Pengenalan Ilmu Tajwid.




Ilmu Tajwid, sebagaimana dimaklumi adalah merupakan satu cabang ilmu dalam mempelajari
Al Qura...
Bagi Malaysia, periwayatan ilmu tajwid lebih diberi tumpuan dalam kaedah-kaedah
pengajaran secara Talaqqi Musafahah samada...
“Tajwid ialah memberi kepada huruf akan haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu
menyebut dengan sama dengan sifatnya.”...
Langkah-langkah memperkemaskan penyebaran ilmu tajwid kepada umat Islam di Malaysia.




Tidak dinafikan, bagi masyarakat ...
Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti dan berterusan harus diambil sebagai satu
usaha memartabatkan kembali Ilmu Taj...
usaha-usaha memartabatkan al Quran dan menyebarluaskan Ilmu Tajwid itu sendiri.Kerajaan
atau pemimpin perlu terlebih dahul...
Buku buku Tajwid di pasaran.




Perkembangan dari segi penulisan dan percetakan bahan-bahan bacaan atau buku-buku
tajwid ...
ulama al Quran bagi sebuah Mushaf Al Quran. Tulisan dan ejaannya diterima sebagai
mushaf yang sahih, dan dibaca oleh umat ...
Pengertian Tajwid.
Hukum mempelajarinya.
Tumpuan perbincangannya.
Kelebihan dari segi tuntutan agama.
Penyusun-penyusunnya...
Susunan buku kecil ini tamat pada 11hb safar 1411H bersamaan 1 Sept. 1990M, hari Sabtu
di Pusat Dakwah Islamiah, Bandar se...
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

New Microsoft Word Document

9,665 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,665
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
169
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

New Microsoft Word Document

  1. 1. Pengenalan Ilmu Tajwid. Ilmu Tajwid, sebagaimana dimaklumi adalah merupakan satu cabang ilmu dalam mempelajari Al Quran malahan terdapat sesetengah ulama al Quran menyatakan bahawa ilmu Tajwid adalah asas bagi segala Ilmu yang terkandung dalam Al Quran.Ianya berkaitan dengan cara bacaan atau cara-cara menyebut lafaz al Quran. Tanpa mempelajarinya, dikhuatiri lafaz-lafaz sebutan huruf-huruf dalam al quran tidak menepati keadaan sifat huruf yang sebenarnya.Ia juga bolehlah dikatakan tunggak kepada segala rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al quran seperti ilmu rasm, ilmu dabt dan Fawasil. Berasaskan ilmu tajwidlah maka segala ilmu-ilmu itu ditanda dan ditulis sesuai dengan teknik-teknik bacaan al Quran. Berdasarkan kepentingan inilah maka pengajian ilmu tajwid amat dititik beratkan dan diperturunkan dari generasi ke generasi agar ianya tidak hilang ditelan arus kemodenan hari ini yang tentunya lebih mementingkan ilmu-ilmu keduniaan dalam mengejar kemajuan dunia.Syukurlah kita kepada Allah yang tetap memelihara Ilmu ini walaupun bagi sesetengan manusia, ianya tidak penting dan tidak membawa kemajuan kepada dunia. Sebagai makhluk, sudah tentu kita wajib mengetahui tuntutan khaliq yakni Allah Taala kepada kita, dan salah satu tuntutan tersebut ialah sentiasa mengulangi perkataan-perkataan Allah yang disebut sebagai Kalamullah yang terkandung dalam seratus empat belas buah surah dalam al Quran.Membaca al Quran dengan sempurna adalah tuntutan Allah dan tidak mungkin datang kesempurnaan itu melainkan dengan mempelajari hukum-hukum tajwidnya.Berdasarkan kenyataan inilah maka sesetengah ulama menghukumkan wajib bagi setiap mukallaf untuk mempelajari al Quran dan membacanya dengan sempurna. Dari segi takrifan pula, dari sudut bahasa ialah memperelokkan, mempercantikkan atau memperbaguskan. Manakala dari segi istilahnya ialah memberi setiap huruf akan hak dan mustahaknya dari sudut sifat-sifat huruf, tempat keluar huruf atau makhraj huruf, menyempurnakan dengung, memperjelaskan hamzah, memanjangkan mad, meringankan bacaan huruf yang ringan dan sebagainya. Sekiranya dinilai dari sudut-sudut tersebut, maka jelaslah bahawa ilmu tajwid merangkumi segenap cara bacaan al quran kearah memperelokkan dan menyempurnakan bacaannya.
