1. HOME
1.MOTOR SANGKAR TUPAI
1. - Motor ini mempunyai pemegun / stator yang berbelit
iaitu satu belitan mewakili satu fasa.
2. Pemegun stator ini berfungsi sebagai;
i. Tempat meletak belitan stator
ii. Berfungsi sebagai teras besi pada motor.
iii.Berlamina serta berlapis-lapis bagi mengurangkan arus
pusar atau eddy current.
iv.Arus pusar yang tinggi akan menyebabkan stator/pemegun
menjadi panas dan menyebabkan belitannya terbakar.
v. Sebagai teras sambungan bekalan daripada luar sama ada
sambungan bintang atau delta.
vi. Sebagai tempat untuk menghasilkan medan magnet
berputar
sebelum bertindakbalas dengan rotor.
2. PRINSIP KENDALIAN
Seperti mana kita tahu belitan medan/belitan pemegun
pada motor aruhan 3 fasa terdiri daripada 3 belitan bagi
setiap fasa yang mana terpisah sebanyak 120°.
Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan
pemegun,medan magnet akan terbentuk pada setiap
belitan dan membentuk satu medan magnet yang sentiasa
berputar pada pemegun.
Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan turun
naiknya arus di pemegun mengikut gelombang frekuensi
bekalan.
Ciri-ciri motor sangkat tupai :
Mempunyai kelajuan yang tunggal dan kelajuan seakan-
akan sama dengan ciri-ciri kelajuan motor medan magnet.
Tork permulaan amat rendah dan power faktor permulaan
amat rendah.
3. Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga beban
penuh/full load dan nilainya mencapai tahap 0.85/0.90.
MOTOR ROTOR BERLILIT
Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang gelincir atau
Slip ring motor dan wound Rotor Induction Motor.
Binaannya adalah sama dengan motor aruhan 3 fasa jenis
sangkar tupai cuma bahagian rotornya/pemutar
disambungkan kepada 3 perintang luar menerusi gelang
gelincir.
Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan disambungkan
ke litar luar dengan menggunakan 3 berus karbon sebagai
perantaraan.
PRINSIP KENDALIAN
Sepertimana yang berlaku pada motor aruhan 3 fasa
sangkar tupai,apabila pemegun/stator mendapat bekalan
3 fasa ia akan menghasilkan medan magnet berputar di
pemegun dengan kelajuan Ns.
4. Dengan berlakunya proses aruhan saling diantara stator
dan rotor, maka arus teraruh akan teraruh di rotor berbelit
dan menyebabkan rotor mula berputar dengan kelajuan
Nr.
Sekiranya pada masa itu,perintang yang disambungkan
pada rotor pada tahap maksima ,maka kadar putaran rotor
adalah pada tahap paling minima tetapi kilas motor adalah
tinggi.
CIRI-CIRI MOTOR INI
Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya dengan
menggunakan perintang boleh laras yang disambung pada
bahagian pemutar.
Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan rendah.
Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan tinggi.
Kawalan kelajuan dengan menggunakan perintang boleh
laras tidak berapa baik kerana banyak kehilangan kuasa
berlaku pada perintang tersebut.
Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada kelajuan
segerak motor.
Kilas/tork motor ini adalah agak baik.
Penyelenggaraan motor ini adalah agak mahal.
5. Bagi menyongsangkan arah putaran motor,ia hanya
dilakukan dengan menukarkan urutan fasa bekalan motor
ini.
MOTOR SEGERAK
Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia
dijalankan sebagai sebuah motor.
Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang
dimiliki motor ini iaitu Ns = Nr.
Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.
Kelajuan motor ini berubah mengikut frekuensi dan
bilangan kutub atau diringkaskan dalam formula berikut:
Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia tidak boleh
bergerak dengan sendiri kerana ia memerlukan penggerak
sama ada daripada luar atau dalam motor
PRINSIP KENDALIAN
Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun
motor, medan magnet berputar akan terhasil pada
pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-minit.
6. Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi
menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar
akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar yang
berputar mengikut arah putaran medan magnet.
Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama dengan
kelajuan medan magnet / kelajuan segerak (Ns).
Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir
sama,bekalan a.t akan diberikan ke pemutar melalui
gelang gelincir.
Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan bertindakbalas
dengan medan magnet berputar.
Seterusnya akan berputar selaju putaran segerak
( kelajuan medan magnet berputar ) iaitu Ns = Nr.
Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor masih
berputar kerana ini disebabkan oleh tindakan saling kunci
di antara medan magnet berputar dengan medan magnet
di pemutar.
Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun
diistilahkan sebagai daya kilas tarik ke dalam ( perapat )
Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang
pengalir sangkar tupai dan motor segerak ini dijalankan
mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai sebelum
7. bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila pemutar
hampir menyamai kelajuan segerak.
Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran
sederhana sahaja.
PENGGUNAAN MOTOR SEGERAK
Oleh kerana motor segerak tidak boleh hidup dengan
sendirinya,ia hanya digunakan di tempat perusahaan
sahaja.
Penggunaan yang paling utama ialah sebagai alat untuk
membaiki faktor kuasa disamping kerja-kerja lain seperti;
i. menjalankan mesin bancuhan bahan mentah kerana
kelajuannya malar samada berbeban atau berbeban penuh
seperti pengisar dan pembancuh simen.
ii.Menjalankan beban yang berterusan seperti pemampat
empar.
iii.Set motor-janakuasa.
iv.kipas pengalih udaraan utama.
v. pam
vi. Pemutar pemampat salingan.
vii.Pemutar pendorong-kapal elektrik.