SlideShare a Scribd company logo
1 of 94
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
PANDUAN UMUM GURU
PENDAHULUAN
Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Tugas Guru Mengenai beberapa
perkara tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama,
perhatian berat dan tindakan timbal guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras,
menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan
pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin. Dengan matlamat
itu, maka BUKU PANDUAN TUGAS GURU ini digubal dan disarankan kepada guru sebagai
panduan dan tindakan.
BAHAGIAN A :
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH
1. Perintah Am
Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang
terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki
membawa, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
2. Sikap Guru / Kakitangan Sekolah
Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik.
Antara lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:-
2.1. Menepati Masa – sekurang-kurangnya telah menghadirkan diri 10 minit
sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di sekolah,
memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi / apabila tiba
masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan.
2.2 Pakaian – Pakaian guru / kakitangan sentiasa sesuai untuk alam sekolah.
Guru lelaki tidak memakai kasut ala selipar, kemeja T, baju bercorak garang,
khasnya semasa bertugas formal. Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperti
yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri / Kementerian Pendidikan
hendaklah dipatuhi pada ketika-ketika berkenaan. Guru/Kakitangan wanita
berpakaian sesuai dengan sentiasa menyedari hakikat yang sekolah ini
merupakan sekolah menengah campuran.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai pakaian
yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan.
2.3 Misai / Janggut / Rambut – Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah
hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini
dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.
2.4. Merokok – Guru/Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
2.5 Budi Bahasa – Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik
dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga
sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.
1
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan
keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah.
2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil daya
usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya.
Berbincang dengan guru-guru kanan atau Pengetua apabila menghadapi
sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.
2.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya.
Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi
guru/kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan.
2.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan
murid/sekolah.
2.10 Menerbitkan nilai-nilai sihat/positif di kalangan murid/rakan sejawat di sekolah
ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk prasangka,
kumpulan dan sebagainya.
2.11 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa
membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan
sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah
Pendidikan Negara.
2.12 Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah melalui
saluran-saluran yang ada – peti cadangan, perjumpaan sesama guru,
mesyuarat dan sebagainya.
2.13 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai KUDAP/Seminar/Kursus/Program
Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini.
2.14 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.
Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang tergendala
itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di sekolah
tergendala kerana ketidakhadiran dirinya.
2.15 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan,
Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya
mengikut keperluan yang ditetapkan.
2.16 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak
jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua.
2.17 Terbuka kepada idea/kaedah yang baru dalam pendidikan.
2.18 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik
murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai
ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.
2.19 Memberi kerjasama/sumbangan kepada guru kanan/ketua kumpulan dalam
mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu
keputusan yang diambil oleh kumpulan itu.
2.20 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas
sekolah.
2
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2.21 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah
dengan kepentingan diri sendiri.
3. Kedatangan / Waktu Bertugas
3.1 Waktu bersekolah ialah seperti berikut:-
Isnin – Khamis : 7.20 pagi – 2.00 petang (Sidang Pagi)
: 12.50 tengah hari – 6.45 petang ( Sidang Petang)
Jumaat : 7.20 pagi - 12.05 tengah hari (Sidang Pagi)
: 2.30 petang - 6.45 petang ( Sidang Petang)
Kokurikulum : Mengikut jadual yang ditetapkan
3.2 Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari
persekolahan.
3.3 Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di
atas.
3.4 Guru-guru dikehendaki mengetik ‘Punch Card’ apabila tiba di sekolah dan
balik dari sekolah.
3.5 Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka
hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru
hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat
ataupun tidak dapat hadir).
4. Kebenaran Keluar
4.1 Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada.
4.2 Selepas diberi kebenaran, buku rekod meninggalkan kawasan sekolah
hendaklah diisi.
5. Cuti / Keuzuran
5.1 Pihak sekolah diberitahu segera/lebih awal jika terdapat keuzuran/
kecemasan/ cuti sakit.
5.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua dengan kadar
segera.
5.3 Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi
adalah tidak dibenarkan.
6. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan
6.1 Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang
munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.
3
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
6.2. Guru/Kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak
menjalankan tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan
diambil tindakan memotong gaji pada hari berkenaan.
7. Sijil Pendaftaran Guru/ Permit Mengajar
7.1 Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja.
7.2 Semua GSTT yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang
diperbaharui pada tiap-tiap tahun.
8. Pakaian
8.1 Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36)
bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru
perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion
perguruan.
8.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah
memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran
tersebut.
8.3 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri
upacara rasmi.
8.4 Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik
darjah/menghadiri upacara rasmi.
8.5 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru
dikehendaki berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara
rasmi.
9. Perhubungan Sesama Guru
9.1 Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga
diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru.
9.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan
dan fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid atau
kakitangan sekolah.
10. Bilik Rehat
10.1 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan
dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada
jawatankuasa ini.
10.2 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di
dalam Bilik Guru.
10.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak
mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching
4
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
dan bukannya free period. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa
tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
10.4 Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik guru.
10.5 Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama
bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman sekolah.
11. Inisiatif Guru
11.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi
melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.
11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan/
membincangkan/ memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada
Pengetua.
12. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran
12.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang
berkenaan ataupun kepada Pengetua.
12.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh
memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran,
Penolong Kanan atau pun kepada Pengetua.
13. Tugas Guru
13.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum
dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas
tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan
semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut.
13.2 Guru Tingkatan
13.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan.
Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah
ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. (Sila lihat
senarai tugas tersebut yang dilampirkan bersama di dalam buku ini)
13.3 Guru Bertugas Mingguan/Harian
13.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir
mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau
tiga orang guru akan diminta bertugas.
13.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru
Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan
dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua
5
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai tugas guru-
guru bertugas).
13.4 Kokurikulum
13.4.1 Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan
kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar
dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah
pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar-
pelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
13.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum,
tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut.
Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus,
lawatan, perbincangan mahupun dengan cara on the job training. Jika
ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam
bidang kokurikulum.
13.4.3 Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan
yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada
sikap guru itu sendiri.
13.4.4 Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di
kalangan guru mahupun murid.
13.4.5 Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting
mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan.
Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh
guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.
13.5 Pentadbiran Ikhtisas
13.5.1 Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas
seperti Guru Kelas, Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru
Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK
PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah,
Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.
13.5.2 Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya
usaha sendiri.
13.5.3 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
mahupun kokurikulum sebahagian besarnya bergantung kepada
keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah kita. Oleh itu, bidang ini
perlu diberi perhatian yang wajar.
14. Buku Rekod Mengajar
14.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan mereka
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling
Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu perlulah
disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa. Buku ini
diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Petang pada tiap-tiap
hari Jumaat untuk diperiksa dan ditandatangani. Jika Pengetua tiada, maka
6
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata
Pelajaran.
14.2 Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Pengetua
terlebih dahulu.
15. Jadual Waktu
15.1 Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan
juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah
disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.
15.2 Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu
untuk dipamerkan di kelas masing-masing.
15.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.
15.4 Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke
atas kelas/tugas yang ditetapkan.
16. Buku Rekod Kedatangan Murid
16.1 Tiap-tiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan
untuk kegunaan tingkatannya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi
maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan
mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di
bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut.
16.2 Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru Tingkatan sendiri
pada hari mengajar pada waktu kedua (second period).
16.3 Buku ini diambil dari Bilik Guru Kanan dan hendaklah disimpan semula di
tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk
membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir/tidak
hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini
semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.
16.4 Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Pengetua/Guru Penolong
Kanan/GPK HEM/Penolong Kanan Petang/guru yang telah ditugaskan oleh
Pengetua khas untuknya.
17. Menghukum Murid
17.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.
Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-
murid.
17.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada
pengetahuan Pengetua/GPK GPK HEM atau Guru Disiplin/JK Disiplin.
7
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
18. Kad 001/002
18.1 Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemas kini kad-kad ini pada tiap-tiap
awal tahun.
18.2 Kad ini hendaklah diserahkan kepada Kaunselor apabila diminta.
19. Buku Teks (SPBT)
19.1 Guru-guru tingkatan dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim
Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa
Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29) bertarikh
12 Oktober 1978 dirujuk.
19.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan
dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan.
20. Keselamatan Harta Benda Sekolah
20.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta
benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa
kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya
memecahkan cermin tingkap).
20.2 Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya
Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.
21. Kebersihan
21.1 Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi
kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini.
Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru
Tingkatan. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan
disimpan dengan selamat.
21.2 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik
khas/tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains
pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.
21.3 Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
22. Kutipan Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan
22.1 Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan yang dikutip untuk sekolah adalah
seperti yang ditetapkan.
22.2 Guru-guru tingkatan akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran tersebut.
Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan
kepada murid-murid yang membayar yuran.
8
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
22.3 Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari
yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah
memastikan mereka diberi resit oleh pihak sekolah dan menyimpan resit-resit
tersebut.
22.4 Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk
yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada
Pengetua.
23. Surat Menyurat
23.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan
melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.
24. Surat-Surat Yang Diterima
24.1 Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada
guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah
mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.
24.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan
melalui dan salinan kepada Pengetua surat itu boleh disimpan oleh guru di
dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.
24.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkan surat
tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu hendaklah :-
24..3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam
simpanannya (jika perlu dan berkaitan)
24..3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
24..3.3 Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat.
24.4 Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya
ditandatangani oleh Pengetua, kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan
bagi pihak Pengetua.
25. Pergi Ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor
25.1 Dari masa ke masa, mungkin ada guru-guru yang terpaksa ke JPNJ untuk
satu-satu hal yang tertentu yang berkaitan dengan masalah perkhidmatan
dan sebagainya.
25.2 Untuk tujuan ini, guru-guru dikehendaki memenuhkan dan membawa borang
yang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat sekolah.
9
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
26. Pelawat
26.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua atau Guru
Penolong Kanan terlebih dahulu.
26.2 Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua.
27. Membeli Barang
27.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah
melengkapkan borang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat.
Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pejabat untuk tindakan
selanjutnya.
27.2 Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh
memberitahu mengenainya kepada Pengetua dan kebenaran akan diberi
supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan
ke sekolah.
28. Perpustakaan Sekolah
28.1 Disebabkan perpustakaan sekolah ini kecil, guru-guru hendaklah memastikan
terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum
membenarkan murid-murid ke perpustakaan.
29. Kegiatan Kokurikulum
32.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat/Guru Penjaga dan
sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.
30. Mengajar Luar Waktu Sekolah
30.1 Kebenaran daripada Pengetua/Pengarah Pendidikan perlu diperoleh terlebih
dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.
30.2 Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20 of
The Assisted School ( Management) Rules 1962 perlu dirujuk.
31 Perhimpunan Sekolah
31.1 Pihak sekolah mengadakan perhimpunan harian (Selasa–Jumaat) dan
perhimpunan rasmi (Isnin).
31.2 Semua guru dikehendaki menghadirinya. Guru akan menyanyikan bersama-
sama dengan murid lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor, lagu Sekolah dan
lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
10
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
32. Mesyuarat Guru-Guru
32.1 Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru.
Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru.
33. Mesyuarat Jawatankuasa
33.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di
sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil
dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.
33.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa,
hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan
kepada Pengetua dengan kadar segera.
34. Latihan Kebakaran
34.1 Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti.
Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa hari
persekolahan.
34.2 Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang
terkandung di dalam surat arahan tersebut.
35. Keahlian Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan serta PIBG
35.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada
Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan.
35.2 Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai
Besar.
36. Lawatan Sambil Belajar
36.1 Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah
murid-murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu
dengan Pengetua dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Setelah itu,
segala prosedur mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibu
bapa/penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat
mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
36.2 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang
melibatkan murid-murid sekolah, ataupun menggunakan nama sekolah tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Pengetua dan
juga tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Juga dilarang guru-guru
menganjurkan lawatan yang berbentuk berkelah.
36.3 Semasa lawatan dijalankan guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi
dan mengawal murid-murid dengan baik.
36.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah
menyampaikan laporan bertulis mengenainya kepada Pengetua.
11
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
36.5 Guru-guru Unit Beruniform yang ingin membawa murid-murid untuk
berkhemah, hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan Pengetua.
37. Mengiringi Pasukan Sekolah
37.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu,
di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan
mengenainya.
37.2Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut,
prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah
mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka
38. Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah
38.1 Kedua-dua cogan kata tersebut adalah hasrat dan harapan kerajaan
terhadap sikap kakitangannya.
38.2 Guru-guru dikehendaki memahami, menghayati serta mengamalkan dan
menjadikannya sebagai panduan.
39. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
39.1 Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah,
matlamat dan objektif sekolah.
