SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Aktiviti 1 
Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk mencapai sesuatu.. 
Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.Di 
dalam kehidupan semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Apakah matlamat 
hidup dan sejauhmanakah matlamat itu tercapai? Matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka 
pendek dan jangka panjang merupakan suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Tetapi 
pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat 
merealisasikannya. Apa yang saya hendak menyatakan di sini setiap individu perlu juga 
mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupakan tindakan serta keperluan yang harus 
dilaksanakan setiap hari.Contohnya saya ingin lulus cemerlang dalam jurusan yang saya 
ambil iaitu ijazah sarjana muda pengurusan (kepujian). 
Matlamat jangka pendek merupakan tindakan yang saya perlu ambil setiap hari demi untuk 
memenuhi matlamat jangka panjang saya iaitu ke arah kecemerlangan. Menetapkan satu 
matlamat di akhir pengajian adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi 
dalam penentuan arah kejayaan. Kenapa matlamat penting bagi saya kerana matlamat ini 
terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya saya tidak berusaha untuk 
memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan samaada harian atau mingguan dan 
ianya merupakan satu keperluan bagi saya dan setiap orang.Ianya merupakan satu susunan 
kerja yang perlu saya lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit 
demi sedikit ke arah kejayaan. Contohnya saya mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran open 
distance sebulan sebelum tibanya peperiksaan akhir. Pelajaran itu mempunyai 10 tajuk dan anda 
kini mempunyai enam bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum 
peperiksaan. Ini bermakna perlu menghabiskan 4 tajuk open distance setiap bulan, atau lebih 
kurang satu tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar sebanyak empat kali 
seminggu, gunakan tiga sesi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan gunakan sesi 
keempat untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan 
dengannya. Di dalam aspek pembelajaran saya akan mencatat perkara-perkara yang saya 
masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk menyelesaikannya. Matlamat 
membantu saya mendapatkan pertolongan. Apabila mempunyai matlamat saya mula mengatur 
perancangan. Apabila saya bertindak melengkapkan perancangan, saya mula menyedari dan 
mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan 
pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa tutor atau membuat perbincangan dengan rakan 
setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak
fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan 
yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk 
menghadapi peperiksaan. Dengan adanya konsep e-Pembelajaran yang dibantu oleh Sistem 
Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan antara faktor yang banyak membantu saya 
sebagai penuntut OUM, yang sudah semestinya dihambat waktu untuk menghadiri kelas. 
Melalui LMS, saya dan tenaga pengajar akan berinteraksi antara satu sama lain di dalam 
kuliah atau tutorial yang dijalankan secara maya melalui internet.Pendekatan ini, yang 
meliputi perbincangan melalui ruangan sembang, forum dan e-mel, kedengaran kurang 
formal tetapi kelas maya ini sentiasa diawasi oleh fasilitator atau tutor yang menjadi 
perantara.Malah dalam peraturan yang ditetapkan oleh LMS, setiap pertanyaan atau isu yang 
diajukan penuntut perlu diberikan maklum balas oleh perantara dalam masa 24 jam bagi 
menjamin sistem pembelajaran ini sentiasa efektif dan efisien. 
Selain itu, penggunaan alat pembelajaran seperti perpustakaan digital juga memudahkan saya 
mendapatkan bahan rujukan seperti e-jurnal dalam bidang pengajian yang diambil. Dengan 
ini saya dapat menyelesaikan satu-satu tugasan yang diberikan kepada saya. Bagi saya 
memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang. 
Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha 
mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang 
tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya. 
Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat 
jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang tidak akan tercapai sekirannya ianya 
tidak disusuli dengan tindakan. 
Matlamat juga dapat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila mempunyai 
matlamat maka saya merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab 
sekiranya terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda 
menggadai masa depan sendiri. Contoh mata pelajaran Open distance tidak mungkin dapat 
dihabiskan hanya sekiranya meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian saya 
sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi 
terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.Matlamat membantu anda membuat 
keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan 
diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya 
terlalu kecil. Ianya boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap 
hari. Malah saya sendiri tidak yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.
Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka, misalnya saya mahu 
belajar tetapi ister minta jaga anak, anak minta pergi kedai. Sebentar lagi ialah waktu untuk buat 
kerja ulangkaji tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak. Semuanya ini antara penyebab 
kenapa sukar mengikut jadual belajar saya. Tetapi dengan adanya matlamat pada bila-bila masa 
boleh mengubah perancangan harian saya asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan 
jangka panjang . Saya boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi perlu ganti semula 
dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk 
perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. 
Bagi seorang pelajar pengurusan masa amat penting kerana mempunyai banyak kegiatan 
ataupun aktiviti luar.Kegiatan-kegiatan ini mungkin akan dijalankan pada masa yang 
sama.Oleh itu, saya harus tahu bagaimana menguruskan masa supaya boleh membahagikan 
tugas dengan baik dan tidak membazirkan masa tanpa disedari.Dengan pengurusan masa , 
saya dapat membahagikan masa kerja tanpa menjejaskan pelajaran . 
Saya perlu menguruskan masa dengan baik .Masa yang diberikan selama 24 jam sehari itu 
digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugas-tugas malah saya dapat menyertai 
kegiatan luar dirancangkan terlebih dahulu. Hasilnya, saya boleh mencapai prestasi yang 
baik dalam bidang akademik dan pekerjaaan dengan cemerlang. Saya juga harus ingat 
bahawa membahagikan masa untuk bersama keluarga, sahabat dan juga melakukan rekreasi 
bersama sahabat juga penting. 
Komunikasi dan perhubungan antara saya dengan anggota keluarga terutama sekali dengan 
isteri dan anak-anak wajib diteruskan setiap masa tanpa halangan.Mereka boleh berkongsi 
kehidupan setiap hari dengan mengadakan perbualan tanpa merasa segan dan berahsia. Oleh 
itu adalah wajib bagi saya menyediakan masa untuk bersama keluarga setiap hari dalam 
merancang pengurusan masa. Masa berhibur,bersukan dan bersantai bersama-sama kerluarga 
adalah satu daripada kegiatan hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa.Oleh 
itu semasa mengadakan rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran,adalah baik 
jika anggota keluarga disertakan dalam pengurusan masa. Matlamat merupakan pengukur 
kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli 
dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil 
yang diraih setiap hari. Apakah kayu pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda 
berjaya? Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah 
matlamat yang telah dirancang. Sekiranya telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas 
seperti yang dirancang bolehlah dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari, tanpa sedari mendaki
puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat 
tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan 
mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh 
untuk merealisasikan. 
Selain itu ,saya perlu menilai sejauhmana matlamat saya diukur. Menurut Maxwwell Maltz, 
di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem atau mekanisma dalaman yang berfungsi 
memandu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk mekanisma tersebut 
berfungsi, ia perlu kepada satu sasaran untuk ia capai. Oleh itu, saya perlu menetapkan satu 
matlamat spesifik yang boleh dicapai. 
Tanpa matlamat hidup yang berkesan, mungkin saya tidak akan mencapai matlamat yang 
ditetapkan. Apabila saya tidak melihat kepentingan menetapkan matlamat, saya hilang 
semangat untuk berusaha mencapainya. Keyakinan diri juga diperlukan bagi memastikan 
saya terus bersemangat. 
Halangan saya yang paling besar apabila saya mahu mencapai matlamat adalah perasaan 
takut mencuba.Ianya menghalang potensi dan bakat yang anda miliki. Saya harus menerima 
kenyataan bahawa hidup ini penuh dengan halangan dan orang yang berjaya adalah mereka 
yang berdepan dengan halangan-halangan hidup. 
Apa yang dikatakan matlamat hidup yang berkesan? Satu matlamat yang berkesan boleh 
dikenalpasti dengan menggunakan akronim ‘SMART’. 
‘S’ - Spesifik. Matlamat yang spesifik ada kayu ukur yang boleh diukur. Contohnya, “Saya 
akan mendapat 4A dalam Peperiksaan Akhir pada tahun 2014”. 
‘M’ – Measurable (boleh diukur). Contohnya bilangan A boleh diukur dan ditentukan 
pencapaian saya. 
‘A’ - Attainable (boleh dicapai).Contohnya dengan jadual terperinci dan bahan-bahan 
rujukan serta sistem yang disediakan oleh pihak OUM. Matlamat yang jelas mampu 
merealisasikan apa yang saya hendak capai. 
‘R’ - Realistik.Matlamat yang tetapkan bertepatan dengan keupayaan dan kemahiran saya. 
Ini kerana kegagalan mencapai matlamat yang tidak realistik akan hanya menyebabkan saya 
berasa hampa dengan diri sendiri. Namun, matlamat mestilah mencabar kerana kajian telah 
menunjukkan bahawa matlamat yang mencabar akan menghasilkan prestasi yang lebih
tinggi.Contohnya mampu menghabiskan pengajian dalam masa singkat daripada masa yang 
ditetapkan dari empat tahun ke tiga tahun.Mesti belajar sekurang-sekurang lima jam dan 
perlu ambil subjek sekurang empat atau lima.Kurang aktiviti luar. 
‘T’ - Time-bounded (punyai batasan waktu). Apabila sesuatu matlamat tiada batasan waktu, 
ia akan hanya melengahkan daripada mencapainya. Penetapan suatu jangka waktu akan 
menjadi motivasi kepada anda untuk mencapainya dalam jangka waktu yang 
ditetapkan.Sebagai contoh, Saya mahu lulus cemerlang dalam empat tahun.Ini bermakna 
pada tahun 2018.
Jadual Aktiviti Pembelajaran(Hari / Mingguan) 
Bil Jenis aktiviti 
Jangka masa sehari/ 
seminggu 
Catatan 
1. Menghadiri kelas 
2. Membuat latihan 
3. Menyemak dan membaiki nota 
4. Membuat nota sendiri / ringkas 
5. Menyiapkan tugasan 
6. Membaca pelajaran lepas 
7. Latihan menjawab soalan 
8. Membaca contoh jawapan 
9. Pergi perpustakaan 
10. Belajar berkumpulan 
11. 
Perbincangan dengan penuntut 
secara online 
12. Kelas tambahan 
13. Mengulang kaji 
14. 
Berbincang dengan pensyarah 
secara online 
15. Menjawab contoh soalan lepas 
16. Lain-lain 
JUMLAH BESAR 
Jadual waktu mingguan
Bil Jenis aktiviti 
Jangka masa sehari/ 
seminggu 
catatan 
A Aktiviti individu 
1. Tidur / berehat 
2. Makan / minum 
3. Beribadah 
4. Mengunjungi kawan 
5. Reakreasi 
6. Membaca bacaan ringan 
7. Menonton tv 
8. Bersukan / beriadah 
9. Kokurikulum 
10. Membaca 
11. Membuat kerja sekolah 
12. Mengulang kaji 
13. Pergi perpustakan 
B Aktiviti bersama keluarga 
14. Membantu keluarga 
15. Bermesra bersama ahli keluarga 
C Aktiviti bersama rakan 
16. Pergi gym 
D Hobi 
17. Bermain bolasepak 
E Aktiviti kemasyarakat 
18. Gotong-royong 
JUMLAH BESAR
AKTIVITI 2 
PENGENALAN 
My Virtual Learning Environment (MyVLE) merupakan persekitaran pembelajaran maya 
berasaskan platformweb e-pembelajaran dalam talian di oum.Dengan myvle , oum dapat 
mengurus,menyampaikan kandungan kursus dan menjejak interaksi antara pensyarah dengan 
pelajar dan antara pelajar dengan pelajar di dalam talian serta memuat naik kandungan kursus 
