SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
BAB
PENYELESAIAN MASALAH
SECARA INVENTIF
Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah,
kenal pasti masalah itu terlebih dahulu.
Kemudian, senaraikan beberapa jalan
penyelesaian. Selesaikan masalah yang kamu
hadapi itu dengan teliti. Jika masalah itu gagal
diselesaikan, cubalah langkah penyelesaian
yang lain pula.
Bagaimanakah kerusi itu boleh disesuaikan
dengan ketinggian kamu?
Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen
penting dalam kemahiran abad ke-21. Murid harus mampu
berfikir secara kreatif, menganalisis masalah, serta mengumpul
informasi selain dapat menyelesaikan masalah secara kreatif
dan inovatif.
Inventif adalah suatu penemuan yang benar-benar baharu
hasil daripada kreativiti manusia. Penyelesaian masalah
pula dapat didefinisikan sebagai suatu proses kognitif.
Maklumat digunakan sebagai usaha untuk mencari jalan
penyelesaian sesuatu masalah.
LIEW
NATHAN
1
Tiada lagi masalah
untuk orang yang
tinggi seperti saya
duduk di kerusi ini.
Kaki saya boleh
menjejak lantai
walaupun saya rendah.
2
Beri perhatian pada kata
kunci yang berikut:
t JOWFOUJG
t QFOBNCBICBJLBO
t MPHJL
t QSJOTJQ
t BOBMJTJT
KATA KUNCI
Masalah bukan inventif ialah masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan
sampingan. Masalah seperti ini sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Masalah
inventif pula ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan
berlaku. Kesan sampingan ini diselesaikan dengan pilihan yang ada seperti yang disarankan
dalam prinsip inventif.
Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah
baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat. Hal ini ialah contoh masalah inventif.
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah
menjadi tajam. Masalah dapat diselesaikan tanpa
kesan sampingan. Situasi ini ialah contoh penyelesaian
masalah bukan inventif.
APAYANG AKAN DIPELAJARI?
t.FOHFOBMQBTUJNBTBMBICVLBOJOWFOUJGEBOJOWFOUJG
t.FOFSBOHLBOQSPTFTQFOZFMFTBJBONBTBMBICVLBOJOWFOUJGEBOJOWFOUJG
Pengenalpastian Masalah
1.1
3
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif dan Inventif
A Masalah Bukan Inventif
Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan
kita membuat pilihan. Hasil daripada keputusan pemilihan memberikan satu pengalaman
baharu dalam membina pemikiran yang matang. Kadang-kadang situasi seperti itu memaksa
kita menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas.
Contohnya, sebelum memasak kita perlu menyediakan bahan
mentah. Bahan mentah tersebut perlu dipotong. Jika pisau yang
digunakan tumpul, maka sudah tentulah kerja-kerja memotong
akan mengambil masa yang lebih lama. Maka, penyelesaiannya
ialah pisau itu perlu diasah.
Dalam hal ini, masalah yang dikenal pasti ialah pisau tumpul. Penyelesaiannya adalah
dengan mengasah pisau tersebut sehingga tajam. Kemudian, barulah kerja-kerja memotong
dan menghiris dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Kaedah penyelesaian masalah bagi kes ini langsung tidak mewujudkan kesan sampingan.
Proses mengasah pisau yang dilakukan itu tidak menjejaskan bahagian pisau atau merosakkan
hulu pisau. Kita mungkin boleh mengandaikan bahawa mata pisau tersebut sumbing sedikit
atau bengkok atau mungkin juga ketajamannya dapat mendatangkan bahaya terhadap
tangan pengguna. Namun, andaian kesemua kesan sampingan ini tidak berlaku.
Dengan kata yang lebih mudah, masalah yang dikenal pasti ialah mata pisau tumpul dan
cara penyelesaiannya ialah pisau itu diasah. Setelah penyelesaian dibuat, tidak timbul masalah
kesan sampingan atau apa-apa masalah baharu yang wujud akibat daripada kerja-kerja
penambahbaikan itu tadi.
Contoh masalah di atas dikenal sebagai masalah bukan inventif. Masalah jenis ini merupakan
masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan.
Alatan tidak
berfungsi dengan
baik
Masalah dikenal
pasti
Proses
penambahbaikan
alatan
Alatan dapat
digunakan semula
Tiada kesan
sampingan
Melatih
pemikiran menjadi
semakin matang
Memperoleh
pengalaman
baharu
Keperluan
dalam membuat
keputusan
Berhadapan
dengan pelbagai
situasi
Situasi
kehidupan
seharian
Masalah
Bukan
Inventif
4
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
B Masalah Inventif
Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku. Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1.1,
Rajah 1.1.2, Rajah 1.1.3, dan Rajah 1.1.4. Dalam contoh ini, masalah meja tidak dapat
menampung berat beban dapat diselesaikan, namun kesan sampingan wujud, iaitu meja
menjadi lebih berat dan memerlukan lebih ramai tenaga pekerja untuk mengalihkannya.
1. Berikan satu contoh masalah bukan inventif.
2. Apakah sektor yang banyak melaksanakan proses penyelesaian masalah secara inventif?
CABAR MINDA
CABAR MINDA
Rajah 1.1.1 Meja tidak dapat
menampung berat beban
Rajah 1.1.3 Tenaga dua lelaki
diperlukan untuk mengalihkan
meja yang berkaki kayu
sebelum penambahbaikan
Rajah 1.1.2 Kaki meja
digantikan dengan kaki yang
diperbuat daripada besi
sebagai penambahbaikan
Rajah 1.1.4 Tenaga empat lelaki
diperlukan untuk mengalihkan
meja yang berkaki besi
selepas penambahbaikan
Proses penyelesaian masalah secara inventif banyak digunakan dalam industri. Masalah
lain yang timbul dalam industri akan diubah suai mengikut cadangan penyelesaian masalah
secara inventif.
MERENTAS
KURIKULUM
Proses penyelesaian masalah
inventif ini diadaptasi daripada
TRIZ. TRIZ merupakan
akronim dalam bahasa Rusia,
iaitu Teoriya Resheniya
Izobreatatelskikh Zadatch yang
bermaksud Teori Penyelesaian
Masalah Inventif (Theory of
Inventive Problem Solving).
SudutMAYA
Imbas QR code di bawah ini
untuk menonton video tentang
beberapa aspek TRIZ.
http://links.sasbadi.com/rbt/
tg2/01
5
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian
Masalah Bukan Inventif dan Inventif
A Masalah Bukan Inventif
Proses penyelesaian masalah bukan inventif ialah suatu
proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam
kehidupan seharian. Biasanya, individu yang menghadapi
masalah akan mencari jalan keluar untuk mengatasi
masalah tersebut. Jika sesuatu masalah dapat diatasi,
ini dianggap sebagai suatu kejayaan bagi individu terbabit.
Proses penyelesaian masalah bukan inventif dapat
diterangkan melalui carta alir seperti Rajah 1.1.5.
Aliran Kerja Proses Kerja
Mula
1. Mengenal pasti masalah
2. Menyenaraikan pilihan untuk
menyelesaikan masalah
3. Membuat pilihan
4. Melaksanakan pilihan
5. Menilai penyelesaian masalah
sama ada berjaya atau tidak
Selesai
Rajah 1.1.5 Carta alir proses penyelesaian masalah bukan inventif
Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti
masalah yang dihadapi. Individu perlulah berhadapan
dengan sesuatu masalah bagi mengenal pasti masalah
tersebut. Langkah kedua menyenaraikan pilihan yang
ada untuk menyelesaikan masalah. Langkah ketiga,
membuat pilihan yang sesuai daripada senarai pilihan yang
ada. Langkah keempat adalah dengan melaksanakan
pilihan yang telah dibuat. Langkah kelima, membuat
penilaian sama ada pilihan tersebut berjaya atau
sebaliknya. Sekiranya masalah berjaya diatasi, maka proses
penyelesaian masalah telah selesai. Jika sebaliknya, rujuk
semula langkah kedua dan jalan penyelesaian yang ada,
dan cubalah membuat pilihan yang lain pula.
1
2
3
4
5
Tidak
Ya
SudutMAYA
Imbas QR code di bawah ini
untuk melayari laman sesawang
tentang beberapa aspek TRIZ.
http://links.sasbadi.com/rbt/
tg2/02
Kaedah TRIZ telah diperkenalkan
oleh seorang jurutera paten
berbangsa Rusia, Genrich
Altshuller. Beliau bersama dengan
rakan-rakannya telah menjalankan
penyelidikan melalui kajian paten
dan penyelesaian masalah
secara inventif. Melalui kaedah
TRIZ, proses penyelesaian
masalah boleh diulang semula
untuk mendapatkan keputusan
yang terbaik.
Masalah
Umum
Meringkaskan
Masalah
Penyelesaian
Umum
Penyelesaian
Khusus
Analisis
Model
Masalah
Model
Penyelesaian
Kaedah
Penyelesaian
Halangan
Penyelesaian
Masalah
Khusus
3
4
2
1
Muka meja
Lantai
Kaki meja
6
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
B Masalah Inventif
Strategi penyelesaian masalah inventif pula berbeza daripada penyelesaian masalah biasa.
Melalui kaedah penyelesaian masalah secara inventif, proses kerja dapat dilakukan seperti
Rajah 1.1.6.
Rajah 1.1.6 Penyelesaian masalah inventif
Fasa-fasa penyelesaian masalah inventif dapat dijelaskan dalam Jadual 1.1.1.
Jadual 1.1.1 Penerangan fasa penyelesaian masalah inventif
Fasa Penerangan
1. Analisis punca masalah Analisis fungsi
2. Model masalah Percanggahan fizikal
3. Kaedah penyelesaian Pilihan kaedah penyelesaian
4. Model penyelesaian Kaedah penyelesaian spesifik
Fasa pertama ialah menganalisis
punca masalah yang dihadapi oleh
produk. Masalah ini boleh dikesan
melalui proses kerja yang dikenal sebagai
analisis fungsi. Contoh produk ialah meja.
Analisis dilakukan dengan menjelaskan
fungsi setiap bahagian sebuah meja.
Analisis fungsi dibincangkan dengan
lanjut pada tajuk pelajaran seterusnya.
Analisis ini dilakukan sehinggalah punca
masalah dapat dikenal pasti. Rajah 1.1.7 Meja yang dapat menampung beban
7
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Fasa kedua ialah memodelkan masalah dengan menggunakan konsep percanggahan
fizikal. Dalam contoh ini, meja perlu berat (bahagian kaki meja ditukar kepada besi) untuk
menjadi lebih kuat bagi menampung beban yang tinggi dan perlu ringan untuk mudah
dialihkan. Percanggahan fizikal dalam kes ini ialah meja perlu berat dan ringan.
Dalam fasa ketiga, murid diperkenalkan dengan dua kaedah penyelesaian, iaitu
kaedah pemisahan ruang dan masa. Murid hanya perlu memilih salah satu kaedah pemisahan
ini untuk menyelesaikan masalah inventif. Pemilihan jenis pemisahan dilakukan dengan
berpandukan Jadual 1.1.2.
Jadual 1.1.2 Soalan penentuan kaedah pemisahan
Soalan Ya Tidak
Adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama? ? ?
Jawapan Ya: Pilih kaedah pemisahan ruang Jawapan Tidak: Pilih kaedah pemisahan masa
Setelah percanggahan fizikal dikenal pasti, iaitu meja perlu berat dan ringan, maka soalan
yang perlu ditanyakan ialah “Adakah meja perlu berat untuk menampung beban tinggi dan
ringan (untuk mudah dialihkan) pada masa yang sama?”
Jawapannya adalah tidak, kerana meja digunakan untuk menampung beban dan dialihkan
pada masa yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa dipilih.
Fasa keempat memilih model penyelesaian spesifik (prinsip inventif). Setiap kaedah
pemisahan dibekalkan dengan pilihan-pilihan prinsip inventif. Sebagai contoh, kaedah
pemisahan ruang dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif dan kaedah pemisahan masa juga
dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif. Setelah mengenal pasti jenis kaedah pemisahan,
murid boleh memilih satu atau menggabungkan beberapa prinsip inventif yang dibekalkan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Berpandukan Rajah 1.1.8 dan Rajah 1.1.9, adakah percanggahan panas dan sejuk berlaku
pada masa yang sama? Rujuk Jadual 1.1.2 untuk mendapatkan jawapan.
1. Apakah perbezaan antara proses penyelesaian masalah bukan inventif dengan inventif?
CABAR MINDA
CABAR MINDA
p g g j p p p j g
dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif. Setelah mengenal pasti jenis kaedah pemisahan,
murid boleh memilih satu atau menggabungkan beberapa prinsip inventif yang dibekalkan
untu
tuk
k me
meny
nyel
eles
esai
aika
kan
n ma
masa
sala
lah
h ya
yang
ng d
dih
ihad
adap
api
i.
Rajah 1.1.8 Cawan kopi sukar dipegang
kerana cawan panas
Rajah 1.1.9 Cawan kopi yang panas mudah
dipegang kerana pemegang cawan sejuk
Fungsi komponen
Produk yang berfungsi
Komponen rak kasut
Kayu beroti
Paku
