SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
KAJIAN TINDAKAN
  KEMURUNGAN DI KALANGAN
  GURU KAUNSELING SEKOLAH
         MENENGAH

                              OLEH:
       Tn Harun b. Ujang, MP Raja Melewar, N.Sembilan
              Cik Salamiah bt Nordin, SMK Lajau
Tn Hasbullah b. Hj Abu Kassim, SMK Taman Melati, Setapak, KL
   Tn Roslan b. Mansor, SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang.
     Tn Zulkipli b. Ibrahim, SMK Zon R1 Wangsa Maju, KL
      Pn Kasnimi bt Mat Seman, SMK Dato` Biji Wangsa,
       Pn Alawiyah Safinas bt Ishak, SMK (P) Methodist
 Tn Wan Mazlan b. Wan Ahmad, SMK Chendering, Terengganu
           Tn Mohd Adi b. Ismail, SMK Derma, Perlis
  Tn Azman b. Talib, SMK Datuk Mansur, Bahau, N.Sembilan
Pn Rosnani bt. Kamaruddin, SMK Sains Seremban, N. Sembilan
      Pn Normadiah bt. Yussof, JPN WP Labuan, Sabah
 Pn Normazuin bt Yahaya, SMK Puchong Utama (1), Selangor.
• BAB 1
                    • PENDAHULUAN

• A. LATARBELAKANG KAJIAN
• Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis
  penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan
  fikiran. Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara
  dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau
  dihilangkan dengan keinginan semata-mata. Individu
  yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali
  dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan. Jika
  kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan
  beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh
  menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko
  membunuh diri.
• Kemurungan merupakan satu keadaan emosi
  yang sangat mendalam dan perasaan sedih
  yang tidak realistik. Mereka yang mengalami
  kemurungan mungkin mempunyai petanda-
  petanda yang berikut iaitu berasa hilang tenaga
  untuk melakukan sesuatu, hilang minat dengan
  aktiviti harian seperti makan dan minum, berasa
  diri tidak lengkap, mudah menangis, berasa
  pesimis, berasa tidak berdaya, berasa sunyi
  sepi, suka bersendirian, mengelakkan diri
  daripada berinteraksi dengan orang lain.
• Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh faktor luaran
  terutama kehilangan sesuatu yang mempunyai
  pengertian yang yang mendalam dalam kehidupan kita.
  Antara perkara boleh menyebabkan kemurungan ialah
  gagal dalam pekerjaan atau dibuang kerja, mengalami
  kerugian dalam perniagaan , ditinggalkan oleh orang
  yang disayangi atau mengalami kematian orang yang
  disayangi. Terdapat beberapa ciri kemurungan.
  Mengikut Hirschfeld dan Cross, lebih ramai wanita
  mengalami perasaan ini daripada lelaki. Ia sering
  terdapat di kalangan mereka dari kumpulan
  sosioekonomi yang rendah. Mereka yang tidak
  berkahwin lebih besar mengalami perasaan murung.
  Perasaan ini boleh melanda orang dari mana-mana
  kumpulan umur. Seterusnya perasaan murung boleh
  ditanggung lama oleh seseorang.
• Kemurungan di kalangan Guru Kaunseling di sekolah
  menengah ( selepas ini disebut GKSM)
• B. PERNYATAAN MASALAH
• Melihat kepada perkembangan semasa
  didapati semakin banyak isu kemurungan
  yang timbul berkait dengan perkhidmatan
  GKSM. Disamping itu terdapat banyak
  rintihan dan keluhan yang disuarakan oleh
  GKSM di akhbar-akhbar, seminar-seminar
  dan program-program perkembangan
  diperingkat daerah dan negeri.
• C. OBJEKTIF
• 1. Dapat mengenal pasti faktor-faktor
  kemurungan dikalangan GKSM
• 2. Dapat melihat kesan kemurungan
  dikalangan GKSM terhadap
•    perkhidmatan Bimbingan dan
  Kaunseling.
• 3. Dapat menilai implikasi kemurungan
  terhadap perkhidmatan Bimbingan dan
  Kaunseling di sekolah.
• D. KEPENTINGAN KAJIAN
• Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk melihat
  sejauh mana tahap kemurungan dikalangan
  GKSM dan kesannya kepada perkhidmatan
  kaunseling di sekolah menengah.
• Untuk mempertingkatkan lagi tahap
  perkhidmatan GKSM di sekolah.
• Hasil kajian akan digunakan untuk membina
  modul bagi diguna pakai bagi memantapkan
  semula perkhidmatan GKSM disekolah
• E. LIMITASI
• 1. GKSM kategori Bandar yang
  mempunyai lebih dari seorang guru
  kaunseling.
• 2. GKSM sepenuh masa yang diberi
  jadual mengajar oleh pentadbiran sekolah.
• 3. GKSM yang berkelulusan selain
  daripada pengkhususan Bimbingan dan
  Kaunseling.
• F. ANDAIAN.
• Kemurungan lebih jelas berlaku
  dikalangan GKSM yang tiada latar
  belakang kaunseling tetapi dilantik oleh
  JPN sebagai Kaunselor Pelajar sepenuh
  masa dan diberi pula tugas mengajar oleh
  pihak pentadbiran sekolah.
• G. DEFINISI OPERASIONAL

• GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
  SEPENUH MASA
• Adalah seorang Pegawai Perkhidmatan
  Pendidikan Siswazah yang mempunyai
  latarbelakang pendidikan ijazah pertama
  Bimbingan & Kaunseling dan Psikologi atau
  selainnya yang diiktiraf oleh Jabatan
  Perkhidmatan Awam dan telah dilantik oleh
  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
  Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di sekolah-
  sekolah menengah di seluruh Malaysia.
•   KEMURUNGAN
•   Gangguan kemurungan ( depression ) adalah
    sejenis penyakit mental yang melibatkan
    badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang
    mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau
    `kosong` secara berpanjangan serta hilang
    semangat untuk hidup. (Bil.5/2001, Buletin
    Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan).
•   SEKOLAH MENENGAH KATEGORI
    KAWASAN BANDAR
•   Adalah sekolah-sekolah menengah harian
    yang terletak di dalam kawasan bandar.
SEKIAN

TERIMA KASIH

More Related Content

Similar to Kajian tindakan murung

Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfzmizamizai
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Nonie Mislan
 
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)zakwan azhar
 
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdf
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdfDEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdf
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdfAhmadAbir
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHNazri Halim
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajarankamalslaw
 
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokKajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokNorayu Shamsudin
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatRaJa MakSum
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentanganainaaul96
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Suhaidah Ismail
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pkazizahazhar6370
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Hasmah Hamid
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 

Similar to Kajian tindakan murung (20)

Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfz
 
Tutorial 1 edup2043
Tutorial 1 edup2043Tutorial 1 edup2043
Tutorial 1 edup2043
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk
 
i/o
i/oi/o
i/o
 
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
 
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdf
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdfDEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdf
DEPRESSION n SUICIDE AMIDST COVID 19.pdf
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah MerokokKajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
Kajian Jurnal : Isu Psikologi Faktor Remaja Sekolah Merokok
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk1 definisi-dan-konsep-pk
1 definisi-dan-konsep-pk
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 

