prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

6,518 views

Published on

oleh: Cikgu Fauziah Mat, SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor
website: http://cikgu-fauziah-mat.weebly.com
e-mail: fauziah3939@gmail.com

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,518
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
574
Actions
Shares
0
Downloads
386
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

prosiding kajian tindakan pemulihan khas 2m

  1. 1. Implementasi ‘Mutiara Reko’ Dalam Kelas Intervensi 2M (KI2M) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Smk Jalan Reko, Kajang, Selangor FAUZIAH BT MAT SMK Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor H/P:019-2185088 fauziah3939@gmail.com Pembentang peringkat antarabangsa kajian tindakan(ICIELD-2010) anjuran KUIS; Guru Inovatif Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat 2011; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010; Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Hulu Langat ABSTRAKKajian intervensi 2M (membaca dan menulis) Bahasa Melayu menggunakan modul ‘Mutiara Reko’ dilakukan bagimembantu murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko menguasai kemahiran membaca dan menulisdengan cara yang lebih pantas dan mudah. Pengesanan awal mendapati 80% murid khas bermasalah pembelajaranPPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi untuk dibimbing sebagai individu yang berdikari dan berkerjaya, tidakmenguasai kemahiran membaca dan menulis. Keperluan menguasai 2M adalah penting kepada murid khas ini sebagaisyarat minimum untuk mereka menempatkan diri ke kursus-kursus kemahiran tajaan Giatmara dan seumpamanya.Seramai 13 orang murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko telah dipilih sebagai sampel kajian.Pendekatan individual approach, peer learning dan latih tubi telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajianmenunjukkan, 100% daripada murid yang terlibat dalam program tersebut boleh menguasai kemahiran membaca danmenulis dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu antara 15 hingga 31 hari pelaksanaan tindakan kelas. Inibermakna penggunaan modul ‘Mutiara Reko’ amat berkesan dilaksanakan bukan sahaja mampu mengatasi masalahcelik huruf dan bijak membaca dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran bahkan juga murid tipikal yangmengalami ketidakupayaan membaca di aliran perdana.1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUPada tahun 2006 sehingga tahun 2009, saya diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayudi Kelas Amanah. Murid-murid di kelas Amanah terdiri daripada murid khas bermasalah pembelajaran yangdikategorikan sebagai bertahap tinggi yakni berpotensi untuk berdikari dan berkerjaya. 40% daripada muriddi kelas tersebut tidak boleh membaca dan menulis dengan baik. Kekangan ini telah menyebabkan objektifpengajaran dan pembelajaran saya tidak tercapai. Sebagai akibatnya, murid tersebut gagal untuk menguasaiapa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran, terus terpinggir, kurang keyakinan,tidak memberikan komitmen dan berpersepsi negatif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dansubjek-subjek lain yang melibatkan arahan soalan berbentuk ayat yang agak panjang secara amnya. Selain itu penguasaan kemahiran 2M merupakan syarat minimum untuk melayakkan murid-murid khasbermasalah pembelajaran ini mengikuti kursus-kursus kemahiran di Giatmara dan seumpamanya. Oleh itu,saya menyuarakan keperluan dan kebimbangan tentang ketidakupayaan penguasaan 2M ini dalam mesyuaratakhir tahun PPKI SMK Jalan Reko pada November 2009. Saya menyarankan agar diadakan satu projek rintiskelas intervensi 2M (KI2M) secara bersistematik menjelang 2010 bagi mengatasi 80% masalahketidakupayaan penguasaan 2M dalam kalangan murid khas bermasalah pembelajaran yang educable danberpotensi dalam kemahiran vokasional agar mereka berpeluang meneruskan kehidupan berdikari, berkerjayadan bermakna setelah tamat persekolahan.2.0 FOKUS KAJIANRefleksi daripada ketidakpuasan dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran kendiri saya yangsekian lama (bermula dari tahun 2006 hingga 2009), menyebabkan saya merasakan satu program intervensi2M perlu dilaksanakan dan diselaraskan secara sistematik mulai tahun 2010 demi memberi ruang dan peluangyang lebih baik kepada anak-anak didik PPKI SMK Jalan Reko yang berpotensi dan berkemahiran tinggidalam kategorinya. Keperluan mencelik huruf dan menguasai kemahiran membaca dalam kalangan muridkhas bermasalah pembelajaran yang educable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional menjadi fokusutama kajian ini.
  2. 2. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif UmumMurid khas bermasalah pembelajaran yang educable dan berkemahiran vokasional yang tinggi dalamkategorinya dapat menguasai kemahiran 2M (membaca dan menulis).3.2 Objektif Khusus 3.2.1 70% daripada murid yang terlibat dalam kelas intervensi 2M (KI2M) dapat dicelik huruf dan boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. 3.2.2 Murid berupaya mengikuti pembelajaran di stesen-stesen kemahiran dengan lebih baik dan berkeyakinan. 3.2.3 Murid berupaya memahami arahan secara bertulis dengan lebih baik atau dengan bantuan minimum guru. 3.2.4 Menyuburkan minat murid untuk membaca pelbagai bahan sebagai sumber ilmu.4.0 KUMPULAN SASARANImplementasi modul ‘Mutiara Reko’ disasarkan kepada 13 orang murid khas bermasalah pembelajaran yangeducable dan berpotensi dalam kemahiran vokasional PPKI SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor. 13 orangmurid yang terpilih adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut: a) Tidak dapat berfungsi secara optimum dalam aspek-aspek akademik dan tingkah laku, b) Mempunyai gangguan emosi yang mungkin mempengaruhi aspek-aspek lain seperti komunikasi dan sebagainya yang menyebabkan pelajaran terjejas dan ketinggalan daripada kanak-kanak tipikal (Bender, 1996), c) Mempunyai kecelaruan dalam satu atau lebih dalam proses-proses psikologikal termasuk masalah memahami dan menggunakan bahasa, bertutur, menulis dan mengira, d) Mengalami ketidakupayaan persepsi, kerosakan dan ketidakfungsian otak, disleksia dan aphasia (IDEA, 1990).Kecacatan yang dialami oleh kumpulan sasaran ini telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesionalklinikal sebagai kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran biasa. Merekamemerlukan modifikasi strategi dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk mencapaikeupayaan yang maksimum khususnya dalam keupayaan membaca (Kementerian Pendidikan Malaysia,1991).5.0 PELAKSANAAN KAJIANPelaksanaan kajian tindakan KI2M yang saya kendalikan, secara keseluruhannya mengambil masa selama6 bulan. Perincian pelaksanaan kajian tersebut ditunjukkan dalam Carta Gantt (sila lihat Lampiran 1).5.1 TINJAUAN MASALAHSaya telah menyediakan satu set soalan ujian diagnostik yang bergred (sila lihat Lampiran 2). Ujian ini sayakenali juga sebagai ujian pra. Ujian ini berfungsi sebagai penanda aras untuk mengukur tahap ketidakupayaanmengenal huruf dan penguasaan kemahiran membaca murid. Berdasarkan set ujian ini saya boleh mengenalpasti tahap dan jangkaan jenis rawatan yang bakal dilakukan terhadap murid terbabit dengan menggunakanmodul Mutiara Reko yang juga telah saya bina secara bergred (sila lihat Lampiran 3). Ujian Diagnostik initelah saya adakan pada 3 Februari 2010.5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAHJadual 1 berikut menunjukkan tahap kebolehupayaan membaca murid hasil daripada penganalisisan UjianDiagnostik yang telah dilaksanakan. 2
