SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
Info Ayat Sama Maksud
Menentukan ayat yang sama maksud merupakan satu daripada aspek
penggunaan bahasa atau tatabahasa yang disoal dalam UPSR.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.
A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah
disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.
2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.
A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.
B Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.
C Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang
menyebabkan kerungsingan.
4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.
A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.
5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut
ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.
A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan
perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang
banyak.
D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu
pengetahuan.
6 Sungai–sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang
tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
A Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar
sentiasa bersih.
B Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar
telah menyebabkan sungai–sungai sentiasa tercemar.
D Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia
sekarang sehingga tercemar.
7. Berkotak–kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
A Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu
dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
B Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
ke kawasan pedalaman Sabah.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3
C Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.
D Dengan menaiki kapal terbang, kotak–kotak ubat itu dihantar ke
pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
A Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula
dalam masa lima minit.
B Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun
tiba .
C Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit
lagi.
D Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula
lima minit lagi.
9 Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
A ”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham.
B “Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.
C “Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar.
D “Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar.
10 “Mendermalah kepada fakir miskin ,” kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
A Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir
miskin.
B Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada
golongan miskin.
C Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada
fakir miskin.
D Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir
miskin.
11 Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik
kepada pelancong ke Taman Negara.
A Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke
Taman Negara.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
4
B Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan
flora dan fauna yang belum terusik.
C Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi
daya penarik kunjungan pelancong.
D Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.
12 “Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh,”
kata Aznita kepada Amira.
A Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat
oleh Nenek Tijah.
B Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat
ketupat palas dan rendang tok yang enak.
C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat
palas dan rendang tok yang dimasaknya.
D Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan
rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.
13 Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
A Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
B Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan
terang.
C Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
D Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
14 Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk
murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.
A Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah
dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun
enam.
B Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk
Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.
C Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki
peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.
D Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan
dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
5
15 Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang
telah dinaikkan pangkat.
A Kata Encik Muzamil,“Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat.”
B Kata Encik Faizul,“Tahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan
selamat maju jaya.”
C Kata Encik Faizul ,”Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada
Muzamil yang telah dinaikkan pangkat”.
D Kata Encik Faizul,”Muzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah
kepada beliau.”
16 “Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang,”
kata Fauziah kepada Ayu.
A Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya
bercuti di Terengganu.
B Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di
Terengganu.
C Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang
sekiranya bercuti di Terengganu.
D Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia
bercuti ke Terengganu.
17 Kata Cikgu Siti kepada Ros,”Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan.”
A Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.
B Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.
C Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.
D Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di
perpustakaan.
18 Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.
A Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.
B Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
C Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
D Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.
19 Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
6
A Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan.
B Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan.
C Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan.
D Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.
20 ”Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini,” kata Hakim
kepada Faizul.
A Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan
haji di Mekah pada tahun ini.
B Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun itu.
C Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun itu.
D Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji
di Mekah pada tahun ini.
21 Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan
terbuka.
A Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan
terbuka.
B Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan
terbuka.
C Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan
tangan terbuka.
D Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat
lamanya itu.
22 Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di
Taman Negara.
A Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem
dokumentari.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7
B Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang
hutan hujan tropika itu.
C Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di
Taman Negara.
D Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan
tempat penggambaran filem.
23. Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam itu.
A “Marilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam ini,” kata Harliza kepada Maria.
B “Kamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di
