajar adalah terdiri dari masyarakat setempat yang berada
di sekitar daerah jerantut. Walau bagaimanapun, kini telah terdapat pelajar-pelajar
daripada Negara luar seperti dari Thailand seramai 15 orang, Filipina seramai 7 orang,
Algeria seramai 3 orang dan 1 orang pelajar dari Negara Perancis. Kebanyakan
pelajar tersebut fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bilangan pelajar di Darul
Uloom Al Islamiyyah ini semakin bertambah setiap tahun ekoran daripada
kepercayaan dan keyakinan penuh daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak
mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan dapat menamatkan pengajian
mereka. Dan pihak pentadbir Darul Uloom Al Islamiyyah ini sedang berusaha untuk
menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan kemudahan prasarana yang
mencukupi supaya dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.


         Faktor penubuhan Maahad Tahfiz persendirian ini adalah pengaruh lepasan
tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan. Apabila mereka pulang ke Malaysia dengan
membaawa sijil tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan, mereka telah menubuhkan
maahad tahfiz persendirian untuk mengembangkan pengajaran al-Quran di tempat
masing-masing.Justeru banyak maahad tahfiz persendirian dan kebanyakan lepasan
mereka menyambung pelajaran ke India dan Pakistan. Dan kebanyakan guru-guru
yang mengajar di sini adalah lepasan dari India dan Pakistan. Antara sumbangan
mereka ialah pelajar-pelajar digalakkan menjadi imam terawih dan mengkhatamkan
bacaan mereka dalam bulan Ramadhan. Setelah hampir 11 tahun beroperasi, Darul
Uloom Al Islamiyyah ini telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan
masyarakat setempat dan telah menubuhkan beberapa cawangannya di daerah Kuala
Lipis.




                                          3
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                         HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

3. Objektif


          Penubuhan Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut ini menggariskan matlamat
dan objektif seperti berikut:
   i.            Untuk melahirkan qari-qari dan hafiz al-Quran
   ii.           Dapat melahirkan bakal-bakal Imam yang arif dan mahir dalam
                 pembacaan al-Quran untuk memimpin masyarakat tempatan
   iii.          Sebagai asas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
                 khususnya dalam bidang al-Quran dan Hadis di dalam dan luar Negara
   iv.           Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani, Darul
                 Uloom Al Islamiyyah Jerantut dapat menyumbang ke arah matlamat
                 tersebut


Dengan sokongan dari semua pihak, kesungguhan dan dedikasi tenaga pengajar dan
komitmen dari setiap individu yang terlibat pihak pentadbiran yakin bahawa Darul
Uloom Al-Islamiyyah Jerantut ini akan dapat merialisasikan objektif tersebut,
Insyaallah.


4. Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar


          Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Uloom Al
Islamiyyah Jerantut, telah menetapkan beberapa syarat bagi setiap pemohon yang
berhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini. Antara syarat-syarat adalah seperti
berikut:
          i.        Khatam dan boleh membaca al-Quran
          ii.       Berumur 12 tahun ke atas
          iii.      Kelulusan UPSR 2A
          iv.       Kelulusan KAFA
          v.        Keutamaan kepada penduduk tempatan
          vi.       Tidak ada sakit atau cacat anggota
          vii.      Kedua ibu bapa bersetuju menanggung pembelajaran anak mereka
                    hingga tamat pengajian
          viii.     Setiap pemohon akan di temuduga dan diuji melalui bakat,
                    kemampuan serta kemahiran pembacaan al-Quran masing-masing


                                               4
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                    HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Darul Uloom Al
Islamiyyah Jerantut. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah yang mempunyai minat
mendalam dan mempunyai kebolehan membaca al-Quran dan juga memiliki sijil
kelukusan KAFA.


5. Kurikulum Pengajian


       Setiap pelajar adalah diwajibkan supaya mengikuti kesemua mata pelajaran.
Ia juga merupakan syarat kelulusan bagi setiap pelajar yang ingin menamatkan
pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Pihak pentadbiran akan
mengadakan imtihan (peperiksaan) untuk menguji kebolehan pelajar tersebut Bagi
mata pelajaran serta menganugerahkan sijil pengiktirafan setelah menamatkan
pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Sebelum menghadapi peperiksaan
pelajar-pelajar dikehendaki mengulangi dan menghafaz setiap surah yang telah
ditentukan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pengulangan bacaan boleh
di lakukan di hadapan ketua di dalam setiap kumpulan masing-masing.


       Sistem peperiksaan adalah suatu perkara yang amat penting dilaksanakan di
sesebuah institusi pengajian untuk menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa.
Tempoh pengajian di Darul Uloom ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat tahfiz al-
Quran selama tiga tahun dan peringkat yang kedua ialah setiap pelajar yang berjaya
menamatkan pengajian pada setiap peringkat akan dianugerahkan syahadah / sijil.
Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun – Bulan Safar dan
akhir tahun – Bulan Sya’aban mengikut kalendar Islam. Peperiksaan ini akan
dijalankan berterusan sehinggalah bagi sesi pengajian tersebut untuk menentukan
kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar. Pelajar-pelajar yang telah tamat
tempoh pengajian mereka akan ditawarkan supaya menyambung pengajian pada
peringkat yang tinggi sama ada di dalam atau di luar Negara seperti Pakistan, Mesir,
Jordan . Indonesia dan sebagaiya. Kebanyakan pelajar keluaran Darul Uloom Al
Islamiyyah ini telah dapat menamatkan pengajian mereka dengan kejayaan yang
cemerlang, serkaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-
anak mereka belajar di maahad tahfiz.




                                          5
KAMARIAH MOHD AMIN
                        HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5




 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
  DARUL ULOOM AL ISLAMIYYAH
       JERANTUT PAHANG




           PENGERUSI
 MAULANA JUHARI B. MUHAMAD ALI


         NAIB PENGERUSI
     USTAZ ADNAN B. MAMAT


          SSETIAUSAHA
USTAZ AHMAD NAZRI B. MOHD NAZAM


           BENDAHARI
  USTAZ ZULKIFLI B. MOHD YUSUF


       AHLI JAWATANKUASA
 USTAZ HISYAMUDDIN B. MOHAMAD
USTAZ AHMAD REDZUAN B. ABU BAKAR
   USTAZ AZIZUL B. ABDUL KARIM
     USTAZ MU’AZ B. MUJAHID
   USTAZ MOHAMAD ARIS B. JASMI
   USTAZ FIRDAUS B. ABDULLAH
USTAZ KAMAL NAWAWI B. MAT SHAM




                6
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

 6. Logo

                        Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk kubah masjid
                       yang melambangkan tempat yang suci untuk melakukan ibadat
                       kepada Allah s.w.t.Al Ilmu al-Quran yang sentiasa tersedia
                       untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya.

Bulatan berbentuk kubah masjid yang seolah-olah bercahaya yang melambangkan
al-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia.

Bentuk bulat yang berwarna hijau melambangkan warna yang sejuk dan memberi
ketenangan dalam menjalankan ibadat setiap waktu, terutam ketika membaca ayat-ayat
suci al-Quran yang mulia itu.

Bentuk kubah enam jalur berwarna putih di bawah kubah kecil bermaksud rukun
iman mengandungi enam perkara. Dan antaranya percaya kepada kitab ai-Quran yang
suci. Dan para huffaz al Quran sebagai pemelihara al- quran dan pemerintah bumi.

