SlideShare a Scribd company logo
1 of 51
Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin
Ruqiyyah Islamiyyah
10 Mei 2014
Perkara Ghaibiyyat
Konsep Perubatan Islam
Ruqiyyah Syar’iyyah
Dakwah dalam Ruqiyyah Islamiyyah
Pengenalan Makhluk Halus
Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa
perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis:
Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa)
Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa)
Ketiga: Gabungan kedua-duanya
Seiring dengan perkembangan semasa gabungan Perubatan
Alopati dengan Perubatan Ruqyah perlu diperkasakan.
Perubatan Ruqyah tidak dikenali sebagai Perubatan Alternatif
tetapi dikenali sebagai Perubatan Komplementari
4
 Keimanan terhadap perkhabaran-perkhabaran ghaib yang diwahyukan
oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya beriman
terhadap hari Akhirat, alam barzakh, titian sirat, mizan, malaikat, jin
dan sebagainya
 Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan
asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan
yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam
kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala
telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya :
Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak
memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu
selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka
sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".
6
7
Asas perubatan mengandungi dua perkara, iaitu penjagaan diri
dan rawatan. Penjagaan diri adalah lebih baik daripada merawat
penyakit.
Setiap penyakit ada ubatnya. Allah yang menjadikan penyakit.
Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap penyakit yang Allah
berikan adalah ujian untuk kita.
Ujian Allah Sebagai Kaffarah
Kaffarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan
oleh hambanya. Ujian Allah itu boleh berlaku yang mungkin
melibatkan kematian orang yang tersayang, kehilangan harta
benda atau penyakit yang kritikal.
8
Dalam menghadapi ujian Allah kita diminta bersabar, seperti firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa
hisab” (az-Zumar: 10)
Sayyidatina Aisyah RA berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,
ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah akan menggugurkan dengannya
satu dosa”
Dalam hadith, daripada Suhaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang Mukmin, kerana
segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi
orang Mukmin. Apabila memperoleh kesenangan, dia bersyukur, yang demikian
itu baik baginya. Dan apabila tertimpa kesusahan dia juga
bersabar, yang demikian itupun baik baginya” Hadith riwayat Muslim dalam
sahihnya [Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq no.hadith 7500]
9
Ajal Ditentukan Oleh Allah
Allah yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan
memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang,
menepati masa yang telah ditetapkan.
Doa dan Rawatan
Allah menyuruh hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya.
Orang yang berdoa bererti dia mengingati Allah. Setiap amalan
yang dibuat mesti niat kerana Allah supaya amalan tersebut
dikira sebagai ibadat termasuk amalan rawatan
10
Tawakkal
Taw
akkal
Ikhtiar / Doa
11
 Bacaan jampi untuk sembuhkan penyakit
 Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun
doa.
 Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat-
syarat tertentu.
 Ruqyah yang dibenarkan (Ruqyah Syar’iyyah) mempunyai
beberapa syarat menurut pandangan ulama.
 Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sesuatu
jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat
berikut :
1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan
Nama-Namanya
2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya
3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan
dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mu'asyirah, 1/189].
Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut
boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya
dan bebas dari unsur-unsur syirik.
Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah
s.a.w :
Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril
pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai
Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh
Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “
BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI
NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI
ARQIKA “ ~
Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada
segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada
kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan
menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu.
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi
mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan
sabdanya :
Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar
Jabir Bin Abdullah berkata : “Seorang lelaki daripada kalangan
kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami
sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah
seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya
menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa
sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi
manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia
melakukannya ! “.
Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya, Kitab As-Salam :
4076 .
Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata :
“ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan
jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w :
Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah
ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan
kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak
mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa !“.
Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) &
Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).
 Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma’ad: 4/167-169):
Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan
mengubati penyakit.
 Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam
Sahih Bukhari dan Muslim (amal al-Muawwizat sebelum tidur)
 Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah
al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan
Muslim: (Kisah Said al-Khudry)
18
 Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru
dan membimbing manusia ke jalan Allah
 Menyeru dalam erti kata membina asas Islam dalam diri
manusia dan meruntuh anasir jahiliah di dalam dirinya.
 Dakwah juga adalah satu proses perubahan dan
transformasi dari segala rupa kebobrokan kepada
pencerahan jati diri hingga terbentuk satu ummah islamiah.
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi
perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang
salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-
orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”.
( Fushshilat, 33)
Terdapat 3 pendekatan penting dalam gerak kerja dakwah iaitu:
1)al-Hikmah
2)al-Maw’izah al-Hasanah
3)al-Mujaadalah bi al-Husna
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik
sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” (an-Nahl: 125)
Hikmah:
Kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhatikan realiti
setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan
Islam dengan cara yang paling sesuai; kepelbagaian cara bercakap
dan isi kandungan yang bersesuaian dengan kadar akal dan
pemikiran sasaran dakwah, tanpa memberatkan mereka dengan
perkara yang belum mampu dipikul mereka. Ia tidak dilakukan di
atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga
terkeluar dari orbit al-Hikmah.
Pertama:
Kenalpasti siapa sasaran dakwah kita
Kedua:
Sampaikan dakwah dengan cara yang paling sesuai dengan
tahap sasaran dakwah
Syarat-syarat seorang Perawat (Raaqi) menurut Sheikh
Abdullah Ibn Jibreen :
1) Membaca al-Quran dengan baik dan faham maknanya
2) Beraqidah dengan aqidah sahihah
