SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 41
Pujian dan Kritikan Terhadap ImamAl-Ghazali
ABDUL SALAM HJ. YUSSOF
ABSTRACT
Born in eastern Iran, Abu Hamid al-Ghazali was known as Islam’s most gifted
scholar. He taught law in Baghdad, but in 1095 resigned and for 12 years
wandered the desert as a Sufi mystic. Al-Ghazali is considered the most
influential Islamic philosopher of the medieval period, known for reviving
mysticism and critiquing rationalism within orthodox Islam. In 1106 he
returned to teaching, the most renowned Islamic theologian of his time. His
most famous books are Tuhafat al-Falasifa (The Incoherence of the
Philosophers) and Ihya al-’Ulum al-Islamia (The Revival of the Religious
Sciences). Al-Ghazālī has contributed a lot in the area studied and is the
most distinguished thinkers in the development of knowledge in his era. Until
today, his work is still being referred to in facing the challenges of
contemporary era. The ideas in the area studied never stop expanding day by
day.
PENGENALAN
Nama penuh Abū Hamīd Muhamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmād
al-Ghazālī al-Tūsi al-Shāfi’e. Nama asalnya Muhamad sahaja. Beliau dikenali
sebagai Abū Hamīd kerana mempunyai anak lelaki bernama Hamīd yang
meninggal ketika masih bayi.2
Bahkan beliau juga lebih dikenali sebagai al-
Ghazālī. Dua pendapat ahli sejarah tentang penggunaan perkataan al-Ghazālī
yang di nisbahkan kepadanya3
: Pertama, merujuk kepada nama daerah tempat
lahirnya iaitu Gazalah. Oleh itu sebutannya al-Ghazālī (satu‘z’). Kedua, merujuk
kepada pekerjaan harian bapa beliau sebagai seorang penenun dan penjual
kain tenun. Pekerjaan ini dinamakan “Gazzal” dan sebutannya al-Ghazzālī
(dengan dua ‘z”) sebagai satu sebutan penduduk Khurasan kepadanya.4
Walau
bagaimanapun pemakaian perkataan al-Ghazālī (dieja dengan satu “z”)
bersempena nama kampung beliau dilahirkan lebih meluas diguna pakai. Beliau
dilahirkan pada tahun 450 Hijrah / 1058 Masihi, di sebuah kampung bernama
‘Ghazālah’yang terletakdi pinggir kota kecil bernama “Tus” berhampiran bandar
Meshad di wilayah Khurasan.5
Beliau yang dikenal sebagai al-Ghazālī itu
merupakan tokoh yang muncul tepat tiga ratus tahun sesudah Imam Syafie
lahir iaitu tahun 150 Hijrah / 730 Masihi.
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 42
KEJAYAAN SERTA KRITIKAN TERHADAP AL-GHAZĀLĪ
Pengaruhpemikiran al-Ghazālī dalam dunia Islamamatmendalam dan luassekali.
Hasil karyanya dibaca dan dikaji di Timur dan di Barat serta daripada kalangan
bangsa Arab atau bukan Arab. Bahkan pengkaji-pengkaji bukan Islam turut
meneliti hasil karyanya6
dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di
Nusantara, pengaruh al-Ghazālī menjadi panduan kepada penterjemah terawal
iaitu al-Sheikh Abdul Samad Palembang untuk mengarang Hidāyah al-Sālikīn.
‘Ulamā’ ini juga telah menterjemah Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn dalam karyanya Siyār
al-Sālikīn. Usaha itu telah disempurnakan oleh Prof.Tk. H. IsmailYakubdengan
menterjemahkan keseluruhan kitab ini ke dalam Bahasa Indonesia. Banyak lagi
karya al-Ghazālī diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti Minhāj al-
Abidīn, al-Munqid min al-Dhalāl, Bidāyah al-Hidāyah, Ayuhal Walād, Tahāfut
al-Falāsifah dan lain-lain.
Antara pujian oleh para peminat atau pencinta jasa al-Ghazālī seperti
kenyataan al-Yafi’i: “Kalau wujud nabi selepas Nabi Muhamad pasti orang itu
ialah al-Ghazālī.” ImamNawawi pula pernah berkata:“Hampir-hampir KitabIhyā
mengambil tempat al-Qur’an.” Kata al-Subky: “Tidak tahu ada orang selepas
al-Ghazāli yang sama sepertinya terutama dari segi kadar memiliki ilmu. Pasti
tidak ada orang yang akan datang sepertinya.” 8
Al-Ghazālī telah berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli
kalam. Beliau menjelaskan kepada orang Islam bahawa kepercayaan terhadap
agama mereka bukanlah bergantung kepada hipotesis-hipotesis yang tidak
rasional tetapi mesti bersandarkan kepada dasar-dasar yang teguh dan nyata.9
Beliau telah memberikan pentafsiran yang rasional tentang kepercayaan asas
Islam, sehingga kesahihannya atas dasar rasionalisme tidak dapat dipersoalkan
lagi sepanjang zaman. Di sampingitu beliau menerangkan hikmat setiap suruhan
syariat serta memberikan kepada umat konsepsi yang jelas mengenai Islam,
sehingga segala keraguan mereka dapat dihilangkan.10
Al-Ghazālī telah meneliti
semua kumpulan agama pada zaman itu serta perbezaan antara mereka. Beliau
menjelaskan had-had antara Islam dan kufur dan had-had kebebasan pentafsiran.
Usaha-usaha ini telah membantu mereka untuk mengurangkan pertelingkahan
antara kumpulan yang bertentangan dan meluaskan pandangan rakyat awam.
Al-Ghazālī menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan
taklid membuta tuli, menentang kejumudan serta menarik perhatian masyarakat
kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah
s.a.w. Beliau telah menghidupkan semangat ijtihad dan mengkritik semua