,item penilaian dan bahan kursus yang lain . Terdapat forum perbincangan dalam talian yang 
membolehkan kerjasama pembelajaran ditalian 
E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang 
kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan 
usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang 
menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( 
Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan 
Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara 
maya. 
Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun 
jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang 
fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan 
tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja 
sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui 
pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar. 
Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan 
pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar 
tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. 
Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai 
saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan 
system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan 
teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik 
kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, 
animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk 
perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian.E-pembelajaran 
ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan 
maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya
web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem 
jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). 
Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat 
dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana 
sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini 
memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana 
sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan 
pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar 
berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan 
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, tutor dan pelajar tidak perlu 
lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak 
yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai 
medium. 
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan 
menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang 
disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja 
mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika 
diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. 
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi 
mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara 
fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat 
mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan 
pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, 
melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap 
kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran. 
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen 
yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. 
Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti 
kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. 
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk 
mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru 
dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan 
berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang 
terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar 
mengikut kehendak guru yang berkenaan. 
Rujukan:-
Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan 
perkembangan teknologi. Definisi “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” atau “distance 
learning” ini sering kali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga 
sering kali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan yang mempromosi pendidikan. Pemahaman yang jelas 
tentang konsep dan pendekatan yang digunakan pada istilah-istilah berkenaan adalah pentin 
Di dalam artikel ini ia membincangkan tentang perbezaan setiap maksud perkataan “e-learning”, 
“online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, dari segi konteks penggunaannya, 
membuat tinjauan semula maksud yang sering digunakan dan mencadangkan beberapa definisi yang
sesuai dalam setiap penggunaan perkataan atau ayat tersebut. 
METODOLOGI 
Dari segi istilah teknikal ia boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara. Contohnya konsep “e-learning” 
dan “web-based learning” biasanya dikaitkan dengan proses pembelajaran dalam kaedah 
penggunaan “e-mail” dan laman web. Beberapa konsep yang sering digunakan dalam penulisan 
teknikal akan merujuk dengan teliti dan melihat penggunaannya dengan lebih meluas serta telah 
diterima umum. Definisi ‘distance learning’ atau pembelajaran jarak jauh telah dikemukakan oleh 
Keegan (1986) dan Garrison & Shale (1987). Manakala Khan (2001) dan Hall (1997) membuat 
perhubungan di antara “web-based learning” dengan teknologi “web browser” yang sering kali 
dikaitkan dengan penggunaan internet dan intranet. 
Terdapat juga dalam penulisan teknikal, menggunakan maksud yang berlainan daripada kebiasaan 
yang digunakan. Seperti di dalam sesetengah penulisan menggunakan perkataan “e-learning” yang 
membawa maksud sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik 
untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudah cara. Internet, Intranet, satelit, tape 
audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di 
dalam kategori ini. 
Bagi penulis artikel ini, mereka akan memberi pengertian kepada istilah-istilah berkenaan melibatkan 
dua kaedah yang akan saling melengkapi. Ia akan berdasarkan maksud setiap perkataan dan 
maksud yang berkaitan dengan konsep ayat yang dibentuk. Seperti untuk “online learning”, penulis 
akan meneliti maksud perkataan “online” itu sendiri dan perkataan “learning” serta maksud lain yang 
berkaitan seperti 
"online documentation”, "online service”, dan "online help”. Sebagai tambahan mereka akan merujuk 
pakar dalam penulisan tentang penggunaan sebenar bagi kaedah dan cadangan definisi yang akan di 
buat. Dua sumber ini akan digabungkan untuk melihat perbezaan dan pertindihan di antara konsep-konsep 
tersebut. 
DEFINISI 
Secara ringkasnya definisi “e-learning” yang dikemukakan oleh penulis biasanya dikaitkan dengan 
aktiviti yang melibat penggunaan komputer dan rangkaian yang interaktif. 
“Web-based learning” pula dikaitkan dengan pembelajaran berasaskan “Web browser” termasuklah 
bahan lain yang telah dipakejkan pada CD-ROM atau media lain. 
Bagi “online learning” biasanya bahan pembelajaran yang boleh diakses terus melaluikomputer sama 
ada daripada internet atau pun yang telah dimasukkan pada program di komputer. 
“Distance learning” melibatkan interaksi jarak jauh di antara pelajar dengan tenaga pengajar 
menggunakan bidang penyiaran seperti tayangan video secara langsung. 
Setiap konsep yang telah dinyatakan, perkara utamanya adalah menerangkan tentang cara aktiviti 
pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Penggunaan secara insentif sesuatu bentuk keadaan 
adalah perlu bagi menerangkan sifat sesuatu aktiviti pembelajaran dan pengajaran itu. Penggunaan 
yang tidak menyeluruh tentang sesuatu perkara itu tidak mencukupi untuk mengiktiraf sebagai salah 
satu konsep pembelajaran di atas. Contohnya seorang pensyarah meminta pelajar “e-mail” 
tugasannya setelah memberi kuliah di dalam kelas, tidak cukup untuk kita katakan ia sebagai suatu 
“distance learning”.
PERBINCANGAN DALAM ARTIKEL 
Menurut penulis, definisi “e-learning” datang daripada konsep penggunaan “e-mail”. “E-mail” merujuk 
kepada aktiviti penghantaran “mail” melalui komputer dan rangkaian. Dalam keadaan yang sama “e-learning” 
adalah aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian. 
“Web-based learning” melibatkan aktiviti penggunaan laman web dan proses pembelajaran serta 
bahan disampaikan dalam format Web. Ia boleh disamakan dengan penggunaan buku dalam 
keadaan sebenar di dalam kelas sama ada buku tersebut adalah novel, laporan atau buku teks. 
Penulis berpendapat perkara ini tidak boleh disamakan dengan memuat turun bahan daripada 
sesuatu laman web kerana isi kandungan laman web tersebut tidak digunakan bagi tujuan 
pembelajaran. Sesetengah “web-based learning” menawarkan penggunaan “CD-ROM” sebagai 
alternatif mengakses bahan menerusi aplikasi web secara “offline”. Ia biasa digunakan bagi institusi 
pengajian yang menghadapi masalah dengan talian internet. 
“Online learning” biasanya dikaitkan dengan konsep “online help”, “online documentation”, dan “online 
services” yang menyediakan suasana pembelajaran pada persekitaran komputer. Sering kali “online 
learning” merujuk kepada bahan pembelajaran yang boleh diakses terus daripada aplikasi teras 
seperti “online help”. Penggunaan rangkaian tidak semestinya diperlukan dan konsep “online 
learning” adalah sebelum pembangunan laman web itu sendiri dan juga sebelum bahan 
pembelajaran dimuatkan pada rangkaian mahu pun di internet. 
Konsep “distance learning” adalah antara kaedah paling awal digunakan dalam proses pengajaran 
dan pembelajaran. Ia tidak semestinya menggunakan rangkaian atau pun komputer. Ia melibatkan 
interaksi jarak jauh di antara sekumpulan pelajar dengan tenaga pengajar dengan menggunakan 
kaedah penyiaran secara langsung menerusi televisyen atau pun disebut sidang video. Dalam 
konteks penggunaan internet pula “distance learning” ia boleh termasuk di dalam perbualan secara 
“online” (chatting) dan perbincangan menerusi “e-mail”. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat 
“web-based learning”, tidak boleh dianggap sebagai “distance learning” meskipun tenaga pengajar 
membekalkan bahan dari jauh menerusi internet kepada pelajarnya. Begitu juga dengan 
penghantaran bahan pembelajaran melalui pos ataupun kapal, ia masih lagi tidak boleh dianggap 
sebagai “distance learning”. 
RUMUSAN ARTIKEL 
Meskipun “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, mempunyai 
perkaitan antara satu sama lain, namun masih terdapat perbezaan yang ketara sebagaimana yang 
telah dinyatakan oleh penulis di dalam artikel ini. Kegagalan dalam mengenal pasti perbezaan di 
antara konsep yang telah diperbincangkan oleh penulis, mungkin akan menyebabkan salah faham 
dalam pembangunan jenis pembelajaran, komunikasi di antara kelompok ataupun komuniti 
pendidikan serta kesilapan dalam memberi makna oleh penulis-penulis teknikal. Merujuk kepada 
setiap konsep yang telah diperbincangkan, bukan sekadar dapat memberikan maklumat yang tepat 
tentang sesuatu jenis konsep pembelajaran, ia juga akan memberi tindakan yang betul dalam 
menyediakan penerangan tentang cabaran, potensi dan nilai bagi konsep pembelajaran “e-learning”, 
“online learning”, “web-base learning” dan “distance learning”. 
Rujukan:- 
http://sifoobestari.blogspot.com/2009/08/ulasan-artikel-e-learning.html 
Kebaikan e-pembelajaran di sekolah:-
Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan 
Posted on 14 Mac, 2009 by admin 
Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi 
berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang 
tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai 
medium. 
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan 
menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang 
disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja 
mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika 
diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. 
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi 
mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara 
fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat 
mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan 
pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, 
melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap 
kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran. 
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen 
yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. 
Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti 
kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. 
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk 
mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru 
dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan 
berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang 
terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar 
mengikut kehendak guru yang berkenaan. 
Rujukan:- 
http://mazlan66.wordpress.com/2009/03/14/kebaikan-e-pembelajaran-dalam-bidang-pendidikan/ 
Kebaikan E-pembelajaran di sekolah:- 
E-Pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran secara elektronik yang disokong 
dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diistilahkan sebagai peranti pembelajaran. 
Pada dasarnya E-Pembelajaran merupakan rangkaian maklumat yang boleh dipindahkan terus 
kepada seseorang melalui talian internet, audiovideo, TV satelit dan CD-ROM. Aplikasi dan 
proses E-Pembelajaran termasuk juga pembelajaran berasaskan Web. Pembelajaran 
berasaskan komputer pula dibina secara maya dan fungsi digital. E-Pembelajaran juga boleh 
merujuk kepada laman web pendidikan di negara kita contohnya Edu Web TV. Ianya 
menawarkan pakej pembelajaran, lembaran kerja dan latihan interaktif untuk murid-murid 
sekolah. Antara kelebihan E-Pembelajaran ialah ianya boleh dipelajari di mana-mana sahaja. 
Murid-murid boleh menyertai kelas dari mana-mana tempat di dunia, asalkan ia mempunyai 
sambungan komputer di internet. 
Pelajar boleh melayari pembelajaran mereka pada bila-bila masa siang atau malam dan 
mempunyai akses berterusan untuk mengikuti kelas. Namun begitu banyak kelemahan E-
Pembelajaran yang harus ditangani agar ia dapat diperluaskan di sekolah-sekolah negara 
kita. Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah E-Pembelajaran dan masih 
mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti 
video dan komputer. Oleh itu kepakaran harus dipertingkatkan dengan menyediakan kursus-kursus 
berkaitan di kalangan guru. Selain itu ia memerlukan masa dan kos yang tinggi 
terutama melibatkan perkakasan dan perisian di samping terdapat beberapa buah sekolah 
mempunyai kemudahan yang terhad. Pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti 
pembelajaran yang berkonsepkan E-Pembelajaran menyebabkan mereka ketinggalan dan 
terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang 
sama. 
Karangan terbaik berdasarkan E-Pembelajaran 
Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem 
pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi 
pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk 
menggalakkan penggunaan pendidikan maya. 
Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi 
pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di 
negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf 
dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding 
dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran 
dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu 
bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat 
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem 
pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita 
menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita 
dapati. 
Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat 
dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana 
sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini 
memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana 
sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan 
pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar 
berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan 
lagi masa para pelajar. 
Dalam nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku 
yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai 
aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar 
dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. 
Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks 
(SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani 
kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi 
suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang 
pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap 
sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh
lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa. 
Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan 
pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah 
mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi 
yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi. 
Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi 
kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, 
golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan 
diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan 
sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat 
menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana 
pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos 
perbelanjaan dan penginapan para pelajar. 
Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk 
menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan 
ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan 
Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan 
yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk 
Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan 
institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, 
menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster.Skolah Kluster 
dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti 
kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. 
Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar 
sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk 
mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti 
menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. 
Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft 
Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti 
penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi 
sistem pendidikan di negara kita. 
Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh 
lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu 
membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem 
pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar. Para pelajar akan 
lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara menyeluruh. 
Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran 
sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan 
pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak 
swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk 
membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ 
dengan negara-negara maju yang lain. 
Rujukan:- 
http://cikgujana.blogspot.com/2009/06/soalan-dalam-usaha-kerajaan.html 
Antara dapatan yang boleh digunakan pelajar dan cuba cari lagi maklumat jika perlu.
1 Kursus pengenalan dalam kemahiran pembelajaran untuk pelajar terbuka dan 
jarak jauh. 
Kursus ini wajib kepada setiap pelajar baru di semester pertama.Ianya merupakan 
kemampuan kursus untuk membantu pelajar membina kemahiran asas teknologi seperti 
menggunakan myLMS universiti dan mencipta persembahan elektronik yang berkesan 
menggunakan mokrosoft powerpoint.Kursus ini juga meliputi gaya pembelajaran,pengurusan 
masa dan pengurusan tekanan serta literasi maklumat terutamanya menggunakan koleksi 
perpustakaan digital universiti. 
3.2 Memuatnaik tajuk kerja kursus secara dalam talian. 
Setiap pelajar juga diwajibkan mendapatkan soalan kerja kursus daripada myLMS universiti 
sebagaimana diarahkan sejak semester pertama lagi.Adalah lebih baik sekiranya pelajar terus 
mendaftar masuk ke myLMS sejak hari pertama lagi,ini dapat memudahkan mereka 
membuka dan menyerahkan setiap kerja kursus yang perlu mereka hantar. 
Sebagai penghargaan kepada kejayaan forum dalam talian ,pelajar telah mencadangkan 
supaya OUM menaikkan markah penglibatan aktif dalam talian daripada 5 peratus kepada 10 
peratus (daripada markah kursus).Ini dilakukan oleh pelajar dalam satu kolokium 
perbincangan dalam talian antara pelajar,pensyarah dan fakulti(bertindak sebagai orang 
tengah).Mereka merasakan bahawa forum perbincangan ini telah menjadi sebahagian besar 
daripada masa,usaha dan yang paling penting sebagai suatu pengalaman baru dalam 
pembelajaran mereka.(Wilson,Lugwig-Hardman,Thornam & Dunlop Thornam & Dunlop 
2004).Kolaborasi secara talian menyediakan peluang kepada ahli untuk belajar sesame ahli 
serta menyumbang kepada pembelajaran ahli yang lain. 
3.3 Mewujudkan profil pelajar,rekod kewangan dan laporan akademik secara dalam talian. 
Untuk memastikan pelajar sentiasa berada dalam talian,pelajar juga digalakan untuk melihat 
dan mengemaskini maklumat diri serta memperoleh maklumat berkenaan pembayaran yuran 
penggajian dan juga prestasi akademik secara dalam talian.Ini akan membantu mereka 
mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dalam kelas tutorial. 
3.4 Memperkenalkan sistem pengurusan pembelajaran yang baik,boleh dipercayaai dan 
mesra pelajar. 
Selain itu,myLMS OUM juga telah menjadi kebanggaan universiti ini kerana ia telah 
dikenali sebagai salah satu sistem mesra pelajar yang memenuhi keperluan pelajar.Tambahan 
pula pensyarah dan pengelola memperlengkapkan lagi myLMS untuk menyokong fungsi 
akademik dan hubungan pelanggan.Oleh itu, ia juga dapat membantu pelajar untuk 
memeriksa keputusan,mengumumkan dan mencari apa jua maklumat yang penting untuk 
mereka. 
3.5 Memastikan pensyarah OUM berada dalam talian untuk membantu dan memantau forum 
perbincangan. 
Untuk memastikan pensyarah memberikan inisiatif kepada peranan aktif mereka dalam 
membantu dan memantau perbincangan pelajar secara talian.Oleh yang demikian,pensyarah 
akan memantau penglibatan pelajar dan bayaran berdasarkan keberkesanan penglibatan 
pelajar itu sendiri.Dimana pesyarah hanya sebagai pemudahcara. 
3.6 Memastikan kebolehcapaian internet pada setiap masa 
OUM juga perlu memastikan kecapaian internet kepada pelajarnya pada setiap masa.Ini akan 
membantu pelajar supaya merasa yakin bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah 
untuk mengakses maklumat daripada universiti tidak kira masa.
3.7 Mewujudkan pasukan teknikal yang berkebolehan 
Perkara paling penting ialah mengururskan infrastruktur dan infostruktur OUM.Pelbagai 
pasukan teknikal diwujudkan untuk memastikan semua sistem berfungsi setiap masa 
sepanjang hari,mesra pelanggan dan mengandungi maklumat yang berguna dan 
terkini.Dengan itu,ia akan membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini ysng diperlukan 
dengan mudah,cepat dan tepat. 
RUMUSAN 
Pembelajaran pelbagai direka dan diilustrasi penggunaannya dalam sosio-teknikal,pendekatan 
berdasarkan corak yang menitik beratkan proses pendidikan dengan penggunaan teknologi 
pembelajaran.Pendekatannya mencakupi tatabahasa umum,pengkelasan benda hidup secara 
saintifik dan tempat memperolehi maklumat sebagai asas untuk meningkatkan komunikasi 
dan perkongsian di kalangan perantis dan penyelidik serta pelajar.OUM kini dihat sebagai 
penanda aras oleh institusi lain melaui jumlah pengunjung dari serata dunia. 
Saya percaya bahawa pembelajaran pelbagai di OUM akan berterusan menyumbang sebagai 
satu produk baru dan penyelesaian yang diperkenalkan melalui ledakan kepesatan 
teknologi.Imej dan prestij OUM telah dikenali menerusi kejayaan model 
pedadogi pendidikan pelbagai.Oleh itu,e-pembelajaran telah memastikan kesinambungan 
penyampaian maklumat dari bahan kursus di kalangan pelajarnya.Kesemua aktiviti ini 
memberi kepercayaan kepada visi OUM untuk menjadi ketua dan peneraju dalam 
ODL.Dengan memberi tumpuan kepada keperluan dan memenuhi jangkaan pelajarnya.Saya 
yakin OUM akan berada di barisan hadapan dalam merealisasikan ‘pendidikan berkualiti’ 
sebagai pengerak utama dalam pembangunan modal insane di Negara ini. 
SENARAI RUJUKAN 
Razmah Man & Yusup Hashim,2000,Potensi dan cabaran dalam pembelajaran maya dan 
elektronik,Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. 
Prof.Madya Dr.Baharuddin Aris,Prof.Madya. Mohammad Bilal Ali,Noran Md.Nor,Mohd
Nihra Hanizuan Mohamad Said,Noor Azean Nor Atan,Mamimegalai Subramaniam&Zaleha 
Abdullah,2003,Pendidikan Jarak Jauh dan Maya dalam Pengajaran. 
Journal of educational Technology system,issue;volume 34,number 1/2005-2006.pages 33- 
35. 
Blended learning:Rethinking Education Delivery For Development,Devon 
Duhanney,Department of Secondary Education,State University of New York(SUNY) New 
Paltz.