  3. 3. Jadual 1: Keputusan Tahap Kebolehupayaan Membaca Murid Selepas Ujian Diagnostik Modul Nama Guru Tempat Bil dicadangkan Jenis Ketidakupayaan Responden Fasilitator P&P Peringkat Awal Murid 1 2 3 4 1. Murid 1 / disleksia 2. Murid 2 / Pn. Fauziah bt Mat Dewan Ketidakupayaan 3. Murid 3 / (pengkaji) Burhanuddin intelek 4. Murid 4 /Berdasarkan Jadual 1, murid dibahagikan mengikut tahap keupayaan celik huruf dan kebolehupayaanmembaca. Kempat-empat responden di atas telah dicadangkan menggunakan Modul 2 iaitu modul yangmengkhususkan murid mengenali dan membaca perkataan bersuku kata terbuka KVKV. Ini bermakna muridyang dirawat telah dikenal pasti hanya berupaya mengecam huruf dengan baik namun masih tidak berupayauntuk membaca.5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKANPelaksanaan tindakan yang saya lakukan adalah mengikut model penyelidikan tindakan Kemmis danMcTaggart (1982) yang telah diubah suai oleh McNiff (1988). Setiap gelungan tindakan mempunyai empatfasa iaitu pertama, fasa perancangan; kedua, fasa pelaksanaan tindakan; ketiga, fasa pemerhatian; dankeempat, fasa refleksi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah. tinjauan awal perancangan refleksi satu gelungan tindakan pemerhatian Rajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) Pelaksanaan tindakan KI2M saya dilaksanakan dalam satu gelungan tindakan sahaja iaitu saya kenalisebagai G1. Dalam G1 ini sebanyak empat tindakan kelas telah dilaksanakan. Carta alir pelaksanaan G1ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah. 3
  4. 4. Pemerhatian tingkah laku murid, tabiat belajar dan tahap kebolehupayaan murid sepanjang P&P (2006-2009) Pembinaan set Modul ‘Mutiara Reko’ Pemilihan Peserta/Responden Ujian Diagnostik Tinjauan Awal Perancangan (1) Gelungan Refleksi (1) Tindakan Tindakan (1) (G1) Pemerhatian (1) Rajah 2: Carta Aliran Pelaksanaan Kajian TindakanBerdasarkan Rajah 2 di atas, Pelaksanaan tindakan kelas pada Gelungan Tindakan Pertama (G1), sayamembahagikannya kepada empat peringkat pelaksanaan iaitu; (i) Peringkat pertama, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 2. Saya mengidentifikasinya sebagai intervensi Rancangan Pelajaran Pertama (RP1). (ii) Peringkat kedua, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 3. Saya mengidentifikasinya sebagai intervensi Rancangan Pelajaran Kedua (RP2). (iii) Peringkat ketiga, pelaksanaan tindakan kelas bagi Modul 4. Saya mengidentifikasinya sebagai intervensi Rancangan Pelajaran Ketiga (RP3). (iv) Peringkat keempat, pelaksanaan tindakan kelas bagi pengelompokan murid baru dan murid lama yang belum melepasi penguasaan Modul 4 Mutiara Reko. Saya mengidentifikasikannya sebagai Intervensi Rancangan Pelajaran Keempat (RP4). Pada peringkat RP4 ini saya membahagikannya kepada lima tahap pelaksanaan iaitu: (a) Tinjauan Awal RP4 (b) Pemerhatian dan Refleksi Awal RP4 (c) Fasa Perancangan RP4 (d) Fasa Tindakan RP4 (e) Fasa Pemerhatian dan Refleksi RP45.4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN, PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 4
  5. 5. 5.4.1 Gelungan Tindakan Pertama (G1)5.4.1.1 Rancangan Pelajaran Pertama (RP1)(A) Fasa Perancangan RP1Pada Fasa Perancangan RP1, kelas intervensi 2M saya melibatkan seramai 4 orang murid. Keempat-empatnya dirawat menggunakan Modul Bacaan Mutiara Reko Jilid 2 dan Modul Aktiviti Mutiara RekoJilid 2. Tempoh masa satu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah selama 40 minit. Pelaksanaan kelasintervensi diperuntukan dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Rabu atau Khamis. Ini ditunjukkan dalamJadual 2 di bawah. Jadual 2 Maklumat Murid dan Sesi Intervensi RP1 Tempoh masa Kekerapan P&P Bil Nama Murid Modul Masalah kecacatan P&P (seminggu)  2 kali 1. Murid 1 2 40 minit  Selasa disleksia  Khamis  2 kali 2. Murid 2 2 40 minit  Selasa  Rabu  2 kali Ketidakupayaan intelek 3. Murid 3 2 40 minit  Selasa  Rabu  2 kali 4. Murid 4 2 40 minit  Selasa  Rabu(B) Fasa Tindakan RP1Pada Fasa Tindakan RP1, Saya menggunakan pendekatan secara terus dalam pengajaran dan pembelajarandi dalam kelas. Berdasarkan pendekatan ini, saya menggunakan pengajaran secara berstruktur danpendekatan secara berulang-ulang dalam mengajar kemahiran membaca dan menulis kepada murid. Antarakebaikan pendekatan ini ialah jelas, teratur, berfokuskan kemahiran tertentu sahaja, cepat dan sistematik sertadapat memberi maklum balas yang baik kepada murid. Kaedah pengajaran yang saya gunakan semasa sesiintervensi RP1 ialah pembelajaran individu dan latih tubi.Pada peringkat modul 2, langkah-langkah intervensi yang dijalankan ialah:(i) Membaca Carta Suku Kata TerbukaPada tahap memperkenalkan carta suku kata terbuka, saya menunjukkan cara dan merasionalkan muridbagaimana satu-satu perkataan yang bermakna, terbina daripada cantuman dua atau tiga suku kata. Dalamproses membaca suku kata terbuka, saya menggunakan teknik konvensional iaitu mengeja dan membatangsuku kata. Rasionalnya teknik pengajaran ini diaplikasikan adalah kerana penyebutan perkataan dalam BahasaMelayu adalah sama dengan ejaaan. Contoh:  /a/ + /da/ = [ada]  /ma/ + /ta/ = [mata]  /ke/ + /me/ + /ja/ = [kemeja](ii) Membaca Perkataan Bersuku Kata TerbukaPada tahap membaca perkataan, saya memperkenalkan perkataan berserta gambar. Rasionalnya ialah gambaryang disertakan menjadi panduan kepada murid untuk menyebut dan memahami maksud perkataan secarakonseptual yang bersifat kekal dalam ingatan jangka panjang. Perkataan yang diperkenalkan juga dibinakhusus agar menepati skemata murid bagi membolehkan mereka membuat asimilasi dan akomodasi semasamemprosesnya dalam ingatan jangka pendek sebelum menyimpan dalam ingatan jangka panjang. Dalam 5
  6. 6. proses membaca perkataan bersuku kata terbuka, saya turut memberi peluang kepada murid untukmenyatakan perkataan lain selain daripada yang tercatat dalam modul bacaan bagi tujuan pengayaan.(iii) Membaca Rangkai Kata, Ayat Atau Petikan MudahPada tahap membaca rangkai kata dan petikan mudah, perkataan-perkataan yang diperkenalkan dalam modulbacaan diperluas kepada rangkai kata, ayat atau petikan mudah. Semasa proses pengajaran dan pembelajarankonsep rangkai kata, ayat atau petikan mudah, saya menggunakan kaedah pengulangan perkataan secara kerapdan konsisten di samping memperkenalkan perkataan baru baik bersifat konkrit atau abstrak asalkanmenjangkau skemata murid. Implikasinya, teknik pembinaan struktur modul yang sebegini akan membantumurid membaca sesuatu perkataan dengan lancar dan tanpa bantuan guru.(iv) Latihan PengukuhanMurid diberi latihan pengukuhan yang terdapat dalam modul aktiviti setelah sesuatu topik pelajaran selesaidipelajari. Latihan pengukuhan yang diberikan adalah bertujuan menerapkan kemahiran menulis danpengukuhan pemahaman murid terhadap topik yang dipelajari.(v) Aktiviti Pemulihan atau PengayaanPada akhir sesi pembelajaran, murid yang lemah atau gagal menguasai sesuatu perkataan yang dipelajariakan diberi pemulihan segera pada Buku Jotter (sila lihat contoh pada Lampiran 4). Murid diminta menulissemula perkataan dan membaca perkataan tersebut di hadapan guru.