Istana Budaya pada malam ini?” tanya Harliza kepada Maria.
C “Pada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan
Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?” kata Harliza kepada Maria.
D “Harliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra
Simfoni Muda di Istana Budaya?” tanya Maria.
24 Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su,
penenun yang terkenal di pantai timur.
A Kain songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang
peragawati yang terkenal di pantai timur.
B Seorang penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain
songket itu.
C Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh
Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur.
D Peragawati itu dan Mek Su penenun yang terkenal di pantai timur telah
memperagakan kain songket.
25 Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah
untuk menambahkan ilmu pengetahuan .
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
8
A “Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
B “Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
C “Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan
ilmu pengetahuan,” ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
D “Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan,” nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya.
26 “Zainab, ambilkan saya pinggan itu,” kata Wati.
A Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya.
B Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab.
C Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu.
D Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.
27 “Saya hendak berjumpa dengan awak esok,” kata Encik Rizal kepada Zaki.
A Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya
pada hari esok.
B Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya
pada keesokan harinya.
C Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya
pada keesokan harinya.
D Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada
keesokan harinya.
28 Para pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah.
A Di sekolah pelajar akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif.
B Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlulah aktif supaya
pelajar dapat melibatkan diri.
C Pelajar perlu aktif untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
D Pelajar perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
29 “Min, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon,” kata Salmi.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
9
A Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada
Salmi.
B Salmi meminta pertolongan Min supaya menghantar kad ucapan hari jadi
kepada Moon.
C Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan ucapan hari jadi kepada
Moon.
D Salmi menyampaikan agar Min meminta ucapan hari jadi kepada Moon.
30 “Belajarlah sungguh-sungguh, jangan sia-siakan usia mudamu,” kata abang
kepada saya.
A Abang menasihati saya supaya jangan mensia-siakan masa muda dan
belajar dengan sungguh-sungguh.
B Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan
usianya yang muda.
C Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan
usianya yang muda.
D Abang menyuruh saya belajar supaya tidak mensia-siakan usia yang
muda.
31 Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum
keadaan menjadi lebih serius.
A Jika keadaan menjadi lebih serius, Aziz meminta Hafiz menjalani
pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh.
B Aziz menggalakkan Hafiz menjalani pemeriksaan yang lebih serius di
Hospital Besar Ipoh.
C Hafiz akan menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sekiranya Aziz
menyuruhnya berbuat demikian.
D Hafiz diminta oleh Aziz agar menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh
sebelum keadaan menjadi lebih serius.
32 Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang
merasai cara hidup kaum nelayan.
A Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di
kampungnya.
B Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
10
mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
C Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai
cara hidup kaum nelayan.
D Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke
kampungnya.
33 “Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian awal tahun nanti,” kata Cikgu Ali
kepada murid-muridnya.
A Cikgu Ali berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian awal tahun.
B Murid-murid meminta Cikgu Ali mengadakan ujian pada awal tahun.
C Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ali pada awal tahun
ini.
D Cikgu Ali meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian awal
tahun yang akan datang.
34 Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat
permainan video.
A Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
B Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat
permainan video.
C Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat
permainan video oleh guru disiplin.
D Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat
permainan video kerana tidak berdisiplin.
35 Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.
A Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya.
B Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami.
C Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu.
D Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
11
36 Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.
A Adik tidak suka sayur yang pahit.
B Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
C Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
D Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur.
37 “Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid,” kata Cikgu Ahmad.
A Cikgu Ahmad mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
B Cikgu Ahmad meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
C Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Ahmad.
D Murid-murid Cikgu Ahmad diminta beratur dalam dua barisan.
38 Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
A Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu.
B Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu.
C Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
D Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.
39 “Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik,” kata
Rizal.
A Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana
isi kandungannya menarik.
B Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita
Bahasa.
C Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.
D Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi
kandungannya menarik.
40 “Jangan sekali-kali membantah arahan guru,” pesan ayah kepada adik.
A Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru.
B Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
12
C Ayah mengingatkan adik agar jangan sekali-kali membantah arahan guru.
D Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.
41 Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada
kakitangannya.
A Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada
kakitangannya.
B Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada
kakitangannya.
C Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus
syarikat.
D Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh
pengurus syarikat.
42 “Mi rebus ini sedap tetapi agak pedas,” kata Rita kepada Melati.
A Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
B Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
C Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
D Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak
pedas.
43 Lantai itu bersih kerana baru disapu oleh ibu.
A Ibu baru saja menyapu lantai yang bersih itu.
B Lantai yang baru disapu oleh ibu itu bersih.
C Lantai baru yang bersih itu telah disapu oleh ibu.
D Ibu menyapu lantai baru itu sehingga bersih.
44 Potret yang cantik itu dilukis oleh seorang pelukis yang terkenal.