3) Beramal soleh
4) Tidak semestinya mempunyai ilmu khusus atau ilmu yang
mendalam (Kisah Said al-Khudry)
5) Niat yang ikhlas untuk bantu orang bukan semata-mata untuk
dapatkan upah
[Al-Lu'lu' al-Makeen min Fataawaa Ibn Jibrin, ms. 22].
PERTAMA:
Tanya latar belakang diri dan keluarga. Dapatkan maklumat tentang
penyakit; di mana, bila, bagaimana dll.
KEDUA:
Jelaskan konsep rawatan dan penyembuhan dalam Islam. Menyakini
bahawa Allah adalah penyembuh dan ubat / kaedah rawatan adalah asbab
dan wasilah untuk sembuh.
KETIGA:
Memberi kefahaman tentang ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
Sakit adalah salah satu bentuk ujian yang Allah timpakan kepada orang
Mukmin. Setiap ujian perlu ditempuhi dengan sabar.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
(al-Ankabut: 2)
KEEMPAT:
Memberi nasihat agar menjauhi kaedah rawatan yang menyalahi syariat
dan yang meragukan. Seperti pengamal perubatan yang menggunakan
khidmat jin, menjalankan rawatan dalam keadaan yang boleh
menimbulkan fitnah (perawat lelaki merawat pesakit perempuan berdua-
duaan di tempat yang sunyi) dan sebagainya.
Barang siapa mendatangi ‘arraf (dukun) dan bertanya kepadanya akan
sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam. (Riwayat Muslim)
Barang siapa mendatangi ‘Arraf (dukun) atau Kahin dan dia membenarkan
ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad (al-Quran). (Riwayat Ahmad)
Adapun perbuatan mengunjungi dukun atau kahin yang
menyeru makhluk selain Allah dalam perubatannya, ada dua
hukum:
a. Dia telah syirik jika sekadar ingin tahu mengenai
penyakitnya, dalilnya," sesiapa yg mendatangi bomoh/dukun
untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak
diterima solatnya selama 40 hari. (HR Muslim)
b. Dia menjadi kafir jika bertanya dukun dan meyakini berita
dukun tersebut.
(Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti
Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)
KELIMA:
Mengajarkan kepada pesakit agar beramal dengan Ruqyah Syar’iyyah dan
juga istiqomah dalam mengamalkan doa dan zikir yang diajarkan oleh Nabi
SAW dan para ulama. Contohnya: al-Mathurat, Zikir Pagi & Petang, Doa
dari Hisnu al-Muslim, Hizib dan lain-lain.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
dzikrullah“. Ketahuilah! Dengan "dzikrullah“ itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar-
Ra’du: 28)
PERTAMA:
Perhatikan keadaan jin tersebut sama ada
a)Tenang : Perawat boleh berbincang dan gunakan kaedah yang
lembut
b)Agresif : Perawat boleh bertindak kasar (tetapi perlu dahului
dengan amaran)
KEDUA:
Selidik latarbelakang jin
a)Punca mengganggu manusia (dihantar, dizalimi, menzalimi, suka
dll)
b)Berapa bilangan (tidak semestinya betul)
KETIGA:
Serulah kepada Islam. Sekiranya jin tersebut tidak mahu masuk Islam, jangan
paksa.
KEEMPAT:
Nasihatilah dengan cara yang baik agar jangan menzalimi manusia dan
makhluk lain. Akan tetapi jangan kita gunakan kaedah merayu, kerana jin akan
bertambah sombong sekiranya manusia merayu kepadanya.
MEMBUNUH JIN
“membunuh jin tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram
sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah
termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana diharamkan untuk membunuh
seorang kafir” - Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab “Idah al-Dalalah fi ‘Umum al-
Risalah”
Menurut Ibnu Abbas, ”membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus
sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang manusia “
HUKUM BERDIALOG DENGAN JIN
"Bercakap dengan Jin tanpa sebab untuk mencarinya
tidaklah ditegah, bahkan adalah baik untuk mengajak
mereka (jin) kepada agama Allah dan patut kepada syariah,
sepertimana yang dilakukan berdakwah keatas manusia.
Tidak digalakkan membaca buku atau membaca ayat Al-
Quran bagi tujuan ini, kerana al-Qur'an tidak diturunkan
untuk melakukan perkara ini; ia diturunkan secara nur dan
petunjuk didalam penghidupan seorang Islam, agar orang
Islam dapat mengikutinya, mematuhi arahan dan mengelak
dari apa yang dilarang“
Pandangan Sheikh Abdul al-Kareem al-Khudayr
PERTAMA:
Memberi kesedaran tentang haramnya sihir dalam konteks syirik
dan menzalimi manusia.
KEDUA:
Serahkan urusan kepada pihak berkuasa
KETIGA:
Doakan semoga pesalah insaf dan bertaubat
KEEMPAT:
Tidak digalakkan untuk membalas (menghantar semula) sihir yang
dilakukan. Rujuk kisah Nabi disihir dan kisah Abdullah as-Saji.
33
34
Makhluk halus ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa
berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata
atau dirasa dengan tangan.
Mereka hidup di alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal
kejadiannya daripada:
1)Cahaya, iaitu malaikat,
2)Api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
35
HIKMAH DICIPTAKAN MAKHLUK HALUS
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t.,
menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi.
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh
yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk
menyesatkan manusia.
36
iii. Untuk menguji iman manusia agar tidak terpesona dengan
tipu helah pujukan syaitan.
iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang
itu akan diketahui.
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat,
seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang
adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para
malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk
manusia
37
Kalimah Jin adalah satu nama jenis dan berasal dari perkataan
“Janna” yang bermaksud:
1)Tersembunyi : Jinan
2)Tertutup : Junun
3)Tidak dapat dilihat : Janin
Jinan:
Hati yang tiada siapa dapat meneka isi hati seseorang
Junun:
Gila yang mana akal telah tertutup
Janin:
Anak di dalam kandungan
JIN
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah
RA:
.‫م‬ْ. ‫ك‬ُ‫ْم‬‫ل‬َ‫ك‬ ‫فل‬َ‫ك‬ ‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬ُ‫ْم‬  ‫و ال‬‫م‬َّ‫ا‬ ‫م‬ِ‫َف‬  ‫مل‬ُ‫ْم‬‫د‬َ‫ك‬‫قل آ‬َ‫ك‬ ‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬ ‫و‬َ‫ك‬  ‫رل‬ٍ  ‫و ا‬‫ن‬َ‫ك‬ ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬  ‫جل‬ٍ  ‫ر‬ِ‫َف‬ ‫و ا‬‫م‬َ‫ك‬  ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬  ‫نل‬ُّ ‫و ا‬‫ج‬َ‫ك‬ ‫ل‬ْ.‫قل ا‬َ‫ك‬ ‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬ ‫و‬َ‫ك‬  ‫رل‬ٍ  ‫نرو‬ُ‫ْم‬ ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬  ‫ةل‬ُ‫ْم‬ ‫ك‬َ‫ك‬ ‫ئ‬ِ‫َف‬‫ال‬َ‫ك‬ ‫م‬َ‫ك‬ ‫ل‬ْ.‫تل ا‬ِ‫َف‬ ‫ق‬َ‫ك‬‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬
Terjemahannya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan
dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang
telah disebutkan kepada kamu (tanah).”
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tsa’labah al-
Khusyna RA:
 ‫بل‬ٌ ‫و‬ ‫ر‬ِ‫َف‬ ‫و ا‬‫ق‬َ‫ك‬‫ع‬َ‫ك‬ ‫و‬َ‫ك‬  ‫تل‬ٌ ‫و‬ ‫و ا‬‫ي‬َّ‫ا‬‫ح‬َ‫ك‬  ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬َ‫ك‬  ‫ءل‬ِ‫َف‬ ‫روا‬َ‫ك‬ ‫ه‬َ‫ك‬ ‫ف يل ال‬ِ‫َف‬ ‫نل‬َ‫ك‬ ‫رو‬ُ‫ْم‬ ‫طي‬ِ‫َف‬ ‫ي‬ُ‫ْم‬ ‫ةل‬ٌ ‫و‬ ‫ح‬َ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫َف‬‫ج‬ْ. ‫أ‬َ‫ك‬ ‫مل‬ْ. ‫ه‬ُ‫ْم‬ ‫ل‬َ‫ك‬ ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬  ‫و افل‬‫ن‬َ‫ك‬‫ص‬ْ. ‫أ‬َ‫ك‬ ‫ةل‬ُ‫ْم‬ ‫ث‬َ‫ك‬‫ثال‬َ‫ك‬ ‫نل‬ُّ ‫ج‬ِ‫َف‬ ‫ل‬ْ.‫ا‬
.‫ن‬َ‫ك‬ ‫رو‬ْ. ‫ن‬ُ‫ْم‬‫ع‬َ‫ك‬ ‫ظ‬ْ. ‫ي‬َ‫ك‬ ‫ول‬َ‫ك‬  ‫نل‬َ‫ك‬ ‫رو‬ْ. ‫ل‬ُّ‫ح‬ِ‫َف‬ ‫ي‬َ‫ك‬ ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬َ‫ك‬
Terjemahannya: “Jin itu ada 3 (tiga) macam jenis: (1) Jenis yang
mempunyai sayap dan terbang di udara, (2) jenis ular dan kala
jengking, serta (3) jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”
 Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dari Mujahid, beliau berkata: “Ketika
aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah makhluk
seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk
menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding hingga aku
mendengar bunyi jatuhnya. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu”.
Aakam al-Marjan, hal. 137.

