SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
REFLEKSI

NUR ASYIKIN BINTI RUSIMIN

920906-12-7406

       Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya,
kami kumpulan G 2.7 PISMP Semester Dua Pengajian Pengkhususan Bahasa Inggeris
telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 14 July 2012
bersamaan pada hari sabtu, bertempat di Lembah Lestari, IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

       Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program IPG
Lestari    di   samping   memupuk    semangat      berpasukan,   bekerjasama    dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

       Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan
pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman
dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat
perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian
tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti
di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar
kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita
sendiri.

       Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan
dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru
pelatih dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu
kumpulan yang lain untuk menyiap tugasan mereka.

       Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha
kami mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu
mendapatkan peralatan asas yang diperlukan untuk gotong royong itu nanti seperti
cangkul, papan dan penyapu lidi serta mengumpul modal untuk membeli makanan dan
barang-barang yang mungkin diperlukan. Saya bersyukur kerana kami dapat hadapi
semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung,
terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang
program BIG ini.




Kekuatan:

      Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program
BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan institut yang mana kami tidak perlu besusah
payah untuk mencari kenderaan dan kos yang diperuntukkan juga agak jimat.
Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah
ditetapkan di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih
selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif.

      Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan
apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong royong dengan
mentor. Hal ini akan dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di
antara kami mentor. Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada
berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius.

      Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan khususnya kumpulan
saya adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya
melaksanakkan      tugasan   mereka    dengan    sempurna.    Semua    kumpulan     dapat
memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong
dijalankan.




Kelemahan:

      Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini, kelemahan
yang pertama saya lihat adalah dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru
pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih
hanya mendapat satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih
mendapat dua tugasan. Selain itu juga, tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal
iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru
pelatih tahu apa yang mereka perlu buat dan dapat bersedia lebih awal.

       Selain itu, saya juga dapat lihat dari segi kesesuaian peralatan yang perlu
digunakan semasa membuat papan label untuk pokok-pokok yang ditanam. Paku yang
digunakan adalah paku untuk dinding simen yang mana ia sedikit tebal dan tidak sesuai
untuk papan yang digunakan. Ini menyebabkan tedapat lebihan paku yang tajam di
belakang papan label yang mana berisiko untuk mencederakan orang. Tetapi, dengan
alasan ia tidak ada pilihan lain, ketidaksesuaian alat boleh diterima.

       Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu
untuk menyokong IPG Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segalanya
berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan
yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk
program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.

More Related Content

Similar to Refleksi big sem 2

Refleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyaRefleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyawanie rashid
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Nur Shah
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahfarahmohammat
 
Laporan hp 3
Laporan hp 3Laporan hp 3
Laporan hp 3salimomo
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)suriasuriati
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4salimomo
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4salimomo
 
Pembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatPembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatiffahroslan
 
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdf
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdfJurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdf
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdfBUDIARIEFSETIAWAN
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxgiap77
 
Yusup bin aziz
Yusup bin azizYusup bin aziz
Yusup bin azizUsop Aziz
 
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukanHhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukannurfatinafeeqa
 
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docx
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docxJurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docx
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docxAntonSeptora
 
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdf
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdfYOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdf
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdfYosiOktafianti1
 
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptx
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptxZOOM Pemulihan Khas 2022.pptx
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptxZack Kuala
 

Similar to Refleksi big sem 2 (20)

Refleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punyaRefleksi big 2 wanie punya
Refleksi big 2 wanie punya
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3
 
Kursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiahKursus pembangunan sahsiah
Kursus pembangunan sahsiah
 
Laporan hp 3
Laporan hp 3Laporan hp 3
Laporan hp 3
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Laporan hp 4
Laporan hp 4Laporan hp 4
Laporan hp 4
 
Pembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayatPembuktian hp sepanjang hayat
Pembuktian hp sepanjang hayat
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdf
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdfJurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdf
Jurnal Refleksi Modul 1.1. (BAS PGP A9).pdf
 
Analisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocxAnalisis swot bigdocx
Analisis swot bigdocx
 
Yusup bin aziz
Yusup bin azizYusup bin aziz
Yusup bin aziz
 
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukanHhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
Hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
 