A Pelukis yang terkenal telah menghasilkan potret yang cantik itu.
B Pelukis yang termasyhur telah mengeluarkan kecantikan potret itu.
C Potret yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pelukis yang cantik itu.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
13
D Kecantikan potret yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pelukis
yang terkenal.
45 Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.
A Kata Maria,“ Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.”
B Kata Maria, “Syazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri
tahniah.”
C Kata Maria, “Ucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya
dalam pertandingan bercerita itu.”
D Kata Maria, “Tahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam
pertandingan bercerita itu.”
46 Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan
terlebih dahulu sebelum melintas jalan.
A Sebelum melintas jalan, Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya
melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.
B Murid-murid dinasihati oleh Cikgu Normah supaya melihat ke kiri dan ke
kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan.
C Murid-murid yang hendak melintas jalan Cikgu Normah dinasihati supaya
melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.
D Terlebih dahulu Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat
ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.
47 “Datuk perlu kita bawa ke hospital untuk diubati penyakitnya,” kata Latif kepada
adik-adiknya.
A Latif menyuruh adik-adiknya membawa datuknya yang sakit itu ke hospital
untuk diubati.
B Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital sebelum
penyakitnya melarat.
C Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital untuk
dirawat.
D Latif dan adik-adiknya disuruh membawa datuk mereka ke hospital untuk
diubati penyakitnya.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
14
48 Karim menasihati Siva supaya mematuhi peraturan jalan raya.
A Karim mematuhi peraturan jalan raya setelah menasihati Siva.
B Sivalah yang menasihati Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
C Siva dinasihati oleh Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
D Siva mematuhi peraturan jalan raya setelah dinasihati oleh Karim.
49 “Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana,”
kata Sarina.
A Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.
B Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya
mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.
C Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana
dia hendak menolong Liana.
D Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
50 Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana
sebarang kesilapan akan merugikannya.
A Jangan memilih kawan yang merugikan kamu,” kata Kamalia.
B “Adik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan
dirinya,” kata Kamalia.
C “Adik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu
tidak rugi,” kata Kamalia.
D “Berhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu,” kata
Kamalia kepada adiknya.
51 Ketua Polis berharap agar orang ramai menghubungi pihaknya dengan segera
sekiranya mereka menyaksikan kemalangan itu.
A Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta ke balai polis secepat
mungkin.
B Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta oleh Ketua Polis supaya
menghubungi pihaknya dengan segera.
C Ketua Polis diminta menghubungi orang ramai yang melihat kemalangan
itu dengan segera.
D Orang ramai yang ingin mengetahui berita kemalangan itu diarahkan
menghubungi Ketua Polis secepat mungkin.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
15
52 Saya akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu.
A Segala masalah kewangan syarikat ini akan saya selesaikan.
B Segala masalah kewangan yang dihadapi diselesaikan oleh syarikat saya.
C Selesaikan segala masalah kewangan syarikat saya ini.
D Masalah kewangan syarikat ini sudah saya selesaikan.
53 Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.
A Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.
B Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan.
C Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan.
D Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan.
54 Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak
berkuasa.
A Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.
B Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak
mematuhi peraturan.
C Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak
mematuhi peraturan.
D Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan
disaman.
55 Pesawat itu akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja menerima arahan
daripada pengawal trafik udara.
A Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum
berlepas ke Australia.
B Pengawal trafik udara akan memberikan arahan kepada pesawat yang
akan bertolak ke Australia.
C Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat
itu akan berlepas ke Australia.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
16
D Pengawal trafik udara akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja
mendapat arahan daripada pesawat itu.
56 Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui
dan dihayati oleh kanak-kanak.
A Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan
dihayati oleh kanak-kanak.
B Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional
sebagai satu cabang cerita rakyat.
C Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh
kanak-kanak daripada satu cabang.
D Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu
daripada cabang sastera tradisional.
57 “Saya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah ini dan
belajar bersungguh-sungguh,” kata Encik Sulaiman dalam ucapannya.
A Encik Sulaiman yang menyampaikan ucapan berharap agar murid-murid
dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar.
B Semasa berucap, Encik Sulaiman mendesak murid-murid supaya dapat
memelihara nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh.
C Dalam ucapannya, Encik Sulaiman mengharapkan murid-murid agar
sentiasa menjaga nama baik sekolah itu dan belajar bersungguh-sungguh.
D Encik Sulaiman berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik
sekolah itu dapat belajar bersungguh-sungguh.
58 Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari
sekolah nanti.
A “Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah
nanti,” kata Danial kepada Luqman dan Ikram.
B “Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah
kamu, Luqman,” kata Danial.
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
17
C “Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti,” kata
Ikram kepada Danial dan Luqman.
D “Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti,”
kata Danial dan Luqman.
59 Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan
itu.
A Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca
panas.
B Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas.
C Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja
menyiapkan jambatan.
D Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas.
60 Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang
berilmu.
A Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi
yang berilmu.
B Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini.
C Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan.
D Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu
dimanfaatkan.
JAWAPAN AYAT SAMA MAKSUD
LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
18
1 C 31 D
2 D 32 B
3 B 33 D
4 A 34 C
5 B 35 C
6 C 36 C
7 C 37 B
8 D 38 D
9 C 39 A
10 A 40 C
11 C 41 B
12 D 42 A
13 B 43 B
14 A 44 A
15 B 45 D
16 D 46 B
17 D 47 C
18 B 48 C
19 C 49 B
20 D 50 D
21 B 51 B
22 B 52 A
23 A 53 D
24 C 54 C
25 B 55 C
26 D 56 D
27 B 57 C
28 D 58 D
29 C 59 B
30 A 60 D