39.2 Oleh itu, mereka hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi
membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut
berfungsi dan bermakna.
40. Buku Stok
40.1 Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku
stok seperti Sains, Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Pendidikan Jasmani,
Sukan dan sebagainya.
40.2 Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan bahawa maklumat-
maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas
kini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Guru
Penolong Kanan.
41. Buku Rekod Pengambil Barang Dari Pejabat
41.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki
mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka
memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya.
41.2 Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil
dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan
pembaziran.
12
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
41.3 Segala barang/alatan dipinjam dari pejabat, guru hendaklah
mengembalikannya semula selepas digunakan.
42. Tanda Nama
42.1 Semua guru dan kakitangan dikehendaki sentiasa memakai tanda nama
mereka pada hari persekolahan, pada hari-hari keramaian di sekolah dan
juga semasa menghadiri sebarang majlis di luar sekolah.
43. Kebersihan/Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah
43.1 Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam
tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan
keselamatan bilik darjah masing-masing.
43.2 Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang
digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-
murid.
43.3 Guru tingkatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka
mempunyai perkara-perkara berikut ;
43.3.1 Misi dan Visi Sekolah
43.3.2 Jadual Waktu
43.3.3 Jadual Bertugas
43.3.4 Carta Organisasi Kelas
43.3.5 Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
43.3.6 Pelan Kedudukan Murid
43.3.7 Penyapu
43.3.8 Penyodok Sampah
43.3.9 Baldi Kecil
43.3.10 Kain Lap
13
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
BAHAGIAN B :
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Masuk Kelas Menepati Waktu
Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.
2. Kawalan Murid
Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap
bahawa ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu perlu memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dalam perkara ini dengan pihak sekolah.
3. Perlakuan Waktu Mengajar
Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan
teratur, apabila mereka mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai
kecuali dengan sebab-sebab kesihatan.
4. Alat Mengajar/ Bahan Sumber
4.1. Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar
dan bahan sumber yang sesuai untuk tujuan melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
4.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya
hendaklah digunakan di dalam pengajaran.
4.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-
alat tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh
diambil dan disimpan oleh guru-guru sahaja.
5. Alat Sukan
5.1. Semua jenis alatan yang disediakan oleh pihak sekolah perlu diawasi dengan
teliti. Hanya guru dan Ketua Murid/Ketua Pasukan dibenarkan mengambil
alatan itu. Stor alatan perlu dijaga dengan sempurna.
6. Buku Rampaian/Buku Nota Murid
6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya hanya menggunakan
buku rampaian yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk kegunaan
mereka.
6.2 Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan
bersih, kemas dan teratur.
14
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
6.3 Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku-
buku nota murid ini kepada Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan
Petang/Guru Penolong Kanan apabila diminta.
7. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya
7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap
yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di rumah,
guru hendaklah memberikannya.
7.2 Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa
kerap yang boleh.
7.3 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan dan
keupayaan murid.
7.4 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan
dijalankan secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru-
guru tidak dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih
dari satu minggu di Bilik Guru.
7.5 Guru juga dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari masa ke masa
untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur.
8. Ujian Bulanan
8.1 Dari masa ke masa guru-guru akan menjalankan ujian bulanan dan juga ujian
penggal. Sila rujuk kalender sekolah mengenai ujian bulanan dan penggal.
8.2 Bagi ujian bulanan, guru-guru diminta menjalankan pada bulan yang telah
ditetapkan dan markah-markah hendaklah dimasukkan di dalam ruang yang
berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru.
8.3 Bagi Ujian Penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari masa ke
masa dan guru-guru dikehendaki mematuhi arahan.
9. Pemantauan Pengetua
9.1 Pemantauan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk
melihat situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
10. Pemantauan Oleh Nazir Sekolah /Pegawai JPN, PPD
10.1 Dari masa ke masa sekolah ini akan didatangi oleh Nazir Sekolah atau
Pegawai-pegawai lain untuk memeriksa keadaan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran yang tertentu.
10.2 Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
mereka. Guru-guru boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan bukan
hanya setakat mendengar dan menerima arahan sahaja.
15
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
11. Guru Ganti
11.1 Guru-guru yang ditugaskan untuk menggantikan bagi guru-guru yang tidak
hadir ke sekolah, hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan guru
tersebut hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya tidak
mengganggu kelas-kelas yang lain (Sila rujuk bahagian panduan guru ganti
dalam Buku Panduan Guru)
11.2 Tugas-Tugas Pengganti (Guru Ganti)
11.2.1 Penolong Kanan/Guru Jadual waktu akan menyediakan Jadual Waktu
Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada hari tersebut.
11.2.2 Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib patuhi.
12. Perhubungan/Interaksi Guru Murid
12.1 Dalam usaha untuk membolehkan wujudnya situasi dan suasana yang sesuai
untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, guru
hendaklah berusaha untuk mewujudkan perhubungan/interaksi yang baik
dengan murid.
12.2 Hubungan baik ini antara guru dengan murid perlu diwujudkan sama ada di
dalam ataupun di luar bilik darjah. Ini akan membolehkan murid-murid
mempunyai sikap, pandangan dan anggapan yang positif terhadap guru.
13. Mendenda Murid
13.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang boleh
merugikan murid-murid di dalam pelajaran tidak dikehendaki dan dilarang.
16
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
BAHAGIAN C :
SENARAI TUGAS PENTADBIR SEKOLAH
1. PENGETUA
Senarai Tugas
1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran
1.1 Merancang pengajaran tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu
selepas Semester 1 bermula.
1.1 Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu.
1.2 Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu.
1.4 Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula.
1.5 Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu.
1.6 Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan
peperiksaan semester).
1.7 Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya
dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi.
2.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah
2.1 Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember.
2.2 Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program
pembangunan.
2.3 Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali.
2.4 Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun
2.5 Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan.
2.6 Menyemak buku latihan pelajar 100 buah buku sebulan.
2.7 Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap
minggu.
3.0 Pengurusan Kurikulum Daerah
3.1 Menjalankan mesyuarat panitia daerah 2 kali setahun.
3.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program Panitia Daerah Segamat.
3.3 Menyelaras penyediaan soalan-soalan Percubaan PMR, SPM dan akhir
tahun, setahun sekali.
17
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.0 Pengurusan Kokurikulum Sekolah
4.1 Merancang program tahunan kokurikulum sekolah dan siap pada 31
Disember.
4.2 Merancang minimum 12 aktiviti setahun.
4.3 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum 1 kali setiap satu semester.
4.4 Menjalankan mesyuarat kokurikulum 2 kali setahun.
4.5 Menyemak rekod aktiviti-aktiviti dan kehadiran kokurikulum 1 kali setiap 1
semester.
4.6 Mengurus badan-badan beruniform sekolah sepanjang tahun.
4.7 Mengurus kelab/persatuan sekolah sepanjang tahun.
4.8 Mengurus aktiviti permainan/olahraga sekolah sepanjang tahun.
5.0 Pengurusan Kokurikulum Daerah
5.1 Menjalankan mesyuarat Panitia Kokurikulum Daerah 2 kali setahun.
5.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program kokurikulum daerah
setahun.
6.0 Pengurusan Persional
6.1 Menguruskan pengesahan jawatan/kenaikan gaji/setiap guru/kakitangan
tepat pada masanya.
6.2 Mengurus segala cuti/kakitangan menepati Pekeliling Perkhidmatan.
6.3 Mengurus program perkembangan staff 7 hari setahun dengan kehadiran
sekurang-kurangnya 95 peratus.
6.4 Mengurus pendaftaran pelajar, penempatan dan pertukaran sekolah dalam
masa 1 hari dari tarikh permohonan.
6.5 Merancang dan melaksanakan program perkembangan persional pelajar 2
kali setahun.
6.6 Mengambil tindakan semua masalah/kebajikan pelajar seperti yuran
peperiksaan, biasiswa, pengangkutan, cermin mata, kesihatan, SPBT dapat
diselesaikan ke tahap 95 peratus.
6.7 Mengambil tindakan tatatertib menepati Pekeliling Perkhidmatan.
6.8 Menilai semula prestasi tahunan semua guru dan semua pekerja dan siap
sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
6.9 Menjelaskan bil-bil kewangan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian.
18
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
7.0 Pengurusan Fizikal Dan Keselamatan Sekolah/Asrama
7.1 Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dengan diperiksa oleh
jurutera bertauliah setahun sekali.
7.2 Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi 2 unit pada setiap aras dan 1
unit di setiap bilik makmal/bengkel.
7.3 Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun.
7.4 Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap 1 semester.
7.5 Menyelia rekod Pengawal Keselamatan setiap hari.
7.6 Menyelia supaya tiada kes pencerobohan.
7.7 Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerima barang
sepanjang tahun.
7.8 Menyemak stok pada akhir tahun.
7.9 Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun
sebelum 31 Julai pada setiap tahun.
8.0 Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah /Asrama
8.1 Mengurus kebersihan dan keceriaan sekolah setiap hari.
8.2 Memeriksa kebersihan kantin dan penyediaan makanan supaya bersih dan
selamat setiap hari.
8.3 Mengusahakan supaya sekurang-kurangnya ada sebuah taman dan mural.
9.0 Perhubungan Awam
9.1 Mengadakan 3 majlis sekolah setahun.
9.2 Menghadiri semua majlis rasmi luar sekolah sekurang-kurangnya pada tahap
kehadiran 90 peratus.
9.3 Menerima semua perlantikan dan melaksanakan tugas AJK bagi aktiviti di
luar sekolah.
9.4 Ada Piagam Pelanggan dan memberi layanan pada tahap maksimum.
9.5 Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG sekurang-kurangnya pada tahap
kehadiran 90 peratus.
19
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2. PENOLONG KANAN
Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan bertanggungjawab
bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan
pembelajaran murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat
Dasar Pendidikan tercapai.
Senarai Tugas
1.0 Pengurusan Kurikulum
1.1 Mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu.
1.2 Menentukan pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan kurikulum.
1.3 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
1.4 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
1.5 Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
1.6 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan,
pusat sumber, makmal dan bengkel.
1.7 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.
1.8 Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,
guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian
mereka.
1.9 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan.
1.10 Membantu dan merancang serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.
1.11 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.
1.12 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan.
1.13 Membantu di dalam penentuan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan
buku-buku bacaan lain serta kesesuaiannya
1.14 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.
1.15 Merancang dan mentadbir perjalanan peperiksaan awam, PMR, SPM, STPM
dan ujian bulanan, ujian penggal dan lain-lain.
1.16 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan awam dan ujian bulanan.
20
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.17 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
2.0 Pengurusan dan Pentadbiran
2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua
2.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.
2.3 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru
sekolah.
2.3 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
2.4 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru
serta kakitangan bukan guru.
2.5 Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan.
2.6 Menyelenggarakan semua Buku Stok Sekolah.
2.7 Merancang dan menyelenggarakan bangunan dan keselamatan harta benda
sekolah.
2.8 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat serta
perangkaan.
2.9 Membantu merancang Takwim Sekolah.
2.10 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.11 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.12 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
2.13 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.14 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.15 Menyelaras semua aktiviti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung
PIBG dan lain-lain.
3.0 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan
kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Pengetua.
3.3 Bersama-sama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan
Mencegah Kebakaran/Latihan Kebakaran serta kegiatan-kegiatan
seumpamanya.
21
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.0 Perpustakaan Pusat Sumber
4.1 Merancang, melaksana dan menyelia perjalanan dan kegiatan perpustakaan
sumber sekolah.
4.2 Memilih dan mengklasifikasikan bahan-bahan, buku;buku dan lain-lain bagi
kegunaan Pusat Sumber Sekolah.
4.3 Mewujudkan satu suasana budaya membaca.
4.4 Menguruskan buku-buku Stok alat-alat Pusat Sumber.
4.5 Menyelaraskan keperluan alat bantuan mengajar termasuk alat/bahan
elektronik semua mata pelajaran.
4.6 Menilai kesesuaian bahan pengajaran. Menyelia penggunaan dan
penyimpanan alat/bahan pengajaran dan mengesan rekod penggunaannya.
4.7 Menyelia Pusat Sumber Sekolah seperti penyediaan Jadual penggunaan.
4.8 Merancang dan mencadangkan pembelian bahan-bahan Pusat Sumber.
4.9 Menyediakan anggaran belanjawan perpustakaan sumber.
4.10 Mengatasi maslah semasa dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke
masa.
5.0 Perkembangan Staff
3.6 Merancang, melaksana program perkembangan staff.
3.7 Merancang mengadakan In house training untuk kakitangan.
6.0 Tugas-Tugas Lain
6.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari masa
ke masa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan
oleh Pengetua dari masa ke masa
3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan
penerapan nilai-nilai murni.
Senarai Tugas
1.0 Pengurusan Kurikulum
1.1 Mengajar antara 10 hingga 16 waktu seminggu.
22
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
1.3 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
1.4 Membuat perancangan dan menguruskan hal ehwal berkaitan buku-buku.
1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
2.0 Pembangunan Diri Pelajar
2.1. Disiplin
1
2.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murn.i
2.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
2.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang
melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
2.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan
pelajar.
2.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan ibu
bapa/penjaga.
2.2. Bimbingan Dan Kaunseling
2.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan
dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan
Kaunseling
2.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan
kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan
2.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar dalam
kalangan murid.
2.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan prestasi bagi
pelajar-pelajar baru.
2.3. Program Pelindungan Pelajar
2.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah
penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
2.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa
berada di sekolah dilaksanakan.
23
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2.4. Kesihatan
2.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
2.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan
dengan sempurna.
2.4.3. Mengurus kad 001, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
2.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
2.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
2.5. Skim Pinjaman Buku Teks
2.5.1. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan
hapus kira buku teks.
2.5.2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku
SPBT.
2.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim
pinjaman buku teks.
2.6 Biasiswa dan Bantuan
2.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
2.6.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan.
2.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.
3.0 Pengurusan dan Pentadbiran
3.1. Menguruskan dan mengemas kini buku rekod pendaftaran pelajar.
3.2. Menguruskan kemasukan dan pemantauan pelajar.
3.3. Menguruskan pertukaran pelajar.
3.4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar sidang pagi.
3.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan
pengedaran sijil berhenti sekolah.
3.6. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001.
3.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
3.8. Membantu merancang takwim sekolah.
24
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.0 Kokurikulum
4.1. Sukan dan Permainan
4.2 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan
permainan di semua peringkat.
4.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
4.2. Kelab dan Persatuan
4.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.
4.3. Unit Beruniform
4.3.1 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit
beruniform.
4.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
4.4. Koperasi Sekolah
4.4.1 Memastikan koperasi sekolah dapat diuruskan mengikut garis
panduan koperasi sekolah.
5.0. Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Kendiri
(Personal Development)
5.1.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa/penjaga.
5.1.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personal
5.1.3. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.1.4. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.1.5. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
5.1.6. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.1.7. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada
yang memerlukannya.
5.1.8. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan.
6.0. Pengawasan Asrama (Jika Ada)
6.1.1. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
25
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
6.1.2. Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden.
6.1.3. Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah
keselamatan asrama.
6.1.4. Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan
asrama.
6.1.5. Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
6.1.6. Menyelaras pengurusan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
6.1.7. Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama
sekolah.
6.1.8. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama
dalam aktiviti riadah dan kokurikulum.
6.1.9. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang
berkaitan dengan asrama.
6.1.10. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.
7.0. Tugas-tugas lain
7.1. Membantu mengenal pasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan
kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
7.2. Merancang kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk murid-murid semasa
cuti sekolah.
7.3 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa.
4. PENOLONG KANAN PETANG
Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Pengetua mentadbirkan sidang
petang sekolah.
Senarai Tugas
1.0. Kurikulum
1.1. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.2. Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang
petang.
1.3. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual
Waktu Gantian.
1.4. Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan
Televisyen dan sebagainya.
26
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.5. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan
dan pemulihan.
1.6. Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.
1.7. Membantu merancang program tahunan kurikulum sekolah.
1.8. Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Hari
Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan
sebagainya.
1.9. Menyemak buku-buku persediaan mengajar guru.
1.10. Menentukan guru-guru mempunyai sukatan pelajaran, buku panduan
