Melalui program maha, pelajar membantu syarikat Kazz Agrovalley Sdn. Bhd. dalam strategi pemasaran dan mempromosikan produk hidroponik, serta menjelaskan kaedah tanaman hidroponik kepada pengunjung. Walaupun awalnya tidak mempunyai pengetahuan tentang hidroponik, pelajar berjaya melaksanakan tugas melalui penyelidikan. Pelajar berasa bangga dapat menyumbang ilmu dan membantu syarikat
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
Refleksi Tentang Program Maha
1. Refleksi
Melalui program maha, Saya berpeluang menerapkan kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban semasa berkhidmat untuk syarikat Kazz Agrovalley Sdn. Bhd. Saya
telah banyak mencurahkan sumbangan kepada syarikat tersebut . Yang pertamanya ialah saya
telah membantu syarikat Kazz Agrovalley Sdn Bhd dalam strategi pemasaran. Sebagai
seorang mahasiswi fakulty ekonomi & pengurusan, saya sentiasa mempelajari teori
pengurusan perniagaan dan juga ilmu berkaitan bidang perniagaan. Malangnya, teori yang
telah saya pelajari sepanjang kursus akan dilupai sahaja. Oleh itu. semasa kumpulan Saya
menjalankan aktiviti di program maha, Saya berpeluang membantu syarikat Kazz Agrovalley
dalam strategi pemasaran untuk mempromosikan produk hidroponik kepada para pengujung
supaya masyarakat dapat mengetahui kebaikan produk hidroponik. Tujuan saya melibatkan
diri dalam program ini adalah untuk menyampaikan pengetahuan yang manfaat kepada
masyarakat dan Saya sebagai mahasiswi bukan sahaja mempelajari di universiti malah juga
bertanggungjawab berkongsi ilmu pengetahuan dengan masyarakat supaya dapat membantu
negara membina satu masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.
Di samping itu, Saya juga menyumbang pengetahuan kepada masyarakat tentang cara
tanaman hidroponik. Pada mulanya, saya memang tidak mempunyai sebarang ilmu
pengetahuan tentang hidroponik disebabkan hidroponik merupakan salah satu ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan bidang agriculture. Tetapi saya berusaha membuat
penyelidikan dan mencari ilmu pengetahuan tentang hidroponik supaya saya dapat membantu
syarikat Kazz Agrovalley semasa mempromosikan produk mereka. Akhirnya, Saya berjaya
melariskan jualan produk hidroponik serta banyak memberi bantuan dalam menjelaskan
kaedah tanaman hidroponik kepada para pengunjung semasa program maha tersebut. Saya
berasa amat bangga kerana ilmu pengetahuan yang telah saya pelajari bukan sahaja memberi
bantuan terhadap syarikat Kazz Agrovalley, malah juga turut menyumbang dan membawa
sesuatu yang manfaat kepada masyarakat. Walaupun saya tenat bekerja sepanjang aktiviti
tersebut, tetapi saya amat memuaskan kerana objektif saya telah tercapai iaitu berjaya
membantu syarikat SME dalam melaksanakan perniagaan mereka dengan kemahiran yang
saya miliki.
Akhir kata, saya berasa amat gembira kerana melalui projek kemahiran sosial dan
bertanggungjawaban, saya diberi peluang berkhidmat untuk masyarakat dan pengalaman kali
ini telahpun memberi banyak faedah dan manfaat kepada diri saya. Saya akan menyertai lebih
2. banyak program lain supaya saya boleh menambahkan lebih banyak ilmu pengetahuan dan
pengalaman agar menjadi seorang insan yang berguna dan tonggak negara pada masa
hadapan.