(vi) Merekod Pencapai Murid Di Dalam RPI MuridSetiap topik yang berjaya dikuasai oleh setiap murid akan direkodkan dalam Rekod Pendidikan Individu(RPI) Murid yang saya bina sendiri (sila lihat contoh pada Lampiran 3). Tindakan ini bertujuan supaya sayadapat mengesan topik-topik yang bakal disambung bagi sesi intervensi berikutnya, memudahkan tugasmenggantikan kelas oleh guru ganti atau sebagai rujukan kepada ibu bapa tentang status pencapaian anakmereka. Tempoh pelaksanaan tindakan kelas bagi RP1 adalah selama 8 hari iaitu dari tarikh 9/2/2010 hingga1/4/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 3 di bawah. Jadual 3 Pelaksanaan Tindakan Kelas RP1 Bil Tarikh Hari Masa Catatan (minggu) (sesi kelas murid) 09/2/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1 1 10/2/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 11/2/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 1 2 13/2/10- Sabtu- Sabtu Cuti perayaan Tahun Baru Cina dan 20/2/10 Cuti berganti sempena Tahun Baru Cina 23/2/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1 3 24/2/10 Rabu Kelas dibatalkan (kerja lapangan ke Hentian Kajang) 25/2/10 Khamis Kelas dibatalkan (Hari terbuka peringkat PPKI) 02/3/10 Selasa 4 03/3/10 Rabu Guru terlibat dalam pembinaan 04/3/10 Khamis Dokumen standard kurikulum 09/3/10 Selasa Pendidikan Khas kemahiran Hidup Perkebunan 5 10/3/10 Rabu (2-4/3/2010 & 9-10/3/2010) 11/3/10 Khamis (Kelas dibatalkan) 16/3/10 Selasa 6 17/3/10 Rabu Cuti persekolahan penggal pertama 18/3/10 Khamis 6
  7. 7. 23/3/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1 7 24/3/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 25/3/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 1  Semakan pertama Pencapaian Murid(KI2M) 30/3/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 1 Kelas dibatalkan 8 31/3/10 Rabu (kerja lapangan ke pasar raya TESCO, Kajang) Kelas dibatalkan 1/4/10 Khamis (Wacana Inventori PPKI- semua guru terlibat)Petunjuk Jumlah hari belajar Jumlah hari tidak belajarBerdasarkan Jadual 3, pelaksanaan tindakan kelas mengambil masa selama 8 minggu. Walau bagaimanapunsesi intervensi bagi Murid 2, Murid 3, dan Murid 4 adalah selama 6 hari sahaja. Sesi intervensi murid-muridini terpaksa dibahagikan dengan sesi pembelajaran murid-murid sekelas yang telah menguasai 2M. Inibermakna sesi intervensi murid-murid ini kurang daripada 40 minit iaitu hanya 20 minit yang rata-rata merekaini secara puratanya menerima sesi intervensi lebih kurang 7 minit untuk setiap orang. Ini bermakna secarapuratanya sesi intervensi mereka ini masing-masing sebanyak 42 minit dalam tempoh 8 minggu. Sebaliknya bagi Murid 1 sepenuh masa saya tumpukan untuk sesi intervensi. Murid 1 juga berpeluangmengikuti sesi intervensi selama 6 hari iaitu lebih kurang 180 minit dalam tempoh pembelajaran selama 8minggu.(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP1Dalam sesi intervensi RP1, saya mendapati semua murid terlibat seronok apabila terpilih mengikuti kelasIntervensi 2M. Walau bagaimanapun pada peringkat awalnya, mereka dilihat sangat malu, merasa rendah diriatas ketidakupayaan membaca dan sangat kurang berkeyakinan apabila disuruh cuba membaca. Ada antaramereka hampir tidak kedengaran suaranya apabila diminta cuba membaca. Tetapi, setelah beberapa kalimelalui sesi intervensi, murid mula menunjukkan perubahan yang positif. Murid mula bermotivasi untukmembaca apabila mendapati diri mereka telah mula menguasai satu-satu topik pelajaran yang terdapat dalamModul 2 dengan mudah. Bagi memupuk keinginan untuk membaca dalam kalangan murid ini, saya banyak menggunakanpendekatan psikologi murid-murid berkeperluan khas dan teknik modifikasi pengurusan tingkah laku. Sayajuga mengambil sikap lebih bertoleransi dan mewujudkan unsur ‘kecindan berfokus’ dalam set induksisebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik mereka supaya seronok dalam prosespengajaran membaca. Dari segi penggunaan bahan bacaan modul pula, saya mendapati, bahan Modul 2 yang digunakansangat berkesan dan disukai oleh murid. Ini bukan sahaja kerana bahan tersebut memaparkan gambar-gambaryang menarik tetapi juga cara penstrukturan bahan yang bersifat bergred, ringkas dan banyak aspekpengulangan perkataan memudahkan murid membaca dan memahami maksud perkataan atau keseluruhanpetikan dengan mudah. Demikian juga dengan bahan latihan pada Modul Aktiviti Jilid 2. Sebaliknya, dari aspek penggunaan Buku Jotter, lebih berkesan jika saya terus memasukkan perkataanatau ayat-ayat mudah yang difikirkan sesuai secara topikal bagi tujuan pengukuhan dan pengayaan. Hal iniadalah supaya saya tidak kelihatan seperti berkeadaan kurang bersedia apabila banyak membuang masa dantermangu-mangu ketika memikirkan perkataan yang sesuai atau semirip yang sukar dibaca oleh murid .Secara keseluruhannya, fasa tindakan kelas RP1 banyak kekurangannya. Antara kekurangan tersebut ialah; 7
  8. 8. (i) Kelas–kelas intervensi bawah bimbingan saya, secara puratanya dijalankan hanyalah 20 minit pada satu-satu sesi. Ini adalah disebabkan saya, selaku penyelaras program KI2M harus memastikan terlebih dahulu kelas-kelas KI2M guru-guru lain berjalan lancar seperti membekalkan keperluan-keperluan fizikal untuk kemudahan bahan pengajaran semua murid dan guru fasilitator yang terlibat. Saya juga perlu serta memastikan murid-murid berada di kelas-kelas yang ditetapkan sebelum sesi intervensi berlangsung. (ii) Murid-murid intervensi 2M yang ketetapan pelaksanaannya pada hari Selasa (10.40-11.20 pagi) dan Rabu (12.00-12.40 tengah hari) kurang diberi tumpuan kerana saya terpaksa membahagikan masa dalam tempoh 40 minit tersebut untuk juga mengajar murid-murid yang berkeupayaan membaca kerana pelaksanaannya adalah dalam waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahap 1. Oleh itu masa yang diperuntukan untuk murid-murid intervensi ini sangatlah sedikit dan kadang-kadang hampir tiada berlaku pengajaran dan pembelajaran langsung. Inisiatif mewujudkan guru ganti juga tidak berkesan kerana murid tidak berminat untuk belajar dengan guru terbabit. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya menetapkan bahawa pada setiap hari Rabu, murid yang berkeupayaan membaca ini akan membuat bacaan Nilam bawah pemantauan minimum saya. Meskipun terdapat beberapa kekangan sepanjang pelaksanaan kelas intervensi RP1, semua muriddi bawah bimbingan saya telah menunjukkan prestasi yang di luar jangka apabila mereka berjaya menguasaikemahiran membaca bersuku kata terbuka dan menamatkan modul 2 dalam tempoh 6 hari pelaksanaan kelas.Ini ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4: Pencapaian Murid Dari Segi Penggunaan Modul Bil Nama Murid Modul Tarikh Tamat 1 2 3 4 Penggunaan Modul 2 1 Murid 1 - / x 23/2/2010 2 Murid 2 - / x 23/3/2010 3 Murid 3 - / x 23/2/2010 4 Murid 4 - / x 30/3/2010 Petunjuk : / = Modul dicadangkan pada peringkat awal x = Anjakan modul terkini Berdasarkan Jadual 4, kebanyakan penguasaan kemahiran membaca Murid 1dan 3 adalah lebih pantas berbanding Murid 2 dan 4 . Murid 1 dan 3 mengambil masa 3 hari atau masing-masing bersamaan 90 minit dan 28 minit untuk menamatkan Modul 2. Manakala Murid 2 pula mengambil masa 4 hari atau 28 minit untuk menamatkan modul yang sama. Manakala, Murid 4 pula mengambil masa selama 6 hari atau 42 minit untuk menamatkan Modul 2 Mutiara Reko. 5.4.1.2 Rancangan Pelajaran Kedua (RP2) (A) Fasa Perancangan RP2 Pada Fasa Perancangan RP2, seramai 6 orang murid telah terlibat dalam kelas intervensi 2M. Pertambahan murid ini adalah berikutan guru fasilitator yang mengendalikan kedua-dua murid ini cuti bersalin selama dua bulan. Salah seorang murid ini (Murid 5) telah berada pada tahap rawatan Modul 4 dan seorang lagi (Murid 6) sedang menjalani rawatan Modul 3. Sementara, murid yang di bawah bimbingan saya pula baru hendak memulakan Modul 3. Kepelbagaian penggunaan modul dalam satu-satu sesi intervensi agak menyukarkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, saya harus bijak merancang strategi dari segi pengagihan masa pengajaran bagi membolehkan setiap murid dapat mengikuti sesi intervensi RP2 secara adil. Maklumat terkini murid sesi intervensi kelas RP2 ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah. 8