Slogan logo “Darul Uloom” bermaksud tempat mencari ilmu dan memperdalami ilmu
al-Quran Kalam Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Huffaz al-Quran ialah yang
bijaksana layak sebagai khalifah bumi.

Secara keseluruhan bentuk logo kubah masjid yang membawa slogan dan nama
Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan al
Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani.




                                          7
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                      HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

7. Struktur Organisasi Guru dan Kakitangan

BIL. NAMA                                  UMUR         JAWATAN              KELULUSAN
01    Juhari B. Muhammad Ali               45 Thn       Penyelaras           M.A (Hadis), Pakistan
02    Mohd Sofian B. Rejab                 35 Thn       Pengetua             M.A (Hadis),Pakistan
03    Mohd Asri B. Yusuf                   41 Thn       P.K .1               M.A (Hadis)A. Selatan
04    Tadri B. Mazir                       36 Thn       P.K.2                Dip. Syariah
05    Mohd Pakhruddin B. Mahmud            38 Thn       P.K.3                M.A(Hadis) Miftahul
06    Khairul Amri B Khalid                33 Thn       Warden               Syahadah Tahfiz, Jtt
07    Mohd Sabri B. Salleh                 30 Thn       Guru                 Syahadah Tahfiz, Jtt
08    Azmuley B. Abd Aziz                  31 Thn       Guru                 Syahadah Tahfiz, Jtt
09    Siti Fatimah Bt. Mohamed             33 Thn       Guru                 B.A Usuluddin
10    Mohd Hafiz B. Abdullah               30 Thn       Guru/Kerani          B.A Usuluddin
11    Zurani Bt Harun                      39 Thn       Tukang Masak
12    Zainol Abidin b.Mohamad              40 Thn       Tukang Masak




8. Sumber Kewangan

       Kebanyakan sumber kewangan di dapati daripada sumbangan orang ramai
yang berbentuk wang tunai atau barangan. Terdapat juga sumbangan daripada pihak
syarikat persendirian yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau
sumbangan barangan kering seperti bahan-bahan makanan untuk pelajar di sini.
Manakala Pusat Pungutan Zakat dan Yayasan juga memberi bantuan setiap untuk
perbelanjaan pengurusan Darul Uloom Al Islamiyyah ini. Begitu juga terdapat projek
ekonomi secara kecil-kecilan oleh kakitangan Darul Uloom ini dengan menanam
pokok kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan pengurusan pada setiap bulan. Di
bawah ini di sertakan jumlah anggaran perbelanjaan pengurusan secara kasar Darul
Uloom.




       i.     Makanan / minum pelajar                                 :RM 5,000

       ii.    Bayaran bil elektrik, telefon dan air                   : RM     500



                                          8
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                     HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

       iii.   Elaun kakitangan                                       : RM 8,300

       iv.    Elaun tukang masak                                     : RM     500

                                                     Jumlah          : RM 14,300

       v.         Yuran pelajar RM 80 x 188                          : RM 13,840

       vi.    Derma / sumbangan orang ramai                          : RM 3,000

                                                     Jumlah          : RM 16,840



9. Rasional Pemilihan Masa Pengajaran al-Quran

       Dalam usaha untuk memastikan kejayaan setiap pelajar, pihak Darul Uloom
Al Islamiyah Jerantut telah menetapkan satu jadual yang padat dan tersusun seawal
pagi dan lewat malam. Setiap pelajar diwajibkan supaya mematuhi jadual seperti
berikut:

Masa                                          Aktiviti

4.30 -5.30 pagi                               Bangun dan solat tahajjuj

5.45- 6.30 pagi                               Solat subuh dan bacaan yasin

6.30 – 7.30 pagi                              Kelas pengajian (pelajaran tasmik sabaq)

7.30 – 8.30 pagi                              Khidmat umum dan sarapan pagi

8.30 – 11.00 pagi                             Kelas pengajian hafazan

11.00 – 11.30 pagi                            Kelas fardhu ain

12,00 tengah hari                             Rehat dan tidur

1.30 tengah hari                              Solat zohor

2.00 – 2.30 petang                            Makan tengah hari

2.30 – 4.30 petang                            Kelas pengajian al-Quran

4.45 – 5.00 petang                            Solat asar

5.00 – 5.30 petang                            bacaan hadis


                                         9
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

5.30 – 6.20 petang                           Riadah

6.20 – 7.00 petang                           Mandi dan makan petang

7.00 – 9.00 malam                            Solat maghrib dan isyak

9.15 – 10.45 malam                           Hayatus sahabah dan bacaan al-Waqiah

11.00 malam                                  Persiapan untuk tidur

       Berdasarkan jadual di atas, pemilihan masa yang sesuai untuk membaca dan
menghafaz al-Quran adalah dari seawal pagi kerana waktu ini suasana yang tenang
dan damai. Sebelum waktu subuh para pelajar akan dikejutkan oleh tenaga pengajar
pada pukul 4.45 pagi. Setelah mempersiapkan diri, pelajar dikehendaki datang ke
masjid untuk melaksanakan ibadah kerohanian sama ada untuk menunaikan solat
tahajjud atau solat sunat yang lain. Kemudian pelajar dikehendaki berada di saf
pertama, kedua dan ketiga di hadapan secara berdua-dua menghadap antara satu sama
lain untuk hafazan sendiri sama ada sabaq ulang (mengulang haafazan baru) atau
amokhtah (mengulang hafazan lama) dan tidak dibenarkan sekali-kali berada di saf
belakang dalam masjid. Ini untuk mengelakkan pelajar dari melakukan aktiviti lain
selain dari mengaji al-Quran seperti berbual, tidur dan sebagainya untuk memudahkan
pemantauan dilakukan oleh guru-guru. Dan setiap pelajar di kehendaki mematuhi
adab-adab ketika membaca al-Quran. Pelajar yang telah dapat menghafaz ayat-ayat
al-Quran akan dibaca secara berulang kali di hadapan guru untuk memastikan tidak
ada kesalahan bacaan dari segi makhraj huruf dan hukum-hukum tajwid. Sekiranya
terdapat kesalahan, maka guru akan terus memperbetulkan kesalah tersebut.




10. Pemilihan Kaedah Bacaan al-Quran

       Untuk membantu mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran dalam kelas-
kelas, mereka telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya:


                                        10
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

10.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah

       Kaedah ini bermaksud bacaan secara bersemuka antara guru dengan pelajar.
Pelajar mengikut bacaan guru dengan melihat pergerakan bibir guru. Kaedah ini
merupakan kaedah yang paling lama telah digunakan oleh malaikat Jibrail a.s kepada
Nabi Muhammad s.a.w semasa penurunan wahyu yang pertama di gua hira’. Kaedah
ini sesuai diaplikasikan di dalam kelas pengajian al-Quran. Guru membaca sebagai
bacaan dan kemudian diikuti secara beramai-ramai atau secara individu. Kaedah ini
amat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap hukum-hukum
tajwid dalam bacaan al-Quran seperti makhraj huruf, sifat huruf dan sebagainya.