kumpulan kerana kelemahan dan unsur-unsur kufur mereka Beliau mengkritik
sistem pendidikan yang sedang merosot dan mencadangkan sebuah sistem
yang baru untuk menukarkannya. Kurikulum yang wujud pada masa itu
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 43
mempunyai kelemahan. Antaranya, ia memisahkan sains keduniaan daripada
sains Islam, akhirnya menyebabkan pemisahan urusan dunia daripada amalan
agama. Beberapa perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan ke dalam
kurikulum, seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat. Al-Ghazālī
menjelaskan kelemahan-kelemahan tersebut dan menyediakan satu sistem yang
menyeluruh meskipun ditentang oleh mereka yang sezaman dengannya, tetapi
akhirnya diterima oleh semua negara Islam. Kebanyakan sistem yang
dilaksanakan pelbagai negara Islam sebenarnya adalah menurut garis panduan
yang ditunjukkan oleh al-Ghazālī, sehinggakan kurikulum yang wujud di
institusi-institusi negara Arab masa kini terhutang budi kepada al-Ghazālī.11
Beliau telah membuat penilaian kritikal terhadap keadaan moral dan
agama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan langkah-langkah untuk
membuat pembaharuan. Ini telah membangkitkan semangat keislaman semula
dalam masyarakat. Karyanya yang utama, Ihyā ‘Ulūm al-Dīn telah mengkritik
keadaan moral kesemua masyarakat dan menjelaskan setiap hal itu berkaitan
sebab-sebab sosial seterusnya memberikan kriteria moral Islam yang
sebenarnya.12
Al-Ghazālī telah mengkritik secara bebas kerajaan yang wujud
dan mempengaruhi masyarakat agar tidak tunduk kepada penindasan tetapi
berani untuk menahan dan mengkritik penindasan.13
Usaha–usaha untuk
mengislahkan dan menghidupkan semula Islam tidak terhad kepada
pembaharuan masyarakat Islam semata-mata. Syibli Nu’oman telah menjelaskan
usaha-usaha al-Ghazālī untuk mendirikan sebuah negara Islam yang sebenarnya
di Sepanyol. Beliau berpandangan bahawa sekiranya sebuah negara yang baru
ditubuhkan tidak menurut prinsip-prinsip Islam, masyarakat Islam tidak akan
dapat diislahkan.
Walau bagaimanapun beliau tidak dapat memberi masa untuk tugas
yang besar ini kerana sibuk dengan meditasi dan muraqabah, tazkīyah al-nafs
dan pembaikan akhlak. Namun selepas Ihyā ‘Ulūm al-Dīn dibawa ke Sepanyol
pada tahun 501H/1081M raja pada masa itu Ali Bin Yusuf Tashfin telah
memerintah agar ianya dibakar. Al-Ghazālī sedih apabila mengetahui mengenai
peristiwa itu. Sejurus selepas itu, seorang pemuda bernama Muhamad bin
Abdullah bin Tumart telah tiba dari Sepanyol untuk belajar di bawah bimbingan
al-Ghazālī. Semasa belajar di bawah al-Ghazālī, dia telah menetapkan
pendiriannya untuk menggulingkan Ali bin Yusuf untuk mendirikan sebuah
negara Islam di Sepanyol. Meskipun al-Ghazālī bersetuju dengannya, beliau
bertanya kepada Muhamad mengenai cara-cara serta pertolongan yang
diharapkan untuk membantu beliau dalam tugas tersebut. Muhamad berjumpa
dengan al-Ghazālī dan meminta nasihatnya mengenai halitu. Beliaumengizinkan
cadangannya memandangkan Islam telah menjadi lemah di seluruh dunia
sedangkan tiada seorang raja yang dapat menyatukan seluruh ummah untuk
menegakkan risalahIslam. Walaubagaimanapunal-Ghazālī telah bertanyakepada
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 44
Muhamadmengenai cara-cara beliaumengatur pemberontakan itu dan membawa
kepada kemenangan.
Negara yangdidirikan oleh MuhamadbinAbdullah binTumart dikenali
sebagai al-Muwahidīn, kekal untuk jangka masa yang lama. Walau
bagaimanapun selepas mendapat kuasa, Muhamad sendiri tidak menaiki takhta
tetapi melantikseorang pemuda yang berwibawa bernamaAbdul Mo’min. Abdul
Mu’omin dan pewaris-pewarisnya memerintah seluruh empayar Morokomenurut
kehendak Muhamad bin Tumart dan al-Ghazālī. Semasa pemerintahan mereka
para ‘ulamā’ dipandang tinggi dan semua urusan negara diputuskan dengan
merujuk kepada mereka. Keadilan diberikan kepada yang lemah dan miskin,
pegawai-pegawai yang zalim diberi hukuman berat, penjahat diadili sewajarnya,
masjid-masjid dibina di istana-istana, pertahanan negara diperkuat dan
penaklukan-penaklukan baru dibuat. Hasil-hasil karyanya yang terulung
merupakan asas kepada sebuah gerakan intelektual yang kuat dan sumber
inspirasi kepada generasi selanjutnya. Sesungguhnya Abū Hamid al-Ghazālī
memberi kesan yang amat mendalam kepada sejarah Islam, sehingga kesannya
kepada pemikiran Islam selanjutnya telah diakui oleh pencinta-pencinta dan
para pengkritik beliau sendiri. Karya-karyanya masih dipandang tinggi dengan
penuh hormat serta dikaji oleh mereka yang mahu pembersihan diri dan
perhubungan suci dengan Allah S.W.T.
Kritikan Terhadap al-Ghazālī
Ibnū Taymiyah berpendapat bahawa Ihyā’‘Ulūm al-Dīn karangan al-Ghazālī
secara amnya adalah sebuah kitab yang ditulis dengan baik dan menggunakan
gaya yang menarik. Pada masa yang sama, Ibnū Taymīyah memberi kritikan
kerana empat sebab:14
Pertama, pemikiran al-Ghazālī jelas menunjukkan
peninggalan falsafah Yunani. Dalam menjelaskan ketauhidan Allah, kenabian