Kajian tindakan murung

  • 1. KAJIAN TINDAKAN KEMURUNGAN DI KALANGAN GURU KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH OLEH: Tn Harun b. Ujang, MP Raja Melewar, N.Sembilan Cik Salamiah bt Nordin, SMK Lajau Tn Hasbullah b. Hj Abu Kassim, SMK Taman Melati, Setapak, KL Tn Roslan b. Mansor, SMK Paya Besar, Kuantan, Pahang. Tn Zulkipli b. Ibrahim, SMK Zon R1 Wangsa Maju, KL Pn Kasnimi bt Mat Seman, SMK Dato` Biji Wangsa, Pn Alawiyah Safinas bt Ishak, SMK (P) Methodist Tn Wan Mazlan b. Wan Ahmad, SMK Chendering, Terengganu Tn Mohd Adi b. Ismail, SMK Derma, Perlis Tn Azman b. Talib, SMK Datuk Mansur, Bahau, N.Sembilan Pn Rosnani bt. Kamaruddin, SMK Sains Seremban, N. Sembilan Pn Normadiah bt. Yussof, JPN WP Labuan, Sabah Pn Normazuin bt Yahaya, SMK Puchong Utama (1), Selangor.
  • 2. • BAB 1 • PENDAHULUAN • A. LATARBELAKANG KAJIAN • Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata-mata. Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan. Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.
  • 3. • Kemurungan merupakan satu keadaan emosi yang sangat mendalam dan perasaan sedih yang tidak realistik. Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai petanda- petanda yang berikut iaitu berasa hilang tenaga untuk melakukan sesuatu, hilang minat dengan aktiviti harian seperti makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya, berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.
  • 4. • Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh faktor luaran terutama kehilangan sesuatu yang mempunyai pengertian yang yang mendalam dalam kehidupan kita. Antara perkara boleh menyebabkan kemurungan ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang kerja, mengalami kerugian dalam perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang disayangi atau mengalami kematian orang yang disayangi. Terdapat beberapa ciri kemurungan. Mengikut Hirschfeld dan Cross, lebih ramai wanita mengalami perasaan ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di kalangan mereka dari kumpulan sosioekonomi yang rendah. Mereka yang tidak berkahwin lebih besar mengalami perasaan murung. Perasaan ini boleh melanda orang dari mana-mana kumpulan umur. Seterusnya perasaan murung boleh ditanggung lama oleh seseorang. • Kemurungan di kalangan Guru Kaunseling di sekolah menengah ( selepas ini disebut GKSM)
  • 5. • B. PERNYATAAN MASALAH • Melihat kepada perkembangan semasa didapati semakin banyak isu kemurungan yang timbul berkait dengan perkhidmatan GKSM. Disamping itu terdapat banyak rintihan dan keluhan yang disuarakan oleh GKSM di akhbar-akhbar, seminar-seminar dan program-program perkembangan diperingkat daerah dan negeri.
  • 6. • C. OBJEKTIF • 1. Dapat mengenal pasti faktor-faktor kemurungan dikalangan GKSM • 2. Dapat melihat kesan kemurungan dikalangan GKSM terhadap • perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. • 3. Dapat menilai implikasi kemurungan terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
  • 7. • D. KEPENTINGAN KAJIAN • Kajian ini dibuat dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tahap kemurungan dikalangan GKSM dan kesannya kepada perkhidmatan kaunseling di sekolah menengah. • Untuk mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan GKSM di sekolah. • Hasil kajian akan digunakan untuk membina modul bagi diguna pakai bagi memantapkan semula perkhidmatan GKSM disekolah
  • 8. • E. LIMITASI • 1. GKSM kategori Bandar yang mempunyai lebih dari seorang guru kaunseling. • 2. GKSM sepenuh masa yang diberi jadual mengajar oleh pentadbiran sekolah. • 3. GKSM yang berkelulusan selain daripada pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.
  • 9. • F. ANDAIAN. • Kemurungan lebih jelas berlaku dikalangan GKSM yang tiada latar belakang kaunseling tetapi dilantik oleh JPN sebagai Kaunselor Pelajar sepenuh masa dan diberi pula tugas mengajar oleh pihak pentadbiran sekolah.
  • 10. • G. DEFINISI OPERASIONAL • GURU BIMBINGAN & KAUNSELING SEPENUH MASA • Adalah seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang mempunyai latarbelakang pendidikan ijazah pertama Bimbingan & Kaunseling dan Psikologi atau selainnya yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di sekolah- sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  • 11. KEMURUNGAN • Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup. (Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan). • SEKOLAH MENENGAH KATEGORI KAWASAN BANDAR • Adalah sekolah-sekolah menengah harian yang terletak di dalam kawasan bandar.