SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1
Syariat Islam DiPerkasa Negara Maju Jaya
‫عليكم‬ ‫السالم‬
َ‫ل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫الد‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ه‬َ‫ر‬ِ‫ه‬ْ‫ظ‬ُ‫ي‬ِ‫ل‬ ِ‫ق‬َ‫ح‬‫ال‬ ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫د‬ َ‫و‬ ‫ى‬َ‫د‬ُ‫ه‬‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ل‬َ‫س‬ ْ‫ر‬َ‫أ‬ ْ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ال‬ ِ‫هلل‬ ُ‫د‬ْ‫م‬َ‫ح‬‫ال‬َ‫ه‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ ْ‫و‬
‫َا‬‫ن‬َ‫د‬ِ‫ي‬َ‫س‬ َّ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ُ‫هللا‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ه‬‫ل‬ِ‫إ‬‫ال‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ك‬ ِ‫ر‬ْ‫ش‬ُ‫م‬‫ال‬َّ‫م‬ُ‫ه‬‫الل‬ ُ‫ه‬ُ‫ل‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ ‫ًا‬‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُ‫م‬
ٍ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ح‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ع‬ِ‫ب‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫ص‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫آ‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ٍ‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُ‫م‬ ‫َا‬‫ن‬ِ‫د‬ِ‫ي‬َ‫س‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ ْ‫ك‬ ِ‫ار‬َ‫ب‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ل‬َ‫ص‬‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬
ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬…ُ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ا‬َّ‫م‬َ‫أ‬..…‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ق‬ُ‫ت‬ َّ‫ق‬َ‫ح‬ َ‫هللا‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬‫ا‬ ! ِ‫هللا‬ َ‫د‬‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬َّ‫ن‬ُ‫ت‬ ْْ ُ‫و‬َ‫م‬‫ت‬ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ‫ال‬ِ‫إ‬
َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekaliankamu kepada Allah
dengan sebenar-benartaqwa. Dan Janganlahkamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar
kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.
Sidang Jumaatyang dihormati sekalian
Firman Allah dalamayat 105 surah an-Nisa’:
َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬ َ‫نز‬َ‫أ‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ۚ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫اك‬ َ‫ر‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ َ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬ِ‫ل‬ ِ‫ق‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫اب‬َ‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫ْك‬‫ي‬‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ َ‫ال‬
﴿ ‫ا‬ً‫م‬‫ي‬ ِ‫ص‬َ‫خ‬ َ‫ين‬ِ‫ن‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ل‬ِ‫ل‬٥٠١﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya
engkau menghukum di antara manusia menurutapa yang Allah telah
tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlahengkau
menjadi pembela bagi orang-orangyang khianat.
2
Islam adalah suatu agama yang lengkap dalammengatur seluruh
kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah
untuk kemaslahatan dan kesejahteraanmanusia. Sebagai hamba Allah
SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukumini bukan untuk
memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya
untuk menjamin kebahagiaan hidupdi dunia dan juga di akhirat. Jika kita
memerhatikan kejadian alamini, semuanya dicipta untuk kemudahan
dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakamsyariah di
mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah
SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentangmaslahah
(kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya.
Begitu juga ayat-ayatyang menyentuh tentang larangan biasanyaia
akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang
akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam
persoalan puasa antara matlamat daripada pensyariatannyaadalah
supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan penderhakaan
terhadapAllah SWT dalam kehidupan disampingbaik untuk kesihatan.
Begitu juga hukum hudud seperti kerat tangan bagi kesalahan mencuri
bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh.
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 58 surah an-Nisa’:
ِ‫إ‬ َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫أ‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫َات‬‫ن‬‫ا‬َ‫م‬َ ْ‫اْل‬ ‫ُّوا‬‫د‬َ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬‫ن‬َ‫أ‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬
‫ي‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ ‫ا‬ً‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َ‫س‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۗ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ع‬ِ‫ن‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ِ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬﴿‫ا‬ً‫ر‬١٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya (yangberhak menerimanya), dan
apabila kamu menjalankan hukumdi antara manusia, (Allah menyuruh)
kamu menghukumdengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yangsebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
3
Islam begitu menitikberatkan keadilan yang diikat dan dikaitkan dengan
konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah serta tugas
manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, iaitu tugas sebagai
agen pembangunan jasmani dan rohani. Hasil daripada keimanan