More Related Content

What's hot

Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067
fittri57
 
7 tips cara mengajar
7 tips cara mengajar7 tips cara mengajar
7 tips cara mengajar
FebriAdi15
 
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numossRefleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
iffahroslan
 
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
Nadia Khalid
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
Hemanathan Harikrishnan
 

What's hot (15)

Kemahiran Asas Coaching (Modul 1)
Kemahiran Asas Coaching (Modul 1)Kemahiran Asas Coaching (Modul 1)
Kemahiran Asas Coaching (Modul 1)
 
Visi dan misi (assignment kml)
Visi dan misi (assignment kml)Visi dan misi (assignment kml)
Visi dan misi (assignment kml)
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067
 
Quest for Student Success (English and Malay)
Quest for Student Success (English and Malay)Quest for Student Success (English and Malay)
Quest for Student Success (English and Malay)
 
Guru dan keprofesiannya.
Guru dan keprofesiannya. Guru dan keprofesiannya.
Guru dan keprofesiannya.
 
7 tips cara mengajar
7 tips cara mengajar7 tips cara mengajar
7 tips cara mengajar
 
Latihan rumusan spm
Latihan rumusan spmLatihan rumusan spm
Latihan rumusan spm
 
Self and Time Management
Self and Time ManagementSelf and Time Management
Self and Time Management
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numossRefleksi dan hasil pembelajaran numoss
Refleksi dan hasil pembelajaran numoss
 
Ppt robbykurniasalim
Ppt robbykurniasalimPpt robbykurniasalim
Ppt robbykurniasalim
 
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
7 rahsia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
 
Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 

Viewers also liked

Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
man wan
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
man wan
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
man wan
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
man wan
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
man wan
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
man wan
 

Viewers also liked (14)

Presentation skills
Presentation skillsPresentation skills
Presentation skills
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
 
Presentation skills
Presentation skillsPresentation skills
Presentation skills
 
Mama open
Mama openMama open
Mama open
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Alcohols
AlcoholsAlcohols
Alcohols
 
Audio visual aids
Audio visual aidsAudio visual aids
Audio visual aids
 
Wan tugasan
Wan tugasanWan tugasan
Wan tugasan
 
Mls presentation
Mls presentationMls presentation
Mls presentation
 
History of logic
History of logicHistory of logic
History of logic
 
Bio-data_detailed
Bio-data_detailedBio-data_detailed
Bio-data_detailed
 
Bozzbox - презентация компании
Bozzbox - презентация компанииBozzbox - презентация компании
Bozzbox - презентация компании
 

Similar to Wan tugasan

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
Sella Yunik
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)
santimuspitasari
 
Prinsip dan sikap yang diperlukan
Prinsip dan sikap yang diperlukanPrinsip dan sikap yang diperlukan
Prinsip dan sikap yang diperlukan
Sumardi Sulaeman
 
Kiat sukses belajar di masa pandemi
Kiat sukses belajar di masa pandemiKiat sukses belajar di masa pandemi
Kiat sukses belajar di masa pandemi
suherlanrukim
 

Similar to Wan tugasan (20)

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Refleks1
Refleks1Refleks1
Refleks1
 
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)
 
RENCANA PELAKSANAAN LAYANAN ( RPL ) BIMBINGAN KONSELING
RENCANA PELAKSANAAN LAYANAN ( RPL ) BIMBINGAN KONSELINGRENCANA PELAKSANAAN LAYANAN ( RPL ) BIMBINGAN KONSELING
RENCANA PELAKSANAAN LAYANAN ( RPL ) BIMBINGAN KONSELING
 
Prinsip dan sikap yang diperlukan
Prinsip dan sikap yang diperlukanPrinsip dan sikap yang diperlukan
Prinsip dan sikap yang diperlukan
 
Hidup Berwawasan
Hidup BerwawasanHidup Berwawasan
Hidup Berwawasan
 
Latihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diriLatihan Motivasi diri
Latihan Motivasi diri
 
