SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
F3: C2 - Jantung Manusia dan Peredaran Darah

Kata kunci: heart, jantung



Salam sejahtera semua,




Hari ini, cikgu nak ketengahkan topik peredaran darah dalam badan kita (the pathway of blood flow).
Ada yang mengatakan tajuk ini senang, ada yang mengatakan tajuk ini susah. Jika anda tanya saya,
saya fikir ianya senang cuma terlalu banyak perkara yang perlu diingati tentangnya, sebab itulah
ianya menjadi sukar pada orang-orang yang gagal memahaminya pada tahap yang diperlukan.




Kenapa cikgu gunakan frasa “pada tahap yang diperlukan”? Ini kerana di peringkat PMR, bukan
semua perkara tentang jantung dan peredaran darahnya perlu diketahui. Contohnya, anda tidak
perlu memahami tentang sistol dan diastol – dua istilah yang biasanya dikaitkan dengan tekanan
darah.




So, sebagai pelajar PMR, apakah perkara-perkara yang perlu difahami? Lihat senarai di bawah. Ini
adalah perkara-perkara yang perlu anda beri penekanan.




1. Nama-nama tempat laluan darah mengikut susunan yang betul



2. Jenis darah yang melalui tempat-tempat tersebut



3. Ciri-ciri fizikal salur darah yang dilalui. Seperti:



  Saiz lumen
Ketebalan dinding salur darah (thickness of the mascular wall)



  Tahap tekanan darah yang dilalui (blood pressure)



  Kelajuan darah yang mengalir



  Kewujudan injap (valve)



4. Nama bilik jantung (heart chamber) yang berdinding sangat tebal. Kenapa?



5. Nama salur darah utama. Kenapa ia menjadi salur darah utama?



6. Kenapa arteri mempunyai dinding yang tebal (thicker muscle) dan kenyal (elastic) berbanding
vena (vein)?



7. Kenapa vena (vein) ada injap di sepanjang laluannya, kenapa arteri tidak ada?




InsyaALLAH, jika anda dapat memahami dan mengingati perkara-perkara ini, anda sudahpun
bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan berkaitan perkara di atas.




Struktur Jantung Manusia (Human Heart)




Sebagai permulaan, anda perlulah mengingati struktur-struktur dalam jantung. Lihat gambarajah di
bawah. Cuba hafal gambarajah ini, kemudian lukis dan label semula struktur jantung tersebut.
Mungkin ada yang merasa cukup “tersiksa” untuk melukis gambarajah jantung yang sangat rumit itu.
Tak mengapa, klik SINI untuk mendapatkan gambarajah jantung yang kosong. Kemudian, cetak
untuk kemudahan anda.




Mulakan dengan melabel tanpa merujuk gambarajah asal. Setelah siap, dengan menggunakan
gambarajah di atas, kenalpasti bahagian yang tidak dapat diingati. Seterusnya, label sekali lagi
dengan menggunakan struktur jantung kosong yang lain. Ulang beberapa kali sehingga anda berjaya
melabel kesemua bahagian jantung ini tanpa merujuk gambarajah asal.




Mungkin ada yang berasa hairan kerana terdapat satu bahagian pada struktur jantung di atas tidak
sama seperti yang ada dalam buku teks. Bahagian mana ya?...




Cuba perhatikan kedudukan Pulmonary artery dan Aorta. Sebenarnya, pada kedudukan asal, kedua-
dua bahagian ini memang bersimpul (sila lihat gambarajah di bawah). Namun, untuk memudahkan
anda melihat laluan darah, saya telah menggunakan lukisan yang membetulkan simpulan kedua-dua
salur darah supaya tidak kelihatan bertindan antara satu sama lain.




Satu perkara lagi, adakalanya Pulmonary artery dilukis bercabang dua, adakalanya tidak. Yang
manakah benar? …




Sebenarnya, salur darah (blood vessel) Pulmonary artery mempunyai dua cabang utama. Salah
satunya membawa darah ke paru-paru kanan dan yang satu lagi akan ke paru-paru kiri.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk melukisnya tanpa cabang di atasnya.
Selain daripada itu, mungkin ada yang keliru apabila terdapat buku yang melukis dua jenis Vena
cava, ada yang hanya melukis satu sahaja. Vena cava memang mempunyai dua salur utama, satu di
atas dan satu di bawah. Vena cava atas dikenali sebagai Superior vena cava, manakala Vena cava
bawah dipanggil Inferior vena cava.




Sebenarnya, tidak menjadi masalah di peringkat PMR ini, sekiranya dua salur vena cava ini dilukis
satu sahaja. Begitu juga pada salur-salur darah yang lain seperti Pulmonary vein dan Pulmonary
artery. Dengan kata lain, anda boleh menganggapnya sebagai satu salur sahaja. Ini kerana kedua-
duanya memainkan peranan yang sama. Yang membezakannya ialah dari mana salur darah itu
mengalir atau disalurkan. Sebagai contoh: Superior vena cava membawa darah dari anggota atas
badan iaitu dari tangan dan kepala. Manakala, Inferior vena cava membawa darah dari bahagian
bawah badan seperti kaki, perut, usus, hati dan sebagainya.




Sudahkah anda menguasai kesemua nama struktur dalam jantung manusia? Ingat! Bahagian ini
mudah keluar sebagai soalan kertas 2 sains PMR. Soalan yang ditanya mungkin meminta anda
melabel gambarajah atau menentukan struktur tertentu berdasarkan ciri-ciri atau fungsinya.




Seperkara lagi, dalam buku teks, anda mungkin tidak menemui istilah Pulmonary valve and Aortic
valve. Sebenarnya, dalam buku teks kita di sekolah-sekolah, kedua-dua valves (injap) ini dinamakan
sebagai Semilunar valve . Istilah ini digunakan untuk mewakili (nama umum) kedua-dua Pulmonary
valve and Aortic valve. Saya tidak menggunakan nama umum di sini kerana ia akan menyukarkan
pelajar untuk memahami perjalanan darah yang akan dibincangkan nanti. Walaubagaimanapun,
istilah Pulmonary valve and Aortic valve hanya merupakan nama pendek sahaja. Nama penuh
mereka adalah Pulmonary Semilunar Valve and Aortic Semilunar Valve.




(Hhehhh… dalam jantung pun ada nama pendek, nama panjang. :-D )
Masih sukar untuk mengingati struktur-struktur dalam jantung?... ok, cuba pula formula ini: . Apakah
yang dimaksudkan dengan 4 “kuasa “ 3?




1. Jantung mempunyai 4 bilik di dalamnya (4 chambers of heart)



2. Jantung mempunyai 4 salur darah bagi setiap satu bilik jantung (4 blood vessels)



3. Jantung mempunyai 4 injap (4 valves) di mana dua terletak antara bilik jantung atas dan bawah.
Manakala, dua lagi di pangkal dua salur darah.




Sila lihat rajah di bawah untuk memahami cara mengingatnya dengan lebih baik: (klik pada
gambarajah untuk membesarkannya)




Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Pulmonary artery dan Aorta merupakan dua salur darah
yang bersilangan antara satu sama lain. Oleh itu, bagaimanakah caranya agar anda tidak tersilap
dalam mengenalpasti salur-salur darah ini?...