kepada Allah, seorang Muslimakan bersifat adil, mencintai keadilan dan
menyeru kepada norma-normaakhlakmulia termasuk kepada orang
bukan Islam. Dalam masa yang sama Islam begitu benci kepada
sebarangbentuk kezaliman sehingga Allah telah mengulang-ulang
perkataan zalimsebanyak 226 kali di dalam al-Quran. Al-Quran tidak
hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di
mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujukkepada integriti dan kejujuran
di dalamsemua urusan hidup manusia termasuk politik, ekonomi, sosial
dan sebagainya
SyariatIslam datang untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu: [1]
Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada
cengkaman syirik dan khurafat. [2] Pembaikan aqidah untuk
membebaskan manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa
nafsu. [3] Pembaikan masyarakatuntuk membebaskan umat daripada
kezaliman, kacau bilau dan penindasan system yang bercanggah dengan
Islam. Untuk mencapai semua keperluan di atas, syariat Islam datang
membawa suatu sistem yang menyusun hubungan manusia dengan
Allah, manusia sesama manusia, dan memelihara hak-hakmereka di
muka bumi.
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 50 surah al-Maidah :
ۚ َ‫ون‬ُ‫غ‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ ِ‫ة‬َّ‫ي‬ِ‫ل‬ِ‫ه‬‫ا‬َ‫ج‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ْ‫ك‬ُ‫ح‬َ‫ف‬َ‫أ‬﴿ َ‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫ق‬‫و‬ُ‫ي‬ ٍ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ِ‫ل‬ ‫ا‬ً‫م‬ْ‫ك‬ُ‫ح‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬١٠﴾
Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendaklagi kepada
hukum-hukumjahiliyah?Padahal – kepada orang-orangyangpenuh
4
keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih
pada daripada Allah.
Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya wajibyakin
bahawa hanya sistem Islam sahaja yang adil dan sebarangsistem ciptaan
manusia yang bercanggah daripada Islamadalah zalim. Antara ciri-ciri
kehebatan dan keadilan sistem Islam ialah : [1] Ia bersifat Rabbaniyyah
iaitu hukum syariah serta sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia
yang diliputi oleh sifat-sifatkelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak
terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor
warisan, iaitu watak dan hawa nafsu kerana ia datang daripada Allah
Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri. Seorangmu’min yang sebenar
ketika melaksanakan manhaj rabbaniini akan melaksanakan seluruh
perintah Allah dengan perasaan gembira dan senang hati bukannya
berdolak dalik untuk tidak melaksanakannya dengan pelbagai alasan
yang memualkan
[2] Ia bersifat Alamiyah atau Universal (sejagat) di mana syariatIslam
merupakan rahmatbagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman serta jalan
hidup bagi semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk
kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya
tanpa melihatwarna kulit, jenis bahasa atau tempat. Oleh itu, tidak ada
perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan
tidak ada kasta dalamIslam.
[3] Menyeluruh (Syumūliyyah) di mana feqh Islam berbeza dengan
undang-undangciptaan manusia kerana ia mencakupi 3 bidang
perhubungan manusiaiaitu hubungan manusia dengan Tuhannya,
hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia
dengan masyarakatnya. Ini kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan
dunia dan akhirat, agama dan kerajaan serta untuk seluruh manusia dan
kekal hingga ke Hari Akhirat. Ia mencakupi sistem dan perundangan
yang meliputi dalamtiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan
sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlakatau yang
5
berhubungdengan undang-undangumum seperti masalah sivil,
jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-
lain
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Firman Allah dalamayat 9 surah al-Hijr:
﴿ َ‫ون‬ُ‫ظ‬ِ‫ف‬‫ا‬َ‫ح‬َ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ َ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬‫ال‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬ َّ‫َز‬‫ن‬ ُ‫ن‬ْ‫َح‬‫ن‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬٩﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yangmenurunkan Al-Quran, dan
Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
[4] Keaslian dan Keabadian yangkekal dalam nas dan sumber-
sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an
yang merupakan sumber utama perundangan Islamtelah dijamin oleh
Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori
dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang
perubahan. Itulah al-Qur’an yangtelah melalui peredaran masa lebih 14
abad sejak ia mula diturunkan. Malah sarjana baratturut mengakui
keaslian al-Quran tanpa ada sebarangpenyelewengan seperti
pengakuan Prof. Reynold Nicholson yang menyebut; “Al-Qur’an
merupakan dokumen kemanusiaan yangtinggi menerangkan secara
terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammads.a.w pada setiap peristiwa
hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur
unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap
semula al-Qur’an, (sejarah)Islamsejak pertama kali ia muncul dalam
sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh ditemui dalam agama-
agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama daripada agama
kuno.”
[5] Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran dalammenyelesaikan
segala permasalahandalamkehidupan manusia di samping menegakkan