10.2 Kaedah Tasmik (Bacaan)

       Kaedah ini juga digunakan dalam pembelajaran kemahiran hafazan pada
setiap hari. Ini kerana kaedah ini amat sesuai dipraktikkan dalam kemahiran bacaan
al-Quran untuk menguji bacaan pelajar yang telah mahir dalam penguasaan membaca
al-Quran. Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan.
Biasanya ianya dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajar
dikehendaki mentasmik pada keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayat-
ayat yang perlu ditasmik pada keesokan harinya pada dua atau tiga malam
sebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat mengingati dengan baik dan
tergesa-gesa atau kelam kabut. Dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar, maka guru pembimbing akan memperbetulkan kesalahan tersebut. Pelajar
juga akan ditanya tentang hokum-hukum tajwid. Guru pembimbing akan mendengar
dan meneliti bacaan pelajar sama ada kumpulan atau individu secara bergilir-gilir.
Pelajar yang telah lancar menguasai bacaan boleh mendengar bacaan daripada kawan-
kawan yang lain




10.3 Kaedah Tikrar (Ulangan)

       Kaedah ini digunakan dalam bacaan al-Quran sebagai kaedah ulangan atau
latih-tubi, secara berulang-kali. Kaedah ini guru memperdengarkan terlebih dahulu


                                         11
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

bacaannya dan diikuti oleh pelajar. Pembacaan al-Quran ini juga dilakukan secara
beramai-ramai mengikut kumpulan secara berturutan dan berulang kali. Saidatina
Aisyah r.a meriwayat hadis yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w suka mengulang-
ulang sesuatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang
sebenar”. Mengikut maksud hadis ini dinyatakan bahawa kaedah ulangan ini sesuai
dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut dalam masa yang sama. Dengan
menggunakan kaedah ini, guru pembimbing dapat mengenalpasti kemahiran yang
dikuasai oleh pelajar dan sekaligus dapat membina keyakinan pelajar.

11. Pembentukan Halaqat al-Quran

       Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut telah menetapkan pembentukan halaqat
secara individu dan juga kumpulan. Pembentukan halaqat ini mengikut peringkat
umur yang telah ditetapkan oleh pihak pertadbir dan disertai oleh seorang guru
pembimbing bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar mesti mengikuti jadual yang telah
ditentukan dengan mengikut juzuk hafalan yang telah ditetapkan. Dan pelajar mesti
menghafalnya dan didengari oleh kawan-kawan dalam kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan huffaz terdiri daripada tujuh orang ahli, dan seorang ketua dilantik
daripada pelajar yang senior daripada ahli kumpulan. Satu tempoh masa diberikan
kepada setiap ahli kumpulan untuk menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan.
Program ini mengandungi tiga langkah yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu:

       i.     Sebelum menghafaz ayat, pelajar perlu membacanya dengan sendiri.
              Jika bacaan pelajar tidak lancer dan terdapat kesalahan, pelajar perlu
              memperbaiki dan mengulang semula. Setelah yakin bacaannya betul,
              pelajar boleh berjumpa dengan guru pembimbing untuk mentasmik
              bacaannya.
       ii.    Setelah itu pelajar perlu menghafaz 10 ayat-ayat al-Quran dalam masa
              30 minit dalam waktu rasmi Program Huffaz. Semakan ayat-ayat
              hafazan yang baru ini boleh ditasmik dengan guru pembimbing
              masing-masing untuk mamastikan tiada kesalahan bacaan atau lupa
              sebelum berpindah kepada ayat hafazan baru.
       iii.   Langkah terakhir adalah 10 ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz akan
              diulang setiap hari selepas waktu zohor. Asar dan malam. Ulaangan
              dilakukan mengikut tertib al-Quran. Satu jadual tasmik KUBRA telah


                                         12
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                  HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

              ditetapkan, dan pelajar dikehendaki tasmik surah yang ditetapkan di
              hadapan guru pembimbing dan tahap hafazan pelajar akan dicatatkan
              pada buku panduan huffaz. Sijil huffaz akan diberikan kepada pelajar
              yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Program Huffaz ini, bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafaz sahaja,
malahan membina kaedah bacaan yang berkesan dengan menitikberatkan beberapa
kaedah berikut:

       i.     Masalah kelupaan dalam kemahiran membaca al-Quran
       ii.    Sebutan huruf dan sifat huruf
       iii.   Kaedah pembacaan dan hafazan

Apabila pelajar-pelajar yang menghadapi masalah berkenaan akan dikelompokkan di
bawah program alternatif iaitu Program Tahsin al-Quran bagi memperbaiki mutu
bacaan pelajar-pelajar yang lemah. Salah satu cara yang diperkenalkan oleh guru-guru
tahsin adalah dengan menggunakan kaedah Iqra’ j-Qaf dan kuliah intensif tajwid

12. Kelayakan guru

       Kebanyakan guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengajian
al-Quran, tafsir dan hadis. Mereka pernah menjadi pendakwah bebas ke Negara-
negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand, Sabah, Saarawak dan
negeri-negeri di semenanjung. Begitu juga berpengalaman dalam mengimarahkan
masjid-masjid di daerah sebagai imam-imam masjid terutama pada bulan Ramadhan.
Mereka juga bertugas sebagai fasilitator dalam kursus jemaah haji, seminar di bawah
Risda, Felcra dan Jabatan Pendidikan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Antara kelayakan guru yang mengajar di Darul Uloom Al Islamiyyah ini ialah:




       i.     M.A (Hadis) New Town Karachi, Pakistan
       ii.    M.A (Hadis) Khairul Madanis, Multan Pakistan
       iii.   M.A (Hadis) Mahmoodiah, Spring Afrika Selatan
       iv.    M.A (Hadis) Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur
       v.     M.A (Hadis) Jamiah Samsol Olom Pakistan


                                        13
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

       vi.     Syahadah Tahfiz Madrasatul, Quran Kubang Terengganu
       vii.    Syahadah Tahfiz, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut Pahang
       viii.   Syahadah Tahfiz, Pasantren Annajah, Jawa Barat Indonesia

13. Keberkesanan pengajaran guru

       Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah melahirkan para huffaz, umpamanya
dalam Musabaqah Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ramai pesertanya
adalah dari kalangan maahad tahfiz ini. Faktor utama mengapa mereka mendominasi
senarai peserta musabaqah dan memiliki kejayaan ialah kerana memasuki maahad
adalah ketika berumur dua belas tahun, sebagaimana diketahui umum bahawa
menghafaz ketika kecil ingatannya akan melekat umpama memahat di batu. Ini juga
menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan oleh para guru dengan aktiviti
jadual yang padat dan juga disiplin pelajar dapat dapat diikuti dengan baik dan
sekaligus dapat mempercepatkan untuk mengingati ayat-ayat yang perlu dihafalkan
oleh para pelajar. Justeru itu, Darul Uloom telah mengeluarkan para huffaz yang dapat
menamatkan pengajian dan seterusnya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat
yang lebih tinggi seperti ke Negara Pakistan, Yaman, Indonesia. Thailand, Afrika dan
sebagainya. Ini menunjukkan berkat dengan bimbingan para guru-guru yang
mengajar, mendidik dan memastikan prestasi para pelajar sentiasa cemerlang. Segala
urusan perbelanjaan pemergian para pelajar akan ditanggung oleh pihak pentadbir
Darul Uloom. Manakala semua perbelanjaan pengajian akan ditanggung sepenuhnya
oleh keluarga pelajar itu sendiri sehingga tamat pengajian mereka.