  2. 2. Bagi Malaysia, periwayatan ilmu tajwid lebih diberi tumpuan dalam kaedah-kaedah pengajaran secara Talaqqi Musafahah samada secara formal atau tidak.Bagi pengajaran formal, ilmu tajwid ini diajar oleh guru-guru disekolah samada sekolah rendah atau menengah dengan sukatan-sukatan tertentu.Ianya bermula seiring dengan kedatangan agama Islam dirantau nusantara dengan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di sekitar muara-muara sungai di Tanah Melayu. Pedagang-pedagang yang datang berdagang inilah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam dan mengajar bacaan Al Quran kepada penduduk tanah Melayu. Pengajaran Ilmu Al Quran ini berkembang selari dengan bertambahnya penganut-penganut Islam di Tanah Melayu ketika itu.Ketika itu, periwayatannya lebih kepada kaedah bacaan atau guru membaca dan murid mengikut bacaan guru hinggalah murid dapat mengenali nama-nama huruf dan bagaimana sifatnya serta bagaimana membunyikannya.Disamping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang pergi menuntut ilmu di Timur Tengah khususnya di Mekah ketika itu, pulang ketanah air dan membuka pondok-pondok pengajian agama, dan disana pengajian pembacaan Al Quran ini amat dititik beratkan.Kaedah yang sama iaitu kaedah bacaan menjadi satu kemestian memandang suasana masyarakat ketika itu yang baru belajar tentang al Quran. Hari ini, muncul banyak periwayatan-periwayatan baru di Malaysia samada berbentuk bacaan atau cetakan.Walau bagaimanapun, kaedah atau method Talaqqi adalah dominant memandangkan ianya banyak digunakan hari ini samada secara formal atau tidak. Ini kerana amalan talaqqi itu sendiri adalah tabiat asas kepada Ilmu Tajwid. Ia tidak mungkin dapat dikuasai secara bacaan semata-mata kerana ianya berbentuk amali. Hukum-hukum tentang tarqiq,tafkhim,idhar,idham dan lain-lain hanya dapat diketahui melalui pendengaran dari mulut dan lidah guru.Sebagai contoh dalam memahami sifat huruf bersendirian dan bersusun.Hukumnya ketika bersendirian ialah menentukan makhrajnya dan sifat yang lazim baginya, adapun ketika huruf bersusun dengan yang lain, maka disitu terdapat hokum yang tidak wujud ketika bersendirian. Ibn al Jazari ketika memberi takrif kepada Ilmu Tajwid berkata:
  3. 3. “Tajwid ialah memberi kepada huruf akan haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu menyebut dengan sama dengan sifatnya.” Inilah periwayatan yang digunakan sebagai panduan penyusunan Ilmu Tajwid di Malaysia. Secara ringkasnya, perkembangan Ilmu Tajwid di Malaysia adalah diriwayatkan dari sumber- sumber sahih dari tokoh-tokoh yang pakar tentang Ilmu Tajwid, di secara keseluruhan dan bersepadu, lau dihasilkan bahan-bahan cetakan dan bahan bacaan untu digunakan bagi tujuan mengajar generasi-generasi baru dengan kaedah yang sentiasa dipermudah atau disesuaikan dengan perubahan zaman. Penulisan Ilmu Tajwid. Asas kepada penulisan Ilmu Tajwid di alam Melayu ialah apabila berkembangnya industri penulisan sebagai kesinambungan dari periwayatan secara pengajaran system tradisional.Ianya berkembang selari dengan berkembangnya ilmu-ilmu Tafsir, Feqah, Tasauf dan sebagainya malahan ianya bermula diawal peringkat kanak-kanak.
  4. 4. Langkah-langkah memperkemaskan penyebaran ilmu tajwid kepada umat Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, bagi masyarakat Malaysia sememangnya sudah terdedah dengan pembacaan al Quran sedari peringkat awal kanak-kanak lagi melalui pelbagai kaedah bacaan seperti kaedah Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya.Walaupun begitu, apabila kanak-kanak ini semakin dewasa, maka minat untuk terus mendalami Ilmu Tajwid ini semakin kurang lantaran berfikiran bahawa ilmu ini tidak mendatangkan kemajuan kepada mereka lalu bukan sekadar mereka tidak lagi mempelajari bidang tajwid malahan untuk membaca al Quran sendiripun seperti tiada masa.Fenomena malas membaca al Quran ini memang menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ini yang lebih memilih untuk hidup secara terasing dari didikan al Quran. Kenapa ini berlaku? Apakah generasi terdahulu tersalah asuhan?Siapa yang perlu dipersalahkan?Apa kesan dari fenomena ini?Apakah kesudahan fenomena ini? Persoalan-persoalan di atas sengaja ditimbulkan bagi menunjukkan betapa besarnya masalah remaja hari ini yang perlu ditangani bersama.Semua institusi dari pelbagai pihak perlu tampil memberi sumbangan kearah mengembalikan pemikiran masyarakat untuk dekat dengan al Quran seterusnya menimbulkan rasa taqwa kepada Allah Taala. Pertamanya, wajib disemaikan dengan minat yang mendalam terhadap al Quran dikalangan kanak-kanak dan perasaan cintakan al Quran itu harus berkekalan di dalam jiwanya hingga meningkat remaja seterusnya menjadi manusia yang sentiasa berdamping dengan al Quran samada melalui bacaan, hafazan dan sebagainya. Mana mungkin penyebaran ilmu tajwid dapat diperkasakan sedang dalam masa yang sama minat masyarakat terhadap al Quran semakin terpadam.
