Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Telur memiliki banyak manfaat untuk kesehatan tubuh karena mengandung protein, vitamin, dan mineral yang penting. Telur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, menjaga kadar kolesterol yang baik, dan mengurangi risiko penyakit jantung. Telur juga bermanfaat untuk meningkatkan energi, kesehatan kulit dan rambut, perlindungan otak, asupan asam amino, mengurangi stres,
11 Manfaat Dan Kelebihan Makan Telur Pada Tubuh Anda _ Iluminasi.pdf
1. Start
now
11 Manfaat Dan Kelebihan Makan
Telur Pada Tubuh Anda
Oleh
Kay Suhaimi
pada 23 Mar 2017
kategori Kesihatan
Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah
pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga
sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus
mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai
kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk
badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9,
B12 dan banyak lagi. Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning
dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning
mengandungi mineral dan vitamin ini.
2. BESARKAN TEKS
A-
A+
Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah :
1. Sistem imun yang lebih baik
3. Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan
sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda
tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu
perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah
nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan
juga mengawal hormon tiroid.
5. Ya, kita tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua
kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya
menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.
3. Mengurangkan risiko sakit jantung
6. Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol
LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga
besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala
zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi
dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko
untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
4. Kadar tenaga bertambah
Vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana
dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses
7. ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15%
daripada keperluan harian vitamin B2.
5. Rambut dan kulit yang lebih sihat
8. Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin
kompleks ini sangat penting jika anda mahukan kulit, rambut dan kuku yang
lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan
rambut. Kunung telur berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut,
manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur pula
membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat,
kedutan dan juga ruam.
Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan
bagaimana hebat telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka
anda. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.
6. Perlindungan kepada otak
9.
10. Ramai yang tidak tahu tentang ini, tapi telur amat penting untuk otak kita.
Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini.
Choline diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak
kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan
masalah saraf di dalam otak.
7. Badan mendapat asid amino
Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan
badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid amino,
yang mana terkandung di dalam telur.
8. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
11. Jika badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam
telur, ia boleh memberi kesan kepada otak anda. Mengikut kajian pada 2004,
mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan,
yang mana boleh mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.
9. Memelihara kesihatan mata
12. Lutein dan zeksantin adalah dua asid amino yang terkandung dalam telur yang
dapat menjaga kesihatan mata anda, dan dengan pengambilan yang kerap
boleh mengurangkan penyakit yang berkait dengan mata. Tapi, kedua-dua asid
amino ini hanya terkandung di dalam kuning telur. Jadi jangan takut untuk
makan kuning telur, tapi jangan pula makan berlebihan.
10. Tulang dan gigi yang lebih baik
13. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam
telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan
hati.
14. 11. Membuatkan anda kurang makan
Bagi sesetengah orang, ini adalah salah satu khasiat telur yang terbaik. Telur
adalah satu sumber protein yang sangat baik dan dapat membuatkan anda
berasa kenyang. Dan juga, telur mengandungi kalori yang rendah.
manfaat telur rahsia rambut cantik kegunaan telur kelebihan telur kesihatan