1. OBJEKTIF:
Pada akhir aktiviti, para pelajar dapat:
1. Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
2. Menyatakan sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union 1946
3. Menceritakan tindakan penentangan orang Melayu terhadap
Malayan Union 1946
4. Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
5. Menyatakan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
6. Menjelaskan usaha-usaha ke arah kemerdekaan negara
7. Menjelaskan kepentingan semangat setia kepada negara
2. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan
Pentadbiran Tentera British yang dijalankan di
Tanah Melayu sejak bulan September 1945.
Malayan Union ditentang hebat oleh
orang Melayu.
Kerajaan Malayan Union telah
diisytiharkan pada 1 April 1946 di
King’s House
(Carcosa Seri Negara),
Kuala Lumpur.
3. Semua Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri Melayu
Tidak Bersekutu serta 2
Negeri Selat disatukan.
Seorang gabenor British
yang dilantik Baginda Ratu
England akan mengetuai
Malayan Union.
Majlis Eksekutif dan
Majlis Undangan Malayan
Union dibentuk.
Singapura diasingkan
kerana kepentingannya
sebagai pelabuhan bebas.
Kewarganegaraan
sama rata dengan
prinsip jus soli
menjadi asas
kerakyatan Malayan
Union.
Raja-raja Melayu
menjadi ahli Majlis
Raja-raja Melayu
yang hanya
membincangkan soal
agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
Seorang Pesuruhjaya
Negeri dilantik bagi
setiap negeri sebagai
ketua pentadbir.
4. Sir Harold Mac
Michael mengugut
Raja-Raja Melayu
bahawa baginda akan
diturunkan takhta jika
enggan menerima
Malayan Union.
Kebanyakan sultan tidak diberikan
masa cukup untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri.
Terdapat sultan yang
menandatangani
Perjanjian Malayan
Union atas dasar setia
kawan kepada British.
Raja-raja Melayu
akan hanya menjadi
ahli Majlis Raja-Raja
Melayu tanpa
sebarang kuasa.
Raja Melayu
kehilangan tahta dan
kredibiliti sebagai
ketua orang Melayu
Walaupun Raja
Melayu masih
membincangkan soal
agama Islam tetapi
zakat fitrah dipungut
di bawah nama
Gabenor Malayan
Union, maka, orang
Melayu bimbang
agama Islam tercabar.
Pemberian kerakyatan yang longgar
kepada orang dagang dilihat akan
mengancam status quo orang Melayu
sebagai peribumi.
Orang Melayu
bimbang akan
kehilangan warisan
tamadun yang telah
dibina oleh kerajaan
Melayu seperti
Kesultanan Melayu
Melaka.
5. Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union
◘ Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
menyuarakan bantahan secara berterusan.
◘ Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara
damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Raja-Raja Melayu.
◘ Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk
menentang Malayan Union.
◘ Persatuan Melayu menghantar telegram dan surat
bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
◘ Pada 23 Januari 1946, Dato’ Onn Ja’far menyeru orang
Melayu berkongres dan menubuhkan U.M.O sebagai benteng
menentang Malayan Union.
◘ Kongres Melayu telah diadakan dari
1 hingga 4 Mac di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru dan dihadiri
oleh 41 buah persatuan dari seluruh
Semenanjung Tanah Melayu.
◘ Kongres Melayu bersetuju
menubuhkan UMNO untuk
menentang Malayan Union.
6. ◘ Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan
Malayan Union.
◘ Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar
besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli
Parlimen British.
◘ Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada April
1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli
parlimen British.
7. Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948 melalui Perjanjian
Persekutuan Tanah
Melayu yang menggantikan
Perjanjian Malayan
Union. Perjanjian
ini ialah hasil desakan
orang Melayu yang menuntut
British supaya
mempertimbangkan pendapat dan
kehendak mereka dalam
sebarang perubahan politik di
Tanah Melayu. Perjanjian ini
juga menunjukkan kejayaan orang tempatan menentang penjajahan British
terhadap Tanah Melayu
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
8. Faktor-faktor Pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
◘ Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union
di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar.
◘ Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada semua
golongan raja dan rakyat, mengatasi pihak lain yang
menyokong Malayan Union.
◘ Sikap politik Melayu yang sederhana seperti hanya
menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan
memujuk Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union
mendorong British menerima kehendak mereka. Mereka tidak
mengangkat senjata seperti PKM.
◘ British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana UMNO
tidak menuntut kemerdekaan sebaliknya mereka hanya
menuntut rundingan untuk menolak MalayanUnion.
◘ Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan
penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara
kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk
tempatan.
9. ◘ Sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris
seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt,
Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi
yang menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
◘ Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent
dan L.D Gammans..
13. ◘ Setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi
dalam Pilihan Raya MPP 1955, Tunku
Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua
Menteri dan membentuk kabinet.
◘ Beliau telah mengetuai rombongan
rundingan kemerdekaan ke London pada
Februari 1956.
◘ Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul
Rahman, Dato’Abdul Razak Hussein dan
Kolonel H.S.Lee.
◘ 4 wakil Sultan pula ialah Dato’ Panglima
Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmed Kamil,
Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd
Seth.
14. ◘ Perundingan itu dipengerusikan oleh
Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha
Tanah Jajahan Britsh.
◘ Rundingan tersebut berlangsung dari
18 Januari hingga 8 Februari 1956.
◘ Dalam rundingan itu, sebuah suruhanjaya
bebas untuk mengkaji perlembagaan telah
dibentuk.
◘ Pihak British setuju memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957.
◘ Tunku telah membuat pengisytiharan tarikh
kemerdekaan itu di Bandar Hilir, Melaka.
15. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri.
Institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan
negara
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang
Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima
16. Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah
kuasa Parlimen
Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.
17.
18. Merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan
Perdana Menteri Pertama
Melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan
murni antara kaum, kemerdekaan dapat dicapai dengan
penuh harmoni dan gemilang.
Merupakan Timbalan Presiden UMNO dan
Timbalan Perdana Menteri.
Menjadi perunding dalam tuntutan
kemerdekaan di London pada tahun 1956.
Menjadi perunding dalam menyiapkan
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata
Pendidikan 1956 yang menggubal sistem
pendidikan kebangsaan negara yang
dikenali sebagai Penyata Razak 1957.
Dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang kedua pada tahun 1970.
Merupakan tokoh MCA yang
telah memulakan kerjasama
antara kaum sehingga
mencetuskan idea penubuhan
Parti Perikatan.
Parti ini bekerjasama dengan
UMNO dan MIC bagi
mendapatkan kemerdekaan
negara pada tahun 1957.
Merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku
Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai
tonggak kemerdekaan negara yang kukuh.
Menyeru kaum India supaya berikan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada negara ini.
TUNKU ABDUL RAHMAN
TUN ABDUL RAZAK
TUN H.S. LEE TUN V.T SAMBANTHAN
19. Kepentingan negara
dapat dijaga.
Maruah
negara akan
terpelihara
Sanggup berkorban
untuk negara
Tidak membocorkan
maklumat rahsia negara
Sama-sama menjaga
negara tanpa mengira
perbezaan kaum,
agama dan bangsa
Disediakan oleh:
Penyelaras Pengajian Malaysia KVKK