  5. 5. Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti dan berterusan harus diambil sebagai satu usaha memartabatkan kembali Ilmu Tajwid khususnya di bumi Malaysia ini. Pihak Kurikulum Jabatan Pelajaran Malaysia perlu membuat perancangan khusus kearah memastikan ilmu tajwid tidak ketinggalan berbanding bidang ilmu lainnya dengan memperuntukkan waktu khusus bagi murid mempelajari al Quran dan Tajwid.Waktu yang ada kini adalah amat terhad kerana waktu pengajaran Pendidikan Islam terpaksa di bahagikan kepada bidang-bidang lain seperti bidang Ulumu Syariah, bidang Akhlak, Adab dan sebagainya.Tiada waktu khusus dalam bidang Tajwid diperuntukkan dalam sukatan Pendidikan Islam di Sekolah khasnya sekolah rendah.Memang terdapat kelas KAFA ( Kelas Al Quran dan Fardhu Ain ) pada sesi petang bagi sesetengah murid tetapi kehadiran murid pada sesi tersebut amat tidak memuaskan lantaran ibubapa yang tidak memberi penekanan terhadapnya.Oleh itu, langkah- langkah bagi menyelitkan bidang Tajwid dalam sesi persekolahan sidang pagi di harap dapat menjadi satu usaha memupuk minat murid terhadap Ilmu Tajwid. Pihak media arus perdana samada media cetak atau elektronik juga perlu bersama-sama menyumbang kearah pemantapan Ilmu Tajwid ini dengan menganjurkan peraduan-peraduan secara langsung dan sebagainya seperti yang telahpun dipelopori oleh TV 9 dengan penganjuran program pengajian interaktif. Keadaan ini banyak menyumbang memperkenalkan Ilmu Tajwid kepada para penonton. Stesyen-stesyen televisyen lain juga perlu mengambil inisiatif tertentu agar dapat sama-sama membantu penyebaran ilmu Tajwid ini.Mereka tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengenepikan nilai-nilai ilmu terutamanya ilmu-ilmu akhirat. Kita yakin dan percaya, sekiranya semua pihak dapat bekerjasama memberi komitmen memperkasakan bidang ilmu Tajwid ini, maka usaha ini akan membuahkan hasil yang sempurna. Di pihak kerajaan pula, antara langkah yang wajar di ambil ialah dengan membimbing pemikiran rakyat agar sentiasa menghargai al Quran sebagai wahyu Allah. Kita tidak terlepas dari memperkatakan persoalan memartabatkan al Quran dari arus pemerintahan Negara kerana itulah asas kearah mendekatkan rakyat terhadap al Quran. Persoalannya ialah bagaimana mungkin rakyat akan cintakan al Quran, apatah lagi menghargai bidang Ilmu Tajwid dalam keadaan mereka tidak didedahkan dengan kandungan dan tuntutan Al Quran itu sendiri, Inilah yang menjadi cabaran terbesar hari ini yang seakan-akan mengkhianati
  6. 6. usaha-usaha memartabatkan al Quran dan menyebarluaskan Ilmu Tajwid itu sendiri.Kerajaan atau pemimpin perlu terlebih dahulu menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap Ilmu- Ilmu al Quran, maka barulah rakyat akan turut menghargai ilmu tajwid ini.Ucapan.ucapan yang keluar dari bibir kepimpinan perlu di sulam dengan ayat-ayat al Quran sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ayat-ayat Allah, disertakan juga dengan pengertian-pengertian ayat tersebut sebagai tanda bahawa kehidupan ini berpaksikan kepada panduan dari Al Quran. Melalui kuasa yang ada, pihak kerajaan juga perlu memastikan media-media penyiaran memperuntukkan jumlah masa yang sesuai untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang dapat menarik atau mengembalikan semula minat semua lapisan masyarakat terhadap al Quran.Tetapi agak dukacita kerana realiti hari ini, rancangan yang berbentuk hiburan yang melalaikan memenuhi setiap rangkaian telivisyen, bagaimana rakyat dapat menghayati nilai hidup islam yang sebenarnya dalam keadaan ini? Selain itu, Pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga bertanggungjawab menyusun program-program pengimarahan di masjid-masjid bagi menarik