dan hari akhirat, beliau memperkenalkan banyak konsep yang dipegang oleh
ahli-ahli falsafah pada masa itu. Dalam Muwāfaqāt, beliau menyatakan komentar
Abū Bakar bin al-‘Arabī iaitu sahabat dan pelajarnya bahawa al-Ghazālī telah
mendalami ilmu falsafah dan mahu menolak pemikiran itu tetapi sukar. Oleh
sebab itu, Ibnū Taymīyah menentang falsafah. Beliau mendapati setengah
penulisan al-Ghazālī tidak dapat diterima daripada sudut keagamaan. Kedua,
dalam penulisan Ihyā ‘Ulūm al-Dīnal-Ghazālī menggunakan analisis logik yang
dibuat berdasarkan premis umum dan khusus dengan tujuan mendapatkan
kesimpulan kerana ini tidakbertepatan dengan semangat al-Qur’an dan Sunnah.
Ketiga, kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn mempunyai banyak konsep dan ajaran ahli-
ahli turūq suffīyah dan pertanyaan-pertanyaan mereka mengenai pendapat
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 45
kasyāf ke dalam kebenaran ilahi. Keempat, Kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn
mengandungi banyak hadis yang diragui kesahihannya.
Para ‘ulamā’ mempunyai pandangan berbeza mengenai Ihyā’. Ibnū al-
Jawzi mengkritik al-Ghazālī kerana menggunakan hadis-hadis yang tidak sahih
dan lemah. Beliau berpendapat hal ini terjadi kerana al-Ghazālī bukan seorang
ahli hadis. Tajuddin Subki dalam Tabaqāt Syāf’iyah15
telah mengutip semua
hadis yang disebut oleh al-Ghazālī di dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn yang tidak
boleh didapati dari mana-mana sumber. Disusuli Hafīz Zainuddin al-Irāqī telah
mengelaskan hadis-hadis dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn menurut norma yang
diterima dan diperiksa sama ada sahih atau tidak sahih bagi tiap-tiap hadis.
Ibnū Jawzī juga telah menunjukkan kesilapan-kesilapan mengenai beberapa
peristiwa sejarah yang disebut oleh al-Ghazālī dalam Ihyā’.16
Ibnū Jawzi
mengatakan bahawa al-Ghazālī telah menyebut beberapa contoh ahli sufi atau
cara-cara mereka untuk muraqabah dan pembersihan jiwa (tazkīyah al-nafs)
yang tidak dibolehkan dalam syariat, apatah lagi untuk diikuti oleh orang awam.
Walau bagaimanapun Ibn Jawzi mengakui keberkesanan Ihyā’ dan
sumbangannya amat berharga kepada pemikiran Islam selepas itu. Beliau juga
telah meringkaskan Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn di dalam kitab Minhāaj al-Qāsididīn
dan meninggal bahagian-bahagian yang boleh diperbahaskan.17
Di kalangan ahli-ahli falsafah, pengkritik al-Ghazālī yang termasyhur ialah
Ibnū Rusyd. Beliau telah menolak perbahasan-perbahasan al-Ghazālī terhadap
ahli-ahli falsafah. Contoh kritikan dalam penulisannya ialah Tahāfut al-Tahāfut
bagi menjawab tulisan al-Ghazālī dalam kitabTahāfut al-Falāsifah. Ibnū Rusyd
mempertahankan ahli-ahli falsafah dengan hujah yang keras sebagaimana
serangan al-Ghazālī terhadap mereka. Ibnū Rusyd berhujah dengan penuh
kefahaman dan kehandalan tetapi dalam analisis terakhir ternyata hujah-hujah
al-Ghazālī lebih berkesan daripada penentangnya. Sanggahan Ibnū Rusyd
menyatakan bahawa al-Ghazālī menentang ahli falsafah semata-mata untuk
mendapat penghargaan daripada golongan tradisional tidak dapat dibuktikan.
Beliau juga menuduh al-Ghazālī tidak tetap dalam pemikirannya. Contoh, beliau
menyebut bahawa dalam kitab Misykātul al-Anwār, al-Ghazālī memberi
sokongan kepada teori emanasi yang sudah dikritik dalam Tahafut. Menurut
beliau lagi, ajaran-ajaran al-Ghazālī mendatangkan bahaya kepada agama dan
falsafah. Ibnū Rusyd menyatakan mengenai pemikiran al-Ghazālī: “Satu hari
kamu berbangsa Yaman apabila bertemu dengan orang Yaman. Tetapi apabila
kamu bertemu seseorang dari Ma’ad , kamu mendakwa kamu dari ‘Adnan!”18
Tuduhan tidak konsisten terhadap al-Ghazālī juga dibuat oleh ahli
falsafah Islam lain seperti Ibnū Tufail menyebut dalam karyanya bahawa al-
Ghazālī: “terikat di satutempat tetapi bebas di tempat lain. Ia menafikan beberapa
perkara tetapi kemudian mengisytiharkannya benar.” Sungguhpun beliau
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 46
menunjukkan beberapa kontradiksi dalam karya al-Ghazālī tetapi keseluruhannya
Ibnū Tufail mengagumi ajaran al-Ghazālī yang dapat dikesan dalam karya
falsafahnya yang dikagumi iaitu Hayy Ibnī Yaqzān.19
Seorangpengkritik al-Ghazālī zaman mutakhir ini iaituDr. M. Zaki Mubarak
dalam kajian Ph.D. beliau bertajuk al-Akhlāq ‘inda al-Ghazālī menyatakan
bahawa ajaran-ajaran al-Ghazālī bersifat kesufian dan menyendiri sehingga ia
boleh melemahkan semangat manusia dalam melakukan tugas di atas muka
bumi ini. Dr. M. Zaki Mubarak berpendapat bahawa Ghazāli hanya
mementingkan perkaitan rohani perseorangan dengan tujuan untuk mencapai
kebahagiaan pada akhirat sahaja dengan melupakan soal-soal hidup duniawi.20
Berkaitan kritikan Dr. Zaki Mubarak terhadap al-Ghazālī Prof. Dr. H.Abu
BakarAcheh berpendapat: “Adalah satu kesalahan yang dibuat oleh pengarang-
pengarang Islam generasi baru seperti Dr. Zaki Mubarak, yang membandingkan
ajaran al-Ghazālī dengan ajaran kemasyarakatan baru. Mungkin orang akan