Sebenarnya, ada caranya. Yang penting, anda dapat mengenali kedudukan keempat-empat bilik
jantung: Right atrium, Right ventricle, Left atrium and Left ventricle. Setiap bilik-bilik jantung
mempunyai salur darahnya sendiri. Oleh itu, jika anda ingin mengenalpasti salur Aorta, sila lihat di
manakah pangkal salur ini? Jika benar ia adalah Aorta, salur ini mestilah berasal dari Left ventricle.
Bagi Pulmonary artery pula, salur ini bermula dari Right ventricle.




Vena cava merupakan salur darah yang bersambung dengan Right atrium.




Dan Pulmonary vein disambungkan kepada Left atrium.




Oleh itu, jika keluar soalan seperti di bawah, bolehkah anda mengenalpasti apakah nama salur X?




Jawapannya adalah Pulmonary vein kerana ia bersambung dengan tempat yang bernama Left
atrium.




Peredaran Darah dalam Badan (The pathway of blood flow)
Jika ada yang bertanya, dari manakah darah mula mengalir? Saya akan jawab: “Hanya ALLAH sahaja
yang tahu”. Kenapa? … ini kerana ia umpama bertanyakan “yang mana dulu. Ayam atau telur
ayam?”




Dalam tubuh badan kita, darah akan sentiasa mengalir tanpa henti selagi kita masih bernyawa.
Laluan darah ini pula akan sentiasa berpusing-pusing pada tempat yang sama seperti suatu kitaran.
Oleh itu, kita tidak dapat menentukan dari mana darah mula mengalir atau akan berhenti.
Walaubagaimanapun, rasanya lebih baik kita mulakan dari paru-paru iaitu tempat di mana darah
mula mengambil oksigen untuk dihantar ke seluruh badan.




Dari paru-paru ke Left atrium




Di paru-paru, oksigen akan memasuki kapilari darah. Kapilari darah ini pula akan bergabung sesama
sendiri untuk membentuk salur darah yang lebih besar yang dikenali sebagai Pulmonary vein. Sila
klik sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses oksigen berpindah dari alveolus ke kapilari
darah).




Dari Pulmonary vein, darah yang beroksigen ini akan menuju ke Left atrium iaitu bilik jantung yang
pertama menerima darah beroksigen. Darah yang berada di Left atrium akan ditahan oleh Bicuspid
valve sehinggalah Left atrium penuh dengan darah.




Darah beroksigen (oxygenated blood) merentasi Bicuspid valve




Apabila dinding Left atrium dirangsang untuk mengecut oleh impulse dari sistem saraf badan
(nervous system), Bicuspid valve juga akan terbuka untuk membolehkan darah turun ke Left
ventricle. Injap ini (valve) akan bertindak seperti pintu yang hanya membenarkan darah mengalir
sehala iaitu dari Left atrium ke Left ventricle sahaja.




Darah beroksigen berkumpul di Left ventricle




Apabila semua darah telah turun ke Left ventricle, dinding Left ventricle pula yang akan mengecut.
Keadaan ini akan menyebabkan darah di dalamnya tertolak ke atas. Cuba bayangkan anda sebagai
sel darah merah yang berada di situ, ada berapakah lubang laluan darah dari Left ventricle ini?...




Untuk membantu imaginasi anda, sila lihat semula gambarajah jantung manusia. Dalam mempelajari
sains, adakalanya, kita mesti menggunakan daya imaginasi untuk memahami sesuatu fakta. Malah
ahli sains semuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi sehingga mereka mampu mencipta
sesuatu dan membuat jangkaan tentang sesuatu perkara.




Laluan dari Left ventricle ini ada dua, satu menuju ke Aorta dan satu lagi bersambung dengan Left
atrium yang dibatasi oleh Bicuspid valve sebagai pintu laluannya.




Dengan mengecutnya dinding Left ventricle, ini akan menyebabkan darah boleh mengalir ke Aorta
atau ke Left atrium. Aorta adalah laluan penting untuk menghantar darah beroksigen ke seluruh
badan, namun jika darah di hantar ke Left atrium, ia akan menuju kembali ke paru-paru. Keadaan ini
tidak sepatutnya berlaku kerana darah itu sudahpun beroksigen dan ia akan melambatkan lagi sel-sel
badan menerima oksigen dari darah.




Oleh itu, semasa dinding Left ventricle mengecut, Bicuspid valve akan tertutup bagi mengelakkan
darah berpatah balik ke Left atrium. Dengan itu juga, dapatlah darah dari Left ventricle menuju ke
Aorta dan ke seluruh badan.
Seperkara lagi yang perlu anda fahami tentang keadaan di Left ventricle ialah, ia mempunyai otot
dinding yang paling tebal berbanding otot dinding bilik jantung yang lain (the muscular wall of left
ventricle is the thickest and the strongest wall among the others). Otot yang sangat tebal dan kuat
ini penting bagi membolehkan darah dipam kuat ke seluruh badan sehingga ke tempat yang paling
jauh dari jantung. Jika tidak, darah mungkin tidak dapat sampai ke hujung-hujung kaki.




Keadaan semasa melalui Aortic Semilunar Valve




Apabila darah dipam keluar dari Left ventricle, ia akan menuju ke salur darah utama dalam badan
manusia iaitu Aorta. Walaubagaimanapun, sebelum itu, ia mesti melalui satu lagi pintu utama iaitu
Aortic semilunar valve (atau juga dikenali sebagai Aortic valve). Pintu injap ini (valve) akan
menghalang darah yang mengalir ke Aorta untuk berpatah balik ke Left ventricle.




Gambarfoto di atas menunjukkan rupa sebenar Aortic valve dari pandangan atas (iaitu dari salur
Aorta). Cuba bayangkan, yang mana lebih mudah? Darah mengalir dari bawah ke atas salur darah ini
atau darah cuba turun semula ke bawah? Sudah pasti darah lebih sukar turun ke bawah kerana
bentuk pintu injapnya (valve) akan menyebabkan darah terkumpul di situ dan menghalang ianya
daripada terbuka.




Dari Aorta ke seluruh badan




Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Aorta (disebut dalam bahasa inggeris: E’ekor’ yo ta) merupakan
salur darah terpenting dalam tubuh manusia. Ia juga merupakan salur darah paling besar dan
lumennya paling senang dilihat. Jika anda membantu ibu membasuh jantung ayam, cuba cari salur
Aorta ini. Pada jantung ayam, anda akan jumpa satu lubang di bahagian atas yang muat-muat untuk
memasukkan kepala mancis. Itulah salur Aorta.
Ia juga merupakan sejenis artery (salur darah yang bawa darah keluar jantung) paling tebal
dindingnya. Oleh itu, ia juga merupakan salur darah paling kuat berbanding salur-salur darah yang
lain. Dinding Aorta paling tebal kerana ia dilingkungi oleh tisu-tisu otot yang paling banyak.




Semua ciri-ciri yang saya nyatakan ini amat penting kerana Aorta merupakan salur darah pertama
yang menerima darah pada tekanan yang sangat tinggi (ini kerana ia baru sahaja dipam dengan kuat
oleh Left ventricle). Tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan salur darah pecah jika tidak
dilindungi oleh tisu-tisu otot yang kuat dan kenyal.




