SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
PEKELILING PERMOHONAN
UPUOnline KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM (UA),
POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI
DAN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan
STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM
Sesi Akademik 2016/2017
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
07 Disember 2015
1
ISI KANDUNGAN
1. PENYELARASAN PENGAMBILAN .........................................................2
Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera.............2
Penyelarasan Penawaran ............................................................................3
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID..............................................................4
3. e-PANDUAN .............................................................................................5
Syarat Am Kemasukan.................................................................................5
Syarat Khas..................................................................................................5
4. PERMOHONAN ........................................................................................6
Kategori Permohonan ..................................................................................6
Sah & Hantar................................................................................................7
Semakan Permohonan.................................................................................8
Kemas kini Permohonan ..............................................................................8
Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3) ...............................................8
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN ..............................................................9
Penentuan Aliran STPM...............................................................................9
Dasar & Kriteria Pemilihan ...........................................................................9
Markah Kokurikulum...................................................................................10
Pengiraan Merit..........................................................................................10
Proses pemilihan jaya ................................................................................12
6. HEBAHAN ..............................................................................................13
Surat Tawaran............................................................................................13
7. RAYUAN.................................................................................................14
8. TARIKH-TARIKH PENTING ...................................................................14
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 .....................15
10. SOALAN LAZIM (FAQ)...........................................................................16
CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM
DAN MARKAH MERIT..................................................................................24
2
Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan
STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM
Sesi Akademik 2016/2017
1. PENYELARASAN PENGAMBILAN
1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan
kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 18 buah UA
bagi Ambilan September seperti berikut :-
18 Universiti Awam (UA)
Universiti Penyelidikan
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Putra Malaysia (UPM)
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Komprehensif
4. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Berfokus
8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
1.2 Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan
Universiti Malaya (UM) adalah melalui laman web USM dan UM.
Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera
1.3 Semua program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada Bumiputera
sahaja
3
1.4 Semua program pengajian di UA lain (selain UiTM) terbuka kepada
Bumiputera dan Bukan Bumiputera
Penyelarasan Penawaran
1.5 Penyelarasan penawaran antara USM, UM dan 18 UA lain dilaksanakan
bagi mengurangkan pertindihan tawaran. Kriteria penyelarasan
penawaran adalah seperti berikut:
a) Program pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi; dan
b) Tawaran bertindih bagi lain-lain program pengajian selain Perubatan,
Pergigian dan Farmasi
4
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID
2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli
Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah
pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:
a) Pembelian mulai 18 Januari hingga 04 April 2016. Jualan
Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup
permohonan.
b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin
Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet.
Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM)
dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki
Akaun GIRO BSN.
c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST).
Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlu
membayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID.
d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan
semasa pembelian.
e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan
Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan
mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan
Nombor Unik ID.
2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya
adalah SULIT.
5
3. e-PANDUAN
3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi Sesi Akademik
2016/2017 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan
URL seperti berikut :-
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta
3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan 
STPM/Setaraf  Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan
maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut UA, Aliran dan
Bidang.
3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon
juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan
khas yang telah ditetapkan.
3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui
Aplikasi IMASCU di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan
keputusan peperiksaan.
Syarat Am Kemasukan
3.5 Warganegara
i. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang
mempunyai No.KP/My Kad sahaja
ii. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan
3.6 Kelayakan
i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa
Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
dan
ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3
mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; dan
iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia
Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.
Syarat Khas
3.7 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti
yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf.
6
4. PERMOHONAN
4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 akan disiarkan pada hari Ahad
sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016.
4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah
hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.
4.3 Pemohon Lepasan STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan
permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem
Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di
http://upu.mohe.gov.my.
4.4 Permohonan ke USM dan UM dikemukakan terus melalui laman web
USM dan UM masing-masing.
4.5 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon
dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak
melepasi syarat khas program.
Kategori Permohonan
4.6 Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM
dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut :-
Kategori A Kategori S Kategori T
Pemohon Lepasan
STPM Tahun 2015
Aliran Sastera
Pemohon Lepasan
STPM Tahun 2015
Aliran Sains
Pemohon Lepasan
STAM Tahun 2015
dan 2014
4.7 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk
mengemukakan permohonan kali pertama :-
a) No. Kad Pengenalan/ My Kad;
b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan
SPM
c) No. Unik ID;
d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara);
e) Pengesahan Kata Laluan;
f) Nama Ibu;
g) Kategori; dan
h) Kod Imej
7
Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline
4.8 Pemohon wajib memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza.
Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon
boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi
Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2
sahaja.
4.9 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan
tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
4.10Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan
tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar.
Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu
medan maklumat.
Sah & Hantar
4.11 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak
sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti
bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
4.12 Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih!
Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip
Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan.
4.13 Emel makluman akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisi
memaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan
dan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.
Login
Isi Maklumat
Peribadi
Isi Maklumat
Keluarga
Isi Maklumat Status
Sosioekonomi (SES)
Isi Maklumat
Akademik
Isi Maklumat
Kokurikulum (jika
berkaitan)
Isi Maklumat Pilihan
Program Pengajian
Isi Maklumat Lain-
lain
Semak semua
maklumat yang
dimasukkan adalah
betul
Klik Sah & Hantar
Paparan Slip
Permohonan dalam
format PDF
8
Semakan Permohonan
4.14 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika
mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap
permohonan boleh dicetak melalui pautan “SEMAKAN”. Sekiranya
pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan
memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan
cetakan.
4.15 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan
No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/
cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.
Kemas kini Permohonan
4.16 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon
selepas berjaya mengemukakan permohonan.
4.17 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon
tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang
pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
4.18 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa
mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon
boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’.
Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3)
4.19 Pemohon yang terlibat dengan U3 perlu mengemaskini permohonan
Fasa 2.
4.20 Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa 1 untuk membolehkan
mengemaskini permohonan Fasa 2.
4.21 Pemohon yang memohon program bertemuduga semasa Fasa 1 tidak
dibenarkan mengemaskini pilihan program tersebut semasa Fasa 2.
4.22 Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti
berikut :-
a) Pilihan Program (bukan program bertemuduga)
b) Alamat yang boleh dihubungi
c) Alamat emel
d) Nombor telefon yang boleh dihubungi
9
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN
5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan
diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan
dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan
tempat yang telah ditetapkan oleh UA.
5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman
web masing-masing yang turut akan dipautkan dari laman web
http://upu.mohe.gov.my.
Penentuan Aliran STPM
5.3 Aliran Sains
Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil
mata pelajaran Matematik M/ Matematik T
Dan
Mengambil mata pelajaran Fizik/ Kimia/ Biologi
5.4 Aliran Sastera
Pemohon STPM yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara
automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.
Dasar & Kriteria Pemilihan
5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan
SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program
pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 1 (Band 1);
g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
10
5.5 Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI
b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga.
Markah Kokurikulum
5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian
Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan
maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang
terbaik dengan markah 10%.
Pengiraan Merit
5.10 Markah Akademik
a) Kaedah Pengiraan PNGK STPM
Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan
pengiraan markah adalah seperti berikut:
GRED NILAI GRED
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00
Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran
diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata
nilai gred empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.
11
Rajah 2 - Pengiraan PNGK STPM
b) Kaedah Pengiraan Markah Akademik STAM
Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah
akademik adalah seperti berikut:
GRED PANGKAT MARKAH
Mumtaz 1 4.00
Jayyid Jiddan 2 3.00
Jayyid 3 2.00
Makbul 4 1.00
Rasib 5 0.00
5.11 Pengiraan Markah Merit:
Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)
Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit
5.12 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A.
Jumlah
Markah 4 MP
Terbaik
---------------
4
PNGK
90
PNGK
--------------
4.00
Markah
Akademik
(90%)
Markah
Kokurikulum
(10%)
Markah
Akademik
(90%)
Markah
Merit
12
Proses pemilihan jaya
5.13 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan
Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
5.14 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan
pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran
pemprosesan pemilihan :-
Merit Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Pil6 Pil7 Pil8 Pil9 Pil10 Pil11 Pil12 Jaya
000101 PIL3
Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 = Melepasi Syarat Pil 3 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga Ada perakuan temu duga
000102 PIL5
Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga
000103 PIL9
Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 8 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada temu duga dan UA
tidak peraku temu duga
000104
Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 12 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada
Ada temu duga dan UA
tidak peraku temu duga
Tidak
Berjaya
13
6. HEBAHAN
6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk
memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan
kemasukan ke UA.
6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan
pada Minggu Ke-2 Ogos 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan
seperti berikut:
a) Internet
 http://upu.mohe.gov.my
 https://jpt.utm.my
 http://jpt.uum.edu.my
 https://jpt.unimas.my
 http://jpt.ums.edu.my
b) TALIAN AM 1 : 03-8870 6755
c) HELPLINE UPU : 03-8870 6777
d) HOTLINE UPU : 03-8870 6767
e) SMS 15888 (IOD)
6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di
alamat dan talian seperti berikut :-
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 6767, (03) 8870 6777
upu@mohe.gov.my
Surat Tawaran
6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai sehari selepas
keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA masing-
masing.
6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran
melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas
keputusan permohonan diumumkan.
6.6 Tawaran adalah muktamad.
14
7. RAYUAN
7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang
boleh mengemukakan permohonan rayuan.
7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan
permohonan kemasukan ke UA diumumkan.
7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program
pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon
dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga
tarikh tutup permohonan rayuan.
7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan
tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.
8. TARIKH-TARIKH PENTING
8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan
kemasukan ke UA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi
Akademik 2016/2017 :-
Tarikh
Siaran Iklan 17.01.2016 dan 06.03.2016
Jualan No. Unik ID 18.01.2016 hingga 04.04.2016
Permohonan 18.01.2016 hingga 05.04.2016
Semakan Panggilan Temu Duga
(Bukan Pendidikan) dan Ujian
MEdSI
Minggu Ke - 3 Mei 2016
Semakan Panggilan Temu Duga
(Pendidikan)
16.05.2016 hingga 19.05.2016
Sistem e-temu duga dibuka Minggu ke- 4 Jun
Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Ogos 2016
Permohonan Rayuan
Minggu Ke – 2 Ogos 2016
(Rayuan dalam tempoh 5 hari)
Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-4 Ogos 2016
15
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akan
diadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utama
pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut :
i. Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program
pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh
Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian
Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;
ii. Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan
masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke
UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline.
iii. Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan
kemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan
10% markah kokurikulum; dan
iv. Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas
maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan
ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan
pendidikan tinggi.
JADUAL PELAKSANAAN
KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016
ZON TARIKH NEGERI LOKASI
1
30-31
Jan.
2016
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak (Utara)