Kiat Sukses Lolos Seleksi Wawancara Calon Guru Penggerak.pdf
Kiat Sukses Lolos Seleksi Wawancara Calon Guru Penggerak.pdfKiat Sukses Lolos Seleksi Wawancara Calon Guru Penggerak.pdf
Kiat Sukses Lolos Seleksi Wawancara Calon Guru Penggerak.pdf
 
Kiat sukses belajar di masa pandemi
Kiat sukses belajar di masa pandemiKiat sukses belajar di masa pandemi
Kiat sukses belajar di masa pandemi
 
Cedo pementoran teacher training
Cedo   pementoran teacher training Cedo   pementoran teacher training
Cedo pementoran teacher training
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan (1).ppt
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan (1).pptKanvas BAGJA prakarsa perubahan (1).ppt
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan (1).ppt
 
(DeKons)Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Awal.pdf
(DeKons)Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Awal.pdf(DeKons)Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Awal.pdf
(DeKons)Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Awal.pdf
 
Time Management.pptx
Time Management.pptxTime Management.pptx
Time Management.pptx
 
Review journal Ali Pirdaus, Prof.Maisah
Review journal Ali Pirdaus, Prof.MaisahReview journal Ali Pirdaus, Prof.Maisah
Review journal Ali Pirdaus, Prof.Maisah
 
Latihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi DiriLatihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi Diri
 
Ceramah_motivasi.ppt BIMBINGAN KAUNSELING
Ceramah_motivasi.ppt BIMBINGAN KAUNSELINGCeramah_motivasi.ppt BIMBINGAN KAUNSELING
Ceramah_motivasi.ppt BIMBINGAN KAUNSELING
 
R1001 Unit 5
R1001 Unit 5R1001 Unit 5
R1001 Unit 5
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
 
KELOMPOK A3 prakakrsa-fix.pptx
KELOMPOK A3 prakakrsa-fix.pptxKELOMPOK A3 prakakrsa-fix.pptx
KELOMPOK A3 prakakrsa-fix.pptx
 