Keadaan ini juga menunjukkan bahawa darah beroksigen yang melalui Aorta bergerak dengan sangat
laju dan bertekanan tinggi. Keadaan ini tidak memungkinkan darah-darah itu berpatah balik ke
jantung semula. Oleh itu, tiada injap (valve) diperlukan sepanjang salur artery ini.




Sekali lagi cikgu minta anda bayangkan (berimaginasi) akan keadaan yang penuh sesak di dalam salur
Aorta. Malah, semua darah sedang berpusu-pusu menuju ke sel-sel badan dalam keadaan satu arah
sahaja (seperti keadaan sesak di pintu tol lebuh raya). Sekiranya, ada satu-satu darah (umpama
kereta di pintu tol tadi) yang cuba berpatah balik, mudahkah agaknya? Sudah tentu saaaangat susah.




Sebelum sampai ke organ-organ badan tertentu, Aorta akan bercabang-cabang membentuk salur
artery yang lebih kecil. Semakin jauh dari Aorta, semakin kecil salur artery ini sehingga ia
membentuk “arteriol”. Arteriol inilah yang akan bercabang-cabang lagi membentuk blood capilary
yang hanya setebal satu sel sahaja.




Cikgu kurang pasti sama ada, anda perlu kenal dan faham atau tidak tentang arteriol. Setahu cikgu,
perkataan ini tidak dijumpai dalam mana-mana kertas soalan PMR sebelum ini. wALLAHua’lam. Jika
ada, harap dapat bagitau saya.
Pertemuan di sel-sel badan




Darah beroksigen yang sampai di kapilari darah, kini bergerak semakin perlahan. Ini kerana salur
kapilari darah terlalu kecil sehingga ada yang sekadar dapat memuatkan satu sel darah merah sahaja
dalam satu salur (umpama beberapa orang pelajar yang berjalan dalam satu barisan).




Perpindahan oksigen dari sel darah merah ke sel-sel badan berlaku disebabkan oleh perbezaan dari
segi kepekatan oksigen antara dua tempat tersebut. Oleh kerana sel darah merah mengangkut
oksigen, maka ia mempunyai kandungan oksigen paling tinggi berbanding sel badan. Sedangkan sel
badan pula, walaupun sering menerima gas oksigen, ia akan segera menukarkan gas ini ke bentuk
yang lain (iaitu proses respirasi yang menukarkan oksigen dan glukosa kepada gas karbon dioksida,
air dan tenaga).




Oleh itu, gas oksigen akan meresap keluar dari sel darah merah dan masuk pula ke dalam sel-sel
badan. Keadaan ini berlaku di sekitar kapilari darah yang mengelilingi sel-sel badan. Tekanan darah
di sini pula sangat rendah berbanding di dalam Aorta mahupun artery.




Apabila darah telah kehilangan oksigen, warnanya berubah menjadi agak pucat dan ia mengalir pula
melalui kapilari darah yang menuju salur darah vein (atau spesifiknya venul). Venul adalah salur
darah vein yang lebih kecil. Beberapa venul akan bergabung membentuk vein.




Untuk pengetahuan semua, bukan semua sel darah merah akan kehilangan oksigen. Cuma, jumlah
sel darah merah yang mempunyai oksigen mungkin terlalu kecil.
Seterusnya, ia akan diangkut ke jantung semula melalui vena cava.




Perjalanan di sepanjang Vena cava




Seperti yang diterangkan sebelum ini, darah yang telah kehilangan oksigen ini (deoxygenated blood)
akan melalui venul dan seterusnya ke vein. Beberapa vein ini pula akan bergabung membentuk salur
darah Vena cava.




Vena cava adalah salur darah yang penting kerana ia salur pertama yang membawa darah kurang
oksigen (deoxygenated blood) ke jantung. Berdasarkan namanya, vena cava merupakan salah satu
contoh vein. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan artery.




Sebagai contoh, vein mempunyai saiz lumen yang lebih besar dan berdinding otot yang agak nipis.
Namun, ia tidaklah senipis kapilari darah. Selain daripada itu, ia juga mempunyai injap (valve) di
sepanjang salurnya sehingga menuju ke jantung. Ia boleh ditemui di kawasan-kawasan nadi seperti
di bawah rahang berhampiran dengan leher dan telinga. Ia juga terdapat di pergeralangan bawah
tangan dan belakang lutut.




Dinding vein lebih nipis dan kurang kenyal berbanding artery kerana darah yang melaluinya bergerak
agak perlahan dan bertekanan rendah. Dengan kata lain, darah terdeoksigen (deoxygenated blood)
yang melaluinya berupaya untuk berpatah balik ke sel-sel badan. Ini ditambah pula, kebanyakan vein
membawa darah ke atas iaitu melawan arah tarikan graviti bumi. Keadaan ini memungkinkan darah
untuk berpatah balik ke bawah. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku sehingga
mengurangkan darah yang pergi ke jantung dan paru-paru, injap (valve) wujud di sepanjang salur
darah ini.
Akhirnya, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan sampai ke jantung iaitu Right atrium.
Kerana itulah, Right atrium dikatakan tempat pertama dalam jantung yang menerima darah
terdeoksigen (deoxygenated blood).




Dari Right atrium ke Right ventricle




Di dalam Right atrium, darah akan dipenuhkan dulu sama seperti yang berlaku di dalam Left atrium
sebelum ini. Malah, untuk pengetahuan anda, peristiwa darah berkumpul di Left atrium dan darah
berkumpul di Right atrium adalah hampir sama. Oleh itu, apabila bilik Left atrium mengecut, bilik
Right atrium juga mengecut.




Dalam perjalanannya ke Right ventricle, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan melalui
injap yang bernama Tricuspid valve terlebih dahulu. Sama seperti fungsi mana-mana injap sebelum
ini, ia bertindak untuk menghalang darah dari berpatah balik ke laluan sebelumnya. Dalam kes ini,
Tricuspid berfungsi untuk menghalang darah dari Right ventricle daripada masuk semula ke Right
atrium.




Di dalam Right ventricle




Apabila darah telah berkumpul di Right ventricle, sekali lagi, darah ini akan dipam keluar ke
Pulmonary artery melalui injap Pulmonary Semilunar Valve. Sebagaimana yang berlaku pada Right
atrium, dinding Right ventricle juga mengecut hampir serentak dengan pengecutan dinding Left
ventricle. Pulmonary valve ini juga akan tertutup untuk menghalang darah terdeoksigen mengalir
semula ke bawah (Right ventricle).
Perjalanan darah ke paru-paru (lungs)




Sesiapa yang telahpun mempelajari Chapter 3 Science Form 3, anda pasti menjumpai perkataan
renal artery dan renal vein. Perkataan renal bermaksud buah pinggang. Oleh itu, renal artery ialah
salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang. Manakala, renal vein bermaksud
salur darah yang membawa darah dari buah pinggang kembali ke jantung.




Keadaan yang sama juga berlaku pada sel-sel, tisu-tisu, organ-organ dan sistem-sistem lain dalam
tubuh manusia. Contohnya, hati dalam istilah sains disebut “hepar”. Oleh itu, salur darah yang
membawa darah dari jantung ke hati dikenali sebagai hepar artery. Bagaimana pula dengan salur
darah yang membawa darah dari hati kembali semula ke jantung?