14. Masalah Yang Wujud

       Masalah yang wujud di Darul Uloom Al Islamiyyah ini hanya terdapat
segelintir sahaja pelajar yang menghadapi masalah seperti sikap malas menghafaz
ayat-ayat yang telah ditetapkan. Apabila tertinggal disebabkan masalah lupa maka
akan memberi sedikit tekanan kepada pelajar kerana mereka akan tercicir dengan
kawan-kawan yang lain. Tekanan keluarga yang memaksa anak-anak mereka dihantar
ke pusat Mahaad Tahfiz tanpa kerelaan anak-anak, akan menjadi masalah kepada
pihak pentaadbir Darul Uloom kerana pelajar tersebut kurang berminat dan tidak
mampu menghafaz al-Quran sebagaimana kehendak kedua ibu bapa. Jika keadaan ini
berlarutan, akan memberi masalah kepada        pihak pentadbir. Permasalahan yang


                                         14
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                 HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5

timbul ini menyebabkan pihak Darul Uloom tidak sekali-kali menggunakan sistem
paksaan, sebaiknya semua terserah kepada pelajar sama ada mahu menghafaz atau
tidak Jika pelajar tidak mencapai sasaran hafazan (muqarra) yang telah ditetapkan
oleh pihak Darul Uloom, maka pelajar tersebut akan ditamatkan pengajiannya.
Amalan paksaan tidak dilaksanakan di Darul Uloom kerana tenaga pengajar tidak
memaksa para pelajarnya dalam bidang hafazan untuk mengelak pelajar tertekan.




15. Penutup

       Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam.
Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam.
Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa,
masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan persaudaraan dan
masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi,
tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-
Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran
ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Dalam
masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan
mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal
melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional sekaligus memenuhi
matlamat pendidikan al-Quran.




16. Rujukan

Dr. H. St.Amanah. (1993). Pengertian Ilmu Al-Quran Dan Tafsir. Kuala Lumpur:
Penerbit Asy Syifa’ Darul Fikir Sdn. Bhd.



                                        15
KAMARIAH MOHD AMIN
                                                HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5



Habibah @ Artini Ramli & Syaryanti Hussin (2007). Pendidikan Islam Tahun 5.
Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.


Harun Arrasyid Tuskan. (1998). Ilmu Tajwid Praktikal Dan Berkesan. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.


Hasan Mahmud Al-Hafiz, (1993),       Mengenal Qiraat Al-Quran Penerbit Darul
Nu’man Kuala Lumpur.


Prof. dr. MAnsor Fadzil, Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor 2007,
HBQE 2103 Al-Tajwid. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.


Prof. dr. Mansor Fadzil, Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohamad Al-
Hafiz 2007 dan 2008,     HBQE 2203 Al-Qiraat. Kuala Lumpur: Open Universiti
Malaysia


http://abuhuzaifah.blogspot.com
www.qari-qariah.blogspot.com
www.darul.uloom.com
www.rehal.org




                                      16

More Related Content

What's hot

PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2Safiah Sulaiman
 
Institusi institusi pendidikan islam di indonesia
Institusi institusi pendidikan islam di indonesiaInstitusi institusi pendidikan islam di indonesia
Institusi institusi pendidikan islam di indonesiasadiman dimas
 
Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Amilinda Amsar
 
Artikel keutamaan membaca al quran
Artikel keutamaan membaca al quranArtikel keutamaan membaca al quran
Artikel keutamaan membaca al quranAisyZuhriyyatulA
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaikNoor Aini Samsusah
 
Perkembangan pendidikan islam di indonesia
Perkembangan pendidikan islam di indonesiaPerkembangan pendidikan islam di indonesia
Perkembangan pendidikan islam di indonesiaAisyah Irham
 
Studi islam asia tenggara
Studi islam asia tenggaraStudi islam asia tenggara
Studi islam asia tenggaraSarjan Alatas
 
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp0101 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01sujiman ae
 
ppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuUsmawatidewi
 
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'an
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'anMakalah pai batasan aurat menurut al qur'an
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'anRahmatia Azzindani
 

What's hot (14)

PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
PPPM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
 
Institusi institusi pendidikan islam di indonesia
Institusi institusi pendidikan islam di indonesiaInstitusi institusi pendidikan islam di indonesia
Institusi institusi pendidikan islam di indonesia
 
Lembaga pendidikan islam
Lembaga pendidikan islamLembaga pendidikan islam
Lembaga pendidikan islam
 
Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1Pppm pendidikan islam ting 1
Pppm pendidikan islam ting 1
 
Artikel keutamaan membaca al quran
Artikel keutamaan membaca al quranArtikel keutamaan membaca al quran
Artikel keutamaan membaca al quran
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
 
Perkembangan pendidikan islam di indonesia
Perkembangan pendidikan islam di indonesiaPerkembangan pendidikan islam di indonesia
Perkembangan pendidikan islam di indonesia
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsmSp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
 
Studi islam asia tenggara
Studi islam asia tenggaraStudi islam asia tenggara
Studi islam asia tenggara
 
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp0101 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01
01 agamaislamsd-mi-121217154741-phpapp01
 
ppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmuppt hadits tentang menuntut ilmu
ppt hadits tentang menuntut ilmu
 
Proposal al qur'an baru
Proposal al qur'an baruProposal al qur'an baru
Proposal al qur'an baru
 
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'an
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'anMakalah pai batasan aurat menurut al qur'an
Makalah pai batasan aurat menurut al qur'an
 

Viewers also liked

GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversión
GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversiónGWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversión
GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversióngamificationworldcongress
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Rabithah Ma'ahid Islamiyah Nahdlatul Ulama
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentation
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentationIs your farm climate ready cfsa 2012 presentation
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentationffbroadwell
 
Cfsa 2012 grossman
Cfsa 2012 grossmanCfsa 2012 grossman
Cfsa 2012 grossmanffbroadwell
 
Kolaj menggunakan ict@paint
Kolaj menggunakan ict@paintKolaj menggunakan ict@paint
Kolaj menggunakan ict@paintWes Mirid
 
El consum de productes bàsics baixa per primera
El consum de productes bàsics baixa per primeraEl consum de productes bàsics baixa per primera
El consum de productes bàsics baixa per primeraLaura Rubio Funes
 
Orchard health applications
Orchard health applicationsOrchard health applications
Orchard health applicationsffbroadwell
 
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Sales
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase SalesGWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Sales
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Salesgamificationworldcongress
 
Presentasjon om biler
Presentasjon om bilerPresentasjon om biler
Presentasjon om bilerAbdelhay1961
 
Planning your sustainable farm enterprise
Planning your sustainable farm enterprisePlanning your sustainable farm enterprise
Planning your sustainable farm enterpriseffbroadwell
 
Top Ten Takeaways: Trends & Tactis
Top Ten Takeaways: Trends & TactisTop Ten Takeaways: Trends & Tactis
Top Ten Takeaways: Trends & TactisAristotle Inc.
 