Fungsi komponen
Kayu beroti
Muka rak
Paku
Kerangka rak
Skru
Skru
8
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
APAYANG AKAN DIPELAJARI?
t.FNCVBUIVCVOHLBJUBOUBSBQSPEVLEFOHBOPCKFLEBSJTFHJGVOHTJOZB
t.FMVLJTTJTUFNGVOHTJ
t.FNCJOBNPEFMGVOHTJEFOHBONFOHHVOBLBOHBSJTBOJOUFSBLTJ
Analisis Fungsi
1.2
Beri perhatian pada kata
kunci yang berikut:
t QBSBNFUFS
t TVQFSTJTUFN
t BMUFSOBUJG
t HBSJTBOJOUFSBLTJ
t LPNQPOFO
KATA KUNCI
Sistem merupakan beberapa elemen yang
berkait antara satu dengan yang lain dan
saling mempengaruhi dalam sesuatu
pembinaan produk agar produk tersebut
dapat berfungsi dengan sempurna. Setiap
bahagian pada produk tersebut juga harus
dapat berfungsi dengan baik dan menyokong
antara satu dengan yang lain.
9
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.2.1 Membuat Hubung Kait antara Produk dengan Objek
dari Segi Fungsinya
Dalam proses penyelesaian masalah inventif, analisis fungsi bertujuan untuk membantu
mengenal pasti sistem yang ada pada sesebuah produk. Apabila analisis fungsi dibuat,
fungsi setiap komponen yang melengkapkan sesuatu produk akan dinyatakan.
Contoh komponen bagi sebuah kerusi ialah tempat duduk, penyandar kerusi,
kaki kerusi, skru, dan kerangka kerusi. Komponen tersebut saling berhubung antara
satu dengan yang lain dengan kepentingan fungsi masing-masing.
Jika mana-mana komponen itu pincang, maka fungsi produk itu
akan terjejas. Contohnya, skru berkarat. Skru kerusi yang patah
akibat berkarat akan menyebabkan bahagian tempat duduk
atau penyandar kerusi tertanggal.
Dalam konsep analisis fungsi, produk terdiri daripada
gabungan beberapa komponen yang membentuk produk
lengkap. Produk membentuk suatu sistem bagi produk
itu sendiri. Fungsi ialah tugas yang dilakukan oleh produk
untuk merubah objek sasaran. Objek pula menerima
kesan daripada fungsi produk. Dengan kata lain, objek
ialah penerima kesan akibat daripada kefungsian sesuatu
produk. Hubung kait antara produk dengan objek dari segi
fungsinya dapat digambarkan seperti Rajah 1.2.1.
Rajah 1.2.1 Hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
Jadual 1.2.1 Contoh beberapa produk, fungsi, dan objek
Produk (Sistem) Fungsi (Tindakan) Objek (Penerima Kesan)
Meja Memegang Buku
Cawan Memegang Air
Klip Memegang Kertas
Kereta Mengangkut Manusia
1. Berikan maksud fungsi dan objek.
2. Nyatakan tiga komponen yang terdapat pada sebuah rak kasut.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
Fungsi
(Tindakan)
Parameter yang berubah
disebabkan tindakan
yang dijalankan
Menjalankan fungsi
Objek
(Penerima kesan)
Produk
(Sistem)
Buku
Gambar rajah
model fungsi
memegang memegang memegang
m
e
m
e
g
a
n
g
m
e
m
e
g
a
n
g
g
Skru
m
Kaki meja
Lantai
g
Muka meja
10
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.2.2 Melukis Sistem Fungsi
Fungsi komponen ialah melaksanakan tugas yang
tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk.
Komponen ialah bahagian kecil yang berfungsi
menyokong sesuatu produk. Contoh produk
ialah sebuah meja. Kesemua komponen itu boleh
digambarkan melalui sistem fungsi seperti yang
ditunjukkan di bawah ini.
Produk Fungsi Objek
Meja Memegang Buku
Berdasarkan Jadual 1.2.2,
meja mempunyai fungsi memegang
sebuah buku. Memegang bermaksud
meja dijadikan fungsi sebagai tempat
untuk meletakkan buku. Aspek
fungsi ini dapat dijelaskan dengan
kewujudan bahagian komponen
meja yang memegang buku, iaitu
bahagian muka meja.
Rangkaian fungsi terbentuk pada bahagian komponen meja, iaitu bermula dari lantai
yang memegang kaki meja. Skru pula memegang kaki meja supaya berada dalam keadaan
yang stabil. Apabila skru diketatkan dan kaki meja stabil, barulah disambungkan pada
bahagian muka meja. Dengan itu, kaki meja dapat memegang muka meja dalam keadaan
yang stabil. Dalam Jadual 1.2.2, lantai ialah supersistem. Supersistem ialah faktor persekitaran
yang memberikan kesan terhadap produk seperti lantai, cahaya, dan kelembapan.
Sekiranya lantai tidak rata, maka kedudukan meja tidak stabil walaupun komponen
lain dapat berfungsi dengan cekap. Berdasarkan jadual tersebut, sistem fungsi komponen
dapat dilukis melalui rajah model fungsi. Rangkaian pada komponen meja menggambarkan
keadaan komponen meja melalui hubungan anak panah. Contoh lukisan sistem fungsi dalam
Rajah 1.2.2 mengandaikan bahawa setiap fungsi komponen meja berada dalam keadaan
yang baik dan cekap.
Lantai
Kaki meja
1. Nyatakan fungsi komponen.
2. Apakah maksud memegang sesebuah buku?
CABAR MINDA
CABAR MINDA
Jadual 1.2.2 Komponen-komponen sebuah meja dan fungsinya
Komponen Fungsi Objek
Muka meja Memegang Buku
Kaki meja Memegang Muka meja
Skru Memegang Kaki meja/muka meja
Lantai Memegang Kaki meja
Skru
Muka meja
Rajah 1.2.2 Lukisan model fungsi
Lantai
Kaki
meja
Muka
meja
Buku
m
e
m
e
g
a
n
g
m
e
m
e
g
a
n
g
memegang memegang memegang
Skru
Kelembapan
11
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.2.3 Membina Model Fungsi dengan Menggunakan
Garisan Interaksi
Meja yang digunakan oleh Ahmad sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran
dan membuat kerja sekolah bergoyang dan tidak stabil. Buku yang diletakkan di atas meja
hampir terjatuh. Ahmad ternampak skru yang mengikat muka meja dengan kaki meja
banyak yang berkarat.
Situasi bagi masalah meja di atas dapat digambarkan melalui garisan interaksi seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.2.3. Garisan interaksi digunakan untuk mengenal pasti punca
masalah. Simbol yang bernombor 2, 3, dan 4 merupakan masalah fungsi bagi sesuatu komponen.
Jadual 1.2.3 Garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu masalah
Bil. Simbol Maksud
1 Berguna (normal)
2 Berguna tetapi tidak mencukupi
3 Berguna tetapi berlebihan
4 Bermasalah (harmful)
Model fungsi pula menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen
dengan kesannya dalam satu sistem. Rajah 1.2.3 menunjukkan suatu model fungsi bagi
sebuah meja yang bermasalah.
Rajah 1.2.3 Model fungsi bagi sebuah meja yang bermasalah
Berdasarkan Rajah 1.2.3, garisan interaksi kelembapan, skru, kaki meja, dan muka meja
adalah yang bermasalah. Keadaan ini berlaku kerana skru yang mengikat muka meja dengan
kaki meja telah berkarat.
Lantai Buku
m
e
m
e
g
a
n
g
m
e
m
e
g
a
n
g
memegang memegang memegang
Skru
Kaki
meja
Kelembapan
Muka
meja
12
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
A Masalah Fungsi dan Punca Masalah
Dalam penyelesaian masalah secara inventif, masalah dapat dikenal pasti melalui analisis
fungsi komponen produk. Melalui kaedah ini, masalah dapat dikesan dan mudah mencari
alternatif penyelesaian. Ada dua langkah yang perlu dilakukan untuk mencari punca masalah,
iaitu mengenal pasti masalah pada model fungsi dan pada komponen yang terlibat. Masalah
dan komponen meja yang terlibat dapat dibuat kesimpulan seperti yang berikut:
Dalam Rajah 1.2.4, dapat dikenal pasti bahawa skru yang memegang muka meja dan kaki
meja mengalami masalah seperti yang ditunjukkan dalam bulatan.
Rajah 1.2.4 Mengenal pasti punca masalah
B Analisis Berantai Punca dan Kesan
Tujuan analisis berantai punca dan kesan adalah untuk memahami dan mengesahkan rantaian
punca dan kesan bagi sesuatu masalah. Soalan akan ditanya beberapa kali sehingga punca
masalah dapat dikesan. Soalan akan terhenti apabila jawapan diperoleh. Jawapan yang
diperoleh mungkin disebabkan halangan semula jadi, halangan sains dan fizik, atau halangan
sifat asas objek seperti contoh dalam Jadual 1.2.4.
Jadual 1.2.4 Jenis dan contoh halangan
Jenis Halangan Contoh Halangan
Semula jadi Panas, hujan, kelembapan
Sains dan fizik Momentum, graviti
Sifat asas objek Kebolehan manusia
13
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1. Nyatakan kegunaan garisan interaksi dan model fungsi.
2. Berikan tiga maksud berdasarkan mana-mana tiga simbol garisan interaksi.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
Meja pada Rajah 1.2.5 menjadi tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat muka meja
dan kaki meja dengan ketat. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?
Punca dan kesan yang dicari mestilah melibatkan objek dan parameter. Contohnya dapat
dilihat dalam carta alir pada Rajah 1.2.6.
Rajah 1.2.5 Meja tidak stabil
Rajah 1.2.6 Analisis kesan dan akibat
Kesimpulannya, meja tidak stabil kerana skru yang memegang antara kaki meja dan muka
meja telah berkarat dan patah kerana kelembapan cuaca semula jadi (supersistem).
Kelembapan
Skru kaki meja longgar
Meja tidak stabil
Muka meja tidak stabil
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Skru muka meja longgar
Kaki meja tidak stabil
Skru berkarat
p j
14
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
APAYANG AKAN DIPELAJARI?
t.FOHFOBMQBTUJEBONFOHBOBMJTJTQFSDBOHHBIBOm[JLBM
t.FODBEBOHLBOQFNJMJIBOQSJOTJQJOWFOUJG
t.FOKVTUJmLBTJLBODBEBOHBOQFSVCBIBOSFLBCFOUVLCFSEBTBSLBOQFNJMJIBO
QSJOTJQJOWFOUJG
t.FOHIBTJMLBOMBLBSBOQSPEVLCFSGPLVTLBOCBIBHJBOZBOHNFNQVOZBJ
NBTBMBIJOWFOUJG
Percanggahan Fizikal
1.3
Beri perhatian pada kata
kunci yang berikut:
t QFNJTBIBOSVBOH
t QFOZBSBOHBO
t QFOHFLTUSBLBO
t QFOHFNCBOHBOUFSNB
KATA KUNCI
Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen penting yang diterapkan dalam
pembelajaran kemahiran pada abad ke-21. Murid pada abad ke-21 seharusnya mampu
berfikir secara kritis, mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian
yang inventif, mencadangkan perubahan reka bentuk, dan menghasilkan lakaran produk
yang berkaitan.
Murid harus dapat mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan masalah reka bentuk
secara sistematik serta dapat menghasilkan produk yang mempunyai ciri estetik, kreativiti,
ergonomik, dan bernilai komersial.
Bagaimanakah kerusi
dapat diselaraskan agar
selesa diduduki oleh murid
yang berbeza ketinggiannya?
Fikirkan.
Adakah kerusi itu sesuai diduduki oleh murid?
15
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Percanggahan Fizikal
Mengenal pasti percanggahan fizikal ialah keadaan yang berlawanan antara satu dengan yang
lain yang diperlukan dalam suatu objek. Contohnya, fizikal yang besar berlawanan dengan
fizikal yang kecil. Percanggahan fizikal pula dianalisis untuk memilih kaedah penyelesaian
masalah inventif secara pemisahan yang sesuai.
Terdapat empat kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan. Namun, murid hanya
menggunakan dua kaedah sahaja, iaitu kaedah pemisahan ruang dan kaedah pemisahan masa.
Contoh: Percanggahan fizikal meja
Parameter Percanggahan Fizikal
Saiz Besar – kecil
Beban Berat – ringan
Ketinggian Tinggi – rendah
Penentuan Kaedah Penyelesaian Masalah Inventif Secara Pemisahan
Penentuan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan digunakan untuk
menentukan pilihan sama ada kaedah pemisahan ruang atau kaedah pemisahan masa.
Contoh pemilihan kaedah ditunjukkan dalam Jadual 1.3.1.
Jadual 1.3.1 Contoh pemilihan kaedah pemisahan ruang atau masa
Contoh
Objek
Percanggahan
Fizikal
Contoh Situasi
Soalan Penentuan Kaedah
Pemisahan Ruang/Masa
Jenis Kaedah
Pemisahan
Ruang/Masa
Kerusi
Tinggi lawan
rendah
Kerusi perlu tinggi
untuk murid yang
tinggi dan perlu
rendah untuk murid
yang rendah.
Adakah kerusi perlu tinggi dan
rendah pada masa yang sama?
Jawapan: Ya kerana terdapat
murid yang berlainan ketinggian
di dalam kelas.
Ruang
Khemah
Besar lawan
kecil
Khemah perlu besar
semasa digunakan
dan perlu kecil
semasa disimpan.
Adakah khemah perlu besar dan
kecil pada masa yang sama?
Jawapan: Tidak kerana khemah
digunakan dan disimpan pada
masa yang berlainan.
Masa
Kesimpulan daripada Jadual 1.3.1, sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa
yang sama, maka kaedah pemisahan ruang dipilih. Sekiranya percanggahan fizikal berlaku
