SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
6
BAB 2
METODOLOGI
2.1 Pengenalan
Proses merancang kerja juga merupakan satu aspek yang amat penting dan
kritikal di dalam proses pemasangan elektrik dan sebagainya. Sesuatu kerja perlu
dirancang dengan teliti bagi mengelakkan berlakunya kelewatan, kerugian dan lain-lain
lagi. Bagi projek menaik taraf ini, kerja merentang dan menyambung kabel bawah tanah
diberi tempoh masa dua bulan untuk disiapkan dan seterusnya menjalankan pengujian.
Proses kerja dimulakan dengan lawatan pada tapak projek oleh pihak JKR dan
kontraktor dari Syarikat AHAM Engineering Services dengan merujuk kepada dokumen
cadangan perancangan projek yang disediakan. Setelah lawatan dibuat pihak kontraktor
akan menyediakan bahan dan perlalatan yang diperlukan dalam projek ini. Laluan kabel
bawah tanah dikenalpasti dengan berpandukan kepada pelan tapak yang telah
diluluskan. Pelan tapak ini disediakan oleh juruteknik elektrik, JKR Elektrik Pulau
Pinang. Seterusnya, proses kerja merentang kabel bawah tanah dijalankan mengikut
perancangan yang telah dibuat. Pemeriksaan dan pengujian dibuat setelah proses
merentang kabel selesai dan akhir sekali bekalan elektrik akan disalurkan pada bengkel
7
elektrik yang telah dinaiktaraf. Rajah 2.1 menunjukkan carta alir proses pemasangan
tersebut.
8
2.2 Carta Alir Proses Pemasangan
Lawatan Tapak Projek
Mula Kerja
Merentang Kabel
Penyeliaan Oleh
Pendawai
Pembaikan
Memberi Bekalan
Elektrik
Menyediakan
Bahan dan
Peralatan
Mengenalpasti
Laluan Kabel
Pemeriksaan
Dan Pengujian
TAMAT
MULA
9
Rajah 2.1 : Carta Alir Proses Pemasangan
2.3 Kabel Bawah Tanah
Kabel bawah tanah (Underground Cable) adalah satu daripada kaedah
penghantaran bekalan elektrik ke beban. Biasanya kabel bawah tanah mampu membawa
bekalan yang besar sehingga ratusan Kilovolt (kv). Bagi projek naik taraf di Kolej
Vokasional Balik Pulau adalah kerja merentang dan penyambungan kabel bawah tanah
dilakukan daripada keluaran MSB dari pencawang elektrik TNB ke sub papan suis ( SSB
) di bengkel elektrik kuasa sejauh 220 meter. Rajah 2.2 menujukkan pelan laluan kabel
bawah tanah.
10
Rajah 2.2 : Pelan Laluan Kabel Bawah Tanah dari Keluaran MSB PE TNB ke Sub
Papan Suis (SSB) di Bengkel Elektrik Kuasa
11
2.4 Statistik & Jadual Perbandingan
2.4.1 Mengira jumlah permintaan arus beban pengguna
Data–data sebelum dan selepas naiktaraf dijalankan dikumpul bagi
mendapatkan jumlah arus maksimum (TCL ) dan arus anggaran (MD) yang
bertujuan untuk menentukan saiz kabel yang perlu digunakan untuk
menampung keperluan kuasa yang bertambah. Rujuk Jadual 2.1 dan Jadual
2.2 bagi data sebelum naik taraf dilakukan manakala Jadual 2.3 dan Jadual 2.4
merupakan data yang diperolehi bagi keperluan bengkel yang dinaik taraf.
JADUAL 2.1: Peralatan dan aksesori yang digunakan di makmal sains sebelum
dinaiktaraf menjadi bengkel elektrik kuasa. ( sub papan suis lama 200A)
BIL BEBAN JUMLAH KESELURUHAN (UNIT)
1. LampuKalimantang40W 12
2. Kipas siling85W 10
3. Soket Alur Keluar 13A 15
4. Penghawa dingin 1.5 hp 1
JADUAL 2.2 : Pengiraan TCL dan MD keseluruhan di makmal sains sebelum
dinaiktaraf. ( Sub papan suis lama 200A)
BIL BEBAN JUMLAH JUMLAH (KW) TCL MD
1 LampuKalimantang
40W
12 480 W
= 480 x 1.8
240
= 3.6 A
3.6 X 0.66
= 2.38 A
2 Kipas siling85W
10 850 W
= 850
240 X 0.85
= 4.17 A
4.17 X 0.66
= 2.75 A
3 Soket Alur Keluar
13A
16 2 mata setiap satu litar jejari
dengan fius 20A
1 litar = 20A
12
Jumlah litar = 8
= 8 litar x 20A = 160A
Jumlah arus = 160A
7 litar selebihnya
= (160 -20)x75%
=105A
Jadi jumlah arus
=105 + 20 = 125A
4.
Penghawa dingin 1.5
hp
1 1119 W
= 1119W
√3 X 400 X 0.85
= 1.90 A
1.9 x 0.8 = 1.52A
JUMLAH = 169.67A = 131.65A
13
JADUAL 2.3: Peralatan dan aksesori yang digunakan di bengkel elektrik kuasa selepas
dinaiktaraf . ( Sub papan suis lama 400A)
BIL BEBAN JUMLAH KESELURUHAN (UNIT)
1. LampuKalimantang40W 50
2. Kipas siling85W 4
3. Kipas dinding50W 16
4. Soket Alur Keluar 13A 28
5. Penghawa dingin 2 hp 10
6. Menara isolator 31
JADUAL 2.4 : Pengiraan TCL dan MD keseluruhan bengkel elektrik kuasa selepas
dinaiktaraf . ( Sub papan suis lama 400A)
BIL BEBAN JUMLAH JUMLAH (KW) TCL MD
1 LampuKalimantang
40W
50 2000 W
= 2000 x 1.8
240
= 15 A
15A X 0.66
= 9.90 A
2 Kipas siling85W 4 340 W
= 340
240 X 0.85
= 1.67 A
1.67 X 0.66
= 1.10 A
3. Kipas dinding50W 16 800W
= 800
240 X 0.85
= 3.92 A
3.92 X 0.66
= 2.59 A
4
Soket Alur Keluar
13A
30
2 mata setiap satu litar jejari
dengan fius 20A
Jumlah litar = 15
= 15 litar x 20A= 300A
Jumlah arus = 300A
1 litar = 20A
7 litar selebihnya
= (300 -20)x75%
=210 A
Jadi jumlah arus
=210 + 20 = 230A
5. Penghawa dingin 2 hp 10 14920 W
= 14920W
√3 X 400 X 0.85
= 25.34 A
25.34 x 0.8=
20.36A
6. Menara Isolator 32A 31 NA
JUMLAH = 345.93A = 262.85A
14
15
2.5 Penentuan Saiz Kabel Bawah Tanah.
Pemilihan saiz kabel bawah tanah bergantung kepada saiz peranti kawalan
MCCB yang dipasang pada SSB di bengkel elektrik kuasa adalah berkadaran 400 A
TPN. Setelah saiz MCCB telah diputuskan melalui pengiraan faktor pelbagai, arus
maksimum yang diperolehi adalah sebanyak 262.85A maka penentuan saiz kabel bawah
tanah yang sesuai digunakan boleh dibuat. Bagi menentukan saiz kabel bawah tanah,
Jadual 2.5 ( Table 4E4A ) dibawah boleh dirujuk. Jadual 2.5 menunjukkan kapasiti