Perkarangan Stadium Darul
Aman, Alor Setar, Kedah
2
13-14
Feb.
2016
Terengganu
Kelantan
Pahang
Dataran DABS, Kampus Gong
Badak, UNISZA
Kuala Terengganu,
Terengganu
3
20-21
Feb.
2016
Johor
Melaka
PERSADA
Johor Bahru, Johor
4
5-6
Mac
2016
Sabah
WP Labuan
One Borneo Mall,
Kota Kinabalu, Sabah
5
19-20
Mac
2016
Sarawak Pullman Hotel & Hill Shopping
Mall
16
6
2-3
Apr.
2016
Selangor
Perak (Selatan)
WP (KL & Putrajaya)
Negeri Sembilan
Dataran Gemilang, UKM,
Bangi, Selangor
10. SOALAN LAZIM (FAQ)
SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan
STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan
pelajar ke Universiti Awam?
JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),
Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah
selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan
Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam
pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi
Negara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun. Bagaimanakah program
ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya
mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di
tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada
Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan
bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur
permohonan.
17
Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan
proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama
masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ di
laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di
sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-sama
Kementerian.
SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh
dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di
mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.
SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan
kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870
6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?
JAWAPAN 7:
18
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan
Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan
dokumen sebagai bukti.
SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah
terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus
kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan
Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA
berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh
memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran
atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan.
SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama
dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?
JAWAPAN 11:
19
Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.
SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e-
panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCU
http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka
memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa
menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon
program pengajian aliran sains.
SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM
tahun semasa (tahun 2015)?
JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti
berikut:
Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.
Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau
2014.
Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil
ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.
SOALAN 14:
Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA?
JAWAPAN 14:
20
Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung
kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah
warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma,
pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk
matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil,
pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan
atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara
terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di
www.politeknik.edu.my
SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan
SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
Internet :
http://upu.mohe.gov.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
Telefon :
Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870
6767
SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan
tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa
mengemukakan permohonan?
21
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).
SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar
pilihan sekiranya pemohon menyatakan “tidak” di ruangan penyataan khas
untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan ‘Tidak’.
Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my .
SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang
sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian
tersebut?
JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan
tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program-
program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah
sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon
di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA
berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang
memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
22
pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut
tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan “setuju terima”
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon
yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan
rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke
mana-mana UA adalah kerana:
i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT
ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
iii. Permohonan tidak lengkap
iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan
permohonan
v. Memohon program luar bidang aliran
vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
vii. Pemohon sedang belajar
viii. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
(bagi kategori STPM/Setaraf)
SOALAN 21:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan
kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus
lain?
JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran
kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.
SOALAN 22:
Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat
tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat
rayuan melalui BPKP, JPT?
JAWAPAN 22:
Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP
pada permohonan kali pertama.
SOALAN 23:
Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?
JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.
SOALAN 24:
23
Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya
menolak dua daripada tawaran tersebut?
JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.
SOALAN 25:
Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang
tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang
perubatan/pergigian/farmasi?
JAWAPAN 25:
Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya
akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.
24
LAMPIRAN A
CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH
KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT
a) STPM
Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan
markah adalah seperti berikut:
GRED NILAI GRED
A 4.00
A- 3.67
B+ 3.33
B 3.00
B- 2.67
C+ 2.33
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33
D 1.00
F 0.00
i. Pengiraan PNGK
CONTOH:
BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH
Jumlah
Markah 4 MP
Terbaik
---------------
4
PNGK
25
1. Pengajian Am B+ 3.33
2. Fizik B 3.00
3. Kimia B+ 3.67
4. Biologi A 4.00
ii. Markah Akademik (90%)
iii. Markah Kokurikulum (10%) = Markah kokurikulum yang diperolehi
daripada Kementerian Pendidikan
Malaysia
iv. Markah Merit
Jika calon mendapat :
a) Markah Akademik = 78.75
b) Markah Kokurikulum = 9
c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 78.75 + 9
90
PNGK
--------------
4.00
Markah
Akademik
(90%)
Markah
Kokurikulum
(10%)
Markah
Akademik
(90%)
Markah
Merit
CONTOH:
MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.50 X 90
4.00
= 78.75
PNGK = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00
= 14.00
4
= 3.50
26
= 87.75
b) STAM
Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah
akademik adalah seperti berikut:
GRED PANGKAT MARKAH
Mumtaz 1 4.00
Jayyid Jiddan 2 3.00
Jayyid 3 2.00
Makbul 4 1.00
Rasib 5 0.00
Markah bagi Pangkat STAM diselaraskan bagi penyediaan markah
akademik 90%
i. Pengiraan PNGK
ii. Markah Akademik (90%)
90
PNGK
--------------
4.00
Markah
Akademik
(90%)
CONTOH:
MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.00 X 90
4.00
= 67.50
Contoh :
Calon mendapat Pangkat 2 untuk keputusan STAM.
Markah diselaraskan bagi Pangkat 2 = 3.00
27
iii. Markah Kokurikulum (10%) = Berdasarkan maklumat kokurikulum
yang dimasukkan oleh calon (purata
2 daripada 4 bidang yang terbaik)
dengan markah 10%.
iv. Markah Merit
Jika calon mendapat :
a) Markah Akademik = 67.50
b) Markah Kokurikulum = 9
c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 67.50 + 9
= 76.50
Markah
Kokurikulum
(10%)
Markah
Akademik
(90%)
Markah
Merit