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docx
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docxJurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docx
Jurnal Refleksi Lokakarya 5 PGP Angkatan 6.docx
 
87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Program Guru Penggerak
Program Guru PenggerakProgram Guru Penggerak
Program Guru Penggerak
 
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdf
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdfYOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdf
YOSI OKTAFIANTI CGP ANGKATAN 7 KAB. KUBU RAYA.pdf
 
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptx
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptxZOOM Pemulihan Khas 2022.pptx
ZOOM Pemulihan Khas 2022.pptx
 

Refleksi big sem 2

  • 1. REFLEKSI NUR ASYIKIN BINTI RUSIMIN 920906-12-7406 Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, kami kumpulan G 2.7 PISMP Semester Dua Pengajian Pengkhususan Bahasa Inggeris telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) pada 14 July 2012 bersamaan pada hari sabtu, bertempat di Lembah Lestari, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program IPG Lestari di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha kami untuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada kami membuat perancangan awal lagi iaitu lokasi untuk melaksanakan program BIG dan pembahagian tugasan yang diberi. Kami memilih lokasi ini kerana kami berpendapat bahawa berbakti di dalam IPG sendiri adalah satu permulaan yang baik sebelum berbakti di luar kawasan IPG. Hal ini telah mengajar saya supaya kita lebih menghargai IPG kita sendiri. Tambahan pula, kami juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, kami tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiap tugasan mereka. Selain itu, kami juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam usaha kami mendapatkan keperluan yang penting sebelum program dijalankan iaitu mendapatkan peralatan asas yang diperlukan untuk gotong royong itu nanti seperti cangkul, papan dan penyapu lidi serta mengumpul modal untuk membeli makanan dan
  • 2. barang-barang yang mungkin diperlukan. Saya bersyukur kerana kami dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Sepanjang program ini berlangsung, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya dapat kenalpasti sepanjang program BIG ini. Kekuatan: Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan program BIG ini kerana diadakan di dalam kawasan institut yang mana kami tidak perlu besusah payah untuk mencari kenderaan dan kos yang diperuntukkan juga agak jimat. Kesemua aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam tentatif program BIG ini. Lokasi untuk menjalankan aktiviti juga lebih selamat dan selesa serta mempunyai kemudahan yang cukup kondusif. Selain itu, dari segi keperluan makanan adalah mencukupi dan menyeronokkan apabila kami dapat makan bersama-sama selepas penat bergotong royong dengan mentor. Hal ini akan dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara kami mentor. Dari segi keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius. Tambahan pula, persiapan dalam kalangan ahli kumpulan khususnya kumpulan saya adalah rapi dan cukup bersedia dari segi peralatan. Kesemua peserta berjaya melaksanakkan tugasan mereka dengan sempurna. Semua kumpulan dapat memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik semasa gotong royong dijalankan. Kelemahan: Dari segi kelemahan yang saya dapat lihat sepanjang program ini, kelemahan yang pertama saya lihat adalah dari segi pembahagian tugasan bagi setiap guru pelatih. Pengurusan yang tidak teratur dapat lihat apabila sebahagian guru pelatih
  • 3. hanya mendapat satu tugasan biarpun pada perancangan awal setiap guru pelatih mendapat dua tugasan. Selain itu juga, tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih tahu apa yang mereka perlu buat dan dapat bersedia lebih awal. Selain itu, saya juga dapat lihat dari segi kesesuaian peralatan yang perlu digunakan semasa membuat papan label untuk pokok-pokok yang ditanam. Paku yang digunakan adalah paku untuk dinding simen yang mana ia sedikit tebal dan tidak sesuai untuk papan yang digunakan. Ini menyebabkan tedapat lebihan paku yang tajam di belakang papan label yang mana berisiko untuk mencederakan orang. Tetapi, dengan alasan ia tidak ada pilihan lain, ketidaksesuaian alat boleh diterima. Kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah mencapai objektif utamanya iaitu untuk menyokong IPG Lestari serta memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Segalanya berjalan dengan begitu sempuran tanpa sebarang kekangan. Namun begitu, kelemahan yang dikenal pasti juga perlu diambil kira supaya penambahbaikan boleh diberi untuk program sebegini yang bakal kami adakan pada masa akan datang.