 Mujahid berkata: “Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian
sebagaimana kalian pun takut kepada mereka”. Dan diriwayatkan juga
dari Mujahid, beliau berkata: “Syaitan itu lebih takut daripada salah
seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian,
maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan
tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”.
Aakam al-Marjan, hal. 137.
40
Jenis-jenis Jin
1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan
2. Al-Syaitan iaitu syaitan
3. Al-Maraddah iaitu peragu-ragu, was-was
4. Al-Afrit iaitu penipu
5. Al-A’waan iaitu pelayan-pelayan
6. Al-Tayaarun iaitu penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor
9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan (kawan)
10. Al-Ummaar iaitu pemakmur
41
Gelaran Jin dalam Istilah Melayu
1. Pontianak
2. Orang Bunian
3. Jembalang Tanah
4. Pelesit
5. Polong
6. Hantu Raya
7. Langsuir
8. Penanggalan
9. Harimau Jadian
42
AL-JINN
JINNI
JINNAH
SYAITAAN
IBLIS
IFRIT
Ertinya:
Roh-roh Jahat Lagi Kotor
Yang Melakukan
Kejahatan Secara
Tersembuyi Memusuhi
Dan Menakutkan Anak
Adam Dengan Berbagai-
bagai Kemudaratan
43
SYAITAN – SYAYATIN
JINN – JINNAH
QAREEN
IBLIS
IFRIT
AL-KHANNAS
88 KALI
39 KALI
12 KALI
11 KALI
1 KALI
1 KALI
44
AS-SUNNAH MENYEBUT:
(SELAIN DARIPADA YANG DI ATAS)
1. Ummus Sibyan
2. Khinzab
3. Aamir
4. Ammar
5. Alwalhan
6. Mukhannath
7. Mukhannathun
8. Dan Lain-lain
45
Nama Surah Bilangan No. Ayat
Al-Baqarah 2 14, 23, 24, 34, 36, 102, 168, 169,
208, 256, 257, 268, 275
Ala Imran 3 14, 36, 155, 175,
An-Nisa’ 4 38, 51, 60, 76, 83, 117, 118, 119,
120
Al-Maidah 5 60, 90, 91,
Al-An’am 6 43, 68, 71, 100, 112, 121, 128,
130, 142
Al-Aa’raf 7 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 20,
21, 22, 27, 30, 38, 175,
179, 184, 200, 201
46
Al-Anfaal 8 48, 11,
Huud 11 119,
Yusuf 12 5, 42, 100
Ibrahim 14 22,
Al-Hijr 15 6, 17, 18, 27, 39
An-Nahl 16 36, 63, 98, 99, 100
Al-Israa’ 17 27, 53, 61, 62, 64, 65, 88
Al-Kahf 18 50, 63
Maryam 19 44, 45, 68, 83
Toha 20 116, 117, 120
Al-Anbiaa’ 21 82, 83
Al-Hajj 22 3, 4, 52, 53
Al-Mu’minuun 23 25, 70, 97, 98
An-Nuur 24 21
Al-Furqan 25 29
As-Syuraa 26 27, 95, 210, 211, 212, 221,
222, 223, 224
47
An-Naml 27 10, 17, 24, 39
Al-Qasas 28 15, 31
Al-Ankabut 29 38
Luqman 31 21
A-Sajadah 32 13
Sabaa 34 8, 12, 13, 14, 20, 21, 41, 46
Faatir 35 6
Yaasin 36 60, 62
As-Saffaat 37 7, 8, 9, 10, 36, 65, 158
Saad 38 37, 38, 41, 74, 75, 76, 77, 87, 79,
80, 82
Az-zumar 39 17
Fussilat 41 12, 19, 20, 25, 29, 36
Az-Zukhrof 43 36, 37, 38, 62
Ad-Dukhan 44 14
Al-Ahqaaf 46 18, 29, 30, 31, 32, 119
48
Muhammad 47 25
Az-Zariat 51 39, 52, 56, 57
At-Tuur 54 9
Ar-Rahmaan 55 40, 14, 15, 26, 31, 33, 39, 41, 56,
74
Al-Mujaadalah 58 10, 19
Al-Hasyr 59 16, 17
Al-Mulk 67 5
Al-Qalam 68 51
Al-Jinn 72 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12,
13, 14, 15, 16, 17, 18, 19
At-Takweer 81 22, 25
Al-Falaq 113 2, 4, 5
An-Naas 114 4, 5, 6
JUMLAH KESEMUA AYAT 
216
Rujuk Kertas Kerja Makhluk Halus Menurut al-Quran dan as-Sunnah ( TG Dr Haron Din)
SENTIASA BERDOA DAN BERWIRID
1) Sentiasa berdoa dan berwirid
2) Jadikan Taqwa sebagai benteng
3) Rajin beribadat wajib / sunat
4) Jangan melakukan dosa / maksiat
5) Selalu bertaubat
6) Pelihara amalan wajib / menutup aurat dengan
sempurna
1) Ruqyah adalah salah satu ruang dakwah yang besar untuk kita
jelaskan aqidah yang benar khususnya kepada masyarakat
yang masih percaya kepada Bomoh.
2) Ruang untuk menasihati pesakit supaya melakukan ketaatan
kepada Allah dari sudut ibadat
3) Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap tidak boleh
ialah ghulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti,
hendaklah kita berdo'a dan berikhtiar dengan mencari Doktor
yang pakar di dalam rawatan penyakit tersebut.
4) Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah
dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah
melakukan ruqyah keatas orang yang sakit.
1) Realiti Dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith-hadith Tentang Pendekatan Dan
Kaedah Rawatan Nabi Saw Merawat Penyakit Sihir. Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj.
Suliaman. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). 2013
2) Rawatan Islam Di Nusantara: Analisis Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan.
Khadher Ahmad, Sedek Ariffin, Thuraya Ahmad, Norhasnira binti Ibrahim.
3) http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/02/buang-perangai-takut-hantu.html
4) ahkam.net
5) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, al-Soorimu al-Battar fi at-Tasoddi LilSihrati al-Asyraar (terj)
6) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, Wiqayatu al-Insani Min al-Jinni wa asy-Syaitani (terj)
7) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir
8) Dato’ Dr Haron Din, Pengenalan Makhluk Halus
9) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Rohani
10) Dato’ Dr Haron Din, Konsep Perubatan Islam
11) Dato’ Dr Haron Din, Makhluk Halus Mengikut al-Quran  as-Sunnah