memperoleh hasil yang sama antara ajaran-ajaran al-Ghazālī dan ajaran ahli-ahli
pendidikan masyarakat dan ilmu jiwa dunia sekarang ini. Tetapi jalan yang
ditempuh oleh al-Ghazālī sebagai seorang sufi, yang zahid tidak ada tolok
banding. Tidak sahaja perbezaan zaman tersebut terlalu besar, tetapi juga
memang berlainan cara penempuhan kedua-dua jalan itu.21
Ternyata bahawa
pelbagai kritik terhadap al-Ghazālī dengan sendirinya membuktikan betapa
luasnya pengaruh beliau. Jumlah pengikut al-Ghazālī dan orang yang
menghormati serta menerima ajaran dan menyebarkannya mengatasi bilangan
para pengkritik beliau. Beberapa tokoh amat cenderung dan menghormati al-
Ghazālī seperti Syah Waliyullah al-Dahlawi22
, Uthman Fodio, Hasan al-Banna
dan Syed Muhamad Naquib al-Attas. Kebanyakan tokoh-tokoh ini terdiri
daripadapemikir danahliSufi.Dalam karyaIhyā‘Ulūm al-Dīnal-Ghazālī berusaha
untuk menimbulkan kedua-dua aspek kegamaan ini. Karya ini merupakan karya
yang meluas dibaca oleh pelbagai golongan umat Islam.
NOTA HUJUNG
1
Beliau juga dikenali sebagai al-Imam as-salafi, al-Shafi’e dan al-Naisyaburi.
LihatOsman Bakar,1997. Hierarki Ilmu: MembangunRangka FikirIslamisasi
Ilmu. Bandung: Penerbit Mizan, terjemahan oleh Purwanto, hlm. 196. Lihat
Rauf Shalabi, 1973. Alun-alun Istana Imam al-Ghazali. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan oleh Awang Mohd.Amin, hlm. 15
2
Ada pendapat menyatakan bahawa panggilan seperti “bapa Hamid”
sebagai satu gelaran sahaja kerana beliau tidak memiliki anak lelaki. Lihat
Murtadā al-Zubaidī, Ithāf al-Sādah al-Mutaqīn bi-Sharh Asrār Ihyā ‘Ulum
al-Dīin,Beirut: Dar Ihya’Al-Turath al-Arabiyy, Jilid 1, hlm. 18. Lihat juga
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 47
Mustafa Abu Sway, 1996. Al-Ghazzaliy: A Study In Islamic Epistemology.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm16.
3
Ibid. Murtadā al-Zubaidī, Ithāf al-Sādah al-Mutaqīn bi-Sharh Asrār Ihyā
‘Ulum Al-Dīin, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiyy, Jilid 1, hlm.18.
Sesetengah sarjana Barat menggunakan perkataan Algazel (Misalnya
Bertrand Russel, History of Western Philosopy, London , 1946, hlm.477)
atauAbuhamet untuk merujuk kepada nama al-Ghazāli atau ubahsuainya
yang lain seperti al-Gazal,Algazali, Gazali dan sebagainya. Lihat nota kaki
M.M. Shariff 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka, terjemahan oleh Khidmat Terjemahan
Nusantara, hlm. 582.
4
Lihat al-Ghazālī, Mohamadbin Mohamad, 1993. Al-Munqidhminal-Dhalāl
wal Mufsih bil Ahwāl. Disemak semula oleh Sameh Daghim, Beirut: Dārul
FikrAl-Lubnāni, hlm. 15.
5
Lihat al-Ghazālī, Mohamad bin Mohamad, 1993, op.cit., hlm. 15
6
Di kalangan para orientalis, al-Ghazāli adalah paling terkemuka dalam
penulisan W.M. Gairdner, Margaret Smith, Donaldson, Farsi, Lazaruth-
Yafeh, Macdonald dan lain-lain.
7
LihatAzlan KhaliliShamsudin, 1991. Al-Ghazali danKonsepAl-Nor. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 25.
8
Ahmad al-Syarbasi, Al-Ghazālī wa Tasawuf al-Islāmy. Darul Hilal, hlm.
124.
9
Maududi. A Short Historyof the Revivalist Movement In Islam, hlm. 58.
10
Ibid.
11
Ibid, hlm.59.
12
Ibid,hlm.59-60.
13
Ibid, hlm.60.
14
Ibid, hlm.60.
15
Ibid. hlm. 163.
16
Lihat juga dalam Ahmad al-Syarbasi, Al-Ghazāli wa Tasawuf al-Islāmī.,
op.cit., hlm. 128.
17
Adalah kurang adil untuk menyatakan al-Ghazālī lemah dalam ilmu hadis
hanya dengan merujuk kepada kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn sahaja dengan
tidakmenilai kitab-kitabbeliaudalam cabang ilmu lain seperti fiqh dan usul
yang lebih menyentuh aspek hukum dan asas pembinaan hukum. Ini
disebabkan sebahagian perbahasan dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn adalah
menyentuh aspek fadilat-fadilat amal dan ramai dari kalangan ‘ulamā’Islam
menggunakan hadis-hadis seperti itu dalam perbahasan mereka mengenai
aspek yang sama. Mengikut al-Hafīdz al-Irāqī bahawa banyak dari hadis
al-Ghazāli dalam Ihyā’‘Ulūm al-Dīntidaklah sampai ketarafhadismaudhuk.
Pengiktirafan al-Ghazālī tentang kekurangan beliau dalam hadis adalah sifat
Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 48
tawaduk beliau sebagai ahli tasawuf dan mengikut Ibnū Asakir bahawa
kajian beliau dalam hadis di akhir hayatnya adalah mengenai manhaj al-
Bukharī dan Muslim dalam pengumpulan hadis. Lihat Ahmad Zaki Haji
Ibrahim, Al-Imam al-Ghazāli: Pengaruh Dan penglibatannya dengan
Orang Lain, dalam Seminar al-Imam al-Ghazāli Dan Sumbangannya,
pada 23-25September 1988, hlm. 105.
18
Nadwi, op.cit., hlm 164.
19
M.M.Sharif, 1994. SejarahIslamDari Segi Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, terjemahan oleh Khidmat Terjemah Nusantara,
hlm.639.
20
Ibid.hlm. 639-640.
21
AboebakarAcheh, 1976. Sejarah Filsafat Islam, Kelantan, hlm. 175. Lihat
juga Zaki Mubarak, 1924, op.cit, hlm. 420.
22
Ibid, hlm. 175.
23
Ibid, hlm. 177.
24
Shah Waliyullah, Hujjatul al-Bālighah, Jilid 1, hlm. 6.
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
salam@pkrisc.cc.ukm.my