More Related Content

What's hot

Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudah
Florence Lee
 
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
Nasarudin Taufik
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
fadhramli
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
An Hawa
 
Soal uas genap bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
Soal uas genap  bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataramSoal uas genap  bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
Soal uas genap bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
agussarkawi
 

What's hot (17)

Soalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudahSoalan bm 1 pmr aras mudah
Soalan bm 1 pmr aras mudah
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
Soal mid smt 2 bi kelas ix th 2013 2014
 
B1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2aB1 ujian percubaan-bm011_2a
B1 ujian percubaan-bm011_2a
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
Bm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedahBm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedah
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
Un sd b ind
Un sd b indUn sd b ind
Un sd b ind
 
Pelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 BmPelajaran 2 Bm
Pelajaran 2 Bm
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapanBengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
Bengkel teknik menjawab BM UPSR SJKT St Philomena Convent jawapan
 
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Soal uas genap bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
Soal uas genap  bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataramSoal uas genap  bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
Soal uas genap bahasa indonesia 2014 2015 smp kelas 8 kota mataram
 

Similar to Ayatsamamaksud

Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
Mia Aleesya
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
Smk Gelam
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
mardiyanto83
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
zauyahsaad
 

Similar to Ayatsamamaksud (20)

ayat-sama-maksud.doc
ayat-sama-maksud.docayat-sama-maksud.doc
ayat-sama-maksud.doc
 
Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2
 
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfBank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
 
Bm pem thn4
Bm pem thn4Bm pem thn4
Bm pem thn4
 
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Bm mei k1 tahun 3
Bm mei k1 tahun 3Bm mei k1 tahun 3
Bm mei k1 tahun 3
 
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdfLATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
LATIHAN BERFOKUS tatabahasa.pdf
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdfpck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
pck lussy 3 ppg bahasa Indonesia new.pdf
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
Soal latihan uas
Soal latihan uas Soal latihan uas
Soal latihan uas
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
Sukses ujian nasional bahasa indonesia sd paket 3 2013
 
Kumpulan lathan soal bi
Kumpulan lathan soal biKumpulan lathan soal bi
Kumpulan lathan soal bi
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdfBM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
BM PT3 SOALAN 2019 (N.SEMBILAN).pdf
 
kaidah penulisan soal.ppt
kaidah penulisan soal.pptkaidah penulisan soal.ppt
kaidah penulisan soal.ppt
 
A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2A soalan bmk1_model2
A soalan bmk1_model2
 

More from Naufal's Mum (15)

Bahan dan Peralatan yang diperlukan Transisi.docx
Bahan dan Peralatan yang diperlukan Transisi.docxBahan dan Peralatan yang diperlukan Transisi.docx
Bahan dan Peralatan yang diperlukan Transisi.docx
 
UPT-Muzik-tahun-4.docx
UPT-Muzik-tahun-4.docxUPT-Muzik-tahun-4.docx
UPT-Muzik-tahun-4.docx
 
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
 
Soalan Bahagian B Thn 4.docx
Soalan Bahagian B Thn 4.docxSoalan Bahagian B Thn 4.docx
Soalan Bahagian B Thn 4.docx
 
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
245683478-Soalan-Muzik-Tahun-4.doc
 
UPT-Muzik-tahun-4 (1).docx
UPT-Muzik-tahun-4 (1).docxUPT-Muzik-tahun-4 (1).docx
UPT-Muzik-tahun-4 (1).docx
 
UPT-Muzik-tahun-4.docx
UPT-Muzik-tahun-4.docxUPT-Muzik-tahun-4.docx
UPT-Muzik-tahun-4.docx
 