mata pelajaran, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, buku-buku teks
dan buku-buku panduan yang lain.
1.11. Mengadakan bahan-bahan pembelajaran asas pelajar bagi pelajar
yang tidak mempunyainya seperti buku latihan, pensel, getah pemadam dan
sebagainya.
1.12. Menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan memastikan penggunaan kaedah pengajaran yang betul,
penggunaan bahan-bahan bantu mengajar, pengguna benda-benda maujud
dan lain-lain.
1.13. Menyemak buku latihan/lembaran kerja pelajar.
1.14. Membantu penyediaan kemudahan-kemudahan perlu dan asas yang
boleh menggalakkan perwujudan daya membaca di kalangan pelajar.
1.15. Membantu menyelaras aktiviti-aktiviti, ucapan atau majlis yang
diadakan di sekolah seperti Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya.
1.16. Menyelia pentadbiran Skim Pinjaman Buku Teks.
1.17. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 Kokurikulum
2.1. Menyelaras kegiatan kokurikulum, pakaian seragam,
persatuan dan kelab sukan dan permainan.
2.2. Membuat jadual kegiatan kokurikulum seperti sukan dan
permainan, pasukan unit beruniform dan persatuan /kelab.
2.3. Menentukan pelaksanaan kegiatan kokurikulum.
2.4. Membantu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan
bagi menjayakan pelaksanaan segala kegiatan kokurikulum.
3.0 Hal Ehwal Murid
27
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
3.1. Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.
3.2. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
3.3. Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang
Sekolah serta mengawas Keselamatan murid sidang petang.
3.4. Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis
dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.
3.5. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa
berada di sekolah dilaksanakan.
3.6. Melaksanakan pemilihan dan perlantikan jawatan-jawatan
bertanggungjawab bagi pelajar-pelajar.
3.7. Mengesan dan menguruskan masalah pembelajaran pelajar.
3.8. Mengenal pasti dan mengadakan rancangan untuk
menentukan dan menyelesaikan masalah-masalah kesihatan seperti rabun,
pekak, rabun warna, speech defect, malnutrition, physical coordination dan
sebagainya.
3.9. Menyelaras supaya pelajar-pelajar dapat menggunakan
kemudahan persekolahan di dalam dan di luar bilik darjah seperti
perpustakaan, bilik khas, tv, radio, bilik sembahyang dan lain-lain.
3.10. Menjauhkan pelajar-pelajar dari pengaruh tidak sihat seperti
penyalahgunaan dadah, tidak sembahyang lima waktu (bagi pelajar-pelajar
Islam), keruntuhan akhlak dan lain-lain.
3.11. Menyediakan kemudahan-kemudahan dan latihan untuk
menghadapi masa kecemasan seperti kebakaran, banjir, kecemasan seperti
sakit atau pitam, warden lalu lintas, hari hujan (pelajar basah dan lain-lain).
3.12. Mengadakan kemudahan bilik sakit, ubat rawatan, giliran
membawa pelajar ke hospital dan lain-lain.
3.13. Menyelidik tentang ketidakhadiran dan kelewatan pelajar serta
mencari jalan untuk memperbaiki keadaan ini.
3.14. Menolong pelajar yang ingin bertukar sekolah dan mengambil
langkah-langkah yang perlu bagi melicinkan proses pertukaran pelajar.
3.15. Mengadakan sistem hubungan yang efektif dengan pelajar,
sesama pelajar dan di antara semua pihak (luar dan dalam).
3.16. Menjaga disiplin pelajar seperti merotan pelajar, memberi
pelajar nasihat dan panduan dan panduan mendampingi pelajar dan lain-lain.
3.17. Menyelenggarakan pelajar-pelajar yang menerima bantuan
SPBT, Biasiswa, Tabung Amanah dan lain-lain.
3.18. Meneliti dan menilai kerja pelajar.
3.19. Menggalakkan daya cipta di kalangan pelajar serta
perkembangan naluri ingin tahu mereka seperti melukis dan mewarnai seperti
28
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
mural sekolah, membina pintu gerbang, menternak, berkebun, membela ikan
dan lain-lain.
3.20. Melibatkan pelajar secara aktif dalam kegiatan-kegiatan dan
perayaan seperti penerbitan majalah sekolah, Hari Guru, perayaan Maulidur
Rasul, Tadarus al-Quran dan sebagainya.
3.21. Menggalakkan pelajar menggunakan perpustakaan
sepenuhnya
3.22. Mengadakan orientasi dan memberi penerangan kepada
pelajar-pelajar mengenai cara menggunakan tandas dengan baik, pakaian
sekolah, perpustakaan dan lain-lain.
3.23. Menyelaraskan pertandingan kelas bagi siding petang seperti
kebersihan kelas, disiplin kelas, kekemasan pakaian, kerosakan alatan dan
lain-lain.
3.24. Menyelia pengurusan kantin sebelah petang.
4.0 Pengurusan dan Pentadbiran
4.1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan
Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid).
4.2. Bertanggungjawab kepada Pengetua di dalam mentadbir
semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.
4.3. Membantu Pengetua dalam aspek perancangan dan
pengurusan sekolah.
4.4. Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru
sidang petang.
4.5. Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan yang
lain.
4.6. Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal/bengkel
dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.
4.7. Membantu merancang Takwim Sekolah.
4.8. Membantu merancang menyediakan anggaran belanjawan
tahunan sekolah
4.9. Menyemak buku kedatangan murid sidang petang.
4.10. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang
petang.
4.11. Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan
dengan pengagihan dan pemulangan.
4.12. Menguruskan hal-hal biasiswa yang berkaitan dengan
mengedar borang permohonan.
29
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.13. Membantu di dalam hal-hal yang berkaitan dengan
penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah
bagi sidang petang.
4.14. Menyediakan Penyata Bulanan.
4.15. Menyelia penyimpanan alat-alat stationary seperti kertas,
kapur, majalah, stensil dan sebagainya.
5.0. Pentadbiran Kewangan Sekolah
5.1. Membantu penyediaan Belanjawan Sekolah.
5.2. Menyelaras pengutipan wang yuran sekolah.
5.3. Menerima borang-borang pesanan.
5.4. Membantu penyelenggaraan buku-buku stok sekolah.
5.5. Membantu pengurusan proses hapus kira barang-barang yang
rosak, hilang atau luput.
6.0 Keadaan Fizikal Sekolah
6.1. Mengawas bangunan dan kawasan sekolah supaya ianya
bersih.
6.2. Mengambil langkah untuk menjaga keselamatan harta benda
sekolah.
6.3. Menolong mengindahkan bangunan dan kawasan sekolah
menerusi usaha kreatif guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar seperti
melukis mural, menanam pokok bunga dan sebagainya.
6.4. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di
bilik darjah, Bilik Rawatan, Bilik Rawatan, Bilik Guru, Bilik Sumber, Makmal
Sains, Bilik Ekonomi Rumah tangga, Bengkel Seni Perusahaan, Stor
Pertanian, Stor Sukan dan sebagainya.
6.5. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di
kantin, dewan, bilik pengawas dan sebagainya.
6.6. Memeriksa dari masa ke masa alat keselamatan, alat
pemadam api seperti baldi air/pasir, peti kecemasan dan lain-lain.
6.7. Memeriksa keadaan bangunan, wayar elektrik, paip gas,
mesin-mesin dan lain-lain dari masa ke masa supaya ianya dalam keadaan
yang memuaskan.
6.8. Menyelaras latihan kawat kecemasan dan memastikan segala
peraturan kecemasan dipatuhi.
30
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
7.0 Perhubungan Luar
7.1. Menerangkan dasar, aturan dan peraturan sekolah kepada ibu
bapa dan anggota komuniti.
7.2. Memberitahu ibu bapa mengenai program dan aktiviti sekolah.
7.3. Dari masa ke masa memberitahu ibu bapa mengenai
kemajuan anaknya.
7.4. Bekerjasama dengan guru-guru untuk mencari penyelesaian
kepada masalah perhubungan sekolah dan masyarakat.
7.5. Bekerjasama dengan ibu bapa dan guru-guru untuk memberi
kesedaran di kalangan ibu bapa akan peranan mereka mengawasi
pembelajaran anak mereka.
7.6. Berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi keluarga yang
memerlukan bantuan.
7.7. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk
memahami dan menghormati kebudayaan suku-suku etnik dalam komuniti
negara.
7.8. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk
mengambil bahagian dalam projek komuniti.
7.9. Menjemput ibu bapa dan orang ramai datang ke sekolah
sewaktu mengadakan perayaan.
7.10. Bekerjasama dengan PIBG untuk merangka dan
melaksanakan program yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif
sekolah.
7.11. Menggalakkan ibu bapa dan guru-guru untuk mengambil
bahagian dalam projek dan aktiviti PIBG.
7.12. Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang baik antara
sekolah-sekolah.
7.13. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat
sesuai dengan etnik perkhidmatan dan tatasusila perguruan seperti
bekerjasama dalam projek-projek masyarakat.
8.0 Tugas-tugas lain
8.1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang
diarah oleh Pengetua.
8.2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa.
5. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
31
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
Senarai Tugas
1.0 Pengurusan Kurikulum
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang
diajar.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai
contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan
dengan lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.
2.0 Kokurikulum (Sukan, Permainan, Pasukan Beruniform, Persatuan dan
Kelab)
2.1 Merancang takwim kegiatan sekolah.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.
3.0 Pengurusan
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah
diambil penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/ rumah dan meningkatkan
pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan
program khas untuk mereka.
32
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.0 Pembangunan Diri Stafff
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah
bagi kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ kokurikulum bersepadu.
5.0 Pembangunan Diri Pelajar
5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/ perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan
luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.
6.0 Sukan dan Permainan
6.1 Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/ permainan
di semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
7.0 Kelab/ Persatuan
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.
8.0 Pasukan Pakaian Seragam
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian
seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.
9.0 Setiausaha Sukan Sekolah
9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.
9.2 Menjaga dan membina kemudahan/ kelengkapan peralatan sukan,
mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala
pusingan.
9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSSM serta
menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.
9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan
oleh Jabatan atau Kementerian.
33
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.
9.6 Mengadakan jadual latihan sukan/ olahraga/ permainan untuk murid sekolah.
9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/
MSSM.
9.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
masa.
6. GURU KANAN MATA PELAJARAN
Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta
peranan untuk semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang dilantik menjawat jawatan
tersebut di Sekolah Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan
diikuti. Jika perlu, Pengetua hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di
sekolahnya.
Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif
berkaitan dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memainkan
peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.
Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat
bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan
pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.
Mata Pelajaran di bawah bidang kelolaan Guru Kanan Mata Pelajaran adalah seperti
yang berikut:
Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Bahasa
♦ Bahasa Melayu
♦ Bahasa Inggeris
♦ Bahasa Cina
♦ Bahasa Tamil
♦ Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain yang diajar
♦ Kesusasteraan Melayu
♦ Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris
♦ Pengajian Am
Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan
♦ Geografi
♦ Sejarah
♦ Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
♦ Pendidikan Seni
♦ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
34
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Sains dan Matematik
♦ Sains
♦ Sains Tambahan
♦ Fizik
♦ Kimia
♦ Biologi
♦ Matematik
♦ Matematik Tambahan
Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknologi
♦ Kemahiran Hidup Bersepadu
♦ Kemahiran Hidup Menengah Atas
♦ Ekonomi Rumah Tangga
♦ Sains Pertanian
♦ Perdagangan
♦ Prinsip Akaun
♦ Ekonomi Asas
♦ Ekonomi
♦ Lukisan Kejuruteraan
♦ Teknologi Kejuruteraan
♦ Dan mata-mata pelajaran lain yang diperkenalkan
Senarai Tugas
1.0 Kurikulum
1.1. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata
pelajaran di bawah kawalannya.
1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan
dengan berkesan.
1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-
guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas
mereka.
1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan
mengambil tindakan sewajarnya.
1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan
dan pengayaan.
1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum
yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian,Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
35
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan.
1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa
yang diarahkan oleh Pengetua.
1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di
sekolah dalam konteks perkembangan staff.
1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah
dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru.
1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas
kurikulum.
1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta
mencari langkah-langkah mengatasinya.
2.0 Kokurikulum
2.1. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
berkaitan dengan bidangnya.
2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang
berkaitan dengan bidangnya.
3.0 Pengurusan dan Pentadbiran
3.1. Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di
bawah bidang serta kawalannya.
3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-
guru.
3.3. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat
dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4. Membantu merancang Takwim Sekolah.
3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.
3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.
3.8. Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.
36
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
3.9. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya
berlaku di bilik darjah dan di sekolah.
3.10. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan
bilik darjah dan menjaga keselamatannya.
4.0 Tugas-tugas lain
4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah /
Bahagian dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat
dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.
4.2. Berhubung dengan Guru Kanan mata pelajaran sekolah lain yang
berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi
memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
4.3. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai
semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4. Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber.
4.5. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari
masa ke masa.
7. GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
Senarai Tugas
1. Menyelaraskan semua program yang dirancang.
2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan perpustakaan serta mengadakan
mesyuarat.
3. Menyediakan jadual kerja bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber dan
Perpustakaan.
4. Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan
Perpustakaan.
5. Menceriakan PSS.
6. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang
memerlukannya.
7. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staff.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan
dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
9. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.
10. Memperbanyakkan koleksi PSS dan Mempertingkatkan kelengkapan PSS.
37
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
11. Memastikan kelengkapan PSS mencukupi untuk keperluan pelajar dan guru.
12. Memastikan keselesaan pengguna PSS.
13. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.
14. Pengagihan beban tugas.
15. Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar.
16. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan
penggunaannya.
17. Memastikan buku stok kemas kini.
18. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.
19. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.
20. Merancang aktiviti dan melaksanakannya.
21. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan.
8. GURU DATA
Senarai Tugas
1. Menyediakan data kemasukan pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan
jantina.
2. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori , opsyen
dan lain-lain.
3. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata butiran guru.
4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat
tinggal penjaga dan pendidikan penjaga. jenis pengangkutan ke sekolah,
agama yang dianuti dan lain-lain.
5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.
6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.
7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.
8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.
9. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.
10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
masa.
9. GURU PENYELARAS BESTARI
Senarai Tugas
38
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak
sekolah.
1.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua
maklumat dan maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang
dibekalkan.
3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian
aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikall yang
mungkin timbul.
3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan
oleh Kementerian Pendidikan.
3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan baik
setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem,
router, hub dan sebagainya.
3.3 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan
baik.
.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik
kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta
membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti
yang diperlukan oleh pihak pengguna.
4.2 Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga
sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu
menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
seperti sidang video, penggunaan LCD projektor, TV connector dan
sebagainya.
5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan
kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran.
5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
6. Melatih staff menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan
pentadbiran.
39
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran mengurus sistem komputer (hardware & software) dan
aplikasi perisian.
6.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan
Sekolah Bestari.
6.3 memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart
School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah
beroperasi dengan baik.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian
yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
7.1 menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain
perisian yang dibekalkan.
8. Sebagai pengurus e-mel.
8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies)
dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
9.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastuktur teknologi dengan
langkah-langkah seperti berikut:
9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang
ditempatkan banyak komputer.
9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang
diberi kuasa sahaja.
9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi
dengan baik.
9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik
dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.
3.1 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah
berikut:
9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan
lancar.
9.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus.
9.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang
disyorkan.
10. Sebagai pakar rujuk dan pengawal sumber (resource person) ICT
sekolah dan sentiasa mengikut perkembangan ICT semasa.
40
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang
menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer,
dan lain-lain lagi.
10.2 Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah yang
berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau
perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan
Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-
masalah yang dihadapi.
10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara
keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser)
dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah
bestari kepada pihak yang berkenaan.
11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang
ditetapkan.
11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap
kecekapan rangkain tahap penggunaan komponen Penyelesaian
Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik
taraf kemudahan ICT sekolah.
11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.
12. Meningkatkan budaya ICT di sekolah.
12.1 Menyediakan garis panduan/ peraturan/ tatacara penggunaan
kemudahan infrastruktur teknologi.
12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari masa ke masa.
13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri
dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.
41
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
BAHAGIAN D :
SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG
1. GURU BIASA
Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau
bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru.
Senarai Tugas
1.0 Tugas Mengajar
1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang
ditetapkan.
1.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
1.3. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan
menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan
melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan.
42
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa
buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya
pada masa yang dikehendaki.
1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan
soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD.
1.11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains
Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan.
1.12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan
sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan
Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.
1.13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran
dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
1.15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan
mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
1.16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.
1.17. Membantu menguruskan Bank Soalan.
2.0 Pentadbiran bilik darjah:
2.1 Menyimpan daftar kelas.
2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.
2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.
2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman,
Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG
dan lain-lain pungutan).
2.5 Kad 001/Fail peribadi pelajar.
2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.
43
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum.
2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil.
3.0 Peperiksaan Dalaman:
3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).
3.2 Pengawasan peperiksaan.
3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah
3.5 Penganalisisan keputusan.
4.0 Peperiksaan Luaran:
4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar.
4.2 Kutipan-kutipan yuran.
4.3 Pengawasan peperiksaan.
5.0 Penjagaan Disiplin:
5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.
5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.
5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.
5.4 Menasihati dan menunjuk ajar.
5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.
6.0 Pentadbiran Sekolah:
6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.
6.2 Jadual Waktu.
6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik
Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain.
6.4 Buku-buku teks.
44
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
6.5 Biasiswa dan kebajikan.
6.6 Perpustakaan.
6.7 Bimbingan dan kerjaya.
7.0 Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum:
7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan.
7.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap
aktiviti ko-kurikulum.
8.0 Tugas-tugas Separa Profesional:
8.1 Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak
langsung dengan pelajar-pelajar.
8.2 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat,
permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah-
sekolah dan sebagainya).
8.3 MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ.
8.4 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan
Daerah.
8.5 Projek-projek pembangunan sekolah.
8.6 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.
8.7 PIBG.
8.8 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan
profesion dari masa ke masa.
9.0 Tugas-tugas Bukan Profesion:
9.1 Penjagaan bangunan sekolah.
9.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah.
9.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan.
9.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan.
45
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
9.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya
perlu).
9.6 Pengurusan sekolah.
9.7 Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.
9.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar.
10.0 Tugas-tugas lain:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari
masa ke masa
2. GURU TINGKATAN
Senarai Tugas
1.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar
1.1. Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan
jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan
berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang
boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan,
personaliti dan sahsiah mereka.
1.2. Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar,
menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara
keseluruhannya.
1.3. Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas.
1.4. Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya.
2.0 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
2.1. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.
2.2. Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas
berada dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan
kepada pihak pentadbiran.
2.3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan
jadual waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual
tugasan, kata hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumat-
maklumat terkini dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke
46
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
arah matlamat tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di
papan kenyataan kelas tersebut.
2.4. Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas.
2.5. Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan)
3.1. Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa
di audit oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan,
kedatangan dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap.
3.2. Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan
atau Surat Beranak .
3.3. Pastikan alamat pelajar lengkap.
3.4. Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku
Kedatangan Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan
dengan jumlah kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas.
3.5. Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke
dua) dan hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.
3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan.
3.7. Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah
pertolongan rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut.
3.8. Pelajar ponteng sekolah:-
3.8.1. Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa
sebarang kenyataan dikira ponteng.
3.8.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang
seli tanpa sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah
hari persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah.
4.0 Pengawasan Bilik Darjah
4.1. Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan
Jawatankuasa Kelas.
4.2. Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya.
4.3. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan
lain-lain dijaga dengan baik.
4.4. Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga
sempurna oleh pelajar-pelajar.
4.5. Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan
kenyataan lain digantung.
47
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4.6. Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam
kelas.
4.7. Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan
sekolah.
4.8. Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan
sepenuhnya.
4.9. Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajar-
pelajar seperti:
4.9.1. Rambut
4.9.2. Kuku
4.9.3. Pakaian
4.9.4. Gigi
4.9.5. Kasut
4.9.6. Lencana nama
5.0 AM
5.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang
pemilihan nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Ko-
kurikulum dan sebarang arahan sekolah.
5.2. Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara
pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
5.3. Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku
yang baik.
5.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan
luar mereka.
5.5. Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar.
5.6. Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong
Kanan
( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya.
5.7. Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-
pelajar yang lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan
sebagainya.
5.8. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh
pengetua dari masa ke masa.
3. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
48
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
Senarai Tugas
1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit
sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit
setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan
lampu serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke
hospital/ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar
yang memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa
rehat dan masa pertukaran guru.
9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi
harta benda sekolah.
11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah :-
12.1. kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan
12.2. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
12.3. lawatan-lawatan/pelawat
12.4. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan.
12.5. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan
kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat
diambil.
14. Perhimpunan
14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
14.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk
guru telah disediakan
14.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
49
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
4. GURU PENYELARAS TINGKATAN
Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar tingkatan di bawah
jagaannya. Persetujuan Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang perlu
diminta terlebih dahulu.
2. Kuota pelajar mengikut kaum mestilah diikuti. Guru Penolong
Kanan/Penolong Kanan Petang/ Pengetua mesti dimaklumkan.
3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut
kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar tingkatan 4 dan 5.
4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan
(SPBT).
5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang
layak untuk diberi bantuan/biasiswa.
6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang
tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa semasa.
7. Penyelaras Tingkatan 3 dan 5 sekali gus bertindak sebagai penyelaras
peperiksaan PMR/SPM.
8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam
daftar masuk (ikut tingkatan ) dengan kemas dan teratur.
9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan
kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran
pelajar:-
9.1. Buku Kad Kemajuan Pelajar
9.2. Kad Gerko/Buku Gerko.
9.3. Kad 001 dan 002
9.4. Borang Kelulusan Pinjaman SPBT
9.5. Keterangan-keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan
Islam, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni bagi pelajar tingkatan 3.
10. Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti
disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu
diminta.
11. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat
sekolah iaitu:-
11.1. Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu.
11.2. Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris.
11.3. Sijil Pendidikan Seni.
11.4. Sijil Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
11.5. Sijil Berhenti dan lain-lain.
12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR/SPM.
13. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik
peperiksaan.
50
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
BAHAGIAN E :
SENARAI TUGAS MENGIKUT JAWATANKUASA
1. JAWATANKUASA PIBG
Senarai Tugas
1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan.
2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan
kokurikulum.
3. Membantu pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah pelajar
sekolah.
4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah.
5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan
kelengkapan bagi mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran.
6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa.
7. Menghadiri upacara rasmi sekolah.
8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.
2. JAWATANKUASA MAJLIS BILIK GURU
51
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program
tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan guru.
2. Menjadi orang perantaraan antara staff dengan Pengetua.
3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staff.
4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staff.
5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staff yang
akan bertukar/pencen dan menyambut staff baru.
6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau
melangsungkan perkahwinan dan waris staff yang meninggal dunia.
7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-
Guru Kanan dan Lembaga Pengawas.
8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau
riadah untuk ahli.
9. Memastikan semua guru dan staff sokongan menjadi ahli PSKPP.
10. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang/lawatan
sambil belajar untuk meningkatkan profesional keguruan dan kesejawatan.
11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua
staff.
3. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ( TAK ALIH KERAJAAN)
Senarai Tugas
1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD.
2. Semua penerimaan dan pembelian hendaklah direkodkan dalam Kad Harta
Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.
3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapus kira mengikut
peraturan.
4. Mengenal pasti keperluan perabot.
5. Memastikan sistem inventori dilaksanakan.
6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun.
7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggarakan
apabila perlu.
8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
52
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan
perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan
kepada pelajar.
4. JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK
Senarai Tugas
1. Selain dari kakitangan pejabat yang berkenaan guru-guru berikut
bertanggungjawab menyimpan Buku Stok:
1.1 Ketua Panitia Sains
1.2 Ketua Panitia Kemahiran Hidup
1.3 Ketua Panitia Sains Pertanian
1.4 Ketua Panitia Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)
1.5 Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga
1.6 Ketua Panitia Perdagangan/Ekonomi Asas/Prinsip Akaun
1.7 Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan
1.8 Ketua Panitia Pendidikan Seni
1.9 Ketua Panitia Geografi
1.10 Ketua Panitia Sejarah
1.11 Ketua Panitia Bahasa Melayu
1.12 Ketua Panitia Bahasa Inggeris
1.13 Guru Perpustakaan
1.14 Guru Pusat Sumber
1.15 Guru Sukan dan Permainan
1.16 Guru SPBT (Sidang Pagi dan Petang)
1.17 Penyelaras Naskhah Guru
1.18 Penyelaras Bilik Gerakan (KBSM)
1.19 Guru Pembangunan dan Perabot
1.20 Guru Koperasi/Kedai Buku
2. Penjaga stok adalah bertanggungjawab tentang Buku Stok masing-masing.
3. Semua barang / peralatan di bawah jagaan / kelolaan masing-masing
hendaklah direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil-bil pembelian segala
rujukan yang diperlukan.
4. Setiap barang / peralatan yang baru dibeli / diterima hendaklah direkodkan
terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.
5. Sebarang barang /peralatan yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh
penerima / pengguna.
6. Penerima / pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang / peralatan
yang dikeluarkan.
7. Barang / peralatan yang berupa pinjaman barang-barang yang mesti
dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik-baik sahaja
selesai penggunaannya.
8. Penjaga stok hendaklah memastikan barang-barang / peralatan kegunaan
harian seperti peta-peta dan alat bantuan mengajar sentiasa dikembalikan ke
tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.
53
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang-barang / peralatan
kegunaan harian seperti peta-peta dan alat bantam mengajar sentiasa
dikembalikan ke tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.
10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu sistem tentang urusan pinjam-
meminjam yang kemas lagi teratur.
11. Barang-barang / peralatan yang betul-betul rosak dan tidak boleh digunakan
lagi jika perlu dihapus kira, kebenaran Pengetua hendaklah diperoleh terlebih
dahulu dan sediakan satu laporan ringkas mengenainya.
12. Penjaga-penjaga stok hendaklah menyemak stok masing-masing pada tiap-
tiap akhir penggal persekolahan dan menyerahkan Buku Stok kepada pejabat
untuk pemeriksaan oleh Pengetua.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua
dari masa ke masa.
5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, BEKALAN DAN PERABOT
Senarai Tugas
1.0 Pembangunan Fizikal Sekolah
1.1. Membantu Pengetua merancang program pembangunan fizikal sekolah.
1.2. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan pembangunan sekolah.
1.3. Melaporkan kepada Pengetua sebarang masalah berkaitan dengan
pembangunan dan keadaan fizikal sekolah.
1.4. Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan fizikal sekolah seperti
keadaan tandas, perabot, bangunan, padang sekolah dan kemudahan-
kemudahan sukan yang lain dan sebagainya.
1.5. Mencadangkan langkah-langkah atau tindakan yang sewajarnya untuk
mengatasi masalah fizikal sekolah.
1.6. Menguruskan maklumat, perangkaan dan butir-butir berkaitan dengan
pembangunan atau penyenggaraan fizikal sekolah.
1.7. Menghubungi pihak-pihak luar yang berkaitan untuk menguruskan
pembangunan atau penyelenggaraan sekolah.
1.8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh
Pengetua dari masa ke masa.
54
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
2.0 Pengurusan Perabot
2.1. Menyimpan maklumat mengenai alat-alat perabot yang ada di dalam bilik-
bilik darjah, bilik-bilik kelas, pejabat dan sebagainya.
2.2. Memastikan tiap-tiap tingkatan mempunyai bilangan kerusi, meja dan papan
hijau yang mencukupi seperti mana yang diperlukan.
2.3. Menombori dan memastikan kerusi dan meja berada dalam bilik-bilik yang
telah ditetapkan.
2.4. Menyimpankan perabot yang rosak di tempat / bilik yang dikhaskan.
2.5. Mengenal pasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja-kerja membaik
pulih perabot oleh pekerja-pekerja.
2.6. Menerima dan menentukan alat-alat perabot yang dibekalkan adalah dalam
keadaan yang baik dan betul bilangan dan seterusnya merekodkan butir-butir
yang berkenaan ke dalam Buku Stok.
2.7. Mengemas kini tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh
Pengetua dari masa ke masa.
6. JAWATANKUASA PENCATAT MINIT MESYUARAT /DIARI SEKOLAH
Senarai Tugas
.1 Mencatat Minit Mesyuarat guru-guru setiap kali diadakan mesyuarat dalam
buku khas yang disediakan.
.2 Menyediakan draf Minit Mesyuarat guru-guru untuk ditaip pada stensil.
.3 Membantu Pengetua mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru.
.4 Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat guru-guru.
.5 Merekodkan setiap peristiwa / kejadian /kunjungan dan sebagainya setiap
dalam Buku diari Sekolah.
.6 Menyimpan Buku Diari Sekolah dalam keadaan selamat dan sentiasa kemas
kini.
.7 Menyelaras dengan Guru Majalah Sekolah untuk mencatatkan peristiwa-
peristiwa yang perlu dilaporkan dalam Majalah Tahunan Sekolah.
.8 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua
dari masa ke masa.
7. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
Senarai Tugas
1.0 Guru Pusat Sumber
55
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
1.1. Mengurus pelantikan pengawas PSS.
1.2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.
1.3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
1.4. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan
dan keadaan di perpustakaan.
1.5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
1.6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
1.7. Menguruskan pembelian buku.
1.8. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
1.9. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
1.10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
1.11. Merawat buku.
1.12. Menguruskan hapus kira buku.
1.13. Membuat laporan tahunan untuk rekod.
2.0. Guru Bahan Bantu Mengajar ABBM/APD
2.1. Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software
sentiasa dalam keadaan baik.
2.2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau
kehilangan.
2.3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa
selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
2.4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
2.5. Menguruskan Penggunaan BBM/APD.
2.6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
2.7. Memastikan keselamatan BBM/APD.
2.8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat
BBM/APD.
2.9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan
dengan kemas.
2.10. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
2.11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD.
56
BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN
8. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAFF
Senarai Tugas
1. Merangka program tahunan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staff
sekolah.
2. Merancang belanjawan aktiviti.
3. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan sebelum memulakan sesuatu
program
4. Membuat laporan atau ‘post mortem’ selepas sesuatu program dijalankan.
5. Menguruskan hal-hal seperti pengangkutan, tempat penginapan dan
sebagainya jika melakukan program di luar sekolah.
6. Menguruskan hal surat-menyurat.
7. Berbincang dengan Pengetua dari masa ke masa berkaitan dengan program
yang dijalankan.
9. JAWATANKUASA AKADEMIK/KURIKULUM
Senarai Tugas
1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
3. Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
8. Mengadakan mesyuarat.
9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi
prestasi pelajar.
10. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua
dari masa ke masa
10. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
Senarai Tugas
57
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas
4. panduan tugas