More Related Content

Similar to 1.pdf

Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islamhusni240995
 
Dinasti al ayyubiah
Dinasti al ayyubiahDinasti al ayyubiah
Dinasti al ayyubiahdzikri07
 
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptx
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptxTokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptx
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptxAnnisaJamil1
 
Resume klasifikasi ilmu menurut imam al
Resume klasifikasi ilmu menurut imam alResume klasifikasi ilmu menurut imam al
Resume klasifikasi ilmu menurut imam alMuhammad Saad
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdfZukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxZukét Printing
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniHumairahnia12
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniHumairahnia12
 
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKMpemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKMIZZATIZULKEFLI1
 
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdfAhmadIlhamRiwaldi
 
STD_Pelajaran 2 fix.pptx
STD_Pelajaran 2 fix.pptxSTD_Pelajaran 2 fix.pptx
STD_Pelajaran 2 fix.pptxDikiHermawan18
 
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban Islam
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban IslamTokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban Islam
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban IslamARBIANABDILLAH
 
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembali
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembaliMasa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembali
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembaliمحمد Rydoe
 

Similar to 1.pdf (20)

Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islam
 
Pan-Islamisme
Pan-IslamismePan-Islamisme
Pan-Islamisme
 
ISLAM LIBERAL
ISLAM LIBERALISLAM LIBERAL
ISLAM LIBERAL
 
Dinasti al ayyubiah
Dinasti al ayyubiahDinasti al ayyubiah
Dinasti al ayyubiah
 
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptx
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptxTokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptx
Tokoh-Tokoh Pembaharuan Di Dunia Islam Beserta gagasan nya.pptx
 
Study Kemuhammadiyahan
Study KemuhammadiyahanStudy Kemuhammadiyahan
Study Kemuhammadiyahan
 
Khazanah intelektualislam
Khazanah intelektualislamKhazanah intelektualislam
Khazanah intelektualislam
 
Resume klasifikasi ilmu menurut imam al
Resume klasifikasi ilmu menurut imam alResume klasifikasi ilmu menurut imam al
Resume klasifikasi ilmu menurut imam al
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
 
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al AfghaniPemikiran Jamaludn Al Afghani
Pemikiran Jamaludn Al Afghani
 
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKMpemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
pemikiran islam semasa Jabatan Usul FPI, UKM
 
Titas tokoh tam.islam
Titas tokoh tam.islamTitas tokoh tam.islam
Titas tokoh tam.islam
 
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf
14. Buku Studi Islam Interdisipliner - Editor 2015.pdf
 
STD_Pelajaran 2 fix.pptx
STD_Pelajaran 2 fix.pptxSTD_Pelajaran 2 fix.pptx
STD_Pelajaran 2 fix.pptx
 
Spe Bab3
Spe Bab3Spe Bab3
Spe Bab3
 
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban Islam
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban IslamTokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban Islam
Tokoh Ilmuwan Muslim dalam Peradaban Islam
 
Presentasi Agama
Presentasi Agama Presentasi Agama
Presentasi Agama
 
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembali
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembaliMasa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembali
Masa Kejayaan Islam Yang dinantikan kembali
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 