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!abbymarte
 

Viewers also liked (20)

GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversión
GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversiónGWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversión
GWC2012 - Tom Chatfield - Más allá de la diversión
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
 
hafazan al-Quran
hafazan al-Quranhafazan al-Quran
hafazan al-Quran
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentation
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentationIs your farm climate ready cfsa 2012 presentation
Is your farm climate ready cfsa 2012 presentation
 
Cfsa 2012 grossman
Cfsa 2012 grossmanCfsa 2012 grossman
Cfsa 2012 grossman
 
Tics
TicsTics
Tics
 
Kolaj menggunakan ict@paint
Kolaj menggunakan ict@paintKolaj menggunakan ict@paint
Kolaj menggunakan ict@paint
 
Natco
NatcoNatco
Natco
 
El consum de productes bàsics baixa per primera
El consum de productes bàsics baixa per primeraEl consum de productes bàsics baixa per primera
El consum de productes bàsics baixa per primera
 
2011 Kossuth County Iowa Laborshed Summary
2011 Kossuth County Iowa Laborshed Summary2011 Kossuth County Iowa Laborshed Summary
2011 Kossuth County Iowa Laborshed Summary
 
Orchard health applications
Orchard health applicationsOrchard health applications
Orchard health applications
 
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Sales
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase SalesGWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Sales
GWC2013 - Jaume Juan - Apesoft - Competing to Increase Sales
 
Presentasjon om biler
Presentasjon om bilerPresentasjon om biler
Presentasjon om biler
 
Planning your sustainable farm enterprise
Planning your sustainable farm enterprisePlanning your sustainable farm enterprise
Planning your sustainable farm enterprise
 
Top Ten Takeaways: Trends & Tactis
Top Ten Takeaways: Trends & TactisTop Ten Takeaways: Trends & Tactis
Top Ten Takeaways: Trends & Tactis
 
Schindler photography people portfolio
Schindler photography people portfolioSchindler photography people portfolio
Schindler photography people portfolio
 
2011 Calhoun County Iowa Laborshed Summary
2011 Calhoun County Iowa Laborshed Summary2011 Calhoun County Iowa Laborshed Summary
2011 Calhoun County Iowa Laborshed Summary
 
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!
Abby (ecosystem) fkaching ... love u rommel gallido..haha !!
 
R.s.
R.s.R.s.
R.s.
 

Similar to TAHFZ AL-QURAN

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranNik Mat
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehadimal69
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantariwan Alit
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Akademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenAkademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenrahman manan
 
Al-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDAl-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDHazana Itriya
 
Akademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenAkademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenrahman manan
 
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANSTRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANTa'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdfRismaYunitaVerawati
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Documentfuad663329
 
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...Imron Fauzi
 
alquran sebagai filter
alquran sebagai filteralquran sebagai filter
alquran sebagai filterYens Craft
 
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxCorpcomRSSP
 

Similar to TAHFZ AL-QURAN (20)

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quranKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Akademi Guru Al Fatih
Akademi Guru Al FatihAkademi Guru Al Fatih
Akademi Guru Al Fatih
 
SUBHAN SIDIQ 1.pptx
SUBHAN SIDIQ 1.pptxSUBHAN SIDIQ 1.pptx
SUBHAN SIDIQ 1.pptx
 
J qaf
J qafJ qaf
J qaf
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Akademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenAkademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameen
 
Al-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SDAl-Qur'an Hadits MI/SD
Al-Qur'an Hadits MI/SD
 
Akademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameenAkademi tahfiz al ameen
Akademi tahfiz al ameen
 
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKANSTRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN TAHFIDZ AL-QUR’AN DI LEMBAGA PENDIDIKAN
 
Pafa ppt tjuk 8
Pafa ppt tjuk 8Pafa ppt tjuk 8
Pafa ppt tjuk 8
 
10_tahun_manzuku.docx
10_tahun_manzuku.docx10_tahun_manzuku.docx
10_tahun_manzuku.docx
 
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf
2111-Article Text-5057-1-10-20220813.pdf
 
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan IslamFalsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Islam
 
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word DocumentNew Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
 
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM | Imron Fauzi | Mahasiswa INA...
 
alquran sebagai filter
alquran sebagai filteralquran sebagai filter
alquran sebagai filter
 
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptxILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
ILMU PENDIDIKAN ISLAM pp.pptx
 