BH DIDIK 3 OGOS.pdf
BH DIDIK 3 OGOS.pdfBH DIDIK 3 OGOS.pdf
BH DIDIK 3 OGOS.pdf
 
Latihtubikatabantu
Latihtubikatabantu Latihtubikatabantu
Latihtubikatabantu
 
Latihtubikataadjecktif 160204025347
Latihtubikataadjecktif 160204025347Latihtubikataadjecktif 160204025347
Latihtubikataadjecktif 160204025347
 
Antonim
Antonim Antonim
Antonim
 
Kata hubung
Kata  hubungKata  hubung
Kata hubung
 
Pat 2020 sains t6 kertas 1
Pat 2020  sains t6 kertas 1Pat 2020  sains t6 kertas 1
Pat 2020 sains t6 kertas 1
 
Latihan sejarah tahun 5 KSSR Kedatanga Kuasa Luar
Latihan sejarah tahun 5 KSSR Kedatanga Kuasa LuarLatihan sejarah tahun 5 KSSR Kedatanga Kuasa Luar
Latihan sejarah tahun 5 KSSR Kedatanga Kuasa Luar
 
Rtb melayuskth1-120910222909-phpapp02
Rtb melayuskth1-120910222909-phpapp02Rtb melayuskth1-120910222909-phpapp02
Rtb melayuskth1-120910222909-phpapp02
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Recently uploaded (20)

Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 

Ayatsamamaksud

  • 1. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 1 Info Ayat Sama Maksud Menentukan ayat yang sama maksud merupakan satu daripada aspek penggunaan bahasa atau tatabahasa yang disoal dalam UPSR. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja. A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana. B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali. C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana. D Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana. 2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya. A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal. B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal. C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal. D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal. 3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu. A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan. B Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja. C Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
  • 2. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 2 D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan. 4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni. A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia . B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna. C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna. D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna. 5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting. A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya. B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi. C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak. D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan. 6 Sungai–sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar. A Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih. B Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar. C Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai–sungai sentiasa tercemar. D Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar. 7. Berkotak–kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah. A Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang. B Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
  • 3. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 3 C Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang. D Dengan menaiki kapal terbang, kotak–kotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua. A Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit. B Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba . C Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi. D Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi. 9 Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar. A ”Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar,” kata Idham. B “Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar. C “Aku berhajat untuk memiliki rumah itu,” kata Idham kepada Azhar. D “Rumah itu sudah menjadi milikku,” tegas Idham kepada Azhar. 10 “Mendermalah kepada fakir miskin ,” kata Ustaz Faizul kepada Izhar. A Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin. B Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin. C Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin. D Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin. 11 Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara. A Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.
  • 4. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 4 B Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik. C Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi daya penarik kunjungan pelancong. D Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong. 12 “Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh,” kata Aznita kepada Amira. A Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat oleh Nenek Tijah. B Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat ketupat palas dan rendang tok yang enak. C Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dimasaknya. D Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah. 13 Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid. A Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu. B Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang. C Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid. D Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu. 14 Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR. A Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid-murid tahun enam. B Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR. C Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan. D Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas.
  • 5. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 5 15 Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat. A Kata Encik Muzamil,“Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat.” B Kata Encik Faizul,“Tahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya.” C Kata Encik Faizul ,”Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat”. D Kata Encik Faizul,”Muzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah kepada beliau.” 16 “Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang,” kata Fauziah kepada Ayu. A Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu. B Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di Terengganu. C Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti di Terengganu. D Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu. 17 Kata Cikgu Siti kepada Ros,”Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan.” A Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan. B Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan. C Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan. D Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan. 18 Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan. A Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau. B Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan. C Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C. D Kesihatan buah limau ialah Vitamin C. 19 Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu.
  • 6. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 6 A Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan. B Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan. C Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan. D Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu. 20 ”Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini,” kata Hakim kepada Faizul. A Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. B Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu. C Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu. D Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. 21 Kedatangan sahabat lamanya itu disambut oleh Puan Sofea dengan tangan terbuka. A Sahabat lamanya itu menyambut kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka. B Puan Sofea menyambut kedatangan sahabat lamanya itu dengan tangan terbuka. C Kedatangan sahabat Puan Sofea itu lama disambut olehnya dengan tangan terbuka. D Kedatangan Puan Sofea dengan tangan terbuka disambut oleh sahabat lamanya itu. 22 Penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu diadakan di Taman Negara. A Taman Negara telah menjadi lokasi penggambaran sebuah filem dokumentari.