keadilan di muka bumi. Islam yang membawa prinsipyang bertimbang
6
rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan tidak
membebankan manusia dengan tanggungjawabdi luar jangkauannya.
Ini adalah untuk menyedarkan manusia bahawa mereka tidak
mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah syarakatau
meninggalkan larangannya. Imam Ghazali ada menyebut:
“Sesungguhnya menjaga kemaslahatandan mencegah kerosakan adalah
impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan
sepenuhnya terletakatas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang
dimaksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan syarakiaitu
menjaga agama, nyawa akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja
yang membawa kepada terjejas 5 perkara itu atau seluruhnya, maka itu
adalah keburukan dan kerosakan yang mesti ditentang.”
Firman Allah dalamayat 258 surah al-Baqarah:
ْ‫ف‬َ‫ن‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ُ‫ف‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ُ‫ي‬ َ‫ال‬ۗ ْ‫ت‬َ‫ب‬َ‫س‬َ‫ت‬ْ‫ك‬‫ا‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ْ‫ت‬َ‫ب‬َ‫س‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ل‬ ۚ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ع‬ْ‫س‬ُ‫و‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ً‫س‬ ……
Maksudnya : Allah tidak memberati seseorangmelainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan
ia juga menanggungdosa kejahatan yang diusahakannya……
Sidang Jumaatyang diberkati Allah,
Meyakini bahawa SyariatIslam mengutamakan maslahah manusia, sama
ada maslahah duniawi mahupun ukhrawimaka pelbagai usaha wajib
dilakukan dalam memastikan seluruh system Islam dapat dilaksanakan
dalam Negara kita termasuk dalam menyokong pindaan akta RUU 355
dalam memperkasakan mahkamah syariah seterusnya membolehkan
undang-undangIslamyang lebih menyeluruh dapatdilaksana.
Himpunan ratusan ribu pencinta Islam di PadangMerbok pada hari
Sabtu lepas merupakan salah suatu usaha mulia terutama dalam
mendesak ahli Parlimen beragama Islamdalam menyokong pindaan ini.
Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam
sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan PendaftaranNegara
7
(JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anakluar nikah atau tidak sah
taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi
tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Kes dadah dengan jumlah 131,841
penagih dadah dikesan dalam negara sejak 2010-2016. Begitulah
dengan pelbagai peyakit sosial yang lain akibat kelalaian pemimpin
sendiri yang sentiasa memberi galakan kepada program yang
merosakkan akhlak melalui TV dan sebagainya. Sewajibnya pemimpin
lebih bersungguh dalam membina akhlak rakyat bukan meruntuhkannya.
Rapatkan rakyat dengan masjidbukannya dekatkan rakyat kepada
program maksiat. Tambahkan usaha dalam menerangkan kehebatan
syariatIslam bukan membiarkan programmelalaikan rakyatdaripada
agama terus subur. Kita bakal menuai apa yang kita semai. Jika ibadat
menjadi agenda hiduprakyat maka Negara akan selamat dan berkat.
Sebaliknya bila maksiat menjadi agenda hidup maka Negara
menghampiri kehancuran dan kemurkaan Allah. Islamlah nescaya kita
selamat dunia akhirat
Firman Allah dalamayat 45-46 surah al-Baqarah :
ْ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬﴿ َ‫ين‬ِ‫ع‬ِ‫اش‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ ٌ‫ة‬َ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ۚ ِ‫ة‬ َ‫ال‬َّ‫ص‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ْر‬‫ب‬َّ‫ص‬‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫ع‬َ‫ت‬٥١َ‫ِين‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ﴾
﴿ َ‫ون‬ُ‫ع‬ ِ‫اج‬ َ‫ر‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ‫و‬ُ‫ق‬ َ‫ال‬ُّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُّ‫ن‬ُ‫ظ‬َ‫ي‬٥٤﴾
Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang
itu amatlah berat kecuali kepada orang-orangyang khusyuk; (45) (Iaitu)
mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui
Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
ْ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ‫هللا‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬ َ‫و‬ ِ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬‫ال‬ ِ‫آن‬ ْ‫ر‬ُ‫ق‬‫ال‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫و‬ِ‫ه‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬
َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬ َ‫الو‬ِ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬َ‫ت‬ َ‫و‬ ِ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ك‬َ‫ح‬‫ال‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫الذ‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫اآل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬
ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫و‬ ْ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫هللا‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬ ُ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬‫ال‬ ُ‫ع‬ْ‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ْ‫م‬ِ‫ل‬ِ‫س‬ْ‫م‬ُ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ر‬َ‫ين‬
8
َ‫ز‬ ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬ ْ‫و‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ِ‫ت‬‫َا‬‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬
َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ب‬ِ‫ئ‬‫ا‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ج‬َ‫ن‬ ‫ا‬َ‫ي‬ َ‫و‬ َ‫ْن‬‫ي‬ ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬ُ‫م‬‫ال‬