More Related Content

What's hot

Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sherly Jewinly
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruIrene Linda Lawan
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)apai79
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayangSLOOI
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianCatherine George
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025Raimi Syazwan Ruzaidi
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 

What's hot (20)

Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum(2)
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 

Similar to 4. panduan tugas

Kurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruKurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruakhbar992000
 
Fail Meja PKHEM SR
Fail Meja PKHEM SRFail Meja PKHEM SR
Fail Meja PKHEM SRSari naz
 
Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Azakiah Li
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahawin awin
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahnoli dina
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengahNoraZiemah AZman
 
1Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru11Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru1mazlanmn
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Mohd Basri Abdullah
 
Presentation 13 (1).pptx
Presentation 13 (1).pptxPresentation 13 (1).pptx
Presentation 13 (1).pptxssuseref9602
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besarMok Pey Weng
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)sarah marissa
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)sarah marissa
 
Penolong kanan kurikulum
Penolong kanan kurikulumPenolong kanan kurikulum
Penolong kanan kurikulumTheenagaran
 

Similar to 4. panduan tugas (20)

Kurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ruKurikulum sk teluk ru
Kurikulum sk teluk ru
 
Fail Meja PKHEM SR
Fail Meja PKHEM SRFail Meja PKHEM SR
Fail Meja PKHEM SR
 
Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018Buku perancangan 2018
Buku perancangan 2018
 
Bidang tugas2013
Bidang tugas2013Bidang tugas2013
Bidang tugas2013
 
Penilaian guru
Penilaian guruPenilaian guru
Penilaian guru
 
Badan disiplin
Badan disiplinBadan disiplin
Badan disiplin
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolah
 
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
contoh Minit mesyuarat guru sekolah menengah
 
1Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru11Pengetua Mesyuarat Guru1
1Pengetua Mesyuarat Guru1
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
 
Presentation 13 (1).pptx
Presentation 13 (1).pptxPresentation 13 (1).pptx
Presentation 13 (1).pptx
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)
 
Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)Fail meja (skop kerja)
Fail meja (skop kerja)
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Penolong kanan kurikulum
Penolong kanan kurikulumPenolong kanan kurikulum
Penolong kanan kurikulum
 
00 takwim 2012
00 takwim 201200 takwim 2012
00 takwim 2012
 
Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)Minit 1 2013 (1)
Minit 1 2013 (1)
 

More from npc3932

[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx
[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx
[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptxnpc3932
 
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptxnpc3932
 
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptxnpc3932
 
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptxnpc3932
 
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxnpc3932
 
五年级华文 第三课写作.pptx
五年级华文 第三课写作.pptx五年级华文 第三课写作.pptx
五年级华文 第三课写作.pptxnpc3932
 
第1课 实力会说话.pptx
第1课 实力会说话.pptx第1课 实力会说话.pptx
第1课 实力会说话.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptxnpc3932
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptxnpc3932
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN npc3932
 
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2npc3932
 
Tonggak12 4.3
Tonggak12 4.3Tonggak12 4.3
Tonggak12 4.3npc3932
 
二年级活动本答案
二年级活动本答案二年级活动本答案
二年级活动本答案npc3932
 
9 dsp dunia seni visual tahun 1
9 dsp dunia seni visual tahun 19 dsp dunia seni visual tahun 1
9 dsp dunia seni visual tahun 1npc3932
 
我上台比赛的经验2
我上台比赛的经验2我上台比赛的经验2
我上台比赛的经验2npc3932
 

More from npc3932 (20)

[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx
[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx
[吼吼,快出来吧,科学].(韩)吴玧静-.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 12.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 14.pptx
 
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx
[哐当,天上掉下个汉堡包].(韩)申贞敏-.pptx
 
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx
[哎呀,石油不见了].(韩)申贞敏-.pptx
 
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx
[哈,连北极熊也不知道的北极故事].(韩)朴志桓-.pptx
 
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx
[呜,不能没有你,昆虫].(韩)韩永植-.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptxBM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 3 MS 13.pptx
 
五年级华文 第三课写作.pptx
五年级华文 第三课写作.pptx五年级华文 第三课写作.pptx
五年级华文 第三课写作.pptx
 
第1课 实力会说话.pptx
第1课 实力会说话.pptx第1课 实力会说话.pptx
第1课 实力会说话.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 8.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 9.pptx
 
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptxBM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptx
BM TAHUN 3 UNIT 2 MS 11.pptx
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN
 
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2
BUKU AKTIVITI SJKC TAHUN 1 JILID 2
 
Tonggak12 4.3
Tonggak12 4.3Tonggak12 4.3
Tonggak12 4.3
 
二年级活动本答案
二年级活动本答案二年级活动本答案
二年级活动本答案
 
9 dsp dunia seni visual tahun 1
9 dsp dunia seni visual tahun 19 dsp dunia seni visual tahun 1
9 dsp dunia seni visual tahun 1
 
