tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
Doa solat hajat upsr
1. DOA SOLAT HAJAT UPSR
Wahai Tuhanku, kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta
mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah anak-anak kami ini
kesihatan.
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai.
Ingatkanlah anak-anak kami ini apa-apa yang telah mereka baca,
apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak
Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Jadikanlah anak-anak kami ini sebagai anak-anak yang pintar, anak-anak bertaqwa, yang menjadi
harapan untuk memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah mereka dikalangan orang-
orang yang soleh dan solehah.
Ya Allah Ya Latif
Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan anak-
anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan
hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang
bersungguh-sungguh selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 5A.
Di hari yang mulia ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah anak-anak
kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea yang bernas, kesihatan akal fikiran, kesihatan
rohani dan kesihatan jasmani supaya meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru dan
cita-cita ibu bapa mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.
Ya Allah berikanlah mereka sepenuh kekuatan, jauhi sifat kegusaran, jauhi perasaan gemuruh dan
gentar agar anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini mampu menjawab soalan
peperiksaan dengan penuh ketenangan, dengan penuh dedikasi yang sangat utuh dan akhirnya
memperolehi keberhasilan yang dicitakan iaitu 5A UPSR.