Imbas kembali:




Artery = salur darah yang membawa darah keluar dari jantung



Vein = salur darah yang membawa darah masuk ke jantung




Renal = buah pinggang/ ginjal (kidney)



renal artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang
renal vein = salur darah yang membawa darah dari buah pinggang ke jantung




hepar = hati (liver) – jangan keliru ya, hati tak sama dengan jantung. Hati terletak di sebelah perut
dan di bawah paru-paru kanan



hepar artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke hati



??? = salur darah yang membawa darah dari hati ke jantung




Jawapannya ialah … hepar vein




Ok, cikgu nak uji sekali lagi, apakah yang dimaksudkan dengan pulmonary artery dan pulmonary
vein? Untuk pengetahuan anda, pulmonary bermaksud paru-paru (lungs). Fikirkan… jawapannya
anda akan dapat lihat di bawah gambar ini. Tetapi, fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda
melihat keputusannya.




Adakah anda seperti ini setiap kali belajar di sekolah atau di rumah?? Hhehhh…….




Kalau anda comel macam arnab ni mase tido, takpe la jugak. Hahahahaha
Pulmonary artery bermaksud salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dan menuju ke
paru-paru. Manakala, pulmonary vein ialah salur darah yang membawa darah dari paru-paru ke
jantung semula.




Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapati salur Pulmonary artery adalah salur darah yang
membawa darah dari jantung (iaitu Right ventricle) ke paru-paru. Oleh kerana paru-paru kita ada
dua iaitu di kanan dan kiri, salur darah ini mempunyai dua cabang utama yang boleh dilihat
berhampiran dengan Aorta. Kebanyakan buku akan mewarnakannya biru. Sebenarnya, salur ini
tidaklah berwarna biru. Ia sengaja diwarnakan biru sekadar untuk menunjukkan darah di dalamnya
adalah dari jenis terdioksigen (deoxygenated blood).




Apabila, darah sampai ke dalam paru-paru, ia akan melalui salur-salur yang lebih halus (blood
capillary) yang mengelilingi alveolus untuk mengambil semula oksigen dari sana dan menghantarnya
semula ke seluruh badan. Dan… kitar ini akan terus berulang semula di mana dari kapilari darah, ia
akan bercantum membentuk Pulmonary vein seperti yang diterangkan di peringkat awal subtajuk ini
(iaitu tajuk “Dari paru-paru ke Left atrium”).




Ringkasan kepada pengaliran darah manusia




Jika anda sekadar membaca teks di atas, anda mungkin masih tidak nampak bagaimana darah
mengalir di seluruh badan secara lebih jelas. Oleh itu, saya senaraikan ia mengikut turutan seperti
berikut:




1. Paru-paru (lungs) – darah menjadi beroksigen (oxygenated blood)
2. Pulmonary vein – salur darah yang mengandungi darah beroksigen



3. Left atrium – bilik jantung pertama terima darah beroksigen



4. Bicuspid valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left atrium ke Left ventricle



5. Left ventricle – bilik jantung kedua terima darah beroksigen, berdinding sangat tebal. Berfungsi
mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan. Bilik jantung paling penting



6. Aortic valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left ventricle ke Aorta



7. Aorta – salur darah artery paling penting. Paling besar, berdinding paling tebal, paling kenyal
untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di dalamnya. Tiada injap.



8. Sel-sel badan – terima oksigen dari darah. Tempat berlakunya respirasi sel (cell respiration) yang
membebaskan karbon dioksida, air dan tenaga



9. Vena cava – salur darah pertama terima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Ada valve,
berdinding agak nipis, lumen besar. Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan bertekanan rendah



10. Right atrium – bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen



11. Tricuspid valve – injap yang memastikan darah mengalir dari Right atrium ke Right ventricle



12. Right ventricle – bilik kedua terima darah terdeoksigen. Berdinding tebal sedikit berbanding Right
atrium tetapi tidaklah setebal Left ventricle. Mengepam darah ke paru-paru



13. Pulmonary valve – memastikan darah hanya mengalir dari Right ventricle ke Pulmonary artery
14. Pulmonary artery – salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembalik ke paru-paru untuk
mengambil oksigen semula




Jika anda perhatikan betul-betul, cikgu beberapa kali menggunakan perkataan “salur darah” di
pangkal Pulmonary artery, Aorta, Vena cava dan Pulmonary vein. Ini bagi mengingatkan para pelajar
bahawa keempat-empat struktur ini adalah sejenis salur darah. Mereka tidak seperti Right atrium,
Right ventricle, Left atrium dan Left ventricle yang merupakan sejenis bilik jantung (heart chamber).
Pening? Pening sebab cikgu ulang banyak kali??... hahaha




Saje je, sebab dah banyak kali cikgu jumpa pelajar yang masih tidak dapat membezakan 4 bilik
jantung, 4 salur darah dan 4 injap (valve). Ish… ish… ish… bagi mereka yang dah faham,
AlhamduliLLAH cikgu ucapkan kerana dipermudahkan ALLAH untuk memahaminya.




Untuk ulangkaji, lebih baik anda hanya menumpukan pada senarai ringkasan pengaliran darah di
atas, bukannya keseluruhan teks seperti yang dinyatakan panjang lebar sebelumnya. Tujuan cikgu
menyediakan teks yang begitu panjang lebar dan terlalu detail ini adalah sekadar untuk
memahamkan para pelajar. Once, anda sudah faham apa yang berlaku pada satu-satu kawasan,
anda hanya perlu menajamkan ingatan untuk mengingati perjalanan darah dari paru-paru ke seluruh
badan.

More Related Content

What's hot (11)

Muhammad Yusuf
Muhammad YusufMuhammad Yusuf
Muhammad Yusuf
 
Indri aprilia[1]
Indri aprilia[1]Indri aprilia[1]
Indri aprilia[1]
 
Ipakelasvorgantubuhmanusia 160201160238
Ipakelasvorgantubuhmanusia 160201160238Ipakelasvorgantubuhmanusia 160201160238
Ipakelasvorgantubuhmanusia 160201160238
 
Anfis Jantung
 Anfis Jantung Anfis Jantung
Anfis Jantung
 
Slide jantung
Slide jantungSlide jantung
Slide jantung
 
Askep sa
Askep saAskep sa
Askep sa
 
Bagian – Bagian Jantung
Bagian – Bagian JantungBagian – Bagian Jantung
Bagian – Bagian Jantung
 
Jantung(1)
Jantung(1)Jantung(1)
Jantung(1)
 
ANFIS Kardiovaskuler
ANFIS KardiovaskulerANFIS Kardiovaskuler
ANFIS Kardiovaskuler
 
3161769 jantung-koroner
3161769 jantung-koroner3161769 jantung-koroner
3161769 jantung-koroner
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 

Similar to Jantung

Sistem peredaran Darah
Sistem peredaran Darah Sistem peredaran Darah
Sistem peredaran Darah Ria Astariyan
 
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SD
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SDMedia Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SD
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SDRiska Agni Rahayu
 
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)Nastiti Rahajeng
 
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasya
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasyaTugas makalah anatomi cardiovaskular natasya
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasyaNatasyaAngelieFirdau
 
Sistem transportasi pada hewan
Sistem transportasi pada hewanSistem transportasi pada hewan
Sistem transportasi pada hewanSMAN 2 Indramayu
 
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptxEMANPINTALIUSZEBUA
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarWulan Afriani Hm
 