1.pdf

  • 1. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 41 Pujian dan Kritikan Terhadap ImamAl-Ghazali ABDUL SALAM HJ. YUSSOF ABSTRACT Born in eastern Iran, Abu Hamid al-Ghazali was known as Islam’s most gifted scholar. He taught law in Baghdad, but in 1095 resigned and for 12 years wandered the desert as a Sufi mystic. Al-Ghazali is considered the most influential Islamic philosopher of the medieval period, known for reviving mysticism and critiquing rationalism within orthodox Islam. In 1106 he returned to teaching, the most renowned Islamic theologian of his time. His most famous books are Tuhafat al-Falasifa (The Incoherence of the Philosophers) and Ihya al-’Ulum al-Islamia (The Revival of the Religious Sciences). Al-Ghazālī has contributed a lot in the area studied and is the most distinguished thinkers in the development of knowledge in his era. Until today, his work is still being referred to in facing the challenges of contemporary era. The ideas in the area studied never stop expanding day by day. PENGENALAN Nama penuh Abū Hamīd Muhamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmād al-Ghazālī al-Tūsi al-Shāfi’e. Nama asalnya Muhamad sahaja. Beliau dikenali sebagai Abū Hamīd kerana mempunyai anak lelaki bernama Hamīd yang meninggal ketika masih bayi.2 Bahkan beliau juga lebih dikenali sebagai al- Ghazālī. Dua pendapat ahli sejarah tentang penggunaan perkataan al-Ghazālī yang di nisbahkan kepadanya3 : Pertama, merujuk kepada nama daerah tempat lahirnya iaitu Gazalah. Oleh itu sebutannya al-Ghazālī (satu‘z’). Kedua, merujuk kepada pekerjaan harian bapa beliau sebagai seorang penenun dan penjual kain tenun. Pekerjaan ini dinamakan “Gazzal” dan sebutannya al-Ghazzālī (dengan dua ‘z”) sebagai satu sebutan penduduk Khurasan kepadanya.4 Walau bagaimanapun pemakaian perkataan al-Ghazālī (dieja dengan satu “z”) bersempena nama kampung beliau dilahirkan lebih meluas diguna pakai. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijrah / 1058 Masihi, di sebuah kampung bernama ‘Ghazālah’yang terletakdi pinggir kota kecil bernama “Tus” berhampiran bandar Meshad di wilayah Khurasan.5 Beliau yang dikenal sebagai al-Ghazālī itu merupakan tokoh yang muncul tepat tiga ratus tahun sesudah Imam Syafie lahir iaitu tahun 150 Hijrah / 730 Masihi.
  • 2. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 42 KEJAYAAN SERTA KRITIKAN TERHADAP AL-GHAZĀLĪ Pengaruhpemikiran al-Ghazālī dalam dunia Islamamatmendalam dan luassekali. Hasil karyanya dibaca dan dikaji di Timur dan di Barat serta daripada kalangan bangsa Arab atau bukan Arab. Bahkan pengkaji-pengkaji bukan Islam turut meneliti hasil karyanya6 dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Di Nusantara, pengaruh al-Ghazālī menjadi panduan kepada penterjemah terawal iaitu al-Sheikh Abdul Samad Palembang untuk mengarang Hidāyah al-Sālikīn. ‘Ulamā’ ini juga telah menterjemah Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn dalam karyanya Siyār al-Sālikīn. Usaha itu telah disempurnakan oleh Prof.Tk. H. IsmailYakubdengan menterjemahkan keseluruhan kitab ini ke dalam Bahasa Indonesia. Banyak lagi karya al-Ghazālī diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti Minhāj al- Abidīn, al-Munqid min al-Dhalāl, Bidāyah al-Hidāyah, Ayuhal Walād, Tahāfut al-Falāsifah dan lain-lain. Antara pujian oleh para peminat atau pencinta jasa al-Ghazālī seperti kenyataan al-Yafi’i: “Kalau wujud nabi selepas Nabi Muhamad pasti orang itu ialah al-Ghazālī.” ImamNawawi pula pernah berkata:“Hampir-hampir KitabIhyā mengambil tempat al-Qur’an.” Kata al-Subky: “Tidak tahu ada orang selepas al-Ghazāli yang sama sepertinya terutama dari segi kadar memiliki ilmu. Pasti tidak ada orang yang akan datang sepertinya.” 8 Al-Ghazālī telah berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli kalam. Beliau menjelaskan kepada orang Islam bahawa kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah bergantung kepada hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan kepada dasar-dasar yang teguh dan nyata.9 Beliau telah memberikan pentafsiran yang rasional tentang kepercayaan asas Islam, sehingga kesahihannya atas dasar rasionalisme tidak dapat dipersoalkan lagi sepanjang zaman. Di sampingitu beliau menerangkan hikmat setiap suruhan syariat serta memberikan kepada umat konsepsi yang jelas mengenai Islam, sehingga segala keraguan mereka dapat dihilangkan.10 Al-Ghazālī telah meneliti semua kumpulan agama pada zaman itu serta perbezaan antara mereka. Beliau menjelaskan had-had antara Islam dan kufur dan had-had kebebasan pentafsiran. Usaha-usaha ini telah membantu mereka untuk mengurangkan pertelingkahan antara kumpulan yang bertentangan dan meluaskan pandangan rakyat awam. Al-Ghazālī menghidupkan semula fahaman Islam dan meninggalkan taklid membuta tuli, menentang kejumudan serta menarik perhatian masyarakat kepada punca petunjuk yang betul iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Beliau telah menghidupkan semangat ijtihad dan mengkritik semua kumpulan kerana kelemahan dan unsur-unsur kufur mereka Beliau mengkritik sistem pendidikan yang sedang merosot dan mencadangkan sebuah sistem yang baru untuk menukarkannya. Kurikulum yang wujud pada masa itu
  • 3. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 43 mempunyai kelemahan. Antaranya, ia memisahkan sains keduniaan daripada sains Islam, akhirnya menyebabkan pemisahan urusan dunia daripada amalan agama. Beberapa perkara yang tiada tempat dalam syariat dimasukkan ke dalam kurikulum, seolah-olah ia adalah sebahagian daripada syariat. Al-Ghazālī menjelaskan kelemahan-kelemahan tersebut dan menyediakan satu sistem yang menyeluruh meskipun ditentang oleh mereka yang sezaman dengannya, tetapi akhirnya diterima oleh semua negara Islam. Kebanyakan sistem yang dilaksanakan pelbagai negara Islam sebenarnya adalah menurut garis panduan yang ditunjukkan oleh al-Ghazālī, sehinggakan kurikulum yang wujud di institusi-institusi negara Arab masa kini terhutang budi kepada al-Ghazālī.11 Beliau telah membuat penilaian kritikal terhadap keadaan moral dan agama masyarakat Islam waktu itu dan mencadangkan langkah-langkah untuk membuat pembaharuan. Ini telah membangkitkan semangat keislaman semula dalam masyarakat. Karyanya yang utama, Ihyā ‘Ulūm al-Dīn telah mengkritik keadaan moral kesemua masyarakat dan menjelaskan setiap hal itu berkaitan sebab-sebab sosial seterusnya memberikan kriteria moral Islam yang sebenarnya.12 Al-Ghazālī telah mengkritik secara bebas kerajaan yang wujud dan mempengaruhi masyarakat agar tidak tunduk kepada penindasan tetapi berani untuk menahan dan mengkritik penindasan.13 Usaha–usaha untuk mengislahkan dan menghidupkan semula Islam tidak terhad kepada pembaharuan masyarakat Islam semata-mata. Syibli Nu’oman telah menjelaskan usaha-usaha al-Ghazālī untuk mendirikan sebuah negara Islam yang sebenarnya di Sepanyol. Beliau berpandangan bahawa sekiranya sebuah negara yang baru ditubuhkan tidak menurut prinsip-prinsip Islam, masyarakat Islam tidak akan dapat diislahkan. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat memberi masa untuk tugas yang besar ini kerana sibuk dengan meditasi dan muraqabah, tazkīyah al-nafs dan pembaikan akhlak. Namun selepas Ihyā ‘Ulūm al-Dīn dibawa ke Sepanyol pada tahun 501H/1081M raja pada masa itu Ali Bin Yusuf Tashfin telah memerintah agar ianya dibakar. Al-Ghazālī sedih apabila mengetahui mengenai peristiwa itu. Sejurus selepas itu, seorang pemuda bernama Muhamad bin Abdullah bin Tumart telah tiba dari Sepanyol untuk belajar di bawah bimbingan al-Ghazālī. Semasa belajar di bawah al-Ghazālī, dia telah menetapkan pendiriannya untuk menggulingkan Ali bin Yusuf untuk mendirikan sebuah negara Islam di Sepanyol. Meskipun al-Ghazālī bersetuju dengannya, beliau bertanya kepada Muhamad mengenai cara-cara serta pertolongan yang diharapkan untuk membantu beliau dalam tugas tersebut. Muhamad berjumpa dengan al-Ghazālī dan meminta nasihatnya mengenai halitu. Beliaumengizinkan cadangannya memandangkan Islam telah menjadi lemah di seluruh dunia sedangkan tiada seorang raja yang dapat menyatukan seluruh ummah untuk menegakkan risalahIslam. Walaubagaimanapunal-Ghazālī telah bertanyakepada
  • 4. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 44 Muhamadmengenai cara-cara beliaumengatur pemberontakan itu dan membawa kepada kemenangan. Negara yangdidirikan oleh MuhamadbinAbdullah binTumart dikenali sebagai al-Muwahidīn, kekal untuk jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun selepas mendapat kuasa, Muhamad sendiri tidak menaiki takhta tetapi melantikseorang pemuda yang berwibawa bernamaAbdul Mo’min. Abdul Mu’omin dan pewaris-pewarisnya memerintah seluruh empayar Morokomenurut kehendak Muhamad bin Tumart dan al-Ghazālī. Semasa pemerintahan mereka para ‘ulamā’ dipandang tinggi dan semua urusan negara diputuskan dengan merujuk kepada mereka. Keadilan diberikan kepada yang lemah dan miskin, pegawai-pegawai yang zalim diberi hukuman berat, penjahat diadili sewajarnya, masjid-masjid dibina di istana-istana, pertahanan negara diperkuat dan penaklukan-penaklukan baru dibuat. Hasil-hasil karyanya yang terulung merupakan asas kepada sebuah gerakan intelektual yang kuat dan sumber inspirasi kepada generasi selanjutnya. Sesungguhnya Abū Hamid al-Ghazālī memberi kesan yang amat mendalam kepada sejarah Islam, sehingga kesannya kepada pemikiran Islam selanjutnya telah diakui oleh pencinta-pencinta dan para pengkritik beliau sendiri. Karya-karyanya masih dipandang tinggi dengan penuh hormat serta dikaji oleh mereka yang mahu pembersihan diri dan perhubungan suci dengan Allah S.W.T. Kritikan Terhadap al-Ghazālī Ibnū Taymiyah berpendapat bahawa Ihyā’‘Ulūm al-Dīn karangan al-Ghazālī secara amnya adalah sebuah kitab yang ditulis dengan baik dan menggunakan gaya yang menarik. Pada masa yang sama, Ibnū Taymīyah memberi kritikan kerana empat sebab:14 Pertama, pemikiran al-Ghazālī jelas menunjukkan peninggalan falsafah Yunani. Dalam menjelaskan ketauhidan Allah, kenabian dan hari akhirat, beliau memperkenalkan banyak konsep yang dipegang oleh ahli-ahli falsafah pada masa itu. Dalam Muwāfaqāt, beliau menyatakan komentar Abū Bakar bin al-‘Arabī iaitu sahabat dan pelajarnya bahawa al-Ghazālī telah mendalami ilmu falsafah dan mahu menolak pemikiran itu tetapi sukar. Oleh sebab itu, Ibnū Taymīyah menentang falsafah. Beliau mendapati setengah penulisan al-Ghazālī tidak dapat diterima daripada sudut keagamaan. Kedua, dalam penulisan Ihyā ‘Ulūm al-Dīnal-Ghazālī menggunakan analisis logik yang dibuat berdasarkan premis umum dan khusus dengan tujuan mendapatkan kesimpulan kerana ini tidakbertepatan dengan semangat al-Qur’an dan Sunnah. Ketiga, kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn mempunyai banyak konsep dan ajaran ahli- ahli turūq suffīyah dan pertanyaan-pertanyaan mereka mengenai pendapat
  • 5. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 45 kasyāf ke dalam kebenaran ilahi. Keempat, Kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn mengandungi banyak hadis yang diragui kesahihannya. Para ‘ulamā’ mempunyai pandangan berbeza mengenai Ihyā’. Ibnū al- Jawzi mengkritik al-Ghazālī kerana menggunakan hadis-hadis yang tidak sahih dan lemah. Beliau berpendapat hal ini terjadi kerana al-Ghazālī bukan seorang ahli hadis. Tajuddin Subki dalam Tabaqāt Syāf’iyah15 telah mengutip semua hadis yang disebut oleh al-Ghazālī di dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn yang tidak boleh didapati dari mana-mana sumber. Disusuli Hafīz Zainuddin al-Irāqī telah mengelaskan hadis-hadis dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn menurut norma yang diterima dan diperiksa sama ada sahih atau tidak sahih bagi tiap-tiap hadis. Ibnū Jawzī juga telah menunjukkan kesilapan-kesilapan mengenai beberapa peristiwa sejarah yang disebut oleh al-Ghazālī dalam Ihyā’.16 Ibnū Jawzi mengatakan bahawa al-Ghazālī telah menyebut beberapa contoh ahli sufi atau cara-cara mereka untuk muraqabah dan pembersihan jiwa (tazkīyah al-nafs) yang tidak dibolehkan dalam syariat, apatah lagi untuk diikuti oleh orang awam. Walau bagaimanapun Ibn Jawzi mengakui keberkesanan Ihyā’ dan sumbangannya amat berharga kepada pemikiran Islam selepas itu. Beliau juga telah meringkaskan Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn di dalam kitab Minhāaj al-Qāsididīn dan meninggal bahagian-bahagian yang boleh diperbahaskan.17 Di kalangan ahli-ahli falsafah, pengkritik al-Ghazālī yang termasyhur ialah Ibnū Rusyd. Beliau telah menolak perbahasan-perbahasan al-Ghazālī terhadap ahli-ahli falsafah. Contoh kritikan dalam penulisannya ialah Tahāfut al-Tahāfut bagi menjawab tulisan al-Ghazālī dalam kitabTahāfut al-Falāsifah. Ibnū Rusyd mempertahankan ahli-ahli falsafah dengan hujah yang keras sebagaimana serangan al-Ghazālī terhadap mereka. Ibnū Rusyd berhujah dengan penuh kefahaman dan kehandalan tetapi dalam analisis terakhir ternyata hujah-hujah al-Ghazālī lebih berkesan daripada penentangnya. Sanggahan Ibnū Rusyd menyatakan bahawa al-Ghazālī menentang ahli falsafah semata-mata untuk mendapat penghargaan daripada golongan tradisional tidak dapat dibuktikan. Beliau juga menuduh al-Ghazālī tidak tetap dalam pemikirannya. Contoh, beliau menyebut bahawa dalam kitab Misykātul al-Anwār, al-Ghazālī memberi sokongan kepada teori emanasi yang sudah dikritik dalam Tahafut. Menurut beliau lagi, ajaran-ajaran al-Ghazālī mendatangkan bahaya kepada agama dan falsafah. Ibnū Rusyd menyatakan mengenai pemikiran al-Ghazālī: “Satu hari kamu berbangsa Yaman apabila bertemu dengan orang Yaman. Tetapi apabila kamu bertemu seseorang dari Ma’ad , kamu mendakwa kamu dari ‘Adnan!”18 Tuduhan tidak konsisten terhadap al-Ghazālī juga dibuat oleh ahli falsafah Islam lain seperti Ibnū Tufail menyebut dalam karyanya bahawa al- Ghazālī: “terikat di satutempat tetapi bebas di tempat lain. Ia menafikan beberapa perkara tetapi kemudian mengisytiharkannya benar.” Sungguhpun beliau