More Related Content

What's hot (18)

3 istiqomah
3 istiqomah3 istiqomah
3 istiqomah
 
Ruqyah yang benar
Ruqyah yang benarRuqyah yang benar
Ruqyah yang benar
 
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
 
Buku Pedoman MUI ttg Syiah-7
Buku Pedoman MUI ttg Syiah-7Buku Pedoman MUI ttg Syiah-7
Buku Pedoman MUI ttg Syiah-7
 
Buletin Jumat PPMI Assalaam
Buletin Jumat PPMI AssalaamBuletin Jumat PPMI Assalaam
Buletin Jumat PPMI Assalaam
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Tafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinahTafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinah
 
Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)Bab 1(keikhlasan)
Bab 1(keikhlasan)
 
Konsep istiqamah ags 2
Konsep istiqamah ags 2Konsep istiqamah ags 2
Konsep istiqamah ags 2
 
ISTIQOMAH...SAMPAI AKHIR HAYAT
ISTIQOMAH...SAMPAI AKHIR HAYATISTIQOMAH...SAMPAI AKHIR HAYAT
ISTIQOMAH...SAMPAI AKHIR HAYAT
 
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalaminMakalah islam sebagai rahmatan lilalamin
Makalah islam sebagai rahmatan lilalamin
 
Tafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinahTafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinah
 
Adab mendampingi pasien dengan penurunan kesadaran diri
Adab mendampingi pasien dengan penurunan kesadaran diriAdab mendampingi pasien dengan penurunan kesadaran diri
Adab mendampingi pasien dengan penurunan kesadaran diri
 
Membangun sikap khauf dan raja'
Membangun sikap khauf dan raja'Membangun sikap khauf dan raja'
Membangun sikap khauf dan raja'
 
RUKUN IMAN
RUKUN IMANRUKUN IMAN
RUKUN IMAN
 
Aqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyahAqidah islamiyyah
Aqidah islamiyyah
 
Keistimewaan Risalah Rasulullah Saw.
Keistimewaan Risalah Rasulullah Saw.Keistimewaan Risalah Rasulullah Saw.
Keistimewaan Risalah Rasulullah Saw.
 

Similar to RUQIYAH

Fiqh Pengobatan dan Kesehatan
Fiqh Pengobatan dan KesehatanFiqh Pengobatan dan Kesehatan
Fiqh Pengobatan dan KesehatanHatta Syamsuddin
 
Jasa terapi ruqyah syariyyah & pijat syaraf panggilan di sukabumi
Jasa terapi ruqyah syariyyah  & pijat syaraf panggilan di sukabumiJasa terapi ruqyah syariyyah  & pijat syaraf panggilan di sukabumi
Jasa terapi ruqyah syariyyah & pijat syaraf panggilan di sukabumiAdam Nurul Hussein
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitOperator Warnet Vast Raha
 
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyah
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyahTerapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyah
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyahRS-Pengobatan-Qurani
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitWarnet Raha
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitSeptian Muna Barakati
 
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i Unila
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i UnilaRuqyah massal Masjid Al-Wasi'i Unila
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i UnilaMahfudin Fc
 
Quranic healing theraphy
Quranic healing theraphyQuranic healing theraphy
Quranic healing theraphyPutri Wikie
 
Mukjizat resep obat rasulullah saw
Mukjizat resep obat rasulullah sawMukjizat resep obat rasulullah saw
Mukjizat resep obat rasulullah sawrandy_rasputra
 
Ruqyah revisi2017 By. Nazirman
Ruqyah revisi2017 By. NazirmanRuqyah revisi2017 By. Nazirman
Ruqyah revisi2017 By. NazirmanNazirman Nazir
 
Pengobatan islami
Pengobatan islami Pengobatan islami
Pengobatan islami Pharmacy
 
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdf
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdfBekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdf
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdfwahyudibromo1
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasadHelmon Chan
 
An introduction of pengobatan qur`ani
An introduction of pengobatan qur`aniAn introduction of pengobatan qur`ani
An introduction of pengobatan qur`aniJaafar Dahlan
 
Hadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiahHadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiahIdrus Abidin
 

Similar to RUQIYAH (20)

Fiqh Pengobatan dan Kesehatan
Fiqh Pengobatan dan KesehatanFiqh Pengobatan dan Kesehatan
Fiqh Pengobatan dan Kesehatan
 
93993970 tata-cara-ruqyah-yang-benar
93993970 tata-cara-ruqyah-yang-benar93993970 tata-cara-ruqyah-yang-benar
93993970 tata-cara-ruqyah-yang-benar
 
Jasa terapi ruqyah syariyyah & pijat syaraf panggilan di sukabumi
Jasa terapi ruqyah syariyyah  & pijat syaraf panggilan di sukabumiJasa terapi ruqyah syariyyah  & pijat syaraf panggilan di sukabumi
Jasa terapi ruqyah syariyyah & pijat syaraf panggilan di sukabumi
 
Tugas agama
Tugas agamaTugas agama
Tugas agama
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
 
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyah
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyahTerapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyah
Terapi pengobatan-dengan-ruqyah-syariyyah
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
 
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakitMakalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
Makalah perawatan orang sakit dan adab mengunjungi orang sakit
 
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i Unila
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i UnilaRuqyah massal Masjid Al-Wasi'i Unila
Ruqyah massal Masjid Al-Wasi'i Unila
 
Quranic healing theraphy
Quranic healing theraphyQuranic healing theraphy
Quranic healing theraphy
 
Mukjizat resep obat rasulullah saw
Mukjizat resep obat rasulullah sawMukjizat resep obat rasulullah saw
Mukjizat resep obat rasulullah saw
 
Ruqyah revisi2017 By. Nazirman
Ruqyah revisi2017 By. NazirmanRuqyah revisi2017 By. Nazirman
Ruqyah revisi2017 By. Nazirman
 