More Related Content

What's hot

2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)
2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)
2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)Mush'ab Abdurrahman
 
Pemerintahan dalam islam
Pemerintahan dalam islamPemerintahan dalam islam
Pemerintahan dalam islamMAYAMA_ALMUS
 
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIA
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIAHUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIA
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIAEman Syukur
 
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islam
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islammakalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islam
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at IslamKartika Dwi Rachmawati
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikZida Min
 
Definisi syariat islam
Definisi syariat islamDefinisi syariat islam
Definisi syariat islamArya Ningrat
 
Negara hukum dalam islam
Negara hukum dalam islamNegara hukum dalam islam
Negara hukum dalam islamnilapermatasari
 
i) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahi) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahDr22s
 
Pemerintahan dan pentadbiran islam
Pemerintahan dan pentadbiran islamPemerintahan dan pentadbiran islam
Pemerintahan dan pentadbiran islamHariz Amirul
 
Negara dalam perspektif hukum islam
Negara dalam perspektif hukum islamNegara dalam perspektif hukum islam
Negara dalam perspektif hukum islamsesukakita
 
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANsakura rena
 
Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Marhamah Saleh
 
Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)BahRum Subagia
 
9.Syariah Dalam Tamadun Islam1
9.Syariah Dalam Tamadun Islam19.Syariah Dalam Tamadun Islam1
9.Syariah Dalam Tamadun Islam1WanBK Leo
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 

What's hot (19)

Ruang lingkup islam
Ruang lingkup islamRuang lingkup islam
Ruang lingkup islam
 
2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)
2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)
2. PPT syariah islam menebar rahmat seluruh alam (Edisi 2)
 
Pemerintahan dalam islam
Pemerintahan dalam islamPemerintahan dalam islam
Pemerintahan dalam islam
 
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIA
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIAHUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIA
HUKUM SYARIAT ISLAM DAN HUKUM INDONESIA
 
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islam
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islammakalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islam
makalah Pendidikan Agama Islam - syari'at Islam
 
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnikAplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
Aplikasi maqasid syariah dalam hubungan etnik
 
Alamiyyah uztzh baru
Alamiyyah uztzh baruAlamiyyah uztzh baru
Alamiyyah uztzh baru
 
Definisi syariat islam
Definisi syariat islamDefinisi syariat islam
Definisi syariat islam
 
Negara hukum dalam islam
Negara hukum dalam islamNegara hukum dalam islam
Negara hukum dalam islam
 
i) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyahi) Konsep Siyasah Syar'iyyah
i) Konsep Siyasah Syar'iyyah
 
Pemerintahan dan pentadbiran islam
Pemerintahan dan pentadbiran islamPemerintahan dan pentadbiran islam
Pemerintahan dan pentadbiran islam
 
Negara dalam perspektif hukum islam
Negara dalam perspektif hukum islamNegara dalam perspektif hukum islam
Negara dalam perspektif hukum islam
 
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPANUITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
UITM-(CTU) SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
 
Dim uin fad
Dim uin fadDim uin fad
Dim uin fad
 
Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5Presentasi Fiqh Siyasah 5
Presentasi Fiqh Siyasah 5
 
Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)Power fiqh siyasah (2)
Power fiqh siyasah (2)
 
9.Syariah Dalam Tamadun Islam1
9.Syariah Dalam Tamadun Islam19.Syariah Dalam Tamadun Islam1
9.Syariah Dalam Tamadun Islam1
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Alamiyyah (Sejagat)
Alamiyyah (Sejagat)Alamiyyah (Sejagat)
Alamiyyah (Sejagat)
 

Similar to Syariat islam di perkasa negara maju jaya

Memahami syariat islam kelompok 4
Memahami syariat islam kelompok 4Memahami syariat islam kelompok 4
Memahami syariat islam kelompok 4NaufalArdiana
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamAbdul Ghani
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias
 
Bilik tafakkur
Bilik tafakkurBilik tafakkur
Bilik tafakkurrofieq
 
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptx
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptxpengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptx
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptxKhiyaroh1
 
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptx
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptxHUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptx
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptxShalsaNurliza
 
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamBahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamSholehKhuddin
 
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxCIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxMayyelSam
 
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxBeritaDunia3
 
Kemampuan hukum islam dalam merespon
Kemampuan hukum islam dalam meresponKemampuan hukum islam dalam merespon
Kemampuan hukum islam dalam merespondiktum2015
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamIzzat Najmi
 
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanKarakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanAndi Mutmainnah Salam
 
Mensyukuri nikmat kemerdekaan
Mensyukuri nikmat kemerdekaanMensyukuri nikmat kemerdekaan
Mensyukuri nikmat kemerdekaanAbi Almira
 
Definisi syariat islam 1
Definisi syariat islam 1Definisi syariat islam 1
Definisi syariat islam 1Arya Ningrat
 
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)BudiSetiawan960153
 
Konsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamKonsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamEchil Ardiyanto
 

Similar to Syariat islam di perkasa negara maju jaya (20)

