PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING
1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK
TAJUK : PEMBELAJARAN SECARA E-LEARNING
PENSYARAH : PROF MADYA DR. DATO ABD LATIF BIN HJ
GAPOR
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : AIDA BT HJ HAMIDUN.
NO MATRIK : M20141000508.
2. PEMBELAJARAN BERASASKAN E-LEARNING
Berdasarkan bacaan daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Rubiah Omar dan
Jamaliah Hj Ahmad dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009) mendapati bahawa
kesedaran pelajar terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran adalah tinggi. Ia menunjukkan peningkatan kesedaran ahli akademik dan pelajar
jika dibandingkan dengan kajian yang pernah dilaksanakan oleh (Zailan & Azmi 2006) yang
mendapati tahap penerimaan dan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran
berada pada tahap yang memuaskan. Hasil kajian mendapati konsep yang pertama dalam kajian
ialah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar. Konsep
kedua ialah e-pembelajaran adalah salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT. Konsep
ketiga ialah e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan
pembelajaran. Konsep keempat tentang kefahaman pelajar tentang persediaan ahli akademik
dalam menyediakan e-pembelajaran. Konsep kelima pula ialah pembelajaran yang dikendalikan
menerusi komputer dan Internet membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah,
tanpa batasan jarak dan lebih ramai pelajar. Secara keseluruhan, responden menerima secara
positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran
(Pinang & Inovasi, 2009).
Hasil daripada kajian kedua menggunakan Model e-pembelajaran Berstrategi dalam
kajian yang bertajuk The Model of Strategic e-Learning: Understanding and Evaluating Student
e- Learning from Metacognitive Perspectives oleh Meng-Jung Tsai (2009). Pengkaji telah
menggunakan 3 dimensi bagi menguji 3 domain meta-kognitif pelajar. Sub skala kebimbangan
internet dapat menilai domain sikap pelajar terhadap pembelajaran secara e-learning. Manakala
sub skala celik internet menilai domaim kemahiran berfikir pelajar. Seterusnya, sub skala
pengawalan kendiri menilai perancangan dan pengurusan pelajar terhadap pembelajarannya
menerusi e-learning(Tsai, 2009).
3. Hasil pembacaan bagi kajian ketiga iaitu The student experience of a collaborative e-
learning oleh Michele Biasutti (2011) mendapati perspektif peserta modul e-pembelajaran
menemui beberapa manfaat dalam penyertaan aktiviti kerjasama dalam persekitaran maya
dalam talian, termasuk pembangunan kemahiran kerja berpasukan, sikap bekerjasama,
pembangunan proses kognitif seperti menganalisis dan mengintegrasikan pendapat yang
berbeza, memahami diri sendiri dan rasa tanggungjawab dan rasa hormat kepada orang lain.
Namun kelemahan yang ditemui tahap penglibatan individu dalam kumpulan kecil dianggap satu
aspek yang perlu diperbaiki bagi pembangunan motivasi dan penglibatan berterusan dalam
kumpulan kerja berpasukan (Biasutti, 2011).
Dapatan bagi kajian yang keempat pula daripada artikel yang bertajuk Measuring E-
Learning Readiness among EFL Teachers in Intermediate Public Schools in Saudi Arabia oleh
Ahmed Ajab Al-Furaydi (2013). Hasil kajian mendapati tahap celik komputer adalah di tahap
yang baik iaitu mereka bersikap positif terhadap e-learning. Didapati 62% guru yang memberi
jawapan negatif iaitu halangan yang mereka hadapi sekiranya melaksanakan pembelajaran
secara e-learning.
Hasil bacaan daripada keempat-empat artikel di atas mendapati bahawa pencapaian
kognitif, sikap dan kemahiran pelajar telah banyak dipertingkatkan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran secara e-learning. Namun begitu, komitmen yang dinamik di antara pentadbir dan
guru-guru juga perlu bagi meneruskan pembelajaran secara e-learning ini.
Rujukan:
Al-Furaydi,A.A.(2013).MeasuringE-learningreadinessamongEFLteachersinintermediate public
schoolsinSaudi Arabia. English LanguageTeaching,6(7),110–121.
http://doi.org/10.5539/elt.v6n7p110
Biasutti,M. (2011). The studentexperience of acollaborative e-learninguniversitymodule. Computers
and Education,57(3),1865–1875. http://doi.org/10.1016/j.compedu.2011.04.006
Pinang,P.,& Inovasi,T.R. (2009). Kesedaran,PenilaiandanPenerimaane-Pembelajarandalam
KalanganAhli Akademik( Awareness ,EvaluationandAcceptance of e-LearningAmong. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34,155–172.
Tsai,M. J. (2009). The model of strategice-Learning:Understandingandevaluatingstudente-learning
frommetacognitive perspectives. EducationalTechnology andSociety,12(1),34–48.
http://doi.org/Feature ABI:YFTI: Y; P