Pengobatan islami
Pengobatan islami Pengobatan islami
Pengobatan islami
 
Ruqyah
RuqyahRuqyah
Ruqyah
 
pengobatan bekam
pengobatan bekam pengobatan bekam
pengobatan bekam
 
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdf
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdfBekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdf
Bekam Holistik 1.2 presentasi PBI Sidoarjo.pdf
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad
 
An introduction of pengobatan qur`ani
An introduction of pengobatan qur`aniAn introduction of pengobatan qur`ani
An introduction of pengobatan qur`ani
 
Hadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiahHadits arbain nawawiah
Hadits arbain nawawiah
 

More from Rasyadan Hussin

7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 20177 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017Rasyadan Hussin
 
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Rasyadan Hussin
 
Makanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaMakanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaRasyadan Hussin
 
Kekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasKekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasRasyadan Hussin
 
Konsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananKonsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananRasyadan Hussin
 
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Rasyadan Hussin
 

More from Rasyadan Hussin (8)

7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 20177 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017
 
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
Hidup Sihat Bebas Kencing Manis Diabetes [eBook]
 
Makanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan TenagaMakanan Keperluan Tenaga
Makanan Keperluan Tenaga
 
Kekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim PanasKekal Sihat Di Musim Panas
Kekal Sihat Di Musim Panas
 
Pemakanan Semasa Hamil
Pemakanan Semasa HamilPemakanan Semasa Hamil
Pemakanan Semasa Hamil
 
Konsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk MakananKonsep Baik & Buruk Makanan
Konsep Baik & Buruk Makanan
 
Memahami Asas Istihalah
Memahami Asas IstihalahMemahami Asas Istihalah
Memahami Asas Istihalah
 