Memahami syariat islam kelompok 4
Memahami syariat islam kelompok 4Memahami syariat islam kelompok 4
Memahami syariat islam kelompok 4
 
Makalah hukum islam
Makalah hukum islamMakalah hukum islam
Makalah hukum islam
 
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islamPengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
Pengantar fiqh muamalat maliah dalam islam
 
Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2Rukun al fahmu pt 2
Rukun al fahmu pt 2
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din
 
Bilik tafakkur
Bilik tafakkurBilik tafakkur
Bilik tafakkur
 
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptx
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptxpengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptx
pengertian syariah dalam islam dalam pembelajaran.pptx
 
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptx
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptxHUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptx
HUKUM ISLAM Kelompok 4.2.pptx
 
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islamBahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
Bahan makalah tujuan dan fungsi hukum islam
 
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptxCIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM (2).pptx
 
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
 
Kemampuan hukum islam dalam merespon
Kemampuan hukum islam dalam meresponKemampuan hukum islam dalam merespon
Kemampuan hukum islam dalam merespon
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Karakteristik hukum islam
Karakteristik hukum islamKarakteristik hukum islam
Karakteristik hukum islam
 
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zamanKarakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
Karakteristik hukum islam dalam menghadapi perkembagan zaman
 
Mensyukuri nikmat kemerdekaan
Mensyukuri nikmat kemerdekaanMensyukuri nikmat kemerdekaan
Mensyukuri nikmat kemerdekaan
 
Ekonomi syari’ah
Ekonomi syari’ahEkonomi syari’ah
Ekonomi syari’ah
 
Definisi syariat islam 1
Definisi syariat islam 1Definisi syariat islam 1
Definisi syariat islam 1
 
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)
Islam rahmatan lilalamiin (Islam membawa rahmat bagi semeste akam)
 
Konsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islamKonsep dasar ekonomi islam
Konsep dasar ekonomi islam
 

More from mohd zaidi

Berikut lirik lagu deen assalam
Berikut lirik lagu deen assalamBerikut lirik lagu deen assalam
Berikut lirik lagu deen assalammohd zaidi
 
Puasa umat terdahulu
Puasa umat terdahuluPuasa umat terdahulu
Puasa umat terdahulumohd zaidi
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahmohd zaidi
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahmohd zaidi
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahmohd zaidi
 
Pengakap kanak
Pengakap kanakPengakap kanak
Pengakap kanakmohd zaidi
 
Jadual giliran bacaan yassin
Jadual giliran bacaan yassinJadual giliran bacaan yassin
Jadual giliran bacaan yassinmohd zaidi
 
enrolmen murid tahun 2017
 enrolmen murid tahun 2017 enrolmen murid tahun 2017
enrolmen murid tahun 2017mohd zaidi
 

More from mohd zaidi (9)

Berikut lirik lagu deen assalam
Berikut lirik lagu deen assalamBerikut lirik lagu deen assalam
Berikut lirik lagu deen assalam
 
Puasa umat terdahulu
Puasa umat terdahuluPuasa umat terdahulu
Puasa umat terdahulu
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekah
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekah
 
Soalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekahSoalan pembukaan kota mekah
Soalan pembukaan kota mekah
 
Pengakap kanak
Pengakap kanakPengakap kanak
Pengakap kanak
 
Jadual giliran bacaan yassin
Jadual giliran bacaan yassinJadual giliran bacaan yassin
Jadual giliran bacaan yassin
 
enrolmen murid tahun 2017
 enrolmen murid tahun 2017 enrolmen murid tahun 2017
enrolmen murid tahun 2017
 