membawa arus bagi kabel PVC berperisai pelbagai teras. Kabel yang digunakan adalah
kabel bersaiz 4C 150 mm² XLPE/SWA/PVC 600/1000V.
Jadual 2.5: Saiz kabel dan kapasiti membawa arus
16
Kabel jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti penghalang kepada kerosakan
mekanikal, penghalang kepada kemasukan kelembapan dan penghalang daripada
ketegangan elektrikal. Selain itu, kerana kedudukan bengkel yang agak jauh serta laluan
kabel yang perlu melalui kawasan terbuka juga merupakan antara faktor yang
menyebabkan kabel ini sesuai digunakan bagi menghantar bekalan kepada SSB bengkel
elektrik kuasa yang dinaik taraf. Rajah 2.3 merupakan keratan rentas kabel bawah tanah
XLPE voltan rendah manakala Jadual 2.6 menunjukkan fungsi penebat kabel bawah
tanah XLPE.
Rajah 2.3 : Keratan rentas Kabel Bawah Tanah XLPE Voltan Rendah
Bil Jenis Fungsi
1. Salut Timahhitam
a) untuk menahanair daripada masuk ke dalam teras pengalir.
b) digunakan sebagai pengalir terus ke bumi.
Pvc Outer Sheath
Cooper Wire Screen
Plain AnnealedCopper
XLPE Insulation
PVC Inner Sheath 1(optinal)
Galvanised Steel Wire Armoured
17
Jadual 2.6: Fungsi Penebat Kabel Bawah Tanah XLPE
2.6 Memasang Kabel Bawah Tanah.
Pemasangan ini melibatkan kerja –kerja menanam kabel daripada keluaran MSB
pada pencawang elektrik TNB ke Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa,
Kolej Vokasional Balik Pulau. Kerja pemasangan kabel bawah tanah memerlukan
penelitian beberapa perkara agar tidak mengganggu laluan lain seperti PBA, JKR, TNB
dan Telekom.
Antara prosedur kerja yang dilaksanakan untuk merentang kabel bawah tanah
adalah seperti berikut:
2. Pita P.V.C a) untuk menahankakisan berlakupada timahhitam.
3.
Pita Hessian Berbitumin
Bahagian Dalam
a) kalis air (water proof)
b) untuk menahanberlakugeseran antara salut timah hitam
dan pita berperisaikeluli.
4. Pita berperisai keluli.
a) untuk memberi perlindungan mekanikal.
b) untuk memberi perlindungankimia.
c) menguatkankabel dan kemudahan membawa dan merentangkabel (cablehandling
and laying).
18
i. Perancangan Kerja
ii. Menggali parit laluan kabel
iii. Merentang dan menimbus kabel
iv. Membuat tamatan
v. Melakukan pengujian kabel
2.6.1 Menentukan laluan kabel
Semakan atau menentukan laluan kabel perlu dilakukan terlebih dahulu
berpandukan kepada pelan tapak yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
Rujuk Rajah 2.2 iaitu laluan kabel bawah tanah dari keluaran MSB pencawang elektrik
(PE) TNB ke Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa, Kolej Vokasional Balik
Pulau. Gambar 2.1 menunjukkan kaedah mengukur jarak peparit untuk laluan kabel.
19
Gambar 2.1 : Kaedah mengukur jarak peparit
untuk laluan kabel
2.6.2 Membuat peparitan laluan kabel
Setelah menentukan laluan kabel bawah tanah, kerja-kerja menggali peparit
kabel boleh dilakukan dengan menggunakan jengkaut (back hoe). Papan tanda amaran
atau tutup laluan dengan pita larang masuk perlu dipasang bertujuan supaya orang
yang tidak berkenaan tidak memasuki kawasan kerja. Ini adalah untuk mengelakkan
sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.
Bagi kawasan yang sempit kaedah manual akan digunapakai iaitu dengan
menggunakan cangkul dan penyodok . Tanah yang telah dikorek diletakkan disisi
lubang untuk diguna semula semasa proses menimbus peparit kabel. Jadual 2.7
menunjukkan saiz peparit kabel untuk kabel bawah tanah manakala Gambar 2.2
menunjukkan kerja amali semasa membuat peparitan laluan kabel di kawasan projek.
20
Jadual 2.7 : Saiz peparit kabel bawah tanah
JENIS KABEL
KAWASAN/
TEMPAT
KETINGGIAN
TANAM (MINIMA)
KELUASAN UNTUK LALUAN KABEL
1 KABEL 2 KABEL 3 KABEL
Kabel Voltan
Rendah
Atas tanah biasa 30 " 18 " 18 " 18 "
Jalan raya biasa 36 " atau 42 " 18 " 18 " 18 "
Melintasi jalan raya 36 " atau 42 " 24 " 24 " 27 "
Gambar 2.2 : Kerja membuat peparitan laluan kabel
2.6.3 Merentang dan menimbus kabel
Kabel boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan ke dalam paip atau
salur. Pemasangan kabel dalam paip atau salur biasanya digunakan apabila kabel itu
melintasi jalan raya, jalan keretapi, longkang atau saliran bermusim.
21
Setelah kerja-kerja mengorek peparit kabel selesai dilakukan, kerja merentang
kabel boleh dilaksanakan. Walaubagaimanapun, sebelum kabel direntang peparit kabel
selebar 450mm mestilah bersih daripada sebarang benda tajam atau bendasing yang
boleh merosakkan kabel. Seterusnya, pasir sungai dimasukkan ke dalam peparit setebal
75mm diratakan dan dimampatkan. Ia bertujuan sebagai pelapik atau kusyen bagi kabel
bawah tanah.
Gambar 2.3 : Kaedah merentang kabel
Setelah itu, kerja-kerja merentang kabel boleh dilakukan. Kabel diletakkan di
bahagian tengah peparit dalam keadaan lurus dengan menggunakan roller bagi tujuan
memudahkan kerja merentang kabel dan memastikan kabel tidak calar serta rosak, rujuk
Gambar 2.3. Setelah kabel selesai direntang, ia perlu ditimbus dengan pasir sungai
setebal 75 mm diratakan dan dimampatkan. Batu bata disusun secara menegak
sepanjang laluan kabel, rujuk Gambar 2.4. Akhir sekali, lubang peparit ditimbus dengan
tanah. Kaedah menanam kabel bawah tanah juga dapat diterangkan dengan lebih
terperinci melalui lukisan pada Rajah 2.4.
22
Gambar 2.4 : Proses susunan bata sepanjang laluan kabel dan menimbus
lubang peparit dengan tanah
Tanah