  • 7. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 7 B Taman Negara menjadi tempat penggambaran filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu. C Tayangan filem dokumentari tentang hutan hujan tropika itu dilakukan di Taman Negara. D Taman Negara yang terkenal dengan hutan hujan tropika selalu dijadikan tempat penggambaran filem. 23. Harliza mengajak Maria menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada malam itu. A “Marilah kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada malam ini,” kata Harliza kepada Maria. B “Kamu hendak pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya pada malam ini?” tanya Harliza kepada Maria. C “Pada malam esok apa kata kalau kita pergi menonton persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?” kata Harliza kepada Maria. D “Harliza, malam ini apa kata kita menyaksikan persembahan Orkestra Simfoni Muda di Istana Budaya?” tanya Maria. 24 Kain songket yang diperagakan oleh peragawati itu ditenun oleh Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur. A Kain songket yang diperagakan oleh Mek Su itu ditenun oleh seorang peragawati yang terkenal di pantai timur. B Seorang penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain songket itu. C Peragawati itu telah memperagakan kain songket yang ditenun oleh Mek Su, penenun yang terkenal di pantai timur. D Peragawati itu dan Mek Su penenun yang terkenal di pantai timur telah memperagakan kain songket. 25 Cikgu Nadia menasihati murid-muridnya supaya banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan .
  • 8. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 8 A “Kita perlu membaca banyak majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan,” jelas Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. B “Kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan,” kata Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. C “Saya dan kamu perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan,” ujar Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. D “Mereka perlu banyak membaca majalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan,” nasihat Cikgu Nadia kepada murid-muridnya. 26 “Zainab, ambilkan saya pinggan itu,” kata Wati. A Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya. B Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab. C Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu. D Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya. 27 “Saya hendak berjumpa dengan awak esok,” kata Encik Rizal kepada Zaki. A Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengan saya pada hari esok. B Encik Rizal memberitahu Zaki bahawa dia hendak berjumpa dengannya pada keesokan harinya. C Encik Rizal mengingatkan saya dan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya. D Encik Rizal mengingatkan Zaki supaya berjumpa dengannya pada keesokan harinya. 28 Para pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. A Di sekolah pelajar akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif. B Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah perlulah aktif supaya pelajar dapat melibatkan diri. C Pelajar perlu aktif untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. D Pelajar perlu bergiat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. 29 “Min, tolong berikan kad ucapan hari jadi ini kepada Moon,” kata Salmi.
  • 9. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 9 A Min berharap agar Moon dapat memberikan kad ucapan hari jadi kepada Salmi. B Salmi meminta pertolongan Min supaya menghantar kad ucapan hari jadi kepada Moon. C Salmi meminta agar Min dapat menyampaikan ucapan hari jadi kepada Moon. D Salmi menyampaikan agar Min meminta ucapan hari jadi kepada Moon. 30 “Belajarlah sungguh-sungguh, jangan sia-siakan usia mudamu,” kata abang kepada saya. A Abang menasihati saya supaya jangan mensia-siakan masa muda dan belajar dengan sungguh-sungguh. B Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan usianya yang muda. C Abang memberitahu saya supaya rajin belajar dan jangan mensia-siakan usianya yang muda. D Abang menyuruh saya belajar supaya tidak mensia-siakan usia yang muda. 31 Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum keadaan menjadi lebih serius. A Jika keadaan menjadi lebih serius, Aziz meminta Hafiz menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh. B Aziz menggalakkan Hafiz menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Besar Ipoh. C Hafiz akan menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sekiranya Aziz menyuruhnya berbuat demikian. D Hafiz diminta oleh Aziz agar menjalani pemeriksaan di Hospital Besar Ipoh sebelum keadaan menjadi lebih serius. 32 Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan. A Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya. B Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila
  • 10. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 10 mengikuti Puteri pulang ke kampungnya. C Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan. D Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya. 33 “Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian awal tahun nanti,” kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya. A Cikgu Ali berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian awal tahun. B Murid-murid meminta Cikgu Ali mengadakan ujian pada awal tahun. C Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ali pada awal tahun ini. D Cikgu Ali meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian awal tahun yang akan datang. 34 Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video. A Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video. B Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video. C Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin. D Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin. 35 Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu. A Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya. B Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami. C Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu. D Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.
  • 11. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 11 36 Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit. A Adik tidak suka sayur yang pahit. B Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur. C Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur. D Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur. 37 “Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid,” kata Cikgu Ahmad. A Cikgu Ahmad mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan. B Cikgu Ahmad meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan. C Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Ahmad. D Murid-murid Cikgu Ahmad diminta beratur dalam dua barisan. 38 Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis. A Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu. B Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu. C Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis. D Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan. 39 “Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik,” kata Rizal. A Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana isi kandungannya menarik. B Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita Bahasa. C Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya. D Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi kandungannya menarik. 40 “Jangan sekali-kali membantah arahan guru,” pesan ayah kepada adik. A Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru. B Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.
  • 12. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 12 C Ayah mengingatkan adik agar jangan sekali-kali membantah arahan guru. D Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali. 41 Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada kakitangannya. A Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada kakitangannya. B Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada kakitangannya. C Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus syarikat. D Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat. 42 “Mi rebus ini sedap tetapi agak pedas,” kata Rita kepada Melati. A Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. B Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. C Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. D Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas. 43 Lantai itu bersih kerana baru disapu oleh ibu. A Ibu baru saja menyapu lantai yang bersih itu. B Lantai yang baru disapu oleh ibu itu bersih. C Lantai baru yang bersih itu telah disapu oleh ibu. D Ibu menyapu lantai baru itu sehingga bersih. 44 Potret yang cantik itu dilukis oleh seorang pelukis yang terkenal. A Pelukis yang terkenal telah menghasilkan potret yang cantik itu. B Pelukis yang termasyhur telah mengeluarkan kecantikan potret itu. C Potret yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pelukis yang cantik itu.