Cover exam ba
Cover exam baCover exam ba
Cover exam ba
 

Syariat islam di perkasa negara maju jaya

  • 1. 1 Syariat Islam DiPerkasa Negara Maju Jaya ‫عليكم‬ ‫السالم‬ َ‫ل‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬ُ‫ك‬ ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫الد‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ه‬َ‫ر‬ِ‫ه‬ْ‫ظ‬ُ‫ي‬ِ‫ل‬ ِ‫ق‬َ‫ح‬‫ال‬ ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫د‬ َ‫و‬ ‫ى‬َ‫د‬ُ‫ه‬‫ال‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫ل‬َ‫س‬ ْ‫ر‬َ‫أ‬ ْ‫ِي‬‫ذ‬َّ‫ال‬ ِ‫هلل‬ ُ‫د‬ْ‫م‬َ‫ح‬‫ال‬َ‫ه‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ ْ‫و‬ ‫َا‬‫ن‬َ‫د‬ِ‫ي‬َ‫س‬ َّ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ُ‫هللا‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ه‬‫ل‬ِ‫إ‬‫ال‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫د‬َ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫ك‬ ِ‫ر‬ْ‫ش‬ُ‫م‬‫ال‬َّ‫م‬ُ‫ه‬‫الل‬ ُ‫ه‬ُ‫ل‬ ْ‫و‬ُ‫س‬َ‫ر‬ َ‫و‬ ُ‫ه‬ُ‫د‬ْ‫ب‬َ‫ع‬ ‫ًا‬‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُ‫م‬ ٍ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ح‬ِ‫إ‬ِ‫ب‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ع‬ِ‫ب‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ح‬ْ‫ص‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ل‬‫آ‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ٍ‫د‬َّ‫م‬َ‫ح‬ُ‫م‬ ‫َا‬‫ن‬ِ‫د‬ِ‫ي‬َ‫س‬ َ‫لى‬َ‫ع‬ ْ‫ك‬ ِ‫ار‬َ‫ب‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ل‬َ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ل‬َ‫ص‬‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫ن‬ْ‫ي‬ِ‫الد‬ ِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬…ُ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ‫ا‬َّ‫م‬َ‫أ‬..…‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ق‬ُ‫ت‬ َّ‫ق‬َ‫ح‬ َ‫هللا‬ ‫ا‬ ْ‫و‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬‫ا‬ ! ِ‫هللا‬ َ‫د‬‫ا‬َ‫ب‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬َّ‫ن‬ُ‫ت‬ ْْ ُ‫و‬َ‫م‬‫ت‬ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬ُ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekaliankamu kepada Allah dengan sebenar-benartaqwa. Dan Janganlahkamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaatyang dihormati sekalian Firman Allah dalamayat 105 surah an-Nisa’: َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬ َ‫نز‬َ‫أ‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ۚ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫اك‬ َ‫ر‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ َ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬ِ‫ل‬ ِ‫ق‬َ‫ح‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫اب‬َ‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ َ‫ْك‬‫ي‬‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ َ‫ال‬ ﴿ ‫ا‬ً‫م‬‫ي‬ ِ‫ص‬َ‫خ‬ َ‫ين‬ِ‫ن‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫خ‬ْ‫ل‬ِ‫ل‬٥٠١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurutapa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlahengkau menjadi pembela bagi orang-orangyang khianat.
  • 2. 2 Islam adalah suatu agama yang lengkap dalammengatur seluruh kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraanmanusia. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukumini bukan untuk memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya untuk menjamin kebahagiaan hidupdi dunia dan juga di akhirat. Jika kita memerhatikan kejadian alamini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakamsyariah di mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentangmaslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya. Begitu juga ayat-ayatyang menyentuh tentang larangan biasanyaia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam persoalan puasa antara matlamat daripada pensyariatannyaadalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan penderhakaan terhadapAllah SWT dalam kehidupan disampingbaik untuk kesihatan. Begitu juga hukum hudud seperti kerat tangan bagi kesalahan mencuri bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh. Sidang Jumaatyang diberkati Allah, Firman Allah dalamayat 58 surah an-Nisa’: ِ‫إ‬ َ‫و‬ ‫ا‬َ‫ه‬ِ‫ل‬ْ‫ه‬َ‫أ‬ ٰ‫ى‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ِ‫َات‬‫ن‬‫ا‬َ‫م‬َ ْ‫اْل‬ ‫ُّوا‬‫د‬َ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ‫ن‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ُ‫م‬ْ‫أ‬َ‫ي‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬‫ن‬َ‫أ‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ْن‬‫ي‬َ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ ‫ي‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ ‫ا‬ً‫ع‬‫ي‬ِ‫م‬َ‫س‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۗ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ظ‬ِ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ا‬َّ‫م‬ِ‫ع‬ِ‫ن‬ َ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ۚ ِ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬ْ‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ح‬َ‫ت‬﴿‫ا‬ً‫ر‬١٥﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yangberhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukumdi antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukumdengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yangsebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