More Related Content

What's hot

Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013
Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013
Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013pipiroses
 
Syarat tawaran 2011
Syarat tawaran 2011Syarat tawaran 2011
Syarat tawaran 201106dka10f2027
 
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iain
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iainAlur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iain
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iainArya Ningrat
 
Sistem informasi manajemen pendidikan
Sistem informasi manajemen pendidikanSistem informasi manajemen pendidikan
Sistem informasi manajemen pendidikanEnvaPya
 
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriSeleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriAfif Cahpati
 
Panduan ppdb model b
Panduan ppdb model bPanduan ppdb model b
Panduan ppdb model boriza Sativa
 
Juklak Olimpiade Accounting
Juklak Olimpiade AccountingJuklak Olimpiade Accounting
Juklak Olimpiade Accountingasepmiftahparid
 
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Kusmanto Kusmanto
 
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Sugeng Harjono
 
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018Ryan HS
 
Articlefile file 002995-syarat stpm
Articlefile file 002995-syarat stpmArticlefile file 002995-syarat stpm
Articlefile file 002995-syarat stpmRONAPILZA
 

What's hot (19)

Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013
Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013
Flow chart pendaftaran online 30 januari 2013
 
Syarat tawaran 2011
Syarat tawaran 2011Syarat tawaran 2011
Syarat tawaran 2011
 
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
 
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iain
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iainAlur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iain
Alur pendaftaran um ptain 2014 jalur ujian tertulis iain
 
Panduan Pemilihan UPU 2019
Panduan Pemilihan UPU 2019Panduan Pemilihan UPU 2019
Panduan Pemilihan UPU 2019
 
Sistem informasi manajemen pendidikan
Sistem informasi manajemen pendidikanSistem informasi manajemen pendidikan
Sistem informasi manajemen pendidikan
 
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriSeleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
 
Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014
 
Panduan ppdb model b
Panduan ppdb model bPanduan ppdb model b
Panduan ppdb model b
 
Juklak Olimpiade Accounting
Juklak Olimpiade AccountingJuklak Olimpiade Accounting
Juklak Olimpiade Accounting
 
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
 
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
Pengumuman cpns pemprov jatim tahun 2019
 
03. materi ppdb siswa
03. materi ppdb siswa03. materi ppdb siswa
03. materi ppdb siswa
 
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018
Juknis PPPDB SMP Kab Banyumas 2018
 
Cpns bsn 2013
Cpns bsn 2013Cpns bsn 2013
Cpns bsn 2013
 
Cpns daerah depok
Cpns daerah depokCpns daerah depok
Cpns daerah depok
 
Articlefile file 002995-syarat stpm
Articlefile file 002995-syarat stpmArticlefile file 002995-syarat stpm
Articlefile file 002995-syarat stpm
 
140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015
 
Mibm vokasi ub
Mibm vokasi ubMibm vokasi ub
Mibm vokasi ub
 

Viewers also liked

R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000
R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000
R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000Ilya Belov
 
senarai nama pelajar
senarai nama pelajarsenarai nama pelajar
senarai nama pelajarZatiFatin
 
Borang daftar yes id
Borang daftar yes idBorang daftar yes id
Borang daftar yes idmohd yusof
 
13571853 panduan-penggunaan-skpm
13571853 panduan-penggunaan-skpm13571853 panduan-penggunaan-skpm
13571853 panduan-penggunaan-skpmLinggam Balasinggam
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 

Viewers also liked (9)

Borang stam
Borang stamBorang stam
Borang stam
 
R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000
R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000
R&R managed Sonus SBC7000 and SBC9000
 
senarai nama pelajar
senarai nama pelajarsenarai nama pelajar
senarai nama pelajar
 