TAHFZ AL-QURAN

  • 1. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 1. Pendahuluan AI-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir dan membacanya adalah suatu ibadah yang bermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah Al-Nas. Ia merupakan kitab terakhir yang diturunkan dan sekaligus memansuhkan kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya. Tujuan utama penurunannya adalah bukan hanya untuk dibaca tetapi sebagai panduan hidup yang lengkap bagi seluruh umat manusia dalam semua aspek kehidupan. Ulama telah menetapkan garis panduan yang masyhur dalam pengriwayatan dan rukun bacaan Al-Quran. Rukun bacaan Al-Quran perlu berkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati salah satu mushaf Othmani. Membaca Al-Quran rasanya tidak lengkap tanpa mempelajari cara membacanya. Ilmu membacanya biasa disebut dengan ilmu tajwid. Tajwid ini sangat penting bagi kita sebagai seorang muslim, kerana kita diperintahkan Allah s.w.t. untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil. Pada masa kini, Institusi pendidikan al-Quran tumbuh dan berkembang di serata tempat.Perkembangan ini amat sihat bagi meninggikan syiar Islam dalam konteks mendedahkan kanak-kanak celik al-Quran di peringkat usia yang masih muda. Penekanan kepada pembacaan al-Quran merupakan satu usaha ke arah pembentukan insan kamil dan untuk membimbing pelajar ke arah petunjuk Allah s.w.t yang bersumberkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup yang utama. Al-Quran adalah kalam Allah dan petunjuk kepada sekelian manusia. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s dan membacanya adalah ibadat. Allah Taala telah menjanjikan pahala yang baik kepada semua pembacanya. 1
  • 2. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Sabda Rasulullah s.a.w ‫من قرقأ حر فا من كتاب ال فله به حسنة والحسنة بعشر قأمثا لها لقأقول الم‬ ‫حرف ولكن الف حرف‬ ‫)ول م حرف وميم حرف – رواه الترمذى )حديث حسن صحيح غريب‬ Maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya. Aku tidak katakan Alif, Lam dan Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. Di samping membacanya Allah menggalakkan kita supaya berfikir dan mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah serta meneliti akan makna-makna yang terkandung di dalamnya bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Oleh kerana membaca al-Quran itu merupakan satu ibadat yang diberi ganjaran pahala yang banyak. Maka Allah telah menetapkan bagi setiap pembaca al-Quran beberapa garis panduan atau kaedah yang tertentu ketika membaca al-Quran sebagaimana Firman Allah s.w.t : surah al-Muzammil ; ayat;4 yang bermaksud : "Bacalah Al-Quran secara tartil. Sehubungan dengan itu Nabi Muhammad s.a.w telah memperdengarkan (menyemak) bacaan al-Qurannya di hadapan Jibrail a.s pada setiap tahun sekali dalam bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun kewafatannya. 2. Latar Belakang Dan Sejarah Penubuhan Institusi Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al- Quran sebagai subjek teras. Darul Uloom Al Islamiyyah ini ditubuhkan pada 1 Jun 1999 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 4.5 hektar di KM 15, Jalan Jerantut – Jengka, Sungai Salan, Jerantut. Pahang Darul Makmur. Darul Uloom Al Islamiyyah ini mempunyai beberapa blok bangunan untuk surau, kelas, kediaman tenaga pengajar, asrama pelajar, pejabat, perpustakaan, koperasi dan stor. Ia mempunyai kemudahan prasarana dan peralatan yang berkualiti lengkap dan sempurna. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah seperti pejabat / bilik guru, ruang tamu, kelas, asrama, musolla,dapur padang permainan, komputer, al-Quran dan sebagainya. 2
  • 3. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah dipelopori oleh Maulana Juhari B. Mohamad Ali.dengan dibantu oleh 13 orang tenaga pengajar lelaki dan 4 orang guru perempuan. Manakala jumlah pelajar sekarang adalah 150 lelaki dan 56 pelajar perempuan. Kebanyakan pelajar adalah terdiri dari masyarakat setempat yang berada di sekitar daerah jerantut. Walau bagaimanapun, kini telah terdapat pelajar-pelajar daripada Negara luar seperti dari Thailand seramai 15 orang, Filipina seramai 7 orang, Algeria seramai 3 orang dan 1 orang pelajar dari Negara Perancis. Kebanyakan pelajar tersebut fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bilangan pelajar di Darul Uloom Al Islamiyyah ini semakin bertambah setiap tahun ekoran daripada kepercayaan dan keyakinan penuh daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan dapat menamatkan pengajian mereka. Dan pihak pentadbir Darul Uloom Al Islamiyyah ini sedang berusaha untuk menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan kemudahan prasarana yang mencukupi supaya dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Faktor penubuhan Maahad Tahfiz persendirian ini adalah pengaruh lepasan tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan. Apabila mereka pulang ke Malaysia dengan membaawa sijil tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan, mereka telah menubuhkan maahad tahfiz persendirian untuk mengembangkan pengajaran al-Quran di tempat masing-masing.Justeru banyak maahad tahfiz persendirian dan kebanyakan lepasan mereka menyambung pelajaran ke India dan Pakistan. Dan kebanyakan guru-guru yang mengajar di sini adalah lepasan dari India dan Pakistan. Antara sumbangan mereka ialah pelajar-pelajar digalakkan menjadi imam terawih dan mengkhatamkan bacaan mereka dalam bulan Ramadhan. Setelah hampir 11 tahun beroperasi, Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah menubuhkan beberapa cawangannya di daerah Kuala Lipis. 3
  • 4. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 3. Objektif Penubuhan Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut ini menggariskan matlamat dan objektif seperti berikut: i. Untuk melahirkan qari-qari dan hafiz al-Quran ii. Dapat melahirkan bakal-bakal Imam yang arif dan mahir dalam pembacaan al-Quran untuk memimpin masyarakat tempatan iii. Sebagai asas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang al-Quran dan Hadis di dalam dan luar Negara iv. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut dapat menyumbang ke arah matlamat tersebut Dengan sokongan dari semua pihak, kesungguhan dan dedikasi tenaga pengajar dan komitmen dari setiap individu yang terlibat pihak pentadbiran yakin bahawa Darul Uloom Al-Islamiyyah Jerantut ini akan dapat merialisasikan objektif tersebut, Insyaallah. 4. Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut, telah menetapkan beberapa syarat bagi setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini. Antara syarat-syarat adalah seperti berikut: i. Khatam dan boleh membaca al-Quran ii. Berumur 12 tahun ke atas iii. Kelulusan UPSR 2A iv. Kelulusan KAFA v. Keutamaan kepada penduduk tempatan vi. Tidak ada sakit atau cacat anggota vii. Kedua ibu bapa bersetuju menanggung pembelajaran anak mereka hingga tamat pengajian viii. Setiap pemohon akan di temuduga dan diuji melalui bakat, kemampuan serta kemahiran pembacaan al-Quran masing-masing 4
  • 5. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah yang mempunyai minat mendalam dan mempunyai kebolehan membaca al-Quran dan juga memiliki sijil kelukusan KAFA. 5. Kurikulum Pengajian Setiap pelajar adalah diwajibkan supaya mengikuti kesemua mata pelajaran. Ia juga merupakan syarat kelulusan bagi setiap pelajar yang ingin menamatkan pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Pihak pentadbiran akan mengadakan imtihan (peperiksaan) untuk menguji kebolehan pelajar tersebut Bagi mata pelajaran serta menganugerahkan sijil pengiktirafan setelah menamatkan pengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Sebelum menghadapi peperiksaan pelajar-pelajar dikehendaki mengulangi dan menghafaz setiap surah yang telah ditentukan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pengulangan bacaan boleh di lakukan di hadapan ketua di dalam setiap kumpulan masing-masing. Sistem peperiksaan adalah suatu perkara yang amat penting dilaksanakan di sesebuah institusi pengajian untuk menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Tempoh pengajian di Darul Uloom ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat tahfiz al- Quran selama tiga tahun dan peringkat yang kedua ialah setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pada setiap peringkat akan dianugerahkan syahadah / sijil. Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun – Bulan Safar dan akhir tahun – Bulan Sya’aban mengikut kalendar Islam. Peperiksaan ini akan dijalankan berterusan sehinggalah bagi sesi pengajian tersebut untuk menentukan kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar. Pelajar-pelajar yang telah tamat tempoh pengajian mereka akan ditawarkan supaya menyambung pengajian pada peringkat yang tinggi sama ada di dalam atau di luar Negara seperti Pakistan, Mesir, Jordan . Indonesia dan sebagaiya. Kebanyakan pelajar keluaran Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah dapat menamatkan pengajian mereka dengan kejayaan yang cemerlang, serkaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak- anak mereka belajar di maahad tahfiz. 5