pada masa yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa dipilih. Seterusnya, pemilihan
prinsip inventif yang bersesuaian dipilih untuk menyelesaikan masalah percanggahan fizikal.
1. Berikan contoh parameter sebuah meja.
2. Terangkan cara mengenal pasti pemilihan kaedah pemisahan ruang.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
16
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3.2 Mencadangkan Pemilihan Prinsip Inventif
Selepas kaedah pemisahan ruang atau masa ditentukan, pilih prinsip inventif yang bersesuaian
untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi.
Sekiranya kaedah pemisahan ruang dipilih, cadangan prinsip inventif adalah seperti dalam
Jadual 1.3.2.
Jadual 1.3.2 Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang
Cadangan Prinsip
Inventif
Penerangan Konsep Contoh
1 Pembahagian
(Segmentation)
(a) Membahagikan objek kepada
beberapa bahagian kecil
(b) Menjadikan objek mudah dileraikan
(c) Meningkatkan darjah kebolehbahagian
(d) Perubahan ke peringkat lebih kecil
Perabot yang dijual
menggunakan konsep Do It
Yourself (DIY)
2 Pengekstrakan
(Taking out/
extraction)
Memisahkan atau mengeluarkan
bahagian yang mendatangkan gangguan
daripada objek
Pemisahan unit pendingin hawa
di dalam dan di luar bangunan
supaya bunyi bising dan haba
panas dapat diasingkan
3 Kualiti setempat
(Local quality)
(a) Mengubah struktur objek dan
pengaruh luaran daripada seragam
menjadi tidak seragam
(b) Menjadikan setiap bahagian
objek memenuhi fungsi berbeza
yang berguna
Bekas menyimpan makanan
pelbagai petak berbeza dan
pelbagai fungsi
4 Penyarangan
(Nested doll)
Meletakkan atau memasukkan satu
objek ke dalam satu objek yang sama
tetapi berlainan saiz
Antena radio yang boleh
dipanjangkan dan dipendekkan
5 Filem nipis dan
cangkerang
boleh lentur
(Flexible shells
and thin films)
Membalut, melapik, atau membungkus
objek menggunakan lapisan filem nipis
dan cangkerang boleh lentur
Pelindung cahaya cermin kereta
6 Pengantara
(Intermediary)
(a) Mengadakan bahagian baharu
antara dua objek
(b) Menggunakan objek atau
proses pengantara
(c) Mencantumkan dua objek
secara sementara
Sarung tangan ketuhar menjadi
pengantara antara tangan
dengan objek panas
7 Tidak simetri
(Asymmetry)
Mengubah bentuk satu objek daripada
simetri menjadi tidak simetri
Menukar bentuk bulat jam
dinding ke bentuk tidak sekata
17
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Sekiranya kaedah pemisahan masa dipilih, cadangan prinsip inventif adalah seperti dalam
Jadual 1.3.3.
Jadual 1.3.3 Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa
Cadangan Prinsip
Inventif
Penerangan Konsep Contoh
1 Kedinamikan
(Dynamization)
(a) Memecahkan satu objek kepada
bahagian kecil yang boleh bergerak
(b) Mengubah sesuatu bahagian
objek daripada tidak bergerak
kepada bahagian yang bergerak,
dan sebaliknya
(a) Meja makan berempat
boleh dibesarkan menjadi
meja makan berlapan
(b) Stereng kereta yang boleh
diubah ketinggiannya
2 Tindakan awal
(Prelimenary action)
Melakukan tindakan awal untuk
mengawal risiko
Beg udara di dalam kereta
untuk mengurangkan risiko
kecederaan ketika kemalangan
3 Tindakan berkala
(Periodic action)
Menukar tindakan berterusan kepada
tindakan berkala
Lampu jalan menyala berkala
mengikut waktu siang dan
malam
4 Tindakan keterlaluan
(Partial or excessive
action)
Jika tindakan tidak berhasil, lakukan
tindakan yang sama tetapi secara
berlebihan atau berkurangan agar
dapat memudahkan penyelesaian
Proses menabur serbuk gula
di atas donut untuk
mengurang atau
menambahkan kemanisan
5 Pengembangan terma
(Thermal expansion)
Menggunakan prinsip terma
(pengembangan atau pengecutan)
terhadap sesuatu bahan
Pemutus litar yang
menggunakan prinsip terma
pemula lampu pendarfluor
6 Pembuangan dan
pemulihan
(Discarding and
recovering)
Membuang bahagian yang telah
menjalankan fungsinya
Kapsul ubat yang boleh larut
7 Tindakan berterusan
yang berfaedah
(Continuity of
useful action)
Menjalankan sesuatu kerja secara
berterusan
Jana kuasa elektrik, mesin
pelelas
1. Berikan cadangan prinsip inventif yang digunakan bagi contoh bekas makanan murid yang
mempunyai beberapa bahagian.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
MERENTAS KURIKULUM
Matrik percanggahan mempunyai 39 parameter sistem dan 40 Prinsip Inventif. Penggunaan 40 Prinsip
Inventif dapat meningkatkan keupayaan individu atau organisasi dalam menyelesaikan masalah.
18
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1. Terangkan faktor pilihan reka bentuk pada kaki meja yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
1.3.3 Menjustifikasikan Cadangan Perubahan Reka Bentuk
Berdasarkan Pemilihan Prinsip Inventif
Pada peringkat ini, murid telah memilih prinsip inventif yang sesuai untuk perubahan reka
bentuk yang dipilih. Jadual 1.3.4 ialah cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan kaedah
penyelesaian masalah inventif secara pemisahan.
Jadual 1.3.4 Cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan kaedah penyelesaian masalah inventif
secara pemisahan
Objek
Percanggahan
Fizikal
Situasi
Soalan Penentuan Kaedah
Pemisahan Ruang/ Masa
Jenis Kaedah
Pemisahan
Ruang/ Masa
Meja Berat lawan
ringan
Meja perlu berat
untuk menampung
beban yang banyak
dan perlu ringan untuk
mudah dialihkan.
Adakah meja perlu berat dan
ringan pada masa yang sama?
Jawapan: Tidak kerana meja
digunakan untuk menampung
beban dan dialihkan pada
masa yang berlainan.
Masa
Merujuk Jadual 1.3.4 sebuah meja perlu berat untuk menampung beban yang banyak
di atasnya. Meja yang berat biasanya kukuh untuk diletakkan buku-buku, sebuah komputer,
sebuah pencetak, dan sebagainya. Meja menjadi kukuh kerana kaki meja dibuat daripada
besi. Keadaan ini dapat menyelesaikan masalah meja yang tidak stabil akibat menampung
beban yang banyak.
Penyelesaian masalah di atas telah menimbulkan masalah yang lain pula. Masalah berlaku
apabila meja hendak dialihkan ke sudut lain. Meja ini menjadi lebih berat seperti yang berlaku
dalam contoh prinsip inventif pada halaman 4. Lebih ramai tenaga pekerja diperlukan untuk
mengalihkan meja ini.
Kaedah pemisahan yang dipilih ialah kaedah pemisahan masa. Prinsip inventif yang
dipilih sebagai penyelesaian masalah di atas adalah dengan menggunakan kedinamikan.
Terdapat dua cadangan perubahan reka bentuk seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.3.5.
Perubahan tersebut akan diterangkan dalam unit pelajaran yang seterusnya.
Jadual 1.3.5 Cadangan perubahan reka bentuk
Prinsip Inventif yang Dipilih Cadangan Perubahan Reka Bentuk
• Kedinamikan (Dynamization) A – Kaki meja jenis boleh ditanggalkan daripada cantuman
dengan muka meja yang menggunakan konsep ikatan
skru boleh pasang buka.
B – Memasang roda pada hujung kaki meja agar mudah
digerakkan.
19
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
1.3.4 Menghasilkan Lakaran Produk Berfokuskan Bahagian yang
Mempunyai Masalah Inventif
Perubahan pertama reka bentuk meja yang dicadangkan adalah dengan memasang kaki meja
yang boleh ditanggalkan daripada muka meja. Meja ini menggunakan konsep skru yang boleh
pasang buka apabila hendak dialihkan. Lakaran produk pada bahagian yang mempunyai
masalah inventif adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3.1.
Rajah 1.3.1 Lakaran produk yang memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif
1. Nyatakan pandangan tentang perubahan pada meja berdasarkan Rajah 1.3.1.
CABAR MINDA
CABAR MINDA
Kaki meja yang
Kaki meja yang
dipasang dengan
dipasang dengan
skru pada muka meja
skru pada muka meja
boleh dibuka semasa
boleh dibuka semasa
kerja pengalihan.
kerja pengalihan.
Skru meja
Skru meja
Muka meja
Muka meja
Kaki meja
Kaki meja
Kaki
Kaki
meja
meja
Rajah 1.3.2 Lakaran produk yang memfokuskan
bahagian yang mempunyai masalah inventif
Perubahan kedua yang dicadangkan adalah
dengan memasang roda pada hujung kaki
meja agar mudah digerakkan. Apabila meja
hendak dialihkan hanya seorang tenaga
pekerja diperlukan untuk menolak meja
itu. Apabila meja hendak digunakan maka
roda meja perlu dikuncikan supaya tidak
bergerak. Lakaran produk ini adalah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 1.3.2.
Roda
Roda
kaki
kaki
meja
meja
Pengunci
Pengunci
roda
roda
MERENTAS KURIKULUM
TRIZ boleh menjadi parameter untuk
menggerakkan Malaysia ke arah
mencapai dan mengubah Malaysia
menjadi sebuah negara maju. TRIZ ialah
instrumen terbaik bagi menyelesaikan
masalah dengan cara berstruktur.
RUMUSAN
20
BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Masalah Bukan Inventif
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Proses Penyelesaian Masalah Bukan Inventif
Kenal pasti masalah, pilihan penyelesaian yang ada, membuat pilihan, melaksanakan pilihan, dan
penilaian penyelesaian masalah
Masalah Inventif
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku
Proses Penyelesaian Masalah Inventif
Pernyataan masalah inventif, model fungsi, analisis berantai punca dan kesan, prinsip inventif,
lakaran reka bentuk baharu
Mencari punca masalah menggunakan analisis berantai punca dan kesan
Mencari parameter punca masalah
Produk – Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen
Objek – Pengguna produk
Fungsi – Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran
Komponen – Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem
Model fungsi – Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dan kesannya dalam
satu sistem
Percanggahan fizikal – Fizikal salah satu parameter komponen yang bertentangan
Contoh percanggahan fizikal – Kaki meja: panjang lawan pendek, berat lawan ringan,
tinggi lawan rendah
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Pengenalpastian Masalah
Analisis Fungsi
Percanggahan Fizikal
Prinsip Inventif
Pemisahan ruang – pembahagian, pengekstrakan, kualiti setempat, penyarangan, filem nipis dan
cangkerang boleh lentur, pengantara, tidak simetri
Pemisahan masa – kedinamikan, tindakan awal, tindakan berkala, tindakan keterlaluan, pengembangan
terma, pembuangan dan pemulihan, tindakan berterusan yang berfaedah
21
BAB 1
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Bahagian A
Jawab semua soalan.
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Masalah ialah masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan
apabila usaha penambahbaikan dilakukan.
(b) Langkah pertama dalam proses penyelesaian secara inventif ialah .
(c) merupakan bahagian kecil yang berfungsi menyokong sesuatu produk.
(d) Dalam konsep , produk terdiri daripada gabungan beberapa
komponen yang membentuk produk lengkap.
(e) Satu contoh prinsip inventif bagi percanggahan fizikal pemisahan ruang
ialah .
2. Nyatakan bahagian yang berlabel A, B, dan C dalam model fungsi di bawah ini dengan
jawapan yang betul.
memegang memegang
m
em
egang
memegang
Buku
A
Lantai
B
C
Kaki meja
A: B: C:
3. Padankan maklumat di Bahagian A dengan maksudnya yang betul di Bahagian B.
Bahagian A Bahagian B
Fungsi
Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen
dengan kesannya dalam sistem
Model fungsi Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran
Komponen Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem
Bahagian B
Jawab semua soalan.
1. Sebuah bangku berkeadaan tidak stabil kerana saiz kakinya terlalu tinggi. Lakukan
pengubahsuaian pada bangku tersebut agar dapat digunakan semula.
(a) Kenal pastikan masalah utama.
(b) Klasifikasikan jenis masalah tersebut.
(c) Bina satu gambar rajah model fungsi bagi bangku tersebut.
PEN
NGUK
KUHAN
N MIND
DA
PENGUKUHAN MINDA
in
n
n
i
in
n
n
i
D
D
D
i
i
i
S
S
S
S
i
D
D
D
i
i
i
S
S
S
S
in
n
n
i
n
n
n
i
i
i
Di
Sini
Di
Sini
http://links.sasbadi.com/rbt/tg2/03