Borang daftar yes id
Borang daftar yes idBorang daftar yes id
Borang daftar yes id
 
Profil pelajar
Profil pelajarProfil pelajar
Profil pelajar
 
Masuk ipta
Masuk iptaMasuk ipta
Masuk ipta
 
13571853 panduan-penggunaan-skpm
13571853 panduan-penggunaan-skpm13571853 panduan-penggunaan-skpm
13571853 panduan-penggunaan-skpm
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 

Similar to Pekeliling dasar&amp;prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Info snmptn 2014_rev_opt2
Info snmptn 2014_rev_opt2Info snmptn 2014_rev_opt2
Info snmptn 2014_rev_opt2agung Budy
 
Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016Dwi Rahayu
 
Sosialisasi SNMPTN-2014
Sosialisasi SNMPTN-2014Sosialisasi SNMPTN-2014
Sosialisasi SNMPTN-2014Fahreza Azhar
 
Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014ramdan65
 
4. sosialisasi snmptn 2014
4. sosialisasi snmptn 20144. sosialisasi snmptn 2014
4. sosialisasi snmptn 2014Mohamad Firman
 
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013Mohd Noor Noor
 
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.ppt
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.pptTugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.ppt
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.pptsyukriroslan
 
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Mgkk Kluang Johor
 
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Mgkk Kluang Johor
 
Sosialiasi bidikmisi 2018
Sosialiasi bidikmisi 2018Sosialiasi bidikmisi 2018
Sosialiasi bidikmisi 2018Avan Cakep
 
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshare
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_slisesharePanduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshare
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshareBalqisM1
 
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdfPPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdfnurwicaksono3
 

Similar to Pekeliling dasar&amp;prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015 (20)

Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
 
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)
Peraturan dan skema peperiksaan stpm 2015 (terkini)
 
140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015140614 stpm d1_2015
140614 stpm d1_2015
 
Info snmptn 2014_rev_opt2
Info snmptn 2014_rev_opt2Info snmptn 2014_rev_opt2
Info snmptn 2014_rev_opt2
 
Informasi sbmptn
Informasi sbmptnInformasi sbmptn
Informasi sbmptn
 
Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016
 
Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016Info awal snmptn_2016
Info awal snmptn_2016
 
Sosialisasi SNMPTN-2014
Sosialisasi SNMPTN-2014Sosialisasi SNMPTN-2014
Sosialisasi SNMPTN-2014
 
Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014
 
Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014Sosialisasi SNMPTN 2014
Sosialisasi SNMPTN 2014
 
4. sosialisasi snmptn 2014
4. sosialisasi snmptn 20144. sosialisasi snmptn 2014
4. sosialisasi snmptn 2014
 
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013
Panduan Kemasukan ke IPTA 2012/2013
 
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.ppt
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.pptTugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.ppt
Tugas SuP semasa & selepas Pendaftaran Atas talian.ppt
 
SNMPTN
SNMPTNSNMPTN
SNMPTN
 
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
 
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
Seminar peluang pengajian tinggi negara 2012
 
Sosialiasi bidikmisi 2018
Sosialiasi bidikmisi 2018Sosialiasi bidikmisi 2018
Sosialiasi bidikmisi 2018
 
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshare
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_slisesharePanduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshare
Panduan_Permohonan_PISMP_PPC2024_sliseshare
 
Informasi awal sbmptn 2014
Informasi awal sbmptn 2014Informasi awal sbmptn 2014
Informasi awal sbmptn 2014
 
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdfPPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
 

Recently uploaded

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 

Recently uploaded (20)