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
 

RUQIYAH

  • 1. Wan Mohamad Rasyadan Bin Wan Hussin Ruqiyyah Islamiyyah 10 Mei 2014
  • 2. Perkara Ghaibiyyat Konsep Perubatan Islam Ruqiyyah Syar’iyyah Dakwah dalam Ruqiyyah Islamiyyah Pengenalan Makhluk Halus
  • 3. Menurut Ibnul Qayyim di dalam Zaadul Maad bahawa perubatan Nabi s.a.w. ada tiga jenis: Pertama: Ubat-ubatan Tabi'iah (Ubat-ubatan biasa) Kedua: Perubatan Illahiyah (Ruqyah/jampi/doa-doa) Ketiga: Gabungan kedua-duanya Seiring dengan perkembangan semasa gabungan Perubatan Alopati dengan Perubatan Ruqyah perlu diperkasakan. Perubatan Ruqyah tidak dikenali sebagai Perubatan Alternatif tetapi dikenali sebagai Perubatan Komplementari
  • 4. 4
  • 5.  Keimanan terhadap perkhabaran-perkhabaran ghaib yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya beriman terhadap hari Akhirat, alam barzakh, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya  Aqidah yang benar dan iman yang selari dengan syarak merupakan asas terutama bagi seseorang muslim untuk meneruskan penghidupan yang diredhai di atas muka bumi ini. Sehubungan dengan itu , di dalam kehidupan kita , termasuklah di dalam berubat sekalipun , Allah Ta’ala telah menetapkan peraturan-peraturan-Nya , contohnya : Ertinya : “ Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfa'at dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim ".
  • 6. 6
  • 7. 7 Asas perubatan mengandungi dua perkara, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri adalah lebih baik daripada merawat penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya. Allah yang menjadikan penyakit. Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap penyakit yang Allah berikan adalah ujian untuk kita. Ujian Allah Sebagai Kaffarah Kaffarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya. Ujian Allah itu boleh berlaku yang mungkin melibatkan kematian orang yang tersayang, kehilangan harta benda atau penyakit yang kritikal.
  • 8. 8 Dalam menghadapi ujian Allah kita diminta bersabar, seperti firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab” (az-Zumar: 10) Sayyidatina Aisyah RA berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa” Dalam hadith, daripada Suhaib RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesungguhnya menakjubkan keadaan orang Mukmin, kerana segala urusannya sangat baik baginya, dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang Mukmin. Apabila memperoleh kesenangan, dia bersyukur, yang demikian itu baik baginya. Dan apabila tertimpa kesusahan dia juga bersabar, yang demikian itupun baik baginya” Hadith riwayat Muslim dalam sahihnya [Kitab al-Zuhd wa al-Raqaiq no.hadith 7500]
  • 9. 9 Ajal Ditentukan Oleh Allah Allah yang menentukan ajal. Apabila tiba masa, Allah akan memerintahkan malaikat maut mencabut nyawa seseorang, menepati masa yang telah ditetapkan. Doa dan Rawatan Allah menyuruh hambanya agar sentiasa berdoa kepadaNya. Orang yang berdoa bererti dia mengingati Allah. Setiap amalan yang dibuat mesti niat kerana Allah supaya amalan tersebut dikira sebagai ibadat termasuk amalan rawatan
  • 11. 11
  • 12.  Bacaan jampi untuk sembuhkan penyakit  Samada menggunakan ayat-ayat Quran, zikir-zikir, ataupun doa.  Dibenarkan oleh syarak menggunakan jampi dengan syarat- syarat tertentu.
  • 13.  Ruqyah yang dibenarkan (Ruqyah Syar’iyyah) mempunyai beberapa syarat menurut pandangan ulama.  Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa sesuatu jampi itu HARUS dilakukan apabila memenuhi syarat-syarat berikut : 1. Menyebut Nama Allah dengan berzikir menggunakan Nama-Namanya 2. Dengan bahasa Arab dan dapat difaham maknanya 3. Beriktikad bahawa tidak berkesan apa-apa melainkan dengan takdir Allah swt" - [Fatawa Mu'asyirah, 1/189]. Ada juga ulama-ulama yang menyatakan bahawa jampi tersebut boleh dibaca didalam apa-apa bahasa asalkan tahu maknanya dan bebas dari unsur-unsur syirik.
  • 14. Malaikat Jibril a.s sendiri pernah menjampi Baginda Rasulullah s.a.w : Daripada Abi Sa’id , beliau menceritakan : Malaikat Jibril pernah mendatangi Baginda Nabi s.a.w lalu bertanya : “ Wahai Muhammad ! Adakah dikau sakit ? “. Lalu dijawab oleh Baginda s.a.w : “ Ya ! “ . Lalu Jibril pun membaca : “ BISMILLAHI ARQIKA MIN KULLI SYAIIN YU’DZIKA , MIN KULLI NAFSIN AU ‘AININ HASIDIN , ALLAHU YASHFIKA , BISMILLAHI ARQIKA “ ~ Ertinya : Dengan Nama Allah , aku menjampimu daripada segala sesuatu yang boleh menyakitimu , dan daripada kejahatan semua diri ataupun mata yang dengki. Allah akan menyembuhkanmu . Dengan Nama Allah , aku menjampimu. Hadis Sahih riwayat Imam Muslim (rh) – Kitab As-Salam : 4056.
  • 15. Baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menegaskan lagi mengenai KEHARUSAN BERJAMPI SECARA SYAR’IE ini dengan sabdanya : Ertinya : Telah berkata Abu Zubair , aku pernah mendengar Jabir Bin Abdullah berkata : “Seorang lelaki daripada kalangan kami telah disengat kala jengking dan walhal ketika itu kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w . Maka berkatalah seorang lelaki : Wahai Rasulullah ! Bolehkan saya menjampinya ? . Maka baginda s.a.w pun bersabda : Sesiapa sahaja di kalangan kamu semua yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah dia melakukannya ! “. Hadis Sahih riwayat Imam Muslim rh di dalam Sahihnya, Kitab As-Salam : 4076 .
  • 16. Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie , beliau berkata : “ Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera , lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w : Wahai Rasulullah ! Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini ? . Maka Baginda s.a.w pun bersabda : Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik , maka tidaklah mengapa !“. Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).
  • 17.  Imam Ibn Qayyim menyebut lagi (Zadul Ma’ad: 4/167-169): Ruqyah digunakan adalah untuk menjaga kesihatan dan mengubati penyakit.  Pertama: Menjaga Kesihatan, contohnya ada disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim (amal al-Muawwizat sebelum tidur)  Kedua: Mengubati penyakit, contohnya ruqyah dengan surah al-Fatihah seperti apa yang disebut dalam Sahih Bukhari dan Muslim: (Kisah Said al-Khudry)
  • 18. 18
  • 19.  Dakwah yang kita fahami ialah proses mengajak, menyeru dan membimbing manusia ke jalan Allah  Menyeru dalam erti kata membina asas Islam dalam diri manusia dan meruntuh anasir jahiliah di dalam dirinya.  Dakwah juga adalah satu proses perubahan dan transformasi dari segala rupa kebobrokan kepada pencerahan jati diri hingga terbentuk satu ummah islamiah.
  • 20. “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”. ( Fushshilat, 33)
