1. PENUTUP
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan
sesuatu tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan
juga bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan
agama dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan kepercayaan
animisme dan yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda
mempunyai roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati
agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam sepeti banjir, kemarau, gempa
bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi amalan yang
penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang
sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan
perlindungan.
Secara umumnya, setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ciri-
ciri itulah yang membentuk jati diri dan identity sesuatu tamadun. Malahan sesuatu
tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun,
pertembungan antara tamadun telah memperdayakan lagi nilai-nilai yang ada pada
sesuatu tamadun. Salah faham antara masyarakat pelbagai agama adalah
disebabkan kurangnya pengetahuan dan ilmu terhadap sesuatu agama terutama
sistem kepercayaan, amalan-amalan, aspirasi sesuatu agama dan lain-lain. Di
samping itu juga perkara ini turut menyumbang kepada kegagalan dan mewujudkan
sikap prejudis terhadap sesuatu agama di dalam kehidupan.
Sesungguhnya, Islam merupakan suatu Manhaj Ilahi atau landasan hidup
yang digariskan oleh Allah untuk kesempurnaan hidup manusia. manhaj ini
terlaksana dengan usaha tenaga manusia sendiri dalam linkungan keupayaannya
dan dalam batas reality kehidupannya, sama ada bidang kebendaan atau
kerohaniannya.