More Related Content

What's hot

BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2Fadhirul Fitri
 
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasi
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasiReka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasi
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasiMaz Ina
 
Bab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorialBab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorialAnis Syaharani
 
Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikal Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikal Ly Jonathan
 
Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)Nisha Vijakumaran
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatandeeyah mar
 
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran 德 春
 
Full answers textbook science form 2 (3) (2)
Full answers textbook science form 2 (3) (2)Full answers textbook science form 2 (3) (2)
Full answers textbook science form 2 (3) (2)Thanabalan Munuswamy
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendirisarahzackiron
 
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1Harzana Harun
 
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)Fadhirul Fitri
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukMaz Ina
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sellina jahari
 
Bab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusiaBab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusiaFazrul Yo
 
Naftalena
NaftalenaNaftalena
Naftalenakghuda
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Aiman Knight
 
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIRBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIFadhirul Fitri
 
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)Ong Chee Kiong
 

What's hot (20)

teknologi pembuatan
teknologi pembuatanteknologi pembuatan
teknologi pembuatan
 
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
 
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasi
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasiReka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasi
Reka Bentuk & Teknologi: 1.3 Invensi dan inovasi
 
Bab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorialBab 4 lakaran_piktorial
Bab 4 lakaran_piktorial
 
Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikal Reka bentuk mekanikal
Reka bentuk mekanikal
 
Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)Sejarah presentation(adleena)
Sejarah presentation(adleena)
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatan
 
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran
TINGKATAN 1 : RBT - Bab 4 : Lakaran
 
Full answers textbook science form 2 (3) (2)
Full answers textbook science form 2 (3) (2)Full answers textbook science form 2 (3) (2)
Full answers textbook science form 2 (3) (2)
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiri
 
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
bab 2 sebatian karbon modul sains untuk non teknologi semester 1
 
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
 
Elektronik
ElektronikElektronik
Elektronik
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentukReka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 3 proses reka bentuk
 
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi selBab 2 Struktur sel dan organisasi sel
Bab 2 Struktur sel dan organisasi sel
 
Bab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusiaBab 4-kesihatan-manusia
Bab 4-kesihatan-manusia
 
Naftalena
NaftalenaNaftalena
Naftalena
 
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
Sejarah Tingkatan 1 KSSM:Zaman air batu
 
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIRBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
RBT T1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
 
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)
5.5 asid dan alkali (sains tingkatan 2)
 

More from rodziah anuar

Bab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makananBab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makananrodziah anuar
 
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Sejarah dan Apresiasi Seni VisualSejarah dan Apresiasi Seni Visual
Sejarah dan Apresiasi Seni Visualrodziah anuar
 
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKAL
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKALLATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKAL
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKALrodziah anuar
 
Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal rodziah anuar
 
Latihan Analisis Fungsi
Latihan Analisis FungsiLatihan Analisis Fungsi
Latihan Analisis Fungsirodziah anuar
 
Latihan Reka Bentuk dan Teknologi
Latihan Reka Bentuk dan TeknologiLatihan Reka Bentuk dan Teknologi
Latihan Reka Bentuk dan Teknologirodziah anuar
 
Kriteria Reka Bentuk Yang Baik
Kriteria Reka Bentuk Yang BaikKriteria Reka Bentuk Yang Baik
Kriteria Reka Bentuk Yang Baikrodziah anuar
 
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgi
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgiPengenalan kepada reka bentuk dan teknolgi
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgirodziah anuar
 
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventif
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventifMengenalpasti masalah inventif dan bukan inventif
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventifrodziah anuar
 
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37rodziah anuar
 
Reka Bentuk Akuaponik
Reka Bentuk AkuaponikReka Bentuk Akuaponik
Reka Bentuk Akuaponikrodziah anuar
 
Reka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk FertigasiReka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk Fertigasirodziah anuar
 

More from rodziah anuar (20)

Kepelbagaian
KepelbagaianKepelbagaian
Kepelbagaian
 
Bab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makananBab 7 reka bentuk makanan
Bab 7 reka bentuk makanan
 
Jalinan
JalinanJalinan
Jalinan
 
Garisan
GarisanGarisan
Garisan
 
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
Sejarah dan Apresiasi Seni VisualSejarah dan Apresiasi Seni Visual
Sejarah dan Apresiasi Seni Visual
 
Pengurusan Projek
Pengurusan ProjekPengurusan Projek
Pengurusan Projek
 
Membina objek asas
Membina objek asasMembina objek asas
Membina objek asas
 
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKAL
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKALLATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKAL
LATIHAN PERCANGGAHAN FIZIKAL
 
Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal Percanggahan fizikal
Percanggahan fizikal
 
Latihan Analisis Fungsi
Latihan Analisis FungsiLatihan Analisis Fungsi
Latihan Analisis Fungsi
 
ANALISIS FUNGSI
ANALISIS FUNGSIANALISIS FUNGSI
ANALISIS FUNGSI
 
Latihan Reka Bentuk dan Teknologi
Latihan Reka Bentuk dan TeknologiLatihan Reka Bentuk dan Teknologi
Latihan Reka Bentuk dan Teknologi
 
Kriteria Reka Bentuk Yang Baik
Kriteria Reka Bentuk Yang BaikKriteria Reka Bentuk Yang Baik
Kriteria Reka Bentuk Yang Baik
 
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgi
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgiPengenalan kepada reka bentuk dan teknolgi
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknolgi
 
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventif
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventifMengenalpasti masalah inventif dan bukan inventif
Mengenalpasti masalah inventif dan bukan inventif
 
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37
Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi m/s 9-37
 
Reka Bentuk Akuaponik
Reka Bentuk AkuaponikReka Bentuk Akuaponik
Reka Bentuk Akuaponik
 
Lakaran
LakaranLakaran
Lakaran
 
Reka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk FertigasiReka Bentuk Fertigasi
Reka Bentuk Fertigasi
 
Reka bentuk fesyen
Reka bentuk fesyenReka bentuk fesyen
Reka bentuk fesyen
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 