  • 6. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 46 menunjukkan beberapa kontradiksi dalam karya al-Ghazālī tetapi keseluruhannya Ibnū Tufail mengagumi ajaran al-Ghazālī yang dapat dikesan dalam karya falsafahnya yang dikagumi iaitu Hayy Ibnī Yaqzān.19 Seorangpengkritik al-Ghazālī zaman mutakhir ini iaituDr. M. Zaki Mubarak dalam kajian Ph.D. beliau bertajuk al-Akhlāq ‘inda al-Ghazālī menyatakan bahawa ajaran-ajaran al-Ghazālī bersifat kesufian dan menyendiri sehingga ia boleh melemahkan semangat manusia dalam melakukan tugas di atas muka bumi ini. Dr. M. Zaki Mubarak berpendapat bahawa Ghazāli hanya mementingkan perkaitan rohani perseorangan dengan tujuan untuk mencapai kebahagiaan pada akhirat sahaja dengan melupakan soal-soal hidup duniawi.20 Berkaitan kritikan Dr. Zaki Mubarak terhadap al-Ghazālī Prof. Dr. H.Abu BakarAcheh berpendapat: “Adalah satu kesalahan yang dibuat oleh pengarang- pengarang Islam generasi baru seperti Dr. Zaki Mubarak, yang membandingkan ajaran al-Ghazālī dengan ajaran kemasyarakatan baru. Mungkin orang akan memperoleh hasil yang sama antara ajaran-ajaran al-Ghazālī dan ajaran ahli-ahli pendidikan masyarakat dan ilmu jiwa dunia sekarang ini. Tetapi jalan yang ditempuh oleh al-Ghazālī sebagai seorang sufi, yang zahid tidak ada tolok banding. Tidak sahaja perbezaan zaman tersebut terlalu besar, tetapi juga memang berlainan cara penempuhan kedua-dua jalan itu.21 Ternyata bahawa pelbagai kritik terhadap al-Ghazālī dengan sendirinya membuktikan betapa luasnya pengaruh beliau. Jumlah pengikut al-Ghazālī dan orang yang menghormati serta menerima ajaran dan menyebarkannya mengatasi bilangan para pengkritik beliau. Beberapa tokoh amat cenderung dan menghormati al- Ghazālī seperti Syah Waliyullah al-Dahlawi22 , Uthman Fodio, Hasan al-Banna dan Syed Muhamad Naquib al-Attas. Kebanyakan tokoh-tokoh ini terdiri daripadapemikir danahliSufi.Dalam karyaIhyā‘Ulūm al-Dīnal-Ghazālī berusaha untuk menimbulkan kedua-dua aspek kegamaan ini. Karya ini merupakan karya yang meluas dibaca oleh pelbagai golongan umat Islam. NOTA HUJUNG 1 Beliau juga dikenali sebagai al-Imam as-salafi, al-Shafi’e dan al-Naisyaburi. LihatOsman Bakar,1997. Hierarki Ilmu: MembangunRangka FikirIslamisasi Ilmu. Bandung: Penerbit Mizan, terjemahan oleh Purwanto, hlm. 196. Lihat Rauf Shalabi, 1973. Alun-alun Istana Imam al-Ghazali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, terjemahan oleh Awang Mohd.Amin, hlm. 15 2 Ada pendapat menyatakan bahawa panggilan seperti “bapa Hamid” sebagai satu gelaran sahaja kerana beliau tidak memiliki anak lelaki. Lihat Murtadā al-Zubaidī, Ithāf al-Sādah al-Mutaqīn bi-Sharh Asrār Ihyā ‘Ulum al-Dīin,Beirut: Dar Ihya’Al-Turath al-Arabiyy, Jilid 1, hlm. 18. Lihat juga
  • 7. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 47 Mustafa Abu Sway, 1996. Al-Ghazzaliy: A Study In Islamic Epistemology. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm16. 3 Ibid. Murtadā al-Zubaidī, Ithāf al-Sādah al-Mutaqīn bi-Sharh Asrār Ihyā ‘Ulum Al-Dīin, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabiyy, Jilid 1, hlm.18. Sesetengah sarjana Barat menggunakan perkataan Algazel (Misalnya Bertrand Russel, History of Western Philosopy, London , 1946, hlm.477) atauAbuhamet untuk merujuk kepada nama al-Ghazāli atau ubahsuainya yang lain seperti al-Gazal,Algazali, Gazali dan sebagainya. Lihat nota kaki M.M. Shariff 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, terjemahan oleh Khidmat Terjemahan Nusantara, hlm. 582. 4 Lihat al-Ghazālī, Mohamadbin Mohamad, 1993. Al-Munqidhminal-Dhalāl wal Mufsih bil Ahwāl. Disemak semula oleh Sameh Daghim, Beirut: Dārul FikrAl-Lubnāni, hlm. 15. 5 Lihat al-Ghazālī, Mohamad bin Mohamad, 1993, op.cit., hlm. 15 6 Di kalangan para orientalis, al-Ghazāli adalah paling terkemuka dalam penulisan W.M. Gairdner, Margaret Smith, Donaldson, Farsi, Lazaruth- Yafeh, Macdonald dan lain-lain. 7 LihatAzlan KhaliliShamsudin, 1991. Al-Ghazali danKonsepAl-Nor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 25. 8 Ahmad al-Syarbasi, Al-Ghazālī wa Tasawuf al-Islāmy. Darul Hilal, hlm. 124. 9 Maududi. A Short Historyof the Revivalist Movement In Islam, hlm. 58. 10 Ibid. 11 Ibid, hlm.59. 12 Ibid,hlm.59-60. 13 Ibid, hlm.60. 14 Ibid, hlm.60. 15 Ibid. hlm. 163. 16 Lihat juga dalam Ahmad al-Syarbasi, Al-Ghazāli wa Tasawuf al-Islāmī., op.cit., hlm. 128. 17 Adalah kurang adil untuk menyatakan al-Ghazālī lemah dalam ilmu hadis hanya dengan merujuk kepada kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn sahaja dengan tidakmenilai kitab-kitabbeliaudalam cabang ilmu lain seperti fiqh dan usul yang lebih menyentuh aspek hukum dan asas pembinaan hukum. Ini disebabkan sebahagian perbahasan dalam Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn adalah menyentuh aspek fadilat-fadilat amal dan ramai dari kalangan ‘ulamā’Islam menggunakan hadis-hadis seperti itu dalam perbahasan mereka mengenai aspek yang sama. Mengikut al-Hafīdz al-Irāqī bahawa banyak dari hadis al-Ghazāli dalam Ihyā’‘Ulūm al-Dīntidaklah sampai ketarafhadismaudhuk. Pengiktirafan al-Ghazālī tentang kekurangan beliau dalam hadis adalah sifat
  • 8. Jurnal Pengajian Umum Bil. 6 48 tawaduk beliau sebagai ahli tasawuf dan mengikut Ibnū Asakir bahawa kajian beliau dalam hadis di akhir hayatnya adalah mengenai manhaj al- Bukharī dan Muslim dalam pengumpulan hadis. Lihat Ahmad Zaki Haji Ibrahim, Al-Imam al-Ghazāli: Pengaruh Dan penglibatannya dengan Orang Lain, dalam Seminar al-Imam al-Ghazāli Dan Sumbangannya, pada 23-25September 1988, hlm. 105. 18 Nadwi, op.cit., hlm 164. 19 M.M.Sharif, 1994. SejarahIslamDari Segi Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, terjemahan oleh Khidmat Terjemah Nusantara, hlm.639. 20 Ibid.hlm. 639-640. 21 AboebakarAcheh, 1976. Sejarah Filsafat Islam, Kelantan, hlm. 175. Lihat juga Zaki Mubarak, 1924, op.cit, hlm. 420. 22 Ibid, hlm. 175. 23 Ibid, hlm. 177. 24 Shah Waliyullah, Hujjatul al-Bālighah, Jilid 1, hlm. 6. Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia salam@pkrisc.cc.ukm.my