Uas media teknologi ulan
Uas media teknologi ulanUas media teknologi ulan
Uas media teknologi ulanWulanAfriani
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarWulan Afriani Hm
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarWulan Afriani Hm
 
Ph perkembangan sistem sirkulasi darah
Ph   perkembangan sistem sirkulasi darahPh   perkembangan sistem sirkulasi darah
Ph perkembangan sistem sirkulasi darahSasa265121
 
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XI
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XISistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XI
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XIamrinarosada7x
 

Similar to Jantung (20)

Sistem peredaran Darah
Sistem peredaran Darah Sistem peredaran Darah
Sistem peredaran Darah
 
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SD
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SDMedia Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SD
Media Pembelajaran Materi Sistem Peredaran Darah Kelas 5 SD
 
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)
Modul SAINS CIRCULATORY SYSTEM (109151415406)
 
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasya
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasyaTugas makalah anatomi cardiovaskular natasya
Tugas makalah anatomi cardiovaskular natasya
 
Makalah Kardiovaskuler
Makalah KardiovaskulerMakalah Kardiovaskuler
Makalah Kardiovaskuler
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Makalah jantung
Makalah jantungMakalah jantung
Makalah jantung
 
Askep kardiovaskuler
Askep kardiovaskulerAskep kardiovaskuler
Askep kardiovaskuler
 
Sistem transportasi pada hewan
Sistem transportasi pada hewanSistem transportasi pada hewan
Sistem transportasi pada hewan
 
Kardio Vaskuler
Kardio Vaskuler Kardio Vaskuler
Kardio Vaskuler
 
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx
4. Media Pembelajaran ; Nurhafidhah.pptx
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luar
 
Uas media teknologi ulan
Uas media teknologi ulanUas media teknologi ulan
Uas media teknologi ulan
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luar
 
Uas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luarUas media teknolog ivideo luar
Uas media teknolog ivideo luar
 
T4 s1p1
T4 s1p1T4 s1p1
T4 s1p1
 
Ph perkembangan sistem sirkulasi darah
Ph   perkembangan sistem sirkulasi darahPh   perkembangan sistem sirkulasi darah
Ph perkembangan sistem sirkulasi darah
 
Transportasi
TransportasiTransportasi
Transportasi
 
Makalah jantung 2
Makalah jantung 2Makalah jantung 2
Makalah jantung 2
 
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XI
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XISistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XI
Sistem Peredaran Darah - Biologi SMA Kelas XI
 