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 

Pekeliling dasar&amp;prosedur kemasukan stpm stam 1617 07.12.2015

  • 1. PEKELILING PERMOHONAN UPUOnline KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya 07 Disember 2015
  • 2. 1 ISI KANDUNGAN 1. PENYELARASAN PENGAMBILAN .........................................................2 Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera.............2 Penyelarasan Penawaran ............................................................................3 2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID..............................................................4 3. e-PANDUAN .............................................................................................5 Syarat Am Kemasukan.................................................................................5 Syarat Khas..................................................................................................5 4. PERMOHONAN ........................................................................................6 Kategori Permohonan ..................................................................................6 Sah & Hantar................................................................................................7 Semakan Permohonan.................................................................................8 Kemas kini Permohonan ..............................................................................8 Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3) ...............................................8 5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN ..............................................................9 Penentuan Aliran STPM...............................................................................9 Dasar & Kriteria Pemilihan ...........................................................................9 Markah Kokurikulum...................................................................................10 Pengiraan Merit..........................................................................................10 Proses pemilihan jaya ................................................................................12 6. HEBAHAN ..............................................................................................13 Surat Tawaran............................................................................................13 7. RAYUAN.................................................................................................14 8. TARIKH-TARIKH PENTING ...................................................................14 9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 .....................15 10. SOALAN LAZIM (FAQ)...........................................................................16 CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT..................................................................................24
  • 3. 2 Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 1. PENYELARASAN PENGAMBILAN 1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di 18 buah UA bagi Ambilan September seperti berikut :- 18 Universiti Awam (UA) Universiti Penyelidikan 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2. Universiti Putra Malaysia (UPM) 3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Komprehensif 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 6. Universiti Malaysia Sabah (UMS) 7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Berfokus 8. Universiti Utara Malaysia (UUM) 9. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 14. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) 16. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 18. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 1.2 Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM) adalah melalui laman web USM dan UM. Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera 1.3 Semua program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja
  • 4. 3 1.4 Semua program pengajian di UA lain (selain UiTM) terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera Penyelarasan Penawaran 1.5 Penyelarasan penawaran antara USM, UM dan 18 UA lain dilaksanakan bagi mengurangkan pertindihan tawaran. Kriteria penyelarasan penawaran adalah seperti berikut: a) Program pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi; dan b) Tawaran bertindih bagi lain-lain program pengajian selain Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  • 5. 4 2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID 2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut: a) Pembelian mulai 18 Januari hingga 04 April 2016. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan. b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN. c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST). Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlu membayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID. d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian. e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID. 2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.
  • 6. 5 3. e-PANDUAN 3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti berikut :- https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta 3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan  STPM/Setaraf  Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut UA, Aliran dan Bidang. 3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan khas yang telah ditetapkan. 3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui Aplikasi IMASCU di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan keputusan peperiksaan. Syarat Am Kemasukan 3.5 Warganegara i. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja ii. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan 3.6 Kelayakan i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; dan iv. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. Syarat Khas 3.7 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • 7. 6 4. PERMOHONAN 4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016. 4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang. 4.3 Pemohon Lepasan STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my. 4.4 Permohonan ke USM dan UM dikemukakan terus melalui laman web USM dan UM masing-masing. 4.5 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program. Kategori Permohonan 4.6 Permohonan kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut :- Kategori A Kategori S Kategori T Pemohon Lepasan STPM Tahun 2015 Aliran Sastera Pemohon Lepasan STPM Tahun 2015 Aliran Sains Pemohon Lepasan STAM Tahun 2015 dan 2014 4.7 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama :- a) No. Kad Pengenalan/ My Kad; b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan SPM c) No. Unik ID; d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara); e) Pengesahan Kata Laluan; f) Nama Ibu; g) Kategori; dan h) Kod Imej
  • 8. 7 Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline 4.8 Pemohon wajib memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga (Pendidikan) pada Pilihan 1-2 sahaja. 4.9 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline. 4.10Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat. Sah & Hantar 4.11 Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan. 4.12 Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih! Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan. 4.13 Emel makluman akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisi memaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan dan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar. Login Isi Maklumat Peribadi Isi Maklumat Keluarga Isi Maklumat Status Sosioekonomi (SES) Isi Maklumat Akademik Isi Maklumat Kokurikulum (jika berkaitan) Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian Isi Maklumat Lain- lain Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul Klik Sah & Hantar Paparan Slip Permohonan dalam format PDF