Pasir 75 mm
Pasir 75 mm
Kabel
Batu bata
Aras Tanah
450 mm
900 mm
Rajah 2.4 : Kaedah menanam kabel bawah tanah
23
Sebelum parit ditimbus sepenuhnya, laluan kabel perlu ditanda. Penanda
kabel dimasukkan ke dalam parit iaitu pada pangkal dan hujung kabel (jika laluan kabel
lurus). Penanda kabel hendaklan timbul di atas permukaan tanah bagi memudahkan
proses pengecaman laluan kabel dilakukan. Setelah itu parit laluan kabel tersebut
ditutup sepenuhnya sama dengan permukaan tanah. Gambar 2.5 menunjukkan penanda
kabel bawah tanah voltan rendah (cable route marker).
Gambar 2.5 : Batu penandaan kabel bawah tanah voltan rendah
2.6.4 Tamatan Kabel.
Proses tamatan perlu dibuat pada Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik
kuasa setelah kerja- kerja pemasangan kabel bawah tanah siap dilakukan. Untuk
membuat tamatan, hujung setiap kabel dipasang dengan ‘cable lug’. Cable lug dipasang
bertujuan untuk memudahkan proses tapping pada busbar di SSB, rujuk Gambar 2.6.
Tamatan ini dilakukan sebelum bekalan elektrik diberikan. Gambar 2.7 merupakan
laluan kabel sebelum tapping ke SSB bengkel elektrik kuasa manakala Rajah 2.5
menunjukkan litar skematik tapping dari keluaran MSB ke SSB bengkel elektrik.
24
Gambar 2.6 : Pemasangan Cable Lug
Gambar 2.7 : Laluan kabel ke masukan SSB dan kedudukan SSB
di Bengkel Elektrik Kuasa
25
Rajah 2.5 : Litar Skematik Tapping dari keluaran MSB ke SSB bengkel
Elektrik Kuasa
Selain dari pemasangan cable lug, pemasangan cable gland juga perlu dibuat.
Ia bertindak sebagai menahan tegangan pada tamatan. Di mana cable gland dipasang
pada badan SSB. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pengalir pelindung ke bumi. Rujuk
Gambar 2.8 dimana pemasangan cable gland dipasang pada kabel.
26
Gambar 2.8 : Pemasangan cable gland
2.6.5 Pengujian Kabel
Kerja pengujian bagi kabel bawah tanah perlu dilakukan bagi menentukan
kabel tersebut boleh dipasang dan digunakan dengan selamat. Ujian-ujian tersebut
termasuklah ujian rintangan penebatan dan ujian keterusan pada kabel. Oleh kerana
kabel bawah tanah yang dipasang telah mempunyai kod warna maka ujian mengenal
fasa bolehlah diabaikan. Ujian rintangan penebatan perlu dijalankan pada kabel bawah
tanah ini bagi menentukan penebatan kabel berada didalam keadaan baik. Bacaannya
tidak kurang 100 MΩ diantara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.
27
2.6.5.1 Ujian Rintangan Penebatan
Pengujian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui kabel dalam
keadaan baik dan tidak berlaku kebocoran penebat antara fasa dengan fasa dan fasa
dengan bumi. Ujian ini dilakukan sebelum kabel disambung ke tamatannya. Sebelum
pengujian dibuat perlu dipastikan keadaan meter Insulation Tester berada dalam
keadaan baik dari segi bateri dan juga kuar (probe) penguji. Meter pengujian dilaras
pada 1000 volt bagi pengujian 3 fasa. Kaedah pengujian penebatan dapat digambarkan
pada Rajah 2.6 (a) dan (b).
(a)
(b)
Rajah 2.6 : (a) Ujian Penebatan Fasa dengan Fasa
(b) Ujian Penebatan Fasa dengan Bumi
R
Y
B
N
Disambungkan ke armour
kabel atau grounding
R
Y
B
N
28
2.6.5.2 Ujian Keterusan
Pengujian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kabel fasa ke fasa dengan
menggunakan meter yang sama iaitu meter digital insulation & continuty tester.
Sebelum ujian keterusan ini dijalankan, satu hujung kabel perlu dipintaskan (short
circuit) bersama-sama seperti yang digambarkan pada Rajah 2.7.
Rajah 2.7: Ujian Keterusan
2.7 Analisa Kos Projek
Kos bagi kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah ini hanya mengambil kira
kos pada item yang digunakan. Jadual 2.8 menunjukkan kos projek bagi pemasangan
kabel bawah tanah.
Jadual 2.8 : Kos Projek Pemasangan Kabel Bawah Tanah
Bil Bahan /kerja yang dilakukan Quantiti
Harga
( RM )
Jumlah
( RM )
R
Y
B
N
pintaskan
29
1. Pemasangan Kabel Bawah Tanah
Membekal, memasang, menyambung,
memateri penghujung kabel, menggali
peparit, menabur pasir, menyusun batu-
bata/penutup kabel perlindungan uPVC
(uPVC cable protective covers)
mengambus, memantak, merentang tali
nylon 6mm g.p. dan memampatkan selaras
dengan peraturan standard JKR termasuk
harga tenaga kerja dan bahan.
a) Kabel Bawah Tanah bersaiz
4C 150mm² XLPE/ SWA/ PVC
(Daripada keluaran MSB ke SSB
Di Bengkel Elektrik Kuasa sejauh 220
meter)
220
meter
220.50
semeter
RM 48 510.00
Jumlah RM 48, 510.00
30
2.8 Carta Gantt
Kerja – kerja yang telah dijalankan boleh dirujuk berdasarkan Jadual 2.9 iaitu perancangan kerja keseluruhan projek naik taraf bengkel
elektrik kuasa manakala perancangan kerja yang berfokus kepada merentang kabel bawah tanah bermula daripada aktiviti 1-7.
Jadual 2.9 : Carta Gantt kerja keseluruhan projek naik taraf Bengkel Elektrik Kuasa
Bil Aktiviti
MAC 2012 APRIL 2012 MEI 2012 JUN 2012 JULAI 2012 OGOS 2012
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1 Lawatan TapakBinaan
2 Menyediakanpelan Pemasangan dan
spesifikasi kelengkapan
3 Persediaan Alatandan bahan projek
4
Menggali perparitan laluan Kabel
bawah tanah
5
Merentangdan menanamkabel
bawah tanah
31
6
Melakukan kerja-kerja tamatankabel
pada keluaran MSB dan SSB
7
Memeriksa dan menguji kabel bawah
tanah
8 Melakukan kerja-kerja pendawaian dan
pemasangan SSB
9 Pemeriksan dan pengujian
10 Penyelenggaraandan Pembaikan
11 Penerimaandan serahan