  9. 9. Jadual 5 Maklumat Murid Sesi Intervensi RP2 Nama Tempoh Kekerapan P&P Catatan Bil Modul Responden Masa P&P (seminggu) (Masalah Kecacatan)  Selasa  2 kali seminggu 1. Murid 1 40 minit  Khamis  disleksia 2. Murid 2 3 40 minit  Selasa  2 kali seminggu 3. Murid 3  Rabu  Ketidakupayaan intelek 4. Murid 4 5. Murid 5 4 40 minit  Selasa  2 kali seminggu  Khamis  Ketidakupayaan intelek 6. Murid 6 3(B) Fasa Tindakan RP2Pada Fasa Tindakan RP2, Saya telah menggunakan pendekatan pembelajaran individu dan peer learning(bimbingan rakan sebaya). Teknik peer learning saya gunakan untuk sesi kelas pada hari Selasa danKhamis (12.00-12.40 tengah hari) dengan pemantauan yang minimum. Hal ini kerana masa yangdiperuntukan untuk mengajar semua murid dalam satu-satu sesi intervensi adalah sangat singkat denganpurata 10 minit bagi setiap murid. Pada peringkat pengajaran dan pembelajaran modul 3, murid diberikan intervensi kemahiran membaca lima jenis bentuk suku kata tertutup KVK secara berperingkat dan topikal iaitu; (i) Membaca suku kata tertutup KVK dengan satu suku kata (ii) Membaca carta dan suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KV + KVK) (iii) Membaca suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KVK + KV) (iv) Membaca suku kata tertutup KVK dengan dua suku kata (KVK + KVK) (v) Membaca suku kata tertutup KVK dengan lebih daripada dua suku kata seperti (KVK + KV + KV) , (KV + KV + KVK) atau (KVK + KV + KVK)(i) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Satu Suku Kata Pada peringkat ini, murid terus diperkenalkan dengan perkataan berbentuk satu suku kata yang bermakna berserta gambar. Konsep pemilihan perkataan bersuku kata KVK adalah bertumpukan variasi penggunaan unsur bunyi konsonan tertutup di akhir kata. Misalnya /k/ , /t/, /s/ dan /m/. Contoh: Murid seterusnya diajar tentang pembentukan rangkai kata dan ayat atau petikan mudah yang diorganisasikan secara bergred. Contoh: (a) Membaca Perkataan 9
  10. 10. (b) Membaca Rangkai Kata (c) Membaca Ayat atau Petikan Mudah(ii) Membaca Carta dan Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KV + KVK)Dalam pengajaran topik (ii) di atas, saya terlebih dahulu memperkenalkan carta suku kata. Saya telahmemfokuskan vokal yang sama bagi satu-satu topik carta suku kata KVK. Pemilihan unsur konsonan padaakhir suku kata tertutup pula dibina dengan mengambil kira peratus kebolehbinaan perkataan yang bersifatkonkrit dan kekerapan penggunaan perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Lapan unsur konsonan akhiryang difokuskan iaitu /n/, /m/, /h/, /s/, /t/, /l/, /k/ dan /r/. Contoh: Teknik pembinaan carta suku kata begini adalah praktikal dan tidak membebankan murid dalamproses menghafal atau mengingat . Hal ini adalah disebabkan murid khas mempunyai ciri-ciri klinikal iaitumempunyai daya tumpuan dan daya ingatan yang singkat, tahap keupayaan dan kefungsian akademik yangamat rendah. Dalam proses menghubungkaitkan fungsi carta suku kata tertutup KVK sebagai satu unsur yangmembentuk perkataan berstruktur KV + KVK, murid dipandu guru untuk menggabungkan suku kataterbuka yang diberi dengan konsonan bersuku kata tertutup yang terdapat dalam carta. Contoh: 10
  11. 11. Murid kemudian diminta membaca perkataan, rangkai kata, ayat atau petikan mudah Contoh: (a) Membaca perkataan (b) (c) (b) Membaca rangkai kata (c) (d) Membaca ayat atau petikan mudah(iii) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KVK + KV)Seperti pengajaran topik (ii), saya terus memperkenalkan murid dengan perkataan yang bersifat konkrit dalampengajaran topik (iii). Kemudiannya, diikuti dengan memperkenalkan rangkai kata, ayat atau petikan mudah.Contoh: (a) Membaca perkataan (b) Membaca rangkai kata 11
  12. 12. (c) Membaca ayat atau petikan mudah(iv) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Dua Suku Kata (KVK + KVK)Dalam mengajar membaca suku kata tertutup KVK + KVK, saya terus memperkenalkan perkataan konkrit,kemudian diikuti dengan rangkai kata, ayat atau petikan mudah. Contoh: (a) Membaca perkataan (b) Membaca rangkai kata (c) Membaca ayat atau petikan mudah(v) Membaca Suku Kata Tertutup KVK dengan Lebih daripada Dua Suku Kata (KVK + KV + KV), (KV + KV + KVK) atau (KVK + KV + KVK)Sama seperti intervensi tindakan kelas sebelumnya, proses intervensi kelas RP2 topik (v) juga menggunakankaedah pengajaran pembelajaran individu dan peer learning. Saya memberi tumpuan dan pemantauanmenyeluruh kepada murid yang berpencapaian rendah. Manakala, bagi murid yang berpencapaian tinggi,diberi kepercayaan membimbing rakan sebaya yang lemah. Walau bagaimanapun, saya tetap melakukanpemantauan terhadap pelaksanaan kaedah peer learning. Bahan pengajaran topik (v) turut disediakan secarabergred dan konsisten. Ini bertujuan untuk memantapkan pengamatan dan tahap tumpuan murid berkeperluankhas. Ketidakselarasan dalam penyediaan bahan pengajaran boleh menimbulkan kecelaruan penumpuan danpenerimaan input oleh murid. Contoh bahan pengajaran topik (v) ditunjukan di bawah. 12
  13. 13. (a) Membaca perkataan (b) (b) Membaca rangkai kata (c) Membaca ayat atau petikan mudah Bagi murid yang mengikuti Modul 4, saya memberikan penekanan menyeluruh kepada topik diftong,vokal berganding dan digraf /ng/, /ny/, /kh/, dan /sy/. Ini disebabkan topik-topik tersebut sukar untuk dikuasai.Latihan berdasarkan modul aktiviti 4 dan pengayaan kosa kata berunsurkan topik-topik tersebut diberikansecara intensif kepada murid dalam Buku Jotter. Pada akhir sesi pembelajaran, murid diberikan latihan pengukuhan yang terdapat dalam Modul Aktiviti.Murid yang berjaya menguasai topik yang dipelajari, prestasinya akan direkod dalam Rekod PendidikanIndividu (RPI). Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP2 mengambil masa selama 9 hari iaitu dari tarikh 6/4/2010hingga 22/4/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut. Jadual 6: Pelaksanaan Tindakan Kelas RP2 Bil Catatan Tarikh Hari Masa (minggu) Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4 06/4/10 Selasa 12-12.40 tgh Murid 1, Murid 5, Murid 6 9 07/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4 08/4/10 Khamis 12-1.00 tgh Murid 1, Murid 5, Murid 6 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4 13/4/10 Selasa 12-12.40 tgh Murid 1, Murid 5, Murid 6 10 14/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4 *Murid 1 tamat Modul 3 15/4/10 Khamis 12-1.0 tgh *Murid 5 tamat Modul 4 13