  • 3. 3 Islam begitu menitikberatkan keadilan yang diikat dan dikaitkan dengan konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah serta tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, iaitu tugas sebagai agen pembangunan jasmani dan rohani. Hasil daripada keimanan kepada Allah, seorang Muslimakan bersifat adil, mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-normaakhlakmulia termasuk kepada orang bukan Islam. Dalam masa yang sama Islam begitu benci kepada sebarangbentuk kezaliman sehingga Allah telah mengulang-ulang perkataan zalimsebanyak 226 kali di dalam al-Quran. Al-Quran tidak hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujukkepada integriti dan kejujuran di dalamsemua urusan hidup manusia termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya SyariatIslam datang untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu: [1] Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada cengkaman syirik dan khurafat. [2] Pembaikan aqidah untuk membebaskan manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa nafsu. [3] Pembaikan masyarakatuntuk membebaskan umat daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan system yang bercanggah dengan Islam. Untuk mencapai semua keperluan di atas, syariat Islam datang membawa suatu sistem yang menyusun hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, dan memelihara hak-hakmereka di muka bumi. Sidang Jumaatyang diberkati Allah, Firman Allah dalamayat 50 surah al-Maidah : ۚ َ‫ون‬ُ‫غ‬ْ‫ب‬َ‫ي‬ ِ‫ة‬َّ‫ي‬ِ‫ل‬ِ‫ه‬‫ا‬َ‫ج‬ْ‫ال‬ َ‫م‬ْ‫ك‬ُ‫ح‬َ‫ف‬َ‫أ‬﴿ َ‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫ق‬‫و‬ُ‫ي‬ ٍ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ق‬ِ‫ل‬ ‫ا‬ً‫م‬ْ‫ك‬ُ‫ح‬ ِ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬١٠﴾ Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendaklagi kepada hukum-hukumjahiliyah?Padahal – kepada orang-orangyangpenuh
  • 4. 4 keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya wajibyakin bahawa hanya sistem Islam sahaja yang adil dan sebarangsistem ciptaan manusia yang bercanggah daripada Islamadalah zalim. Antara ciri-ciri kehebatan dan keadilan sistem Islam ialah : [1] Ia bersifat Rabbaniyyah iaitu hukum syariah serta sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifatkelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor warisan, iaitu watak dan hawa nafsu kerana ia datang daripada Allah Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri. Seorangmu’min yang sebenar ketika melaksanakan manhaj rabbaniini akan melaksanakan seluruh perintah Allah dengan perasaan gembira dan senang hati bukannya berdolak dalik untuk tidak melaksanakannya dengan pelbagai alasan yang memualkan [2] Ia bersifat Alamiyah atau Universal (sejagat) di mana syariatIslam merupakan rahmatbagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman serta jalan hidup bagi semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpa melihatwarna kulit, jenis bahasa atau tempat. Oleh itu, tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan tidak ada kasta dalamIslam. [3] Menyeluruh (Syumūliyyah) di mana feqh Islam berbeza dengan undang-undangciptaan manusia kerana ia mencakupi 3 bidang perhubungan manusiaiaitu hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakatnya. Ini kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan dunia dan akhirat, agama dan kerajaan serta untuk seluruh manusia dan kekal hingga ke Hari Akhirat. Ia mencakupi sistem dan perundangan yang meliputi dalamtiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlakatau yang
  • 5. 5 berhubungdengan undang-undangumum seperti masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain- lain Sidang Jumaatyang diberkati Allah, Firman Allah dalamayat 9 surah al-Hijr: ﴿ َ‫ون‬ُ‫ظ‬ِ‫ف‬‫ا‬َ‫ح‬َ‫ل‬ ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ َ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫ذ‬‫ال‬ ‫َا‬‫ن‬ْ‫ل‬ َّ‫َز‬‫ن‬ ُ‫ن‬ْ‫َح‬‫ن‬ ‫ا‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yangmenurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [4] Keaslian dan Keabadian yangkekal dalam nas dan sumber- sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an yang merupakan sumber utama perundangan Islamtelah dijamin oleh Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang perubahan. Itulah al-Qur’an yangtelah melalui peredaran masa lebih 14 abad sejak ia mula diturunkan. Malah sarjana baratturut mengakui keaslian al-Quran tanpa ada sebarangpenyelewengan seperti pengakuan Prof. Reynold Nicholson yang menyebut; “Al-Qur’an merupakan dokumen kemanusiaan yangtinggi menerangkan secara terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammads.a.w pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula al-Qur’an, (sejarah)Islamsejak pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh ditemui dalam agama- agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama daripada agama kuno.” [5] Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran dalammenyelesaikan segala permasalahandalamkehidupan manusia di samping menegakkan keadilan di muka bumi. Islam yang membawa prinsipyang bertimbang