More Related Content

What's hot

Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrikapplied
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCEAkilan36
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranUTHM
 
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)Nurul Husna
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraSyed Nazmi Syed Omar
 
Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenancemuhdhazim404
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfMohd Shahril
 
Slideshow lukisan elektrik
Slideshow lukisan elektrikSlideshow lukisan elektrik
Slideshow lukisan elektrikwanaliff
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE Akilan36
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALAridsuria2002
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya ElektrikAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya ElektrikNorrazman Zaiha Zainol
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Ezuan Atok
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftpnnazz
 
Tiang tiang elektrik dan substation malaysia
Tiang  tiang elektrik dan substation malaysiaTiang  tiang elektrik dan substation malaysia
Tiang tiang elektrik dan substation malaysiaShahrom Halmie
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Akilan36
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAAridsuria2002
 
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKAKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKChe'gu Jijan
 

What's hot (20)

Keselamatan elektrik
Keselamatan elektrikKeselamatan elektrik
Keselamatan elektrik
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaran
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)
Fire alarm system (sistem penggera kebakaran)
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
 
Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenance
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
 
Slideshow lukisan elektrik
Slideshow lukisan elektrikSlideshow lukisan elektrik
Slideshow lukisan elektrik
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
Pengalir Dan Kabel
Pengalir Dan KabelPengalir Dan Kabel
Pengalir Dan Kabel
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
 
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya ElektrikAsas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
Asas Keselamatan dalam Kerja Elektrik: Modul 3 - Bahaya Elektrik
 
Buku papan suis utama
Buku papan suis utama Buku papan suis utama
Buku papan suis utama
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan lift
 
Tiang tiang elektrik dan substation malaysia
Tiang  tiang elektrik dan substation malaysiaTiang  tiang elektrik dan substation malaysia
Tiang tiang elektrik dan substation malaysia
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASA
 
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKAKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 