  14. 14. Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3, Murid 4 20/4/10 Selasa 12-12.40 tgh Murid 1, Murid 6 11 * Murid 2 tamat Modul 3 21/4/10 Rabu 12.00-12.40 tgh * Murid 3 tamat Modul 3 22/4/10 Khamis 12-1.00 tgh Murid 1, Murid 6Petunjuk Jumlah hari belajar Jumlah hari tidak belajarBerdasarkan Jadual 6, hanya Murid 4 dan 6 yang masih belum menamatkan Modul 3 Mutiara RekoSementara Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 tamat Modul 3 dalam tempoh masa intervensi 6 hari(270 minit bagi murid 1 dan 42 minit bagi Murid 2 dan Murid 3) tindakan kelas. Demikian juga Murid 5 yangdiserap masuk ke dalam Kumpulan 1 Gelungan Tindakan Pertama (G1) turut berjaya menamatkan Modul 4dalam tempoh masa intervensi 3 hari iaitu bersamaan 30 minit pelaksanaan kelas.(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP2Hasil tinjauan awal saya terhadap dua orang murid baru yang diserap masuk dalam sesi kelas RP2, sayamendapati mereka ini lebih banyak diberi latih tubi secara bertulis berbanding dengan latihan membaca. Olehitu, mereka agak kekok apabila pertama kali diperkenalkan cara saya mengajar. Dalam konteks pengajarandan pembelajaran intervensi 2M, saya lebih menekankan penguasaan kemahiran membaca. Sementarakemahiran menulis pula diterapkan secara tidak langsung semasa murid membuat latihan dalam ModulAktiviti dan Buku Jotter.Walau bagaimanapun setelah beberapa kali sesi rawatan dijalankan, responden kajianini akhirnya terbiasa dengan cara saya. Murid didapati semakin bermotivasi untuk membaca kerana mereka sudah boleh menguasai sebahagiankemahiran membaca yang dirancang secara topikal. Mereka kelihatan gembira dan sentiasa bersedia untukmengikuti kelas intervensi. Faktor-faktor ini telah merangsang mereka untuk terus menguasai kemahiranmembaca dalam tempoh waktu yang singkat. Hal ini dibuktikan dalam Jadual 7 di bawah. Jadual 7: Pencapaian Penguasaan Modul oleh Murid Modul Nama Murid Tempoh Intervensi Yang Dikuasai Murid 1 Murid 2 3 6 hari Murid 3 Murid 4 3 9 hari (*belum menguasai sepenuhnya) Dalam pelaksanaan kelas RP2, saya boleh memberi sepenuh komitmen dan tumpuan kepada murid-murid di bawah bimbingan saya kerana tidak lagi sibuk dengan aktiviti menyelaras Program Intervensi 2Mperingkat PPKI SMK Jalan Reko. Ini adalah disebabkan banyak keperluan murid dan guru fasilitator yanglain telah saya sediakan. Saya tetap meneruskan kaedah pembelajaran individu dan peer learning keranamendapati kaedah tersebut berkesan diaplikasikan dalam situasi intervensi saya dan menepati keperluanbelajar murid berkeperluan khas. Bahan modul 3 dan modul 4 berkesan diaplikasikan kerana bersifat mesra pengetahuan murid.Pemerengganan sesuatu topik dalam satu-satu modul adalah bersesuaian dengan tempoh pengajaran guruyang singkat serta daya tumpuan murid yang sangat terbatas. Secara keseluruhannya, gabungan kaedah dan teknik pengajaran guru; komitmen dan sikap guru; sertapenyediaan bahan modul yang baik telah membantu merangsang daya tumpuan dan minat murid untukbelajar, seterusnya memberi kesan positif terhadap pencapaian murid khas bermasalah pembelajaran yangdibimbing. 14
  15. 15. 5.4.1.3 Rancangan Pelajaran Ketiga (RP3)(A) Fasa Perancangan RP3Pada Fasa Perancangan RP3, seramai 5 orang murid telah terlibat dalam tindakan kelas intervensi 2M. Duadaripada lima orang murid masih menjalani rawatan Modul 3 manakala tiga orang murid lagi barumemulakan rawatan menggunakan Modul 4. Ketidakseragaman rawatan modul intervensi 2M, ciri-ciriklinikal murid yang kritikal dari segi ketidakfungsian keupayaan intelek , tempoh masa sesi pengajaran danpembelajaran yang sangat terhad menuntut saya supaya bijak mengatur strategi untuk merancang tindakankelas. Jadual 8 di bawah berikut menjelaskan maklumat terkini sesi intervensi kelas RP3. Jadual 8: Maklumat Murid dan Sesi Intervensi RP3 Nama Tempoh Kekerapan P&P Catatan Bil Modul Responden Masa P&P (Seminggu) (Masalah Kecacatan) 1. Murid 1 4 40 minit  Selasa disleksia 2. Murid 6 3  Khamis Ketidakupayaan intelek 3. Murid 2 4  Selasa 4. Murid 3 4 40 minit Ketidakupayaan intelek  Rabu 5. Murid 4 3(B) Fasa Tindakan RP3 Pada Fasa Tindakan RP3, Saya masih mengekalkan pendekatan pengajaran peer learning (bimbinganrakan sebaya). Murid yang melepasi Modul 4 akan bertindak sebagai rakan pembimbing kepada murid yangmasih menjalani rawatan Modul 3 dalam tindakan kelas pada hari Selasa dan Khamis. Manakala dalamtindakan kelas pada hari Selasa dan Rabu, saya menggunakan kaedah pembelajaran individu sepenuhnya.Saya mengekalkan teknik pengajaran latih tubi terutamanya bagi latihan pengukuhan berpandukan modulaktiviti yang disediakan. Pada peringkat RP3, bagi murid yang menjalani rawatan Modul 4, penekanan diberikan kepadatopik-topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid iaitu diftong, vokal berganding dan digraf seperti /ng/, /ny/,/kh/, dan /sy/. Walau bagaimanapun konsep pemetaan bahan pengajaran yang selaras memberikan kesanpositif kerana berupaya meminimumkan kekeliruan murid dan meningkatkan tahap kelancaran muridmembaca. Sebagaimana lazim, pada akhir sesi pengajaran, murid diminta supaya membuat latihan secara topikaldalam Modul Aktiviti. Pencapaian terbaik murid terhadap satu-satu topik pengajaran direkodkan dalam rekodpenilaian dan penaksiran individu (RPI). Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP3 mengambil masa selama 7 hari iaitu dari tarikh 27/4/2010hingga 12/5/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 9 di bawah. Jadual 9: Pelaksanaan Tindakan Kelas RP3 Bil Tarikh Hari Masa Catatan (Minggu) Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3 dan Murid 4 27/4/10 Selasa 12.00-12.40 tgh Murid 1 dan Murid 6 Kelas dibatalkan 12 28/4/10 Rabu (kerja lapangan ke Tasik Cempaka, BB Bangi) 29/4/10 Khamis 12-12.40 tgh Murid 1 dan Murid 6 04/5/10 Selasa 10.40-11.20 tgh Murid 2, Murid 3, dan Murid 4 Selasa 12.00-12.40 tgh Murid 1 dan Murid 6 13 05/5/10 Rabu 12.00-12.40 tgh * Murid 2 tamat Modul 4 06/5/10 Khamis 12.00-12.40 tgh * Murid 1 tamat Modul 4 15
  16. 16. 11/5/10 Selasa 10.40-11.20 tgh * Murid 3 tamat Modul 4 Selasa 12.00-12.40 tgh *Murid 6 tamat Modul 3 14 12/5/10 Rabu 12.00-12.40 tgh *Murid 4 tamat Modul 3 Kelas dibatalkan 13/5/10 Khamis (Lawatan kerjaya guru & ibu bapa PPKI ke Rumah Amal Cheshire Home) 18/5/10 Selasa Kelas dibatalkan 15 19/5/10 Rabu (minggu peperiksaan pertengahan 20/5/10 Khamis Tahun bagi PPKI )Petunjuk Jumlah hari belajar Jumlah hari tidak belajarBerdasarkan Jadual 9, didapati beberapa orang murid telah berjaya menamatkan modul yang dipelajari.Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya menamatkan Modul 4 antara tempoh masa 3 ke 4 hari pelaksanaankelas. Manakala Murid 4 dan Murid 6 pula berjaya menamatkan Modul 3 setelah masing-masing melalui sesiintervensi selama 14 dan 5 hari.(C) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP3Topik-topik pelajaran berunsurkan vokal berganding adalah didapati paling sukar untuk dikuasai oleh murid.Oleh sebab itu, masa yang agak lama diambil murid untuk menguasainya. Walau bagaimanapun semasaproses pengajaran dan pembelajaran, saya terlebih dahulu menunjukkan cara pelafazan yang betul supayamurid mudah membacanya. Selain itu, dalam pembinaan bahan pengajaran berunsurkan vokal berganding,saya hanya memperkenalkan perkataan yang biasa digunakan oleh murid. Ini disebabkan perkataanberunsurkan vokal berganding kebanyakannya bersifat abstrak dan kurang popular penggunaannya dalamBahasa Melayu. Boleh dikatakan Modul 4 adalah kemuncak kesukaran membaca. Walau bagaimanapun sikap danmotivasi murid yang positif menyebabkan sesetengah mereka mampu menguasai sepenuhnya modul 4 dalamjangka waktu yang sangat singkat. Misalnya, Murid 2 berjaya menguasai Modul 4 setelah 3 haridiperkenalkan sementara Murid 1 dan Murid 3 masing-masing mengambil masa selama 4 hari untukmenamatkannya. Murid 4 memang diakui agak lewat menguasai sesuatu modul yang dipelajari. Hal ini bukanlah