我上台比赛的经验2
我上台比赛的经验2我上台比赛的经验2
我上台比赛的经验2
 

Recently uploaded

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 

Recently uploaded (7)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 

4. panduan tugas

  • 1. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN PANDUAN UMUM GURU PENDAHULUAN Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Tugas Guru Mengenai beberapa perkara tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama, perhatian berat dan tindakan timbal guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras, menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin. Dengan matlamat itu, maka BUKU PANDUAN TUGAS GURU ini digubal dan disarankan kepada guru sebagai panduan dan tindakan. BAHAGIAN A : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 1. Perintah Am Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membawa, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Sikap Guru / Kakitangan Sekolah Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Antara lain, ‘sikap baik’ ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:- 2.1. Menepati Masa – sekurang-kurangnya telah menghadirkan diri 10 minit sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di sekolah, memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi / apabila tiba masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan. 2.2 Pakaian – Pakaian guru / kakitangan sentiasa sesuai untuk alam sekolah. Guru lelaki tidak memakai kasut ala selipar, kemeja T, baju bercorak garang, khasnya semasa bertugas formal. Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperti yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri / Kementerian Pendidikan hendaklah dipatuhi pada ketika-ketika berkenaan. Guru/Kakitangan wanita berpakaian sesuai dengan sentiasa menyedari hakikat yang sekolah ini merupakan sekolah menengah campuran. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai pakaian yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan. 2.3 Misai / Janggut / Rambut – Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid. 2.4. Merokok – Guru/Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. 2.5 Budi Bahasa – Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang baik dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah. 1
  • 2. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2.6 Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah. 2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya. Berbincang dengan guru-guru kanan atau Pengetua apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan. 2.8 Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya. Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi guru/kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan. 2.9 Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan murid/sekolah. 2.10 Menerbitkan nilai-nilai sihat/positif di kalangan murid/rakan sejawat di sekolah ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk prasangka, kumpulan dan sebagainya. 2.11 Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan sosioekonomi dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah Pendidikan Negara. 2.12 Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah melalui saluran-saluran yang ada – peti cadangan, perjumpaan sesama guru, mesyuarat dan sebagainya. 2.13 Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai KUDAP/Seminar/Kursus/Program Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini. 2.14 Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak. Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang tergendala itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di sekolah tergendala kerana ketidakhadiran dirinya. 2.15 Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan, Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya mengikut keperluan yang ditetapkan. 2.16 Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua. 2.17 Terbuka kepada idea/kaedah yang baru dalam pendidikan. 2.18 Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini. 2.19 Memberi kerjasama/sumbangan kepada guru kanan/ketua kumpulan dalam mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang diambil oleh kumpulan itu. 2.20 Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas sekolah. 2
  • 3. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2.21 Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah dengan kepentingan diri sendiri. 3. Kedatangan / Waktu Bertugas 3.1 Waktu bersekolah ialah seperti berikut:- Isnin – Khamis : 7.20 pagi – 2.00 petang (Sidang Pagi) : 12.50 tengah hari – 6.45 petang ( Sidang Petang) Jumaat : 7.20 pagi - 12.05 tengah hari (Sidang Pagi) : 2.30 petang - 6.45 petang ( Sidang Petang) Kokurikulum : Mengikut jadual yang ditetapkan 3.2 Guru-guru adalah diwajibkan hadir di sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan. 3.3 Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di atas. 3.4 Guru-guru dikehendaki mengetik ‘Punch Card’ apabila tiba di sekolah dan balik dari sekolah. 3.5 Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat ataupun tidak dapat hadir). 4. Kebenaran Keluar 4.1 Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada. 4.2 Selepas diberi kebenaran, buku rekod meninggalkan kawasan sekolah hendaklah diisi. 5. Cuti / Keuzuran 5.1 Pihak sekolah diberitahu segera/lebih awal jika terdapat keuzuran/ kecemasan/ cuti sakit. 5.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua dengan kadar segera. 5.3 Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi adalah tidak dibenarkan. 6. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan 6.1 Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am. 3
  • 4. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 6.2. Guru/Kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak menjalankan tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan memotong gaji pada hari berkenaan. 7. Sijil Pendaftaran Guru/ Permit Mengajar 7.1 Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja. 7.2 Semua GSTT yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui pada tiap-tiap tahun. 8. Pakaian 8.1 Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36) bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan. 8.2 Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran tersebut. 8.3 Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri upacara rasmi. 8.4 Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik darjah/menghadiri upacara rasmi. 8.5 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru dikehendaki berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara rasmi. 9. Perhubungan Sesama Guru 9.1 Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru. 9.2 Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan dan fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid atau kakitangan sekolah. 10. Bilik Rehat 10.1 Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada jawatankuasa ini. 10.2 Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di dalam Bilik Guru. 10.3 Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching 4
  • 5. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN dan bukannya free period. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 10.4 Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik guru. 10.5 Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman sekolah. 11. Inisiatif Guru 11.1 Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan. 11.2 Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan/ membincangkan/ memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Pengetua. 12. Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 12.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang berkenaan ataupun kepada Pengetua. 12.2 Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan atau pun kepada Pengetua. 13. Tugas Guru 13.1 Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut. 13.2 Guru Tingkatan 13.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan. Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. (Sila lihat senarai tugas tersebut yang dilampirkan bersama di dalam buku ini) 13.3 Guru Bertugas Mingguan/Harian 13.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau tiga orang guru akan diminta bertugas. 13.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua 5
  • 6. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai tugas guru- guru bertugas). 13.4 Kokurikulum 13.4.1 Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajar- pelajar yang menjadi ahli-ahlinya. 13.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum, tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut. Kemahiran boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus, lawatan, perbincangan mahupun dengan cara on the job training. Jika ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam bidang kokurikulum. 13.4.3 Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada sikap guru itu sendiri. 13.4.4 Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di kalangan guru mahupun murid. 13.4.5 Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan. Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu. 13.5 Pentadbiran Ikhtisas 13.5.1 Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas seperti Guru Kelas, Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah, Inventori, AJK SPBT dan sebagainya. 13.5.2 Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya usaha sendiri. 13.5.3 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum mahupun kokurikulum sebahagian besarnya bergantung kepada keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah kita. Oleh itu, bidang ini perlu diberi perhatian yang wajar. 14. Buku Rekod Mengajar 14.1 Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu perlulah disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa. Buku ini diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Petang pada tiap-tiap hari Jumaat untuk diperiksa dan ditandatangani. Jika Pengetua tiada, maka 6
  • 7. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata Pelajaran. 14.2 Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Pengetua terlebih dahulu. 15. Jadual Waktu 15.1 Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat. 15.2 Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di kelas masing-masing. 15.3 Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan. 15.4 Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke atas kelas/tugas yang ditetapkan. 16. Buku Rekod Kedatangan Murid 16.1 Tiap-tiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan untuk kegunaan tingkatannya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut. 16.2 Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru Tingkatan sendiri pada hari mengajar pada waktu kedua (second period). 16.3 Buku ini diambil dari Bilik Guru Kanan dan hendaklah disimpan semula di tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir/tidak hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan. 16.4 Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan/GPK HEM/Penolong Kanan Petang/guru yang telah ditugaskan oleh Pengetua khas untuknya. 17. Menghukum Murid 17.1 Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid. Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid- murid. 17.2 Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada pengetahuan Pengetua/GPK GPK HEM atau Guru Disiplin/JK Disiplin. 7
  • 8. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 18. Kad 001/002 18.1 Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemas kini kad-kad ini pada tiap-tiap awal tahun. 18.2 Kad ini hendaklah diserahkan kepada Kaunselor apabila diminta. 19. Buku Teks (SPBT) 19.1 Guru-guru tingkatan dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29) bertarikh 12 Oktober 1978 dirujuk. 19.2 Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan. 20. Keselamatan Harta Benda Sekolah 20.1 Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya memecahkan cermin tingkap). 20.2 Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya. 21. Kebersihan 21.1 Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini. Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru Tingkatan. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 21.2 Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik khas/tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut. 21.3 Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. 22. Kutipan Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan 22.1 Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan yang dikutip untuk sekolah adalah seperti yang ditetapkan. 22.2 Guru-guru tingkatan akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran tersebut. Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan kepada murid-murid yang membayar yuran. 8
  • 9. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 22.3 Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah memastikan mereka diberi resit oleh pihak sekolah dan menyimpan resit-resit tersebut. 22.4 Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada Pengetua. 23. Surat Menyurat 23.1 Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan. 24. Surat-Surat Yang Diterima 24.1 Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut. 24.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua surat itu boleh disimpan oleh guru di dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya. 24.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkan surat tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu hendaklah :- 24..3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam simpanannya (jika perlu dan berkaitan) 24..3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 24..3.3 Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat. 24.4 Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya ditandatangani oleh Pengetua, kecuali jika beliau sedang bercuti dan sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan bagi pihak Pengetua. 25. Pergi Ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor 25.1 Dari masa ke masa, mungkin ada guru-guru yang terpaksa ke JPNJ untuk satu-satu hal yang tertentu yang berkaitan dengan masalah perkhidmatan dan sebagainya. 25.2 Untuk tujuan ini, guru-guru dikehendaki memenuhkan dan membawa borang yang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat sekolah. 9
  • 10. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 26. Pelawat 26.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua atau Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. 26.2 Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua. 27. Membeli Barang 27.1 Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah melengkapkan borang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat. Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pejabat untuk tindakan selanjutnya. 27.2 Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh memberitahu mengenainya kepada Pengetua dan kebenaran akan diberi supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan ke sekolah. 28. Perpustakaan Sekolah 28.1 Disebabkan perpustakaan sekolah ini kecil, guru-guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum membenarkan murid-murid ke perpustakaan. 29. Kegiatan Kokurikulum 32.1 Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat/Guru Penjaga dan sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 30. Mengajar Luar Waktu Sekolah 30.1 Kebenaran daripada Pengetua/Pengarah Pendidikan perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah. 30.2 Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20 of The Assisted School ( Management) Rules 1962 perlu dirujuk. 31 Perhimpunan Sekolah 31.1 Pihak sekolah mengadakan perhimpunan harian (Selasa–Jumaat) dan perhimpunan rasmi (Isnin). 31.2 Semua guru dikehendaki menghadirinya. Guru akan menyanyikan bersama- sama dengan murid lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor, lagu Sekolah dan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. 10
  • 11. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 32. Mesyuarat Guru-Guru 32.1 Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru. Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru. 33. Mesyuarat Jawatankuasa 33.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut. 33.2 Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa, hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada Pengetua dengan kadar segera. 34. Latihan Kebakaran 34.1 Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti. Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa hari persekolahan. 34.2 Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang terkandung di dalam surat arahan tersebut. 35. Keahlian Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan serta PIBG 35.1 Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan. 35.2 Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar. 36. Lawatan Sambil Belajar 36.1 Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah murid-murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Pengetua dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Setelah itu, segala prosedur mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibu bapa/penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. 36.2 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang melibatkan murid-murid sekolah, ataupun menggunakan nama sekolah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Pengetua dan juga tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Juga dilarang guru-guru menganjurkan lawatan yang berbentuk berkelah. 36.3 Semasa lawatan dijalankan guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan mengawal murid-murid dengan baik. 36.4 Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyampaikan laporan bertulis mengenainya kepada Pengetua. 11
  • 12. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 36.5 Guru-guru Unit Beruniform yang ingin membawa murid-murid untuk berkhemah, hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan Pengetua. 37. Mengiringi Pasukan Sekolah 37.1 Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu, di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya. 37.2Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka 38. Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah 38.1 Kedua-dua cogan kata tersebut adalah hasrat dan harapan kerajaan terhadap sikap kakitangannya. 38.2 Guru-guru dikehendaki memahami, menghayati serta mengamalkan dan menjadikannya sebagai panduan. 39. Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah 39.1 Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah, matlamat dan objektif sekolah. 39.2 Oleh itu, mereka hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut berfungsi dan bermakna. 40. Buku Stok 40.1 Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku stok seperti Sains, Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Pendidikan Jasmani, Sukan dan sebagainya. 40.2 Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan bahawa maklumat- maklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas kini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Guru Penolong Kanan. 41. Buku Rekod Pengambil Barang Dari Pejabat 41.1 Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya. 41.2 Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan pembaziran. 12
  • 13. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 41.3 Segala barang/alatan dipinjam dari pejabat, guru hendaklah mengembalikannya semula selepas digunakan. 42. Tanda Nama 42.1 Semua guru dan kakitangan dikehendaki sentiasa memakai tanda nama mereka pada hari persekolahan, pada hari-hari keramaian di sekolah dan juga semasa menghadiri sebarang majlis di luar sekolah. 43. Kebersihan/Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah 43.1 Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah masing-masing. 43.2 Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid- murid. 43.3 Guru tingkatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka mempunyai perkara-perkara berikut ; 43.3.1 Misi dan Visi Sekolah 43.3.2 Jadual Waktu 43.3.3 Jadual Bertugas 43.3.4 Carta Organisasi Kelas 43.3.5 Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan 43.3.6 Pelan Kedudukan Murid 43.3.7 Penyapu 43.3.8 Penyodok Sampah 43.3.9 Baldi Kecil 43.3.10 Kain Lap 13
  • 14. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN BAHAGIAN B : PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Masuk Kelas Menepati Waktu Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. 2. Kawalan Murid Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap bahawa ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam perkara ini dengan pihak sekolah. 3. Perlakuan Waktu Mengajar Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan mereka mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan teratur, apabila mereka mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai kecuali dengan sebab-sebab kesihatan. 4. Alat Mengajar/ Bahan Sumber 4.1. Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar dan bahan sumber yang sesuai untuk tujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. 4.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya hendaklah digunakan di dalam pengajaran. 4.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat- alat tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh diambil dan disimpan oleh guru-guru sahaja. 5. Alat Sukan 5.1. Semua jenis alatan yang disediakan oleh pihak sekolah perlu diawasi dengan teliti. Hanya guru dan Ketua Murid/Ketua Pasukan dibenarkan mengambil alatan itu. Stor alatan perlu dijaga dengan sempurna. 6. Buku Rampaian/Buku Nota Murid 6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya hanya menggunakan buku rampaian yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk kegunaan mereka. 6.2 Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. 14
  • 15. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 6.3 Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku- buku nota murid ini kepada Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan Petang/Guru Penolong Kanan apabila diminta. 7. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya 7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di rumah, guru hendaklah memberikannya. 7.2 Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa kerap yang boleh. 7.3 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan dan keupayaan murid. 7.4 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru- guru tidak dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di Bilik Guru. 7.5 Guru juga dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari masa ke masa untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur. 8. Ujian Bulanan 8.1 Dari masa ke masa guru-guru akan menjalankan ujian bulanan dan juga ujian penggal. Sila rujuk kalender sekolah mengenai ujian bulanan dan penggal. 8.2 Bagi ujian bulanan, guru-guru diminta menjalankan pada bulan yang telah ditetapkan dan markah-markah hendaklah dimasukkan di dalam ruang yang berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru. 8.3 Bagi Ujian Penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari masa ke masa dan guru-guru dikehendaki mematuhi arahan. 9. Pemantauan Pengetua 9.1 Pemantauan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 10. Pemantauan Oleh Nazir Sekolah /Pegawai JPN, PPD 10.1 Dari masa ke masa sekolah ini akan didatangi oleh Nazir Sekolah atau Pegawai-pegawai lain untuk memeriksa keadaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang tertentu. 10.2 Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada mereka. Guru-guru boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan bukan hanya setakat mendengar dan menerima arahan sahaja. 15
  • 16. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 11. Guru Ganti 11.1 Guru-guru yang ditugaskan untuk menggantikan bagi guru-guru yang tidak hadir ke sekolah, hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan guru tersebut hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya tidak mengganggu kelas-kelas yang lain (Sila rujuk bahagian panduan guru ganti dalam Buku Panduan Guru) 11.2 Tugas-Tugas Pengganti (Guru Ganti) 11.2.1 Penolong Kanan/Guru Jadual waktu akan menyediakan Jadual Waktu Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada hari tersebut. 11.2.2 Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib patuhi. 12. Perhubungan/Interaksi Guru Murid 12.1 Dalam usaha untuk membolehkan wujudnya situasi dan suasana yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, guru hendaklah berusaha untuk mewujudkan perhubungan/interaksi yang baik dengan murid. 12.2 Hubungan baik ini antara guru dengan murid perlu diwujudkan sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Ini akan membolehkan murid-murid mempunyai sikap, pandangan dan anggapan yang positif terhadap guru. 13. Mendenda Murid 13.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran tidak dikehendaki dan dilarang. 16
  • 17. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN BAHAGIAN C : SENARAI TUGAS PENTADBIR SEKOLAH 1. PENGETUA Senarai Tugas 1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran 1.1 Merancang pengajaran tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu selepas Semester 1 bermula. 1.1 Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu. 1.2 Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu. 1.4 Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula. 1.5 Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu. 1.6 Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan peperiksaan semester). 1.7 Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi. 2.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah 2.1 Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember. 2.2 Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program pembangunan. 2.3 Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali. 2.4 Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun 2.5 Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan. 2.6 Menyemak buku latihan pelajar 100 buah buku sebulan. 2.7 Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap minggu. 3.0 Pengurusan Kurikulum Daerah 3.1 Menjalankan mesyuarat panitia daerah 2 kali setahun. 3.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program Panitia Daerah Segamat. 3.3 Menyelaras penyediaan soalan-soalan Percubaan PMR, SPM dan akhir tahun, setahun sekali. 17