Similar to Bab 2 metodologi kajian yus

Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrikydry rdya
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasaKEN KEN
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCEAkilan36
 
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdf
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdfPiawai_Rekabentuk_Pencawang.pdf
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdfkhairulsalleh10
 
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...bekem2029
 
Pengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaPengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaZakiSmktl
 
kabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikkabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikAry HuzAirie
 
Network Cabling Management.pptx
Network Cabling Management.pptxNetwork Cabling Management.pptx
Network Cabling Management.pptxJAI_KUNTUM
 
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate0102 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01Nor Idayu
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3NOR ILYANI
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Ezuan Atok
 

Similar to Bab 2 metodologi kajian yus (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
Pendawaian elektrik
Pendawaian elektrikPendawaian elektrik
Pendawaian elektrik
 
Bekalan kuasa
Bekalan kuasaBekalan kuasa
Bekalan kuasa
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
 
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdf
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdfPiawai_Rekabentuk_Pencawang.pdf
Piawai_Rekabentuk_Pencawang.pdf
 
Kawalan utama
Kawalan utamaKawalan utama
Kawalan utama
 
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...
Berdasarkan penyataan yang di berikan di bawah tandakan jawapan pilihan anda ...
 
Pengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 FasaPengenalan lukisan 3 Fasa
Pengenalan lukisan 3 Fasa
 
kabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikkabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrik
 
Network Cabling Management.pptx
Network Cabling Management.pptxNetwork Cabling Management.pptx
Network Cabling Management.pptx
 
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate0102 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
 
Laporan elektrik
Laporan elektrikLaporan elektrik
Laporan elektrik
 
Bekalan elekrik
Bekalan elekrikBekalan elekrik
Bekalan elekrik
 
Kit Selia Elektrik Versi 2
Kit Selia Elektrik Versi 2Kit Selia Elektrik Versi 2
Kit Selia Elektrik Versi 2
 
Maintopik2
Maintopik2Maintopik2
Maintopik2
 
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
Bab 6 keelektrikan & kemagnetan kssm f3
 
As 1
As 1As 1
As 1
 
Alat kawalan turutan
Alat kawalan turutanAlat kawalan turutan
Alat kawalan turutan
 
Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)Papan suis utama (psu)
Papan suis utama (psu)
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 