Recently uploaded (11)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 

Penyelesaian Masalah secara inventif pages 10-31

  • 1. BAB PENYELESAIAN MASALAH SECARA INVENTIF Setiap masalah ada penyelesaiannya. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kenal pasti masalah itu terlebih dahulu. Kemudian, senaraikan beberapa jalan penyelesaian. Selesaikan masalah yang kamu hadapi itu dengan teliti. Jika masalah itu gagal diselesaikan, cubalah langkah penyelesaian yang lain pula. Bagaimanakah kerusi itu boleh disesuaikan dengan ketinggian kamu? Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen penting dalam kemahiran abad ke-21. Murid harus mampu berfikir secara kreatif, menganalisis masalah, serta mengumpul informasi selain dapat menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Inventif adalah suatu penemuan yang benar-benar baharu hasil daripada kreativiti manusia. Penyelesaian masalah pula dapat didefinisikan sebagai suatu proses kognitif. Maklumat digunakan sebagai usaha untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.
  • 2. LIEW NATHAN 1 Tiada lagi masalah untuk orang yang tinggi seperti saya duduk di kerusi ini. Kaki saya boleh menjejak lantai walaupun saya rendah.
  • 3. 2 Beri perhatian pada kata kunci yang berikut: t JOWFOUJG t QFOBNCBICBJLBO t MPHJL t QSJOTJQ t BOBMJTJT KATA KUNCI Masalah bukan inventif ialah masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan. Masalah seperti ini sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Masalah inventif pula ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku. Kesan sampingan ini diselesaikan dengan pilihan yang ada seperti yang disarankan dalam prinsip inventif. Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat. Hal ini ialah contoh masalah inventif. Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan. Situasi ini ialah contoh penyelesaian masalah bukan inventif. APAYANG AKAN DIPELAJARI? t.FOHFOBMQBTUJNBTBMBICVLBOJOWFOUJGEBOJOWFOUJG t.FOFSBOHLBOQSPTFTQFOZFMFTBJBONBTBMBICVLBOJOWFOUJGEBOJOWFOUJG Pengenalpastian Masalah 1.1
  • 4. 3 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif dan Inventif A Masalah Bukan Inventif Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kita membuat pilihan. Hasil daripada keputusan pemilihan memberikan satu pengalaman baharu dalam membina pemikiran yang matang. Kadang-kadang situasi seperti itu memaksa kita menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Contohnya, sebelum memasak kita perlu menyediakan bahan mentah. Bahan mentah tersebut perlu dipotong. Jika pisau yang digunakan tumpul, maka sudah tentulah kerja-kerja memotong akan mengambil masa yang lebih lama. Maka, penyelesaiannya ialah pisau itu perlu diasah. Dalam hal ini, masalah yang dikenal pasti ialah pisau tumpul. Penyelesaiannya adalah dengan mengasah pisau tersebut sehingga tajam. Kemudian, barulah kerja-kerja memotong dan menghiris dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Kaedah penyelesaian masalah bagi kes ini langsung tidak mewujudkan kesan sampingan. Proses mengasah pisau yang dilakukan itu tidak menjejaskan bahagian pisau atau merosakkan hulu pisau. Kita mungkin boleh mengandaikan bahawa mata pisau tersebut sumbing sedikit atau bengkok atau mungkin juga ketajamannya dapat mendatangkan bahaya terhadap tangan pengguna. Namun, andaian kesemua kesan sampingan ini tidak berlaku. Dengan kata yang lebih mudah, masalah yang dikenal pasti ialah mata pisau tumpul dan cara penyelesaiannya ialah pisau itu diasah. Setelah penyelesaian dibuat, tidak timbul masalah kesan sampingan atau apa-apa masalah baharu yang wujud akibat daripada kerja-kerja penambahbaikan itu tadi. Contoh masalah di atas dikenal sebagai masalah bukan inventif. Masalah jenis ini merupakan masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. Alatan tidak berfungsi dengan baik Masalah dikenal pasti Proses penambahbaikan alatan Alatan dapat digunakan semula Tiada kesan sampingan Melatih pemikiran menjadi semakin matang Memperoleh pengalaman baharu Keperluan dalam membuat keputusan Berhadapan dengan pelbagai situasi Situasi kehidupan seharian Masalah Bukan Inventif
  • 5. 4 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif B Masalah Inventif Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku. Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1.1, Rajah 1.1.2, Rajah 1.1.3, dan Rajah 1.1.4. Dalam contoh ini, masalah meja tidak dapat menampung berat beban dapat diselesaikan, namun kesan sampingan wujud, iaitu meja menjadi lebih berat dan memerlukan lebih ramai tenaga pekerja untuk mengalihkannya. 1. Berikan satu contoh masalah bukan inventif. 2. Apakah sektor yang banyak melaksanakan proses penyelesaian masalah secara inventif? CABAR MINDA CABAR MINDA Rajah 1.1.1 Meja tidak dapat menampung berat beban Rajah 1.1.3 Tenaga dua lelaki diperlukan untuk mengalihkan meja yang berkaki kayu sebelum penambahbaikan Rajah 1.1.2 Kaki meja digantikan dengan kaki yang diperbuat daripada besi sebagai penambahbaikan Rajah 1.1.4 Tenaga empat lelaki diperlukan untuk mengalihkan meja yang berkaki besi selepas penambahbaikan Proses penyelesaian masalah secara inventif banyak digunakan dalam industri. Masalah lain yang timbul dalam industri akan diubah suai mengikut cadangan penyelesaian masalah secara inventif. MERENTAS KURIKULUM Proses penyelesaian masalah inventif ini diadaptasi daripada TRIZ. TRIZ merupakan akronim dalam bahasa Rusia, iaitu Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch yang bermaksud Teori Penyelesaian Masalah Inventif (Theory of Inventive Problem Solving). SudutMAYA Imbas QR code di bawah ini untuk menonton video tentang beberapa aspek TRIZ. http://links.sasbadi.com/rbt/ tg2/01
  • 6. 5 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian Masalah Bukan Inventif dan Inventif A Masalah Bukan Inventif Proses penyelesaian masalah bukan inventif ialah suatu proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam kehidupan seharian. Biasanya, individu yang menghadapi masalah akan mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah tersebut. Jika sesuatu masalah dapat diatasi, ini dianggap sebagai suatu kejayaan bagi individu terbabit. Proses penyelesaian masalah bukan inventif dapat diterangkan melalui carta alir seperti Rajah 1.1.5. Aliran Kerja Proses Kerja Mula 1. Mengenal pasti masalah 2. Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah 3. Membuat pilihan 4. Melaksanakan pilihan 5. Menilai penyelesaian masalah sama ada berjaya atau tidak Selesai Rajah 1.1.5 Carta alir proses penyelesaian masalah bukan inventif Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi. Individu perlulah berhadapan dengan sesuatu masalah bagi mengenal pasti masalah tersebut. Langkah kedua menyenaraikan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah. Langkah ketiga, membuat pilihan yang sesuai daripada senarai pilihan yang ada. Langkah keempat adalah dengan melaksanakan pilihan yang telah dibuat. Langkah kelima, membuat penilaian sama ada pilihan tersebut berjaya atau sebaliknya. Sekiranya masalah berjaya diatasi, maka proses penyelesaian masalah telah selesai. Jika sebaliknya, rujuk semula langkah kedua dan jalan penyelesaian yang ada, dan cubalah membuat pilihan yang lain pula. 1 2 3 4 5 Tidak Ya SudutMAYA Imbas QR code di bawah ini untuk melayari laman sesawang tentang beberapa aspek TRIZ. http://links.sasbadi.com/rbt/ tg2/02 Kaedah TRIZ telah diperkenalkan oleh seorang jurutera paten berbangsa Rusia, Genrich Altshuller. Beliau bersama dengan rakan-rakannya telah menjalankan penyelidikan melalui kajian paten dan penyelesaian masalah secara inventif. Melalui kaedah TRIZ, proses penyelesaian masalah boleh diulang semula untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
  • 7. Masalah Umum Meringkaskan Masalah Penyelesaian Umum Penyelesaian Khusus Analisis Model Masalah Model Penyelesaian Kaedah Penyelesaian Halangan Penyelesaian Masalah Khusus 3 4 2 1 Muka meja Lantai Kaki meja 6 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif B Masalah Inventif Strategi penyelesaian masalah inventif pula berbeza daripada penyelesaian masalah biasa. Melalui kaedah penyelesaian masalah secara inventif, proses kerja dapat dilakukan seperti Rajah 1.1.6. Rajah 1.1.6 Penyelesaian masalah inventif Fasa-fasa penyelesaian masalah inventif dapat dijelaskan dalam Jadual 1.1.1. Jadual 1.1.1 Penerangan fasa penyelesaian masalah inventif Fasa Penerangan 1. Analisis punca masalah Analisis fungsi 2. Model masalah Percanggahan fizikal 3. Kaedah penyelesaian Pilihan kaedah penyelesaian 4. Model penyelesaian Kaedah penyelesaian spesifik Fasa pertama ialah menganalisis punca masalah yang dihadapi oleh produk. Masalah ini boleh dikesan melalui proses kerja yang dikenal sebagai analisis fungsi. Contoh produk ialah meja. Analisis dilakukan dengan menjelaskan fungsi setiap bahagian sebuah meja. Analisis fungsi dibincangkan dengan lanjut pada tajuk pelajaran seterusnya. Analisis ini dilakukan sehinggalah punca masalah dapat dikenal pasti. Rajah 1.1.7 Meja yang dapat menampung beban
  • 8. 7 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif Fasa kedua ialah memodelkan masalah dengan menggunakan konsep percanggahan fizikal. Dalam contoh ini, meja perlu berat (bahagian kaki meja ditukar kepada besi) untuk menjadi lebih kuat bagi menampung beban yang tinggi dan perlu ringan untuk mudah dialihkan. Percanggahan fizikal dalam kes ini ialah meja perlu berat dan ringan. Dalam fasa ketiga, murid diperkenalkan dengan dua kaedah penyelesaian, iaitu kaedah pemisahan ruang dan masa. Murid hanya perlu memilih salah satu kaedah pemisahan ini untuk menyelesaikan masalah inventif. Pemilihan jenis pemisahan dilakukan dengan berpandukan Jadual 1.1.2. Jadual 1.1.2 Soalan penentuan kaedah pemisahan Soalan Ya Tidak Adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama? ? ? Jawapan Ya: Pilih kaedah pemisahan ruang Jawapan Tidak: Pilih kaedah pemisahan masa Setelah percanggahan fizikal dikenal pasti, iaitu meja perlu berat dan ringan, maka soalan yang perlu ditanyakan ialah “Adakah meja perlu berat untuk menampung beban tinggi dan ringan (untuk mudah dialihkan) pada masa yang sama?” Jawapannya adalah tidak, kerana meja digunakan untuk menampung beban dan dialihkan pada masa yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa dipilih. Fasa keempat memilih model penyelesaian spesifik (prinsip inventif). Setiap kaedah pemisahan dibekalkan dengan pilihan-pilihan prinsip inventif. Sebagai contoh, kaedah pemisahan ruang dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif dan kaedah pemisahan masa juga dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif. Setelah mengenal pasti jenis kaedah pemisahan, murid boleh memilih satu atau menggabungkan beberapa prinsip inventif yang dibekalkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Berpandukan Rajah 1.1.8 dan Rajah 1.1.9, adakah percanggahan panas dan sejuk berlaku pada masa yang sama? Rujuk Jadual 1.1.2 untuk mendapatkan jawapan. 1. Apakah perbezaan antara proses penyelesaian masalah bukan inventif dengan inventif? CABAR MINDA CABAR MINDA p g g j p p p j g dibekalkan dengan tujuh prinsip inventif. Setelah mengenal pasti jenis kaedah pemisahan, murid boleh memilih satu atau menggabungkan beberapa prinsip inventif yang dibekalkan untu tuk k me meny nyel eles esai aika kan n ma masa sala lah h ya yang ng d dih ihad adap api i. Rajah 1.1.8 Cawan kopi sukar dipegang kerana cawan panas Rajah 1.1.9 Cawan kopi yang panas mudah dipegang kerana pemegang cawan sejuk