keranakurang bermotivasi tetapi disebabkan ciri-ciri khas yang dimilikinya. Berdasarkan pemerhatian berterusan,saya mendapati tahap ketidakupayaan intelek murid ini lebih terjejas berbanding rakan sekelas yang lain.Namun saya bersyukur kerana akhirnya Murid 4 berjaya menguasai Modul 3 Mutiara Reko sepenuhnyasetelah 14 hari mengikuti kelas intervensi. Demikian juga Murid 6. Murid ini sepatutnya melepasi Modul 4lebih awal kerana murid ini telah memulakan kelas intervensi 2Mnya dengan modul 3 serta mempunyai tahapketidakupayaan intelek yang lebih baik berbanding dengan Murid 4. Namun sebaliknya, Murid 6 hanyamampu menghabiskan Modul 3nya setelah 21 hari (9/2/2010 hingga 11/5/2010). Secara keseluruhan, apa yang dapat disimpulkan, sikap murid terhadap keperluan dan faedahmenguasai kemahiran membaca semakin positif. Mereka semakin seronok menghadiri kelas dan tidak sabaruntuk boleh membaca. Ini dapat dilihat melalui sikap mereka yang cuba membaca beberapa buah buku ceritamudah yang diletakkan di sudut bacaan di Dewan Burhanuddin, tempat kelas intervensi mereka dijalankan.5.4.1.4 Rancangan Pelajaran Keempat (RP4)(A) Fasa Tinjauan Awal RP3Pelaksanaan tindakan kelas RP4 bermula pada 27/5/ 2010. Pada tindakan kelas ini, saya telah menyenaraipendek sebahagian responden yang dibimbing oleh guru-guru fasilitator lain untuk dibimbing. Inisiatif inidiambil kerana pencapaian murid-murid ini saya dapati tidak selaras dengan tempoh dan masa pelaksanaankelas intervensi yang dijalani mereka. Pandangan peribadi ini adalah kerana semasa membuat pemantauansecara tidak langsung, saya mendapati bahawa guru-guru fasilitator telah menggunakan bahan pengajaran 16
  17. 17. yang berbeza selain banyak menokok tambah bahan sampingan luar daripada yang saya sarankan semasa sesitaklimat pertama yang diadakan pada 4/2/2010. Pada RP4 ini saya hanya mengambil responden yang baru hendak dirawat menggunakan Modul 4. Halini adalah bertujuan untuk memudahkan saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana saya masihlagi mempunyai dua orang responden yang belum menguasai Modul 4 Mutiara Reko. Jadual 10 di bawahmenunjukkan maklumat murid pada Gelungan Tindakan Kedua (G2). Jadual 10: Maklumat Murid Dalam Tindakan Kelas Keempat (RP4) Modul dicadangkan pada Jumlah hari belajar/ Modul Jumlah Masa Bil Nama Murid peringkat awal ujian (seminggu) rawatan P&P (seminggu) diagnostik terkini 1. Murid 4 2 2 hari 80 minit 2. Murid 6 3 3. Murid 7 3 4. Murid 8 3 5. Murid 9 3 3 hari 120 minit 4 6. Murid 10 3 7. Murid 11 2 8. Murid 12 2 9. Murid 13 1Berdasarkan Jadual 10, murid asal yang saya bimbing ialah Murid 4. Murid 6 adalah murid yang dibantu ajarsetelah guru fasilitatornya cuti bersalin. Sementara Murid 7 hingga Murid 13 ialah murid yang sayasenaraipendekkan untuk dibantu setelah melihat tahap pencapaian mereka sangat perlahan. Oleh itu,keseluruhan murid yang akan saya bimbing pada Tindakan Kelas Keempat (RP4) adalah seramai 9 orangdalam satu-satu masa.(B) Pemerhatian Dan Refleksi Awal RP4Pada 25/5/2010 saya membuat perjumpaan dengan semua murid yang bakal saya bimbing di kelas intervensi(Dewan Burhanuddin). Tujuan perjumpaan awal ini adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang corakpembelajaran dan tahap pencapaian semasa murid. Berdasarkan perjumpaan ringkas tersebut, saya mendapatibahawa setiap murid mempunyai cara bimbingan guru yang berbeza-beza. Saya juga menyemak tugasanmurid pada Modul Aktiviti dan Buku Jotter yang dibekalkan. Daripada dokumen tersebut, saya membuattanggapan bahawa guru fasilitator lebih cenderung melatih tubi penulisan perkataan berbanding mengajarmurid menguasai kemahiran membaca. Guru juga cenderung mengimplementasi bahan pengajaran luardalam kelas intervensi sehingga mencetuskan kekeliruan yang serius dalam kalangan murid. Oleh itu tidakhairanlah ada dalam kalangan murid terbabit masih kurang keyakinan untuk membaca apabila disuruh berbuatdemikian. Pada hari tersebut juga saya telah menetapkan bahawa sesi intervensi kelas selanjutnya akandiadakan di Dewan Burhanuddin pada setiap hari Selasa (12.00-12.40 tengah hari) dan Khamis (12.00-12.40tengah hari).(C) Fasa Perancangan RP4Daripada maklumat awal yang diperoleh, saya membuat perancangan membimbing beberapa orangfasilitator dari kalangan murid KI2M yang berjaya menguasai modul bacaan 4 untuk membantu sayamenangani masalah mengendalikan jumlah murid yang agak ramai dalam satu-satu sesi tindakan kelas RP4.Oleh itu saya akan menggunakan kaedah peer learning dengan pemantauan minimum. Strategi ini akanmembantu saya membuat pengajaran secara individu kepada murid yang betul-betul lemah dan memerlukanbimbingan khusus dan berterusan.(D) Fasa Tindakan RP4Saya memulakan sesi kelas pertama dengan membimbing semua murid serentak membaca perkataan,rangkai kata, ayat atau petikan mudah yang mempunyai unsur diagraf /...ng/. Ini adalah untuk mengelakmurid terbiasa membaca sesuatu perkataan secara mengeja. Cara membaca sebegini akan mengganggukelancaran murid semasa proses membaca. Contoh: 17
  18. 18. (a) Membaca Suku Kata(b) Membaca Perkataan(c) Membaca Rangkai Kata(d) Membaca Ayat dan Petikan Mudah Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik berunsur diftong, vokal bergandingdan digraf /ng/, /ny/, /kh/ dan /sy/, saya akan menjadi fasilitator utama dengan dibantu oleh pembimbingrakan sebaya. Ini kerana unsur-unsur tersebut sukar untuk dikuasai. Saya memodelkan cara penyebutan bagiunsur-unsur tersebut dan murid akan mengikut saya menyebutnya secara beramai-ramai. Selepas itu sayadan pembimbing rakan sebaya akan menguji kemahiran membaca murid. Pada akhir pengajaran setiap topik tersebut, saya akan meminta murid membuat latihan pengukuhanyang terdapat dalam Modul Aktiviti. Saya tidak menggunakan Buku Jotter pada intervensi kelas peringkat G2kerana masa pengajaran dan pembelajaran yang sangat terhad. Saya seterusnya merekod setiap pencapaianterbaik murid dalam satu-satu topik yang dipelajari dalam Rekod Pendidikan Individu murid. 18
  19. 19. Tempoh pelaksanaan tindakan kelas RP4 mengambil masa selama 10 hari iaitu dari tarikh 27/5/2010hingga 15/7/2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 11 di bawah. Jadual 11: Pelaksanaan Tindakan Kelas G2 Bil Tarikh Hari Masa Catatan (minggu) Pertemuan pertama bersama responden 25/5/10 Selasa 12.00-12.40 tgh (RP4) Kelas dibatalkan 16 26/5/10 Rabu (Lawatan sambil belajar ke kawasan Penanaman dan pemprosesan padi di Tanjung Karang, Selangor) 27/5/10 Khamis 12.00-12.40 tgh 17 01/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi 03/6/10 Khamis 12.00-12.40 tgh 08/6/10 Selasa 18 08/6/10 Rabu 10/6/10 Khamis CUTI PERTENGAHAN TAHUN 15/6/10 Selasa 19 16/6/10 Rabu 17/6/10 Khamis 22/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi *Murid 7 tamat Modul 4 20 24/6/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 8 tamat Modul 4 *Murid 13 tamat Modul 4 29/6/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi *Murid 9 tamat Modul 4 *Murid 10 tamat Modul 4 21 01/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 12 tamat Modul 4 *Murid 6 tamat Modul 4 22 06/7/10 Selasa 12.00-12.40 tgh kelas intervensi 08/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh kelas intervensi 13/7/10 Selasa Kerja Lapangan ke Aquaria, KLCC *Murid 11 tamat Modul 4 23 15/7/10 Khamis 12.00-12.40 tgh *Murid 4 tamat Modul 4 Petunjuk Jumlah hari belajar Jumlah hari tidak belajar Berdasarkan Jadual 11, dalam tempoh pelaksanaan kelas intervensi selama 10 hari tersebut, tiga orang murid (Murid 7,8 dan 13) berjaya menamatkan Modul 4 Mutiara Reko seawal 5 hari dengan tempoh waktu pembelajaran yang sangat terhad. Murid 6,9,10 dan12 mengambil masa selama 7 hari untuk menyelesaikan Modul 4. Manakala Murid 4 dan 11 mengambil masa selama 10 hari untuk menyempurnakan Modul 4 Mutiara Reko. (E) Fasa Pemerhatian Dan Refleksi RP4 Saya mendapati murid menunjukkan prestasi yang baik dan drastik dalam penguasaan kemahiran membaca. Murid juga menunjukkan kemajuan dalam cara mereka membaca. Murid tidak lagi mengeja sepanjang masa ketika membaca sesuatu perkataan, sebaliknya terus membaca tanpa mengeja dengan yakin. Murid yang sebelum ini kurang yakin untuk membaca sebaliknya suka rela menawarkan diri untuk membaca tanpa disuruh guru. Secara keseluruhannya, murid-murid dalam tindakan kelas keempat (RP4) dapat melepasi Modul 4 secara berperingkat-peringkat mengikut tahap keupayaan masing-masing. Ini ditunjukkan dalam Jadual 12 di bawah. 19