Recently uploaded (12)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 

Bab 2 metodologi kajian yus

  • 1. 6 BAB 2 METODOLOGI 2.1 Pengenalan Proses merancang kerja juga merupakan satu aspek yang amat penting dan kritikal di dalam proses pemasangan elektrik dan sebagainya. Sesuatu kerja perlu dirancang dengan teliti bagi mengelakkan berlakunya kelewatan, kerugian dan lain-lain lagi. Bagi projek menaik taraf ini, kerja merentang dan menyambung kabel bawah tanah diberi tempoh masa dua bulan untuk disiapkan dan seterusnya menjalankan pengujian. Proses kerja dimulakan dengan lawatan pada tapak projek oleh pihak JKR dan kontraktor dari Syarikat AHAM Engineering Services dengan merujuk kepada dokumen cadangan perancangan projek yang disediakan. Setelah lawatan dibuat pihak kontraktor akan menyediakan bahan dan perlalatan yang diperlukan dalam projek ini. Laluan kabel bawah tanah dikenalpasti dengan berpandukan kepada pelan tapak yang telah diluluskan. Pelan tapak ini disediakan oleh juruteknik elektrik, JKR Elektrik Pulau Pinang. Seterusnya, proses kerja merentang kabel bawah tanah dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Pemeriksaan dan pengujian dibuat setelah proses merentang kabel selesai dan akhir sekali bekalan elektrik akan disalurkan pada bengkel
  • 2. 7 elektrik yang telah dinaiktaraf. Rajah 2.1 menunjukkan carta alir proses pemasangan tersebut.
  • 3. 8 2.2 Carta Alir Proses Pemasangan Lawatan Tapak Projek Mula Kerja Merentang Kabel Penyeliaan Oleh Pendawai Pembaikan Memberi Bekalan Elektrik Menyediakan Bahan dan Peralatan Mengenalpasti Laluan Kabel Pemeriksaan Dan Pengujian TAMAT MULA
  • 4. 9 Rajah 2.1 : Carta Alir Proses Pemasangan 2.3 Kabel Bawah Tanah Kabel bawah tanah (Underground Cable) adalah satu daripada kaedah penghantaran bekalan elektrik ke beban. Biasanya kabel bawah tanah mampu membawa bekalan yang besar sehingga ratusan Kilovolt (kv). Bagi projek naik taraf di Kolej Vokasional Balik Pulau adalah kerja merentang dan penyambungan kabel bawah tanah dilakukan daripada keluaran MSB dari pencawang elektrik TNB ke sub papan suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa sejauh 220 meter. Rajah 2.2 menujukkan pelan laluan kabel bawah tanah.
  • 5. 10 Rajah 2.2 : Pelan Laluan Kabel Bawah Tanah dari Keluaran MSB PE TNB ke Sub Papan Suis (SSB) di Bengkel Elektrik Kuasa
  • 6. 11 2.4 Statistik & Jadual Perbandingan 2.4.1 Mengira jumlah permintaan arus beban pengguna Data–data sebelum dan selepas naiktaraf dijalankan dikumpul bagi mendapatkan jumlah arus maksimum (TCL ) dan arus anggaran (MD) yang bertujuan untuk menentukan saiz kabel yang perlu digunakan untuk menampung keperluan kuasa yang bertambah. Rujuk Jadual 2.1 dan Jadual 2.2 bagi data sebelum naik taraf dilakukan manakala Jadual 2.3 dan Jadual 2.4 merupakan data yang diperolehi bagi keperluan bengkel yang dinaik taraf. JADUAL 2.1: Peralatan dan aksesori yang digunakan di makmal sains sebelum dinaiktaraf menjadi bengkel elektrik kuasa. ( sub papan suis lama 200A) BIL BEBAN JUMLAH KESELURUHAN (UNIT) 1. LampuKalimantang40W 12 2. Kipas siling85W 10 3. Soket Alur Keluar 13A 15 4. Penghawa dingin 1.5 hp 1 JADUAL 2.2 : Pengiraan TCL dan MD keseluruhan di makmal sains sebelum dinaiktaraf. ( Sub papan suis lama 200A) BIL BEBAN JUMLAH JUMLAH (KW) TCL MD 1 LampuKalimantang 40W 12 480 W = 480 x 1.8 240 = 3.6 A 3.6 X 0.66 = 2.38 A 2 Kipas siling85W 10 850 W = 850 240 X 0.85 = 4.17 A 4.17 X 0.66 = 2.75 A 3 Soket Alur Keluar 13A 16 2 mata setiap satu litar jejari dengan fius 20A 1 litar = 20A
  • 7. 12 Jumlah litar = 8 = 8 litar x 20A = 160A Jumlah arus = 160A 7 litar selebihnya = (160 -20)x75% =105A Jadi jumlah arus =105 + 20 = 125A 4. Penghawa dingin 1.5 hp 1 1119 W = 1119W √3 X 400 X 0.85 = 1.90 A 1.9 x 0.8 = 1.52A JUMLAH = 169.67A = 131.65A
  • 8. 13 JADUAL 2.3: Peralatan dan aksesori yang digunakan di bengkel elektrik kuasa selepas dinaiktaraf . ( Sub papan suis lama 400A) BIL BEBAN JUMLAH KESELURUHAN (UNIT) 1. LampuKalimantang40W 50 2. Kipas siling85W 4 3. Kipas dinding50W 16 4. Soket Alur Keluar 13A 28 5. Penghawa dingin 2 hp 10 6. Menara isolator 31 JADUAL 2.4 : Pengiraan TCL dan MD keseluruhan bengkel elektrik kuasa selepas dinaiktaraf . ( Sub papan suis lama 400A) BIL BEBAN JUMLAH JUMLAH (KW) TCL MD 1 LampuKalimantang 40W 50 2000 W = 2000 x 1.8 240 = 15 A 15A X 0.66 = 9.90 A 2 Kipas siling85W 4 340 W = 340 240 X 0.85 = 1.67 A 1.67 X 0.66 = 1.10 A 3. Kipas dinding50W 16 800W = 800 240 X 0.85 = 3.92 A 3.92 X 0.66 = 2.59 A 4 Soket Alur Keluar 13A 30 2 mata setiap satu litar jejari dengan fius 20A Jumlah litar = 15 = 15 litar x 20A= 300A Jumlah arus = 300A 1 litar = 20A 7 litar selebihnya = (300 -20)x75% =210 A Jadi jumlah arus =210 + 20 = 230A 5. Penghawa dingin 2 hp 10 14920 W = 14920W √3 X 400 X 0.85 = 25.34 A 25.34 x 0.8= 20.36A 6. Menara Isolator 32A 31 NA JUMLAH = 345.93A = 262.85A
  • 9. 14
  • 10. 15 2.5 Penentuan Saiz Kabel Bawah Tanah. Pemilihan saiz kabel bawah tanah bergantung kepada saiz peranti kawalan MCCB yang dipasang pada SSB di bengkel elektrik kuasa adalah berkadaran 400 A TPN. Setelah saiz MCCB telah diputuskan melalui pengiraan faktor pelbagai, arus maksimum yang diperolehi adalah sebanyak 262.85A maka penentuan saiz kabel bawah tanah yang sesuai digunakan boleh dibuat. Bagi menentukan saiz kabel bawah tanah, Jadual 2.5 ( Table 4E4A ) dibawah boleh dirujuk. Jadual 2.5 menunjukkan kapasiti membawa arus bagi kabel PVC berperisai pelbagai teras. Kabel yang digunakan adalah kabel bersaiz 4C 150 mm² XLPE/SWA/PVC 600/1000V. Jadual 2.5: Saiz kabel dan kapasiti membawa arus