Wan tugasan

  • 1. Aktiviti 1 Matlamat dalam erti kata adalah sesuatu perkara yang disasarkan untuk mencapai sesuatu.. Selalunya, ia akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh.Di dalam kehidupan semua orang mempunyai matlamat hidup masing-masing. Apakah matlamat hidup dan sejauhmanakah matlamat itu tercapai? Matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang merupakan suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Tetapi pada saya mempunyai matlamat jangka panjang sahaja belum tentu kita akan dapat merealisasikannya. Apa yang saya hendak menyatakan di sini setiap individu perlu juga mempunyai matlamat jangka pendek iaitu merupakan tindakan serta keperluan yang harus dilaksanakan setiap hari.Contohnya saya ingin lulus cemerlang dalam jurusan yang saya ambil iaitu ijazah sarjana muda pengurusan (kepujian). Matlamat jangka pendek merupakan tindakan yang saya perlu ambil setiap hari demi untuk memenuhi matlamat jangka panjang saya iaitu ke arah kecemerlangan. Menetapkan satu matlamat di akhir pengajian adalah sesuatu yang baik kerana ianya merupakan satu destinasi dalam penentuan arah kejayaan. Kenapa matlamat penting bagi saya kerana matlamat ini terlalu umum dan tidak mungkin tercapai sekiranya saya tidak berusaha untuk memperolehinya. Setiap usaha memerlukan perancangan samaada harian atau mingguan dan ianya merupakan satu keperluan bagi saya dan setiap orang.Ianya merupakan satu susunan kerja yang perlu saya lakukan dan mencapainya setiap minggu secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit ke arah kejayaan. Contohnya saya mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran open distance sebulan sebelum tibanya peperiksaan akhir. Pelajaran itu mempunyai 10 tajuk dan anda kini mempunyai enam bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu sehingga sebulan sebelum peperiksaan. Ini bermakna perlu menghabiskan 4 tajuk open distance setiap bulan, atau lebih kurang satu tajuk setiap minggu. Sekiranya anda merancang untuk belajar sebanyak empat kali seminggu, gunakan tiga sesi yang pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan gunakan sesi keempat untuk mengimbas semula tajuk tersebut dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Di dalam aspek pembelajaran saya akan mencatat perkara-perkara yang saya masih tidak faham dan menetapkan satu target masa untuk menyelesaikannya. Matlamat membantu saya mendapatkan pertolongan. Apabila mempunyai matlamat saya mula mengatur perancangan. Apabila saya bertindak melengkapkan perancangan, saya mula menyedari dan mengenali kelemahan-kelemahan yang ada pada diri anda. Ini memudahkan anda mendapatkan pertolongan. Anda mungkin perlu berjumpa tutor atau membuat perbincangan dengan rakan setelah mengetahui ada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu mata pelajaran yang tidak
  • 2. fahami. Anda mungkin bertemu rakan-rakan dan berbincang dengan mereka. Ingat tidak ada rakan yang mahu membantu anda disaat-saat akhir kerana mereka sendiri sibuk menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Dengan adanya konsep e-Pembelajaran yang dibantu oleh Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan antara faktor yang banyak membantu saya sebagai penuntut OUM, yang sudah semestinya dihambat waktu untuk menghadiri kelas. Melalui LMS, saya dan tenaga pengajar akan berinteraksi antara satu sama lain di dalam kuliah atau tutorial yang dijalankan secara maya melalui internet.Pendekatan ini, yang meliputi perbincangan melalui ruangan sembang, forum dan e-mel, kedengaran kurang formal tetapi kelas maya ini sentiasa diawasi oleh fasilitator atau tutor yang menjadi perantara.Malah dalam peraturan yang ditetapkan oleh LMS, setiap pertanyaan atau isu yang diajukan penuntut perlu diberikan maklum balas oleh perantara dalam masa 24 jam bagi menjamin sistem pembelajaran ini sentiasa efektif dan efisien. Selain itu, penggunaan alat pembelajaran seperti perpustakaan digital juga memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan seperti e-jurnal dalam bidang pengajian yang diambil. Dengan ini saya dapat menyelesaikan satu-satu tugasan yang diberikan kepada saya. Bagi saya memenuhi matlamat jangka pendek adalah jalan ke arah mencapai matlamat jangka panjang. Sesungguhnya seorang yang mempunyai matlamat jangka pendek yang jelas serta berusaha mencapainya adalah lebih baik daripada seorang yang mempunyai matlamat jangka panjang tetapi tidak berusaha untuk membuat perancangan dan tindakan untuk mencapainya. Matlamat jangka pendek adalah merupakan jambatan emas ke arah memenuhi matlamat jangka panjang. Manakala matlamat jangka panjang tidak akan tercapai sekirannya ianya tidak disusuli dengan tindakan. Matlamat juga dapat meningkatkan komitmen diri. Secara tidak langsung apabila mempunyai matlamat maka saya merasakan suatu komitmen perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab sekiranya terlalai untuk mengikut setiap perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda menggadai masa depan sendiri. Contoh mata pelajaran Open distance tidak mungkin dapat dihabiskan hanya sekiranya meletakkan komitmen untuk mengikut jadual harian saya sendiri. Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap senarai tugas atau perancangan hariannya.Matlamat membantu anda membuat keputusan. Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu kecil. Ianya boleh dijadualkan untuk berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan setiap hari. Malah saya sendiri tidak yakin bahawa jadual adalah penyebab kejayaan seseorang.
  • 3. Sebagai manusia kita tertakluk kepada begitu banyak faktor-faktor luar jangka, misalnya saya mahu belajar tetapi ister minta jaga anak, anak minta pergi kedai. Sebentar lagi ialah waktu untuk buat kerja ulangkaji tapi di TV pula ada perlawanan akhir bola sepak. Semuanya ini antara penyebab kenapa sukar mengikut jadual belajar saya. Tetapi dengan adanya matlamat pada bila-bila masa boleh mengubah perancangan harian saya asalkan ia tidak meninggalkan kesan atas perancangan jangka panjang . Saya boleh tidak belajar mengikut masa yang ditetapkan tetapi perlu ganti semula dan belajar pada waktu yang lain. Yang penting belajar tetap belajar. Yang penting setiap tajuk perlu dihabiskan dalam masa satu minggu seperti perancangan asalnya. Bagi seorang pelajar pengurusan masa amat penting kerana mempunyai banyak kegiatan ataupun aktiviti luar.Kegiatan-kegiatan ini mungkin akan dijalankan pada masa yang sama.Oleh itu, saya harus tahu bagaimana menguruskan masa supaya boleh membahagikan tugas dengan baik dan tidak membazirkan masa tanpa disedari.Dengan pengurusan masa , saya dapat membahagikan masa kerja tanpa menjejaskan pelajaran . Saya perlu menguruskan masa dengan baik .Masa yang diberikan selama 24 jam sehari itu digunakan bukan sahaja untuk menyelesaikan tugas-tugas malah saya dapat menyertai kegiatan luar dirancangkan terlebih dahulu. Hasilnya, saya boleh mencapai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan pekerjaaan dengan cemerlang. Saya juga harus ingat bahawa membahagikan masa untuk bersama keluarga, sahabat dan juga melakukan rekreasi bersama sahabat juga penting. Komunikasi dan perhubungan antara saya dengan anggota keluarga terutama sekali dengan isteri dan anak-anak wajib diteruskan setiap masa tanpa halangan.Mereka boleh berkongsi kehidupan setiap hari dengan mengadakan perbualan tanpa merasa segan dan berahsia. Oleh itu adalah wajib bagi saya menyediakan masa untuk bersama keluarga setiap hari dalam merancang pengurusan masa. Masa berhibur,bersukan dan bersantai bersama-sama kerluarga adalah satu daripada kegiatan hidup yang mesti dirancangkan dalam pengurusan masa.Oleh itu semasa mengadakan rekreasi bagi merehat badan dan menenangkan fikiran,adalah baik jika anggota keluarga disertakan dalam pengurusan masa. Matlamat merupakan pengukur kejayaan. Matlamat tidak akan tercapai dengan angan-angan atau impian kosong. Ia perlu disusuli dengan tindakan. Kejayaan besar yang diimpikan esok hari ialah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diraih setiap hari. Apakah kayu pengukurnya untuk memastikan yang setiap hari anda berjaya? Bagaimana anda tahu bahawa anda telah berjaya? Pengukur kepada kejayaan ialah matlamat yang telah dirancang. Sekiranya telah melakukan tindakan dan menyelesaikan tugas seperti yang dirancang bolehlah dikatakan sebagai berjaya. Hari demi hari, tanpa sedari mendaki
  • 4. puncak kejayaan yang lebih besar dan lebih bermakna. Jadi pastikan sekarang bahawa matlamat tidak terlalu kecil sehingga ia tidak bermakna, dan tidak pula terlalu besar hinggakan anda rasakan mustahil untuk mencapainya. Tetapkan satu matlamat yang begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan. Selain itu ,saya perlu menilai sejauhmana matlamat saya diukur. Menurut Maxwwell Maltz, di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem atau mekanisma dalaman yang berfungsi memandu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk mekanisma tersebut berfungsi, ia perlu kepada satu sasaran untuk ia capai. Oleh itu, saya perlu menetapkan satu matlamat spesifik yang boleh dicapai. Tanpa matlamat hidup yang berkesan, mungkin saya tidak akan mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila saya tidak melihat kepentingan menetapkan matlamat, saya hilang semangat untuk berusaha mencapainya. Keyakinan diri juga diperlukan bagi memastikan saya terus bersemangat. Halangan saya yang paling besar apabila saya mahu mencapai matlamat adalah perasaan takut mencuba.Ianya menghalang potensi dan bakat yang anda miliki. Saya harus menerima kenyataan bahawa hidup ini penuh dengan halangan dan orang yang berjaya adalah mereka yang berdepan dengan halangan-halangan hidup. Apa yang dikatakan matlamat hidup yang berkesan? Satu matlamat yang berkesan boleh dikenalpasti dengan menggunakan akronim ‘SMART’. ‘S’ - Spesifik. Matlamat yang spesifik ada kayu ukur yang boleh diukur. Contohnya, “Saya akan mendapat 4A dalam Peperiksaan Akhir pada tahun 2014”. ‘M’ – Measurable (boleh diukur). Contohnya bilangan A boleh diukur dan ditentukan pencapaian saya. ‘A’ - Attainable (boleh dicapai).Contohnya dengan jadual terperinci dan bahan-bahan rujukan serta sistem yang disediakan oleh pihak OUM. Matlamat yang jelas mampu merealisasikan apa yang saya hendak capai. ‘R’ - Realistik.Matlamat yang tetapkan bertepatan dengan keupayaan dan kemahiran saya. Ini kerana kegagalan mencapai matlamat yang tidak realistik akan hanya menyebabkan saya berasa hampa dengan diri sendiri. Namun, matlamat mestilah mencabar kerana kajian telah menunjukkan bahawa matlamat yang mencabar akan menghasilkan prestasi yang lebih
  • 5. tinggi.Contohnya mampu menghabiskan pengajian dalam masa singkat daripada masa yang ditetapkan dari empat tahun ke tiga tahun.Mesti belajar sekurang-sekurang lima jam dan perlu ambil subjek sekurang empat atau lima.Kurang aktiviti luar. ‘T’ - Time-bounded (punyai batasan waktu). Apabila sesuatu matlamat tiada batasan waktu, ia akan hanya melengahkan daripada mencapainya. Penetapan suatu jangka waktu akan menjadi motivasi kepada anda untuk mencapainya dalam jangka waktu yang ditetapkan.Sebagai contoh, Saya mahu lulus cemerlang dalam empat tahun.Ini bermakna pada tahun 2018.