golongan belia kembali menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul dan belajar agama khususnya bidang Tajwid. Agak malang juga apabila pasaraya-pasaraya besar yang menjadi tempat berkumpul bagi remaja hari ini, bukannya di masjid. Program-program sukan dan sebagainya yang dapat menarik minat golongan remaja perlu di anjurkan dalam bentuk sukan komuniti dalam satu-satu qariah dengan menjadikan perkarangan masjid sebagai medan pertemuan diharap dapat menjadi satu alternatif kearah mengajak remaja berkumpul di Masjid-masjid.Peruntukan berbentuk material perlu disediakan samada dari sudut prasarana atau keewangan bagi pihak jawatan kuasa masjid dapat merancang berdasarkan modul perancangan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak jabatan Agama Islam negeri. Ini sepatutnya menjadi agenda terpenting bagi membantu memperkemaskan penyebarluaskan Ilmu Tajwid di kalangan masyarakat, bukan sekadar bekerja melepas batuk di tangga tetapi perlu memikirkan bagaimana langkah-langkah bersepadu dapat digembelingkan bersama. Insya Allah, kita yakin dan percaya sekiranya kita melaksanakannya dengan penuh istiqamah, Allah Taala akan memberi pertolongan kepada kita.
  7. 7. Buku buku Tajwid di pasaran. Perkembangan dari segi penulisan dan percetakan bahan-bahan bacaan atau buku-buku tajwid berkembang selari dengan perubahan pemikiran masyarakat kearah memartabatkan kembali ilmu-ilmu al Quran sebagai satu benteng terakhir memelihara jatidiri khususnya jatidiri Islam yang sejati.Tidak dinafikan bahawa fenomena ini banyak membantu perkembangan Ilmu Tajwid terutamanya kepada golongan yang agak sibuk mengurus urusan kehidupan.Kita mengharapkan agar media bercetak ini menjadi saluran utama penyebaran Ilmu Tajwid, terus berperanan dan terus memberi sumbangan utama dalam merealisasikan matlamat melahirkan masyarakat yang celik Tajwid. Antara bahan penulisan yang terdapat dipasaran hari ini ialah buku bertajuk Tajwid Al Quran Rasam Uthmani yang disusun oleh Haji Abdul Qadir Leong (Al Azhari) dan diterbitkan dan diedarkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd beralamat di No. 20, Jalan 34/10A. Taman Perindustrian IKS Batu Caves.68100 Kuala Lumpur. Buku ini di cetak oleh SNP Offset (M) Sdn Bhd. Buku kecil berwarna hijau ini mempunyai 110 halaman yang banyak memberi maklumat kepada masyarakat Islam seluruhnya mengenai hukum-hukum Tajwid serta penggunaan tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani dalam bacaan ayat-ayat suci Al Quran, menurut Tariq Syatibi dari Riwayat Hafs bin Sulaiman ibn Al Mughirah Al Asadi Al Kufi bagi Qiraat Asim Bin Abi an Najud Al Kufi At Tabi’i dari Abi Abd Rahman Abdullah bin Habib As Sulami dari Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib dan Zaid Bin Tsabit dan Ubaiy bin Kaab dari Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam. Dalam muqaddimah oleh Ustaz Hj Abdul Qadir Leong, yang juga merupakan penyusun kitab ini menerangkan bagaimana istilah Al Quran Rasm Uthmani adalah istilah yang dipakai oleh
  8. 8. ulama al Quran bagi sebuah Mushaf Al Quran. Tulisan dan ejaannya diterima sebagai mushaf yang sahih, dan dibaca oleh umat Islam yang mula-mula sekali disalin dan diusahakan atas perintah Khalifah Rasullullah sallalahu alaihi wasallam yang ketiga iaitu Syaidina Uthman bin Affan Radiyallahu anhu. Tulisan Mushaf Al Quran Rasm Uthmani kemudian diperelokkan dengan tulisan jenis khat Nasakh, dan diberi tanda-tanda bacaan tertentu untuk memudahkan bacaan yang membawa hukum-hukum bacaan Tajwid Al Quran.Mengenai tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani adalah penting, maka dalam buku ini diterangkan mengenai penggunaan semua tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani. Demikian juga semua contoh dan kalimah yang digunakan adalah mengikut tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani. Muqaddimah buku ini juga memberi penekanan terhadap bagaimana kesempurnaan bacaan seseorang itu tidak hanya melalui pembelajaran secara bacaan sendiri sahaja tetapi perlu kepada talaqqi musafahah iaitu proses pembacaan di hadapan ustaz yang mempunyai bacaan bersanad sahih dalam bidang al Quran. Ini bertepatan dengan apa yang telah dilalui oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. semasa Baginda mengambil bacaan dari Malaikat Jibril alaihis salam dan Malaikat Jibril mengambil bacaan dari Allah Taala. Kaedah Talaqqi Musafahah ini juga mendominasikan kaedah pengajaran Tajwid sedari zaman tradisional hingga ke peringkat pengajaran J-QAF di sekolah rendah hari ini. Buku ini memulakan pembahagian sub tajuknya dengan memulakan dengan memaparkan kedudukan tulisan huruf hijaiyah bahasa arab disusuli dengan memperkenalkan tanda-tanda bacaan bahasa arab dalam al Quran Rasm Uthmani. Ini mempermudahkan pembaca untuk mengenali tanda-tanda bacaan asas dalam al Quran. Sebagai pengenalan awal tentang ilmu Tajwid, maka buku ini membawa sepuluh asas yang menjadi dasar pemikiran berkaitan Ilmu Tajwid iaitu:
  9. 9. Pengertian Tajwid. Hukum mempelajarinya. Tumpuan perbincangannya. Kelebihan dari segi tuntutan agama. Penyusun-penyusunnya. Faedah mempelajarinya. Dalil dari Al Quran tentang kelebihan mempelajarinya. Tentang namanya. Tentang masalah yang diperbincangkannya. Matlamat mempelajarinya. Sekiranya kesepuluh asas pembinaan pemikiran ini dikuasai pembaca, maka bolehlah di anggap bahawa seseorang itu telah mengenali akan Ilmu Tajwid. Sesuatu yang menarik tentang buku kecil ini ialah dalam bab Makhraj huruf dimana disertakan dengan gambarajah yang jelas dan mudah difahami. Contoh-contoh yang jelas mengenai bagaimana fungsi sistem dan alat-alat pertururan berfungsi. Dalam bahagian penutupnya, Disimpulkan tentang dua cara pengambilan bacaan al Quran iaitu pertama ustaz membaca di hadapan murid, manakala murid meneliti cara bacaan ustaz, kemudian murid meniru cara bacaan ustaz dihadapan ustaz. Keduanya murid membaca dihadapan ustaz, manakala ustaz menyemak cara bacaan murid kemudia membetulkan cara bacaan yang salah dari murid. Ia juga menyatakan bahawa rukun rukun bacaan al Quran terbahagi tiga iaitu: 1-Bacaan yang mempunyai sanad sahih. 2-Bacaan bertepatan dengan Bahasa Arab. 3-Bacaan yang bertepatan dengan penggunaan al Quran Rasm Uthmani.
  10. 10. Susunan buku kecil ini tamat pada 11hb safar 1411H bersamaan 1 Sept. 1990M, hari Sabtu di Pusat Dakwah Islamiah, Bandar seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Buku Tajwid kedua yang dianalisa ialah buku bertajuk Juz Amma Bertajwid Resam Uthmani yang disusun oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Ariffin yang bertugas sebagai Bilal Masjid Abd Rahman, Sungai Petani pada 7 Zulkaedah 1415 Hijrah bersamaan 7 April 1995. Buku bertulisan jawi ini terhasil dari pengalaman beliau mengajar di masjid, surau, dewan maktab perguruan, pejabat kerajaan dan sebagainya.Buku ini mempunyai 3 jenis penerangan iaitu: Muqaddimah penyusun mempunyai ayat al Quran dan sabda nabi junjungan. Ulasan Tajwid juzuk Amma dari surah Fatihah hingga surah Annaba’. Ulasan ringkas hukum-hukum Tajwid mengandungi lebih 60 hukum. Buku ini juga menyenaraikan semula 60 hukum-hukum Tajwid berserta penerangan mengenainya. Pendekatan yang diambil oleh penyusun buku ini ialah dengan menulis semula ayat-ayat dari surah seterusnya memberi nota bawah akan hokum Tajwidnya. Ini memudah pembaca untuk mengetahui apakah hokum bagi ayat atau kalimah yang dibacanya.

×