  • 11. 16 Kabel jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti penghalang kepada kerosakan mekanikal, penghalang kepada kemasukan kelembapan dan penghalang daripada ketegangan elektrikal. Selain itu, kerana kedudukan bengkel yang agak jauh serta laluan kabel yang perlu melalui kawasan terbuka juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kabel ini sesuai digunakan bagi menghantar bekalan kepada SSB bengkel elektrik kuasa yang dinaik taraf. Rajah 2.3 merupakan keratan rentas kabel bawah tanah XLPE voltan rendah manakala Jadual 2.6 menunjukkan fungsi penebat kabel bawah tanah XLPE. Rajah 2.3 : Keratan rentas Kabel Bawah Tanah XLPE Voltan Rendah Bil Jenis Fungsi 1. Salut Timahhitam a) untuk menahanair daripada masuk ke dalam teras pengalir. b) digunakan sebagai pengalir terus ke bumi. Pvc Outer Sheath Cooper Wire Screen Plain AnnealedCopper XLPE Insulation PVC Inner Sheath 1(optinal) Galvanised Steel Wire Armoured
  • 12. 17 Jadual 2.6: Fungsi Penebat Kabel Bawah Tanah XLPE 2.6 Memasang Kabel Bawah Tanah. Pemasangan ini melibatkan kerja –kerja menanam kabel daripada keluaran MSB pada pencawang elektrik TNB ke Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa, Kolej Vokasional Balik Pulau. Kerja pemasangan kabel bawah tanah memerlukan penelitian beberapa perkara agar tidak mengganggu laluan lain seperti PBA, JKR, TNB dan Telekom. Antara prosedur kerja yang dilaksanakan untuk merentang kabel bawah tanah adalah seperti berikut: 2. Pita P.V.C a) untuk menahankakisan berlakupada timahhitam. 3. Pita Hessian Berbitumin Bahagian Dalam a) kalis air (water proof) b) untuk menahanberlakugeseran antara salut timah hitam dan pita berperisaikeluli. 4. Pita berperisai keluli. a) untuk memberi perlindungan mekanikal. b) untuk memberi perlindungankimia. c) menguatkankabel dan kemudahan membawa dan merentangkabel (cablehandling and laying).
  • 13. 18 i. Perancangan Kerja ii. Menggali parit laluan kabel iii. Merentang dan menimbus kabel iv. Membuat tamatan v. Melakukan pengujian kabel 2.6.1 Menentukan laluan kabel Semakan atau menentukan laluan kabel perlu dilakukan terlebih dahulu berpandukan kepada pelan tapak yang telah diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Rujuk Rajah 2.2 iaitu laluan kabel bawah tanah dari keluaran MSB pencawang elektrik (PE) TNB ke Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa, Kolej Vokasional Balik Pulau. Gambar 2.1 menunjukkan kaedah mengukur jarak peparit untuk laluan kabel.
  • 14. 19 Gambar 2.1 : Kaedah mengukur jarak peparit untuk laluan kabel 2.6.2 Membuat peparitan laluan kabel Setelah menentukan laluan kabel bawah tanah, kerja-kerja menggali peparit kabel boleh dilakukan dengan menggunakan jengkaut (back hoe). Papan tanda amaran atau tutup laluan dengan pita larang masuk perlu dipasang bertujuan supaya orang yang tidak berkenaan tidak memasuki kawasan kerja. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku. Bagi kawasan yang sempit kaedah manual akan digunapakai iaitu dengan menggunakan cangkul dan penyodok . Tanah yang telah dikorek diletakkan disisi lubang untuk diguna semula semasa proses menimbus peparit kabel. Jadual 2.7 menunjukkan saiz peparit kabel untuk kabel bawah tanah manakala Gambar 2.2 menunjukkan kerja amali semasa membuat peparitan laluan kabel di kawasan projek.
  • 15. 20 Jadual 2.7 : Saiz peparit kabel bawah tanah JENIS KABEL KAWASAN/ TEMPAT KETINGGIAN TANAM (MINIMA) KELUASAN UNTUK LALUAN KABEL 1 KABEL 2 KABEL 3 KABEL Kabel Voltan Rendah Atas tanah biasa 30 " 18 " 18 " 18 " Jalan raya biasa 36 " atau 42 " 18 " 18 " 18 " Melintasi jalan raya 36 " atau 42 " 24 " 24 " 27 " Gambar 2.2 : Kerja membuat peparitan laluan kabel 2.6.3 Merentang dan menimbus kabel Kabel boleh ditanam terus dalam tanah atau dimasukkan ke dalam paip atau salur. Pemasangan kabel dalam paip atau salur biasanya digunakan apabila kabel itu melintasi jalan raya, jalan keretapi, longkang atau saliran bermusim.
  • 16. 21 Setelah kerja-kerja mengorek peparit kabel selesai dilakukan, kerja merentang kabel boleh dilaksanakan. Walaubagaimanapun, sebelum kabel direntang peparit kabel selebar 450mm mestilah bersih daripada sebarang benda tajam atau bendasing yang boleh merosakkan kabel. Seterusnya, pasir sungai dimasukkan ke dalam peparit setebal 75mm diratakan dan dimampatkan. Ia bertujuan sebagai pelapik atau kusyen bagi kabel bawah tanah. Gambar 2.3 : Kaedah merentang kabel Setelah itu, kerja-kerja merentang kabel boleh dilakukan. Kabel diletakkan di bahagian tengah peparit dalam keadaan lurus dengan menggunakan roller bagi tujuan memudahkan kerja merentang kabel dan memastikan kabel tidak calar serta rosak, rujuk Gambar 2.3. Setelah kabel selesai direntang, ia perlu ditimbus dengan pasir sungai setebal 75 mm diratakan dan dimampatkan. Batu bata disusun secara menegak sepanjang laluan kabel, rujuk Gambar 2.4. Akhir sekali, lubang peparit ditimbus dengan tanah. Kaedah menanam kabel bawah tanah juga dapat diterangkan dengan lebih terperinci melalui lukisan pada Rajah 2.4.