  20. 20. Jadual 12: Pencapaian Penguasaan Modul 4 oleh Murid Tarikh Bil Nama Murid Modul Catatan Tamat Modul 4 1. Murid 7 2. Murid 8 24/06/2010 5 hari pelaksanaan kelas intervensi 3. Murid 13 4. Murid 9 5. Murid 10 Modul 01/07/2010 7 hari pelaksanaan kelas intervensi 6. Murid 12 4 7. Murid 6 8. Murid 11 15/07/2010 10 hari pelaksanaan kelas intervensi 9. Murid 45.5.0 REFLEKSI KAJIAN5.5.1 Refleksi Kesan Tindakan Kelas IntervensiKeseluruhan tindakan kelas intervensi 2M yang saya jalankan melibatkan seramai 13 orang murid. Empatperingkat tindakan kelas telah dilaksanakan dalam Gelungan Tindakan Pertama (G1) ini. Pencapaianpembelajaran murid melalui proses gelungan tindakan kelas intervensi keseluruhannya ditunjukkan dalamJadual 13 dan Jadual 14 di bawah. Jadual 13: Pencapaian Responden Pada Tindakan Kelas RP1 hingga RP3 Tindakan Kelas Intervensi RP1 – RP3 Nama Murid G1 (Feb-Mei 2010) Jenis Modul/ Tempoh Penguasaan Modul Dipelajari Catatan (Jumlah Hari Belajar) Modul 2 Modul 3 Modul 4 Menguasai keseluruhan Modul dalam 1 Murid 1 3 hari 6 hari 6 hari tempoh 15 hari Menguasai keseluruhan Modul dalam 2 Murid 2 4 hari 8 hari 3 hari tempoh 15 hari Menguasai keseluruhan Modul dalam 3 Murid 3 3 hari 9 hari 4 hari tempoh 16 hari 4 Murid 4 6 hari 14 hari belum menguasai - Menguasai Modul 4 dalam tempoh 20 5 Murid 5   20 hari hari 6 Murid 6  5 hari belum menguasai -PetunjukG1 – Gelungan Tindakan Pertama - telah sedia menguasai Modul berkenaan pada sesi ujian diagnostikRP1- Rancangan Pelajaran 1RP1- Rancangan Pelajaran 2RP1- Rancangan Pelajaran 3Berdasarkan Jadual 13, Murid 1, Murid 2 dan Murid 3 berjaya menguasai semua Modul Mutiara Reko dalamtempoh sesingkat 15 hingga 16 hari pelaksanaan kelas. Sebaliknya Murid 4 terpaksa dibawa ke tindakankelas RP4 bersama-sama Murid 6 yang baru menyertai gelungan tindakan pertama. Sementara Murid 5berjaya ditamatkan Modul 4 setelah 4 hari mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan saya (pengkaji). 20
  21. 21. Jadual 14: Pencapaian Responden Pada Tindakan Kelas RP4 Tindakan Kelas Intervensi RP4 RP4 (Mei-Julai 2010) Jenis Modul/ Tempoh Penguasaan Modul Dipelajari Nama Murid (Jumlah Hari Belajar) Modul 4 1 Murid 4 10 hari 2 Murid 6 07 hari 3 Murid 7 05 hari 4 Murid 8 05 hari 5 Murid 9 07 hari 6 Murid 10 07 hari 7 Murid 11 07 hari 8 Murid 12 10 hari 9 Murid 13 05 hari Petunjuk RP4 – Tindakan Kelas RP4Merujuk kepada Jadual 14, penguasaan Modul 4 Mutiara Reko mengambil tempoh pelaksanaan kelas yangsangat singkat iaitu antara 5 hingga 10 hari. Seramai tiga orang murid (Murid 7, 8 dan 13) berjayamenamatkannya dalam tempoh 5 hari, Murid 6, 9, 10, dan 11 pula mengambil masa selama 7 hari. Murid 4dan Murid 12 mengambil masa yang paling lama iaitu 10 hari. Hal ini adalah kerana kedua-duanyamengalami tahap ketidakupayaan intelektual yang agak terjejas berbanding rakan-rakan lain. Kesimpulannya, tindakan kelas intervensi menggunakan modul Mutiara Reko didapati berjayamembuatkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran ini menguasai kemahiran 2M secara berperingkatiaitu dalam tempoh jangka masa pelaksanaan yang sangat singkat, antara 15 hingga 31 hari. Dengankejayaan ini, 100% murid yang mengikuti kelas intervensi 2M menggunakan modul Mutiara Reko telahberjaya dipulihkan. Ini bermakna peratus pencapaian sebenar murid telah mengatasi sasaran objektif khususyang mensasarkan hanya 70% responden celik huruf dan berkemahiran membaca dan menulis.5.5.2 Refleksi Perbandingan Peratus Pencapaian MuridGraf Bar 1 di bawah menunjukkan secara perbandingan perubahan penguasaan kemahiran 2M murid sebelumdan selepas sesi intervensi dijalankan. Data yang ditunjukkan dalam Graf 1, adalah daripada analisa awal saya selepas menjalani ujiandiagnostik ke atas semua murid yang terlibat dalam KI2M bertarikh 4/2/2010. Data tersebut sayaklasifikasikan sebagai sebelum sesi intervensi. Manakala data yang saya analisis selepas tindakan kelasintervensi dijalankan sehingga 15/7/2010 saya klasifikasikan sebagai data selepas sesi intervensi. Antarakonstruk pencapaian 2M yang diperhatikan terbahagi kepada empat item iaitu mengenal huruf, menguasaisuku kata terbuka, menguasai suku kata tertutup dan menguasai unsur diftong, vokal berganding dan digraf.Berdasarkan data yang diperoleh, didapati 100% murid menguasai semua item tersebut selepas sesi kelasintervensi. Ini bermakna pelaksanaan kelas intervensi menggunakan set modul dan teknik pengajaran danpembelajaran kaedah Mutiara Reko berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran 2M murid iaitudaripada tidak berkeupayaan membaca dan menulis kepada berkeupayaan menguasai kemahiran 2M. 21
  22. 22. Satu ujian pos (sila lihat Lampiran 6) juga telah ditadbir bagi menguji tahap keupayaan membaca danmenulis murid selepas kelas intervensi dilaksanakan. Ujian tersebut dijalankan secara berperingkat mengikutselesainya tarikh penguasaan modul 4 oleh murid. Berdasarkan ujian tersebut, didapati murid dapatmenjawab soalan yang dikemukakan dengan baik, kesemuanya mendapat markah 80 % ke atas . Pencapaianini menunjukkan satu peningkatan yang ketara kerana sebelum ini murid tidak boleh membaca dan merekamenjawab soalan ujian atau peperiksaan dengan 95% bantuan guru. Keputusan markah ujian pos muridditunjukkan oleh Jadual 15 di bawah. Jadual 13: Keputusan Ujian Pos Murid Keputusan Hasil Analisis Ujian Diagnostik Bil Nama Murid Ujian Pos (Rawatan Modul) (%) 1 Murid 1 Modul 2 90 2 Murid 2 Modul 2 88 3 Murid 3 Modul 2 96 4 Murid 4 Modul 2 96 5 Murid 5 Modul 3 88 6 Murid 6 Modul 3 80 7 Murid 7 Modul 3 82 8 Murid 8 Modul 3 82 9 Murid 9 Modul 3 94 10 Murid 10 Modul 3 86 11 Murid 11 Modul 2 80 12 Murid 12 Modul 2 86 13 Murid 13 Modul 1 885.5.3 Refleksi Keberkesanan Penggunaan Bahan PengajaranMarohini Yusuf (1989) menyatakan bahawa terdapat dua kategori besar yang mempengaruhi kebolehanmembaca seseorang murid iaitu faktor yang ada dalam diri murid dan faktor yang ada pada bahan bacaan ataubahan pengajaran. Merujuk kepada faktor yang ada dalam diri murid, adalah suatu usaha yang agak sukar danmustahil untuk memulihkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran PPKI SMK Jalan Reko menguasaikemahiran 2M. Hal ini adalah disebabkan murid tersebut telah disahkan secara klinikal oleh pakar bahawamenghadapi masalah khusus dalam satu atau lebih proses psikologi yang melibatkan kefahaman ataupenggunaan bahasa pertuturan dan penulisan yang mengakibatkan kurang kebolehan berfikir, bertutur,membaca, menulis, mengeja dan mengira (IDEA, 1990). 22