Jantung

  • 1. F3: C2 - Jantung Manusia dan Peredaran Darah Kata kunci: heart, jantung Salam sejahtera semua, Hari ini, cikgu nak ketengahkan topik peredaran darah dalam badan kita (the pathway of blood flow). Ada yang mengatakan tajuk ini senang, ada yang mengatakan tajuk ini susah. Jika anda tanya saya, saya fikir ianya senang cuma terlalu banyak perkara yang perlu diingati tentangnya, sebab itulah ianya menjadi sukar pada orang-orang yang gagal memahaminya pada tahap yang diperlukan. Kenapa cikgu gunakan frasa “pada tahap yang diperlukan”? Ini kerana di peringkat PMR, bukan semua perkara tentang jantung dan peredaran darahnya perlu diketahui. Contohnya, anda tidak perlu memahami tentang sistol dan diastol – dua istilah yang biasanya dikaitkan dengan tekanan darah. So, sebagai pelajar PMR, apakah perkara-perkara yang perlu difahami? Lihat senarai di bawah. Ini adalah perkara-perkara yang perlu anda beri penekanan. 1. Nama-nama tempat laluan darah mengikut susunan yang betul 2. Jenis darah yang melalui tempat-tempat tersebut 3. Ciri-ciri fizikal salur darah yang dilalui. Seperti: Saiz lumen
  • 2. Ketebalan dinding salur darah (thickness of the mascular wall) Tahap tekanan darah yang dilalui (blood pressure) Kelajuan darah yang mengalir Kewujudan injap (valve) 4. Nama bilik jantung (heart chamber) yang berdinding sangat tebal. Kenapa? 5. Nama salur darah utama. Kenapa ia menjadi salur darah utama? 6. Kenapa arteri mempunyai dinding yang tebal (thicker muscle) dan kenyal (elastic) berbanding vena (vein)? 7. Kenapa vena (vein) ada injap di sepanjang laluannya, kenapa arteri tidak ada? InsyaALLAH, jika anda dapat memahami dan mengingati perkara-perkara ini, anda sudahpun bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan berkaitan perkara di atas. Struktur Jantung Manusia (Human Heart) Sebagai permulaan, anda perlulah mengingati struktur-struktur dalam jantung. Lihat gambarajah di bawah. Cuba hafal gambarajah ini, kemudian lukis dan label semula struktur jantung tersebut.
  • 3. Mungkin ada yang merasa cukup “tersiksa” untuk melukis gambarajah jantung yang sangat rumit itu. Tak mengapa, klik SINI untuk mendapatkan gambarajah jantung yang kosong. Kemudian, cetak untuk kemudahan anda. Mulakan dengan melabel tanpa merujuk gambarajah asal. Setelah siap, dengan menggunakan gambarajah di atas, kenalpasti bahagian yang tidak dapat diingati. Seterusnya, label sekali lagi dengan menggunakan struktur jantung kosong yang lain. Ulang beberapa kali sehingga anda berjaya melabel kesemua bahagian jantung ini tanpa merujuk gambarajah asal. Mungkin ada yang berasa hairan kerana terdapat satu bahagian pada struktur jantung di atas tidak sama seperti yang ada dalam buku teks. Bahagian mana ya?... Cuba perhatikan kedudukan Pulmonary artery dan Aorta. Sebenarnya, pada kedudukan asal, kedua- dua bahagian ini memang bersimpul (sila lihat gambarajah di bawah). Namun, untuk memudahkan anda melihat laluan darah, saya telah menggunakan lukisan yang membetulkan simpulan kedua-dua salur darah supaya tidak kelihatan bertindan antara satu sama lain. Satu perkara lagi, adakalanya Pulmonary artery dilukis bercabang dua, adakalanya tidak. Yang manakah benar? … Sebenarnya, salur darah (blood vessel) Pulmonary artery mempunyai dua cabang utama. Salah satunya membawa darah ke paru-paru kanan dan yang satu lagi akan ke paru-paru kiri. Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk melukisnya tanpa cabang di atasnya.
  • 4. Selain daripada itu, mungkin ada yang keliru apabila terdapat buku yang melukis dua jenis Vena cava, ada yang hanya melukis satu sahaja. Vena cava memang mempunyai dua salur utama, satu di atas dan satu di bawah. Vena cava atas dikenali sebagai Superior vena cava, manakala Vena cava bawah dipanggil Inferior vena cava. Sebenarnya, tidak menjadi masalah di peringkat PMR ini, sekiranya dua salur vena cava ini dilukis satu sahaja. Begitu juga pada salur-salur darah yang lain seperti Pulmonary vein dan Pulmonary artery. Dengan kata lain, anda boleh menganggapnya sebagai satu salur sahaja. Ini kerana kedua- duanya memainkan peranan yang sama. Yang membezakannya ialah dari mana salur darah itu mengalir atau disalurkan. Sebagai contoh: Superior vena cava membawa darah dari anggota atas badan iaitu dari tangan dan kepala. Manakala, Inferior vena cava membawa darah dari bahagian bawah badan seperti kaki, perut, usus, hati dan sebagainya. Sudahkah anda menguasai kesemua nama struktur dalam jantung manusia? Ingat! Bahagian ini mudah keluar sebagai soalan kertas 2 sains PMR. Soalan yang ditanya mungkin meminta anda melabel gambarajah atau menentukan struktur tertentu berdasarkan ciri-ciri atau fungsinya. Seperkara lagi, dalam buku teks, anda mungkin tidak menemui istilah Pulmonary valve and Aortic valve. Sebenarnya, dalam buku teks kita di sekolah-sekolah, kedua-dua valves (injap) ini dinamakan sebagai Semilunar valve . Istilah ini digunakan untuk mewakili (nama umum) kedua-dua Pulmonary valve and Aortic valve. Saya tidak menggunakan nama umum di sini kerana ia akan menyukarkan pelajar untuk memahami perjalanan darah yang akan dibincangkan nanti. Walaubagaimanapun, istilah Pulmonary valve and Aortic valve hanya merupakan nama pendek sahaja. Nama penuh mereka adalah Pulmonary Semilunar Valve and Aortic Semilunar Valve. (Hhehhh… dalam jantung pun ada nama pendek, nama panjang. :-D )
  • 5. Masih sukar untuk mengingati struktur-struktur dalam jantung?... ok, cuba pula formula ini: . Apakah yang dimaksudkan dengan 4 “kuasa “ 3? 1. Jantung mempunyai 4 bilik di dalamnya (4 chambers of heart) 2. Jantung mempunyai 4 salur darah bagi setiap satu bilik jantung (4 blood vessels) 3. Jantung mempunyai 4 injap (4 valves) di mana dua terletak antara bilik jantung atas dan bawah. Manakala, dua lagi di pangkal dua salur darah. Sila lihat rajah di bawah untuk memahami cara mengingatnya dengan lebih baik: (klik pada gambarajah untuk membesarkannya) Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Pulmonary artery dan Aorta merupakan dua salur darah yang bersilangan antara satu sama lain. Oleh itu, bagaimanakah caranya agar anda tidak tersilap dalam mengenalpasti salur-salur darah ini?... Sebenarnya, ada caranya. Yang penting, anda dapat mengenali kedudukan keempat-empat bilik jantung: Right atrium, Right ventricle, Left atrium and Left ventricle. Setiap bilik-bilik jantung mempunyai salur darahnya sendiri. Oleh itu, jika anda ingin mengenalpasti salur Aorta, sila lihat di manakah pangkal salur ini? Jika benar ia adalah Aorta, salur ini mestilah berasal dari Left ventricle.
  • 6. Bagi Pulmonary artery pula, salur ini bermula dari Right ventricle. Vena cava merupakan salur darah yang bersambung dengan Right atrium. Dan Pulmonary vein disambungkan kepada Left atrium. Oleh itu, jika keluar soalan seperti di bawah, bolehkah anda mengenalpasti apakah nama salur X? Jawapannya adalah Pulmonary vein kerana ia bersambung dengan tempat yang bernama Left atrium. Peredaran Darah dalam Badan (The pathway of blood flow)
  • 7. Jika ada yang bertanya, dari manakah darah mula mengalir? Saya akan jawab: “Hanya ALLAH sahaja yang tahu”. Kenapa? … ini kerana ia umpama bertanyakan “yang mana dulu. Ayam atau telur ayam?” Dalam tubuh badan kita, darah akan sentiasa mengalir tanpa henti selagi kita masih bernyawa. Laluan darah ini pula akan sentiasa berpusing-pusing pada tempat yang sama seperti suatu kitaran. Oleh itu, kita tidak dapat menentukan dari mana darah mula mengalir atau akan berhenti. Walaubagaimanapun, rasanya lebih baik kita mulakan dari paru-paru iaitu tempat di mana darah mula mengambil oksigen untuk dihantar ke seluruh badan. Dari paru-paru ke Left atrium Di paru-paru, oksigen akan memasuki kapilari darah. Kapilari darah ini pula akan bergabung sesama sendiri untuk membentuk salur darah yang lebih besar yang dikenali sebagai Pulmonary vein. Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses oksigen berpindah dari alveolus ke kapilari darah). Dari Pulmonary vein, darah yang beroksigen ini akan menuju ke Left atrium iaitu bilik jantung yang pertama menerima darah beroksigen. Darah yang berada di Left atrium akan ditahan oleh Bicuspid valve sehinggalah Left atrium penuh dengan darah. Darah beroksigen (oxygenated blood) merentasi Bicuspid valve Apabila dinding Left atrium dirangsang untuk mengecut oleh impulse dari sistem saraf badan (nervous system), Bicuspid valve juga akan terbuka untuk membolehkan darah turun ke Left
