Dr. Uwang adalah doktor berwibawa yang menguruskan PRPK dengan ketegasan. Dia tidak setuju dengan pekerja gaji di rumah dan menghantar anaknya ke sekolah berasrama sejak usia 7 tahun. Raiha kini dianggap oleh Dr. Uwang sebagai angkuh berbanding masa lalu apabila menjadi muridnya. Dr. Uwang juga mengingati peristiwa kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia.
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Novel Pantai Kasih Bab 2
1. SINOPSIS BAB 2
NOVEL PANTAI KASIH
DISEDIAKAN OLEH : ROZIDA MOHD
SMK ST. FRANCIS, 75000 MELAKA
2. Dr. Uwang tegas dengan
pendiriannya yang tidak bersetuju
sekiranya ada orang gaji di rumahnya.
Malah anak tunggal hasil
keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta
berasrama seawal usia 7 tahun
sehingga anaknya itu kekok untuk
bersama-samanya ketika berpeluang
pulang bercuti semesternya.
3. Bagi Dr. Uwang, anaknya itu
tidak harus pulang langsung kerana
memalukannya sahaja. Ketegasan
Dr. Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah
seorang doktor berwibawa yang
banyak membawa keuntungan
kepada PRPK.
4. Ayah mentuanya agak
kesal menyerahkan PRPK
kepada Doktor Uwang,
namun dia akur dengan
kehebatan menantunya
menerajui PRPK.
5. Dr. Uwang menganggap ayah
mentuanya sama seperti Raiha yang
memperkecilkan kewibawaannya.
Dia berpendapat bahawa untuk
mendapat kesihatan yang baik
mestilah menggunakan kecanggihan
alat perubatan.
6. Dr. Uwang juga sering mengeluh
kesakitan pada pergelangan tangannya
dan kepala lututnya. Dia belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap
penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang
sihat untuk melakukan pembedahan
terhadap Unong Siron pada kali itu, tugas
tersebut diserahkan kepada Raiha.
7. Sikap Raiha yang mempersoalkan
kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron menjengkelkannya. Peribadi
Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi
amat berbeza dengan keaddan
sekarang. Dahulu Raiha menaruh hati
terhadapnya tetapi sekarang sudah
lenyap. Raiha dianggapnya sudah
angkuh dan tidak bersyukur dengan
tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
8. Dr. Uwang juga teringat
peristiwa kanak-kanak perempuan
yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayangi hidupnya.
Ingatannya turut dibayangi oleh
peristiwa pencerobohan doktor
palsu yang menyamar di PRPK
miliknya.
9. LATIHAN (RUJUK BAB 2)
1.Nyatakan dua latar masyarakat. (2m)
2.Jelaskan dua persoalan. (4m)
3.Pada pendapat anda, apakah
kebaikan dan keburukan perkhidmatan
hospital swasta? (4m)
10. LATIHAN (RUJUK BAB 2)
1.Nyatakan dua latar masyarakat. (2m)
2.Jelaskan dua persoalan. (4m)
3.Pada pendapat anda, apakah
kebaikan dan keburukan perkhidmatan
hospital swasta? (4m)