  • 18. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.0 Pengurusan Kokurikulum Sekolah 4.1 Merancang program tahunan kokurikulum sekolah dan siap pada 31 Disember. 4.2 Merancang minimum 12 aktiviti setahun. 4.3 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum 1 kali setiap satu semester. 4.4 Menjalankan mesyuarat kokurikulum 2 kali setahun. 4.5 Menyemak rekod aktiviti-aktiviti dan kehadiran kokurikulum 1 kali setiap 1 semester. 4.6 Mengurus badan-badan beruniform sekolah sepanjang tahun. 4.7 Mengurus kelab/persatuan sekolah sepanjang tahun. 4.8 Mengurus aktiviti permainan/olahraga sekolah sepanjang tahun. 5.0 Pengurusan Kokurikulum Daerah 5.1 Menjalankan mesyuarat Panitia Kokurikulum Daerah 2 kali setahun. 5.2 Merancang dan melaksanakan 2 aktiviti program kokurikulum daerah setahun. 6.0 Pengurusan Persional 6.1 Menguruskan pengesahan jawatan/kenaikan gaji/setiap guru/kakitangan tepat pada masanya. 6.2 Mengurus segala cuti/kakitangan menepati Pekeliling Perkhidmatan. 6.3 Mengurus program perkembangan staff 7 hari setahun dengan kehadiran sekurang-kurangnya 95 peratus. 6.4 Mengurus pendaftaran pelajar, penempatan dan pertukaran sekolah dalam masa 1 hari dari tarikh permohonan. 6.5 Merancang dan melaksanakan program perkembangan persional pelajar 2 kali setahun. 6.6 Mengambil tindakan semua masalah/kebajikan pelajar seperti yuran peperiksaan, biasiswa, pengangkutan, cermin mata, kesihatan, SPBT dapat diselesaikan ke tahap 95 peratus. 6.7 Mengambil tindakan tatatertib menepati Pekeliling Perkhidmatan. 6.8 Menilai semula prestasi tahunan semua guru dan semua pekerja dan siap sebelum 15 Januari tahun berikutnya. 6.9 Menjelaskan bil-bil kewangan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian. 18
  • 19. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 7.0 Pengurusan Fizikal Dan Keselamatan Sekolah/Asrama 7.1 Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dengan diperiksa oleh jurutera bertauliah setahun sekali. 7.2 Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi 2 unit pada setiap aras dan 1 unit di setiap bilik makmal/bengkel. 7.3 Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun. 7.4 Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap 1 semester. 7.5 Menyelia rekod Pengawal Keselamatan setiap hari. 7.6 Menyelia supaya tiada kes pencerobohan. 7.7 Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerima barang sepanjang tahun. 7.8 Menyemak stok pada akhir tahun. 7.9 Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun sebelum 31 Julai pada setiap tahun. 8.0 Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah /Asrama 8.1 Mengurus kebersihan dan keceriaan sekolah setiap hari. 8.2 Memeriksa kebersihan kantin dan penyediaan makanan supaya bersih dan selamat setiap hari. 8.3 Mengusahakan supaya sekurang-kurangnya ada sebuah taman dan mural. 9.0 Perhubungan Awam 9.1 Mengadakan 3 majlis sekolah setahun. 9.2 Menghadiri semua majlis rasmi luar sekolah sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus. 9.3 Menerima semua perlantikan dan melaksanakan tugas AJK bagi aktiviti di luar sekolah. 9.4 Ada Piagam Pelanggan dan memberi layanan pada tahap maksimum. 9.5 Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG sekurang-kurangnya pada tahap kehadiran 90 peratus. 19
  • 20. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2. PENOLONG KANAN Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai. Senarai Tugas 1.0 Pengurusan Kurikulum 1.1 Mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu. 1.2 Menentukan pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan kurikulum. 1.3 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain. 1.4 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 1.5 Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran. 1.6 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 1.7 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. 1.8 Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 1.9 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan. 1.10 Membantu dan merancang serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan. 1.11 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. 1.12 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 1.13 Membantu di dalam penentuan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku-buku bacaan lain serta kesesuaiannya 1.14 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian. 1.15 Merancang dan mentadbir perjalanan peperiksaan awam, PMR, SPM, STPM dan ujian bulanan, ujian penggal dan lain-lain. 1.16 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan awam dan ujian bulanan. 20
  • 21. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.17 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.0 Pengurusan dan Pentadbiran 2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua 2.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 2.3 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah. 2.3 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 2.4 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta kakitangan bukan guru. 2.5 Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan. 2.6 Menyelenggarakan semua Buku Stok Sekolah. 2.7 Merancang dan menyelenggarakan bangunan dan keselamatan harta benda sekolah. 2.8 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat serta perangkaan. 2.9 Membantu merancang Takwim Sekolah. 2.10 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru. 2.11 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. 2.12 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 2.13 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. 2.14 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah. 2.15 Menyelaras semua aktiviti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain. 3.0 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan 3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah. 3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Pengetua. 3.3 Bersama-sama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran/Latihan Kebakaran serta kegiatan-kegiatan seumpamanya. 21
  • 22. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.0 Perpustakaan Pusat Sumber 4.1 Merancang, melaksana dan menyelia perjalanan dan kegiatan perpustakaan sumber sekolah. 4.2 Memilih dan mengklasifikasikan bahan-bahan, buku;buku dan lain-lain bagi kegunaan Pusat Sumber Sekolah. 4.3 Mewujudkan satu suasana budaya membaca. 4.4 Menguruskan buku-buku Stok alat-alat Pusat Sumber. 4.5 Menyelaraskan keperluan alat bantuan mengajar termasuk alat/bahan elektronik semua mata pelajaran. 4.6 Menilai kesesuaian bahan pengajaran. Menyelia penggunaan dan penyimpanan alat/bahan pengajaran dan mengesan rekod penggunaannya. 4.7 Menyelia Pusat Sumber Sekolah seperti penyediaan Jadual penggunaan. 4.8 Merancang dan mencadangkan pembelian bahan-bahan Pusat Sumber. 4.9 Menyediakan anggaran belanjawan perpustakaan sumber. 4.10 Mengatasi maslah semasa dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke masa. 5.0 Perkembangan Staff 3.6 Merancang, melaksana program perkembangan staff. 3.7 Merancang mengadakan In house training untuk kakitangan. 6.0 Tugas-Tugas Lain 6.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua dari masa ke masa. 6.2 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa 3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan penerapan nilai-nilai murni. Senarai Tugas 1.0 Pengurusan Kurikulum 1.1 Mengajar antara 10 hingga 16 waktu seminggu. 22
  • 23. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain. 1.3 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 1.4 Membuat perancangan dan menguruskan hal ehwal berkaitan buku-buku. 1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.0 Pembangunan Diri Pelajar 2.1. Disiplin 1 2.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murn.i 2.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. 2.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 2.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 2.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar. 2.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan ibu bapa/penjaga. 2.2. Bimbingan Dan Kaunseling 2.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling 2.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan 2.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar dalam kalangan murid. 2.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan prestasi bagi pelajar-pelajar baru. 2.3. Program Pelindungan Pelajar 2.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah. 2.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan. 23
  • 24. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2.4. Kesihatan 2.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar. 2.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna. 2.4.3. Mengurus kad 001, Kad Tenaga Asas dan lain-lain. 2.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. 2.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar. 2.5. Skim Pinjaman Buku Teks 2.5.1. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku teks. 2.5.2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT. 2.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks. 2.6 Biasiswa dan Bantuan 2.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan. 2.6.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan. 2.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar. 3.0 Pengurusan dan Pentadbiran 3.1. Menguruskan dan mengemas kini buku rekod pendaftaran pelajar. 3.2. Menguruskan kemasukan dan pemantauan pelajar. 3.3. Menguruskan pertukaran pelajar. 3.4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar sidang pagi. 3.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. 3.6. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001. 3.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 3.8. Membantu merancang takwim sekolah. 24
  • 25. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.0 Kokurikulum 4.1. Sukan dan Permainan 4.2 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. 4.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. 4.2. Kelab dan Persatuan 4.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. 4.3. Unit Beruniform 4.3.1 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform. 4.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah. 4.4. Koperasi Sekolah 4.4.1 Memastikan koperasi sekolah dapat diuruskan mengikut garis panduan koperasi sekolah. 5.0. Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Kendiri (Personal Development) 5.1.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga. 5.1.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personal 5.1.3. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. 5.1.4. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. 5.1.5. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D). 5.1.6. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan. 5.1.7. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. 5.1.8. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan. 6.0. Pengawasan Asrama (Jika Ada) 6.1.1. Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama. 25
  • 26. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 6.1.2. Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden. 6.1.3. Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama. 6.1.4. Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama. 6.1.5. Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur. 6.1.6. Menyelaras pengurusan hal-hal kesihatan penghuni asrama. 6.1.7. Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah. 6.1.8. Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum. 6.1.9. Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama. 6.1.10. Penasihat Lembaga Pengawas Asrama. 7.0. Tugas-tugas lain 7.1. Membantu mengenal pasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka. 7.2. Merancang kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk murid-murid semasa cuti sekolah. 7.3 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa. 4. PENOLONG KANAN PETANG Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Pengetua mentadbirkan sidang petang sekolah. Senarai Tugas 1.0. Kurikulum 1.1. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua. 1.2. Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang. 1.3. Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian. 1.4. Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan Televisyen dan sebagainya. 26
  • 27. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.5. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan. 1.6. Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah. 1.7. Membantu merancang program tahunan kurikulum sekolah. 1.8. Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya. 1.9. Menyemak buku-buku persediaan mengajar guru. 1.10. Menentukan guru-guru mempunyai sukatan pelajaran, buku panduan mata pelajaran, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, buku-buku teks dan buku-buku panduan yang lain. 1.11. Mengadakan bahan-bahan pembelajaran asas pelajar bagi pelajar yang tidak mempunyainya seperti buku latihan, pensel, getah pemadam dan sebagainya. 1.12. Menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan penggunaan kaedah pengajaran yang betul, penggunaan bahan-bahan bantu mengajar, pengguna benda-benda maujud dan lain-lain. 1.13. Menyemak buku latihan/lembaran kerja pelajar. 1.14. Membantu penyediaan kemudahan-kemudahan perlu dan asas yang boleh menggalakkan perwujudan daya membaca di kalangan pelajar. 1.15. Membantu menyelaras aktiviti-aktiviti, ucapan atau majlis yang diadakan di sekolah seperti Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajaran, Sukan Tahunan Sekolah dan sebagainya. 1.16. Menyelia pentadbiran Skim Pinjaman Buku Teks. 1.17. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Kokurikulum 2.1. Menyelaras kegiatan kokurikulum, pakaian seragam, persatuan dan kelab sukan dan permainan. 2.2. Membuat jadual kegiatan kokurikulum seperti sukan dan permainan, pasukan unit beruniform dan persatuan /kelab. 2.3. Menentukan pelaksanaan kegiatan kokurikulum. 2.4. Membantu menyediakan segala kemudahan yang diperlukan bagi menjayakan pelaksanaan segala kegiatan kokurikulum. 3.0 Hal Ehwal Murid 27
  • 28. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 3.1. Menyelaras semua jenis tindakan disiplin. 3.2. Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling. 3.3. Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Sekolah serta mengawas Keselamatan murid sidang petang. 3.4. Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah. 3.5. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 3.6. Melaksanakan pemilihan dan perlantikan jawatan-jawatan bertanggungjawab bagi pelajar-pelajar. 3.7. Mengesan dan menguruskan masalah pembelajaran pelajar. 3.8. Mengenal pasti dan mengadakan rancangan untuk menentukan dan menyelesaikan masalah-masalah kesihatan seperti rabun, pekak, rabun warna, speech defect, malnutrition, physical coordination dan sebagainya. 3.9. Menyelaras supaya pelajar-pelajar dapat menggunakan kemudahan persekolahan di dalam dan di luar bilik darjah seperti perpustakaan, bilik khas, tv, radio, bilik sembahyang dan lain-lain. 3.10. Menjauhkan pelajar-pelajar dari pengaruh tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, tidak sembahyang lima waktu (bagi pelajar-pelajar Islam), keruntuhan akhlak dan lain-lain. 3.11. Menyediakan kemudahan-kemudahan dan latihan untuk menghadapi masa kecemasan seperti kebakaran, banjir, kecemasan seperti sakit atau pitam, warden lalu lintas, hari hujan (pelajar basah dan lain-lain). 3.12. Mengadakan kemudahan bilik sakit, ubat rawatan, giliran membawa pelajar ke hospital dan lain-lain. 3.13. Menyelidik tentang ketidakhadiran dan kelewatan pelajar serta mencari jalan untuk memperbaiki keadaan ini. 3.14. Menolong pelajar yang ingin bertukar sekolah dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melicinkan proses pertukaran pelajar. 3.15. Mengadakan sistem hubungan yang efektif dengan pelajar, sesama pelajar dan di antara semua pihak (luar dan dalam). 3.16. Menjaga disiplin pelajar seperti merotan pelajar, memberi pelajar nasihat dan panduan dan panduan mendampingi pelajar dan lain-lain. 3.17. Menyelenggarakan pelajar-pelajar yang menerima bantuan SPBT, Biasiswa, Tabung Amanah dan lain-lain. 3.18. Meneliti dan menilai kerja pelajar. 3.19. Menggalakkan daya cipta di kalangan pelajar serta perkembangan naluri ingin tahu mereka seperti melukis dan mewarnai seperti 28
  • 29. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN mural sekolah, membina pintu gerbang, menternak, berkebun, membela ikan dan lain-lain. 3.20. Melibatkan pelajar secara aktif dalam kegiatan-kegiatan dan perayaan seperti penerbitan majalah sekolah, Hari Guru, perayaan Maulidur Rasul, Tadarus al-Quran dan sebagainya. 3.21. Menggalakkan pelajar menggunakan perpustakaan sepenuhnya 3.22. Mengadakan orientasi dan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar mengenai cara menggunakan tandas dengan baik, pakaian sekolah, perpustakaan dan lain-lain. 3.23. Menyelaraskan pertandingan kelas bagi siding petang seperti kebersihan kelas, disiplin kelas, kekemasan pakaian, kerosakan alatan dan lain-lain. 3.24. Menyelia pengurusan kantin sebelah petang. 4.0 Pengurusan dan Pentadbiran 4.1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Penolong Kanan dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). 4.2. Bertanggungjawab kepada Pengetua di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang. 4.3. Membantu Pengetua dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 4.4. Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang. 4.5. Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan yang lain. 4.6. Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal/bengkel dan pekerja am sekolah bagi sidang petang. 4.7. Membantu merancang Takwim Sekolah. 4.8. Membantu merancang menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah 4.9. Menyemak buku kedatangan murid sidang petang. 4.10. Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang. 4.11. Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan. 4.12. Menguruskan hal-hal biasiswa yang berkaitan dengan mengedar borang permohonan. 29
  • 30. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.13. Membantu di dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang. 4.14. Menyediakan Penyata Bulanan. 4.15. Menyelia penyimpanan alat-alat stationary seperti kertas, kapur, majalah, stensil dan sebagainya. 5.0. Pentadbiran Kewangan Sekolah 5.1. Membantu penyediaan Belanjawan Sekolah. 5.2. Menyelaras pengutipan wang yuran sekolah. 5.3. Menerima borang-borang pesanan. 5.4. Membantu penyelenggaraan buku-buku stok sekolah. 5.5. Membantu pengurusan proses hapus kira barang-barang yang rosak, hilang atau luput. 6.0 Keadaan Fizikal Sekolah 6.1. Mengawas bangunan dan kawasan sekolah supaya ianya bersih. 6.2. Mengambil langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah. 6.3. Menolong mengindahkan bangunan dan kawasan sekolah menerusi usaha kreatif guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar seperti melukis mural, menanam pokok bunga dan sebagainya. 6.4. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di bilik darjah, Bilik Rawatan, Bilik Rawatan, Bilik Guru, Bilik Sumber, Makmal Sains, Bilik Ekonomi Rumah tangga, Bengkel Seni Perusahaan, Stor Pertanian, Stor Sukan dan sebagainya. 6.5. Menyelenggarakan pengawasan alatan-alatan dan perabot di kantin, dewan, bilik pengawas dan sebagainya. 6.6. Memeriksa dari masa ke masa alat keselamatan, alat pemadam api seperti baldi air/pasir, peti kecemasan dan lain-lain. 6.7. Memeriksa keadaan bangunan, wayar elektrik, paip gas, mesin-mesin dan lain-lain dari masa ke masa supaya ianya dalam keadaan yang memuaskan. 6.8. Menyelaras latihan kawat kecemasan dan memastikan segala peraturan kecemasan dipatuhi. 30
  • 31. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 7.0 Perhubungan Luar 7.1. Menerangkan dasar, aturan dan peraturan sekolah kepada ibu bapa dan anggota komuniti. 7.2. Memberitahu ibu bapa mengenai program dan aktiviti sekolah. 7.3. Dari masa ke masa memberitahu ibu bapa mengenai kemajuan anaknya. 7.4. Bekerjasama dengan guru-guru untuk mencari penyelesaian kepada masalah perhubungan sekolah dan masyarakat. 7.5. Bekerjasama dengan ibu bapa dan guru-guru untuk memberi kesedaran di kalangan ibu bapa akan peranan mereka mengawasi pembelajaran anak mereka. 7.6. Berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi keluarga yang memerlukan bantuan. 7.7. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk memahami dan menghormati kebudayaan suku-suku etnik dalam komuniti negara. 7.8. Menggalakkan anggota staff dan pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dalam projek komuniti. 7.9. Menjemput ibu bapa dan orang ramai datang ke sekolah sewaktu mengadakan perayaan. 7.10. Bekerjasama dengan PIBG untuk merangka dan melaksanakan program yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. 7.11. Menggalakkan ibu bapa dan guru-guru untuk mengambil bahagian dalam projek dan aktiviti PIBG. 7.12. Mewujudkan kerjasama dan perhubungan yang baik antara sekolah-sekolah. 7.13. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat sesuai dengan etnik perkhidmatan dan tatasusila perguruan seperti bekerjasama dalam projek-projek masyarakat. 8.0 Tugas-tugas lain 8.1. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang diarah oleh Pengetua. 8.2. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa. 5. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 31
  • 32. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN Senarai Tugas 1.0 Pengurusan Kurikulum 1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang diajar. 1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya. 1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik. 1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar. 1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah. 2.0 Kokurikulum (Sukan, Permainan, Pasukan Beruniform, Persatuan dan Kelab) 2.1 Merancang takwim kegiatan sekolah. 2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah. 2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. 2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya. 2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar. 3.0 Pengurusan 3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum. 3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum. 3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil penjelasan. 3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah. 3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah. 3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/ rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah. 3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum. 3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik. 3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka. 32
  • 33. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.0 Pembangunan Diri Stafff 4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah. 4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar. 4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. 4.4 Menyelaras kurikulum/ kokurikulum bersepadu. 5.0 Pembangunan Diri Pelajar 5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum. 5.2 Menyertai kempen/ perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. 5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu. 6.0 Sukan dan Permainan 6.1 Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/ permainan di semua peringkat. 6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah. 7.0 Kelab/ Persatuan 7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. 8.0 Pasukan Pakaian Seragam 8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam. 8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah. 9.0 Setiausaha Sukan Sekolah 9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan. 9.2 Menjaga dan membina kemudahan/ kelengkapan peralatan sukan, mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan. 9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSSM serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan. 9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh Jabatan atau Kementerian. 33
  • 34. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri. 9.6 Mengadakan jadual latihan sukan/ olahraga/ permainan untuk murid sekolah. 9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM. 9.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa. 6. GURU KANAN MATA PELAJARAN Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta peranan untuk semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang dilantik menjawat jawatan tersebut di Sekolah Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan diikuti. Jika perlu, Pengetua hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolahnya. Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif berkaitan dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya. Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM. Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar. Mata Pelajaran di bawah bidang kelolaan Guru Kanan Mata Pelajaran adalah seperti yang berikut: Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Bahasa ♦ Bahasa Melayu ♦ Bahasa Inggeris ♦ Bahasa Cina ♦ Bahasa Tamil ♦ Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain yang diajar ♦ Kesusasteraan Melayu ♦ Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris ♦ Pengajian Am Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan ♦ Geografi ♦ Sejarah ♦ Pendidikan Islam/Pendidikan Moral ♦ Pendidikan Seni ♦ Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 34
  • 35. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Sains dan Matematik ♦ Sains ♦ Sains Tambahan ♦ Fizik ♦ Kimia ♦ Biologi ♦ Matematik ♦ Matematik Tambahan Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknologi ♦ Kemahiran Hidup Bersepadu ♦ Kemahiran Hidup Menengah Atas ♦ Ekonomi Rumah Tangga ♦ Sains Pertanian ♦ Perdagangan ♦ Prinsip Akaun ♦ Ekonomi Asas ♦ Ekonomi ♦ Lukisan Kejuruteraan ♦ Teknologi Kejuruteraan ♦ Dan mata-mata pelajaran lain yang diperkenalkan Senarai Tugas 1.0 Kurikulum 1.1. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. 1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan. 1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru- guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka. 1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil tindakan sewajarnya. 1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan. 1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian,Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 35
  • 36. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan. 1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang diarahkan oleh Pengetua. 1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staff. 1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru. 1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum. 1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari langkah-langkah mengatasinya. 2.0 Kokurikulum 2.1. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik berkaitan dengan bidangnya. 2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.0 Pengurusan dan Pentadbiran 3.1. Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang serta kawalannya. 3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru- guru. 3.3. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 3.4. Membantu merancang Takwim Sekolah. 3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya. 3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan. 3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 3.8. Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau bahan yang berkaitan dengan bidangnya. 36