  • 21. Terdapat 3 pendekatan penting dalam gerak kerja dakwah iaitu: 1)al-Hikmah 2)al-Maw’izah al-Hasanah 3)al-Mujaadalah bi al-Husna “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.” (an-Nahl: 125)
  • 22. Hikmah: Kemampuan seseorang pendakwah untuk memerhatikan realiti setiap sasaran dakwah dan keadaan mereka lalu menyampaikan Islam dengan cara yang paling sesuai; kepelbagaian cara bercakap dan isi kandungan yang bersesuaian dengan kadar akal dan pemikiran sasaran dakwah, tanpa memberatkan mereka dengan perkara yang belum mampu dipikul mereka. Ia tidak dilakukan di atas dasar semangat yang berkobar-kobar semata-mata sehingga terkeluar dari orbit al-Hikmah. Pertama: Kenalpasti siapa sasaran dakwah kita Kedua: Sampaikan dakwah dengan cara yang paling sesuai dengan tahap sasaran dakwah
  • 23. Syarat-syarat seorang Perawat (Raaqi) menurut Sheikh Abdullah Ibn Jibreen : 1) Membaca al-Quran dengan baik dan faham maknanya 2) Beraqidah dengan aqidah sahihah 3) Beramal soleh 4) Tidak semestinya mempunyai ilmu khusus atau ilmu yang mendalam (Kisah Said al-Khudry) 5) Niat yang ikhlas untuk bantu orang bukan semata-mata untuk dapatkan upah [Al-Lu'lu' al-Makeen min Fataawaa Ibn Jibrin, ms. 22].
  • 24.
  • 25. PERTAMA: Tanya latar belakang diri dan keluarga. Dapatkan maklumat tentang penyakit; di mana, bila, bagaimana dll. KEDUA: Jelaskan konsep rawatan dan penyembuhan dalam Islam. Menyakini bahawa Allah adalah penyembuh dan ubat / kaedah rawatan adalah asbab dan wasilah untuk sembuh. KETIGA: Memberi kefahaman tentang ujian yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Sakit adalah salah satu bentuk ujian yang Allah timpakan kepada orang Mukmin. Setiap ujian perlu ditempuhi dengan sabar. “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (al-Ankabut: 2)
  • 26. KEEMPAT: Memberi nasihat agar menjauhi kaedah rawatan yang menyalahi syariat dan yang meragukan. Seperti pengamal perubatan yang menggunakan khidmat jin, menjalankan rawatan dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah (perawat lelaki merawat pesakit perempuan berdua- duaan di tempat yang sunyi) dan sebagainya. Barang siapa mendatangi ‘arraf (dukun) dan bertanya kepadanya akan sesuatu, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam. (Riwayat Muslim) Barang siapa mendatangi ‘Arraf (dukun) atau Kahin dan dia membenarkan ucapannya maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (al-Quran). (Riwayat Ahmad)
  • 27. Adapun perbuatan mengunjungi dukun atau kahin yang menyeru makhluk selain Allah dalam perubatannya, ada dua hukum: a. Dia telah syirik jika sekadar ingin tahu mengenai penyakitnya, dalilnya," sesiapa yg mendatangi bomoh/dukun untuk bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 hari. (HR Muslim) b. Dia menjadi kafir jika bertanya dukun dan meyakini berita dukun tersebut. (Ruj: Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam; Syaikh Ismail asSulaimi, Mufti Yaman dalam koleksi fatwanya silsilah Fatawa Syar'iyah Fatwa no 17)
  • 28. KELIMA: Mengajarkan kepada pesakit agar beramal dengan Ruqyah Syar’iyyah dan juga istiqomah dalam mengamalkan doa dan zikir yang diajarkan oleh Nabi SAW dan para ulama. Contohnya: al-Mathurat, Zikir Pagi & Petang, Doa dari Hisnu al-Muslim, Hizib dan lain-lain. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah“. Ketahuilah! Dengan "dzikrullah“ itu, tenang tenteramlah hati manusia. (ar- Ra’du: 28)
  • 29. PERTAMA: Perhatikan keadaan jin tersebut sama ada a)Tenang : Perawat boleh berbincang dan gunakan kaedah yang lembut b)Agresif : Perawat boleh bertindak kasar (tetapi perlu dahului dengan amaran) KEDUA: Selidik latarbelakang jin a)Punca mengganggu manusia (dihantar, dizalimi, menzalimi, suka dll) b)Berapa bilangan (tidak semestinya betul)
  • 30. KETIGA: Serulah kepada Islam. Sekiranya jin tersebut tidak mahu masuk Islam, jangan paksa. KEEMPAT: Nasihatilah dengan cara yang baik agar jangan menzalimi manusia dan makhluk lain. Akan tetapi jangan kita gunakan kaedah merayu, kerana jin akan bertambah sombong sekiranya manusia merayu kepadanya. MEMBUNUH JIN “membunuh jin tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh adalah haram sebagaimana haramnya membunuh manusia, sebab yang demikian itu adalah termasuk dalam perlakuan zalim sepertimana diharamkan untuk membunuh seorang kafir” - Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab “Idah al-Dalalah fi ‘Umum al- Risalah” Menurut Ibnu Abbas, ”membunuh jin tanpa hak adalah tidak harus sepertimana tidak harus untuk membunuh seorang manusia “
  • 31. HUKUM BERDIALOG DENGAN JIN "Bercakap dengan Jin tanpa sebab untuk mencarinya tidaklah ditegah, bahkan adalah baik untuk mengajak mereka (jin) kepada agama Allah dan patut kepada syariah, sepertimana yang dilakukan berdakwah keatas manusia. Tidak digalakkan membaca buku atau membaca ayat Al- Quran bagi tujuan ini, kerana al-Qur'an tidak diturunkan untuk melakukan perkara ini; ia diturunkan secara nur dan petunjuk didalam penghidupan seorang Islam, agar orang Islam dapat mengikutinya, mematuhi arahan dan mengelak dari apa yang dilarang“ Pandangan Sheikh Abdul al-Kareem al-Khudayr
  • 32. PERTAMA: Memberi kesedaran tentang haramnya sihir dalam konteks syirik dan menzalimi manusia. KEDUA: Serahkan urusan kepada pihak berkuasa KETIGA: Doakan semoga pesalah insaf dan bertaubat KEEMPAT: Tidak digalakkan untuk membalas (menghantar semula) sihir yang dilakukan. Rujuk kisah Nabi disihir dan kisah Abdullah as-Saji.
  • 33. 33
  • 34. 34 Makhluk halus ialah makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada: 1)Cahaya, iaitu malaikat, 2)Api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.
  • 35. 35 HIKMAH DICIPTAKAN MAKHLUK HALUS i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
  • 36. 36 iii. Untuk menguji iman manusia agar tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan. iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui. v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia
  • 37. 37 Kalimah Jin adalah satu nama jenis dan berasal dari perkataan “Janna” yang bermaksud: 1)Tersembunyi : Jinan 2)Tertutup : Junun 3)Tidak dapat dilihat : Janin Jinan: Hati yang tiada siapa dapat meneka isi hati seseorang Junun: Gila yang mana akal telah tertutup Janin: Anak di dalam kandungan JIN