  • 6. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN DARUL ULOOM AL ISLAMIYYAH JERANTUT PAHANG PENGERUSI MAULANA JUHARI B. MUHAMAD ALI NAIB PENGERUSI USTAZ ADNAN B. MAMAT SSETIAUSAHA USTAZ AHMAD NAZRI B. MOHD NAZAM BENDAHARI USTAZ ZULKIFLI B. MOHD YUSUF AHLI JAWATANKUASA USTAZ HISYAMUDDIN B. MOHAMAD USTAZ AHMAD REDZUAN B. ABU BAKAR USTAZ AZIZUL B. ABDUL KARIM USTAZ MU’AZ B. MUJAHID USTAZ MOHAMAD ARIS B. JASMI USTAZ FIRDAUS B. ABDULLAH USTAZ KAMAL NAWAWI B. MAT SHAM 6
  • 7. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 6. Logo Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk kubah masjid yang melambangkan tempat yang suci untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.Al Ilmu al-Quran yang sentiasa tersedia untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya. Bulatan berbentuk kubah masjid yang seolah-olah bercahaya yang melambangkan al-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia. Bentuk bulat yang berwarna hijau melambangkan warna yang sejuk dan memberi ketenangan dalam menjalankan ibadat setiap waktu, terutam ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran yang mulia itu. Bentuk kubah enam jalur berwarna putih di bawah kubah kecil bermaksud rukun iman mengandungi enam perkara. Dan antaranya percaya kepada kitab ai-Quran yang suci. Dan para huffaz al Quran sebagai pemelihara al- quran dan pemerintah bumi. Slogan logo “Darul Uloom” bermaksud tempat mencari ilmu dan memperdalami ilmu al-Quran Kalam Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Huffaz al-Quran ialah yang bijaksana layak sebagai khalifah bumi. Secara keseluruhan bentuk logo kubah masjid yang membawa slogan dan nama Maahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan al Quran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani. 7
  • 8. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 7. Struktur Organisasi Guru dan Kakitangan BIL. NAMA UMUR JAWATAN KELULUSAN 01 Juhari B. Muhammad Ali 45 Thn Penyelaras M.A (Hadis), Pakistan 02 Mohd Sofian B. Rejab 35 Thn Pengetua M.A (Hadis),Pakistan 03 Mohd Asri B. Yusuf 41 Thn P.K .1 M.A (Hadis)A. Selatan 04 Tadri B. Mazir 36 Thn P.K.2 Dip. Syariah 05 Mohd Pakhruddin B. Mahmud 38 Thn P.K.3 M.A(Hadis) Miftahul 06 Khairul Amri B Khalid 33 Thn Warden Syahadah Tahfiz, Jtt 07 Mohd Sabri B. Salleh 30 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt 08 Azmuley B. Abd Aziz 31 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt 09 Siti Fatimah Bt. Mohamed 33 Thn Guru B.A Usuluddin 10 Mohd Hafiz B. Abdullah 30 Thn Guru/Kerani B.A Usuluddin 11 Zurani Bt Harun 39 Thn Tukang Masak 12 Zainol Abidin b.Mohamad 40 Thn Tukang Masak 8. Sumber Kewangan Kebanyakan sumber kewangan di dapati daripada sumbangan orang ramai yang berbentuk wang tunai atau barangan. Terdapat juga sumbangan daripada pihak syarikat persendirian yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau sumbangan barangan kering seperti bahan-bahan makanan untuk pelajar di sini. Manakala Pusat Pungutan Zakat dan Yayasan juga memberi bantuan setiap untuk perbelanjaan pengurusan Darul Uloom Al Islamiyyah ini. Begitu juga terdapat projek ekonomi secara kecil-kecilan oleh kakitangan Darul Uloom ini dengan menanam pokok kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan pengurusan pada setiap bulan. Di bawah ini di sertakan jumlah anggaran perbelanjaan pengurusan secara kasar Darul Uloom. i. Makanan / minum pelajar :RM 5,000 ii. Bayaran bil elektrik, telefon dan air : RM 500 8
  • 9. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 iii. Elaun kakitangan : RM 8,300 iv. Elaun tukang masak : RM 500 Jumlah : RM 14,300 v. Yuran pelajar RM 80 x 188 : RM 13,840 vi. Derma / sumbangan orang ramai : RM 3,000 Jumlah : RM 16,840 9. Rasional Pemilihan Masa Pengajaran al-Quran Dalam usaha untuk memastikan kejayaan setiap pelajar, pihak Darul Uloom Al Islamiyah Jerantut telah menetapkan satu jadual yang padat dan tersusun seawal pagi dan lewat malam. Setiap pelajar diwajibkan supaya mematuhi jadual seperti berikut: Masa Aktiviti 4.30 -5.30 pagi Bangun dan solat tahajjuj 5.45- 6.30 pagi Solat subuh dan bacaan yasin 6.30 – 7.30 pagi Kelas pengajian (pelajaran tasmik sabaq) 7.30 – 8.30 pagi Khidmat umum dan sarapan pagi 8.30 – 11.00 pagi Kelas pengajian hafazan 11.00 – 11.30 pagi Kelas fardhu ain 12,00 tengah hari Rehat dan tidur 1.30 tengah hari Solat zohor 2.00 – 2.30 petang Makan tengah hari 2.30 – 4.30 petang Kelas pengajian al-Quran 4.45 – 5.00 petang Solat asar 5.00 – 5.30 petang bacaan hadis 9
  • 10. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 5.30 – 6.20 petang Riadah 6.20 – 7.00 petang Mandi dan makan petang 7.00 – 9.00 malam Solat maghrib dan isyak 9.15 – 10.45 malam Hayatus sahabah dan bacaan al-Waqiah 11.00 malam Persiapan untuk tidur Berdasarkan jadual di atas, pemilihan masa yang sesuai untuk membaca dan menghafaz al-Quran adalah dari seawal pagi kerana waktu ini suasana yang tenang dan damai. Sebelum waktu subuh para pelajar akan dikejutkan oleh tenaga pengajar pada pukul 4.45 pagi. Setelah mempersiapkan diri, pelajar dikehendaki datang ke masjid untuk melaksanakan ibadah kerohanian sama ada untuk menunaikan solat tahajjud atau solat sunat yang lain. Kemudian pelajar dikehendaki berada di saf pertama, kedua dan ketiga di hadapan secara berdua-dua menghadap antara satu sama lain untuk hafazan sendiri sama ada sabaq ulang (mengulang haafazan baru) atau amokhtah (mengulang hafazan lama) dan tidak dibenarkan sekali-kali berada di saf belakang dalam masjid. Ini untuk mengelakkan pelajar dari melakukan aktiviti lain selain dari mengaji al-Quran seperti berbual, tidur dan sebagainya untuk memudahkan pemantauan dilakukan oleh guru-guru. Dan setiap pelajar di kehendaki mematuhi adab-adab ketika membaca al-Quran. Pelajar yang telah dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran akan dibaca secara berulang kali di hadapan guru untuk memastikan tidak ada kesalahan bacaan dari segi makhraj huruf dan hukum-hukum tajwid. Sekiranya terdapat kesalahan, maka guru akan terus memperbetulkan kesalah tersebut. 10. Pemilihan Kaedah Bacaan al-Quran Untuk membantu mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran dalam kelas- kelas, mereka telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya: 10
  • 11. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 10.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah Kaedah ini bermaksud bacaan secara bersemuka antara guru dengan pelajar. Pelajar mengikut bacaan guru dengan melihat pergerakan bibir guru. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama telah digunakan oleh malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w semasa penurunan wahyu yang pertama di gua hira’. Kaedah ini sesuai diaplikasikan di dalam kelas pengajian al-Quran. Guru membaca sebagai bacaan dan kemudian diikuti secara beramai-ramai atau secara individu. Kaedah ini amat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap hukum-hukum tajwid dalam bacaan al-Quran seperti makhraj huruf, sifat huruf dan sebagainya. 10.2 Kaedah Tasmik (Bacaan) Kaedah ini juga digunakan dalam pembelajaran kemahiran hafazan pada setiap hari. Ini kerana kaedah ini amat sesuai dipraktikkan dalam kemahiran bacaan al-Quran untuk menguji bacaan pelajar yang telah mahir dalam penguasaan membaca al-Quran. Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan. Biasanya ianya dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajar dikehendaki mentasmik pada keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayat- ayat yang perlu ditasmik pada keesokan harinya pada dua atau tiga malam sebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat mengingati dengan baik dan tergesa-gesa atau kelam kabut. Dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, maka guru pembimbing akan memperbetulkan kesalahan tersebut. Pelajar juga akan ditanya tentang hokum-hukum tajwid. Guru pembimbing akan mendengar dan meneliti bacaan pelajar sama ada kumpulan atau individu secara bergilir-gilir. Pelajar yang telah lancar menguasai bacaan boleh mendengar bacaan daripada kawan- kawan yang lain 10.3 Kaedah Tikrar (Ulangan) Kaedah ini digunakan dalam bacaan al-Quran sebagai kaedah ulangan atau latih-tubi, secara berulang-kali. Kaedah ini guru memperdengarkan terlebih dahulu 11