  • 13. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 13 D Kecantikan potret yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pelukis yang terkenal. 45 Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu. A Kata Maria,“ Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam pertandingan bercerita itu.” B Kata Maria, “Syazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri tahniah.” C Kata Maria, “Ucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu.” D Kata Maria, “Tahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu.” 46 Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan. A Sebelum melintas jalan, Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. B Murid-murid dinasihati oleh Cikgu Normah supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan. C Murid-murid yang hendak melintas jalan Cikgu Normah dinasihati supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu. D Terlebih dahulu Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. 47 “Datuk perlu kita bawa ke hospital untuk diubati penyakitnya,” kata Latif kepada adik-adiknya. A Latif menyuruh adik-adiknya membawa datuknya yang sakit itu ke hospital untuk diubati. B Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital sebelum penyakitnya melarat. C Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital untuk dirawat. D Latif dan adik-adiknya disuruh membawa datuk mereka ke hospital untuk diubati penyakitnya.
  • 14. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 14 48 Karim menasihati Siva supaya mematuhi peraturan jalan raya. A Karim mematuhi peraturan jalan raya setelah menasihati Siva. B Sivalah yang menasihati Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya. C Siva dinasihati oleh Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya. D Siva mematuhi peraturan jalan raya setelah dinasihati oleh Karim. 49 “Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana,” kata Sarina. A Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya. B Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya mudah-mudahan dia dapat membantu Liana. C Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana dia hendak menolong Liana. D Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya. 50 Kamalia menasihati adiknya supaya berhati-hati memilih kawan kerana sebarang kesilapan akan merugikannya. A Jangan memilih kawan yang merugikan kamu,” kata Kamalia. B “Adik saya sentiasa berhati-hati memilih kawan supaya tidak merugikan dirinya,” kata Kamalia. C “Adik, kakak cadangkan agar berhati-hati memilih kawan supaya diri kamu tidak rugi,” kata Kamalia. D “Berhati-hati semasa memilih kawan agar tidak merugikan kamu,” kata Kamalia kepada adiknya. 51 Ketua Polis berharap agar orang ramai menghubungi pihaknya dengan segera sekiranya mereka menyaksikan kemalangan itu. A Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta ke balai polis secepat mungkin. B Orang ramai yang melihat kemalangan itu diminta oleh Ketua Polis supaya menghubungi pihaknya dengan segera. C Ketua Polis diminta menghubungi orang ramai yang melihat kemalangan itu dengan segera. D Orang ramai yang ingin mengetahui berita kemalangan itu diarahkan menghubungi Ketua Polis secepat mungkin.
  • 15. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 15 52 Saya akan menyelesaikan masalah kewangan syarikat itu. A Segala masalah kewangan syarikat ini akan saya selesaikan. B Segala masalah kewangan yang dihadapi diselesaikan oleh syarikat saya. C Selesaikan segala masalah kewangan syarikat saya ini. D Masalah kewangan syarikat ini sudah saya selesaikan. 53 Pemain-pemain itu giat menjalani latihan untuk membina kecergasan. A Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat. B Latihan yang giat dapat menjamin pemain-pemain membina kecergasan. C Pemain-pemain perlu giat membina kecergasan melalui latihan. D Untuk membina kecergasan, pemain-pemain itu giat melakukan latihan. 54 Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan akan disaman oleh pihak berkuasa. A Pihak berkuasa akan disaman oleh pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan. B Pengguna jalan raya akan disaman oleh pihak berkuasa yang tidak mematuhi peraturan. C Pihak berkuasa akan menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan. D Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan pihak berkuasa akan disaman. 55 Pesawat itu akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara. A Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Australia. B Pengawal trafik udara akan memberikan arahan kepada pesawat yang akan bertolak ke Australia. C Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Australia.
  • 16. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 16 D Pengawal trafik udara akan berlepas ke Australia sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu. 56 Cerita rakyat merupakan satu cabang sastera tradisional yang perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. A Satu cabang cerita rakyat daripada sastera tradisional perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak. B Kanak-kanak perlu menghayati dan mengetahui sastera tradisional sebagai satu cabang cerita rakyat. C Sastera tradisional dan cerita rakyat perlu diketahui dan dihayati oleh kanak-kanak daripada satu cabang. D Kanak-kanak perlu mengetahui dan menghayati cerita rakyat sebagai satu daripada cabang sastera tradisional. 57 “Saya berharap agar murid-murid sentiasa menjaga nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh,” kata Encik Sulaiman dalam ucapannya. A Encik Sulaiman yang menyampaikan ucapan berharap agar murid-murid dapat mengharumkan nama sekolah melalui kesungguhan belajar. B Semasa berucap, Encik Sulaiman mendesak murid-murid supaya dapat memelihara nama baik sekolah ini dan belajar bersungguh-sungguh. C Dalam ucapannya, Encik Sulaiman mengharapkan murid-murid agar sentiasa menjaga nama baik sekolah itu dan belajar bersungguh-sungguh. D Encik Sulaiman berharap agar murid-murid yang menjaga nama baik sekolah itu dapat belajar bersungguh-sungguh. 58 Danial dan Luqman akan singgah di rumah Ikram dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti. A “Saya akan singgah di rumah kamu dalam perjalanan pulang dari sekolah nanti,” kata Danial kepada Luqman dan Ikram. B “Dalam perjalanan pulang dari rumah Ikram, kami akan singgah di rumah kamu, Luqman,” kata Danial.
  • 17. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 17 C “Singgahlah di rumah saya semasa kamu pulang dari sekolah nanti,” kata Ikram kepada Danial dan Luqman. D “Kami akan singgah di rumah Ikram semasa pulang dari sekolah nanti,” kata Danial dan Luqman. 59 Oleh sebab cuaca panas, mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan itu. A Mereka menangguhkan kerja menyiapkan jambatan tersebut jikalau cuaca panas. B Kerja menyiapkan jambatan itu ditangguhkan berikutan cuaca panas. C Dalam keadaan yang panas itu, mereka memberhentikan kerja menyiapkan jambatan. D Kerja menyiapkan jambatan itu ditunda dalam keadaan cuaca panas. 60 Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu. A Perpustakaan awam tidak perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu. B Perpustakaan awam ialah gedung ilmu terkini. C Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan. D Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu dimanfaatkan. JAWAPAN AYAT SAMA MAKSUD
  • 18. LATIH TUBI TATABAHASA : AYAT SAMA MAKSUD Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak 18 1 C 31 D 2 D 32 B 3 B 33 D 4 A 34 C 5 B 35 C 6 C 36 C 7 C 37 B 8 D 38 D 9 C 39 A 10 A 40 C 11 C 41 B 12 D 42 A 13 B 43 B 14 A 44 A 15 B 45 D 16 D 46 B 17 D 47 C 18 B 48 C 19 C 49 B 20 D 50 D 21 B 51 B 22 B 52 A 23 A 53 D 24 C 54 C 25 B 55 C 26 D 56 D 27 B 57 C 28 D 58 D 29 C 59 B 30 A 60 D