  • 37. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 3.9. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik darjah dan di sekolah. 3.10. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keselamatannya. 4.0 Tugas-tugas lain 4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru. 4.2. Berhubung dengan Guru Kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 4.3. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil. 4.4. Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber. 4.5. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa. 7. GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA Senarai Tugas 1. Menyelaraskan semua program yang dirancang. 2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan perpustakaan serta mengadakan mesyuarat. 3. Menyediakan jadual kerja bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber dan Perpustakaan. 4. Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan. 5. Menceriakan PSS. 6. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya. 7. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staff. 8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS. 9. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek. 10. Memperbanyakkan koleksi PSS dan Mempertingkatkan kelengkapan PSS. 37
  • 38. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 11. Memastikan kelengkapan PSS mencukupi untuk keperluan pelajar dan guru. 12. Memastikan keselesaan pengguna PSS. 13. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar. 14. Pengagihan beban tugas. 15. Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar. 16. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya. 17. Memastikan buku stok kemas kini. 18. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS. 19. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi. 20. Merancang aktiviti dan melaksanakannya. 21. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan. 8. GURU DATA Senarai Tugas 1. Menyediakan data kemasukan pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina. 2. Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori , opsyen dan lain-lain. 3. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata butiran guru. 4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga. jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain. 5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar. 6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa. 7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. 8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi. 9. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 9. GURU PENYELARAS BESTARI Senarai Tugas 38
  • 39. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1. Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. 2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah. 1.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan. 3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikall yang mungkin timbul. 3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. 3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya. 3.3 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik. .4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan. 4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna. 4.2 Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah. 4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projektor, TV connector dan sebagainya. 5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. 5.2 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut. 6. Melatih staff menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran. 39
  • 40. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sistem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian. 6.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari. 6.3 memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik. 7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. 7.1 menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan. 8. Sebagai pengurus e-mel. 8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah. 9. Memastikan integriti dan keselamatan data. 9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. 9.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastuktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut: 9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer. 9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja. 9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik. 9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti. 3.1 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut: 9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar. 9.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus. 9.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang disyorkan. 10. Sebagai pakar rujuk dan pengawal sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikut perkembangan ICT semasa. 40
  • 41. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-lain lagi. 10.2 Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi. 10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum. 11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan. 11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan. 11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkain tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah. 11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah. 12. Meningkatkan budaya ICT di sekolah. 12.1 Menyediakan garis panduan/ peraturan/ tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi. 12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke masa. 13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari. 41
  • 42. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN BAHAGIAN D : SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG 1. GURU BIASA Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru. Senarai Tugas 1.0 Tugas Mengajar 1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan. 1.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan. 1.3. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan. 1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan. 1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan. 42
  • 43. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang dikehendaki. 1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar. 1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan. 1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia. 1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang di- keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD. 1.11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH/Bilik ERT/ Sains Pertanian dan mengawasi penggunaan peralatan. 1.12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. 1.13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.14. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. 1.15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. 1.16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. 1.17. Membantu menguruskan Bank Soalan. 2.0 Pentadbiran bilik darjah: 2.1 Menyimpan daftar kelas. 2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah. 2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga. 2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG dan lain-lain pungutan). 2.5 Kad 001/Fail peribadi pelajar. 2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan. 43
  • 44. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum. 2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil. 3.0 Peperiksaan Dalaman: 3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan). 3.2 Pengawasan peperiksaan. 3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip. 3.4 Penggredan markah 3.5 Penganalisisan keputusan. 4.0 Peperiksaan Luaran: 4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar. 4.2 Kutipan-kutipan yuran. 4.3 Pengawasan peperiksaan. 5.0 Penjagaan Disiplin: 5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya. 5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga. 5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar. 5.4 Menasihati dan menunjuk ajar. 5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah. 6.0 Pentadbiran Sekolah: 6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran. 6.2 Jadual Waktu. 6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik ERT, bilik Pendidikan Seni, bilik Sukan, bilik rawatan, Pusat Sumber dan lain-lain. 6.4 Buku-buku teks. 44
  • 45. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 6.5 Biasiswa dan kebajikan. 6.6 Perpustakaan. 6.7 Bimbingan dan kerjaya. 7.0 Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum: 7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan- peraturan yang telah ditetapkan. 7.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap aktiviti ko-kurikulum. 8.0 Tugas-tugas Separa Profesional: 8.1 Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pelajar-pelajar. 8.2 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat, permainan-permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah- sekolah dan sebagainya). 8.3 MSSD, MSSJ, MSSM, PSKPPJ. 8.4 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah. 8.5 Projek-projek pembangunan sekolah. 8.6 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas. 8.7 PIBG. 8.8 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan profesion dari masa ke masa. 9.0 Tugas-tugas Bukan Profesion: 9.1 Penjagaan bangunan sekolah. 9.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah. 9.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan. 9.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan. 45
  • 46. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 9.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya perlu). 9.6 Pengurusan sekolah. 9.7 Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah. 9.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar. 10.0 Tugas-tugas lain: Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa 2. GURU TINGKATAN Senarai Tugas 1.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar 1.1. Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam tingkatan jagaannya. Harus mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan berusaha untuk membantu mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh memajukan kedudukan akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan, personaliti dan sahsiah mereka. 1.2. Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar, menghormati guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara keseluruhannya. 1.3. Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas. 1.4. Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya. 2.0 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 2.1. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 2.2. Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas berada dalam keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak pentadbiran. 2.3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan jadual waktu kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual tugasan, kata hikmat, pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumat- maklumat terkini dan guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke 46
  • 47. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN arah matlamat tersebut. Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di papan kenyataan kelas tersebut. 2.4. Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas. 2.5. Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 3.0 Jadual Kedatangan Kelas ( Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan) 3.1. Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa di audit oleh Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan, kedatangan dan peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap. 3.2. Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan atau Surat Beranak . 3.3. Pastikan alamat pelajar lengkap. 3.4. Pada setiap bulan Guru Tingkatan hendaklah menutup Buku Kedatangan Pelajar. Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan dengan jumlah kehadiran, jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas. 3.5. Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke dua) dan hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat. 3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan. 3.7. Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah pertolongan rakan sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut. 3.8. Pelajar ponteng sekolah:- 3.8.1. Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa sebarang kenyataan dikira ponteng. 3.8.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang seli tanpa sebarang kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah hari persekolahan bulan berkenaan, dikira ponteng sekolah. 4.0 Pengawasan Bilik Darjah 4.1. Pelantikan Ketua tingkatan dan Penolongnya serta Penubuhan Jawatankuasa Kelas. 4.2. Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya. 4.3. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik. 4.4. Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga sempurna oleh pelajar-pelajar. 4.5. Menentukan jadual waktu tingkatan, jadual giliran bertugas dan kenyataan lain digantung. 47
  • 48. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4.6. Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam kelas. 4.7. Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah. 4.8. Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan sepenuhnya. 4.9. Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajar- pelajar seperti: 4.9.1. Rambut 4.9.2. Kuku 4.9.3. Pakaian 4.9.4. Gigi 4.9.5. Kasut 4.9.6. Lencana nama 5.0 AM 5.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang pemilihan nama pelajar ( Peperiksaan PMR dan SPM ), kegiatan Ko- kurikulum dan sebarang arahan sekolah. 5.2. Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. 5.3. Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik. 5.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan luar mereka. 5.5. Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar. 5.6. Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong Kanan ( HEM )/ Guru Bimbingan dan Kerjaya. 5.7. Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar- pelajar yang lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan sebagainya. 5.8. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa. 3. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN 48
  • 49. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN Senarai Tugas 1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir. 2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan lampu serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. 3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu. 4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah. 6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah. 7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon. 8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru. 9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. 10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi harta benda sekolah. 11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. 12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah :- 12.1. kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan 12.2. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit. 12.3. lawatan-lawatan/pelawat 12.4. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan. 12.5. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan. 13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil. 14. Perhimpunan 14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan 14.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan 14.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas. 49
  • 50. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 4. GURU PENYELARAS TINGKATAN Senarai Tugas 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang perlu diminta terlebih dahulu. 2. Kuota pelajar mengikut kaum mestilah diikuti. Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang/ Pengetua mesti dimaklumkan. 3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar tingkatan 4 dan 5. 4. Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT). 5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa. 6. Memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa semasa. 7. Penyelaras Tingkatan 3 dan 5 sekali gus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan PMR/SPM. 8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk (ikut tingkatan ) dengan kemas dan teratur. 9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar:- 9.1. Buku Kad Kemajuan Pelajar 9.2. Kad Gerko/Buku Gerko. 9.3. Kad 001 dan 002 9.4. Borang Kelulusan Pinjaman SPBT 9.5. Keterangan-keterangan kerja kursus Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni bagi pelajar tingkatan 3. 10. Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta. 11. Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah iaitu:- 11.1. Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu. 11.2. Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris. 11.3. Sijil Pendidikan Seni. 11.4. Sijil Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 11.5. Sijil Berhenti dan lain-lain. 12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR/SPM. 13. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan. 50
  • 51. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN BAHAGIAN E : SENARAI TUGAS MENGIKUT JAWATANKUASA 1. JAWATANKUASA PIBG Senarai Tugas 1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan. 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum. 3. Membantu pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah pelajar sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah. 5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa. 7. Menghadiri upacara rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 2. JAWATANKUASA MAJLIS BILIK GURU 51
  • 52. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN Senarai Tugas 1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan guru. 2. Menjadi orang perantaraan antara staff dengan Pengetua. 3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staff. 4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staff. 5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staff yang akan bertukar/pencen dan menyambut staff baru. 6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan waris staff yang meninggal dunia. 7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru- Guru Kanan dan Lembaga Pengawas. 8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah untuk ahli. 9. Memastikan semua guru dan staff sokongan menjadi ahli PSKPP. 10. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang/lawatan sambil belajar untuk meningkatkan profesional keguruan dan kesejawatan. 11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staff. 3. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ( TAK ALIH KERAJAAN) Senarai Tugas 1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pendidikan dan PPD. 2. Semua penerimaan dan pembelian hendaklah direkodkan dalam Kad Harta Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat. 3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapus kira mengikut peraturan. 4. Mengenal pasti keperluan perabot. 5. Memastikan sistem inventori dilaksanakan. 6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun. 7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggarakan apabila perlu. 8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat. 52
  • 53. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar. 4. JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK Senarai Tugas 1. Selain dari kakitangan pejabat yang berkenaan guru-guru berikut bertanggungjawab menyimpan Buku Stok: 1.1 Ketua Panitia Sains 1.2 Ketua Panitia Kemahiran Hidup 1.3 Ketua Panitia Sains Pertanian 1.4 Ketua Panitia Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) 1.5 Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga 1.6 Ketua Panitia Perdagangan/Ekonomi Asas/Prinsip Akaun 1.7 Ketua Panitia Teknologi Kejuruteraan 1.8 Ketua Panitia Pendidikan Seni 1.9 Ketua Panitia Geografi 1.10 Ketua Panitia Sejarah 1.11 Ketua Panitia Bahasa Melayu 1.12 Ketua Panitia Bahasa Inggeris 1.13 Guru Perpustakaan 1.14 Guru Pusat Sumber 1.15 Guru Sukan dan Permainan 1.16 Guru SPBT (Sidang Pagi dan Petang) 1.17 Penyelaras Naskhah Guru 1.18 Penyelaras Bilik Gerakan (KBSM) 1.19 Guru Pembangunan dan Perabot 1.20 Guru Koperasi/Kedai Buku 2. Penjaga stok adalah bertanggungjawab tentang Buku Stok masing-masing. 3. Semua barang / peralatan di bawah jagaan / kelolaan masing-masing hendaklah direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil-bil pembelian segala rujukan yang diperlukan. 4. Setiap barang / peralatan yang baru dibeli / diterima hendaklah direkodkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. 5. Sebarang barang /peralatan yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh penerima / pengguna. 6. Penerima / pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang / peralatan yang dikeluarkan. 7. Barang / peralatan yang berupa pinjaman barang-barang yang mesti dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik-baik sahaja selesai penggunaannya. 8. Penjaga stok hendaklah memastikan barang-barang / peralatan kegunaan harian seperti peta-peta dan alat bantuan mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya. 53
  • 54. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang-barang / peralatan kegunaan harian seperti peta-peta dan alat bantam mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya. 10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu sistem tentang urusan pinjam- meminjam yang kemas lagi teratur. 11. Barang-barang / peralatan yang betul-betul rosak dan tidak boleh digunakan lagi jika perlu dihapus kira, kebenaran Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu dan sediakan satu laporan ringkas mengenainya. 12. Penjaga-penjaga stok hendaklah menyemak stok masing-masing pada tiap- tiap akhir penggal persekolahan dan menyerahkan Buku Stok kepada pejabat untuk pemeriksaan oleh Pengetua. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, BEKALAN DAN PERABOT Senarai Tugas 1.0 Pembangunan Fizikal Sekolah 1.1. Membantu Pengetua merancang program pembangunan fizikal sekolah. 1.2. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan pembangunan sekolah. 1.3. Melaporkan kepada Pengetua sebarang masalah berkaitan dengan pembangunan dan keadaan fizikal sekolah. 1.4. Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan fizikal sekolah seperti keadaan tandas, perabot, bangunan, padang sekolah dan kemudahan- kemudahan sukan yang lain dan sebagainya. 1.5. Mencadangkan langkah-langkah atau tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah fizikal sekolah. 1.6. Menguruskan maklumat, perangkaan dan butir-butir berkaitan dengan pembangunan atau penyenggaraan fizikal sekolah. 1.7. Menghubungi pihak-pihak luar yang berkaitan untuk menguruskan pembangunan atau penyelenggaraan sekolah. 1.8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 54
  • 55. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 2.0 Pengurusan Perabot 2.1. Menyimpan maklumat mengenai alat-alat perabot yang ada di dalam bilik- bilik darjah, bilik-bilik kelas, pejabat dan sebagainya. 2.2. Memastikan tiap-tiap tingkatan mempunyai bilangan kerusi, meja dan papan hijau yang mencukupi seperti mana yang diperlukan. 2.3. Menombori dan memastikan kerusi dan meja berada dalam bilik-bilik yang telah ditetapkan. 2.4. Menyimpankan perabot yang rosak di tempat / bilik yang dikhaskan. 2.5. Mengenal pasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja-kerja membaik pulih perabot oleh pekerja-pekerja. 2.6. Menerima dan menentukan alat-alat perabot yang dibekalkan adalah dalam keadaan yang baik dan betul bilangan dan seterusnya merekodkan butir-butir yang berkenaan ke dalam Buku Stok. 2.7. Mengemas kini tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 6. JAWATANKUASA PENCATAT MINIT MESYUARAT /DIARI SEKOLAH Senarai Tugas .1 Mencatat Minit Mesyuarat guru-guru setiap kali diadakan mesyuarat dalam buku khas yang disediakan. .2 Menyediakan draf Minit Mesyuarat guru-guru untuk ditaip pada stensil. .3 Membantu Pengetua mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru. .4 Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat guru-guru. .5 Merekodkan setiap peristiwa / kejadian /kunjungan dan sebagainya setiap dalam Buku diari Sekolah. .6 Menyimpan Buku Diari Sekolah dalam keadaan selamat dan sentiasa kemas kini. .7 Menyelaras dengan Guru Majalah Sekolah untuk mencatatkan peristiwa- peristiwa yang perlu dilaporkan dalam Majalah Tahunan Sekolah. .8 Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. 7. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH Senarai Tugas 1.0 Guru Pusat Sumber 55
  • 56. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 1.1. Mengurus pelantikan pengawas PSS. 1.2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan. 1.3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar. 1.4. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan. 1.5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan. 1.6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan. 1.7. Menguruskan pembelian buku. 1.8. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok. 1.9. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah. 1.10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang 1.11. Merawat buku. 1.12. Menguruskan hapus kira buku. 1.13. Membuat laporan tahunan untuk rekod. 2.0. Guru Bahan Bantu Mengajar ABBM/APD 2.1. Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik. 2.2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan. 2.3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan. 2.4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD. 2.5. Menguruskan Penggunaan BBM/APD. 2.6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah. 2.7. Memastikan keselamatan BBM/APD. 2.8. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD. 2.9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas. 2.10. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria. 2.11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD. 56
  • 57. BUKU PANDUAN TUGAS GURU DAN KAKITANGAN 8. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAFF Senarai Tugas 1. Merangka program tahunan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staff sekolah. 2. Merancang belanjawan aktiviti. 3. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan sebelum memulakan sesuatu program 4. Membuat laporan atau ‘post mortem’ selepas sesuatu program dijalankan. 5. Menguruskan hal-hal seperti pengangkutan, tempat penginapan dan sebagainya jika melakukan program di luar sekolah. 6. Menguruskan hal surat-menyurat. 7. Berbincang dengan Pengetua dari masa ke masa berkaitan dengan program yang dijalankan. 9. JAWATANKUASA AKADEMIK/KURIKULUM Senarai Tugas 1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 3. Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar. 4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran. 5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran. 6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja. 7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu. 8. Mengadakan mesyuarat. 9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar. 10. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh pengetua dari masa ke masa 10. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN Senarai Tugas 57