  • 9. 8 Semakan Permohonan 4.14 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “SEMAKAN”. Sekiranya pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan cetakan. 4.15 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/ cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon. Kemas kini Permohonan 4.16 Proses kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon selepas berjaya mengemukakan permohonan. 4.17 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon. 4.18 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Permohonan FASA 2 – STPM Ulangan (U3) 4.19 Pemohon yang terlibat dengan U3 perlu mengemaskini permohonan Fasa 2. 4.20 Pemohon mesti mengisi permohonan Fasa 1 untuk membolehkan mengemaskini permohonan Fasa 2. 4.21 Pemohon yang memohon program bertemuduga semasa Fasa 1 tidak dibenarkan mengemaskini pilihan program tersebut semasa Fasa 2. 4.22 Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :- a) Pilihan Program (bukan program bertemuduga) b) Alamat yang boleh dihubungi c) Alamat emel d) Nombor telefon yang boleh dihubungi
  • 10. 9 5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN 5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan diproses dan dihantar kepada UA untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh UA. 5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipautkan dari laman web http://upu.mohe.gov.my. Penentuan Aliran STPM 5.3 Aliran Sains Penentuan aliran bagi calon STPM Sains ialah dengan mengambil mata pelajaran Matematik M/ Matematik T Dan Mengambil mata pelajaran Fizik/ Kimia/ Biologi 5.4 Aliran Sastera Pemohon STPM yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera. Dasar & Kriteria Pemilihan 5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. 5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:- a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf; b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum; c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon; d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA; f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1); g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian; h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.
  • 11. 10 5.5 Kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) a) Melepasi tahap minimum Ujian MEdSI b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temuduga. Markah Kokurikulum 5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Ko-kurikulum KPM kepada BPKP JPT. 5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan. 5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik dengan markah 10%. Pengiraan Merit 5.10 Markah Akademik a) Kaedah Pengiraan PNGK STPM Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut: GRED NILAI GRED A 4.00 A- 3.67 B+ 3.33 B 3.00 B- 2.67 C+ 2.33 C 2.00 C- 1.67 D+ 1.33 D 1.00 F 0.00 Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred empat (4) mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.
  • 12. 11 Rajah 2 - Pengiraan PNGK STPM b) Kaedah Pengiraan Markah Akademik STAM Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah akademik adalah seperti berikut: GRED PANGKAT MARKAH Mumtaz 1 4.00 Jayyid Jiddan 2 3.00 Jayyid 3 2.00 Makbul 4 1.00 Rasib 5 0.00 5.11 Pengiraan Markah Merit: Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%) Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit 5.12 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A. Jumlah Markah 4 MP Terbaik --------------- 4 PNGK 90 PNGK -------------- 4.00 Markah Akademik (90%) Markah Kokurikulum (10%) Markah Akademik (90%) Markah Merit
  • 13. 12 Proses pemilihan jaya 5.13 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah. 5.14 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran pemprosesan pemilihan :- Merit Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Pil6 Pil7 Pil8 Pil9 Pil10 Pil11 Pil12 Jaya 000101 PIL3 Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 = Melepasi Syarat Pil 3 = Melepasi Syarat Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada perakuan temu duga Ada perakuan temu duga 000102 PIL5 Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 = Melepasi Syarat Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada perakuan temu duga 000103 PIL9 Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 8 = Melepasi Syarat Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada temu duga dan UA tidak peraku temu duga 000104 Pil 1 = Melepasi Syarat Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat Pil 5 - 12 = Melepasi Syarat Unjuran Ada Unjuran Ada Unjuran Ada Ada temu duga dan UA tidak peraku temu duga Tidak Berjaya
  • 14. 13 6. HEBAHAN 6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA. 6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Ogos 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti berikut: a) Internet  http://upu.mohe.gov.my  https://jpt.utm.my  http://jpt.uum.edu.my  https://jpt.unimas.my  http://jpt.ums.edu.my b) TALIAN AM 1 : 03-8870 6755 c) HELPLINE UPU : 03-8870 6777 d) HOTLINE UPU : 03-8870 6767 e) SMS 15888 (IOD) 6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di alamat dan talian seperti berikut :- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 W.P. Putrajaya (03) 8870 6767, (03) 8870 6777 upu@mohe.gov.my Surat Tawaran 6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA masing- masing. 6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. 6.6 Tawaran adalah muktamad.
  • 15. 14 7. RAYUAN 7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan. 7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke UA diumumkan. 7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan. 7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA. 8. TARIKH-TARIKH PENTING 8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 :- Tarikh Siaran Iklan 17.01.2016 dan 06.03.2016 Jualan No. Unik ID 18.01.2016 hingga 04.04.2016 Permohonan 18.01.2016 hingga 05.04.2016 Semakan Panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) dan Ujian MEdSI Minggu Ke - 3 Mei 2016 Semakan Panggilan Temu Duga (Pendidikan) 16.05.2016 hingga 19.05.2016 Sistem e-temu duga dibuka Minggu ke- 4 Jun Hebahan Keputusan Minggu Ke-2 Ogos 2016 Permohonan Rayuan Minggu Ke – 2 Ogos 2016 (Rayuan dalam tempoh 5 hari) Hebahan Keputusan Rayuan Minggu Ke-4 Ogos 2016
  • 16. 15 9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akan diadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut : i. Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017; ii. Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline. iii. Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum; dan iv. Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. JADUAL PELAKSANAAN KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ZON TARIKH NEGERI LOKASI 1 30-31 Jan. 2016 Kedah Perlis Pulau Pinang Perak (Utara) Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah 2 13-14 Feb. 2016 Terengganu Kelantan Pahang Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA Kuala Terengganu, Terengganu 3 20-21 Feb. 2016 Johor Melaka PERSADA Johor Bahru, Johor 4 5-6 Mac 2016 Sabah WP Labuan One Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah 5 19-20 Mac 2016 Sarawak Pullman Hotel & Hill Shopping Mall
  • 17. 16 6 2-3 Apr. 2016 Selangor Perak (Selatan) WP (KL & Putrajaya) Negeri Sembilan Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor 10. SOALAN LAZIM (FAQ) SOALAN 1: Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) dalam pembangunan pendidikan? JAWAPAN 1: Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) SOALAN 2: Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan pelajar ke Universiti Awam? JAWAPAN 2: Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. SOALAN 3: KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN), “Jom Masuk IPT” pada setiap tahun. Bagaimanakah program ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang? JAWAPAN 3: Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur permohonan.