  • 17. 22 Gambar 2.4 : Proses susunan bata sepanjang laluan kabel dan menimbus lubang peparit dengan tanah Tanah Pasir 75 mm Pasir 75 mm Kabel Batu bata Aras Tanah 450 mm 900 mm Rajah 2.4 : Kaedah menanam kabel bawah tanah
  • 18. 23 Sebelum parit ditimbus sepenuhnya, laluan kabel perlu ditanda. Penanda kabel dimasukkan ke dalam parit iaitu pada pangkal dan hujung kabel (jika laluan kabel lurus). Penanda kabel hendaklan timbul di atas permukaan tanah bagi memudahkan proses pengecaman laluan kabel dilakukan. Setelah itu parit laluan kabel tersebut ditutup sepenuhnya sama dengan permukaan tanah. Gambar 2.5 menunjukkan penanda kabel bawah tanah voltan rendah (cable route marker). Gambar 2.5 : Batu penandaan kabel bawah tanah voltan rendah 2.6.4 Tamatan Kabel. Proses tamatan perlu dibuat pada Sub Papan Suis ( SSB ) di bengkel elektrik kuasa setelah kerja- kerja pemasangan kabel bawah tanah siap dilakukan. Untuk membuat tamatan, hujung setiap kabel dipasang dengan ‘cable lug’. Cable lug dipasang bertujuan untuk memudahkan proses tapping pada busbar di SSB, rujuk Gambar 2.6. Tamatan ini dilakukan sebelum bekalan elektrik diberikan. Gambar 2.7 merupakan laluan kabel sebelum tapping ke SSB bengkel elektrik kuasa manakala Rajah 2.5 menunjukkan litar skematik tapping dari keluaran MSB ke SSB bengkel elektrik.
  • 19. 24 Gambar 2.6 : Pemasangan Cable Lug Gambar 2.7 : Laluan kabel ke masukan SSB dan kedudukan SSB di Bengkel Elektrik Kuasa
  • 20. 25 Rajah 2.5 : Litar Skematik Tapping dari keluaran MSB ke SSB bengkel Elektrik Kuasa Selain dari pemasangan cable lug, pemasangan cable gland juga perlu dibuat. Ia bertindak sebagai menahan tegangan pada tamatan. Di mana cable gland dipasang pada badan SSB. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pengalir pelindung ke bumi. Rujuk Gambar 2.8 dimana pemasangan cable gland dipasang pada kabel.
  • 21. 26 Gambar 2.8 : Pemasangan cable gland 2.6.5 Pengujian Kabel Kerja pengujian bagi kabel bawah tanah perlu dilakukan bagi menentukan kabel tersebut boleh dipasang dan digunakan dengan selamat. Ujian-ujian tersebut termasuklah ujian rintangan penebatan dan ujian keterusan pada kabel. Oleh kerana kabel bawah tanah yang dipasang telah mempunyai kod warna maka ujian mengenal fasa bolehlah diabaikan. Ujian rintangan penebatan perlu dijalankan pada kabel bawah tanah ini bagi menentukan penebatan kabel berada didalam keadaan baik. Bacaannya tidak kurang 100 MΩ diantara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.
  • 22. 27 2.6.5.1 Ujian Rintangan Penebatan Pengujian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui kabel dalam keadaan baik dan tidak berlaku kebocoran penebat antara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi. Ujian ini dilakukan sebelum kabel disambung ke tamatannya. Sebelum pengujian dibuat perlu dipastikan keadaan meter Insulation Tester berada dalam keadaan baik dari segi bateri dan juga kuar (probe) penguji. Meter pengujian dilaras pada 1000 volt bagi pengujian 3 fasa. Kaedah pengujian penebatan dapat digambarkan pada Rajah 2.6 (a) dan (b). (a) (b) Rajah 2.6 : (a) Ujian Penebatan Fasa dengan Fasa (b) Ujian Penebatan Fasa dengan Bumi R Y B N Disambungkan ke armour kabel atau grounding R Y B N
  • 23. 28 2.6.5.2 Ujian Keterusan Pengujian ini dijalankan bertujuan untuk menguji kabel fasa ke fasa dengan menggunakan meter yang sama iaitu meter digital insulation & continuty tester. Sebelum ujian keterusan ini dijalankan, satu hujung kabel perlu dipintaskan (short circuit) bersama-sama seperti yang digambarkan pada Rajah 2.7. Rajah 2.7: Ujian Keterusan 2.7 Analisa Kos Projek Kos bagi kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah ini hanya mengambil kira kos pada item yang digunakan. Jadual 2.8 menunjukkan kos projek bagi pemasangan kabel bawah tanah. Jadual 2.8 : Kos Projek Pemasangan Kabel Bawah Tanah Bil Bahan /kerja yang dilakukan Quantiti Harga ( RM ) Jumlah ( RM ) R Y B N pintaskan
  • 24. 29 1. Pemasangan Kabel Bawah Tanah Membekal, memasang, menyambung, memateri penghujung kabel, menggali peparit, menabur pasir, menyusun batu- bata/penutup kabel perlindungan uPVC (uPVC cable protective covers) mengambus, memantak, merentang tali nylon 6mm g.p. dan memampatkan selaras dengan peraturan standard JKR termasuk harga tenaga kerja dan bahan. a) Kabel Bawah Tanah bersaiz 4C 150mm² XLPE/ SWA/ PVC (Daripada keluaran MSB ke SSB Di Bengkel Elektrik Kuasa sejauh 220 meter) 220 meter 220.50 semeter RM 48 510.00 Jumlah RM 48, 510.00
  • 25. 30 2.8 Carta Gantt Kerja – kerja yang telah dijalankan boleh dirujuk berdasarkan Jadual 2.9 iaitu perancangan kerja keseluruhan projek naik taraf bengkel elektrik kuasa manakala perancangan kerja yang berfokus kepada merentang kabel bawah tanah bermula daripada aktiviti 1-7. Jadual 2.9 : Carta Gantt kerja keseluruhan projek naik taraf Bengkel Elektrik Kuasa Bil Aktiviti MAC 2012 APRIL 2012 MEI 2012 JUN 2012 JULAI 2012 OGOS 2012 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 1 Lawatan TapakBinaan 2 Menyediakanpelan Pemasangan dan spesifikasi kelengkapan 3 Persediaan Alatandan bahan projek 4 Menggali perparitan laluan Kabel bawah tanah 5 Merentangdan menanamkabel bawah tanah
  • 26. 31 6 Melakukan kerja-kerja tamatankabel pada keluaran MSB dan SSB 7 Memeriksa dan menguji kabel bawah tanah 8 Melakukan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan SSB 9 Pemeriksan dan pengujian 10 Penyelenggaraandan Pembaikan 11 Penerimaandan serahan