2. Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang
dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat
Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas
mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu
hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap
mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu
3. Firman Allah SWT
:"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan
azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka
segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati
Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan
tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang
demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-
Jumu'ah: 9)
4. Sabda Rasulullah SAW
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang
Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia:
hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan
orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).
5. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah
kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap
individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini
akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima
balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang
yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan
akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka
semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
6. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang
yang musafir.
7. 1.Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2.Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu
tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan,
padang dan sebagainya.
3.Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40
orang yang tinggal tetap di kawasan itu
4.Didahului dengan dua khutbah
8.
9. Hadith:
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka
mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar,
sabdanya:Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan
mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka
betul-betul menjadi orang yang lalai?
Huraian Hadith:
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya
adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah
ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan
dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-
kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa
segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan
solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i
sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu
tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka
hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam
beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi
menjaga kesucian agama