  • 18. 17 Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di facebook rasmi di ‘Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU’ di laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-sama Kementerian. SOALAN 4: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA? JAWAPAN 4: Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui laman web http://upu.mohe.gov.my SOALAN 5: Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut? JAWAPAN 5: Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan. SOALAN 6: Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP? JAWAPAN 6: Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870 6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan. SOALAN 7: Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum? JAWAPAN 7:
  • 19. 18 Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan dokumen sebagai bukti. SOALAN 8: Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf? JAWAPAN 8: Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my SOALAN 9: Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran telah hilang? JAWAPAN 9: Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat. SOALAN 10: Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan? JAWAPAN 10: Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh dilakukan semasa tempoh permohonan. SOALAN 11: Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan? JAWAPAN 11:
  • 20. 19 Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM. SOALAN 12: Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan tersebut boleh dilakukan oleh pemohon? JAWAPAN 12: Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di e- panduan kemasukan di http://upu.mohe.gov.my dan IMASCU http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon program pengajian aliran sains. SOALAN 13: Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM tahun semasa (tahun 2015)? JAWAPAN 13: Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti berikut: Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau 2014. Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau, SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015. SOALAN 14: Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA? JAWAPAN 14:
  • 21. 20 Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma, pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil, pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara terperinci berkenaan syarat kemasukan boleh diperolehi di www.politeknik.edu.my SOALAN 15: Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan SPM/Setaraf? JAWAPAN 15: Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA melalui 3 kaedah berikut : Internet : http://upu.mohe.gov.my http://jpt.utm.my http://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my http://jpt.ums.edu.my SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888 Telefon : Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870 6767 SOALAN 16 : Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku? JAWAPAN 16: Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan. SOALAN 17: Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa mengemukakan permohonan?
  • 22. 21 JAWAPAN 17: Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian). SOALAN 18: Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar pilihan sekiranya pemohon menyatakan “tidak” di ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan? JAWAPAN 18: Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan ‘Tidak’. Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my . SOALAN 19: Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian tersebut? JAWAPAN 19: Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam program- program kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain. SOALAN 20: Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan? JAWAPAN 20: Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA berkenaan. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA. Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
  • 23. 22 pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan “setuju terima” untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke mana-mana UA adalah kerana: i. Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT ii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian iii. Permohonan tidak lengkap iv. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan v. Memohon program luar bidang aliran vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan vii. Pemohon sedang belajar viii. Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan (bagi kategori STPM/Setaraf) SOALAN 21: Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus lain? JAWAPAN 21: Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad. SOALAN 22: Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat rayuan melalui BPKP, JPT? JAWAPAN 22: Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP pada permohonan kali pertama. SOALAN 23: Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP. Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP? JAWAPAN 23: Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan. SOALAN 24:
  • 24. 23 Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya menolak dua daripada tawaran tersebut? JAWAPAN 24: Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat. SOALAN 25: Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang perubatan/pergigian/farmasi? JAWAPAN 25: Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP, JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.
  • 25. 24 LAMPIRAN A CONTOH PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT a) STPM Nilai gred mata pelajaran bagi STPM/ Setaraf bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut: GRED NILAI GRED A 4.00 A- 3.67 B+ 3.33 B 3.00 B- 2.67 C+ 2.33 C 2.00 C- 1.67 D+ 1.33 D 1.00 F 0.00 i. Pengiraan PNGK CONTOH: BIL MATA PELAJARAN GRED MARKAH Jumlah Markah 4 MP Terbaik --------------- 4 PNGK
  • 26. 25 1. Pengajian Am B+ 3.33 2. Fizik B 3.00 3. Kimia B+ 3.67 4. Biologi A 4.00 ii. Markah Akademik (90%) iii. Markah Kokurikulum (10%) = Markah kokurikulum yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia iv. Markah Merit Jika calon mendapat : a) Markah Akademik = 78.75 b) Markah Kokurikulum = 9 c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum = 78.75 + 9 90 PNGK -------------- 4.00 Markah Akademik (90%) Markah Kokurikulum (10%) Markah Akademik (90%) Markah Merit CONTOH: MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.50 X 90 4.00 = 78.75 PNGK = 3.33 + 3.00 + 3.67 + 4.00 = 14.00 4 = 3.50
  • 27. 26 = 87.75 b) STAM Nilai gred bagi STAM yang diguna pakai dalam pengiraan markah akademik adalah seperti berikut: GRED PANGKAT MARKAH Mumtaz 1 4.00 Jayyid Jiddan 2 3.00 Jayyid 3 2.00 Makbul 4 1.00 Rasib 5 0.00 Markah bagi Pangkat STAM diselaraskan bagi penyediaan markah akademik 90% i. Pengiraan PNGK ii. Markah Akademik (90%) 90 PNGK -------------- 4.00 Markah Akademik (90%) CONTOH: MARKAH AKADEMIK (90%) = 3.00 X 90 4.00 = 67.50 Contoh : Calon mendapat Pangkat 2 untuk keputusan STAM. Markah diselaraskan bagi Pangkat 2 = 3.00
  • 28. 27 iii. Markah Kokurikulum (10%) = Berdasarkan maklumat kokurikulum yang dimasukkan oleh calon (purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik) dengan markah 10%. iv. Markah Merit Jika calon mendapat : a) Markah Akademik = 67.50 b) Markah Kokurikulum = 9 c) Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum = 67.50 + 9 = 76.50 Markah Kokurikulum (10%) Markah Akademik (90%) Markah Merit