  23. 23. Dari aspek faktor yang ada bahan bacaan atau bahan pengajaran pula, Clymen dan Kearney (1967)dalam Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa bahan bacaan bergred amat perlu untuk membantu muridyang tercicir penguasaan kemahiran bahasa di dalam kelas aliran perdana dan murid berkeperluan khas.Menurut beliau, bahan bergred yang diperingkatkan mengikut kesediaan murid akan membantu muridmenguasai kemahiran membaca dari peringkat yang asas kepada peringkat yang lebih kompleks. Dalam konteks kajian ini, set modul Mutiara Reko telah saya bina secara bergred. Pembinaan setmodul ini menekankan penggunaan perkataan yang bersifat konkrit dan bermakna. Kajian Gates (1928) dalamWilliam (1986), mendapati kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran dimulakandengan unsur yang konkrit dan bermakna. Ini dibuktikan dalam kajian oleh Tansley dan Gulliford (1977)yang menunjukkan bahawa kebanyakan murid pemulihan mempunyai masalah dengan perkataan bersifatabstrak dan perkataan ‘isolation’. Oleh itu adalah disarankan supaya murid pemulihan diberikan kesediaanvisual untuk membaca sebelum kesediaan audio. Sehubungan itu hasil kajian saya dalam tindakan kelas terhadap murid-murid khas bermasalahpembelajaran di PPKI SMK Jalan Reko, mendapati bahawa set modul bacaan Mutiara Reko telahmempercepat proses penguasaan kemahiran 2M murid-murid tersebut. Ini terbukti apabila murid khasbermasalah pembelajaran boleh menguasai modul 2 hingga Modul 4 dalam tempoh yang sangat singkat iaituantara 15 hingga 31 hari dalam keadaan pelaksanaan kelas yang tidak konsisten, kurang kerap dan tempohmasa pengajaran dan pembelajaran yang sangat singkat iaitu antara purata 8 hingga 10 minit untuk satu-satusesi intervensi. Hal yang demikian adalah kerana set modul Mutiara Reko menepati kajian Blair (1968) iaitumempunyai ciri-ciri berikut; (i) Memulakan pengajaran pada tahap kebolehan murid (ii) Murid sentiasa diberitahu mengenai tahap kemajuan penguasaan kemahiran 2M mereka iaitu murid dapat melihat sendiri perubahan ketara kemajuan kemahiran membaca mereka berdasarkan anjakan modul pada kadar yang cepat dan pencapaian mereka juga direkod oleh guru dalam rekod penilaian dan penaksiran individu (RPI). (iii) Pelajaran yang diikuti oleh murid haruslah penting dan mirip kepada pengalaman murid dan keadaan sekeliling iaitu pembinaan isu-isu dalam bahan bacaan modul Mutiara Reko mengambil kira skemata murid dan pengalaman masa lalu mereka. (iv) Latihan yang banyak dan pelbagai. Ini dapat dilihat melalui penstrukturan bahan latihan yang berfokus melalui modul aktiviti dan Buku Jotter.5.5.4 Refleksi Keberkesanan Proses Pengajaran Dan PembelajaranPendekatan kaedah pembelajaran individu, peer learning dan latih tubi yang saya gunakan dalamkebanyakan tindakan kelas intervensi adalah sangat sesuai dan efektif dalam situasi mengajar murid-muridkhas bermasalah pembelajaran. Ini adalah disebabkan ciri-ciri ketidakupayaan yang diimiliki oleh anak-anakistimewa ini sehingga ada dalam kalangan mereka ini memerlukan bimbingan dan tumpuan secara individusemasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, pendekatan pengajaran dan teknik latih tubi yang saya gunakan telah berjayameningkatkan tahap keupayaan kemahiran membaca, menggalak dan memupuk minat murid untuk terusmembaca, memberi keyakinan yang tinggi kepada murid dalam proses berkomunikasi dan bersosialisasi sertaberpersepsi positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di stesen-stesen kemahiran pula, berdasarkan pemerhatiansaya, kebolehupayaan murid membaca, membolehkan guru meneruskan pengajaran dengan lebih baik tanpaperlu mengambil masa yang lama atau terpaksa membaca sesuatu arahan bertulis bagi memahamkan merekakerana murid boleh membacanya sendiri. Selain itu murid juga dilihat lebih berkeyakinan dan berminat untukmengikuti pengajaran guru di dalam kelas. Maklum balas yang diterima oleh ibu bapa yang anaknya terlibat dalam kelas intervensi ini, mendapatimereka berpuas hati dengan pencapaian terkini anak-anak mereka dalam kebolehupayaan membaca. 23
  24. 24. Pandangan atau pendapat murid, guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengankelas intervensi PPKI SMK Jalan Reko dirangkumkan dalam Lampiran 5.6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYAPenguasaan murid dalam Modul 4 bukanlah penanda aras yang tekal untuk kita mengukur tahap pemantapanpenguasaan kemahiran membaca mereka. Secara analoginya, mereka ini seperti anak benih yang belum bolehtumbuh tegak dan tegap. Mereka perlu disiram, dibaja, dijagai dan diberikan sokongan bagi membolehkannyahidup subur, tegap dan menghasilkan buah yang berkualiti. Demikian juga halnya murid-murid ini, merekaharus terus dibimbing dengan beberapa bahan sokongan yang sesuai bagi membolehkan penguasaan danpemerolehan bahasa mereka terus mantap. Atas pertimbangan inilah, saya berpendapat bahawa suatu kajian pelaksanaan program pemulihanintervensi 2M yang sistematik, terancang dan holistik harus dijalankan bagi mengenal uji keberkesananempat fasa perancangan asas yang utama iaitu: (i) Fasa kemahiran membaca asas (penggunaan modul 1 hingga modul 4) (ii) Fasa kemahiran membaca dan memahami asas (iii) Fasa kemahiran menulis (penulisan) asas (iv) Fasa penguasaan sistem bahasa/tatabahasa/khazanah bahasa asas Setiap fasa yang dirangka harus mengandungi modul-modul yang diolah khusus mengikut keperluanmurid-murid khas bermasalah pembelajaran khasnya ataupun murid-murid pemulihan secara amnya.BIBLIOGRAFIBender, W.N.1996. Exceptional Children An Introduction to Special Education. Edition 5 New Jersey: Perentice Hall.Blair, G.M.1968. Diagnostic and Remedial Teaching. New York: The Macmillan CompanyIDEA. Individual With Disabilities Education Act 1990. USA.Kementerian Pendidikan Malaysia .1991. Jabatan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.Koh Boh Boon. 1982. Pengajaran Pemulihan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution.Marohini Yusuf .1989. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: DBP.McNiff, J. 1998. Action research : principles and practice. London : RoutledgeSmith , F .1980. Reading. Cambridge: Cambridge University Press.William, R. 1986.Top Ten Principle of Teaching Reading. ELT Journal 40(1): 42-45.Tansley,A.E dan Gulliford, R. 1977. The Education of Slow Learning Children. London: Roulleedge & Kegan. 24
  25. 25. Lampiran 1 Aktiviti Bergambar Kelas Intervensi 2M (KI2M) CARTA GANTT PELAKSANAAN KI2M 2010Aktiviti/ Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9Keputusan pengurusan PPKI SMK Jalan XReko mewujudkan Program Intervensi 2MPemurnian Modul ‘Mutiara Reko’ X X X(secara berperingkat)Penyediaan set Ujian Diagnostik XPelaksanaan Ujian Diagnostik XPenganalisisan Ujian Diagnostik XPemilihan Murid KI2M XPelaksanaan KI2M Gelungan Tindakan Pertama (G1) X X X Gelungan Tindakan Kedua (G2) X X XAnalisis pencapaian murid KI2M X X X X X XPengumpulan Maklumat/ Data X XPelaporan lengkap Kajian Tindakan KI2M X X 25
  26. 26. Lampiran 2UJIAN DIAGNOSTIK 26
  27. 27. Lampiran 3 Set Modul Modul Mutiara RekoRekod Pendidikan Individu Murid 27
  28. 28. Lampiran 4Beberapa contoh latihan penulisan dan pengayaan dalam Buku Jotter 28
  29. 29. Lampiran 5Pendapat Murid, Guru dan wakil ibu bapa tentang keberkesanan pengimplementasian modul Mutiara Reko Murid 1 Guru 1 29
  30. 30. Ibu bapa 1 30
  31. 31. Lampiran 6UJIAN POS 31

×