  • 6. 6 rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan tidak membebankan manusia dengan tanggungjawabdi luar jangkauannya. Ini adalah untuk menyedarkan manusia bahawa mereka tidak mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah syarakatau meninggalkan larangannya. Imam Ghazali ada menyebut: “Sesungguhnya menjaga kemaslahatandan mencegah kerosakan adalah impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan sepenuhnya terletakatas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan syarakiaitu menjaga agama, nyawa akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja yang membawa kepada terjejas 5 perkara itu atau seluruhnya, maka itu adalah keburukan dan kerosakan yang mesti ditentang.” Firman Allah dalamayat 258 surah al-Baqarah: ْ‫ف‬َ‫ن‬ ُ‫ه‬‫ـ‬َّ‫ل‬‫ال‬ ُ‫ف‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ُ‫ي‬ َ‫ال‬ۗ ْ‫ت‬َ‫ب‬َ‫س‬َ‫ت‬ْ‫ك‬‫ا‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ْ‫ت‬َ‫ب‬َ‫س‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ل‬ ۚ ‫ا‬َ‫ه‬َ‫ع‬ْ‫س‬ُ‫و‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ ‫ا‬ً‫س‬ …… Maksudnya : Allah tidak memberati seseorangmelainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggungdosa kejahatan yang diusahakannya…… Sidang Jumaatyang diberkati Allah, Meyakini bahawa SyariatIslam mengutamakan maslahah manusia, sama ada maslahah duniawi mahupun ukhrawimaka pelbagai usaha wajib dilakukan dalam memastikan seluruh system Islam dapat dilaksanakan dalam Negara kita termasuk dalam menyokong pindaan akta RUU 355 dalam memperkasakan mahkamah syariah seterusnya membolehkan undang-undangIslamyang lebih menyeluruh dapatdilaksana. Himpunan ratusan ribu pencinta Islam di PadangMerbok pada hari Sabtu lepas merupakan salah suatu usaha mulia terutama dalam mendesak ahli Parlimen beragama Islamdalam menyokong pindaan ini. Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan PendaftaranNegara
  • 7. 7 (JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anakluar nikah atau tidak sah taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Kes dadah dengan jumlah 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak 2010-2016. Begitulah dengan pelbagai peyakit sosial yang lain akibat kelalaian pemimpin sendiri yang sentiasa memberi galakan kepada program yang merosakkan akhlak melalui TV dan sebagainya. Sewajibnya pemimpin lebih bersungguh dalam membina akhlak rakyat bukan meruntuhkannya. Rapatkan rakyat dengan masjidbukannya dekatkan rakyat kepada program maksiat. Tambahkan usaha dalam menerangkan kehebatan syariatIslam bukan membiarkan programmelalaikan rakyatdaripada agama terus subur. Kita bakal menuai apa yang kita semai. Jika ibadat menjadi agenda hiduprakyat maka Negara akan selamat dan berkat. Sebaliknya bila maksiat menjadi agenda hidup maka Negara menghampiri kehancuran dan kemurkaan Allah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat Firman Allah dalamayat 45-46 surah al-Baqarah : ْ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬﴿ َ‫ين‬ِ‫ع‬ِ‫اش‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ َّ‫ال‬ِ‫إ‬ ٌ‫ة‬َ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫ه‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ۚ ِ‫ة‬ َ‫ال‬َّ‫ص‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ْر‬‫ب‬َّ‫ص‬‫ال‬ِ‫ب‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫ي‬ِ‫ع‬َ‫ت‬٥١َ‫ِين‬‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ ﴾ ﴿ َ‫ون‬ُ‫ع‬ ِ‫اج‬ َ‫ر‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ر‬ ‫و‬ُ‫ق‬ َ‫ال‬ُّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬َّ‫ن‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُّ‫ن‬ُ‫ظ‬َ‫ي‬٥٤﴾ Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orangyang khusyuk; (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. ْ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ‫هللا‬ َ‫ك‬َ‫ار‬َ‫ب‬ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ا‬َّ‫ي‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫ع‬َ‫ف‬َ‫ن‬ َ‫و‬ ِ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬‫ال‬ ِ‫آن‬ ْ‫ر‬ُ‫ق‬‫ال‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫و‬ِ‫ه‬ْ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َّ‫ن‬ِ‫إ‬ ُ‫ه‬َ‫ت‬ َ‫الو‬ِ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫و‬ ‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ل‬َّ‫ب‬َ‫ق‬َ‫ت‬ َ‫و‬ ِ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ك‬َ‫ح‬‫ال‬ ِ‫ر‬ْ‫ك‬ِ‫الذ‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬‫اآل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ُ‫ه‬ ُ‫ه‬ ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫و‬ ْ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬‫ال‬ َ‫هللا‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬ ُ‫م‬ْ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬‫ال‬ ُ‫ع‬ْ‫ي‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬ْ‫م‬ِ‫ل‬ِ‫س‬ْ‫م‬ُ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ر‬َ‫ين‬
  • 8. 8 َ‫ز‬ ْ‫و‬َ‫ف‬ ‫ا‬َ‫ي‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬ ْ‫و‬ ُ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬‫ا‬َ‫ف‬ ِ‫ت‬‫َا‬‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ل‬ْ‫س‬ُ‫م‬‫ال‬ َ‫و‬ َ‫ْن‬‫ي‬ِ‫ب‬ِ‫ئ‬‫ا‬َّ‫ت‬‫ال‬ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ج‬َ‫ن‬ ‫ا‬َ‫ي‬ َ‫و‬ َ‫ْن‬‫ي‬ ِ‫ر‬ِ‫ف‬ْ‫غ‬َ‫ت‬ْ‫س‬ُ‫م‬‫ال‬