  • 8. ventricle. Injap ini (valve) akan bertindak seperti pintu yang hanya membenarkan darah mengalir sehala iaitu dari Left atrium ke Left ventricle sahaja. Darah beroksigen berkumpul di Left ventricle Apabila semua darah telah turun ke Left ventricle, dinding Left ventricle pula yang akan mengecut. Keadaan ini akan menyebabkan darah di dalamnya tertolak ke atas. Cuba bayangkan anda sebagai sel darah merah yang berada di situ, ada berapakah lubang laluan darah dari Left ventricle ini?... Untuk membantu imaginasi anda, sila lihat semula gambarajah jantung manusia. Dalam mempelajari sains, adakalanya, kita mesti menggunakan daya imaginasi untuk memahami sesuatu fakta. Malah ahli sains semuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi sehingga mereka mampu mencipta sesuatu dan membuat jangkaan tentang sesuatu perkara. Laluan dari Left ventricle ini ada dua, satu menuju ke Aorta dan satu lagi bersambung dengan Left atrium yang dibatasi oleh Bicuspid valve sebagai pintu laluannya. Dengan mengecutnya dinding Left ventricle, ini akan menyebabkan darah boleh mengalir ke Aorta atau ke Left atrium. Aorta adalah laluan penting untuk menghantar darah beroksigen ke seluruh badan, namun jika darah di hantar ke Left atrium, ia akan menuju kembali ke paru-paru. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana darah itu sudahpun beroksigen dan ia akan melambatkan lagi sel-sel badan menerima oksigen dari darah. Oleh itu, semasa dinding Left ventricle mengecut, Bicuspid valve akan tertutup bagi mengelakkan darah berpatah balik ke Left atrium. Dengan itu juga, dapatlah darah dari Left ventricle menuju ke Aorta dan ke seluruh badan.
  • 9. Seperkara lagi yang perlu anda fahami tentang keadaan di Left ventricle ialah, ia mempunyai otot dinding yang paling tebal berbanding otot dinding bilik jantung yang lain (the muscular wall of left ventricle is the thickest and the strongest wall among the others). Otot yang sangat tebal dan kuat ini penting bagi membolehkan darah dipam kuat ke seluruh badan sehingga ke tempat yang paling jauh dari jantung. Jika tidak, darah mungkin tidak dapat sampai ke hujung-hujung kaki. Keadaan semasa melalui Aortic Semilunar Valve Apabila darah dipam keluar dari Left ventricle, ia akan menuju ke salur darah utama dalam badan manusia iaitu Aorta. Walaubagaimanapun, sebelum itu, ia mesti melalui satu lagi pintu utama iaitu Aortic semilunar valve (atau juga dikenali sebagai Aortic valve). Pintu injap ini (valve) akan menghalang darah yang mengalir ke Aorta untuk berpatah balik ke Left ventricle. Gambarfoto di atas menunjukkan rupa sebenar Aortic valve dari pandangan atas (iaitu dari salur Aorta). Cuba bayangkan, yang mana lebih mudah? Darah mengalir dari bawah ke atas salur darah ini atau darah cuba turun semula ke bawah? Sudah pasti darah lebih sukar turun ke bawah kerana bentuk pintu injapnya (valve) akan menyebabkan darah terkumpul di situ dan menghalang ianya daripada terbuka. Dari Aorta ke seluruh badan Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Aorta (disebut dalam bahasa inggeris: E’ekor’ yo ta) merupakan salur darah terpenting dalam tubuh manusia. Ia juga merupakan salur darah paling besar dan lumennya paling senang dilihat. Jika anda membantu ibu membasuh jantung ayam, cuba cari salur Aorta ini. Pada jantung ayam, anda akan jumpa satu lubang di bahagian atas yang muat-muat untuk memasukkan kepala mancis. Itulah salur Aorta.
  • 10. Ia juga merupakan sejenis artery (salur darah yang bawa darah keluar jantung) paling tebal dindingnya. Oleh itu, ia juga merupakan salur darah paling kuat berbanding salur-salur darah yang lain. Dinding Aorta paling tebal kerana ia dilingkungi oleh tisu-tisu otot yang paling banyak. Semua ciri-ciri yang saya nyatakan ini amat penting kerana Aorta merupakan salur darah pertama yang menerima darah pada tekanan yang sangat tinggi (ini kerana ia baru sahaja dipam dengan kuat oleh Left ventricle). Tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan salur darah pecah jika tidak dilindungi oleh tisu-tisu otot yang kuat dan kenyal. Keadaan ini juga menunjukkan bahawa darah beroksigen yang melalui Aorta bergerak dengan sangat laju dan bertekanan tinggi. Keadaan ini tidak memungkinkan darah-darah itu berpatah balik ke jantung semula. Oleh itu, tiada injap (valve) diperlukan sepanjang salur artery ini. Sekali lagi cikgu minta anda bayangkan (berimaginasi) akan keadaan yang penuh sesak di dalam salur Aorta. Malah, semua darah sedang berpusu-pusu menuju ke sel-sel badan dalam keadaan satu arah sahaja (seperti keadaan sesak di pintu tol lebuh raya). Sekiranya, ada satu-satu darah (umpama kereta di pintu tol tadi) yang cuba berpatah balik, mudahkah agaknya? Sudah tentu saaaangat susah. Sebelum sampai ke organ-organ badan tertentu, Aorta akan bercabang-cabang membentuk salur artery yang lebih kecil. Semakin jauh dari Aorta, semakin kecil salur artery ini sehingga ia membentuk “arteriol”. Arteriol inilah yang akan bercabang-cabang lagi membentuk blood capilary yang hanya setebal satu sel sahaja. Cikgu kurang pasti sama ada, anda perlu kenal dan faham atau tidak tentang arteriol. Setahu cikgu, perkataan ini tidak dijumpai dalam mana-mana kertas soalan PMR sebelum ini. wALLAHua’lam. Jika ada, harap dapat bagitau saya.
  • 11. Pertemuan di sel-sel badan Darah beroksigen yang sampai di kapilari darah, kini bergerak semakin perlahan. Ini kerana salur kapilari darah terlalu kecil sehingga ada yang sekadar dapat memuatkan satu sel darah merah sahaja dalam satu salur (umpama beberapa orang pelajar yang berjalan dalam satu barisan). Perpindahan oksigen dari sel darah merah ke sel-sel badan berlaku disebabkan oleh perbezaan dari segi kepekatan oksigen antara dua tempat tersebut. Oleh kerana sel darah merah mengangkut oksigen, maka ia mempunyai kandungan oksigen paling tinggi berbanding sel badan. Sedangkan sel badan pula, walaupun sering menerima gas oksigen, ia akan segera menukarkan gas ini ke bentuk yang lain (iaitu proses respirasi yang menukarkan oksigen dan glukosa kepada gas karbon dioksida, air dan tenaga). Oleh itu, gas oksigen akan meresap keluar dari sel darah merah dan masuk pula ke dalam sel-sel badan. Keadaan ini berlaku di sekitar kapilari darah yang mengelilingi sel-sel badan. Tekanan darah di sini pula sangat rendah berbanding di dalam Aorta mahupun artery. Apabila darah telah kehilangan oksigen, warnanya berubah menjadi agak pucat dan ia mengalir pula melalui kapilari darah yang menuju salur darah vein (atau spesifiknya venul). Venul adalah salur darah vein yang lebih kecil. Beberapa venul akan bergabung membentuk vein. Untuk pengetahuan semua, bukan semua sel darah merah akan kehilangan oksigen. Cuma, jumlah sel darah merah yang mempunyai oksigen mungkin terlalu kecil.
  • 12. Seterusnya, ia akan diangkut ke jantung semula melalui vena cava. Perjalanan di sepanjang Vena cava Seperti yang diterangkan sebelum ini, darah yang telah kehilangan oksigen ini (deoxygenated blood) akan melalui venul dan seterusnya ke vein. Beberapa vein ini pula akan bergabung membentuk salur darah Vena cava. Vena cava adalah salur darah yang penting kerana ia salur pertama yang membawa darah kurang oksigen (deoxygenated blood) ke jantung. Berdasarkan namanya, vena cava merupakan salah satu contoh vein. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan artery. Sebagai contoh, vein mempunyai saiz lumen yang lebih besar dan berdinding otot yang agak nipis. Namun, ia tidaklah senipis kapilari darah. Selain daripada itu, ia juga mempunyai injap (valve) di sepanjang salurnya sehingga menuju ke jantung. Ia boleh ditemui di kawasan-kawasan nadi seperti di bawah rahang berhampiran dengan leher dan telinga. Ia juga terdapat di pergeralangan bawah tangan dan belakang lutut. Dinding vein lebih nipis dan kurang kenyal berbanding artery kerana darah yang melaluinya bergerak agak perlahan dan bertekanan rendah. Dengan kata lain, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) yang melaluinya berupaya untuk berpatah balik ke sel-sel badan. Ini ditambah pula, kebanyakan vein membawa darah ke atas iaitu melawan arah tarikan graviti bumi. Keadaan ini memungkinkan darah untuk berpatah balik ke bawah. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku sehingga mengurangkan darah yang pergi ke jantung dan paru-paru, injap (valve) wujud di sepanjang salur darah ini.