  • 6. Jadual Aktiviti Pembelajaran(Hari / Mingguan) Bil Jenis aktiviti Jangka masa sehari/ seminggu Catatan 1. Menghadiri kelas 2. Membuat latihan 3. Menyemak dan membaiki nota 4. Membuat nota sendiri / ringkas 5. Menyiapkan tugasan 6. Membaca pelajaran lepas 7. Latihan menjawab soalan 8. Membaca contoh jawapan 9. Pergi perpustakaan 10. Belajar berkumpulan 11. Perbincangan dengan penuntut secara online 12. Kelas tambahan 13. Mengulang kaji 14. Berbincang dengan pensyarah secara online 15. Menjawab contoh soalan lepas 16. Lain-lain JUMLAH BESAR Jadual waktu mingguan
  • 7. Bil Jenis aktiviti Jangka masa sehari/ seminggu catatan A Aktiviti individu 1. Tidur / berehat 2. Makan / minum 3. Beribadah 4. Mengunjungi kawan 5. Reakreasi 6. Membaca bacaan ringan 7. Menonton tv 8. Bersukan / beriadah 9. Kokurikulum 10. Membaca 11. Membuat kerja sekolah 12. Mengulang kaji 13. Pergi perpustakan B Aktiviti bersama keluarga 14. Membantu keluarga 15. Bermesra bersama ahli keluarga C Aktiviti bersama rakan 16. Pergi gym D Hobi 17. Bermain bolasepak E Aktiviti kemasyarakat 18. Gotong-royong JUMLAH BESAR
  • 8. AKTIVITI 2 PENGENALAN My Virtual Learning Environment (MyVLE) merupakan persekitaran pembelajaran maya berasaskan platformweb e-pembelajaran dalam talian di oum.Dengan myvle , oum dapat mengurus,menyampaikan kandungan kursus dan menjejak interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar di dalam talian serta memuat naik kandungan kursus ,item penilaian dan bahan kursus yang lain . Terdapat forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran ditalian E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama Universiti-universiti luar negara. Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL ( Institut Pendidikan & Pembelajaran Jarak Jauh). Menerusi usahasama dengan syarikat tempatan Mahirnet Sdn. Bhd., UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bacelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya, ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati dari Internet serta perkuliahan secara on-line. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh daripada universiti. Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar. Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan. Oleh kerana e-pembelajaran ini adalah sistem pembelajaran yang menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), atau teknologi portal yang menggabungkan system data dengan system maklumat yang lain (Hartley, 2000) maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah diterbitkan kepada audien yang lebih besar dan menarik kerana menurut Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaanya mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan untuk perbincangan menerusi talian dan bantuan profersional isi pelajaran secara dalam talian.E-pembelajaran ini juga ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di mana pendidikan, latihan dan maklumat yang berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh komputer melalui internet khususnya
  • 9. web, atau dari cakera keras, CD ROM, storan mudah alih berkeupayaan tinggi atau melalui sistem jaringan organisasi (Jamaludin Mohaiadin, 2000). Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, tutor dan pelajar tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan. Rujukan:-
  • 10. Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Definisi “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” atau “distance learning” ini sering kali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga sering kali di salah tafsirkan dalam iklan-iklan yang mempromosi pendidikan. Pemahaman yang jelas tentang konsep dan pendekatan yang digunakan pada istilah-istilah berkenaan adalah pentin Di dalam artikel ini ia membincangkan tentang perbezaan setiap maksud perkataan “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, dari segi konteks penggunaannya, membuat tinjauan semula maksud yang sering digunakan dan mencadangkan beberapa definisi yang
  • 11. sesuai dalam setiap penggunaan perkataan atau ayat tersebut. METODOLOGI Dari segi istilah teknikal ia boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara. Contohnya konsep “e-learning” dan “web-based learning” biasanya dikaitkan dengan proses pembelajaran dalam kaedah penggunaan “e-mail” dan laman web. Beberapa konsep yang sering digunakan dalam penulisan teknikal akan merujuk dengan teliti dan melihat penggunaannya dengan lebih meluas serta telah diterima umum. Definisi ‘distance learning’ atau pembelajaran jarak jauh telah dikemukakan oleh Keegan (1986) dan Garrison & Shale (1987). Manakala Khan (2001) dan Hall (1997) membuat perhubungan di antara “web-based learning” dengan teknologi “web browser” yang sering kali dikaitkan dengan penggunaan internet dan intranet. Terdapat juga dalam penulisan teknikal, menggunakan maksud yang berlainan daripada kebiasaan yang digunakan. Seperti di dalam sesetengah penulisan menggunakan perkataan “e-learning” yang membawa maksud sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudah cara. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Bagi penulis artikel ini, mereka akan memberi pengertian kepada istilah-istilah berkenaan melibatkan dua kaedah yang akan saling melengkapi. Ia akan berdasarkan maksud setiap perkataan dan maksud yang berkaitan dengan konsep ayat yang dibentuk. Seperti untuk “online learning”, penulis akan meneliti maksud perkataan “online” itu sendiri dan perkataan “learning” serta maksud lain yang berkaitan seperti "online documentation”, "online service”, dan "online help”. Sebagai tambahan mereka akan merujuk pakar dalam penulisan tentang penggunaan sebenar bagi kaedah dan cadangan definisi yang akan di buat. Dua sumber ini akan digabungkan untuk melihat perbezaan dan pertindihan di antara konsep-konsep tersebut. DEFINISI Secara ringkasnya definisi “e-learning” yang dikemukakan oleh penulis biasanya dikaitkan dengan aktiviti yang melibat penggunaan komputer dan rangkaian yang interaktif. “Web-based learning” pula dikaitkan dengan pembelajaran berasaskan “Web browser” termasuklah bahan lain yang telah dipakejkan pada CD-ROM atau media lain. Bagi “online learning” biasanya bahan pembelajaran yang boleh diakses terus melaluikomputer sama ada daripada internet atau pun yang telah dimasukkan pada program di komputer. “Distance learning” melibatkan interaksi jarak jauh di antara pelajar dengan tenaga pengajar menggunakan bidang penyiaran seperti tayangan video secara langsung. Setiap konsep yang telah dinyatakan, perkara utamanya adalah menerangkan tentang cara aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Penggunaan secara insentif sesuatu bentuk keadaan adalah perlu bagi menerangkan sifat sesuatu aktiviti pembelajaran dan pengajaran itu. Penggunaan yang tidak menyeluruh tentang sesuatu perkara itu tidak mencukupi untuk mengiktiraf sebagai salah satu konsep pembelajaran di atas. Contohnya seorang pensyarah meminta pelajar “e-mail” tugasannya setelah memberi kuliah di dalam kelas, tidak cukup untuk kita katakan ia sebagai suatu “distance learning”.
  • 12. PERBINCANGAN DALAM ARTIKEL Menurut penulis, definisi “e-learning” datang daripada konsep penggunaan “e-mail”. “E-mail” merujuk kepada aktiviti penghantaran “mail” melalui komputer dan rangkaian. Dalam keadaan yang sama “e-learning” adalah aktiviti pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan rangkaian. “Web-based learning” melibatkan aktiviti penggunaan laman web dan proses pembelajaran serta bahan disampaikan dalam format Web. Ia boleh disamakan dengan penggunaan buku dalam keadaan sebenar di dalam kelas sama ada buku tersebut adalah novel, laporan atau buku teks. Penulis berpendapat perkara ini tidak boleh disamakan dengan memuat turun bahan daripada sesuatu laman web kerana isi kandungan laman web tersebut tidak digunakan bagi tujuan pembelajaran. Sesetengah “web-based learning” menawarkan penggunaan “CD-ROM” sebagai alternatif mengakses bahan menerusi aplikasi web secara “offline”. Ia biasa digunakan bagi institusi pengajian yang menghadapi masalah dengan talian internet. “Online learning” biasanya dikaitkan dengan konsep “online help”, “online documentation”, dan “online services” yang menyediakan suasana pembelajaran pada persekitaran komputer. Sering kali “online learning” merujuk kepada bahan pembelajaran yang boleh diakses terus daripada aplikasi teras seperti “online help”. Penggunaan rangkaian tidak semestinya diperlukan dan konsep “online learning” adalah sebelum pembangunan laman web itu sendiri dan juga sebelum bahan pembelajaran dimuatkan pada rangkaian mahu pun di internet. Konsep “distance learning” adalah antara kaedah paling awal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia tidak semestinya menggunakan rangkaian atau pun komputer. Ia melibatkan interaksi jarak jauh di antara sekumpulan pelajar dengan tenaga pengajar dengan menggunakan kaedah penyiaran secara langsung menerusi televisyen atau pun disebut sidang video. Dalam konteks penggunaan internet pula “distance learning” ia boleh termasuk di dalam perbualan secara “online” (chatting) dan perbincangan menerusi “e-mail”. Walau bagaimanapun, penulis berpendapat “web-based learning”, tidak boleh dianggap sebagai “distance learning” meskipun tenaga pengajar membekalkan bahan dari jauh menerusi internet kepada pelajarnya. Begitu juga dengan penghantaran bahan pembelajaran melalui pos ataupun kapal, ia masih lagi tidak boleh dianggap sebagai “distance learning”. RUMUSAN ARTIKEL Meskipun “e-learning”, “online learning”, “web-base Learning” dan “distance learning”, mempunyai perkaitan antara satu sama lain, namun masih terdapat perbezaan yang ketara sebagaimana yang telah dinyatakan oleh penulis di dalam artikel ini. Kegagalan dalam mengenal pasti perbezaan di antara konsep yang telah diperbincangkan oleh penulis, mungkin akan menyebabkan salah faham dalam pembangunan jenis pembelajaran, komunikasi di antara kelompok ataupun komuniti pendidikan serta kesilapan dalam memberi makna oleh penulis-penulis teknikal. Merujuk kepada setiap konsep yang telah diperbincangkan, bukan sekadar dapat memberikan maklumat yang tepat tentang sesuatu jenis konsep pembelajaran, ia juga akan memberi tindakan yang betul dalam menyediakan penerangan tentang cabaran, potensi dan nilai bagi konsep pembelajaran “e-learning”, “online learning”, “web-base learning” dan “distance learning”. Rujukan:- http://sifoobestari.blogspot.com/2009/08/ulasan-artikel-e-learning.html Kebaikan e-pembelajaran di sekolah:-