  • 9. Fungsi komponen Produk yang berfungsi Komponen rak kasut Kayu beroti Paku Fungsi komponen Kayu beroti Muka rak Paku Kerangka rak Skru Skru 8 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif APAYANG AKAN DIPELAJARI? t.FNCVBUIVCVOHLBJUBOUBSBQSPEVLEFOHBOPCKFLEBSJTFHJGVOHTJOZB t.FMVLJTTJTUFNGVOHTJ t.FNCJOBNPEFMGVOHTJEFOHBONFOHHVOBLBOHBSJTBOJOUFSBLTJ Analisis Fungsi 1.2 Beri perhatian pada kata kunci yang berikut: t QBSBNFUFS t TVQFSTJTUFN t BMUFSOBUJG t HBSJTBOJOUFSBLTJ t LPNQPOFO KATA KUNCI Sistem merupakan beberapa elemen yang berkait antara satu dengan yang lain dan saling mempengaruhi dalam sesuatu pembinaan produk agar produk tersebut dapat berfungsi dengan sempurna. Setiap bahagian pada produk tersebut juga harus dapat berfungsi dengan baik dan menyokong antara satu dengan yang lain.
  • 10. 9 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.2.1 Membuat Hubung Kait antara Produk dengan Objek dari Segi Fungsinya Dalam proses penyelesaian masalah inventif, analisis fungsi bertujuan untuk membantu mengenal pasti sistem yang ada pada sesebuah produk. Apabila analisis fungsi dibuat, fungsi setiap komponen yang melengkapkan sesuatu produk akan dinyatakan. Contoh komponen bagi sebuah kerusi ialah tempat duduk, penyandar kerusi, kaki kerusi, skru, dan kerangka kerusi. Komponen tersebut saling berhubung antara satu dengan yang lain dengan kepentingan fungsi masing-masing. Jika mana-mana komponen itu pincang, maka fungsi produk itu akan terjejas. Contohnya, skru berkarat. Skru kerusi yang patah akibat berkarat akan menyebabkan bahagian tempat duduk atau penyandar kerusi tertanggal. Dalam konsep analisis fungsi, produk terdiri daripada gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap. Produk membentuk suatu sistem bagi produk itu sendiri. Fungsi ialah tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran. Objek pula menerima kesan daripada fungsi produk. Dengan kata lain, objek ialah penerima kesan akibat daripada kefungsian sesuatu produk. Hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya dapat digambarkan seperti Rajah 1.2.1. Rajah 1.2.1 Hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya Jadual 1.2.1 Contoh beberapa produk, fungsi, dan objek Produk (Sistem) Fungsi (Tindakan) Objek (Penerima Kesan) Meja Memegang Buku Cawan Memegang Air Klip Memegang Kertas Kereta Mengangkut Manusia 1. Berikan maksud fungsi dan objek. 2. Nyatakan tiga komponen yang terdapat pada sebuah rak kasut. CABAR MINDA CABAR MINDA Fungsi (Tindakan) Parameter yang berubah disebabkan tindakan yang dijalankan Menjalankan fungsi Objek (Penerima kesan) Produk (Sistem)
  • 11. Buku Gambar rajah model fungsi memegang memegang memegang m e m e g a n g m e m e g a n g g Skru m Kaki meja Lantai g Muka meja 10 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.2.2 Melukis Sistem Fungsi Fungsi komponen ialah melaksanakan tugas yang tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk. Komponen ialah bahagian kecil yang berfungsi menyokong sesuatu produk. Contoh produk ialah sebuah meja. Kesemua komponen itu boleh digambarkan melalui sistem fungsi seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Produk Fungsi Objek Meja Memegang Buku Berdasarkan Jadual 1.2.2, meja mempunyai fungsi memegang sebuah buku. Memegang bermaksud meja dijadikan fungsi sebagai tempat untuk meletakkan buku. Aspek fungsi ini dapat dijelaskan dengan kewujudan bahagian komponen meja yang memegang buku, iaitu bahagian muka meja. Rangkaian fungsi terbentuk pada bahagian komponen meja, iaitu bermula dari lantai yang memegang kaki meja. Skru pula memegang kaki meja supaya berada dalam keadaan yang stabil. Apabila skru diketatkan dan kaki meja stabil, barulah disambungkan pada bahagian muka meja. Dengan itu, kaki meja dapat memegang muka meja dalam keadaan yang stabil. Dalam Jadual 1.2.2, lantai ialah supersistem. Supersistem ialah faktor persekitaran yang memberikan kesan terhadap produk seperti lantai, cahaya, dan kelembapan. Sekiranya lantai tidak rata, maka kedudukan meja tidak stabil walaupun komponen lain dapat berfungsi dengan cekap. Berdasarkan jadual tersebut, sistem fungsi komponen dapat dilukis melalui rajah model fungsi. Rangkaian pada komponen meja menggambarkan keadaan komponen meja melalui hubungan anak panah. Contoh lukisan sistem fungsi dalam Rajah 1.2.2 mengandaikan bahawa setiap fungsi komponen meja berada dalam keadaan yang baik dan cekap. Lantai Kaki meja 1. Nyatakan fungsi komponen. 2. Apakah maksud memegang sesebuah buku? CABAR MINDA CABAR MINDA Jadual 1.2.2 Komponen-komponen sebuah meja dan fungsinya Komponen Fungsi Objek Muka meja Memegang Buku Kaki meja Memegang Muka meja Skru Memegang Kaki meja/muka meja Lantai Memegang Kaki meja Skru Muka meja Rajah 1.2.2 Lukisan model fungsi
  • 12. Lantai Kaki meja Muka meja Buku m e m e g a n g m e m e g a n g memegang memegang memegang Skru Kelembapan 11 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.2.3 Membina Model Fungsi dengan Menggunakan Garisan Interaksi Meja yang digunakan oleh Ahmad sebagai tempat untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah bergoyang dan tidak stabil. Buku yang diletakkan di atas meja hampir terjatuh. Ahmad ternampak skru yang mengikat muka meja dengan kaki meja banyak yang berkarat. Situasi bagi masalah meja di atas dapat digambarkan melalui garisan interaksi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.3. Garisan interaksi digunakan untuk mengenal pasti punca masalah. Simbol yang bernombor 2, 3, dan 4 merupakan masalah fungsi bagi sesuatu komponen. Jadual 1.2.3 Garisan interaksi yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu masalah Bil. Simbol Maksud 1 Berguna (normal) 2 Berguna tetapi tidak mencukupi 3 Berguna tetapi berlebihan 4 Bermasalah (harmful) Model fungsi pula menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan kesannya dalam satu sistem. Rajah 1.2.3 menunjukkan suatu model fungsi bagi sebuah meja yang bermasalah. Rajah 1.2.3 Model fungsi bagi sebuah meja yang bermasalah Berdasarkan Rajah 1.2.3, garisan interaksi kelembapan, skru, kaki meja, dan muka meja adalah yang bermasalah. Keadaan ini berlaku kerana skru yang mengikat muka meja dengan kaki meja telah berkarat.
  • 13. Lantai Buku m e m e g a n g m e m e g a n g memegang memegang memegang Skru Kaki meja Kelembapan Muka meja 12 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif A Masalah Fungsi dan Punca Masalah Dalam penyelesaian masalah secara inventif, masalah dapat dikenal pasti melalui analisis fungsi komponen produk. Melalui kaedah ini, masalah dapat dikesan dan mudah mencari alternatif penyelesaian. Ada dua langkah yang perlu dilakukan untuk mencari punca masalah, iaitu mengenal pasti masalah pada model fungsi dan pada komponen yang terlibat. Masalah dan komponen meja yang terlibat dapat dibuat kesimpulan seperti yang berikut: Dalam Rajah 1.2.4, dapat dikenal pasti bahawa skru yang memegang muka meja dan kaki meja mengalami masalah seperti yang ditunjukkan dalam bulatan. Rajah 1.2.4 Mengenal pasti punca masalah B Analisis Berantai Punca dan Kesan Tujuan analisis berantai punca dan kesan adalah untuk memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan bagi sesuatu masalah. Soalan akan ditanya beberapa kali sehingga punca masalah dapat dikesan. Soalan akan terhenti apabila jawapan diperoleh. Jawapan yang diperoleh mungkin disebabkan halangan semula jadi, halangan sains dan fizik, atau halangan sifat asas objek seperti contoh dalam Jadual 1.2.4. Jadual 1.2.4 Jenis dan contoh halangan Jenis Halangan Contoh Halangan Semula jadi Panas, hujan, kelembapan Sains dan fizik Momentum, graviti Sifat asas objek Kebolehan manusia
  • 14. 13 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1. Nyatakan kegunaan garisan interaksi dan model fungsi. 2. Berikan tiga maksud berdasarkan mana-mana tiga simbol garisan interaksi. CABAR MINDA CABAR MINDA Meja pada Rajah 1.2.5 menjadi tidak stabil kerana skru tidak dapat mengikat muka meja dan kaki meja dengan ketat. Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Punca dan kesan yang dicari mestilah melibatkan objek dan parameter. Contohnya dapat dilihat dalam carta alir pada Rajah 1.2.6. Rajah 1.2.5 Meja tidak stabil Rajah 1.2.6 Analisis kesan dan akibat Kesimpulannya, meja tidak stabil kerana skru yang memegang antara kaki meja dan muka meja telah berkarat dan patah kerana kelembapan cuaca semula jadi (supersistem). Kelembapan Skru kaki meja longgar Meja tidak stabil Muka meja tidak stabil Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Skru muka meja longgar Kaki meja tidak stabil Skru berkarat p j
  • 15. 14 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif APAYANG AKAN DIPELAJARI? t.FOHFOBMQBTUJEBONFOHBOBMJTJTQFSDBOHHBIBOm[JLBM t.FODBEBOHLBOQFNJMJIBOQSJOTJQJOWFOUJG t.FOKVTUJmLBTJLBODBEBOHBOQFSVCBIBOSFLBCFOUVLCFSEBTBSLBOQFNJMJIBO QSJOTJQJOWFOUJG t.FOHIBTJMLBOMBLBSBOQSPEVLCFSGPLVTLBOCBIBHJBOZBOHNFNQVOZBJ NBTBMBIJOWFOUJG Percanggahan Fizikal 1.3 Beri perhatian pada kata kunci yang berikut: t QFNJTBIBOSVBOH t QFOZBSBOHBO t QFOHFLTUSBLBO t QFOHFNCBOHBOUFSNB KATA KUNCI Kemahiran berfikir secara inventif adalah antara komponen penting yang diterapkan dalam pembelajaran kemahiran pada abad ke-21. Murid pada abad ke-21 seharusnya mampu berfikir secara kritis, mengenal pasti dan menganalisis masalah, mencadangkan penyelesaian yang inventif, mencadangkan perubahan reka bentuk, dan menghasilkan lakaran produk yang berkaitan. Murid harus dapat mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan masalah reka bentuk secara sistematik serta dapat menghasilkan produk yang mempunyai ciri estetik, kreativiti, ergonomik, dan bernilai komersial. Bagaimanakah kerusi dapat diselaraskan agar selesa diduduki oleh murid yang berbeza ketinggiannya? Fikirkan. Adakah kerusi itu sesuai diduduki oleh murid?
  • 16. 15 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.3.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Percanggahan Fizikal Mengenal pasti percanggahan fizikal ialah keadaan yang berlawanan antara satu dengan yang lain yang diperlukan dalam suatu objek. Contohnya, fizikal yang besar berlawanan dengan fizikal yang kecil. Percanggahan fizikal pula dianalisis untuk memilih kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan yang sesuai. Terdapat empat kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan. Namun, murid hanya menggunakan dua kaedah sahaja, iaitu kaedah pemisahan ruang dan kaedah pemisahan masa. Contoh: Percanggahan fizikal meja Parameter Percanggahan Fizikal Saiz Besar – kecil Beban Berat – ringan Ketinggian Tinggi – rendah Penentuan Kaedah Penyelesaian Masalah Inventif Secara Pemisahan Penentuan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan digunakan untuk menentukan pilihan sama ada kaedah pemisahan ruang atau kaedah pemisahan masa. Contoh pemilihan kaedah ditunjukkan dalam Jadual 1.3.1. Jadual 1.3.1 Contoh pemilihan kaedah pemisahan ruang atau masa Contoh Objek Percanggahan Fizikal Contoh Situasi Soalan Penentuan Kaedah Pemisahan Ruang/Masa Jenis Kaedah Pemisahan Ruang/Masa Kerusi Tinggi lawan rendah Kerusi perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah untuk murid yang rendah. Adakah kerusi perlu tinggi dan rendah pada masa yang sama? Jawapan: Ya kerana terdapat murid yang berlainan ketinggian di dalam kelas. Ruang Khemah Besar lawan kecil Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan. Adakah khemah perlu besar dan kecil pada masa yang sama? Jawapan: Tidak kerana khemah digunakan dan disimpan pada masa yang berlainan. Masa Kesimpulan daripada Jadual 1.3.1, sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa yang sama, maka kaedah pemisahan ruang dipilih. Sekiranya percanggahan fizikal berlaku pada masa yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa dipilih. Seterusnya, pemilihan prinsip inventif yang bersesuaian dipilih untuk menyelesaikan masalah percanggahan fizikal. 1. Berikan contoh parameter sebuah meja. 2. Terangkan cara mengenal pasti pemilihan kaedah pemisahan ruang. CABAR MINDA CABAR MINDA