  • 12. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 bacaannya dan diikuti oleh pelajar. Pembacaan al-Quran ini juga dilakukan secara beramai-ramai mengikut kumpulan secara berturutan dan berulang kali. Saidatina Aisyah r.a meriwayat hadis yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w suka mengulang- ulang sesuatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar”. Mengikut maksud hadis ini dinyatakan bahawa kaedah ulangan ini sesuai dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut dalam masa yang sama. Dengan menggunakan kaedah ini, guru pembimbing dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh pelajar dan sekaligus dapat membina keyakinan pelajar. 11. Pembentukan Halaqat al-Quran Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut telah menetapkan pembentukan halaqat secara individu dan juga kumpulan. Pembentukan halaqat ini mengikut peringkat umur yang telah ditetapkan oleh pihak pertadbir dan disertai oleh seorang guru pembimbing bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar mesti mengikuti jadual yang telah ditentukan dengan mengikut juzuk hafalan yang telah ditetapkan. Dan pelajar mesti menghafalnya dan didengari oleh kawan-kawan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan huffaz terdiri daripada tujuh orang ahli, dan seorang ketua dilantik daripada pelajar yang senior daripada ahli kumpulan. Satu tempoh masa diberikan kepada setiap ahli kumpulan untuk menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan. Program ini mengandungi tiga langkah yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu: i. Sebelum menghafaz ayat, pelajar perlu membacanya dengan sendiri. Jika bacaan pelajar tidak lancer dan terdapat kesalahan, pelajar perlu memperbaiki dan mengulang semula. Setelah yakin bacaannya betul, pelajar boleh berjumpa dengan guru pembimbing untuk mentasmik bacaannya. ii. Setelah itu pelajar perlu menghafaz 10 ayat-ayat al-Quran dalam masa 30 minit dalam waktu rasmi Program Huffaz. Semakan ayat-ayat hafazan yang baru ini boleh ditasmik dengan guru pembimbing masing-masing untuk mamastikan tiada kesalahan bacaan atau lupa sebelum berpindah kepada ayat hafazan baru. iii. Langkah terakhir adalah 10 ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz akan diulang setiap hari selepas waktu zohor. Asar dan malam. Ulaangan dilakukan mengikut tertib al-Quran. Satu jadual tasmik KUBRA telah 12
  • 13. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 ditetapkan, dan pelajar dikehendaki tasmik surah yang ditetapkan di hadapan guru pembimbing dan tahap hafazan pelajar akan dicatatkan pada buku panduan huffaz. Sijil huffaz akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Program Huffaz ini, bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafaz sahaja, malahan membina kaedah bacaan yang berkesan dengan menitikberatkan beberapa kaedah berikut: i. Masalah kelupaan dalam kemahiran membaca al-Quran ii. Sebutan huruf dan sifat huruf iii. Kaedah pembacaan dan hafazan Apabila pelajar-pelajar yang menghadapi masalah berkenaan akan dikelompokkan di bawah program alternatif iaitu Program Tahsin al-Quran bagi memperbaiki mutu bacaan pelajar-pelajar yang lemah. Salah satu cara yang diperkenalkan oleh guru-guru tahsin adalah dengan menggunakan kaedah Iqra’ j-Qaf dan kuliah intensif tajwid 12. Kelayakan guru Kebanyakan guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengajian al-Quran, tafsir dan hadis. Mereka pernah menjadi pendakwah bebas ke Negara- negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand, Sabah, Saarawak dan negeri-negeri di semenanjung. Begitu juga berpengalaman dalam mengimarahkan masjid-masjid di daerah sebagai imam-imam masjid terutama pada bulan Ramadhan. Mereka juga bertugas sebagai fasilitator dalam kursus jemaah haji, seminar di bawah Risda, Felcra dan Jabatan Pendidikan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Antara kelayakan guru yang mengajar di Darul Uloom Al Islamiyyah ini ialah: i. M.A (Hadis) New Town Karachi, Pakistan ii. M.A (Hadis) Khairul Madanis, Multan Pakistan iii. M.A (Hadis) Mahmoodiah, Spring Afrika Selatan iv. M.A (Hadis) Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur v. M.A (Hadis) Jamiah Samsol Olom Pakistan 13
  • 14. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 vi. Syahadah Tahfiz Madrasatul, Quran Kubang Terengganu vii. Syahadah Tahfiz, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut Pahang viii. Syahadah Tahfiz, Pasantren Annajah, Jawa Barat Indonesia 13. Keberkesanan pengajaran guru Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah melahirkan para huffaz, umpamanya dalam Musabaqah Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ramai pesertanya adalah dari kalangan maahad tahfiz ini. Faktor utama mengapa mereka mendominasi senarai peserta musabaqah dan memiliki kejayaan ialah kerana memasuki maahad adalah ketika berumur dua belas tahun, sebagaimana diketahui umum bahawa menghafaz ketika kecil ingatannya akan melekat umpama memahat di batu. Ini juga menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan oleh para guru dengan aktiviti jadual yang padat dan juga disiplin pelajar dapat dapat diikuti dengan baik dan sekaligus dapat mempercepatkan untuk mengingati ayat-ayat yang perlu dihafalkan oleh para pelajar. Justeru itu, Darul Uloom telah mengeluarkan para huffaz yang dapat menamatkan pengajian dan seterusnya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke Negara Pakistan, Yaman, Indonesia. Thailand, Afrika dan sebagainya. Ini menunjukkan berkat dengan bimbingan para guru-guru yang mengajar, mendidik dan memastikan prestasi para pelajar sentiasa cemerlang. Segala urusan perbelanjaan pemergian para pelajar akan ditanggung oleh pihak pentadbir Darul Uloom. Manakala semua perbelanjaan pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pelajar itu sendiri sehingga tamat pengajian mereka. 14. Masalah Yang Wujud Masalah yang wujud di Darul Uloom Al Islamiyyah ini hanya terdapat segelintir sahaja pelajar yang menghadapi masalah seperti sikap malas menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan. Apabila tertinggal disebabkan masalah lupa maka akan memberi sedikit tekanan kepada pelajar kerana mereka akan tercicir dengan kawan-kawan yang lain. Tekanan keluarga yang memaksa anak-anak mereka dihantar ke pusat Mahaad Tahfiz tanpa kerelaan anak-anak, akan menjadi masalah kepada pihak pentaadbir Darul Uloom kerana pelajar tersebut kurang berminat dan tidak mampu menghafaz al-Quran sebagaimana kehendak kedua ibu bapa. Jika keadaan ini berlarutan, akan memberi masalah kepada pihak pentadbir. Permasalahan yang 14
  • 15. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 timbul ini menyebabkan pihak Darul Uloom tidak sekali-kali menggunakan sistem paksaan, sebaiknya semua terserah kepada pelajar sama ada mahu menghafaz atau tidak Jika pelajar tidak mencapai sasaran hafazan (muqarra) yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Uloom, maka pelajar tersebut akan ditamatkan pengajiannya. Amalan paksaan tidak dilaksanakan di Darul Uloom kerana tenaga pengajar tidak memaksa para pelajarnya dalam bidang hafazan untuk mengelak pelajar tertekan. 15. Penutup Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al- Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. 16. Rujukan Dr. H. St.Amanah. (1993). Pengertian Ilmu Al-Quran Dan Tafsir. Kuala Lumpur: Penerbit Asy Syifa’ Darul Fikir Sdn. Bhd. 15
  • 16. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Habibah @ Artini Ramli & Syaryanti Hussin (2007). Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Harun Arrasyid Tuskan. (1998). Ilmu Tajwid Praktikal Dan Berkesan. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Hasan Mahmud Al-Hafiz, (1993), Mengenal Qiraat Al-Quran Penerbit Darul Nu’man Kuala Lumpur. Prof. dr. MAnsor Fadzil, Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor 2007, HBQE 2103 Al-Tajwid. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Prof. dr. Mansor Fadzil, Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohamad Al- Hafiz 2007 dan 2008, HBQE 2203 Al-Qiraat. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia http://abuhuzaifah.blogspot.com www.qari-qariah.blogspot.com www.darul.uloom.com www.rehal.org 16