  • 38. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina ‘Aisyah RA: .‫م‬ْ. ‫ك‬ُ‫ْم‬‫ل‬َ‫ك‬ ‫فل‬َ‫ك‬ ‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬ُ‫ْم‬ ‫و ال‬‫م‬َّ‫ا‬ ‫م‬ِ‫َف‬ ‫مل‬ُ‫ْم‬‫د‬َ‫ك‬‫قل آ‬َ‫ك‬ ‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬ ‫و‬َ‫ك‬ ‫رل‬ٍ ‫و ا‬‫ن‬َ‫ك‬ ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬ ‫جل‬ٍ ‫ر‬ِ‫َف‬ ‫و ا‬‫م‬َ‫ك‬ ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬ ‫نل‬ُّ ‫و ا‬‫ج‬َ‫ك‬ ‫ل‬ْ.‫قل ا‬َ‫ك‬ ‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬ ‫و‬َ‫ك‬ ‫رل‬ٍ ‫نرو‬ُ‫ْم‬ ‫نل‬ْ. ‫م‬ِ‫َف‬ ‫ةل‬ُ‫ْم‬ ‫ك‬َ‫ك‬ ‫ئ‬ِ‫َف‬‫ال‬َ‫ك‬ ‫م‬َ‫ك‬ ‫ل‬ْ.‫تل ا‬ِ‫َف‬ ‫ق‬َ‫ك‬‫ل‬ِ‫َف‬‫خ‬ُ‫ْم‬ Terjemahannya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah).” Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tsa’labah al- Khusyna RA:  ‫بل‬ٌ ‫و‬ ‫ر‬ِ‫َف‬ ‫و ا‬‫ق‬َ‫ك‬‫ع‬َ‫ك‬ ‫و‬َ‫ك‬ ‫تل‬ٌ ‫و‬ ‫و ا‬‫ي‬َّ‫ا‬‫ح‬َ‫ك‬ ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬َ‫ك‬ ‫ءل‬ِ‫َف‬ ‫روا‬َ‫ك‬ ‫ه‬َ‫ك‬ ‫ف يل ال‬ِ‫َف‬ ‫نل‬َ‫ك‬ ‫رو‬ُ‫ْم‬ ‫طي‬ِ‫َف‬ ‫ي‬ُ‫ْم‬ ‫ةل‬ٌ ‫و‬ ‫ح‬َ‫ك‬ ‫ن‬ِ‫َف‬‫ج‬ْ. ‫أ‬َ‫ك‬ ‫مل‬ْ. ‫ه‬ُ‫ْم‬ ‫ل‬َ‫ك‬ ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و افل‬‫ن‬َ‫ك‬‫ص‬ْ. ‫أ‬َ‫ك‬ ‫ةل‬ُ‫ْم‬ ‫ث‬َ‫ك‬‫ثال‬َ‫ك‬ ‫نل‬ُّ ‫ج‬ِ‫َف‬ ‫ل‬ْ.‫ا‬ .‫ن‬َ‫ك‬ ‫رو‬ْ. ‫ن‬ُ‫ْم‬‫ع‬َ‫ك‬ ‫ظ‬ْ. ‫ي‬َ‫ك‬ ‫ول‬َ‫ك‬ ‫نل‬َ‫ك‬ ‫رو‬ْ. ‫ل‬ُّ‫ح‬ِ‫َف‬ ‫ي‬َ‫ك‬ ‫فل‬ٌ ‫و‬ ‫ن‬ْ.‫ص‬ِ‫َف‬ ‫و‬َ‫ك‬ Terjemahannya: “Jin itu ada 3 (tiga) macam jenis: (1) Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, (2) jenis ular dan kala jengking, serta (3) jenis yang menetap dan berpindah-pindah.”
  • 39.  Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dari Mujahid, beliau berkata: “Ketika aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah makhluk seperti kanak-kanak di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding hingga aku mendengar bunyi jatuhnya. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu”. Aakam al-Marjan, hal. 137.   Mujahid berkata: “Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka”. Dan diriwayatkan juga dari Mujahid, beliau berkata: “Syaitan itu lebih takut daripada salah seorang di antara kalian. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka janganlah kalian takut sehingga akan menguasai kalian. Akan tetapi bersikap beranilah kalian kepadanya, nescaya ia akan pergi”. Aakam al-Marjan, hal. 137.
  • 40. 40 Jenis-jenis Jin 1. Iblis iaitu bapa dan pujaan kepada semua jenis jin, iblis dan syaitan 2. Al-Syaitan iaitu syaitan 3. Al-Maraddah iaitu peragu-ragu, was-was 4. Al-Afrit iaitu penipu 5. Al-A’waan iaitu pelayan-pelayan 6. Al-Tayaarun iaitu penerbang-penerbang 7. Al-Ghawwaasuun iaitu penyelam-penyelam 8. At-Tawaabi iaitu pengikut-pengikut atau pengekor 9. Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan (kawan) 10. Al-Ummaar iaitu pemakmur
  • 41. 41 Gelaran Jin dalam Istilah Melayu 1. Pontianak 2. Orang Bunian 3. Jembalang Tanah 4. Pelesit 5. Polong 6. Hantu Raya 7. Langsuir 8. Penanggalan 9. Harimau Jadian
  • 42. 42 AL-JINN JINNI JINNAH SYAITAAN IBLIS IFRIT Ertinya: Roh-roh Jahat Lagi Kotor Yang Melakukan Kejahatan Secara Tersembuyi Memusuhi Dan Menakutkan Anak Adam Dengan Berbagai- bagai Kemudaratan
  • 43. 43 SYAITAN – SYAYATIN JINN – JINNAH QAREEN IBLIS IFRIT AL-KHANNAS 88 KALI 39 KALI 12 KALI 11 KALI 1 KALI 1 KALI
  • 44. 44 AS-SUNNAH MENYEBUT: (SELAIN DARIPADA YANG DI ATAS) 1. Ummus Sibyan 2. Khinzab 3. Aamir 4. Ammar 5. Alwalhan 6. Mukhannath 7. Mukhannathun 8. Dan Lain-lain
  • 45. 45 Nama Surah Bilangan No. Ayat Al-Baqarah 2 14, 23, 24, 34, 36, 102, 168, 169, 208, 256, 257, 268, 275 Ala Imran 3 14, 36, 155, 175, An-Nisa’ 4 38, 51, 60, 76, 83, 117, 118, 119, 120 Al-Maidah 5 60, 90, 91, Al-An’am 6 43, 68, 71, 100, 112, 121, 128, 130, 142 Al-Aa’raf 7 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 20, 21, 22, 27, 30, 38, 175, 179, 184, 200, 201
  • 46. 46 Al-Anfaal 8 48, 11, Huud 11 119, Yusuf 12 5, 42, 100 Ibrahim 14 22, Al-Hijr 15 6, 17, 18, 27, 39 An-Nahl 16 36, 63, 98, 99, 100 Al-Israa’ 17 27, 53, 61, 62, 64, 65, 88 Al-Kahf 18 50, 63 Maryam 19 44, 45, 68, 83 Toha 20 116, 117, 120 Al-Anbiaa’ 21 82, 83 Al-Hajj 22 3, 4, 52, 53 Al-Mu’minuun 23 25, 70, 97, 98 An-Nuur 24 21 Al-Furqan 25 29 As-Syuraa 26 27, 95, 210, 211, 212, 221, 222, 223, 224
  • 47. 47 An-Naml 27 10, 17, 24, 39 Al-Qasas 28 15, 31 Al-Ankabut 29 38 Luqman 31 21 A-Sajadah 32 13 Sabaa 34 8, 12, 13, 14, 20, 21, 41, 46 Faatir 35 6 Yaasin 36 60, 62 As-Saffaat 37 7, 8, 9, 10, 36, 65, 158 Saad 38 37, 38, 41, 74, 75, 76, 77, 87, 79, 80, 82 Az-zumar 39 17 Fussilat 41 12, 19, 20, 25, 29, 36 Az-Zukhrof 43 36, 37, 38, 62 Ad-Dukhan 44 14 Al-Ahqaaf 46 18, 29, 30, 31, 32, 119
  • 48. 48 Muhammad 47 25 Az-Zariat 51 39, 52, 56, 57 At-Tuur 54 9 Ar-Rahmaan 55 40, 14, 15, 26, 31, 33, 39, 41, 56, 74 Al-Mujaadalah 58 10, 19 Al-Hasyr 59 16, 17 Al-Mulk 67 5 Al-Qalam 68 51 Al-Jinn 72 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19 At-Takweer 81 22, 25 Al-Falaq 113 2, 4, 5 An-Naas 114 4, 5, 6 JUMLAH KESEMUA AYAT  216 Rujuk Kertas Kerja Makhluk Halus Menurut al-Quran dan as-Sunnah ( TG Dr Haron Din)
  • 49. SENTIASA BERDOA DAN BERWIRID 1) Sentiasa berdoa dan berwirid 2) Jadikan Taqwa sebagai benteng 3) Rajin beribadat wajib / sunat 4) Jangan melakukan dosa / maksiat 5) Selalu bertaubat 6) Pelihara amalan wajib / menutup aurat dengan sempurna
  • 50. 1) Ruqyah adalah salah satu ruang dakwah yang besar untuk kita jelaskan aqidah yang benar khususnya kepada masyarakat yang masih percaya kepada Bomoh. 2) Ruang untuk menasihati pesakit supaya melakukan ketaatan kepada Allah dari sudut ibadat 3) Islam membenarkan ruqyah, akan tetapi sikap tidak boleh ialah ghulw (melampau). Bagi penyakit yang dikenal pasti, hendaklah kita berdo'a dan berikhtiar dengan mencari Doktor yang pakar di dalam rawatan penyakit tersebut. 4) Islam meletakkan beberapa syarat bagi setiap jampi/ruqyah dan Nabi saw diriwayatkan pada contoh hadith diatas pernah melakukan ruqyah keatas orang yang sakit.
  • 51. 1) Realiti Dan Cabaran Dalam Rawatan Islam: Analisis Hadith-hadith Tentang Pendekatan Dan Kaedah Rawatan Nabi Saw Merawat Penyakit Sihir. Khadher Ahmad dan Prof Madya Dr. Ishak Hj. Suliaman. Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD). 2013 2) Rawatan Islam Di Nusantara: Analisis Terhadap Pengamalan Kaedah Rawatan Yang Meragukan. Khadher Ahmad, Sedek Ariffin, Thuraya Ahmad, Norhasnira binti Ibrahim. 3) http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/02/buang-perangai-takut-hantu.html 4) ahkam.net 5) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, al-Soorimu al-Battar fi at-Tasoddi LilSihrati al-Asyraar (terj) 6) Sheikh Wahid Abd Salam Bali, Wiqayatu al-Insani Min al-Jinni wa asy-Syaitani (terj) 7) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Akibat Sihir 8) Dato’ Dr Haron Din, Pengenalan Makhluk Halus 9) Dato’ Dr Haron Din, Rawatan Penyakit Rohani 10) Dato’ Dr Haron Din, Konsep Perubatan Islam 11) Dato’ Dr Haron Din, Makhluk Halus Mengikut al-Quran as-Sunnah