  • 17. 16 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.3.2 Mencadangkan Pemilihan Prinsip Inventif Selepas kaedah pemisahan ruang atau masa ditentukan, pilih prinsip inventif yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah inventif yang dihadapi. Sekiranya kaedah pemisahan ruang dipilih, cadangan prinsip inventif adalah seperti dalam Jadual 1.3.2. Jadual 1.3.2 Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang Cadangan Prinsip Inventif Penerangan Konsep Contoh 1 Pembahagian (Segmentation) (a) Membahagikan objek kepada beberapa bahagian kecil (b) Menjadikan objek mudah dileraikan (c) Meningkatkan darjah kebolehbahagian (d) Perubahan ke peringkat lebih kecil Perabot yang dijual menggunakan konsep Do It Yourself (DIY) 2 Pengekstrakan (Taking out/ extraction) Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek Pemisahan unit pendingin hawa di dalam dan di luar bangunan supaya bunyi bising dan haba panas dapat diasingkan 3 Kualiti setempat (Local quality) (a) Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam menjadi tidak seragam (b) Menjadikan setiap bahagian objek memenuhi fungsi berbeza yang berguna Bekas menyimpan makanan pelbagai petak berbeza dan pelbagai fungsi 4 Penyarangan (Nested doll) Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam satu objek yang sama tetapi berlainan saiz Antena radio yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan 5 Filem nipis dan cangkerang boleh lentur (Flexible shells and thin films) Membalut, melapik, atau membungkus objek menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang boleh lentur Pelindung cahaya cermin kereta 6 Pengantara (Intermediary) (a) Mengadakan bahagian baharu antara dua objek (b) Menggunakan objek atau proses pengantara (c) Mencantumkan dua objek secara sementara Sarung tangan ketuhar menjadi pengantara antara tangan dengan objek panas 7 Tidak simetri (Asymmetry) Mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri Menukar bentuk bulat jam dinding ke bentuk tidak sekata
  • 18. 17 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif Sekiranya kaedah pemisahan masa dipilih, cadangan prinsip inventif adalah seperti dalam Jadual 1.3.3. Jadual 1.3.3 Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa Cadangan Prinsip Inventif Penerangan Konsep Contoh 1 Kedinamikan (Dynamization) (a) Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak (b) Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak, dan sebaliknya (a) Meja makan berempat boleh dibesarkan menjadi meja makan berlapan (b) Stereng kereta yang boleh diubah ketinggiannya 2 Tindakan awal (Prelimenary action) Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko Beg udara di dalam kereta untuk mengurangkan risiko kecederaan ketika kemalangan 3 Tindakan berkala (Periodic action) Menukar tindakan berterusan kepada tindakan berkala Lampu jalan menyala berkala mengikut waktu siang dan malam 4 Tindakan keterlaluan (Partial or excessive action) Jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian Proses menabur serbuk gula di atas donut untuk mengurang atau menambahkan kemanisan 5 Pengembangan terma (Thermal expansion) Menggunakan prinsip terma (pengembangan atau pengecutan) terhadap sesuatu bahan Pemutus litar yang menggunakan prinsip terma pemula lampu pendarfluor 6 Pembuangan dan pemulihan (Discarding and recovering) Membuang bahagian yang telah menjalankan fungsinya Kapsul ubat yang boleh larut 7 Tindakan berterusan yang berfaedah (Continuity of useful action) Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan Jana kuasa elektrik, mesin pelelas 1. Berikan cadangan prinsip inventif yang digunakan bagi contoh bekas makanan murid yang mempunyai beberapa bahagian. CABAR MINDA CABAR MINDA MERENTAS KURIKULUM Matrik percanggahan mempunyai 39 parameter sistem dan 40 Prinsip Inventif. Penggunaan 40 Prinsip Inventif dapat meningkatkan keupayaan individu atau organisasi dalam menyelesaikan masalah.
  • 19. 18 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1. Terangkan faktor pilihan reka bentuk pada kaki meja yang boleh dipanjangkan dan dipendekkan. CABAR MINDA CABAR MINDA 1.3.3 Menjustifikasikan Cadangan Perubahan Reka Bentuk Berdasarkan Pemilihan Prinsip Inventif Pada peringkat ini, murid telah memilih prinsip inventif yang sesuai untuk perubahan reka bentuk yang dipilih. Jadual 1.3.4 ialah cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan. Jadual 1.3.4 Cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan Objek Percanggahan Fizikal Situasi Soalan Penentuan Kaedah Pemisahan Ruang/ Masa Jenis Kaedah Pemisahan Ruang/ Masa Meja Berat lawan ringan Meja perlu berat untuk menampung beban yang banyak dan perlu ringan untuk mudah dialihkan. Adakah meja perlu berat dan ringan pada masa yang sama? Jawapan: Tidak kerana meja digunakan untuk menampung beban dan dialihkan pada masa yang berlainan. Masa Merujuk Jadual 1.3.4 sebuah meja perlu berat untuk menampung beban yang banyak di atasnya. Meja yang berat biasanya kukuh untuk diletakkan buku-buku, sebuah komputer, sebuah pencetak, dan sebagainya. Meja menjadi kukuh kerana kaki meja dibuat daripada besi. Keadaan ini dapat menyelesaikan masalah meja yang tidak stabil akibat menampung beban yang banyak. Penyelesaian masalah di atas telah menimbulkan masalah yang lain pula. Masalah berlaku apabila meja hendak dialihkan ke sudut lain. Meja ini menjadi lebih berat seperti yang berlaku dalam contoh prinsip inventif pada halaman 4. Lebih ramai tenaga pekerja diperlukan untuk mengalihkan meja ini. Kaedah pemisahan yang dipilih ialah kaedah pemisahan masa. Prinsip inventif yang dipilih sebagai penyelesaian masalah di atas adalah dengan menggunakan kedinamikan. Terdapat dua cadangan perubahan reka bentuk seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.3.5. Perubahan tersebut akan diterangkan dalam unit pelajaran yang seterusnya. Jadual 1.3.5 Cadangan perubahan reka bentuk Prinsip Inventif yang Dipilih Cadangan Perubahan Reka Bentuk • Kedinamikan (Dynamization) A – Kaki meja jenis boleh ditanggalkan daripada cantuman dengan muka meja yang menggunakan konsep ikatan skru boleh pasang buka. B – Memasang roda pada hujung kaki meja agar mudah digerakkan.
  • 20. 19 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif 1.3.4 Menghasilkan Lakaran Produk Berfokuskan Bahagian yang Mempunyai Masalah Inventif Perubahan pertama reka bentuk meja yang dicadangkan adalah dengan memasang kaki meja yang boleh ditanggalkan daripada muka meja. Meja ini menggunakan konsep skru yang boleh pasang buka apabila hendak dialihkan. Lakaran produk pada bahagian yang mempunyai masalah inventif adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3.1. Rajah 1.3.1 Lakaran produk yang memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif 1. Nyatakan pandangan tentang perubahan pada meja berdasarkan Rajah 1.3.1. CABAR MINDA CABAR MINDA Kaki meja yang Kaki meja yang dipasang dengan dipasang dengan skru pada muka meja skru pada muka meja boleh dibuka semasa boleh dibuka semasa kerja pengalihan. kerja pengalihan. Skru meja Skru meja Muka meja Muka meja Kaki meja Kaki meja Kaki Kaki meja meja Rajah 1.3.2 Lakaran produk yang memfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif Perubahan kedua yang dicadangkan adalah dengan memasang roda pada hujung kaki meja agar mudah digerakkan. Apabila meja hendak dialihkan hanya seorang tenaga pekerja diperlukan untuk menolak meja itu. Apabila meja hendak digunakan maka roda meja perlu dikuncikan supaya tidak bergerak. Lakaran produk ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3.2. Roda Roda kaki kaki meja meja Pengunci Pengunci roda roda MERENTAS KURIKULUM TRIZ boleh menjadi parameter untuk menggerakkan Malaysia ke arah mencapai dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju. TRIZ ialah instrumen terbaik bagi menyelesaikan masalah dengan cara berstruktur.
  • 21. RUMUSAN 20 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif Masalah Bukan Inventif Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku Proses Penyelesaian Masalah Bukan Inventif Kenal pasti masalah, pilihan penyelesaian yang ada, membuat pilihan, melaksanakan pilihan, dan penilaian penyelesaian masalah Masalah Inventif Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku Proses Penyelesaian Masalah Inventif Pernyataan masalah inventif, model fungsi, analisis berantai punca dan kesan, prinsip inventif, lakaran reka bentuk baharu Mencari punca masalah menggunakan analisis berantai punca dan kesan Mencari parameter punca masalah Produk – Sebuah sistem yang mempunyai satu atau lebih komponen Objek – Pengguna produk Fungsi – Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran Komponen – Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem Model fungsi – Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dan kesannya dalam satu sistem Percanggahan fizikal – Fizikal salah satu parameter komponen yang bertentangan Contoh percanggahan fizikal – Kaki meja: panjang lawan pendek, berat lawan ringan, tinggi lawan rendah Penyelesaian Masalah Secara Inventif Pengenalpastian Masalah Analisis Fungsi Percanggahan Fizikal Prinsip Inventif Pemisahan ruang – pembahagian, pengekstrakan, kualiti setempat, penyarangan, filem nipis dan cangkerang boleh lentur, pengantara, tidak simetri Pemisahan masa – kedinamikan, tindakan awal, tindakan berkala, tindakan keterlaluan, pengembangan terma, pembuangan dan pemulihan, tindakan berterusan yang berfaedah
  • 22. 21 BAB 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Masalah ialah masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan. (b) Langkah pertama dalam proses penyelesaian secara inventif ialah . (c) merupakan bahagian kecil yang berfungsi menyokong sesuatu produk. (d) Dalam konsep , produk terdiri daripada gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap. (e) Satu contoh prinsip inventif bagi percanggahan fizikal pemisahan ruang ialah . 2. Nyatakan bahagian yang berlabel A, B, dan C dalam model fungsi di bawah ini dengan jawapan yang betul. memegang memegang m em egang memegang Buku A Lantai B C Kaki meja A: B: C: 3. Padankan maklumat di Bahagian A dengan maksudnya yang betul di Bahagian B. Bahagian A Bahagian B Fungsi Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan kesannya dalam sistem Model fungsi Tindakan sesebuah produk untuk merubah objek sasaran Komponen Bahagian-bahagian kecil yang berfungsi menyokong sistem Bahagian B Jawab semua soalan. 1. Sebuah bangku berkeadaan tidak stabil kerana saiz kakinya terlalu tinggi. Lakukan pengubahsuaian pada bangku tersebut agar dapat digunakan semula. (a) Kenal pastikan masalah utama. (b) Klasifikasikan jenis masalah tersebut. (c) Bina satu gambar rajah model fungsi bagi bangku tersebut. PEN NGUK KUHAN N MIND DA PENGUKUHAN MINDA in n n i in n n i D D D i i i S S S S i D D D i i i S S S S in n n i n n n i i i Di Sini Di Sini http://links.sasbadi.com/rbt/tg2/03