  • 13. Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan Posted on 14 Mac, 2009 by admin Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan. Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar. Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan. Rujukan:- http://mazlan66.wordpress.com/2009/03/14/kebaikan-e-pembelajaran-dalam-bidang-pendidikan/ Kebaikan E-pembelajaran di sekolah:- E-Pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran secara elektronik yang disokong dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diistilahkan sebagai peranti pembelajaran. Pada dasarnya E-Pembelajaran merupakan rangkaian maklumat yang boleh dipindahkan terus kepada seseorang melalui talian internet, audiovideo, TV satelit dan CD-ROM. Aplikasi dan proses E-Pembelajaran termasuk juga pembelajaran berasaskan Web. Pembelajaran berasaskan komputer pula dibina secara maya dan fungsi digital. E-Pembelajaran juga boleh merujuk kepada laman web pendidikan di negara kita contohnya Edu Web TV. Ianya menawarkan pakej pembelajaran, lembaran kerja dan latihan interaktif untuk murid-murid sekolah. Antara kelebihan E-Pembelajaran ialah ianya boleh dipelajari di mana-mana sahaja. Murid-murid boleh menyertai kelas dari mana-mana tempat di dunia, asalkan ia mempunyai sambungan komputer di internet. Pelajar boleh melayari pembelajaran mereka pada bila-bila masa siang atau malam dan mempunyai akses berterusan untuk mengikuti kelas. Namun begitu banyak kelemahan E-
  • 14. Pembelajaran yang harus ditangani agar ia dapat diperluaskan di sekolah-sekolah negara kita. Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah E-Pembelajaran dan masih mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti video dan komputer. Oleh itu kepakaran harus dipertingkatkan dengan menyediakan kursus-kursus berkaitan di kalangan guru. Selain itu ia memerlukan masa dan kos yang tinggi terutama melibatkan perkakasan dan perisian di samping terdapat beberapa buah sekolah mempunyai kemudahan yang terhad. Pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti pembelajaran yang berkonsepkan E-Pembelajaran menyebabkan mereka ketinggalan dan terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang sama. Karangan terbaik berdasarkan E-Pembelajaran Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya. Pepatah ada mengatakan ‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah. Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini, banyak kelebihan yang bakal kita dapati. Dalam hal ini, pendidikan maya membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana, para pelajar dapat menghadiri mana-mana sidang dimana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Pembelajaran secara asinkronis ini memudahkan lagi para pelajar untuk melakukan perbincangan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa perlu duduk setempat bersama-sama. Hasilnya, lebih banyak informasi dapat digali dan pelbagai idea baru dapat ditunasi. Selain itu, sitem ini turut membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan lagi masa para pelajar. Dalam nada yang serupa, menerusi sistem pendidikan maya, para pelajar dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya. E-Buku mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Dengan e-buku itu, para pelajar tidak perlu membawa buku yang banyak. Penggunaan buku elektronik ini dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan e-buku mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah kelas. E-buku menjadi suatu wahana dengan pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar. Sebagai seorang pelajar, internet juga boleh dijadikan sebagai medium rujukan. Malahan, internet juga dianggap sebagai perpustakaan maya yang menyimpan khazanah ilmu pengetahuan. Maklumat yang diperoleh
  • 15. lebih cepat, mudah dan dapat menjimatkan masa. Di samping itu, para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Sebagai contoh Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) membolehkan para pensyarah mengendalikan telesidang yang menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi. Malahan, konsep universiti terbuka seperti Universiti Tun Abdul Razak dapat dirancakkan lagi kewujudannya tanpa pelajar perlu bersua muka dengan pensyarah seperti masa ini. Dalam hal ini, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan oleh kerajaan. Seterusnya, pendidikan secara maya juga dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan pembelanjaan. Hal ini kerana pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Hal ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos perbelanjaan dan penginapan para pelajar. Demi melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menggalakkan pendidikan maya dalam kalangan masyarakat. Antara usaha yang telah di lakukan ialah menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat.Menerusi teras yang keenam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tidak kira sama ada sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Sebagai contoh, menerusi PIPP, sebanyak 60 buah sekolah telah dinaik taraf sebagai sekolah kluster.Skolah Kluster dapat disignifikasikan sebagai satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti kecemerlangannya dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Penggunaan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan perlu diikuti oleh semua pelajar sekolah kluster. Misalnya, beberapa sekolah kluster telah mengambil beberapa langkah untuk mempraktikkan pendidikan maya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti menghantar tugasan melalui e-mel dan juga melakukan pembentangan melalui pengunaan komputer. Para pelajar juga digalakkan untuk menguasai perisian komputer seperti Microsoft Words, Microsoft Power Point dan sebagainya. Di samping itu, banyak universiti telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain. Rujukan:- http://cikgujana.blogspot.com/2009/06/soalan-dalam-usaha-kerajaan.html Antara dapatan yang boleh digunakan pelajar dan cuba cari lagi maklumat jika perlu.
  • 16. 1 Kursus pengenalan dalam kemahiran pembelajaran untuk pelajar terbuka dan jarak jauh. Kursus ini wajib kepada setiap pelajar baru di semester pertama.Ianya merupakan kemampuan kursus untuk membantu pelajar membina kemahiran asas teknologi seperti menggunakan myLMS universiti dan mencipta persembahan elektronik yang berkesan menggunakan mokrosoft powerpoint.Kursus ini juga meliputi gaya pembelajaran,pengurusan masa dan pengurusan tekanan serta literasi maklumat terutamanya menggunakan koleksi perpustakaan digital universiti. 3.2 Memuatnaik tajuk kerja kursus secara dalam talian. Setiap pelajar juga diwajibkan mendapatkan soalan kerja kursus daripada myLMS universiti sebagaimana diarahkan sejak semester pertama lagi.Adalah lebih baik sekiranya pelajar terus mendaftar masuk ke myLMS sejak hari pertama lagi,ini dapat memudahkan mereka membuka dan menyerahkan setiap kerja kursus yang perlu mereka hantar. Sebagai penghargaan kepada kejayaan forum dalam talian ,pelajar telah mencadangkan supaya OUM menaikkan markah penglibatan aktif dalam talian daripada 5 peratus kepada 10 peratus (daripada markah kursus).Ini dilakukan oleh pelajar dalam satu kolokium perbincangan dalam talian antara pelajar,pensyarah dan fakulti(bertindak sebagai orang tengah).Mereka merasakan bahawa forum perbincangan ini telah menjadi sebahagian besar daripada masa,usaha dan yang paling penting sebagai suatu pengalaman baru dalam pembelajaran mereka.(Wilson,Lugwig-Hardman,Thornam & Dunlop Thornam & Dunlop 2004).Kolaborasi secara talian menyediakan peluang kepada ahli untuk belajar sesame ahli serta menyumbang kepada pembelajaran ahli yang lain. 3.3 Mewujudkan profil pelajar,rekod kewangan dan laporan akademik secara dalam talian. Untuk memastikan pelajar sentiasa berada dalam talian,pelajar juga digalakan untuk melihat dan mengemaskini maklumat diri serta memperoleh maklumat berkenaan pembayaran yuran penggajian dan juga prestasi akademik secara dalam talian.Ini akan membantu mereka mengaplikasi apa yang telah mereka pelajari dalam kelas tutorial. 3.4 Memperkenalkan sistem pengurusan pembelajaran yang baik,boleh dipercayaai dan mesra pelajar. Selain itu,myLMS OUM juga telah menjadi kebanggaan universiti ini kerana ia telah dikenali sebagai salah satu sistem mesra pelajar yang memenuhi keperluan pelajar.Tambahan pula pensyarah dan pengelola memperlengkapkan lagi myLMS untuk menyokong fungsi akademik dan hubungan pelanggan.Oleh itu, ia juga dapat membantu pelajar untuk memeriksa keputusan,mengumumkan dan mencari apa jua maklumat yang penting untuk mereka. 3.5 Memastikan pensyarah OUM berada dalam talian untuk membantu dan memantau forum perbincangan. Untuk memastikan pensyarah memberikan inisiatif kepada peranan aktif mereka dalam membantu dan memantau perbincangan pelajar secara talian.Oleh yang demikian,pensyarah akan memantau penglibatan pelajar dan bayaran berdasarkan keberkesanan penglibatan pelajar itu sendiri.Dimana pesyarah hanya sebagai pemudahcara. 3.6 Memastikan kebolehcapaian internet pada setiap masa OUM juga perlu memastikan kecapaian internet kepada pelajarnya pada setiap masa.Ini akan membantu pelajar supaya merasa yakin bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mengakses maklumat daripada universiti tidak kira masa.
  • 17. 3.7 Mewujudkan pasukan teknikal yang berkebolehan Perkara paling penting ialah mengururskan infrastruktur dan infostruktur OUM.Pelbagai pasukan teknikal diwujudkan untuk memastikan semua sistem berfungsi setiap masa sepanjang hari,mesra pelanggan dan mengandungi maklumat yang berguna dan terkini.Dengan itu,ia akan membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini ysng diperlukan dengan mudah,cepat dan tepat. RUMUSAN Pembelajaran pelbagai direka dan diilustrasi penggunaannya dalam sosio-teknikal,pendekatan berdasarkan corak yang menitik beratkan proses pendidikan dengan penggunaan teknologi pembelajaran.Pendekatannya mencakupi tatabahasa umum,pengkelasan benda hidup secara saintifik dan tempat memperolehi maklumat sebagai asas untuk meningkatkan komunikasi dan perkongsian di kalangan perantis dan penyelidik serta pelajar.OUM kini dihat sebagai penanda aras oleh institusi lain melaui jumlah pengunjung dari serata dunia. Saya percaya bahawa pembelajaran pelbagai di OUM akan berterusan menyumbang sebagai satu produk baru dan penyelesaian yang diperkenalkan melalui ledakan kepesatan teknologi.Imej dan prestij OUM telah dikenali menerusi kejayaan model pedadogi pendidikan pelbagai.Oleh itu,e-pembelajaran telah memastikan kesinambungan penyampaian maklumat dari bahan kursus di kalangan pelajarnya.Kesemua aktiviti ini memberi kepercayaan kepada visi OUM untuk menjadi ketua dan peneraju dalam ODL.Dengan memberi tumpuan kepada keperluan dan memenuhi jangkaan pelajarnya.Saya yakin OUM akan berada di barisan hadapan dalam merealisasikan ‘pendidikan berkualiti’ sebagai pengerak utama dalam pembangunan modal insane di Negara ini. SENARAI RUJUKAN Razmah Man & Yusup Hashim,2000,Potensi dan cabaran dalam pembelajaran maya dan elektronik,Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Prof.Madya Dr.Baharuddin Aris,Prof.Madya. Mohammad Bilal Ali,Noran Md.Nor,Mohd
  • 18. Nihra Hanizuan Mohamad Said,Noor Azean Nor Atan,Mamimegalai Subramaniam&Zaleha Abdullah,2003,Pendidikan Jarak Jauh dan Maya dalam Pengajaran. Journal of educational Technology system,issue;volume 34,number 1/2005-2006.pages 33- 35. Blended learning:Rethinking Education Delivery For Development,Devon Duhanney,Department of Secondary Education,State University of New York(SUNY) New Paltz.