3. PERATURAN DAN
PEKELILING
Peraturan adalah segala yang telah
ditentukan dan mesti dituruti. Ia adalah
undang-undang yang telah ditetapkan
untuk menentukan ketenteraman,
keharmonian dan kelancaran perjalan
aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau
sekolah
Peraturan-peraturan ini telah dibuat oleh
pihak kementerian dan perlu dipatuhi oleh
setiap sekolah
Pelajar juga mempunyai peraturan yang
perlu dipatuhi untuk membentuk peribadi
dan tingkah laku pelajar bersesuaian
dengan prinsip Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Contoh:
Peraturan-Peraturan Pendidikan yang
mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998
Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Penggal, Hari Cuti Sekolah) 1998
Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Prasekolah) 1997
Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil
atau Diploma Politeknik) 1997.
PERATURAN DAN
PEKELILING
4. Pekeliling dan surat siaran merupakan
dokumen rasmi oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk para guru dan
pihak sekolah. Setiap tindakan perlu
merujuk kepada pekeliling atau surat
siaran yang dikeluarkan.
Antara pekeliling yang dikeluarkan oleh
pihak kementerian adalah pekeliling
ikhtisas, pekeliling kewangan, pekeliling
perolehan dan pekeliling jabatan.
Contoh:
o Pekeliling RPH – Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran
merupakan perkara wajib bagi setiap
guru.
o Pekeliling Pakaian Penjawat Awam –
Jubah bukan pakaian rasmi waktu
bertugas.
PERATURAN DAN
PEKELILING
PERATURAN DAN
PEKELILING
5. Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan
kompetensi professional yang patut dicapai
oleh guru dan keperluan yang disediakan
oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi membantu mencapai tahap kompetensi
yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan
melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi
penambahbaikan berterusan.
Standard Guru Malaysia
6. Mengenalpasti tahap kompetensi professional guru dalam aspek
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman
serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran;
Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi
guru yang ditetapkan tercapai;
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenalpasti dasar dan strategi
pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar
dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.
TUJUAN SGM
7. Masalah pelanggaran etika oleh guru seperti
masalah disiplin yang melibatkan tugas keguruan
dan murid seperti guru tidak masuk kelas, ponteng
atau membuat kerjaya sambilan dan masalah guru
bergaduh dengan murid atau mencabul kehormatan
murid
Guru terpaksa berhadapan dengan kerenah ibu
bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan dan
pertubuhan
Tuntutan perubahan semasa seperti perubahan
pentadbiran dan pengurusan selain kemajuan
teknologi. Ada guru yang mengalami kesukaran
untuk mengaplikasikan teknologi dalam PdP
Beban guru yang masih banyak walaupun
terdapat langkah proaktif yang dimainkan oleh
pihak kementerian buat masa sekarang. Masih
ada guru yang bekerja di hari selain hari sekolah
dan tertekan dengan beban kerja yang menimbun
ISU-ISU PROFESION
PERGURUAN
ISU-ISU PROFESION
PERGURUAN