  • 13. Akhirnya, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan sampai ke jantung iaitu Right atrium. Kerana itulah, Right atrium dikatakan tempat pertama dalam jantung yang menerima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Dari Right atrium ke Right ventricle Di dalam Right atrium, darah akan dipenuhkan dulu sama seperti yang berlaku di dalam Left atrium sebelum ini. Malah, untuk pengetahuan anda, peristiwa darah berkumpul di Left atrium dan darah berkumpul di Right atrium adalah hampir sama. Oleh itu, apabila bilik Left atrium mengecut, bilik Right atrium juga mengecut. Dalam perjalanannya ke Right ventricle, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan melalui injap yang bernama Tricuspid valve terlebih dahulu. Sama seperti fungsi mana-mana injap sebelum ini, ia bertindak untuk menghalang darah dari berpatah balik ke laluan sebelumnya. Dalam kes ini, Tricuspid berfungsi untuk menghalang darah dari Right ventricle daripada masuk semula ke Right atrium. Di dalam Right ventricle Apabila darah telah berkumpul di Right ventricle, sekali lagi, darah ini akan dipam keluar ke Pulmonary artery melalui injap Pulmonary Semilunar Valve. Sebagaimana yang berlaku pada Right atrium, dinding Right ventricle juga mengecut hampir serentak dengan pengecutan dinding Left ventricle. Pulmonary valve ini juga akan tertutup untuk menghalang darah terdeoksigen mengalir semula ke bawah (Right ventricle).
  • 14. Perjalanan darah ke paru-paru (lungs) Sesiapa yang telahpun mempelajari Chapter 3 Science Form 3, anda pasti menjumpai perkataan renal artery dan renal vein. Perkataan renal bermaksud buah pinggang. Oleh itu, renal artery ialah salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang. Manakala, renal vein bermaksud salur darah yang membawa darah dari buah pinggang kembali ke jantung. Keadaan yang sama juga berlaku pada sel-sel, tisu-tisu, organ-organ dan sistem-sistem lain dalam tubuh manusia. Contohnya, hati dalam istilah sains disebut “hepar”. Oleh itu, salur darah yang membawa darah dari jantung ke hati dikenali sebagai hepar artery. Bagaimana pula dengan salur darah yang membawa darah dari hati kembali semula ke jantung? Imbas kembali: Artery = salur darah yang membawa darah keluar dari jantung Vein = salur darah yang membawa darah masuk ke jantung Renal = buah pinggang/ ginjal (kidney) renal artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang
  • 15. renal vein = salur darah yang membawa darah dari buah pinggang ke jantung hepar = hati (liver) – jangan keliru ya, hati tak sama dengan jantung. Hati terletak di sebelah perut dan di bawah paru-paru kanan hepar artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke hati ??? = salur darah yang membawa darah dari hati ke jantung Jawapannya ialah … hepar vein Ok, cikgu nak uji sekali lagi, apakah yang dimaksudkan dengan pulmonary artery dan pulmonary vein? Untuk pengetahuan anda, pulmonary bermaksud paru-paru (lungs). Fikirkan… jawapannya anda akan dapat lihat di bawah gambar ini. Tetapi, fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda melihat keputusannya. Adakah anda seperti ini setiap kali belajar di sekolah atau di rumah?? Hhehhh……. Kalau anda comel macam arnab ni mase tido, takpe la jugak. Hahahahaha
  • 16. Pulmonary artery bermaksud salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dan menuju ke paru-paru. Manakala, pulmonary vein ialah salur darah yang membawa darah dari paru-paru ke jantung semula. Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapati salur Pulmonary artery adalah salur darah yang membawa darah dari jantung (iaitu Right ventricle) ke paru-paru. Oleh kerana paru-paru kita ada dua iaitu di kanan dan kiri, salur darah ini mempunyai dua cabang utama yang boleh dilihat berhampiran dengan Aorta. Kebanyakan buku akan mewarnakannya biru. Sebenarnya, salur ini tidaklah berwarna biru. Ia sengaja diwarnakan biru sekadar untuk menunjukkan darah di dalamnya adalah dari jenis terdioksigen (deoxygenated blood). Apabila, darah sampai ke dalam paru-paru, ia akan melalui salur-salur yang lebih halus (blood capillary) yang mengelilingi alveolus untuk mengambil semula oksigen dari sana dan menghantarnya semula ke seluruh badan. Dan… kitar ini akan terus berulang semula di mana dari kapilari darah, ia akan bercantum membentuk Pulmonary vein seperti yang diterangkan di peringkat awal subtajuk ini (iaitu tajuk “Dari paru-paru ke Left atrium”). Ringkasan kepada pengaliran darah manusia Jika anda sekadar membaca teks di atas, anda mungkin masih tidak nampak bagaimana darah mengalir di seluruh badan secara lebih jelas. Oleh itu, saya senaraikan ia mengikut turutan seperti berikut: 1. Paru-paru (lungs) – darah menjadi beroksigen (oxygenated blood)
  • 17. 2. Pulmonary vein – salur darah yang mengandungi darah beroksigen 3. Left atrium – bilik jantung pertama terima darah beroksigen 4. Bicuspid valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left atrium ke Left ventricle 5. Left ventricle – bilik jantung kedua terima darah beroksigen, berdinding sangat tebal. Berfungsi mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan. Bilik jantung paling penting 6. Aortic valve – injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left ventricle ke Aorta 7. Aorta – salur darah artery paling penting. Paling besar, berdinding paling tebal, paling kenyal untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di dalamnya. Tiada injap. 8. Sel-sel badan – terima oksigen dari darah. Tempat berlakunya respirasi sel (cell respiration) yang membebaskan karbon dioksida, air dan tenaga 9. Vena cava – salur darah pertama terima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Ada valve, berdinding agak nipis, lumen besar. Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan bertekanan rendah 10. Right atrium – bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen 11. Tricuspid valve – injap yang memastikan darah mengalir dari Right atrium ke Right ventricle 12. Right ventricle – bilik kedua terima darah terdeoksigen. Berdinding tebal sedikit berbanding Right atrium tetapi tidaklah setebal Left ventricle. Mengepam darah ke paru-paru 13. Pulmonary valve – memastikan darah hanya mengalir dari Right ventricle ke Pulmonary artery
  • 18. 14. Pulmonary artery – salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembalik ke paru-paru untuk mengambil oksigen semula Jika anda perhatikan betul-betul, cikgu beberapa kali menggunakan perkataan “salur darah” di pangkal Pulmonary artery, Aorta, Vena cava dan Pulmonary vein. Ini bagi mengingatkan para pelajar bahawa keempat-empat struktur ini adalah sejenis salur darah. Mereka tidak seperti Right atrium, Right ventricle, Left atrium dan Left ventricle yang merupakan sejenis bilik jantung (heart chamber). Pening? Pening sebab cikgu ulang banyak kali??... hahaha Saje je, sebab dah banyak kali cikgu jumpa pelajar yang masih tidak dapat membezakan 4 bilik jantung, 4 salur darah dan 4 injap (valve). Ish… ish… ish… bagi mereka yang dah faham, AlhamduliLLAH cikgu ucapkan kerana dipermudahkan ALLAH untuk memahaminya. Untuk ulangkaji, lebih baik anda hanya menumpukan pada senarai ringkasan pengaliran darah di atas, bukannya keseluruhan teks seperti yang dinyatakan panjang lebar sebelumnya. Tujuan cikgu menyediakan teks yang begitu panjang lebar dan terlalu detail ini adalah sekadar untuk memahamkan para pelajar. Once, anda sudah faham apa yang berlaku pada satu-satu kawasan, anda hanya perlu menajamkan ingatan untuk mengingati perjalanan darah dari paru-paru ke seluruh badan.